Tajuk RBT : Penanaman dan Pengurusan Tembikai BUAH TEMBIKAI Nama Saintifik : Citrullus lunatus Schard Famili : Cucurbitaceae Asal : Benua Afrika Nama Lain : Melikai, Timun Cina atau Semangka Ekologi Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan suhu harian 22-30 °C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk pertumbuhan masing- masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Tajuk RBT : Penanaman dan Pengurusan Tembikai
BUAH TEMBIKAI
Nama Saintifik : Citrullus lunatus Schard
Famili : Cucurbitaceae
Asal : Benua Afrika
Nama Lain : Melikai, Timun Cina atau Semangka
Ekologi
Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan
suhu harian 22-30 °C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan
minimum untuk pertumbuhan masing-masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu
tanah yang optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah
yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi kandungan gula
yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada buah yang membesar dalam
keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang optimum ialah 250 mm atau kurang.
Kebanyakan tanah yang bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir,
boleh diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang
terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.
Asal dan sejarah
Sudah berabad lamanya manusia di seluruh dunia menggemari tembikai.
Orang Mesir telah menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi
lukisan dinding dengan buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai
berkembang. Pedagang mula menjual biji tembikai di sepanjang laluan dagangan
Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai telah sampai ke negara China dan pada
abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan tembikai ke Selatan Eropah. Kolonis
Eropah dan hamba abdi Afrika perlu diberi pujian kerana membawa tembikai ke
Amerika Utara.
Varieti tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi Afrika
Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah Nil. Spesies ini masih hidup
liar di kawasan pendalaman yang kering untuk membekalkan air kepada orang asli
semasa musim kemarau. Tembikai liar atau ˜citron’ di Afrika berbentuk sfera,
berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar. Isinya yang putih rasanya seperti
kulit tembikai biasa. 'Citron’ juga disebut ˜tembikai jeruk’ kerana kulit buah digunakan
dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh sebab kandungan pektinnya
yang tinggi ia ditambah ke dalam jus buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel
lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh menghasilkan sehingga 100 biji buah,
dan biasanya diberi makan kepada ternakan.
Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940.
Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari
Taiwan dan Jepun pada tahun 70-an. Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor,
Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke negeri
Pahang, Melaka dan Perak.
Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar
dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan
penanaman meningkat kepada 6,500 hektar.
Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut,
Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi,
Kuala Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka
Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok
Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.
Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan
warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti
mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau
merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya
berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan
mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping
yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.
Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima
banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang
tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di
tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia
mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport
utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia
menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1%
pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga
yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji
bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.
Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang
membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur.
Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.
Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan
bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa
biji).
Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan.
Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit.
Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih
daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang
sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1.
Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani
pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih
yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan
menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan
biji benih pendebungaan bebas.
Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40%
berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang
sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi
berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid
F 1 berubah dar setahun ke setahun.
Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan
dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali
ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa.
Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1 kali ganda
daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang
ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok
tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok
tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga.
Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji
tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji
benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya
mendapat harga premium di pasaran.
Keperluan asas untuk tanaman tembikai:-
Iklim
Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Suhu
antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat
sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Tembikai tidak
sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC.
Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan
yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah
pengapuran diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah
jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan
menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling sesuai ialah
kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain
tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak
digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Ini adalah
untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New
Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon. Kultivar tanpa biji yang ditanam di
Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang
mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi
dan mutu buah yang baik. Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya
rendah dan mutu buah kurang baik.
PENANAMAN
Pokok tembikai ditanam dari biji. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu
sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai dahulu
dalam beg plastik yang dipanggil kerek.
Sistem Tanam Terus
Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. Keperluan biji benih ialah
diantara 250-350 gram sehektar. Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan
digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).
Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan
akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih
selubang.
Sistem Semaian (kerek)
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke
dalam beg plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan
diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali
sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan
plastik hitam sehingga biji benih bercambah.
Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm
dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi
kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah
mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.
Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-
1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran)
dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Setiap lubang ditanam dengan
2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir
musim hujan.
PENJAGAAn
Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk
mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara
bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar
lama dan plastik bersalut aluminium.
Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu
apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh
dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.
Pengairan
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok
yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di
awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST)
dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan
bergantung pada jenis tanah.
Merumpai
Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang
berkualiti. Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang,
nutrien dan air. Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh
menjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain,
tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang
berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai
sukar dikawal terutamanya apabila batangnya mula menjalar.
Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat
penting. Anak benih ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan
dapat dilakukan semasa peringkat anak benih lagi.
Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman
yang tumbuh agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis
rumpai. Pembajaan yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga
yang baik akan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.
Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan
penting dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi
sumber virus tersembunyi di dalam biji benihnya.
Kaedah pengawalan
Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih
kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor:
spesies rumpai, peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan
kesediaadaannya.
Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan
dan selamat kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai
masih kecil bagi mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh
digunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem akar yang
ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman. Merumpai dengan tangan
kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga buruh.
Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan
rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup.
Yang paling penting, penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan
apabila tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan
mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur. Kawalan secara mekanikal
perlu ditambah dengan merumpai menggunakan bahan kimia atau menggunakan
tangan bagi membuang rumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan
batang jalar.
Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian melibatkan pengawalan
rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam
bercambah. Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. alachlor’ (sembur pada kadar
4 L/ha). Kaedah batas semaian biasanya berganding dengan rawatan racun herba
yang disembur sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk
mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah.
Dalam kaedah biji benih disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai
yang tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.
PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN
Kutu Daun
Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan