This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
ASAS KEUSAHAWANAN
ETR300
RANCANGAN PERNIAGAAN
GLOBAL VISION PACKAGING SON. BHD.
DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK MOHAMED ZAIN IDRIS
PENSYARAH ETR 300
ITM CAWANGAN PERLIS
DISEDIAKAN OLEH:
AMINUDDIN B. HJ KASSIM
MOHD. NIZAM B. MHD. ZAKUAN
ROZANA BT. HJ. AHMAD
SABRINA BT. ABO. WAHAB
NORHIDAYAH BT. HJ. HASSAN
DBS SB
96364330
96138508
96616785
96616826
96961372
GLOBAL VISION PACKAGING SDN. BHD. _______________ _
PENGENALAN
Global Vision Packaging SON. BHD. merupakan sebuah syarikat
pembuatan kotak yang dianggotai oleh 5 orang ahli. Syarikat ini mengeluar dan
membekalkan kotak kepada para pelanggan yang kebanyakkan terdiri daripada
perniagaan-perniagaan kecil dan besar.
Pembuatan kotak ini dipilih berdasarkan kepada keperluan terhadap
perkembangan dan permintaan kotak yang tinggi. Permintaan yang tinggi ini
telah menyebabkan ruang sentiasa terbuka luas untuk peniaga-peniaga baru
menceburkan diri dengan aktif. Seperti di Malaysia kita juga tahu bah aw a kotak
ini mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dalam pembungkusan. Industri
ini didapati mempunyai potensi pemasaran yang baik di mana pengeluarannya
kini masih tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan.
Lokasi perniagaan ini terletak di:
Lot 75, Jalan 2A-2,
Kawasan Perindustrian MIEL, Sungai Tukang,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Berpandukan kepada prinsip kualiti, reka cipta yang baru dan pelanggan
syarikat ini lebih mementingkan kualiti yang tinggi bagi menarik kepercayaan
pelanggan dengan syarikat ini. Ketebihan pengeluaran Global Vision Packaging
(M) Sdn. Bhd. adalah dari segi harga, jenis dan kepelbagaian saiz. Kami juga
menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan.
Syarikat ini dijangkakan akan beroperasi pada 1 Januari 2001. Trend
pasaran juga amat mempengaruhi barangan ini, di mana ramai pengilang
pengilang dan syarikat-syarikat amat memerlukan kotak di dalam setiap operasi
1
GLOBAL VISION PACKAGING SDN. BHD. ______________ _
dan juga disebabkan oleh jangka hayatnya yang amat pendek dan mudah
diproses semula. Adalah menjadi harapan kami agar dengan tertubuhnya Global
Vision Packaging (M) Sdn. Bhd. ini, ianya dapat menambahkan lagi jumlah
bumiputera untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Semoga industri ini
berdaya maju selaras dengan ekonomi negara yang sedang berkembang pesat.