LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020 JABATAN PERBENDAHARAAN MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI https://mbsp.gov.my INOVASI ICT
LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
JABATAN PERBENDAHARAAN MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
https://mbsp.gov.my
INOVASI ICT
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page2
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN MUKA
SURAT
BAB
SATU
PENGENALAN
a. Penerangan Mengenai Jabatan
i. Latar Belakang Jabatan Perbendaharaan MBSP
ii. Piagam Pelanggan
iii. Objektif Jabatan Perbendaharaan
b. Pengenalan Inovasi CyberBill MBSP
i. Tujuan projek inovasi
ii. Objektif projek
iii. Proses pelaksaaan inovasi
iv. Tempoh pelaksanaan inovasi
v. Peringkat Pelaksanaan
vi. Implikasi Kewangan
vii. Kaedah pencetusan idea
viii. Kategori Inovasi
ix. Indikator inovasi
x. Maklumbalas pelanggan dan mekanisme
maklumbalas pelanggan serta hebahan
5 - 6
7 - 15
BAB
DUA
IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
i. Sebelum Inovasi
ii. Selepas Inovasi
16 - 26
BAB
TIGA
IMPAK INOVASI
i. Agensi/Jabatan Perkhidmatan
ii. Impak kepada awam@rakyat
iii. Impak kepada kumpulan sasar
27 - 28
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page3
BAB KANDUNGAN MUKA
SURAT
BAB
EMPAT
ELEMEN INOVASI
i. Inovatif / Kreativiti
ii. Keberkesanan
iii. Signifikan
iv. Replicability
v. Relevan
(i) Sumbangan kepada agenda
organisasi/nasional
(ii) Sumbangan kepada pembentukan ekonomi
nilai tinggi
(iii) Penjimatan kos yang ketara
(iv) Penjanaan hasil yang ketara
(v) Kolaborasi unik dengan rakyat
29 - 38
BAB
LIMA PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA 39 - 40
BAB
ENAM PENUTUP 41 -42
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page4
BAB SATU:
PENGENALAN
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page5
1. PENGENALAN
a. PENERANGAN MENGENAI JABATAN / BAHAGIAN / UNIT
i. Latar Belakang Jabatan Perbendaharaan
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Jabatan Perbendaharaan adalah jabatan yang bertanggungjawab
mengawal semua urusan berkaitan kewangan Majlis merangkumi data
kutipan hasil Majlis dan mengawal perbelanjaan Majlis iaitu dengan
memastikan sumber-sumber pendapatan Majlis dibelanjakan ke arah
untuk meningkatkan keselesaan hidup pembayar cukai. Selain daripada
itu, jabatan ini juga bertindak sebagai penasihat dalam hal-hal berkaitan
kewangan.
Jabatan Perbendaharaan terbahagi kepada 3 bahagian yang
mengandungi 7 unit iaitu Bahagian Perakaunan, Bahagian Hasil dan
Bahagian Perbelanjaan dan tambahan satu unit iaitu Unit Pentadbiran.
Jabatan Perbendaharaan diterajui oleh Pengarah Perbendaharaan,
satu (1) orang Timbalan Pengarah, dua (2) orang Penolong Pengarah
Kanan, sembilan (9) orang Penolong Akauntan dan seorang (1) orang
Penolong Pegawai Tadbir. Bilangan keseluruhan kakitangan Jabatan
Perbendaharaan adalah seramai 82 orang.
Fungsi Bahagian adalah seperti berikut:-
Bahagian Hasil
i) Kawalan keseluruhan data cukai taksiran
ii) Menyelaras pelaksanaan penguakuasaan tunggakan cukai
taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
1976 (AKTA 171)
iii) Menangani masalah aduan berkaitan cukai taksiran
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page6
Bahagian Perakaunan
i) Penyediakan Penyata Kewangan mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA
171)
ii) Mengurus Aliran Tunai Majlis
iii) Merekod rekod kutipan hasil MBSP
Bahagian Perbelanjaan
i) Menyediakan Bajet Tahunan Majlis
ii) Mengurus pembayaran mengikut tempoh yang telah ditetapkan
iii) Mengurus pembayaran emolumen dan elaun kepada kakitangan
dan Ahli Majlis MBSP
Unit Pentadbiran
i) Urus selia urusan pentadbiran Jabatan Perbendaharaan
ii. Piagam Pelanggan yang berkaitan
Bil cukai taksiran dikeluarkan dalam bulan Disember / Januari bagi
setengah tahun pertama dan bulan Julai bagi setengah tahun kedua
tiap-tiap tahun. Kaedah konvensional masih dikekalkan iaitu bil cukai
taksiran dicetak dan dihantar kepada pemilik premis secara pos.
Pemilik premis juga boleh menyemak dan membuat bayaran melalui
laman web MBSP.
iii. Objektif MBSP dan Jabatan Perbendaharaan
“Seberang Perai Bandar Aspirasi Masa Hadapan” merupakan tagline
MBSP ke arah menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau,
Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu oleh Teknologi.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page7
Jabatan Perbendaharaan turut seiring dengan hasrat ini dengan
memastikan kewangan diurus dengan cekap dan berkesan disamping
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti selari dan seiring
dengan perkembangan teknologi masa kini.
Selaras dengan cita-cita tersebut, Jabatan telah melaksanakan
tranformasi ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada
Warga Seberang Perai dengan menggunakan teknologi terkini dalam
pengeluaran serta pembayaran bil cukai taksiran dengan
memperkenalkan “CyberBill MBSP”. MBSP telah berusaha
mengurangkan keperluan warga Seberang Perai berkunjung ke kaunter
MBSP dengan menyediakan perkhidmatan secara atas talian.
b. PENGENALAN INOVASI “CYBERBILL MBSP”
i. Tujuan Projek Inovasi
Bagi penyertaan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri 2020, Bahagian
Hasil Jabatan Perbendaharaan telah mengambil bahagian dengan
mengetengahkan inovasi “CyberBill MBSP” bagi menambahbaik
perkhidmatan pembayaran cukai taksiran kepada pelanggan.
Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah
menggariskan wawasan pembangunan negeri iaitu Penang 2030 yang
yang meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengintegrasikan
perkhidmatan yang diberikan bersama teknologi terkini.
Selaras dengan harapan kerajaan negeri, MBSP menjalankan
“institutional reform” agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap
dan berkesan dan ini akan meningkatkan imej korporat sekaligus
meletakkan MBSP sebagai sebuah PBT yang ke hadapan dalam aspek
teknologi dan digital khususnya dalam pengurusan dan pengendalian
perkhidmatan di Seberang Perai.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page8
Salah satu pendekatan yang dilakukan adalah memperkenalkan
CyberBill MBSP yang merupakan kesinambungan daripada inovasi
MBSP QR Bill yang telah dlancarkan sebelum ini dan ianya dibangunkan
seiring dengan visi MBSP menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif,
Hijau, Kompetetif dan Bandar Pintar Dipacu Oleh Teknologi. Pada
September 2020, Datuk Bandar telah membuat hebahan melalui FB Live
MBSP bagi tatacara penggunaan MBSP QrBill dan CyberBill MBSP.
MBSP telah berusaha ke arah pendigitalan dan penambahbaikan
penyampaian perkhidmatan dengan memperkemaskan lagi
perkhidmatan sedia ada dengan menggunakan aplikasi dan teknologi
terkini. Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam
(PSPSA) bagi tahun 2021– 2025 yang menjadi dasar utama bagi
pendigitalan sektor awam. Ia menggariskan hala tuju strategik
pelaksaanaan pendigitalan sektor awam untuk tempoh 5 tahun yang
akan menjadi panduan kepada agensi sektor awam bagi memacu
agenda kerajaan digital mampan ke arah membentuk masyarakat digital.
MBSP menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan untuk mencapai
sasaran 40% perkhidmatan End-to-End (E2E) menjelang hujung tahun
2020.
Dalam meneruskan agenda transformasi digital negeri Pulau Pinang,
MBSP sedang mempergiatkan usaha memperkenalkan inisiatif
pembayaran tanpa tunai atau perkhidmatan tanpa tunai yang merupakan
inisiatif kerajaan negeri untuk mengekang penularan pandemik Covid-19
yang telah merubah cara kehidupan dan landskap pengoperasian MBSP
dan proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan perlu lebih menyeluruh
bagi memudahkan pembayar cukai menyesuaikan diri dengan normal
baharu iaitu dengan menjaga penjarakan fizikal seperti yang disarankan
dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page9
“CyberBill MBSP” merupakan inovasi Bahagian Hasil, Jabatan
Perbendaharaan yang memperkenalkan fungsi penghantaran bil cukai
taksiran secara digital melalui Short Message Service (SMS) kepada
pemilik harta berkadar di Seberang Perai. Pemilik akaun yang
mengemaskini data nombor telefon bimbit dengan MBSP akan menerima
sms, hanya perlu menekan link yang telah disediakan di dalam sms
untuk memaparkan bil. Melalui link ini juga, pemilik boleh menyemak
akaun dan membuat pembayaran cukai taksiran MBSP secara online,
selari dengan hasrat MBSP untuk menjadi Bandaraya Rendah Karbon
Serta Bandaraya Pintar Menjelang 2022.
CyberBill MBSP merupakan inovasi yang bakal menggantikan bil fizikal
yang dihantar secara konvensional melalui POS Malaysia Berhad. Ini
adalah disebabkan kos pengeposan telah meningkat secara mendadak
dari RM0.60 kepada RM1.30 bagi sekeping bil cukai taksiran.
Pautan CyberBill MBSP ini akan memaparkan bil asal yang telah
dihantar samada melalui pos atau e-mel bagi yang telah mengemaskini
maklumat alamat e-mel dengan Bahagian Hasil, Jabatan
Perbendaharaan
CyberBill MBSP merupakan inovasi iringan kesinambungan kepada
pelaksanaan MBSP QrBill. CyberBill MBSP merupakan kaedah cara
penggunaan yang lebih mudah di mana pembayar cukai hanya perlu
menekan pautan yang diberikan untuk mendapatkan bil secara terus,
menyemak dan ianya juga disambungkan terus ke portal bayaran cukai
taksiran MBSPPay.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page10
ii. Objektif inovasi ini diwujudkan adalah:-
i. Pembayar cukai boleh menggunakan aplikasi ini dimana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa yang dikehendaki.
ii. Memudahkan urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran yang
mana ianya menjimat masa dan kos
iii. Pembayar cukai akan mendapat maklumat terkini info bil cukai
taksiran
iv. Memanfaatkan keupayaan teknologi aplikasi mudah alih yang terkini
dengan optimum.
v. Mengurangkan aduan tidak terima bil.
vi. Meneruskan agenda transformasi digital negeri Pulau Pinang. MBSP
sentiasa mempergiatkan usaha memperkenalkan inisiatif
pembayaran tanpa tunai atau perkhidmatan tanpa tunai yang
merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mengekang penularan
pandemik Covid-19
iii. Proses dan Tempoh Pelaksanaan Projek Inovasi
Segala kerja-kerja pembangunan serta penambahbaikan ke atas sistem
dan inovasi ini dibuat secara in-house oleh MBSP dengan vendor sistem
Smart Elits MBSP
iv. Tempoh Pelaksanaan Inovasi
Idea Inovasi CyberBill MBSP telah mula digerakkan pada bulan Oktober
2019 dan ianya mengambil masa hampir 5 minggu untuk disiapkan
sepenuhnya dari tarikh kelulusan menjalankan projek inovasi ini.
CyberBill MBSP mula digunakan pada 21 Januari 2020 bagi pengeluaran
bil cukai taksiran penggal 1/2020.
Tempoh 5 minggu digunakan bagi mengenalpasti masalah serta
penambahbaikan yang perlu diambil tindakan bagi memastikan
kelancaran penggunaan kepada rakyat pada masa hadapan.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page11
v. Peringkat Pelaksanaan
Bulan Butiran
Oktober 2019 –
November 2019
Sesi brainstorming antara Bahagian Hasil
dan Vendor Sistem
a. System Change
b. System Enhancement
c. New Integrated System Involved
Proses mendapat kelulusan pelaksanaan
inovasi CyberBill MBSP
21 November 2019
hingga 10 Disember
2019
Pembangunan fungsi baharu Cyberbill dan
integrasi proses dengan sistem sedia ada
(Smart Elits)
Create template sms for CyberBill
Sesi Ujicuba Penerimaan SMS
Ujicuba ke link ke web cukai online dan
MBSPPay
Testing Generate SMS dan E-mel
Pemakluman bagi pembayaran yang
berjaya
10 Disember 2019 Pengesahan kerja siap oleh Jabatan
Perbendaharaan
21-23 Januari 2020 CyberBill MBSP bagi cukai taksiran penggal
1/2020 mula dihantar kepada pemilik akaun
yang mempunyai nombor telefon bimbit yang
sah dengan MBSP.
21 Ogos 2020 CyberBill MBSP bagi cukai taksiran penggal
2/2020 mula dihantar kepada pemilik akaun
yang mempunyai nombor telefon bimbit yang
sah dengan MBSP.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page12
vi. Implikasi Kewangan
Senarai kos yang terlibat dalam pembangunan inovasi ini adalah seperti
berikut:-
vii. Kaedah Pencetusan Idea
i. Idea untuk membangunkan inovasi “CyberBill MBSP ” dilaksana
secara in-house melalui sesi percambahan fikiran di antara
Penolong Pengarah Kanan dan ketua unit di dalam Bahagian Hasil
Jabatan Perbendaharaan, manakala fungsi CyberBill MBSP dibuat
oleh pihak vendor SMART ELITS (Sistem Cukai Taksiran MBSP).
ii. Idea ini telah dibentangkan kepada Pengarah Perbendaharaan dan
mendapat persetujuan untuk dilaksanakan.
iii. Inovasi ini diwujudkan juga bagi memudahkan pemilik premis untuk
menerima sms dan membayar bil cukai taksiran dengan mudah dan
cepat serta pada masa yang telah ditetapkan.
viii. Kategori Inovasi
CyberBill MBSP merupakan Inovasi Kategori Anugerah Inovasi ICT.
Inovasi CyberBill MBSP adalah inovasi Penyampaian Perkhidmatan
dan merupakan inovasi penambahbaikan bagi meningkatkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah pengamalan
normal baharu dan mengurangkan transaksi fizikal.
Perkara Kos
Pembangunan serta Integrasi Sistem RM9,850.00
Kos Penghantaran CyberBill MBSP (SMS) RM0.125 / sms
Kos Penghantaran SMS Pemakluman
Transaksi Bayaran Berjaya (Melalui
MBSPPay)
RM0.125 / sms
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page13
ix. Indikator Inovasi
Inovasi ini memenuhi kriteria berikut:
Kriteria Penjelasan
Measureable Inovasi ini boleh diukur dari aspek bilangan transaksi yang
berlaku menggunakan CyberBill MBSP manakala prestasi
kutipan dapat dipantau oleh pegawai melalui janaan laporan
Informative CyberBill MBSP akan memaparkan bil cukai terkini setiap
masa dan dimana sahaja. Bil cukai juga boleh dimuat turun
secara dalam talian. Selain dari itu, pautan yang disediakan
juga telah dihubungkan terus ke portal bayaran MBSPPay.
Cost Effective Kos pembangunan sistem adalah RM9,850.00 dan ianya
dibuat secara in-house dengan vendor sistem Smart Elits.
Kos pengeposan telah meningkat dari RM0.60 ke RM1.30
manakala kos cetakan setiap bil adalah RM0.172.
Walaubagaimanapun MBSP telah berjaya menjimatkan kos
cetakan dan pengeposan sebanyak RM1.347 untuk setiap
keping bil cukai taksiran yang dihantar (RM1.472 –
RM0.125) sekiranya pemilik premis memilih untuk
membayar melalui saluran bayaran yang lain.
Jika pembayar cukai terus membuat pembayaran melalui
MBSPPay, kos tambahan sebanyak 0.125 akan ditanggung
oleh MBSP bagi tujuan penghantaran sms pemakluman
transaksi bayaran yang berjaya menjadikan jumlah
penjimatan RM1.222 untuk setiap bil.
Berdasarkan hasil kutipan melalui inovasi ini, ianya telah
menyumbang kepada perolehan semula kos inovasi dalam
masa yang begitu singkat dan dalam masa yang sama
MPSP dapat meningkatkan hasil serta mengurangkan
tunggakan cukai taksiran.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page14
Forward
Looking
Inovasi ini mampu untuk ditambahbaik di masa hadapan
dengan ciri-ciri yang lebih baik serta boleh diintegrasikan
dengan sistem-sistem dalaman jabatan lain yang
memerlukan data cukai taksiran.
x. Maklumbalas Pelanggan Dan Mekanisme Maklumbalas Pelanggan
Serta Hebahan
Pada September 2020, Datuk Bandar telah membuat hebahan melalui
media secara online dan juga live facebook bagi memaklumkan tentang
hasrat pendigitalan MBSP kepada warga Seberang Perai dimana
mereka dikehendaki menggunakan pautan yang diberikan di CyberBill
MBSP untuk mengemaskini maklumat e-mel dan nombor telefon.
Informasi tersebut kemudiannya akan digunakan untuk menjana bil
secara sms dan e-mel
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page15
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page16
BAB DUA:
IMPAK SEBELUM DAN
SELEPAS INOVASI
DIHASILKAN
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page17
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
i. SEBELUM INOVASI
Untuk urusan bayaran bil secara online, pemilik perlu tahu nombor
akaun sebelum boleh membuat bayaran
Proses pembayaran yang lebih panjang dimana pemilik premis perlu
menghubungi MBSP terlebih dahulu untuk mendapatkan nombor
akaun sebelum boleh membuat bayaran secara online
Pemilik memilih untuk membayar secara konvensional iaitu hadir ke
kaunter MBSP untuk membuat bayaran.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page18
Carta Alir Proses Pembayaran Bil Secara Online
Sebelum CyberBill MBSP Diperkenalkan
CARTA ALIR PROSES KERJA
1. Orang awam terima bil & ingin bayar secara online
2. Masuk ke laman web MBSP http://www.mbsp.gov.my. Pilih butang bil cukai taksiran dari senarai perkhidmatan online dan masukkan nombor akaun
Cetak bil
bayar
3. Tekan butang cari. Bil boleh dicetak dengan memilih cetak bil setangah/ satu tahun
4. Untuk bayaran, pilih butang bayar setengah / satu tahun. Bayaran boleh menggunakan Kad Kredit (master / visa) atau MEPS FPX
5. Setelah bayaran disempurnakan, resit boleh dicetak dilaman web tersebut
6. Paparan status bayaran akan dikemaskini serta merta di laman web
T tak ok
Ok
7. Kemaskini data. Data bermasalah, akan dirujuk kembali ke bank untuk tindakan
8. Data bayaran akan dikemaskini ke lejar pemilik keesokan harinya setelah maklumat diterima dari bank.
MULA
Rujuk bank
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page19
ii. SELEPAS INOVASI
Maklumat diterima lebih tepat dan pantas
Lebih mesra pengguna
Ini membantu mempercepatkan proses pembayaran
Mengurangkan aduan awam tentang bil yang tidak diterima
Mengurangkan bil yang dikembalikan oleh pejabat pos
Pengumpulan data e-mel dan nombor telefon yang akan digunakan
untuk pengeluaran bil secara elektronik dan ianya selaras dengan
hasrat MBSP untuk menjadikan Seberang Perai Bandaraya Pintar
dan Rendah Karbon menjelang tahun 2022.
Pautan CyberBill MBSP yang dihantar kepada pembayar cukai
boleh digunakan secara berterusan bagi urusan bayaran bil dimasa
hadapan kerana ianya akan disambungkan terus ke pengkalan data
terkini cukai taksiran.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page20
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page21
Carta Alir Terperinci Proses Pembayaran Bil Secara Online
Selepas CyberBill MBSP Diperkenalkan
CARTA ALIR PROSES KERJA
1. Orang awam terima pemakluman bil berserta link khas & ingin bayar secara online
2. Tekan/klik link khas yang disediakan pada sms yang telah dihantar melalui CyberBill
3. Selepas klik link berkenaan, cyberbill akan terus membawa pemilik ke portal cukai online MBSP iaitu https://online.mbsp.gov.my/cukaipintu.asp? 01060046254 (nombor akaun yg di klik)
4. Paparan pemakluman implementasi bil secara elektronik (E-mel & sms). Pemilik diminta kemaskini e-mel dan nombor telefon (Hanya setahun sekali sahaja)
5. Plih bayaran semasa atau bayaran setahun. Kalau satu akaun sahaja, pilih bayar tapi kalau beberapa akaun, perlu kembali ke bakul bayaran untuk tambah akaun
6. Pilihan cara bayaran a. Kad kredit / kad debit b. FPX - Perbankan Internet
7. Kad Kredit / Kad Debit – Klik dan terus ke menu untuk pilih jenis kad Master @ Visa
FPX - Perbankan Internet – pemilik hanya boleh
memilih bank yang disenaraikan dan teruskan mengikut prosedur perbankan internet bank tersebut
8. Kad Kredit / Kad Debit – Masukkan nombor kad dan
“expiry date” juga 3 digit security kod - Klik bayar
9. Dapatkan TAC code dari bank dan masukkan apabila ianya diperolehi - teruskan
10. Cetak resit. Butang untuk cetak semula resit juga disediakan sekiranya ada keperluan. Pemakluman secara sms dan e-mel akan dihantar kepada pembayar cukai sebaik sahaja selesai pembayaran berjaya
MULA
Perbankan
Internet
Kad kredit/ debit
1
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page22
1. Paparan status bayaran akan dikemaskini serta merta di laman web
2. Kemaskini data. Data bermasalah, akan dirujuk kembali ke bank untuk tindakan
3. Data bayaran akan dikemaskini ke lejar pemlik keesokan harinya setelah maklumat diterima dari bank.
Rujuk bank
1
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page23
PERBANDINGAN MELALUI INFOGRAFIK PERBEZAAN ANTARA KAEDAH PEMBAYARAN SECARA BIASA DENGAN
KAEDAH BAYARAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI CYBERBILL MBSP
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page24
INFO DIAGRAM CYBERBILL MBSP BEROPERASI - PENGGUNA
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page25
Laporan di
Dashboard
Smart Elits dan
Janaan
Laporan
TEKNIKAL INFODIAGRAM CYBERBILL MBSP BEROPERASI
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page26
Lain‐Lain Maklumat
Serta Statistik Yang
Boleh Dipaparkan
Laporan Keseluruhan dan Laporan Pecahan Mengikut Lokasi (Ringkasan/ Bulan/ Tarikh)
Statitik Keseluruhan dan Laporan Pecahan Mengikut Lokasi (Ringkasan/ Bulan/ Tarikh)
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page27
BAB TIGA:
IMPAK INOVASI
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page28
3. IMPAK INOVASI
i. Impak kepada Agensi / Jabatan
Dengan keberkesanan CyberBill MBSP, ianya dapat memberikan
perkhidmatan yang cepat, tepat dan menjimatkan masa kepada stakeholder
untuk membuat bayaran cukai taksiran.
ii. Impak kepada Awam@Rakyat
CyberBill MBSP memberi impak langsung kepada kesemua pembayar cukai
iaitu pemilik premis di seluruh Seberang Perai samada agensi, orang awam
serta pemilik perniagaan dan syarikat di mana mereka dapat berurusan
dengan MBSP hanya di “hujung jari” sahaja dengan mudah, cepat dan tepat.
iii. Impak kepada Kumpulan Sasar
Bilangan harta berkadar di Seberang Perai
Kumpulan sasar bagi CyberBill MBSP adalah kesemua pemilik premis di
seluruh Seberang Perai yang merupakan pembayar cukai. Mengikut rekod
sehingga 1 Oktober 2020, jumlah bilangan harta berkadar adalah sebanyak
328,716 akaun.
Visual paparan bil cukai taksiran yang lebih menarik
Melalui CyberBill ini, pembayar cukai boleh melihat visual bil yang sebenar
dan menarik berbanding sms pemakluman biasa.
Efisien
CyberBill yang diterima lebih cepat berbanding kaedah konvensional yang
memakan masa 1 hingga 2 minggu dan berkemungkinan bil hilang atau tidak
sampai kepada penerima.
Meminimakan kesalahan
Pautan (link) yang disediakan akan dihubungkan terus ke portal cukai online
dan MBSPPay. Ini akan mengurangkan kesalahan menginput nombor akaun
pembayar cukai.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page29
BAB EMPAT:
ELEMEN INOVASI
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page30
4. ELEMEN INOVASI
i. Inovatif / Kreativiti
Penciptaan Nilai / Elemen Baru / Tambah Baik
CyberBill MBSP merupakan elemen baru yang ditambahbaik ke dalam
sistem penyampaian perkhidmatan MBSP dan merupakan pemudahcara
kepada orang awam untuk berurusan dengan MBSP. CyberBill adalah
kemudahan teknologi terkini yang mana ianya merupakan salah satu ciri
Bandaraya Pintar
Elemen Mempermudahkan / Penyelesaian Masalah
Dengan menggunakan CyberBill MBSP, pemilik premis hanya perlu klik
dipautan (link) yang disediakan dalam mesej yang diterima bersama
CyberBill . Ia kemudiannya akan terus disambungkan ke link di laman web
MBSP di www.mbsp.gov.my tanpa perlu memasukkan nombor akaun
seperti sebelumnya. Ini akan meminimakan kemasukkan nombor akaun
yang salah yang mana ini akan menyebabkan data tidak dapat
dikemaskini dan menjadi “reject”. Sekiranya masalah data reject ini tidak
dapat diselesaikan dalam masa terdekat, ia terpaksa dimasukkan ke
akaun amanah sehingga pemilik premis membuat aduan. Berdasarkan
aduan dan bukti-bukti nyata, baharulah akaun pemilik akan dikemaskini.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page31
ii. Keberkesanan
Gambaran Faedah Nyata Diperolehi
CyberBill MBSP dapat meningkatkan tahap kepuasan khususnya
pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan kerajaan melalui
perkhidmatan yang disediakan ini. Ini kerana hampir keseluruhan pemilik
premis mempunyai telefon pintar yang mampu menerima SMS CyberBill
MBSP.
CyberBill MBSP juga memberikan kemudahan kepada pembayar cukai
untuk membayar dengan lebih mudah disamping MBSP dapat
memperolehi hasil kutipan cukai. Berikut adalah rekod kutipan cukai
taksiran melalui aplikasi CyberBill MBSP.
Kutipan Hasil CyberBill MBSP (Tarikh Cetakan: 9/10/2020)
Bulan / Tahun Bilangan data Jumlah (RM)
1/2020 39 11,727.30
2/2020 380 103,632.55
3/2020 10 2,218.00
4/2020 12 3,016.45
5/2020 1 146.00
6/2020 4 774.05
7/2020 3 520.80
8/2020 433 169,885.60
9/2020 60 28,665.40
10/2020 3 1,409.10
Jumlah 945 322,095.25
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page32
iii. Signifikan
Bagaimana Perkhidmatan Boleh Mesra Pelanggan
CyberBill MBSP merupakan aplikasi yang mesra pengguna dan mudah
digunakan (user friendly) di mana pembayar cukai dapat mengakses
maklumat cukai masing-masing dengan hanya klik dipautan sms yang
diberikan bersama CyberBill yang telah disediakan di bil cukai masing-
masing. Pautan yang disediakan boleh disimpan dan boleh gunakan
semula pada bila-bila masa dan maklumat terkini bil cukai akan
dipaparkan. Sekiranya bil cukai taksiran tidak diterima atau hilang,
pengguna boleh memuat turun salinan bil cukai taksiran di laman web
MBSP.
Penjimatan Masa / Kos / Sumber Manusia / Mudah Digunakan /
Tingkat Produktiviti
MBSP Stakeholder
Penjimatan Kos Pengeluaran
dan Pengeposan
Penjimatan Sumber Manusia:
Tiada pertambahan kakitangan
untuk menguruskan CyberBill
Tenaga sumber manusia
sediada dapat diptimumkan
penggunaannya untuk tugasan
lain.
Sistem yang mudah digunakan
dan diuruskan diperingkat
pentadbiran MBSP
Dapat meningkatkan produktiviti
kerja kakitangan.
Penjimatan Masa – Tidak Perlu
Hadir ke Kaunter / Tidak perlu
mohon cuti atau pelepasan
keluar daripada majikan.
Penjimatan Kos Bahan Api
Pengurangan Pembakaran dan
Penjanaan Karbon
Sistem yang disediakan mudah
digunakan. Mudah, cepat, tepat
dan pantas
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page33
Sejauh Mana Ianya Memenuhi Objektif Inisiatif Ini Diambil Kepada
Perkhidmatan Awam / Organisasi / Jabatan / Unit
CyberBill MBSP telah memenuhi objektif serta sasaran yang telah
ditetapkan. Perkara ini telah dibuktikan melalui dibawah:
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2020
SSeberang Perai Corporate Priorities (Jabatan Perbendaharaan) Tahun 2020
7.0 INOVASI JABATAN / GRPB
BIL. RINGKASAN
AKTIVITI/PROJEK
PETUNJUK PRESTASI
(KPI)
SASARAN PRESTASI
% CATATAN
7.1
SP05- Penerapan Teknologi Baharu Inovasi CyberBill MBSP
Bil dihantar secara
CyberBill MBSP
Sistem siap pada tahun 2020 dan 50,000 bil
secara sms dihantar
147.95%
Sehingga 30 Sept 2020, sejumlah
73,977 sms cyberbill penggal
pertama dan kedua 2020 telah dihantar kepada pembayar cukai
Seberang Perai Corporate Priorities 2020 (Penerapan Teknologi Baru)
Keutamaan Strategik (Strategic Priority)
Keutamaan Strategik (Strategic Priority)
Sasaran Prestasi
% Catatan
SP05- Penerapan Teknologi Baharu
Penghantaran bil cukai taksiran
secara digital (CyberBill)
50,000 bil secara sms
dihantar kepada
pembayar cukai
147.95%
Sehingga 30 Sept 2020, sejumlah
73,977 sms cyberbill penggal
pertama dan kedua 2020 telah dihantar kepada pembayar cukai
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page34
iv. Replicability
Idea inovasi CyberBill MBSP boleh di adaptasi dan digunapakai oleh jabatan
dalaman, agensi-agensi dan pihak lain secara terus atau dengan diubahsuai
mengikut keperluan agensi masing-masing.
Secara amnya kaedah ini amat berkesan sebagai satu kaedah yang mudah
untuk membuat bayaran secara dalam talian bagi lain-lain kategori hasil
mengikut jabatan masing-masing.
v. Relevan
(i) Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional
Pendigitalan sektor awam merupakan salah satu agenda nasional yang
digariskan dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) yang
sedang dibangunkan bagi tahun 2021 – 2025 yang menjadi dasar utama bagi
pendigitalan sektor awam. Ianya dijangka akan dapat dijadikan panduan
kepada agensi sektor awam bagi memacu agenda kerajaan digital mampan
ke arah membentuk masyarakat digital. Selaras dengan itu, MBSP telah
berusaha ke arah pendigitalan dan penambahbaikan penyampaian
perkhidmatan dengan memperkemaskan lagi perkhidmatan sediada dengan
menggunakan aplikasi dan teknologi terkini.
Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggariskan
wawasan pembangunan negeri iaitu Penang 2030 yang mana salah satu
temanya adalah memperkasakan rakyat demi mengukuhkan penyertaan
masyarakat. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk mengintegrasikan
perkhidmatan yang diberikan bersama teknologi terkini. Oleh itu, MBSP
menjalankan pembaharuan institusi sistem penyampaian yang cekap dan
berkesan (institutional reform), untuk meningkatkan imej korporat sekaligus
meletakkan MBSP sebagai sebuah PBT yang ke hadapan dalam aspek
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page35
teknologi dan digital khususnya dalam pengurusan dan pengendalian
perkhidmatan di Seberang Perai.
Selaras dengan harapan kerajaan negeri, MBSP telah mengorak langkah ke
hadapan dengan memperkenalkan CyberBill MBSP yang merupakan
kesinambungan daripada inovasi MBSP Qrbill dan ianya dibangunkan seiring
dengan Seberang Perai Corporate Priorities 2020 – 2022 yang merupakan
pelan jangka sederhana untuk menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif,
Hijau, Kompetetif dan Bandar Pintar dipacu oleh Teknologi.
(ii) Sumbangan kepada pembentukan ekonomi nilai tinggi
CyberBill MBSP menyampaikan maklumat kepada pembayar cukai dengan
lebih cepat dan pantas, lebih mesra pengguna dan memudahkan urusan
pembayaran cukai taksiran. Dengan hanya menekan pautan yang dihantar
oleh MBSP melalui sms, pemilik terus dihubungkan ke portal cukai online
MBSP serta payment gateway MBSPPay.
Penghantaran pautan (link) bil yang telah diringkaskan menggunakan sistem
khas melalui sms ini akan mengurangkan aduan awam mengenai bil yang
tidak diterima dan juga bil-bil yang dikembalikan oleh POS Malaysia Berhad.
Pautan CyberBill MBSP yang dihantar kepada pembayar cukai boleh
digunakan secara berterusan bagi urusan bayaran bil di masa hadapan
kerana ianya akan disambungkan terus ke pengkalan data terkini cukai
taksiran.
Penggunaan pautan CyberBill MBSP oleh pembayar cukai juga merupakan
pusat pengumpulan data e-mel dan nombor telefon yang akan digunakan
untuk pengeluaran bil secara digital.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page36
Sekiranya semua pemilik premis memberikan kerjasama dengan
mengemaskini maklumat e-mel & nombor telefon, dimasa hadapan, mereka
tidak perlu lagi datang ke kaunter Majlis untuk membuat bayaran dan ini
menjimatkan masa mereka, penjimatan kos bahanapi dan ianya juga
membantu menyumbang menjadikan Seberang Perai sebuah Bandaraya
Pintar Dan Bandaraya Rendah Karbon menjelang tahun 2022.
(iii) Penjimatan kos yang ketara
Pos Malaysia Berhad telah mendapat kebenaran untuk menaikkan harga
setem selaras dengan peningkatan kos operasi yang terpaksa ditanggung
oleh mereka. Peningkatan drastik dari RM0.60 kepada RM1.30 menyebabkan
Majlis terpaksa menanggung kos yang tinggi sekiranya masih meneruskan
penghantaran bil secara konvensional. Penjimatan yang dapat dilihat semasa
penghantaran bil setengah tahun 1/2020 adalah seperti jadual di bawah:-
Bilangan bil dihantar 1/2020 (262,377)
Cetak & Pos
(konvensional) CyberBill MBSP
Cetak (RM0.172 sekeping)
RM45,128.84
Setem (RM1.30 sekeping)
Jumlah Kos Terlibat :
RM341,090.10
Terima sms & bayar
(RM0.25/sms)
(berserta
pemakluman bayaran
telah diterima)
Terima sms sahaja
(RM0.125/sms)
(Bayaran dibuat
disaluran bayaran lain,
tiada pemakluman
bayaran telah diterima)
RM386,218.94 RM65,594.25 RM32,797.13
Penjimatan RM320,624.69 RM353,421.81
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page37
(iv) Penjanaan hasil yang ketara
CyberBill MBSP telah berjaya menjana hasil berjumlah RM322,095.25 (rujuk
data kutipan CyberBill MBSP muka surat 31. Ianya masih pada peringkat awal
penggunaan dan diperkenalkan semasa penghantaran Bil 1/2020. Majlis
masih dalam peringkat mendidik warga Seberang Perai untuk menggunakan
kemudahan digital ini. Cubaan pertama penghantaran dibuat pada 21 Januari
2020 dengan 55,490 sms berjaya dihantar dengan kos RM13,872.50. Kutipan
yang berjaya diperolehi pada bulan Januari dan Februari 2020 adalah
RM115,359.85 iaitu 8.32 kali ganda dari kos yang dikeluarkan.
Cubaan penghantaran kali kedua dibuat pada bulan Ogos 2020 di mana
18,962 sms telah dihantar. Kos yang terlibat bernilai RM4,740.50. Kutipan
yang berjaya diperolehi pada bulan Ogos 2020 adalah RM169,885.60 iaitu
35.84 kali ganda dari kos yang dikeluarkan.
Walaupun bilangan yang menggunakan pautan CyberBill MBSP ini masih
kecil, namun pulangan yang diterima amat memberansangkan. Selain dari itu,
data juga menunjukkan bahawa pautan yang dihantar juga digunakan secara
berterusan walaupun setelah beberapa bulan dihantar.
(vi) Kolaborasi unik dengan rakyat
Cetusan idea Cyberbill MBSP merupakan kolaborasi unik yang dihadiahkan
oleh MBSP kepada warga Seberang Perai. Selain dari meneruskan agenda
transformasi digital negeri Pulau Pinang dimana usaha dijalankan untuk
mempergiatkan inisiatif pembayaran atau perkhidmatan tanpa tunai, ia juga
sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk mengekang penularan
pandemik Covid-19 di negeri ini. Slogan “Kita Jaga Kita” diselitkan secara
tidak langsung dengan perkidmatan atas talian yang diberikan yang mana ini
secara tidak langsung mengawal penjarakan fizikal seperti yang disarankan
dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page38
CyberBill MBSP menyampaikan maklumat kepada pembayar cukai dengan
lebih mudah, cepat dan tepat, lebih mesra pengguna dan memudahkan
urusan pembayaran cukai taksiran. Dengan hanya menekan pautan yang
dihantar oleh MBSP melalui sms, pemilik terus dihubungkan ke portal cukai
online MBSP serta payment gateway MBSPPay.
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page39
BAB LIMA:
PENGIKTIRAFAN
YANG DITERIMA
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page40
5. PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA
Berikut antara pengiktirafan yang pernah diterima oleh Jabatan
Perbendaharaan bagi penglibatan di dalam Inovasi di peringkat negeri dan
kebangsaan:
a. PBT yang keempat di Malaysia dan PBT pertama di utara Semenanjung
Malaysia yang memperolehi persijilan SAGA Tahun 2017
b. Sijil Bersih Penyata Kewangan bagi 18 Tahun berturut-turut
c. Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Negeri Pulau
Pinang Tahun 2010 dan 2011
d. Anugerah Khas Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Peringkat Negeri
Pulau Pinang Tahun 2014, 2015 dan 2016
e. Top 8, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat KPKT (Salah
satu inovasi yang diketengahkan adalah Ai-Kad)
f. Tiga (3) Agensi Terbaik Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun
2010 dan 2011
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page41
BAB ENAM:
PENUTUP
CyberBillMBSP
JabatanPerbendaharaanMBSP Page42
6. PENUTUP
Secara kesimpulannya dengan wujudnya CyberBill MBSP ini, pembayar cukai
dapat menggunakan kaedah pembayaran ini dengan lebih mudah serta cekap dan
dapat membuat bayaran cukai pada masa yang telah ditetapkan. CyberBill MBSP
merupakan:
a) Inovasi serta perkhidmatan yang mudah digunakan
b) Pengurusan Hasil Kutipan Cukai yang lebih efisien
c) Dapat mengoptimumkan sumber tenaga selari dengan hasrat untuk
mewujudkan Cyber Counter
d) CyberBill MBSP merupakan alternatif medium pembayaran
e) Tiada masa menunggu dan beratur dikaunter kerana bayaran dapat dibuat
terus secara online
f) CyberBill MBSP mengurangkan serta dapat mengelakkan “human error”
g) Inovasi yang amat sesuai diperkenalkan selaras dengan cita-cita Industri
4.0
h) CyberBill MBSP diperkenalkan bertepatan dengan masa dimana pandemik
Covid-19 berlaku dan penjarakan fizikal diperlukan
Melalui pembudayaan inovasi sebegini, MBSP akan dapat meningkatkan tahap
kualiti dan komitmen kepada penduduk Seberang Perai dan sentiasa bergerak
maju ke hadapan demi meningkatkan prestasi MBSP ke arah matlamat
menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar
Dipacu oleh Teknologi.
MBSP akan sentiasa mempergiatkan usaha memperkenalkan inisiatif pembayaran
tanpa tunai atau perkhidmatan tanpa tunai yang merupakan inisiatif kerajaan
negeri untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 yang telah merubah cara
kehidupan dan landskap pengoperasian MBSP dan proses pendigitalan
perkhidmatan kerajaan perlu lebih menyeluruh bagi memudahkan pembayar cukai
menyesuaikan diri dengan normal baharu semasa memberi perkhidmatan kepada
rakyat.