-
5/18/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT
BAIK TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PTNC 2018
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018
1/5
KUBANG KERIAN, 25 Februari 2018 – Naib Canselor, Universiti
Sains Malaysia (USM), Profesor DatukDr. Asma Ismail hari ini
berkongsi input berkaitan hala tuju dan perancangan Universiti
dalammeneruskan kecemerlangan prestasi bagi tahun 2018 melalui
Perutusan Tahunan Naib Canselor(PTNC) 2018 yang bertajuk Merekayasa
USM sebagai sebuah Universiti Pilihan (Making USM APreferred
University By Design) di Kampus Kesihatan USM di sini.
Perkongsian tersebut antara lain membincangkan dengan terperinci
berkenaan perancangan danstrategi USM mencapai objektif menjadi
antara Universiti terkemuka yang menjadi pilihan utama olehsetiap
individu yang ingin melanjutkan pengajian di menara ilmu.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT BAIK TIGAINISIATIF BAHARU
SEMPENA PTNC 201827FEB
https://news.usm.my/
-
5/18/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT
BAIK TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PTNC 2018
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018
2/5
Selain perkongsian strategik berkenaan hala tuju USM, majlis
yang dihadiri lebih 1,500 warga KampusKesihatan itu turut
berpeluang mendengar tiga inisiatif baharu yang telah dilancarkan
semasaPerutusan Naib Canselor di Kampus Induk pada 21 Februari yang
lalu dan akan dilaksanakansepenuhnya pada tahun 2018 di kesemua
kampus USM.
USM PERTAMA TAWARKAN PROGRAM MICROCREDENTIAL
-
5/18/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT
BAIK TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PTNC 2018
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018
3/5
Dalam era digital serba pantas, pembelajaran secara fleksibel
adalah antara platform yang dapatmembudayakan pembelajaran
sepanjang hayat dengan lebih efektif.
Mengambil kira corak pembelajaran semasa yang menuntut perubahan
besar dalam suasanapengajaran dan pembelajaran disampaikan, USM
menjadi yang pertama memperkenalkan‘Microcredential for Personal
& Professional Development’, satu kaedah pembangunan
profesional kearah membentuk kepakaran dalam bidang yang khusus dan
tertumpu.
USM dan OpenLearning telah bekerjasama menawarkan peluang kepada
mana-mana individuberkerjaya di Malaysia untuk memperolehi
‘microcredential’ (kelayakan mikro) melalui sistempembelajaran
profesional berasaskan kepakaran.
Program latihan atas talian ini direkabentuk untuk menyokong
program pembangunan peribadi danprofesional secara berterusan (CPD)
bagi individu berkerjaya dalam meningkatkan ilmu dan
kemahiranmereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Program Microcredential USM ini dibangunkan dengan beberapa
keistimewaan tertentu termasuk:Kandungan ringkas; Persendirian;
Atas permintaan; Berasaskan kemahiran; Lencana
PengiktirafanDigital; Teknologi ‘Blockchain’ dan Mampu milik.
Antara manfaat program ini adalah modul bersesuaian yang
direkabentuk khusus bagi ilmu/kemahirantertentu, hasil kecekapan
yang terbukti, pengalaman pelajar OpenLearning, lebih nilai bagi
wang dansokongan berterusan fasilitator.
USMARTPAY PLATFORM JAYAKAN USM KAMPUS TANPA TUNAI
USMartPay ialah inisiatif bersama di antara Jabatan Bendahari
dan Pusat Pembangunan PerniagaanUSM ke arah pelaksanaan transaksi
perniagaan secara pintar, selamat dan ringkas. Kaedahpembayaran
adalah secara 'e-payment', akaun ‘virtual’ dan terminal debit &
kredit. Usaha terkiniadalah melalui kod ‘Quick Response’ (QR) dan
kad Touch & Go yang dilaksanakan secara usahasamadengan Maybank
dan Touch N Go, kedua-duanya ke arah pelaksanaan suasana kampus
tanpa tunai.
Pihak Touch N Go juga mula menjual kad Touch N Go edisi khas
menggunakan logo 50 tahun USMbersempena sambutan ulangtahun USM
ke-50.
USM PERKENAL APLIKASI #USMFIT BAGI MENGGERAKKAN KOMUNITI USM KE
ARAHMENJADI SEBUAH KAMPUS AKTIF
USM juga turut memperkenalkan inisiatif baharu #USMFIT, sebuah
aplikasi yang dapat membantudalam membudayakan cara hidup sihat
dalam kalangan warganya. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuanuntuk
menggerakkan komuniti USM ke arah menjadi sebuah kampus aktif.
Kesemua inisiatif ini akandilaksanakan melalui aplikasi #USMFIT
bermula 1 Mac 2018. Terkini, aplikasi ini akan merangkumisemua
inisiatif berikut:
#USMFIT Weight Challenge
Inisiatif ini direkabentuk bagi menilai keberkesanan program
#USMFIT ini selama tiga bulan dalammengenalpasti pengurangan berat
badan staf dan pelajar USM. Cabaran berat badan ini
melibatkanpenilaian berat tubuh badan dan peratusan lemak badan
dalam tempoh 3 bulan. Jurulatih #USMFITakan bersama-sama memberi
tunjuk ajar tentang program mengurangkan berat badan bagi
wargaUSM.
-
5/18/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT
BAIK TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PTNC 2018
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018
4/5
#USMFIT Trails
Kampus Universiti Sains Malaysia, juga dikenali sebagai
Universiti dalam Taman yang kaya dengantumbuhan tropika dan habitat
rimba, menyediakan persekitaran yang amat sesuai bagi kegiatan
aktivitiluar. Adanya interaksi antara manusia dan alam sekitar ini
penting bagi membentuk suasana yang sihatdalam kalangan warga
USM.
#USMFIT Nutritional Tips
Inisiatif ini menyediakan maklumat tentang pilihan pemakanan
sihat bagi golongan bekerja dandengan gaya hidup yang sibuk. Ia
akan meliputi tips makanan sihat, bermula dari waktu sarapan
pagisehingga makan malam. Tips pemilihan makanan ringan secara
sihat juga akan disertakan. Ia akanmembantu pengguna untuk
merekabentuk menu sihat harian yang menekankan kepada
berkalorirendah, tinggi kandungan fiber dan berkhasiat, di samping
lazat dan memuaskan.
#USMFIT Active Campus
Aktiviti fizikal adalah perlu bagi mengekalkan kesihatan secara
lestari. Inisiatif #USMFIT ini adalahusaha menyeluruh ke arah
mewujudkan sebuah kampus yang aktif dalam meningkatkan
tahapkesihatan staf dan juga pelajar, mengurangkan cuti kerana
sakit serta meningkatkan produktiviti.Dalam usaha bagi mewujudkan
suasana kampus yang aktif, #USMFIT mengetengahkan konsep“kurangkan
duduk dan bergerak aktif”. Konsep ini termasuk mengurangkan waktu
duduk di tempatkerja, dengan mewujudkan ruang kerja secara
berdiri-duduk.
Antara yang turut hadir ialah suami Naib Canselor yang juga
mantan Dekan Pusat Pengajian SainsKesihatan, Profesor Dato’ Dr.
Ahmad Zakaria; Pengarah Kampus Kesihatan yang juga PengarahHospital
USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; mantan Pengarah Kampus
Kesihatan, ProfesorDato’ Dr. Mafauzy Mohamed, Timbalan-timbalan
Naib Canselor USM, pegawai utama universiti danketua-ketua jabatan
serta staf dan pelajar Kampus Kesihatan.
Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018https://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018https://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018https://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018https://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018https://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018http://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018https://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018&title=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018mailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20WARGA%20KAMPUS%20KESIHATAN%20MENYAMBUT%20BAIK%20TIGA%20INISIATIF%20BAHARU%20SEMPENA%20PTNC%202018&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018mailto:[email protected]
-
5/18/2018 USM News Portal - WARGA KAMPUS KESIHATAN MENYAMBUT
BAIK TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PTNC 2018
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5604-warga-kampus-kesihatan-menyambut-baik-tiga-inisiatif-baharu-sempena-ptnc-2018
5/5
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
http://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp