Mukasurat 1 / 4 SIARAN AKHBAR PERLAWANAN TARIK KALAT JUBLI EMAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA 15 Safar 1439H bersamaan 5 November 2017 Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas sempena sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta telah di adakan pada Hari Ahad, 16 Safar 1439 Hijrah bersamaan dengan 5 November 2017 Masehi di kawasan Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong. Perlawanan tarik kalat ini adalah merupakan sebagai salah satu acara sampingan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam. Hadir bagi menyaksikan perlawanan peringkat akhir tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah YM Dr Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, yang hadir sebagai wakil kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam, Tetamu Kehormat bagi perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas tersebut. Turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut antaranya ialah YM Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Tutong, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, serta pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan orang ramai. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya bacaan doa selamat. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awg Malcom Lim, Timbalan Presiden Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam, bagi mewakili Ahli Jawatankuasa Kerja Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas.