UNIT KERJAYA & KAUNSELING {2} JANUARI 2019, BIL. 01 Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia menunjukkan kesejahteraan psikologi perkhidmatan awam berada pada tahap 6.9 berbanding skor keseluruhan adalah 10 (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2018). Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggeluarkan statistik seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental (KKM, 2015). Daripada angka tersebut dapat ditafsirkan bahawa tahap kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan. Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan situasi ini dan melakukan tindakan proaktif dalam membendung masalah kesihatan mental dari menjadi semakin serius. “REMEMBERING TO PAY ATTENTION TO THE PRESENT MOMENT WITH THE KINDNESS, BEGINNER’S MIND AND WISDOM”. MINDFULNESS TERAPI MINDA Mindfulness boleh ditafsirkan sebagai “Remembering to pay attention to the present moment with the kindness, beginner’ s mind and wisdom”. Ini membawa maksud apabila kita berasa tertekan dengan situasi semasa atau keadaan sekeliling, kita perlu ambil masa untuk fokus pada masa sekarang (present moment), hindari dari berfikir perkara yang lepas (past) mahupun akan datang (future). Hargai kehadiran diri anda pada masa sekarang (now), lapangkan fikiran anda dan rasai setiap pergerakan, bunyi dan sentuhan dengan deria anda. Rasai dan fokus pada setiap pernafasan dalam diri kita. Biarkan pernafasan itu mengalir ke seluruh tubuh badan. Pernafasan adalah merupakan aspek yang penting dalam membantu seseorang itu berada dalam keadaan yang tenang. Pernafasan yang teratur dapat membantu dalam membawa oksigen ke seluruh badan individu. Oksigen yang mencukupi dalam darah dan badan manusia sangat membantu individu itu berasa tenang dan otot-otot badan berada dalam keadaan rehat (relax). Tekanan akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Antaranya akan membuatkan kita berasa lesu, penat, tidak bermaya, rasa sakit pada otot-otot badan dan hilang fokus. Apabila kita berjaya untuk mengembalikan semula diri kita dalam keadaan rehat, kita akan mendapat semula tenaga dan kesegaran pada tubuh badan kita. TEKNIK MINDFULNESS BANTU KEMBALIKAN KESEGARAN MINDA Ambil masa anda untuk lakukan regangan badan. Regangan badan sangat membantu diri kita untuk kembali dalam keadaan yang tenang dan rehat semula. Ini adalah kerana, semasa badan kita dalam keadaan tertekan/stres, otot- otot badan akan merasa tegang. Dengan senaman ringkas yang kita lakukan, ia dapat membantu merehatkan semula otot-otot yang tegang. Kita perlu ingat bahawa, minda yang sihat adalah datangnya dari pemikiran yang positif. Raikan setiap kejayaan dalam diri anda (gratitude) dan lakukan sesuatu dengan perasaan yang baharu (beginner’s mind). Setiap individu itu perlukan penghargaan dalam dirinya untuk membolehkan mereka merasa lebih bersemangat.