This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Nama: ___________________________________
Kelas: ___________________________________
Nama sekolah: _____________________________
Nama kumpulan:____________________________
Nama cikgu: _______________________________
Bilangan ahli keluarga yang tinggal di rumah: _______
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Malaysia mempunyai sumber semula jadi dan alam sekitar yang indah. Tetapi, kebelakangan ini banyak berita tentang pemanasan global akibat aktiviti manusia telah dilaporkan. Ini memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seharian kita.
Bagi mengatasi masalah ini, negara kita telah bergabung dengan negara-negara lain bagi mengurangkan gas ‘rumah hijau’, khususnya gas karbon dioksida (CO2), yang merupakan punca utama pemanasan global. Iskandar Malaysia sedang menuju ke Masyarakat Rendah Karbon. Dengan menggunakan buku kerja Ecolife Challenge ini, mari kita mempelajari cara untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan melindungi Bumi kita bersama-sama dengan keluarga kita sebelum ianya terlambat untuk generasi akan datang.
Anda akan berkerja dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli (pelbagai kaum) untuk melengkapkan buku kerja ini. Anda perlu melengkapkan semua bahagian dengan jujur (semua ahli), mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah setiap ahli kumpulan, dan memberikan jawapan yang betul dan kreatif.
Selain itu, anda perlu membantu sekolah untuk mengumpulkan dan menjual bahan kitar semula serta membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan air di sekolah. Sekolah yang paling banyak menjual bahan kitar semula dan mengurangkan bil elektrik dan air bagi bulan pertandingan akan dipilih menyertai pertandingan akhir. Bukti jualan bahan kitar semula dan bil air serta elektrik akan diambil kira. Finalis juga dipilih berdasarkan kelengkapan menyiapkan buku kerja ini dan kejayaan anda mengurangkan bil elektrik dan air rumah anda masing-masing.
Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan 40% pembebasan gas rumah hijau (GHG) pada tahun 2020 (berdasarkan garis dasar tahun 2005). Iskandar Malaysia telah menyertai usaha bersama untuk mencapai matlamat ini melalui pembentukan Masyarakat Rendah Karbon. "Ecolife Challenge" adalah salah satu daripada program yang menuju ke arah untuk merealisasikan visi ini serta menyumbang kepada usaha global dalam menangani masalah pemanasan global.
Melalui buku kerja "Ecolife Challenge" ini, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kesan gaya hidup harian kita ke atas alam sekitar, serta menerapkan amalan rendah karbon di kalangan kanak-kanak. Melalui buku kerja ini, guru-guru boleh mengambil kesempatan untuk membincangkan isu-isu ini dengan pelajar di dalam kelas.
Apa itu Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS)?Masyarakat Rendah Karbon merupakan masyarakat di mana penduduknya mengamalkan cara hidup yang sederhana tetapi berkualiti tinggi dengan mentitikberatkan hubungan masyarakat dan harmoni bersama alam sekitar bagi mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida. Terdapat tiga prinsip LCS:-
(i) Pengurangan karbon dalam semua sektorSemua sektor mengurangkan pengeluaran CO2, termasuk sektor pengangkutan, industri, penduduk, pertanian dan sebagainya.
(ii) Ke arah cara hidup yang sederhana dan kesedaran hidup berkualiti tinggiMasyarakat menghentikan penggunaan besar-besaran dan meletakkan lebih nilai ke atas keluarga, kesihatan dan interaksi dengan alam semula jadi bagi membina hidup yang lebih berkualiti
(iii) Hidup bersama alam semula jadiManusia merupakan sebahagian daripada ekosistem global. Kita perlu memelihara alam semula jadi yang kaya dan pelbagai untuk mencapai LCS supaya CO2 dapat diserap.
Sebagai kanak-kanak, andalah pemimpin masa depan. Kita perlu belajar dan mendukung prinsip ini bagi mewujudkan tempat tinggal yang indah, harmoni dan selesa untuk masa depan.
Acknowledgment to SATREPSSATREPS (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development) is a Japanese government program that promotes international joint research targeting global issues. Challenges cannot be met by a single country or region acting on its own, so engagement by international community is essential. To address these issues, SATREPS works through three to five year projects involving partnerships between researchers in Japan and in developing countries. SATREPS projects are expected to lead to outcomes with potential for practical utilization, and to enhance research capacity in developing country. The program is a collaboration between two Japanese government
Anda membazir elektrik apabila membiarkan TV dibuka semasa tidur atau membaca buku.Lampu LED mampu menjimat sehingga 90% penggunaan elektrik.Adalah lebih baik menggunakan kipas daripada penyaman udara.Adalah lebih baik menetapkan suhu penyaman udara tidak rendah dari 24°C.Gunakan botol tahan sejuk untuk simpan air sejuk daripada sentiasa buka peti sejuk.
Memanaskan seterika menggunakan tenaga yang banyak!
12 liter air (24 botol 500ml) keluar setiap minit dari pili air.Membasuh kasut dengan air paip yang mengalir selama 5 minit membazir 60 liter air.8 billion beg plastik dihasilkan setiap tahun di Malaysia.
Beg plastik boleh digunakan semula.
Kertas diperbuat daripada pokok. Pokok ditebang untuk buat kertas.
Masih ada ruang kosong untuk menulis.
2 buah mesin air menggunakan elektrik seperti sebuah rumah.
Surat khabar lama boleh dikitar semula.
Basikal dan berjalan tidak menghasilkan CO2 seperti kereta.Rakyat Malaysia membuang 15,000 ton makanan setiap hari (tahun 2013).Perbincangan dengan keluarga adalah penting untuk kesedaran bersama.
4
APAKAH ITU PEMANASAN GLOBAL?① Apa yang berlaku kepada Bumi?
Batu karang biasa Batu karang menghadapiKetulan ais cair di Kutub Selatan pelunturan
Kes 1: Ais cair, menyebabkan paras air laut naik dan tenggelamkan pulau
Pemanasan global menyebabkan ais di Kutub Selatan dan Pergunungan Himalaya cair dan meningkatkan paras air laut. Ini boleh menyebabkan pulau-pulau di Lautan Pasifik Selatan tenggelam di bawah air laut.
② Mekanisme pemanasan global
Kes 2: Peningkatan suhu di tempat-tempat yang indah
Di Malaysia, kita dikurniakan cahaya matahari sepanjang tahun, dengan pantai yang indah, laut dan hutan. Dikatakan bahawa Pemanasan Global boleh menyekat kita daripada menikmati keindahan ini. Cameron Highlands dan Genting Highlands yang mempunyai suhu lebih sejuk kini menjadi lebih panas daripada tahun-tahun sebelumnya. Batu karang yang indah menghadapi pelunturan kerana peningkatan suhu air laut.
Rajah 1: Kesan rumah hijau semula jadi Rajah 2: Kesan rumah hijau buatan manusia(Sumber: UNESCO/ UNEP (2011). Climate Change Starter’s Guidebook)
Bumi dikelilingi oleh suatu lapisan gas atmosfera secara semula jadi. Apabila tenaga Matahari, yang dipanggil tenaga solar, sampai ke Bumi, kebanyakannya diserap oleh permukaan Bumi, dan sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa lepas. Lapisan gas atmosfera menyerap sebahagian daripada tenaga solar tersebut tetapi juga melepaskan sebahagiannya ke angkasa lepas. Tenaga solar yang diserap oleh gas-gas ini membentuk 'selimut' yang memanaskan Bumi. Ini dikenali sebagai 'kesan rumah hijau' (GHG) alam (Lihat Rajah 1).
Tanpa 'kesan rumah hijau' semula jadi ini, suhu purata Bumi akan menjadi jauh lebih rendah daripada suhu sekarang dan Bumi akan diliputi dengan ais. Ia akan menjadi sukar bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk hidup di Bumi kerana ia terlalu sejuk! Walau bagaimanapun, suhu sedunia akan meningkat jika gas rumah hijau di atmosfera meningkatkan dengan terlalu banyak akibat kegiatan manusia (Lihat Rajah 2). Ini adalah pemanasan global.
③ Suhu global semakin meningkat! Suhu purata global telah meningkat sebanyak 0.75°C dalam masa 100 tahun (1906-2005). Di Malaysia, ianya meningkat sebanyak 0.5-1.5°C (1961-2007). Saintis menjangkakan peningkatan maksimum sebanyak 6.4°C yang boleh membawa kerosakan serius kepada alam dan manusia.
④ Sebab-sebab pemanasan globalTerdapat beberapa jenis gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global. Antaranya, karbon dioksida (CO2) memberikan kesan yang paling ketara ke atas pemanasan global. CO2 dilepaskan dalam kuantiti yang besar apabila kita membakar bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum.
⑤ Apa hubungan antara kehidupan seharian kita dengan pembebasan CO2 dan pemanasan global? Tenaga (elektrik dan petrol untuk kereta) yang kita gunakan setiap hari dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil, yang menyebabkan karbon dalam bahan api fosil tersebut dilepaskan ke atmosfera dalam bentuk karbon dioksida, CO2. Anda boleh lihat dalam rajah di bawah bahawa kehidupan seharian kita berkait rapat dengan pembebasan CO2!!
○ Semak kenderaan keluarga andaBerapa banyak kenderaan keluarga anda gunakan? Tuliskan bilangan dalam bulatan.
Berapakah jumlah kenderaan yang terdapat di rumah anda?
○ Semak bagaimana keluarga anda bergerak menggunakan kenderaan
Pilih satu kenderaan di rumah. Kita akan semak bagaimana ia digunakan dalam seminggu. Model kenderaan yang dipilih adalah (Contoh: Honda Accord 2.0)
Tuliskan hari dan tarikh pada hari pertama anda mula merekod dalam ruangan ① (Lihat jadual di m/s 13) Pada permulaan hari, baca odometer dan rekodkan bacaan dalam ruangan ②
Pada akhir hari, baca odometer dan rekodkan bacaan di ruangan ③
Kirakan jarak yang dijelajahi pada hari tersebut (③-②) dan tulis di ruangan ④
Tanya ibubapa/ penjaga ke manakah kenderaan ini dibawa sepanjang hari dan tulis dalam ruangan ⑤
Satu contoh ditunjukkan dalam jadual.
Cara membaca bacaan perbatuan daripada odometer kereta
Mengurangkan penggunaan computer selama sejam sehari boleh mengurangkan pembebasan 2.0 kgCO2 (laptop)/ 11.8 kgCO2 (desktop)
○ Adakah barang yang anda beli mesra alam?Kemahiran berfikir kritis
Kemahiran berfikir kreatif
Mari cari label mesra alam di sekeliling anda. Tulis pada produk apakah yang anda menjumpainya. Sila tulis “Tidak jumpa” jika tidak pernah jumpa label tersebut di mana-mana produk.
Label kecekapan tenaga Label FSC
Untuk barang elektrik yang cekap tenaga Untuk produk yang bertanggungjawabterhadap sumber hutan
■Apakah kaitan antara penggunaan barang-barang yang mempunyai label mesra
alam dengan pengurangan pembebasan CO2?
Tetapkan suhu penyaman udara pada 28ºC boleh mengurangkan pembebasan 11.3 kgCO2
Marilah kita cari sumber tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia. Tulis di mana lokasinya!
Apakah sumber tenaga semula jadi?
Tenaga dari matahari, angin, air atau kuasa alam adalah tenaga semula jadi. Penggunaan sumber ini tidak menyebabkan kekurangan sumber seperti minyak atau arang, dan mengurangkan pengeluaran CO2
Contoh: HidroelektrikEmpangan Bakun, Sarawak
Bagaimana sekolah anda boleh menggunakan tenaga boleh diperbaharui? Kemahiran berfikir kreatif
Cuba cadangkan bahagian manakah di sekolah anda yang boleh menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Contoh: Bumbung sekolah dipasang panel solar
17
Selain daripada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, bagaimanakah kami boleh jimatkanpenggunaan tenaga di sekolah? Kemahiran berfikir kreatif
Apa itu Cara Hidup Eco?
Apa yang anda faham tentang ‘ECOLIFE’?Kemahiran berfikir kreatif
Kini anda telah tahu gaya hidup Ecolife adalah penting untuk selamatkan Bumi. Anda ingin memberitahu keluarga anda untuk mengamalkannya. Bagaimana akan anda lakukannya?