Ikan Kembung Masak Asam Pedas Sumber : Wana Yusuf Petua untuk membuat asam pedas yang sedap 1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!) 2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri. 3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap) 4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lag i pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen( antioksida ). 5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air. 6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis. 7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.