BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005 Halaman Dua Belas Halaman Dua Belas Halaman Dua Belas Halaman Dua Belas Pertandingan Menulis Resensi Buku Peringkat Institusi Pengajian Tinggi 2005 MAKLUMAT lanjut boleh diperoleh melalui www.dbp.gov.my; telefon: 03-21487244 atau e-mel: [email protected]. Tarikh tutup: 30 Jun 2005 KUIZ KLIK DBP SIRI 13 PEMENANG akan mene- rima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd. DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG APA SUDAH JADI? SEKIRANYA anda ke Putrajaya pasti anda akan terlihat papan tanda bangunan yang tertera nama Palace of Justice . Bangunan yang terletak di Presint 2, Putrajaya ini menempatkan dua buah mahkamah, iaitu Mahka- mah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Alangkah indahnya jika bangunan gah ini dinamai 'Wisma Keadilan' atau 'Astana Keadilan'. Bukankah ‘Wisma Keadilan’ atau ‘Astana Keadilan’ lebih melambangkan jati diri bangsa Malaysia? Hantarkan kesalahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected]. Pengirim yang bahannya disiarkan akan menerima hadiah istimewa daripada Klik DBP. Pemenang Kuiz Klik DBP Siri 12 Soalan: 1. Berikan nama-nama majalah bahasa dan linguistik yang diterbitkan oleh DBP? 2. Apakah nama stesen radio yang menyi- arkan radio CITRA DBP? 3. Siapakah nama penyair yang puisinya diterjemahkan ke bahasa Jerman oleh Dr. Askandar Unglehrt? 4. Tahun bilakah Dunia Melayu dijangka menjadi ‘tetamu yang diraikan’ di Frank- furt Book Fair? 5. Siapakah nama tokoh yang dibicarakan dalam ruangan ‘Buku Bakal Terbit’ pada kali ini? Syarat Penyertaan: l Penyertaan terbuka kepada semua pem- baca Klik DBP dan ahli keluarganya. l Tarikh tutup penyertaan 4 Julai 2005. l Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada: Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Klik DBP Siri 13, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-21422029 E-mel: [email protected] 1. Nor Awanis Ahmad Sabri Taman Maju, Tronoh, Perak. No. K.P.: 841208-08-6146 2. Shah Rizan Sudirman Kg. Parit Awang, Yong Peng, Johor. No. K.P.: 860806-23-5467 3. Dewi Hati Abd. Rahim Shah Alam, Selangor. No. K.P.: 650101-01-5688 4. Maznah Che Hassan Pasir Puteh, Kelantan. No. K.P.: 701120-03-5358 5. Aidasuraya Bujang Seran Kuching, Sarawak. No. K.P.: 681224-13-5390 6. A. Rahim Ismail Batu Kikir, Negeri Sembilan. No. K.P.: 420927-05-5033 7. Mohd. Zailani Mohd. Ghazali Kg. Pernu, Melaka. No. K.P.: 650214-04-5453 8. Nazmi Sahak Taman Intan, Temerloh, Pahang. No. K.P.: 740130-06-5309 9. Zulhafiz Zainal Abidin Felda Sg. Tiang, Pendang, Kedah. No. K.P.: 881220-26-5303 10. Suriati Abd. Rani Likas, Kota Kinabalu, Sabah. No. K.P.: 850405-12-5284 Diterbitkan oleh Berita Harian Sdn Bhd dan dicetak oleh The New Straits Times Press (M'sia) Bhd. (448-H), 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur I I k k l l a a n n y y a a n n g g M M e e n n c c a a b b a a r r K K e e d d u u d d u u k k a a n n B B a a h h a a s s a a M M e e l l a a y y u u Oleh Normala Mohamad Yusof B ARU-BARU ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkesem- patan berkunjung ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperlengkap sesi Lawatan Kerja yang dirancang bagi tahun ini. Pertemuan yang membincangkan pelaksanaan proses permohonan le- sen pemaparan iklan papan iklan ini telah merungkai kekusutan pihak DBP tentang masalah pemaparan iklan yang rancu dengan meneliti Edaran Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan Bil. JKT: MNKT/D/Bil. 1/2005 berkenaan Garis Panduan Pa- pan Iklan Premis Perniagaan. Kebe- basan yang diberikan kepada syari- kat sama ada untuk mempamerkan nama syarikat atau jenama dengan menggunakan saiz yang lebih besar berbanding perkataan lain adalah amat membimbangkan. Usaha membenarkan penggunaan cap dagang (trade mark), logo dan slogan (tag line) tanpa diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu juga adalah mendukacitakan. Apa yang dibim- bangkan ialah kelonggaran syarat yang dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan ini boleh me- nyebabkan berleluasanya penggu- naan bahasa yang rancu di tempat awam, terutama pada papan iklan. Kebimbangan DBP adalah berasas. Misalnya, jika kita melalui Lebuh Raya Persekutuan, kita akan dapat melihat sebuah papan iklan yang terpampang slogan ‘BUMPER KE BUMPER. PERCETAKAN TANPA JAM’. Sekali pandang, kita mesti terta- nya-tanya, apakah maksud iklan ini? Adakah ‘bumper’ dalam iklan ini ber- maksud ‘penahan hentakan’ pada ke- reta, kalau dilihat pada deretan kereta yang panjang pada papan iklan terse- but. Kalau benar itu maksudnya, ke- napa tanpa ‘jam’? Dalam bahasa Me- layu, 'jam' bermaksud waktu. Tetapi, apabila diamati, ‘bumper ke bumper’ dalam iklan ini dikiaskan sebagai ‘produk yang dicetak tanpa henti’ atau ‘tanpa gangguan’. Mungkin lebih tepat kalau ‘bumper ke bumper’ di- terjemahkan kepada ‘satu persatu’, sementara ‘percetakan tanpa jam’ bo- leh diterjemahkan sebagai ‘perceta- kan tak tergendala’. Oleh itu, adalah lebih tepat kalau iklan itu ditulis seba- gai ‘Rentetan percetakan . Percetakan Tak Tergendala.’ Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan yang membenarkan peng- gunaan cap dagang (trade mark), logo dan slogan (tag line) tanpa diterjemah- kan ke bahasa Melayu, nampaknya telah disalahtafsirkan. Ini dapat dilihat pada papan iklan yang terletak ber- hampiran Plaza Phoenix yang mema- parkan produk beras Jati dalam ba- hasa Inggeris sepenuhnya. Slogan yang dipaparkan ialah ‘Pro- ducing BETTER Rice. Feeding MORE Malaysians. Got to be it...Jati. The Best Selling Brand in Malaysia’. Slogan tersebut boleh diterjemahkan ke ba- hasa Melayu menjadi ‘Beras yang lebih baik untuk lebih ramai rakyat Malaysia. Tentu sekali... Jati . Jenama paling laris di Malaysia.’ Iklan ini sememangnya tidak wajar menggu- nakan bahasa Inggeris kerana beras ialah makanan asasi rakyat Malaysia yang rata-ratanya memahami ba- hasa Melayu. Iklan ini hanya sesuai jika dipaparkan di Hong Kong atau Taipei untuk mempromosi produk Jati di pasaran antarabangsa. IKLAN yang mencemar penggunaan bahasa Melayu. Garis Panduan Papan Iklan Premis Per niagaan telah disalahtafsirkan. IKLAN ini hanya sesuai jika dipaparkan di Hong Kong atau Taipei untuk mempromosikan produk Jati di pasaran antarabangsa. BERITA HARIAN Isnin, 13 Jun 2005