iii
MEMBINA PERISIAN MULTIMEDIA
TOPIK UKUR KEJURUTERAAN (UKUR ARAS)
BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
MUHAMMAD RABBANI BIN MAT GANI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan ibunda, Mat Gani bin Muda, Rohani binti Muda
Tiada apa yang dapat ku bicarakan hanya doa mu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapan mu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat kekanda dan adinda, Hanis Syazwani,
Muhammad Muslim Al – Furqani, Nurul Jannah Yunni,
Nurul Hakimah Murni, Nur Basirah Ayuni,
Muhammad Zakwan Zihni.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan mu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu. Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga . Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmat-Nya.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah Nya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Encik
Yusri bin Kamin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar
dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu Darul Iman, Pengetua- Pengetua dan guru-guru dari
Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Sekolah Menengah Teknik Dungun dan
Sekolah Menengah Sains Dungun yang terlibat dan membantu secara langsung
dalam penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk
anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat adik beradik yang banyak
memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
vii
ABSTRAK
Perisian multimedia topik Ukur Kejuruteraan bagi mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam adalah salah satu usaha untuk membantu guru-guru mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Pembinaan perisian berbantu komputer ini
adalah salah satu inisiatif dalam memajukan dan meningkatkan tahap pendidikan
negara. Pada masa kini, penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar sudah
diguna pakai dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
reka bentuk pengajaran merupakan satu disiplin dalam pendidikan yang memberi
tumpuan kepada tahap pemahaman terhadap isi pengajaran dan hasil pengajaran serta
kaedah-kaedah yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara tidak langsung, penggunaan reka bentuk pengajaran dijangkakan boleh
membawa satu perubahan yang dikehendaki terhadap sikap, pengetahuan dan
kemahiran dalam diri pelajar. Model reka bentuk instruksi bersistem dan
pembangunan perisian multimedia khusus yang dijadikan panduan dalam proses
pembangunan perisian multimedia projek ini. Model yang akan diguna pakai adalah
Model ADDIE. Perisian yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Topik yang menjadi pilihan
pereka ialah Ukur Kejuruteraan bagi tingkatan empat.
viii
ABSTRACT
Multimedia Software is a topic on the Survey Engineering in Civil
Engineering subject is a way to help the Construction Technology Engineering
subject teachers. Computer-aided software is one of the initiatives taken to improve
the country’s education level. Currently, the use of computer as a teaching aid has
already been used in both, teaching and learning process. The software that is being
designed is one of the methods used in the education system to emphasize more in
the level of understanding towards both the teaching module and the techniques that
can improve both the teaching and learning process. Meanwhile, the use of this
software is expected to affect the student’s attitude, knowledge and skills. The
system design model, ADDIE Model, and the multimedia software development are
used as references in the development of this software. The software that would be
developed is according to the KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
syllabus for the Survey Engineering in Civil Engineering subject at the SPM (Sijil
Pelajaran Malaysia) level. The topic that was chosen by the software developer is
Levelling in Survey Engineering for the secondary four syllabuses.