Top Banner
32

ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

Aug 29, 2019

Download

Documents

buidien
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.
Page 2: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

ii

Page 3: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.
Page 4: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

i

PERSEPSI GURU SAINS ETeMS TERHADAP PERLAKSANAAN

PENGAJARAN SUBJEK SAINS (ETeMS) DI SEKOLAH MENENGAH

KAWASAN SKUDAI

KHOR WEN FEI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

ii

Page 6: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

iii

Untuk ayah dan ibu tersayang

Page 7: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Azlina binti Mohamad Kosnin atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini

dijalankan. Beliau telah memberi tunjuk ajar dengan penuh dedikasi untuk membantu

penulis melengkapkan Projek Sarjana Muda dengan sempurna.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ayah, ibu serta semua

ahli keluarga yang tersayang di atas segala sokongan, nasihat dan bantuan mereka

sepanjang saya menyiapkan Projek ini. Restu dan doa mereka amat penulis hargai.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada Pihak KPM, pihak sekolah

serta guru-guru yang sudi menjadi responden. Kerjasama mereka telah membolehkan

Projek Sarjana Muda ini dijalankan dengan lancar.

Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada rakan seperjuangan saya yang

menghulurkan bantuan dan pandangan yang bernas terhadap Projek Sarjana Muda ini.

Usaha mereka dalam menjayakan projek ini amat dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap

perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah persepsi guru dari segi sumbangan,

pendedahan maklumat serta halangan-halangan yang dihadapi. Perkaitan antara

halangan yang dihadapi dengan persepsi guru turut ditinjau. Sampel kajian melibatkan

51 orang guru sains (ETeMS) di tujuh buah sekolah menengah di kawasan Skudai.

Soal selidik dijadikan instrumen kajian untuk mendapatkan data. Data mentah

dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS 10.0 for window. Kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai dikira. Hasil kajian menunjukkan responden

mempunyai persepsi positif yang rendah terhadap perlaksanaan pengajaran subjek

sains (ETeMS) dari segi sumbangan dan pendedahan maklumat. Halangan-halangan

yang dihadapi pula berada pada tahap sederhana. Didapati juga perkaitan antara

halangan dan persepsi guru adalah signifikan.

Page 9: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to determine the perception of secondary

school’s ETeMS science teachers in teaching the science subjects (ETeMS). The area

of research is limited to the district of Skudai. The study of the research included

teachers’ perception on the contribution of ETeMS, the exposure to ETeMS

information and the obstacles they faced. The relation between the obstacles and

teachers’ perception has also been studied. Respondents in this research consisted of

51 teachers from seven secondary schools in the district of Skudai who were teaching

the science subjects (ETeMS). A set of questionnaire was used to obtain data. The

data that was obtained had been analyzed for frequency, percentage, min and standard

deviation, using the SPSS 10.0 for window software. The outcome of the research

indicated that the respondents had low positive perception on the contribution of

ETeMS and the exposure to ETeMS information. The obstacles that they faced were

at a moderate level. In addition, the relation between obstacles and teacher perception

were significant.

Page 10: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 9

1.3 Objektif Kajian 10

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Hipotesis Nol 12

1.6 Rasional Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 14

1.9 Definisi Kajian 15

1.9.1 Persepsi 15

1.9.2 ETeMS 16

Page 11: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

viii

1.9.3 Guru 16

1.9.4 Halangan 16

1.10 Kesimpulan 17

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 18

2.1 Teori Reciprocal Determinism 18

2.2 Projek ETeMS 22

2.3 Sorotan kajian tentang perlaksanaan

pengajaran ETeMS 25

2.3.1 Sumbangan ETeMS 25

2.3.2 Pendedahan Maklumat ETeMS 28

2.3.3 Halangan 30

2.4 Kajian-kajian Lain Yang Berkaitan 33

2.5 Kesimpulan 38

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 40

3.1 Reka Bentuk Kajian 40

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 41

3.3 Instrumen Kajian 41

3.3.1 Pembahagian Soalan 42

3.4 Prosedur Kajian 45

3.5 Analisis Data 46

3.6 Jangka Masa Kajian 48

3.7 Kajian Rintis 48

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN

KAJIAN

4.0 Pengenalan 50

4.1 Kebolehpercayaan Kajian 51

Page 12: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

ix

4.2 Maklumat Latar Belakang Responden 52

4.2.1 Taburan Guru Mengikut Sekolah 52

4.2.2 Taburan Guru Mengikut Jantina 53

4.2.3 Taburan Guru Mengikut Umur 53

4.2.4 Taburan Guru Mengikut

Kelulusan Tertinggi 54

4.2.5 Taburan Guru Mengikut

Pengalaman Mengajar Bahasa

Inggeris 55

4.2.6 Taburan Guru Mengikut Jumlah

Bulan Mengajar Subjek Sains 55

4.2.7 Taburan Guru Mengikut Bahasa

Penghantar Di Pusat Pengajian

Tertinggi 56

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Apakah Persepsi Guru Sains

Terhadap Perlaksanaan Subjek

Sains (ETeMS)? 58

4.3.1.1 Dari Aspek Sumbangan 58

4.3.1.2 Dari Aspek Pendedahan

Maklumat 61

4.3.2 Adakah Terdapat Perkaitan

Antara Umur Dengan Persepsi

Guru Terhadap Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS)? 63

4.3.3 Adakah Terdapat Perkaitan

Antara Pengalaman Mengajar

Sains Dengan Persepsi Guru

Terhadap Perlaksanaan Pengajaran

Subjek Sains (ETeMS)? 64

4.4 Analisis Bahagian C 65

4.4.1 Apakah Halangan Yang Dihadapi

Oleh Guru Sains ETeMS Dalam

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Page 13: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

x

Sains (ETeMS)? 65

4.4.2 Halangan-halangan Lain Yang

Dihadapi Oleh Guru-guru Sains

ETeMS 67

4.4.3 Adakah Terdapat Perbezaan

Signifikan Antara Tahap Umur

Dengan Halangan Yang Dihadapi

Oleh Guru Sains ETeMS Dalam

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Sains (ETeMS)? 70

4.4.4 Adakah Terdapat Perbezaan

Signifikan Antara Pengalaman

Mengajar Sains Dengan Halangan

Yang Dihadapi Oleh Guru Sains

ETeMS Dalam Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS)? 71

4.4.5 Adakah Terdapat Perkaitan Antara

Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru

Sains ETeMS Dengan Persepsi

Mereka Terhadap Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS)? 72

4.5 Kesimpulan 73

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.0 Pengenalan 74

5.1 Rumusan Dapatan Dan Perbincangan 74

5.1.1 Persepsi Guru Sains Terhadap

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Sains (ETeMS) 75

5.1.1.1 Dari Aspek Sumbangan 75

5.1.1.2 Dari Aspek Pendedahan 78

Maklumat

Page 14: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xi

5.1.2 Perkaitan Antara Umur Dengan

Persepsi Guru Terhadap Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS) 81

5.1.3 Perkaitan Antara Pengalaman

Mengajar Sains Dengan Persepsi

Guru Terhadap Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS) 81

5.1.4 Halangan Yang Dihadapi Oleh

Guru Sains ETeMS Dalam

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Sains (ETeMS) 81

5.1.5 Perbezaan Signifikan Antara

Tahap Umur Dengan Halangan

Yang Dihadapi Oleh Guru Sains

ETeMS Dalam Perlaksanaan

Pengajaran Subjek Sains (ETeMS) 84

5.1.6 Perbezaan Signifikan Antara

Pengalaman Mengajar Sains

Dengan Halangan Yang Dihadapi

Oleh Guru Sains ETeMS Dalam

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Sains (ETeMS) 85

5.1.7 Perkaitan Antara Halangan Yang

Dihadapi Oleh Guru Sains ETeMS

Dengan Persepsi Mereka Terhadap

Perlaksanaan Pengajaran Subjek

Sains (ETeMS) 85

5.2 Implikasi Kajian 86

5.3 Cadangan Tindakan 87

5.3.1 Guru 87

5.3.2 Pihak Sekolah 88

5.3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 88

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.5 Kesimpulan 90

Page 15: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xii

RUJUKAN 92

LAMPIRAN 101

Page 16: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skalal likert 44

3.2 Jumlah item bersifat positif dan negatif 44

3.3 Pengujian hipotesis yang berkaitan

dengan objektif 47

4.1 Nilai alfa bagi aspek yang dikaji 51

4.2 Taburan guru mengikut sekolah 52

4.3 Taburan guru mengikut jantina 53

4.4 Taburan guru mengikut kategori umur 53

4.5 Taburan guru mengikut kelulusan tertinggi 54

4.6 Taburan guru mengikut pengalaman mengajar

Bahasa Inggeris 55

4.7 Taburan guru mengikut jumlah bulan mengajar

subjek sains 55

4.8 Taburan guru mengikut bahasa pengantar di pusat

pengajian tertinggi 56

4.9 Skala pengukuran tahap persetujuan 57

4.10 Skala pengukuran persepsi positif dan negatif 57

4.11 Taburan persepsi guru sains ETeMS terhadap

perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS)

dari aspek sumbangan 58

4.12 Taburan persepsi guru sains ETeMS terhadap

perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS)

dari aspek pendedahan maklumat 61

Page 17: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xiv

4.13 Analisis korelasi pearson antara perhubungan

aspek-aspek persepsi dengan umur 63

4.14 Analisis korelasi pearson antara perhubungan

aspek-aspek persepsi dengan pengalaman guru

mengajar subjek sains 64

4.15 Skala pengukuran tahap halangan 65

4.16 Taburan halangan yang dihadapi oleh guru sains

ETeMS dalam perlaksanaan pengajaran subjek

sains (ETeMS) 65

4.17 Halangan-halangan lain yang dihadapi oleh guru

sains ETeMS 67

4.18 Rumusan halangan-halangan lain yang dihadapi

oleh guru sains ETeMS 69

4.19 Analisis korelasi pearson antara perhubungan halangan

yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dengan

aspek-aspek persepsi yang dikaji 72

4.20 Rumusan dapatan kajian bagi aspek yang dikaji 73

Page 18: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Teori “Reciprocal Determinism” 19

Page 19: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xvi

SENARAI SIMBOL

F - Pekali ANOVA Sehala

p - Pekali signifikan

r - Pekali Korelasi

Page 20: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xvii

SENARAI SINGKATAN

BI - Bahasa Inggeris

CD - Compact Disc

ETeMS - English for The Teaching of Mathematics and Science

ICSB - Infobas Creation Sdn Bhd

ICT - Information and Communication Technology

JNS - Jemaah Nasir Sekolah

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

Kuittho - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn

LCD - Liquid Crystal Display

MBM - Masjid Belia Malaysia

PAS - Parti Islam SeMalaysia

PBPPM - Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPSMI - Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SEI - Structured English Immersion

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

UPSR - Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah

Page 21: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 101

B Surat Kebenaran Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP),

Kementerian Pelajaran Malaysia 111

C Surat Kebenaran Menjalankan

Kajian Daripada Jabatan Pelajaran Johor 114

D Surat Akuan Daripada Fakulti Pendidikan UTM 116

Page 22: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

19

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kerajaan telah menggubal rangka rancangan jangka panjang kedua (JJRP 2

1991-2000) untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu asas penting dalam

perancangan dan pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya

sains dan teknologi selaras dengan proses membangunkan sebuah ekonomi

perindustrian moden. Walaupun projek ini dapat menghasilkan rakyat yang

berpengetahuan sains dan teknologi, masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

pula merupakan satu lagi halangan bagi negara kita untuk terus maju.

Demi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mereformasi dasar pendidikan

negara iaitu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbahasa Inggeris di

sekolah rendah dan menengah bagi subjek Sains dan Matematik (ETeMS).

Bersumberkan surat khabar News Straits Times (24 Jun 2002), Tun Dr. Mahathir

Mohamad telah mengatakan bahawa kerajaan terpaksa mempercepatkan pelaksanaan

dasar ini kerana ia tidak boleh menunggu terlalu lama berikutan dunia dan teknologi

bergerak begitu cepat.

Page 23: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

20

ETeMS merupakan singkatan bagi English for The Teaching of Mathematics

and Science. Dalam Bahasa Melayu pula digelar sebagai PPSMI iaitu Projek

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pada 20

Julai 2002, Jemaah menteri pendidikan telah mengumumkan keputusan bahawa

projek ini akan dilaksanakan mulai tahun 2003 (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2001-2002b). Pengumuman ini telah menamatkan pengajaran subjek sains dan

matematik dalam bahasa melayu yang telah dilaksanakan selama 25 tahun. Selain itu,

teknologi maklumat juga diintegrasikan ke dalam projek ETeMS. Ini adalah kerana

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran membolehkan negara kita

berkembang sejajar dengan negara maju yang lain. Pelajar yang terlibat dalam projek

ini adalah pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu serta pelajar tingkatan enam

rendah.

Rasional perlaksanaan projek ETeMS ini adalah kerana penguasaan Bahasa

Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan

maklumat masa kini. Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa hubungan

antarabangsa. Ia juga memudahkan perolehan ilmu memandangkan kebanyakan asas

istilah-istilah sains dan matematik berasal daripada Bahasa Inggeris. Tambahan pula,

menteri pelajaran kita Dato’ seri Hishamuddin (2005) telah mengatakan bahawa

lebih kurang 80% ilmu pengetahuan dalam internet menggunakan Bahasa Inggeris

semasa wawancara (Utusan Malaysia, 3 April 2005). Jadi, pendedahan awal kepada

Bahasa Inggeris memberi peluang mencapai maklumat. Sedia dimaklumkan, sains

dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan merupakan penyumbang

kepada pembangunan negara. Dengan itu, adalah wajar kedua-dua subjek ini terpilih

dalam perlaksanaan projek ETeMS.

Untuk menjayakan projek ini, perancangan yang rapi telah dilakukan. Kursus

dan latihan yang secukupnya telah diadakan untuk melatih guru yang terlibat. Bahan

courseware pengajaran, manual guru, alat-alat keperluan seperti komputer riba, LCD

projektor, skrin LCD dan lain-lain telah dibekalkan.

Page 24: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

21

Perlaksanaan projek ETeMS bukan sahaja mengutamakan pengajaran dalam

Bahasa Inggeris sahaja, ia juga mementingkan penggunaan teknologi maklumat bagi

meningkatkan strategi pengajaran dan suasana pembelajaran. Demi tujuan tersebut,

kerajaan telah memperuntukkan banyak wang untuk menjayakan projek ini. Dalam

belanjawan 2004, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah

mengatakan bahawa RM20.2 bilion atau suku daripada perbelanjaan operasi

diperuntukkan dalam bidang pendidikan. Pada belanjawan 2006 yang diumumkan

baru-baru ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengatakan

bahawa RM 5 bilion diperuntukkan dalam bidang pendidikan serta latihan. Ini adalah

kerana pembangunan sumber manusia adalah elemen terpenting dalam memastikan

negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam era ekonomi

yang berlandaskan pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan teknologi (Berita

harian, 1 Okt 2005).

Jelaslah kerajaan kita amat mementingkan bidang pendidikan sejak

kebelakangan ini dan telah menjadikan pendidikan sebagai pelaburan jangka masa

panjang yang boleh mendatangkan pertumbuhan ekonomi yang lumayan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang membangun. Pihak

kerajaan kita sentiasa berusaha untuk memastikan negara kita menikmati

pembangunan yang berterusan tanpa diganggu-gugat oleh perubahan pesat di negara

lain khususnya negara Barat. Pada tahun 2000, bekas perdana menteri Tun Dr.

Mahathir Muhamad telah mengumumkan rancangan K-ekonomi yang bertujuan

untuk meningkatkan pencapaian dan kemajuan Malaysia serta sebagai persiapan

menghadapi ekonomi dunia yang lebih hebat pada alaf yang baru ini (Nazar, 13 Mac

2000). Dalam rancangan ini, Malaysia tidak lagi bergantung kepada kekuatan

ekonomi yang berasaskan industri dan pengeluaran saja malah ia lebih bergantung

Page 25: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

22

kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas. Daripada rancangan

ini, perkembangan dalam pendidikan turut mengalami perubahan secara tidak

langsung. Kerajaan telah memberi tumpuan kepada bidang pendidikan supaya dapat

melahirkan ramai rakyat yang terpelajar dan berilmu untuk memajukan ekonomi

negara. Pendidikan yang berkualiti dan futuristik dirangka bagi memperlengkap

manusia dengan berbagai-bagai keperluan dan cabaran baru (Abdul Rahim, 2002).

Dengan bertambah pentingnya ekonomi berasaskan pengetahuan dalam abad

ke-21 ini, maka ilmu pengetahuan yang berasaskan sains dan teknologi menjadi

semakin penting. Tahap prestasi pelajar terutamanya Bumiputera yang kurang baik

dalam Matematik dan Sains serta kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris

menyebabkan mereka sukar bersaing di peringkat yang lebih tinggi (Dr. Mohd

Zohadie, 2002). Ini adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan

komunikasi global yang amat penting bagi memudahkan kita berdaya saing di

peringkat antarabangsa. Pengajian di peringkat ijazah dan pasca ijazah

umpamaannya juga memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Ini adalah

kerana kebanyakan konsep, teori dan aplikasi dalam bidang sains dan matematik

menggunakan Bahasa Inggeris (Hishamuddin, 10 Mei 2004). Tahap komunikasi

yang kurang baik dalam Bahasa Inggeris dalam bidang ini menyebabkan sebahagian

besar daripada para siswazah tidak mendapat pekerjaan sehingga terpaksa dilatih

semula (Malaysia Today, 26 Mac 2005). Dengan itu, pengajaran sains dan matematik

dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) berteraskan komputer merupakan langkah yang

cekap agar negara dapat melangkah ke tahap negara maju.

Namun begitu, perlaksanaan projek ini telah mendapat maklum balas yang

positif mahupun negatif daripada pihak guru, ibu bapa dan juga pelajar. Perubahan

dasar pendidikan yang drastik ini telah menyebabkan ramai pihak berada dalam

keadaan kebimbangan. Kesesuaian perlaksanaan projek dalam jangka masa yang

begitu singkat telah menjadi topik yang giat diperbincangkan.

Page 26: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

23

Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengerusi kongres pendidikan melayu

kedua minta pengajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik ini dikaji

semula atas alasan bahawa perlaksanaan pengajaran sains dan matematik boleh

mengancam kedaulatan bahasa Melayu dan jati diri orang Melayu sempena kongres

melayu kedua anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu

(PBPPM) pada 26 dan 27 Mac 2005 di Kuala Lumpur (Berita Melayu, 27 Mac 2005).

Beliau berpendapat demikian kerana menurut kajian akademik yang dibentangkan,

kira-kira 80 peratus atau setengah juta pelajar Melayu keciciran dalam subjek

tersebut. Namun begitu, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM),

Dato’ Ir. Ahmad Zaidee Laidin yakin kelemahan dasar itu hanya bersifat sementara

dan tidak harus dijadikan sandaran untuk mendesak kerajaan menghentikan terus

kaedah itu. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Norizan Sharif

berpendapat bahawa tempoh tiga tahun perlaksanaan dasar itu terlalu awal untuk

mengukur keberkesanannya (Berita Melayu, 27 Mac 2005). Semua masalah itu akan

dapat diatasi apabila pihak-pihak yang berkenaan dapat menyesuaikan diri dengan

dasar tersebut dan proses membaiki kelemahan dilakukan dari semasa ke semasa

(Dato’ IR. Ahmad, 2005).

Menurut wawancara dengan Tun Dr. Mathathir pada 29 Mac 2005, beliau

mengatakan bahawa semasa perlaksanaan dasar ETeMS ini, kerajaan telah

menegaskan bahawa proses ini memerlukan masa 11 tahun untuk mengetahui

keberkesanannya. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga

bersetuju bahawa penilaian pada masa ini adalah terlalu awal dan masyarakat tidak

patut membuat spekulasi mengenai dasar kerana sesuatu dasar tidak akan diubah suai

atau dipinda secara tergesa-gesa (Utusan Malaysia, 2005). Namun begitu, kenyataan

media dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Johor mengatakan bahawa

sekiranya kerajaan mahu menunggu, dibimbangi akan meninggalkan kesan yang

membarah (Dewan Pemuda PAS negeri Johor, 28 Jun 2005). Setelah pertimbangan

dilakukan, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Razak dan

Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah

mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membatalkan dasar tersebut (Dewan

Pemuda PAS negeri Johor, 28 Jun 2005).

Page 27: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

24

Perlaksanaan sains dan matematik diteruskan adalah kerana kerajaan

menyedari bahawa kepentingan perlaksanaan projek ini. Projek ini dikatakan

membawa pelbagai sumbangan kepada pelajar, guru dan juga negara. Pengajaran

sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris telah menggalakkan penggunaan Bahasa

Inggeris tulen (Kesseler & Quinn, 1987, dipetik dari kajian Ambigapathy dan

Revathi). Ini membolehkan perkembangan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Dato’ Seri Hishamuddin mengatakan bahawa projek ETeMS bertujuan untuk

melahirkan generasi yang mampu berfikir dan melahirkan idea berkaitan sains dan

teknologi dalam bahasa Inggeris selain berkebolehan membentangkan idea-idea

mereka itu dengan fasih dalam bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, 3 April 2005).

Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

(Kuittho), Dr. Kamrulzaman Mohd. Jidi berkata, hakikat bahawa bahasa Inggeris

adalah bahasa ilmu terutama bagi bidang teknologi memang tidak boleh dinafikan

oleh mana-mana pihak (Berita Melayu, 27 Mac 2005). Pensyarah di Jabatan Bahasa

Inggeris dan Sastera Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Nora

Nasir berpendapat masyarakat perlu berfikiran terbuka apabila memperkatakan

tentang bahasa Inggeris (Malaysia Daily, 29 Mac 2005). Beliau juga berpendapat

bahawa sebahagian besar faktor kegagalan menguasai bahasa Inggeris disebabkan

oleh sikap masyarakat yang meletakkan pelbagai halangan ciptaan sendiri.

Ramai guru yang merupakan pelaksanaan dasar sendiri menghadapi masalah

besar (Awang, 2005). Mereka masih tidak dapat mencapai tahap yang memuaskan

bagi mengajar dalam Bahasa Inggeris serta mengaplikasikan penggunaan teknologi

maklumat dalam pengajaran mereka walaupun kursus-kursus intensif jangka panjang

dan jangka pendek telah disediakan. Ini merupakan satu cabaran yang amat besar

terhadap guru-guru yang telah dilatih untuk menyampaikan pengajaran dalam Bahasa

Melayu, dan kemudian terpaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris. Ramai guru masih

tidak menguasai sebutan Bahasa Inggeris dengan tepat serta penggunaan perkataan

dan tatabahasa yang penuh dengan kesilapan.

Selain daripada halangan dari segi pertuturan, istilah-istilah sains yang

mempunyai perbezaan ketara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Page 28: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

25

menyusahkan guru-guru. Sebagai contoh, perkataan pottasium dalam Bahasa

Inggeris merupakan perkataan kalium dalam Bahasa Melayu (Tun Dr. Mahathir, 29

Mac 2005). Ini mungkin mengelirukan guru terutamanya yang telah lama mengajar

subjek sains dalam Bahasa Melayu. Bagi guru yang berkelulusan tinggi pula, mereka

mungkin lebih mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Ramai daripada guru-guru yang berpengalaman tidak mahir dengan penggunaan

komputer. Kebanyakan guru-guru ini fobia kepada teknologi maklumat dan tiada

keyakinan diri semasa mengendalikannya terutamanya guru yang melanjut usia yang

tinggi. Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa pengajaran, proses pembelajaran

akan tergendala. Dari pandangan pelajar, persepsi negatif mungkin tercetus dan

menyebabkan kesangsian mereka terhadap kebolehan guru. Jadi, umur mungkin

mempengaruhi tahap penerimaan guru terhadap projek ETeMS.

Cabaran terbesar pembelajaran subjek sains ialah memahami konsep.

Masalah memahami konsep sains merupakan salah satu halangan yang sering

dihadapi semasa perlaksanaan pengajaran subjek sains (Zol Azlan Hamidan, 2000).

Masalah memahami konsep sains bergantung kepada beberapa faktor seperti masalah

tahap kecerdikan pelajar, saiz fizikal kelas dan juga interaksi antara guru dan murid.

Dengan perlaksanaan ETeMS, penguasaan konsep sains adalah lebih sukar dicapai

bagi pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini tidak dapat

memahami penjelasan guru yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Ini

menyebabkan pelajar-pelajar ini hilang minat terhadap subjek sains.

Demi menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing tinggi di pentas dunia,

kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membekalkan

peralatan yang diperlukan dalam perlaksanaan projek ETeMS seperti komputer riba,

projektor LCD, troli dan juga pembesar suara (Bekas menteri pelajaran, Tan seri

Musa Muhammad, 21 Julai 2002). Bersumberkan berita Bernama (20 Sep 2003),

kerajaan telah memperuntukkan RM978.7 juta untuk melengkapkan peralatan yang

diperlukan untuk melaksanakan projek ETeMS. Namun demikian, usaha kerajaan ini

telah disia-siakan kerana kekerapan guru menggunakan peralatan tersebut dalam

pengajaran amat menghampakan. Ini adalah mungkin disebabkan oleh pemasangan

Page 29: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

26

peralatan membazirkan masa pengajaran terutamanya bagi guru yang tidak mahir.

Sukatan pelajaran yang berorientasikan peperiksaan serta skop lingkup yang luas

juga mungkin menyebabkan guru tiada masa berlebihan untuk menggunakannya.

Selain itu, faktor-faktor lain seperti berat projektor LCD dan komputer riba, masalah

bekalan elektrik di sekolah juga mungkin merupakan faktor yang mengurangkan

minat guru untuk memakainya.

Bagi mencorakkan pengurusan yang berkesan dan inovatif, pengurusan

maklumat dalam organisasi amat penting dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Organisasi pendidikan memerlukan maklumat baru, relevan dan dikemukakan dalam

pelbagai bentuk untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Abdul Rahim, 2002).

Demi menjayakan perlaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa

Inggeris berbantukan komputer, menteri pelajaran telah menyediakan kursus-kursus

ETeMS serta bahan sokongan seperti laman web, modul pengajaran dan lain-lain.

Pendedahan maklumat ETeMS ini berperanan penting dalam meningkatkan

kebolehan guru dalam penggunaan Bahasa Inggeris serta mengendalikan teknologi

maklumat. Namun begitu, pendedahan maklumat ini mungkin masih tidak begitu

berkesan dalam membantu guru melaksanakan pengajaran subjek sains (ETeMS). Ini

adalah kerana guru-guru masih menghadapi halangan dari segi kemahiran dan

pengetahuan walaupun setiap guru yang terlibat dalam perlaksanaan pengajaran

ETeMS diwajibkan menghadiri kursus ETeMS yang disediakan. Dengan itu,

kerajaan perlu sentiasa memastikan pendedahan maklumat yang dibekalkan betul-

betul dapat membantu guru dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS).

Selain daripada pendedahan maklumat yang dibekalkan oleh kerajaan dalam kursus

ETeMS, guru juga perlu mempunyai motivasi untuk mendapatkan pengetahuan dan

kemahiran yang berkenaan dengan ETeMS seperti melayari internet, pembacaan

berkenaan dengan teknologi maklumat dan lain-lain. Akan tetapi, masih tidak ramai

guru yang mengambil inisiatif ini.

Dalam ucapan dasar Y. B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, menteri

pelajaran Malaysia pada 28 April 2004 telah mengatakan bahawa kita tidak akan

mempunyai sistem pendidikan yang baik tanpa sekolah yang cemerlang, kita tidak

Page 30: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

27

akan mempunyai sekolah yang cemerlang tanpa guru yang gemilang (Hishamuddin,

2004). Guru yang profesional dan pakar dapat mempelbagaikan kaedah dan

pendekatan pengajarannya. Mereka dapat memperkenalkan pelbagai inovasi, sama

ada dari segi aktiviti pembelajaran, perkembangan pemikiran, pembinaan minat dan

perkembangan kebolehan pelajar serta rangsangan suasana pembelajaran yang

memberikan kesan positif kepada perubahan dan pencapaian murid (Abdul Rahim,

2002). Dengan itu, jelaslah bahawa sekiranya kita ingin menjayakan projek ETeMS

ini, kita perlulah kerjasama yang sepenuhnya daripada guru. Persepsi, pengetahuan,

tingkah laku serta kesediaan guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains

(ETeMS) adalah sangat penting. Menurut Pandian (2002), apa guru tahu dan boleh

buat mempengaruhi seluruh proses P&P (Ambigapathy dan Revathi, 2004).

Sekiranya guru-guru berpandangan buruk terhadap perlaksanaan projek ini, mereka

tidak akan berusaha untuk menjayakan projek ini. Di sebaliknya, sekiranya guru-

guru sangat menyokong terhadap perlaksanaan pengajaran sains dalam Bahasa

Inggeris berbantukan komputer, mereka akan mempunyai semangat yang berkobar-

kobar untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang

diperlukan agar dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

1.2 Pernyataan Masalah

Walaupun perlaksanaan ETeMS telah mengalami bantahan daripada ramai

parti-parti seperti Dong Jiao Zhong (Chinese Education Associations) pada

permulaan perlaksanaan, ia telah dilaksanakan menjangkau tiga tahun. Kini, isu

setengah juta pelajar melayu tercicir dalam kedua-dua subjek ini menyebabkan

perbincangan yang giat. Masyarakat mempunyai pendirian dan pandangan yang

berbeza terhadap perlaksanaan projek ETeMS termasuk para pendidik. Sedia

dimaklumkan, guru merupakan elemen yang amat penting dalam perlaksanaan

projek ETeMS. Persepsi guru terhadap perlaksanaan projek ETeMS akan

mempengaruhi prestasi pengajaran mereka dan seterusnya mempengaruhi

Page 31: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

28

pencapaian pelajar. Dengan itu, persepsi guru terhadap perlaksanaan projek ETeMS

ini amat dititikberatkan.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains

terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) dari beberapa perspektif

yang berbeza. Dua perspektif yang ditinjau adalah sumbangan ETeMS terhadap guru

dan pelajar serta pendedahan maklumat dari segi kursus dan bahan sokongan ETeMS

seperti media massa, laman web dan lain-lain. Peningkatan umur serta pengalaman

mengajar sains dikatakan mungkin mempengaruhi pemikiran dan persepsi guru

terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS). Jadi, perkaitan antara

persepsi guru dengan umur serta pengalaman mengajar sains akan ditinjau. Di

samping itu, halangan yang dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan projek ETeMS

juga ditinjau. Kajian ini juga akan meninjau sama ada perbezaan tahap umur serta

pengalaman mengajar sains dapat mempengaruhi halangan yang dihadapi oleh guru

sains ETeMS dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS). Selain itu,

perkaitan antara halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dengan persepsi

mereka terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) turut ditinjau.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek

sains (ETeMS).

ii. mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dalam

perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS).

Page 32: ii - fp.utm.my · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS) di sekolah menengah kawasan Skudai.

29

iii. mengenalpasti perkaitan antara halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS

serta persepsi mereka terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS)

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi guru sains ETeMS terhadap perlaksanaan pengajaran subjek

sains (ETeMS) dari aspek sumbangan dan pendedahan maklumat?

1.1 Adakah perkaitan antara umur dengan persepsi guru terhadap perlaksanaan

pengajaran subjek sains (ETeMS).

1.2 Adakah perkaitan antara pengalaman mengajar sains dengan persepsi guru

terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS).

2. Apakah halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dalam perlaksanaan

pengajaran subjek sains (ETeMS)?

2.1 Adakah perbezaan signifikan antara tahap umur dengan halangan yang

dihadapi oleh guru sains ETeMS dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains

(ETeMS).

2.2 Adakah perbezaan signifikan antara pengalaman mengajar sains dengan

halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dalam perlaksanaan

pengajaran subjek sains (ETeMS).

3. Adakah perkaitan antara halangan yang dihadapi oleh guru sains ETeMS dengan

persepsi mereka terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains (ETeMS).