1 IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI Oleh Prof. Madya. Dr. Hj. Wan Salleh Hj. Wan Ibrahim Setiausaha Agung The World Melayu-Polynesia Organisation E-mel : [email protected]Abstrak Watak atau persona seseorang individu itu boleh dilentur diperingkat ianya masih dipucuk rebung lagi. Begitu juga halnya dengan sesuatu negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan. Satu strategi untuk mendidik individu-individi berjiwa merdeka adalah dengan cara mengasuh dan menggilap bakat-bakat kesenian mereka terutama melalui kreativiti seni bina. Bidang seni bina, sebagai ibu segala seni-seni, mampu mencipta tamadun yang hebat pada masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Ini terbukti dengan adanya tinggalan piramid, ziggurat serta tugu dan monument yang membayangkan betapa tingginya tamadun kecapaiannya pada masa lalu. Sekiranya kita menyingkap tabir prasejarah tamadun Melayu dizaman silam, kita dapati bahawa sebahagian besar tamadun Alam Dunia bergantung kepada kepandaian kaum Melayu yang ramai menghuni disetiap pelusuk dunia. Budaya material dan budaya bukan material yang dicipta mereka bermula dari tamadun Sunda, Indonesia (14,000 -10,000) beransur melebar pengaruhnya ke utara, ke barat, ke timur dan ke selatan. Satu contoh penciptaan bijak pandai Melayu adalah dalam evolusi seni bina kediaman vernakular yang sesuai dan telah diadaptasikan oleh mereka mengikut kehendak iklim dan batasan geografi. Untuk memenuhi kekosongan jiwa merdeka dan membudayakan bangsa Malaysia, identiti seni bina Melayu kini diterokai sesuai dengan ruang dan masanya. Hasrat dan ideologi membina bangsa ini bermula sejak adanya Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1957) dan Dasar Kebudayaan Malaysia (1971). Namun begitu, aspek pengimplimentasian dasar ini agak lemah. Dengan itu kesedaran untuk mencipta lembaran baru bermula dengan wujudnya Sekretariat Senibina Beridentiti Kebangsaan (2013); yang matlamat akhirnya diharap akan menjadi akta seni bina beridentiti kebangsaan. Kata kunci : Budaya bangsa, identiti seni bina, akta seni bina kebangsaan 1.0 PENDAHULUAN Negara Malaysia ini sebenarnya bersifat masyarakat majmuk, dengan adanya pelbagai etnik, budaya.dan bahasa yang berbeza. Kaum Melayu merupakan kaum etnik awal yang menghuni kawasan ini, walaupun ada setengah sejarawan menyatakan bahawa kaum Orang Asli itu lebih lama. Mengikut pendapat Prof. Emeritus Dato` Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)(2005), kaum Orang Asli ada juga pertalian/kesamaan dengan kaum Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai kaum Pribumi;
21
Embed
IDENTITI SENI BINA MELAYU DALAM ERA …docshare01.docshare.tips/files/25139/251393468.pdf · Bagi kaum etnik lain pula, penerimaan dasar kebudayaan dan identiti Melayu-Islam bukan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Gambar 1: Mega stadium dengan gaya seni bina agung
Cita-cita Hitler adalah untuk memperkasakan bangsa Aryan-Jerman menjadikan mereka lebih
hebat daripada kehebatan empayar klasik Roman sebelumnya. Seni bina, baginya, adalah
segala-galanya - seperti agama juga : “ Architecture as religion.”
“ A major difference between the neoclassical state architecture of Nazi Germany and neoclassical architecture in other modern countries in Europe and America is that in Germany it was but one facet of a severely authoritarian state. Its dictator aimed to establish architectural order, gridiron town plans, axial symmetry, hierarchical placement
Pengadapatasian yang lebih teliti akan seni bina rumah Melayu tradisi juga terdapat di Muzium
Terengganu, Istana Melawati dan Pullman Lakeside Resort di Putrajaya. Inisiatif ini telah dibuat oleh
Yang Mulia Datuk Raja Bahrin Raja Ahmad Shah (Senibahri Arkitek).
4.0 PENGHAYATAN SENI BINA MELAYU
Satu contoh yang boleh menjadi penanda aras tahap pengadapatasian seni bina vernakular ke
moden telah dimulakan oleh Yang Mulia Datuk Raja Bahrin dari firma Senibahri Arkitek. Projek
ini adalah di Pullman Lakeside Resort Hotel, Putrajaya. Berikut adalah gambar 6 A – pandangan
rusuk bangunan utama. Pengulangan rupabentuk terdapat dibahagian hadapan bangunan. Di gambar
6B, penggunaan tunjuk langit dan ukiran tebuk tradisional gunungan terdapat di pintu masuk ke tempat
letak kereta basemen hotel. Bahan kayu tidak lagi digunakan untuk ukiran tetapi cement fibre (board).
Gambar 6 A – Pandangan Bangunan Pullman Lakeside Hotel
12
Gambar 6 B : Pemeleh gunungan di pintu masuk ke kawasan telak kereta
Gambar 6 C : Perhatikan pemeleh pintu gunungan dengan ukiran sulur bayu
13
Gambar 6 D : Penggunaan Awan Larat dan Ukiran Amat Menakjubkan
Minat dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Yang Mulia Raja Bahrin tidak ada tandingan lagi.
Mengapa demikian? Berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh kita manfaati.
4.1 Pendidikan arkitek-arkitek Malaysia
Ramai dikalangan para akitek Malaysia telah mendapat pendidikan (Ho Kah Chun, Ahmad
Sanusi Hassan & Norizal M. Nordin, 2005) di luar negara, khususnya di United Kingdom dan
Australia. Oleh yang demikian, mereka amat terdedah kepada teori dan nilai gaya antarabangsa,
seperti adiguru (`master-architect‟) Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, Walter Gropius, Mies
Van der Rohe, Smithson dan Lasdun, antaranya. Gaya mereka ini dipanggil `Modern
Architecture‟ yang cuba mengantarabangsakan semua bangunan baru khususnya pencakar langit
(skyscraper) dan menolak ragamhias (ornament) tradisi disetiap bahagian bangunan. `Kegilaan‟
gaya ini juga di panggil `Modern Movement in Architecture‟. Para arkitek golongan ini
mempengaruhi professor-profesor yang mengajar di sekolah seni bina di United Kingdom,
Eropah dan Amerika, termasuk juga di negara-negara Sosialis Rusia dan satelitnya.
14
Kesannya mereka anjurkan kediaman rumah pangsa, apartmen secara pembinaan massa dan gaya
rekabentuk `brutalist „ (kegerutuan simen, bangunan rupa kotak-kotak) seperti rupabentuk
Dewan Tunku Canselor (Universiti Malaya) dan Universiti Teknologi MARA (Shah Alam).
Pengaruh idea demikian yang dibawa balik dikelolai juga oleh Jabatan Kerja Raya bersama
Howard Ashley dan Datuk Baharuddin Abu Kassim; dan ini mempengaruhi juga gaya Datuk
Hisham Akmal Al Bakri (di Jabatan Kerja Raya) menghasilkan Masjid Negara dan Pusat
Dagangan Dunia Putra (Kuala Lumpur) dalam Gaya Neo-traditionalism.
4.2 Kurangnya penulisan sejarah mengenai seni visual budaya Alam Melayu
Memang terdapat kekurangan amalan dan fahaman seni bina Melayu dikalangan akitek-akitek lulusan
luar negara. Usaha untuk membahaskan akan identiti seni bina telah dimulakan sejak 1980-an oleh Prof.
Farid Wardi Sudin, Syed Ahmad Jamal dan lain-lain lagi, namun tanpa penyelidikan dan pendokumentasi
secara sistematik, usahanya tidak mengambil tempat sebagaimana yang diharapkan.
Satu usaha untuk memartabatkan seni-seni tradisi Melayu boleh juga dilihat dalam penubuhan Institut
Teknologi Mara pada tahun 1967; dan diadakan Jabatan Seni Bina. Jabatan Senibina ini diketuai oleh
Hijjas Kasturi. Namun usaha untuk menambahkan minat dan kefahaman terhadap seni bina warisan tidak
cukup dengan mengadakan subjeknya sebagai input kurikulum sahaja. Mengikut pendapat Ar. Zuraina
Leily Awalludin (Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya) ianya menuntut
diadakan kursus yang lebih luas dan menyeluruh. Malah satu fakulti yang khusus perlu diadakan bagi
membawa kemahiran pertukangan kayu, teknologi perkayuan, kraf-kraf untuk memperlengkapkan
tumpuan kepada seni bina vernakular warisan Malaysia dan kedaerahan Nusantara.
4.3 Kelemahan aplikasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Setiap negara yang berdaulat perlu mewujudkan satu dasar yang memandu keperluan negara
dalam melestarikan seni-seni budaya bangsanya sendiri. Pada tahun 1971, telah diadakan satu
Kongres Kebudayaan Kebangsaan dan dasar berikut menekankan akan tiga aspek iaitu:
Budaya Pribumi mestilah diasaskan kepada budaya pribumi setempat
Elemen-elemen yang sesuai dari budaya lain juga boleh menjadi sebahagian budaya
nasional
Islam adalah satu komponen penting dalam pengolahan budaya nasional.
Walaupun ada dasar seperti ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan tidak begitu perihatin betapa
pentingnya dasar tersebut dalam memandu arah serta menyuntik roh seni bina dalam
15
perlaksanaannya. Pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak mengetahui kesan
kelulusan pelan pembangunan yang seharusnya seharmoni dengan bangunan dan tema tempat
yang dimaksudkan. Dalam tahun 1998, telah diadakan satu pameran warisan seni bina Malaysia
(news.google.com/newspapers?nid=13098). Ramai aktivis budaya telah dijemput hadir. Seorang
diantaranya adalah Tuan Syed Ahmad Jamal (kini allahyarham). Beliau telah memberi komen
berikut:
“ Our buildings will have to be honest, not pretentious. Buildings must be good neighbours. They must blend with one another. A building may be beautiful on its own, but not so when plonked down amongst others.” Apa yang diperkatakan beliau adalah tentang pentingnya kawalan bangunan agar spirit of the place dan
kesepadanan rupabentuk, ketinggian bangunan serta integrasi kegunaan yang boleh memanfaat pengguna
(end-user) dapat dioptimakan. Kita perlu sedar bahawa setiap inci ruang dan fizikal bangunan atau
sekelompok bangunan-bangunan semua menyebar kesan kepuasan atau sebaliknya kepada pengguna.
Setiap pengguna atau pelawat adalah kelayan bangunan itu sendiri.
4.4 Dominasi nilai dan teknologi seni bina gaya antarabangsa
Bandar-bandar di Malaysia, sebelum dan selepas tahun 1957 lagi, sudah hilang karekter ke
Malaysiaannya disebabkan negara kita telah dijajah oleh Portugis dan Inggeris. Kota Melaka
(Vis, 1998 : 62-63), Georgetown (Khoo Salma Nasution, 1998: 64-65), Kuala Lumpur (Gullick,
1998: 74-75) dan Taiping (Barlow,1998 : 72-73) besar yang lain telah dipenuhi oleh seni bina
rumah kedai (1998 : 90-91 dari gaya Neo Classical Greek Straits, Belanda, Art Deco hingga ke
Moden (1990). Diantara bandar-bandar besar, hanya Kampung Baru (Kuala Lumpur)(Fujita,
2013) dan Kampung Morten (Melaka) yang masih kekal sebagai petempatan beridentiti Melayu.
Bandar-bandar Pantai Timur seperti Kota Bharu dan Kuala Terengganu pun beransur-ansur
hilang kediaman seni bina Melayu. Di bandar Kota Bharu yang menonjol adalah hanya disekitar
Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar dan ditepi jalan ke Pantai Chahaya Bulan.
Namun Pihak Berkuasa Kota Bharu tidak ambil berat akan kepentingan untuk mengazetkan
kawasan warisan ini untuk mengekal seni bena lama bagi tujuan pembinaan semula (urban
renewal) atau melestarikan untuk kepentingan pelancongan. Bandar Kuala Terengganu juga
menerima nasib yang sama tanpa disedari. Hanya Muzium Terengganu, Aryani Resort Hotel dan
Hotel Tanjung Jara sahaja yang nampak ada ciri-ciri seni bina Melayu.
Walaupun begitu masih ada lagi `pelanggan‟ terhadap seni bina Melayu tradisional. Projek
Masjid Ulu Albab di Seberang Jerteh yang telah siap pada 24 Februari 2012 menjadi tarikan
pelancong. Projek ini diusahakan oleh pengukir terkenal Terengganu, iaitu Wan Mustafa bin
Wan Su, menggunakan sistem teknik tebuk pasak (peg and jointing) dan bahan 80% kayu