Identiti Melayu JCEA3303 Persepsi Masa: Manifestasi Identiti Melayu Pensyarah: Profesor Wan Abdul Kadir Bin Wan Yusoff Pelajar: Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA 080707) Pengenalan: 0
Identiti MelayuJCEA3303
Persepsi Masa: Manifestasi Identiti Melayu
Pensyarah:
Profesor Wan Abdul Kadir Bin Wan Yusoff
Pelajar:
Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA 080707)
0
Pengenalan:
“ Masa itu Emas.”
Ungakapan ini sering diperkatakan oleh orang Melayu dahulu yang mementingakan
masa. Kepentingan masa dapat dirasai oleh semua masyarakat manusia sebagai
cara pengukur keadaan dan suasana yang berlaku dalam penghidupan seharian
mereka. Masyarakat Melayu tidak terlepas daripada keadaan dan suasana
kehidupan seharian yang mereka jalankan. Hal ini, dapat diperhatikan dalam
ungkapan-ungkapan orang Melayu dahulu yang menerangkan tentang masa. Dalam
kajian ringkas ini, pengkaji ingin mengemukakan cara bagaimana orang Melayu
dahulu mengukur masa mereka dan perubahan-perubahan ketara yang
membezakan cara mereka mengukur masa pada zaman sekarang. Cara orang
Melayu mengukur masa pada zaman dahulu merupakan satu manifestasi identiti
masyarakat Melayu ketika itu. Namun begitu, terdapat banyak pengaruh asing yang
diterapkan oleh masyarakat Melayu dalam hal mengukur waktu dan keadaan yang
berlaku.
Objektif Kajian:
Kajian ringkas ini akan memperkatakan tentang ungkapan-ungkapan yang berkaitan
dengan cara orang Melayu melihat masa dan mengukur keadaan yang berlaku.
Selanjutnya dalam kajian ini akan memperkatakan tentang perubahan-perubahan
yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang banyak dipengaruhi oleh budaya
asing. Perkara ini dapat dilihat dalam istilah-istilah atau konsep-konsep masa yang
1
dapat menyelinap masuk ke dalam masyarakat Melayu. Akhir sekali, bagaimana
orang Melayu menilai masa.
Permasalahan Kajian:
Permasalahan kajian ringkas ini akan membincangkan beberapa buah
permasalahan yang berkaitan dengan identiti orang Melayu dengan melihat konsep-
konsep masa yang diguna pakai dalam masyarakat Melayu. Cara orang Melayu
melihat dan mengukur masa itu merupakan manifestasi identiti mereka dan tidak
dapat di mana-mana masyarakat lain. Antara permasalahan kajian yang akan
dibincangkan dalam tugasan ini ialah tentang bagaimanakah orang Melayu dahulu
mengukur masa mereka, konsep-konsep masa asing yang diterapkan dalam budaya
Melayu, konsep Janji Melayu dan penilaian orang Melayu terhadap masa?
Identiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), identiti ialah sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yang
terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai sesuatu keseluruhan
memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Identiti Melayu
boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang terdapat pada orang Melayu yang
mengamalkan sikap serta sifatnya yang Melayu itu. Dalam mengukur masa,
masyarakat Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ini merupakan identiti
orang Melayu yang tidak terdapat dalam masyarakat lain.
2
Definisi Masa:
Dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan yang asli yang boleh merujuk kepada
konsep masa. Perkataan ‘masa’ itu sendiri berasal daripada perkataan Sanskrit yang
membawa pengertian ‘bulan’. Perkataan lain yang merujuk kepada masa iaitu ‘waktu’
juga tidak berasal daripada perkataan Melayu asli tetapi merupakan kata pinjaman
yang berasal daripada perkataan Arab ‘waqt’. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1998), masa membawa erti waktu atau ketika. Times Kamus Dwibahasa (2005)
memberi pengertian yang lebih luas mengenai perkataan masa dengan memberikan
makna leksikalnya sebagai ‘time’ atau ‘era’ atau ‘period’ atau ‘epoch’ (zaman).
Asmah Haji Omar membahagikan masa kepada dua iaitu masa statik dan juga
masa dinamik. Masa statik ialah masa yang difaham oleh orang Melayu sebagai
masa yang singkat seperti satu detik atau kerangka yang lebih luas dan panjang.
Masa ini dapat dilihat sekarang sebagai ‘saat’, ‘minit dan ‘jam’. Masa statik juga
boleh dikira sebagai masa sesuatu perkara itu berlaku. Menurut Asmah Haji Omar:
“With the Malays, static time can exist in a very, very short duration,
for example the duration of a second. In this connection, time exists
at particular points, which we can call “points of time”. Time can also
have a much longer duration or stretch. In this connection, it exists in
a frame.”1
Masa dinamik pula menunjukkan pergerakan dalam menerangkan tentang
sesuatu konsep masa. Masa yang menerangkan pergerakan waktu ini dikira sebagai
masa dinamik. Menurut Asmah Haji Omar:
1 Asmah Haji Omar. (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.3
“Dynamic time is seend as an entity that moves from one point or
frame to the next. This movement is evidenced by the use of lexical
items and grammatical constructions.”2
Pergerakan masa misalnya dalam penggunaan perkataan ‘dahulu’, ‘sekarang’
dan ‘kelak’ menunjukkan peredaran masa dari satu titik masa ke titik masa yang lain.
Kepentingan Masa Dalam Budaya Orang Melayu:
Masyarakat Melayu amat mementingkan sikap kekeluargaan dalam kehidupan
mereka. Dengan itu, detik-detik penting sejarah yang berlaku dalam kehidupan
mereka amat dipentingkan demi merakamkan kisah-kisah yang berlaku sebagai
kenang-kenangan. Orang Melayu lebih mementingkan keluarga dan masyarakat
mereka berbanding dengan kerjaya ataupun untuk mengejar keuntungan misalnya.
Hal ini kerana masyarakat Melayu menilai sebuah institusi kekeluargaan ini dan juga
masyarakat disekelilingnya. Menurut Asmah Haji Omar:
“In Malay culture points and frames of time are important
considerations for certain actions or happenings to take place. At the
same, time-gain holds a special value in social relationship among
family and community members.”3
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menentukan peredaran masa
dengan melihat cahaya matahari. Apabila matahari menerangi bersinar maka
dikatakan sebagai ‘hari’ dan apabila matahari terbenam maka dikatakan sebagai
‘malam’. Orang Melayu tidak menghitung ‘hari’ itu sebagai 24 jam. Menurut Asmah
Haji Omar:
2 Ibid, hlm 19.3 Asmah Haji Omar, (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
4
“Konsep “hari” sebagai satuan yang tidak digabungkan dengan
“malam” diwujudkan dalam ungkapan-ungkapan seperti “satu hari
satu malam”, “40 hari 40 malam”, 3 hari 2 malam” ,dan “2 hari 3
malam”. Ini berbeza dengan konsep day dalam bahasa Inggeris,
yang boleh bermakna hari siang sahaja, atau juga gabungan siang
dan malam.”4
Masyarakat Melayu dahulu juga melihat peredaran masa dengan mengikut
masa penanaman padi oleh kerana masyarakat Melayu dahulu lebih bergantung
dengan aktiviti pertanian. Masyarakat Melayu dahulu akan menentukan masa
dengan melihat menanam padi dan masa menuai padi. Pergantungan kepada cara
mengukur masa ketika itu sesuai dengan kehidupan sosial masyarakat Melayu pada
zaman itu. Kini, cara pengukuran masa seperti ini sudah tidak diamalkan oleh majoriti
masyarakat Melayu yang sudah jauh daripada penghidupan pertanian. Hanya
segolongan kecil masyarakat petani yang mungkin masih lagi mengikut cara
pengukuran masa sebegini di tempat-tempat pedalaman misalnya.
Kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu telah banyak mempengaruhi
cara bagaimana orang Melayu melihat masa. Sebagai penganut Islam, setiap orang
Islam diwajibkan untuk menyempurnakan solat lima waktu iaitu solat Subuh, Zohor
dan Asar sebagai solat pada waktu siang dan, solat Maghrib dan Isyak untuk solat
pada waktu malam. Dalam Islam, hari hijrah bermula selepas masuknya waktu
Maghrib berbeza dengan konsep masa yang diguna pakai dalam masyarakat barat
misalnya yang menghitung masuknya hari pada jam 12 tengah malam. Menurut
Abukhudairi (1992),
4 Asmah Haji Omar, (2001) Konsep Masa Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu. Dlm Kosmologi Melayu.Yaacob Harun (ed). Hlm 188-208. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
5
“The Arabs view sunsets as the beginning of the day because of their
notion about stillness, which they relate to night, and motion which
they relate to day time. And since stillness for them precedes
motions, therfore, they consider night to be prior to daytime.”
Oleh kerana masyarakat Melayu secara amnya menganut agama Islam sudah
berabad lamanya dan sudah sebati dalam masyarakat orang Melayu maka
masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam.
Sebelum datangnya pengaruh barat yang membawa masuk jam ke alam
Melayu, orang Melayu dahulu bergantung kepada keadaan alam sekitar untuk
menentukan masa mereka. Pergantungan ini sudah memadai untuk mereka
melaksanakan kerja-kerja harian mereka mengikut ukuran masa yang dipersetujui
dan diterima pakai dalam masyarakat Melayu ketika itu. Misalnya, waktu
‘sembahyang lima waktu’ itu ditentukan dengan melihat peredaran matahari serta
refleksi cahaya yang terpancar ke muka bumi ini dengan terlukisnya bayangan-
bayangan oleh alam sekitar. Pancaran cahaya matahari yang terpancar ke arah
sebuah pokok akan menghasilkan bayang di atas tanah. Kebijaksanaan orang
Melayu ketika itu dapat menentukan masa masuknya waktu solat dengan melihat
bayangan itu. Jika matahari betul-betul atas bumbung atap dan tidak menunjukkan
bayang-bayang maka telah masuklah waktu zohor dan jika bayang-bayang itu
memanjang maka habislah waktu zohor dan masuk pula waktu asar. Apabila
ternampak megah-megah kemerah-merahan di langit maka telah masuk pula waktu
maghrib dan setelah selesai waktu itu masuk pula waktu isyak. Waktu subuh pula
ditentukan dengan terpancarnya cahaya menembusi awan gelap ,dan habisnya
waktu subuh itu apabila fajar menyinsing. Pengaruh Islam terhadap masyarakat
Melayu dalam hal menentukan masa dan cara pengukur masa amat ketara. Sama
6
halnya dengan melihat anak bulan untuk menandakan telah masuknya bulan hijrah
yang baharu.
Ungkapan-ungkapan Melayu tentang masa:
Sikap orang Melayu yang mementingkan waktu atau masa dapat dillihat dalam
ungkapan-ungkapan lama serta pantun-pantun Melayu lama. Ini merupakan satu
manifestasi masyarakat Melayu terhadap masa atau waktu. Sikap orang Melayu
yang mamandang waktu itu penting dengan cara memanfaatkannya sebaik mungkin
dapat disemak dari ungkapan-ungkapan berikut menurut Tenas Effendy dalam
bukunya Tunjuk Ajar Melayu:
Dalam ungkapan Melayu:
apa tanda Melayu jati, terhadap waktu berhati-hati
apa tanda Melayu terbilang, terhadap waktu ianya sayang
apa tanda Melayu terpandang, pantang baginya waktu terbuang
apa tanda Melayu berilmu, memanfaatkan waktu ianya tahu
apa tanda Melayu beradat, terhadap waktu ianya ingat
apa tanda Melayu beradat, menghabiskan waktu pada yang bermanfaat
apa tanda Melayu beradat, menggunakan waktu secara tepat
apa tanda Melayu beriman,
7
menghabiskan waktu dengan perhtungan
apa tanda Melayu berakala, memanfaatkan waktu mencari berakal
apa tanda Melayu berbangsa,hidupnya pantang membuang masa
apa tanda Melayu bijak, membuang masa ia tak hendak
apa tanda Melayu budiman, memanfaatkan waktu untuk amalan
apa tanda Melayu budiman, membuang waktu ia berpantangkanMisalnya dalam ungkapan syair pula:
Wahai ananda kekasih ibu,
Janganlah engkau membuang waktu
Memanfaatkan masa hendaklah tahu
Supaya kelak selamat hidupmu
Contoh dalam pantun pula:
Petang jumaat duduk mengaji
Sesudah azan tegak sembahyang
Orang beradat tahukan diri
Usia mudanya tidak terbuang5
Sikap masyarakat Melayu terhadap masa dapat dilihat daripada ungkapan-ungkapan
di atas yang menjelaskan kepentingan waktu itu terhadap orang Melayu. Sikap
mementingkan masa dan waktu telah diajarkan ke dalam budaya Melayu sejak
dahulu lagi.
5 Tenas Effendy (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Hlm 394-406. Yogjakarta:Adicita Karya Nusa.8
Contoh dalam perbualan:
Dalam perbualan seharian, masyarakat Melayu seringkali merujuk kepada sesuatu
kejadian untuk mengukur masa. Jarak masa itu diukur mengikut panjang atau pun
singkatnya sesuatu perkara itu dilakukan. Perbandingan ini seringkali diguna pakai
dalam perbualan harian masyarakat Melayu dahulu. Sebagai contoh ungkapan:
“sepenanak nasi” merujuk kepada panjangnya masa yang diambil untuk menanak
nasi. Perumpamaan itu boleh dilihat dalam contoh ayat di bawah ini. “Kalau nak ke
rumah Sudin, sepenanak nasi saja engkau akan sampai.”
Janji Melayu
Janji Melayu merupakan satu istilah yang amat masyhur diungkap oleh bangsa
Melayu. Sikap ‘lambat dalam temu janji’ memang sering dikaitkan dengan
masyarakat Melayu sehinggakan orang Melayu yang lambat sering disindir
mengamalkan ‘Janji Melayu’. Janji Melayu didefinisikan sebagai janji yang ditunaikan
lewat iaitu orang Melayu yang suka berjanji, tetapi mengingkari masa. Contoh :-
sebuah program dirancang untuk bermula pada pukul 8 malam namun acara
tersebut terpaksa ditunda gara-gara tetamu jemputan lambat tiba. Malahan,
perbuatan melewatkan itu diterima dengan mudah malah menjadi bahan gurauan
Di bawah ini menunjukkan kajian ringkas oleh penulis tentang bagaimana
orang Melayu mengukur masa dan mengambil berat untuk menepati masa mereka.
Data kajian ini menunjukkan perbandingan masyarakat Melayu di Singapura dan di
Malaysia.
Sebanyak 10 soalan diajukan oleh pengkaji kepada setiap responden.
9
Terdapat 70 peratus responden dari Malaysia dan 80 peratus responden dari
Singapura yang menggunakan jam tangan. Hanya terdapat 20-30 peratus sahaja
daripada respondan yang tidak menggunakan jam tangan. Soalan ini diajukan
kepada responden untuk melihat bagaimana pentingnya masa itu untuk mereka. Jam
tangan merupakan alat untuk mereka mengukur masa. Namun disebabkan oleh
teknologi terkini, ada sebilangan kecil daripada responden yang melihat masa
dengan menggunakan telefon bimbit atau alat elektronik yang lain.
10
Soalan ini diajukan kepada responden untuk tujuan melihat bagaimana masyarakat
Melayu ‘mencuri’ masa yang ada. Sekiranya masa yang ditetapkan pada jam tangan
mereka itu tidak tepat maka boleh dianggap sebagai ‘mencuri’ masa dan mereka
tidak tahu untuk membahagi masa mereka. Terdapat 80 peratus responden daripada
Malaysia yang mengaku menetapkan masa yang tepat pada jam mereka. Manakala
hanya 50 peratus sahaja daripada masyarakat Melayu Singapura yang menetapkan
masa mereka.
11
Soalan ini diajukan kepada responden untuk menunjukkan responden pernah lewat
untuk temu janji atau sebagainya. Terdapat 100 peratus responden yang mengaku
pernah lewat untuk sebarang temu janji atau sebagainya. Perkara ini dianggap
sebagai tidak boleh dielakkan dan diterima sebagai perkara biasa yang berlaku
dalam masyarakat Melayu.
12
Soalan 4 ini menunjukkan berapa lama masa kelewatan seseorang itu. Bagi
masyarakat Melayu di Singapura kelewatan sehingga 20 atau lebih daripada 30
minit. Bagi masyarakat Malaysia pula didapati lebih menepati masa dan masa
kelewatan mereka hanya dalam 10-20 minit sahaja.
13
Soalan ini menunjukkan berapa awal responden tiba pada sesebuah temu janji yang
telah ditetapkan. Bagi masyarakat Melayu di Malaysia terdapat 80 peratus yang tiba
5 hingga 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan berbanding 60 peratus dalam
masyarakat Melayu Singapura. Terdapat 40 peratus responden Singapura yang
datang 10 hingga 20 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan berbanding 20
peratus responden daripada Malaysia.
14
Soalan 6, ini menunjukkan tahap toleransi masyarakat Melayu terhadap orang lain
tiba lewat pada sesebuah temu janji yang ditetapkan. Tahap toleransi masyarakat
Melayu Singapura lebih rendah jika dibandingkan dengan sebanyak 20 peratus. Hal
ini mungkin disebabkan keadaan serta jarak satu tempat ke satu di Malaysia jauh
berbanding dengan di Singapura.
15
Soalan ini menunjukkan sikap perihatin terhadap mereka yang tiba lewat pada
waktunya. Dalam perangkaan ini terdapat 70 hingga 80 peratus yang akan
bertanyakan tentang kelewatan seseorang itu. Hanya 20 hingga 30 peratus yang
tidak bertanyakan tentang hal ini.
16
Soalan nombor 8 ini, menanyakan tentang kesanggupan seseorang itu menunggu
dan berapa lamakah dia sanggup menunggu. Bagi masyarakat Melayu di Singapura
terdapat 50 peratus daripada responden yang sanggup menunggu sehingga lebih 30
minit berbanding dengan hanya 30 peratus responden daripada Malaysia. Secara
purata seramai 40 peratus yang sanggup menunggu 20 hingga 30 minit sahaja.
17
Soalan nombor 9 ini menunjukkan julat masa yang diguna pakai oleh masyarakat
Melayu. Jika dijemput selepas waktu maghrib misalnya mereka akan tiba di waktu
yang berbeza-beza. Bagi responden Malaysia, seramai 80 peratus akan tiba selepas
pukul 8.30 malam. Hal ini disebabkan oleh jarak perjalanan ke satu tempat mungkin
lebih jauh dari jarak perjalanan di Singapura. Bagi responden di Singapura, seramai
30 peratus yang akan tiba di majlis itu pada jam 7.30 malam. Dan seramai 40
peratus pula akan tiba pada jam 8 malam.
18
Soalan ini menunjukkan bagaimana responden kedua-dua buah negara tiba di
sebuah majlis yang dijemput selepas waktu zuhur. Selepas waktu zuhur terdapat
ruang masa yang panjang jika dibandingkan selepas waktu maghrib. Terdapat
berbezaan yang ketara daripada responden melayu Malaysia dan Singapura.
Seramai 70 peratus responden Singapura akan tiba pada jam 2 hingga 3 petang
manakala terdapat peratusan besar reponden Malaysia yang akan tiba pada jam 3
hingga 3.30 petang. Hal ini dapat dilihat dalam kajian ringkas ini.
19
Kesimpulan kajian data:
Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua buah negara untuk
soalan 1, 3, 5, 6 dan 7. Manakala terdapat perbezaan dapatan kajian yang ketara
pada soalan 2, 4, 8, 9 dan 10. Kajian ini untuk melihat penilaian masyarakat Melayu
secara keseluruhan di kedua-dua buah negara tentang masa yang dibuat secara
rawak sahaja. Tidak ada sebarang niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak
dalam kajian ini.
Penutup:
Setiap masyarakat mempunyai budayanya tersendiri dan pengamalan budaya itu
tergantung kepada persetujuan yang ditetapkan oleh sesebuah masyarakat tersebut.
Dalam masyarakat Melayu, terdapat cara yang unik seseorang individu itu mengukur
dan meniai masa. Cara ini atau penilaian terhadap masa oleh masyarakat Melayu ini
tidak terdapat dalam masyarakat lainnya misalnya dalam masyarakat barat, Cina dan
Indian. Mereka mempunyai persepsi tersendiri tentang masa dan ianya berbeza
dengan persepsi orang Melayu. Hal ini membuktikan bahawa cara orang Melayu
menilai waktu atau masa itu merupakan semacam identiti yang hanya tertanam
dalam diri orang Melayu.
20
Cadangan:
Pada hemat penulis, orang Melayu sememangnya sudah mempunyai konsep masa
yang digunakan dalam penghidupan mereka sejak zaman dahulu lagi. Konsep masa
ini telah lama dititikberatkan oleh orang Melayu dahulu. Hal ini, dapat dilihat dalam
ungkapan-ungkapan Melayu lama yang menceritakan tentang kepentingan masa
dan waktu. Cadangan penulis ialah supaya orang Melayu menepati masa mereka di
mana-mana sahaja majlis yang mereka akan hadiri. Orang Melayu harus
mengadakan anjakan paradigma dalam hal melihat masa kerana di zaman global ini,
masa itu merupakan perkara yang penting dan sangat berharga.
Penilaian terhadap masa oleh orang Melayu masih lemah. Namun begitu,
terdapat ruang atau julat masa yang disepakati secara tidak langsung oleh orang
Melayu merupakan kelonggaran dalam sistem perjanjian orang Melayu. Hal ini,
memudahkan urusan dengan masyarakat Melayu yang memahami tentang konsep
masa yang sepunya.
21
Bibliografi:
__________(1998). Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
___________(2005). Times Kamus Dwibahasa.Kuala Lumpur: Times
Educational Co Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogjakarta: Adicita Karya Nusa.
Yaacob Harun (ed). (2001). Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
22
Lampiran – Borang soal jawab.
Nama: _________________________
Umur :
20-25 26-30 31-35 36-40 40 >
Jantina : Lelaki: Perempuan:
1) Anda menggunakan jam tangan?
Ya: Tidak:
2) Adakah masa yang ditetapkan pada jam ada tepat?
Ya: Tidak:
3) Pernahkah anda lewat untuk sebarang temu janji?
Ya: Tidak:
4) Jika ya, berapa lamakah kelewatan anda lazimnya?
5-10 Minit: 10-20Minit: 20-30 Minit: 30Minit >
5) Jika tidak, berapa awal anda sampai sebelum masa yang ditetapkan?
5-10 Minit: 10-20Minit: 20-30 Minit: 30Minit >
23
6) Adakah anda akan berasa marah jika seseorang lewat daripada masa yang dijanjikan?
Ya: Tidak:
7) Adakah anda akan bertanyakan kepada orang itu sebab dia terlewat?
Ya: Tidak:
8) Berapa lamakah anda akan menunggu untuk seseorang yang tidak menepati masa yang dijanjikan?
5-10 Minit: 10-20Minit: 20-30 Minit: 30Minit >
9) Pukul berapakah anda akan tiba sekiranya anda dijemput ke sebuah majlis kenduri selepas waktu maghrib?
7.30mlm: 7.45mlm : 8mlm: 8.15mlm:
>8.30 mlm:
10) Pukul berapakah anda akan tiba sekiranya anda dijemput ke sebuah majlis kenduri selepas waktu zuhur?
< 2ptg: 2-3ptg: 3-3.30ptg:
3.30-4ptg: 4-4.30ptg >4.30ptg:
...Selesai...
24