KEPEMIMPINAN MENGIKUT IBU TAIMIYAHKepimpinan ini adalah penting
dalam islam ini ditegaskan di dalam hadis nabi yang diriwayatkan
ibnu majah dan nasai; Apabila keluar tiga orang dalam musafir, maka
lantiklah salah seorang di kalangan kamu sebagai pemimpin.Mengikut
Ibnu Taimiyah ciri-ciri kepimpinan dalam Islam terdiri dari 4 ciri
utama daripada 16 ciri yang lain yang tak dapat dihuraikan
semuanya.1.Memakai Tenaga Yang Lebih Patut (Ashlah)Tatkala Nabi
s.a.w. menaklukkan kota Makkah dan menerima kunci Kabah dari tangan
Bani Syaiban, paman beliau Abbas menuntut agar kepadanya dipusatkan
urusan air untuk keperluan jamaah haji dan sadanah (penjagaan
kabah) maka lantas Tuhan menurunkan ayat tersebut tadi, yang
mengandungi perintah mengembalikan kunci-kunci Kabah kepada Bani
Syaibah.Maka adalah menjadi kewajiban bagi pemimpin (pemerintah),
bahawa ia harus menempatkan segala macam urusan kaum muslimin
kepada orang-orang yang lebih patut (cekap) untuk jawatan itu.Nabi
s.a.w.telah bersabda.Barangsiapa yang bertugas mengatur urusan kaum
Muslimin, maka diangkatnya seseorang padahal ia masih melihat orang
yang lebih patut (cekap) untuk kepentingan orang Islam dari yang
diangkatnya itu, maka dengan begitu sungguhnya ia telah berkhianat
kepada Allah dan kepada RasulNya.Dan pada suatu riwayat, hadits itu
berbunyi:Siapa-siapa yanag menyerahkan suatu jawatan (urusan)
kepada seseorang di dalam suatu jamaah, padahal ia melihat orang
yang lebih berhak bagi jawatan itu dalam lingkungan jamaah
tersebut, maka sungguh ia telah berkhianat kepada Allah dan khianat
kepada RasulNya serta khianat kepada segenap orang muslim. (Hadits
Riwayat Hakim dalam Sahihnya)Ada sebahagian Ulama mengatakan,bahawa
ucapan di atas adalah dari ucapan Umar bin Khattab terhadap
anaknya, Ibnu Umar.Berkata Umar bin Khattab r.a:Siapa-siapa yang
mengangkat seseorang untuk jawatan yang mengurus kaum muslim, maka
diangkatnya orang kesayangannya atau kerana hubungan karib-kerabat
antara keduanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan
RasulNya, serta kepada kaum muslimin.Ini adalah kewajiban seorang
pemimpin (pembesar). Maka ia wajib terlebih dahulu meneliti
siapa-siapa orang yang sebenarnya berhak menjadi pimpinan, yang
akan menjadi wakil-wakil seluruh daerah (kota-kota), yakni
pembesar-pembesar yang akan menjadi wakil pemegang kekuasaan, para
haki, pembesar-pembesar militer, komandan-komandan pasukan yang
kecil mahupun kesatuan-kesatuan yang besar, pengawas-pengawas
kewangan (harta benda) yang terdiri dari menteri-menteri dan para
sekretaris Negara, petugas-petugas yang memungut pajak dan zakat
(sedekah) dan sebagainya dari harta kaum muslimin.Untuk
masing-masing jawatan itu haruslah dicari dan diangkat orang-orang
yang betul-betul cekap (patut) di antara orang Islam yang ada.Dan
hal yang seperti itu berlaku juga untuk memilih Imam-imam
sembahyang,Muadzin,Para qurra, Guru-guru, pemimpin-pemimpin
rombongan haji, petugas-petugas pos dan telegraf, P.T.P.T. Negara,
pengawal-pengawal benteng, penjaga-penjaga keamanan Negara dan
kota-kota, pemimpin-pemimpin militer eselon tinggi mahupun
rendah,pemimpin-pemimpin kabilah, pengawas-pengawas pasar ,dan
kepala-kepala kampong.Maka adalah kewajiban bagi orang-orang yang
diserahi pimpinan untuk menyerahkan urusan kaum muslimin kepada
orang yang tercekap untuk jawatan itu,bukan kerana ia yang menuntut
jawatan itu,atau lebih dahulu memajukan pemintaan.Bahkan yang
tersebut belakangan ini mestinya dipandang sebagai suatu
halangan,kerana tersebut dalam hadits Bukhary dalam Muslim,di mana
Nabi Muhammad bersabda:Bahwa ada satu kaum yang datang kepada
beliau, maka mereka menuntut kepada Nabi suatu jawatan pimpinan,
lantas Nabi berkata: Bahwa kami tidak akan menyerahkan jawatan
pimpinan ini kepada siapa yang menuntutnya.Dan Nabi berkata kepada
Abdurrahman bin Samrah:Hai Abd Rahman ,jangan sesekali kamu
menuntut pimpinan suatu jawatan, maka jika jawatan itu diberikan
kepada engkau tanpa diminta, engkau dapat pertolonggan atasnya, dan
jika jawatan itu diberikan kepada engkau kerana diminta, engkau
diberati atasnya. (Hadits Riwayat Bukhary dan Muslim).Telah
bersabda pula Nabi Muhammad s.a.w:Siapa yang menuntut jawatan Qadhi
(Hakim,Jaksa) dan minta tolong atasnya,maka ia diberati oleh
jawatan itu, dan siapa yang tidak menuntut jawatan Qadhi dan tidak
minta tolong untuk itu, Allah menurunkan kepadanya Malaikat yang
akan menuntunnya kejalan yang benar. (Hadits Riwayat para ahli
Sunan). Apabila seseorang menyimpan dari memilih tenaga yang lebih
berhak (cekap) kepada yang lainnya, kerana perhubungan karib antara
keduanya, atau teman sejawat atau kerana satu daerah atau satu
mazhab atau tarikat atau sama bangsanya seperti bahasa Arab,
Persia, Turkia, Rum, atau kerana suatu sogok (rasuah) yang
diterimanya berupa harta atau sesuatu manfaat (guna), atau
sebab-sebab lain, atau kerana suatu permusuhan pribadi antara
keduanya ,maka sungguh orang itu telah berkhianat kepada Allah dan
RasulNya dan kepada orang-orang mukmin dan ia telah termasuk kepada
orang yang dilarang Tuhan dalam firmannya yang berbunyi:Hai
orang-orang yang beriman,janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan
Rasul,dan berkhianat pula dalam menunaikan amanahmu padahal kamu
orang yang mengetahui. (Al-Anfal ayat 27)
Kemudian Tuhan Berfirman:Dan ketahuilah olehmu, bahwa
sesungguhnya harta-harta dan anak-anak kamu itu adalah fitnah,
(cobaan)dan bahwa disisi Allah ada pahala yang besar. (Al-Anfal
ayat 28)Seorang laki-laki kerana kasihnya kepada anak-anaknya atau
bagi hamba sahayanya (bujangnya), kadang-kadang hal itu dapat
mempengaruhinya dalam pimpinan atau ia memberikan apa yang ia tidak
berhak untuk itu, maka kerananya ia telah berkhianati dalam
menunaikan amanahnya. Kadang-kadang pejabat itu terpengaruh dengan
bertambah banyaknya harta dan menimbunnya dengan cara mengambil,
mengkorup apa yang tidak menjadi haknya, atau kerana sayang kepada
orang-orang yang suka datang menjilat kepadanya dalam sebab yang
dilakukannya, maka jadilah ia seorang yang berkhianat kepada Allah
dan RasulNya dan khianat dalam menunaikan amanahnya.Tetapi terhadap
orang yang menunaikan amanahnya dengan melawan hawa nafsunya ,Allah
memperteguh kedudukannya, maka Allah menjaganya dalam urusan
keluarga dan hartanya, dan sebaliknya orang yang memperturutkan
kehendak hawa nafsu, Allah akan menyiksanya dengan
menghalang-halangi maksudnya:sehingga tersia-sialah keluarganya dan
lenyaplah harta kekayaannya. Berkenaan dengan ini, ada terjadi
suatu hikayat yang masyhur, bahawa seorang khalifah telah bertanya
kepada sementara Ulama, agar dapat memberitakan sesuatau kejadian
yang pernah terjadi. Maka berkata sang Ulama: Saya telah mengenal
khalifah Umar bin Abd.Aziz, ketika seorang bertanya kepada
beliau.Hai Amiril Mukmini, apakah engkau kunci mulut anak-anakmu
dari harta ini dan engkau tinggalkan mereka itu dalam keadaan fakir
yang tidak memiliki sesuatu pun? Padahal beliau ketika itu sedang
menghadapi sakaratulmaut.Maka berkata khalifah: Bawalah anak-anakku
itu semua dekatku! Kemudian masuklah anak-anak itu semua, sebanyak
sepuluh laki-laki yang belum seorang pun yang mencapai usia baligh.
Maka tatkala beliau melihat mereka semua, bercucuranlah air
matanya.kemudian khalifah Umar bin Abd.Aziz berkata kepada
anak-anaknya yang antara lain berbunyi:Wahai anak-anakku semua!
Demi Allah, saya bukanlah sakali-kali menghalang-halangi mu
daripada hak (harta) yang berhak kamu terima dan aku bukan pula
orang yang merangkul harta untuk aku bahagi-bahagikan kepadamu
semua, tetapi kamu adalah laki-laki, satu antara dua golongan:
apakah kamu tergolong orang yang soleh (baik-baik), maka Allah akan
memberi orang-orang yang soleh, atau golongan yang bukan soleh,
maka aku tidak akan meninggalkan kepadanya sesuatu yang akan
membawanya derhaka kepada Allah,dan kini pergilah kalian dari
sisiku.Berkata Ulama tadi: Maka sungguh aku telah melihat pula
sementara anak beliau membawa seratus ekor kuda untuk dipergunakan
pada jalan Allah, yakni yang akan diberikannya kepada orang-orang
yang berjuang pada jalan Allah itu.Berkatalah aku (pengarang) pada
diriku sendiri: Inilah dia khalifah kaum muslimin sejak dari negeri
Timur yang jauh,negeri Turky sampai ke darat Andalus dan lain-lain,
yang memerintah jazirah Cyprus,Syria,dan beberapa ibu kota seperti
Tharsus dan seumpamanya, terus sampai ke negeri Yaman. Dia
mengambil harta untuk diberikan kepada masing-masing anaknya dari
harta peninggalannya, sedikit sekali, kata orang sekadar dua puluh
dirham saja.Berkata pula sang Ulama: Sementara itu aku pernah
menyaksikan pula sebahagian dari khalifah-khalifah yang telah
membahagi-bahagikan harta peninggalannya kepada anak-anaknya,maka
masing-masing mereka mendapat enam ratus ribu dirham,dan pun saya
pernah melihat diantara para khalifah itu ada yang memanggil orang
dengan telapaknya saja.Dalam bab ini terdapat beberapa hikayat dan
kejadian-kejadian yang dapat disaksikan zaman dan apa-apa yang
pernah terdengar sebelumnya, yang semua itu akan merupakan cermin
perbandingan bagi orang-orang yang berfikir.Sunnah Rasul telah
menetapkan,bahawa kepimpinan itu adalah amanah yang wajib dilakukan
dalam ketentuan-ketentuan seperti tersebut diatas dan juga
sebagaimana apa yang dikatakan Nabi kepada Abi Dzar Al-Giffary
r.a.dalam hal kepimpinan:Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia
dihari kiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan,kecuali orang
yang mengambilnya dengan cara hak, serta melakukan kewajiban yang
terpikul diatas pundaknya. (Hadits Riwayat Imam Muslim).Imam
Bukhary telah meriwayatkan pula dalam sahihnya, dengan sanad Abi
Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Apabila amanah
telah disia-siakan.maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya:
bagaimana menyia-nyiakannya? Rasulullah menjawab: Apabila sesuatu
jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka
tunggulah zaman kehancurannya.Kaum muslimin telah sepakat tentang
makna hadits ini. Kerananya, apabila seseorang mengurus anak yatim,
mengurus harta wakaf dan menjadi wakil yang diserahi untuk mengurus
harta seseorang, maka hendaklah ia mengambil berat dengan tindakan
yang berpedoman kepada, mendahulukan yang lebih patut dari yang
patut, seperti tersebut dalam firman Allah:Janganlah kamu pegang
harta anak yatim kecuali dengan jalan yang baik. Perhatikan,bahawa
Tuhan bukan menyebutnya dengan lafaz hasanah (baik),tetapi dengan
memakai lafaz ahsan (lebih baik).Ialah,kerana orang yang diserahi
mengurus (pemimpin) adalah merupakan menjaga keselamatan manusia
sebagaimana gembala yang berkewajiban menjaga keselamatan
gembalanya,seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.:Tiap=tiap kami adalah gembala,dan tiap-tiap kamu diminta
dipertanggungjawab dari gembalanya itu,maka seorang yang pemimpin
yang memimpin orang banyak,adalah gembala yang diminta
pertanggungjawabnya atas gembalanya itu,isteri adalah gembala dalam
rumah tangga suaminya,dan ia bertanggungjawab atas gembalaanya
itu,anak adalah gembala pada rumah bapaknya dan ia bertanggungjawab
atas penjagaannya,hambasahaya adalah gembala di dalam rumah tuannya
dan ia harus bertanggungjawab atas penjagaannya itu.Ketahuilah,maka
tiap-tiap kamu adalah pemimpin,dan masing-masing kamu diminta
pertanggunganjawabnya dalam pimpinannya. (Hadhis Riwayat Bukhary
dan Muslim).Nabi bersabda pula:Tidaklah seseorang pemimpin yang
dituntut Tuhan supaya menuntun rakyatnya,yang ia mati kerana sampai
ajalnya,padahal ia telah melakukan kecurangan dalam pimpinannya
itu,melainkan Allah mengharamkan syurga baginya. (Hadits Riwayat
Muslim).Pada suatu ketika,Abu Muslim Al-Khaulany dating kepada
Muawiyah bin Abi Sufyan,maka diucapkannyalah: Salam bagimu wahai
orang upahan (buruh)Orang di sekeliling Muawiyah
menegurnya.Katakan: Salam bagimu wahai raja (Amier)Maka Abu Muslim
mengulangi salamnya: Salam bagimu wahai orang upahan.Orang di
sekitar Muawiyah berkata lagi:Katakan: Salam bagimu wahai
Amier.Tetapi Abu Muslim tetap berkata pula: Salam bagimu wahai
orang upahan.Akhirnya Muawiyah sendiri menukas: Biarkan Abu Muslim
bicara!kerana ia tahu apa yang harus dikatakannya.Maka Abu Muslim
membuka pembicaraannya:Sesungguhnya engkau ini sebenarnya adalah
seorang upahan (ajier), yang dipekerjakan oleh Yang Maha Menjadikan
haiwan-haiwan ini supaya engkau gembalakan.Maka sekiranya engkau
dapat memberikan kegembiraan kepadanya,engkau tuntun ia kearah yang
baik,dan engkau jaga masing-masing agar jangan berkeliaran
semuanya,nescaya pemiliknya (Tuhan)akan menyempurnakan upahmu.Dan
sekiranya engkau tidak dapat memberikan kepuasan kepadanya,dan
tidak engkau tuntun kearah yang baik serta engkau biarkan
masing-masing berkeliaran sekehendak hatinya,nescaya engkau pasti
akan di marahi oleh pemiliknya (Tuhan). Ini jelas sebagai,Kiasan
Itibar kerana makhluk itu semuanya makhluk Allah dan para pemimpin
adalah duta-duta Allah atas hamba-hambaNya,dan mereka juga adalah
wakil hamba-hamban Allah atas diri mereka sendiri,seperti halnya
kedudukkan salah satu dua orang yang berserikat dalam usaha dagang
atas kawannya yang lain.Maka pada mereka terdapat erti pengurusan
dan pewakilan.Bagi pengurus dan wakilnya,bila ternyata ia
menempatkan seseorang untuk menjabat sesuatu urusan dengan
mengabaikan orang lain yang lebih cekap dalam soal perdagangan,atau
diserahkan kepada orang yang sama sekali tidak cekap,yang menjual
harga-harga barang dengan tidak menguntungkan,padahal ia masih
beroleh pembeli yang sanggup membeli dengan harta yang pantas,maka
sungguh orang yang mengangkatnya itu telah berkhianat kepada
kawannya sepersekutuan.Apalagi bila ternyata ada hubungan kasih
saying atau karib antaranya dengan orang yang tidak cekap tadi,maka
sudah terang ia akan di marahi dan dicela oleh sekutunya itu serta
dipandang sebagai orang yang khianat kepada temannya dan orang yang
pandai bermanismanis bibir belaka kepada kawannya.
2.Memilih yang lebih utama (Afdhal)Apabila ini telah dipahami
benar-benar,maka tidak aka nada jalan kecuali memilih yang terbaik
dari apa yang ada.Tetapi kadang-kadang tidak dapat orang yang
pantas untuk menduduki jawatan yang demikian,maka dipilihlah orang
yang lebih utama (afdhal),kemudian yang afdhal dalam segala macam
jawatan yang sesuai dengan orangnya.Apabila ini telah dilakukan
dengan usaha yang cermat,dan seseorang telah menduduki jawatan itu
dengan haknya,maka sungguh ia telah menunaikan amanah dan
kewajibannya dan ia duduk dalam jawatannya sebagai pemimpin yang
berlaku adil dalam pandangan Allah.Apabila kerana sesuatu sebab ia
tidak boleh melakukan tugasnya dengan memuaskan,maka Allah S.W.T
telah berfirman yang bermaksud:Maka berbaktilah kamu kepada Allah
sekadar kuasamu. (At-Taghabun ayat 16).Dan Tuhan tidak akan
memberati diri hambanya hanya sekadar kuasanya jua.
(Al-Baqarah).
Dalam masalah jihad Tuhan telah berfirman yang bermaksud:Maka
berjuanglah engkau pada jalan Allah,tidak akan dipikulkan ke atas
pundakmu kecuali kewajiban dirimu senditri. (An-Nisa ayat 84).Hai
orang-orang yang beriman,awasilah dirimu,sekali-kali tidak akan
merosak kepadamu orang-orang yang sesat itu bila kamu dapat
petunjuk. (Al-Maidah ayat 105).Maka barangsiapa yang telah
menunaikan kewajiban yang telah ditentukan kepadanya,bererti ia
telah dapat petunjuk dari Tuhan. Nabi Muhammd bersabda:Apabila saya
memerintahkanmu,maka kerjakanlah sekuat kesanggupanmu. (Hadits
Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).Tetapi bila seseorang mungkir dan
tidak bermaksud untuk mematuhinya,atau khianat,maka ia dihukum
kerananya.Sepantasnyalah dilihat dengan baik siapa orang yang
paling ashlah,pantas untuk menduduki sesuatu jawatan,kerana
pimpinan itu harus memiliki dua rukun:Kekuatan dan
Amanah,sebagaimana yang difirmankan Tuhan dalam Al
Quran:Sesungguhnya orang yang paling baik untuk bekerja jadi buruh
itu,adalah orang yang kuat lagi dipercayai (amanah). (Al-Qashash
ayat 26).Raja Mesir pernah berkata kepada Nabi Yusuf
a.s.:Sesungguhnya engkau sekarang pada sisi kami adalah seseorang
yang mempunyai kedudukan lagi dipercayai.(Yusuf ayat 54).Tuhan
berfirman dalam menyifatkan Malaikat Jibril:Sesungguhnya itu adalah
perkataan utusan yang mulia,yang mempunyai kekuatan disisi Arasy
yang tinggi,yang ditaati lagipun dipercayai. (At-Takwir ayat
19-21).
Adapun kekuatan dalam lapangan kepimpinan haruslah menurut
ketentuan bidangnya pula.Maka kekuatan dalam pimpinan peperangan
adalah kembali kepada keberanian hati,mahu tampil ke medan perang
serta pintar melakukan siasat.kerana perang itu adalah tipu daya
dan kesanggupan untuk melakukan bermacam tindak
perang,seperti:menembak,menikam,memukul,menjalankan
kenderaan,menyerbu dan mengelakkan diri dan sebagainya seperti yang
difirmankan Allah:Dan siapkanlah olehmu sekuat tenagamu berupa
kekuatan untuk melawan mereka,dan kuda-kuda yang gagah yang
iap-sedia. (Al-Anfal ayat 60).Nabi Muhammad s.a.w bersabda:Panahlah
(tembak)olehmu dan racaklah!Dan bahawa kamu jadi juru tembak lebih
saya sukai dari kamu jai penunggang kuda.Dan siapa-siapa yang
pernah belajar jadi juru tembak kemudian ia lupakan,maka ia
bukanlah dari golongan kami,dan dalam suatu riwayat, itu berarti
suatu nikmat yang telah didurhakai. (Hadits Riwayat
Muslim).Kekuatan dalam menjatuhkan hokum antara manusia,harus
kembalikan keadilan yang telah ditunjukkan oleh Al Quran dan Sunnah
,dan kepada kesanggupan untuk menjalankan hokum-hukumnya.Adapun
Amanah, adalah berpokok kepada takot kepada Allah,dan bahwa
ayat-ayat Tuhan itu tidak boleh diperjual-belikan dengan harga yang
sedikit (disalah gunakan),dan juga amanah itu berpokok kepada
pelenyapkan rasa takut terhadap sesame manusia.Tiga factor itulah
yang telah dijadikan Tuhan sebagai ketentuan bagi segala hukum di
antara ummat Islam, sebagaimana tertera dalam firman Allah:Maka
janganlah kamu takut kepada sesame manusia,dan takutlah kamu
kepadaKU dan janganlah kamu perjual belikan ayat-ayat Allah dengan
harga yang murah dan siap-siap yang tidak menghukum dengan apa yang
diturunkan oleh Allah, maka merekalah orang yang kafir. (Al-Maidah
ayat 44).
Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Ada tiga golongan
hakim:dua diantaranya dalam neraka dan satu diantaranya masuk
syurga.Hakim yang mengenal akan yang hak tetapi ia menghukum dengan
menyalahinya, maka orang itu dalam neraka dan hakim yang
menjatuhkan hukuman secara bodoh maka ia masuk neraka dan hakim
yang mengetahui kebenaran (hak) dan ia menghukum berdasarkan
kebenaran itu maka ia masuk kedalam syurga. (Hadits Riwayat para
ahli Sunan).Qadhi (Hakim),adalah nama bagi jawatan setiap orang
yang bertugas untuk menghukum dan menghakimi antara dua orang yang
bersengketa, apakah ia bernama khalifah atau sultan atau Nabi atau
Wali atau orang yang kedudukannya bertugas untuk menjalankan
peraturan, atau menjadi wakilnya, hatta ia sanggup menghakimi
(menjadi juri) anak-anak dala perlumbaan tulisan indah, apabila
mereka menghendaki untuk menentukan siapa yang paling bagus
tulisannya diantara mereka, dan ini jelas pernah dicontohkan pula
oleh para sahabat Rasul.
3.Amanah dan kekuatan jarang ditemui pada diri seorang
Manusia
Berpadunya kekuatan dan amanh pada diri seorang manusia adalah
jarang terdapat. Kerana itu Umar bin Khattab r.a. berkata:Tuhanku !
aku mengadu kepadamu dan kekuatan orang yang fasik,dan kelemahan
jasmaniyah orang yang dipercayai. Oleh sebab itu dalam tiap-tiap
jawatan pimpinan,perlulah menempatkan orang yang lebih cocok dengan
kedudukannya.Maka bila ternyata dua orang laki-laki satu
diantaranya lebih besar. Amanahpadanya dan yang lain lebih besar
Kekuatan, haruslah diutamakan mana yang lebih bermanfaat bagi
bidang jawatannya itu dan yang lebih sedikit risikonya. Kerananya,
maka didahulukanlah dalam jawatan pimpinan peperangan, orang yang
kuat fisikalnya lebih berani, sekalipun ia seorang yang kepercayaan
sebagaimana pernah ditanyakan orang kepada Imam Ahmad bin Hambal
tentang dua orang laki-laki yang akan memimpin peperangan, satu di
antaranya kuat tetapi fasik, dan yang lain soleh tetapi lemah di
bawah komando siap dia akan berperang? Maka beliau menjawab: Adapun
orang fasik tapi kuat,maka kekuatannya itu berguna untuk orang
muslim, sedang kefasikannya adalah atas tanggungan dirinya sendiri
dan orang soleh tetap lemah, maka kesalahannya berguna bagi dirinya
sendiri dan kelemahannya menimbulkan hal yang tidak baik bagi kaum
Muslimin maka beliau akan ikut berperang bersama pimpinan komando
yang kuat fisikalnya biarpun fasik.Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda:Sesungguhnya Allah telah menguatkan agama ini (Islam)
dengan laki-laki yang fasik.Dan pada riwayat laindengan kaum yang
tidak berakhlak. Andaikata seorang itu tidak fasik,maka diapun akan
lebih baik untuk memegang komando perang daripada orang yang lebih
beragama daripadanya,dengan syarat,bahawa ia tidak menghalangi
kelancaran ajaran agama. Itulah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w lebih
suka mengangkat Khalid bin Walid untuk memegang komando peperangan
sejak ia baru saja masuk Islam.Dan Nabi berkata:Bahwa sesungguhnya
Khalid adalah pedang Allah yang terhunus atas kaum musyrikin.
Sekalipun ia pada suatu waktu pernah juga berbuat apa yang tidak
disukai oleh Nabi s.a.w. sehingga pada suatu kali pernah Nabi
mengangkat tangannya kelangit dan berdoa:Ya Allah !aku serahkan
kepada engkau dari apa-apa yang telah dilakukan oleh Khalid.
Tatkala Nabi mengutusnya kepada kaum Jazimah,maka semua mereka
telah diperangi oleh Khalid dan harta mereka dirampasnya dengan
cara yang syubhat,padahal dia tidak diperbolehkan berbuat
demikian,dan ia telah ditentang oleh sahabat-sahabat yang berperang
dibawah komandonya,sehingga Nabi sendiri harus membayar pampas an
perang yang diberikan kepada wali yang terbunuh,serta menjamin
harta mereka.Namun begitu,Nabi selalu mendahulukannya dalam
pimpinan peperangan,kerana ia lebih cekap (pantas) dalam jawatan
itu dari yang lain,dan beliau berbuat apa yang dilakukannya dengan
sesuatu alas an. Adalah Abu Dzar r.a. lebih amanah da n benar dari
Khali bin Walid.Kerananya,berkenaan dengan ini Nabi s.a.w.berkata
kepada Abu Dzar:Hai Abu Dzar,saya melihat engkau seorang yang
lemah,dan sebenarnya saya saying kepadamu sebagaimana saya kasih
kepada diri saya sendiri,Janganlah sesekali engkau memegang
pimpinan atas dua orang,dan jangan engkau memegang urusan harta
anak yatim. (Hadits Riwayat Muslim). Jelaslah, bahawa Nabi melarang
Abu Dzar untuk memegang kendali pimpinan kerana Nabi melihatnya
seorang yang lemah,kendalipun ada riwayat mengatakan,bahwa Nabi
berkata:Tak ada yang dinaungi oleh langit,dan tidak pula ada yang
didukung oleh bumu yang lebih benar bicaranya dari Abu Dzar.
(Al-Hadits). Nabi telah mengangkat Umar bin Ash untuk menjadi
panglima perang dalam peperangan, Dzat As-Salasil untuk
menenteramkan hati kawan-kawannya kepada siapa Umar
diangkat,disamping masih ada orang yang lebih afdhal
daripadanya.Nabi mengangkat pula Usamah bin Zaid jadi panglima
perang,kerana ia menuruti jejak kepahlawanan ayahnya.Demikianlah
pengangkatan itu ada yang dilakukan kerana melihat maslahatnya
(effeknya),sekalipun untuk menjadi panglima perang itu ada orang
yang lebih baik dari segi ilmu pengetahuan dan imannya. Begitulah
Abu Bakar,Khalifah Rasul r.a. selalu menyerahkan pimpinan komando
kepada panglima Khalid bin Walid untuk memerangi kaum murtad,dan
begitu pula dalam mengalahkan negeri Iraq dan Syam (Syiria),yang
telah menimbulkan kegoncangan-kegoncangan hati yang dapat
dibenarkan dengan sesuatu alasan.Ada orang yang melaporkan kepada
Abu Bakar,bahawa Khalid mempunyai hawa nafsu demikian rupa,tetapi
Abu Bakar tidak memecatnya,hanya mencelanya saja atas nafsunya
itu,ialah kerana menjaga maslahat dari mafsadah untuk tetapnya ia
dalam jawatan itu sebagai panglima,sedang orang lain belum tampak
yang sanggup menggantikan kedudukkannya. Kerana itu lah seorang
pemimpin besar,bila ia mempunyai watak yang lunak,maka wakilnya
sempatasnya seorang yang keras,dan bila wataknya condong kepada
kekerasan,maka sewajarnyalah wakilnya mempunyai watak yang
lunak,agar ada perimbangan.Kerana itulah Abu Bakar Siddik r.a.
mendahulukan bagi pengangkatan Khalid bin Walid,dan sebaliknya
Khalifah Umar bin Khattab bertindak memecat Khalid yang digantinya
dengan Abu Ubaidah bin Jarah r.a. kerana Khalid adalah orang yang
berwatak keras seperti Umar bin Khattab juga,sedang Abu Ubaidah
adalah lunak seperti halnya dengan Abu Bakar.Dan memang adalah
cocok bagi masing-masing keduanya (Abu Bakar dan Umar),untuk
mengangkat orang-orang yang telah diangkatnya itu agar neraca itu
seimbang.Dengan cara-cara demikianlah Khalifah-Khalifah Rasul itu
bertindak adil,sehingga Nabi sendiri berkata:Saya adalah Nabi yang
peramah dan juga Nabi yang sanggup tampil ke medan perang.Beliau
berkata:Saya adalah orang yang paling suka tersenyum dan juga
seorang pahlawan perang. Dan ummatnya adalah ummat yang pertengahan
(adil).Untuk mengambarkan keadaan mereka itu,Tuhan telah
berfirma:Mereka berlaku keras terhadap kaum kafir dan berlaku
ramah-tamah terhadap sesame mereka,engkau lihat mereka itu ruku dan
sujud mengharapkan kurnian dan keredhaan dari pada Allah. (Al-Fath
ayat 29). Firman Allah:Mereka merendah diri sesame orang mukmin,dan
bersikap gagah terhadap orang kafir. (Al-Maidah ayat 54). Oleh
sebab itu,tatkala Abu Bakar dan Umar r.a masing-masing duduk
jawatan pangkat khalifah,bereka bertindak seumpama bijak dalam
pimpinan pemerintahan,dan dari keduanya datanglah keadilan yang
mengharmonisasikan antara kedua sifat yang terdapat di zaman Nabi
Muhammad s.a.w. seorang daripadanya bersifat lunak-lembut,dan yang
lain keras radikal,sehingga terhadap keduanya Nabi Muhammad s.a.w.
berkata:Patuhilah olehmu dua orang sesudahku,Aku Bakar dan Umar.
Menonjollah keberanian Abu Bakar dalam memerangi kaum murtad dan
lain-lain,yang sanggup menandingi keberanian Umar dan semua sahabat
radhiallahuanhum.Bila hajat keperluan kepada amanah lebih kuat,
maka diutamakanlah orang yang dipercayai,seperti untuk menyimpan
harta (wang) dan sebagainya. Adapun untuk memungut wang (harta) dan
untuk menyimpannya, maka mestilah diserahkan kepada orang yang kuat
kuasa lagi amanah.Maka hendaklah diangkat orang yang kuat yang
dapat mempergunakan pengaruhnya, dan bendaharuan yang dipercayai
dengan kejujuran dan amanahnya.Demikian pulalah halnya dalam
pimpinan peperangan, apabila kepala Negara mengkehendaki musyawarah
antara yang berilmu pengetahuan (cerdik pandai) dan yang teguh
amanahnya (Alim Ulama), maka dipadulah antara dua yang maslahat.
Beginilah kebijaksanaan yang harus diambil dalam segala bidang
pemimpin.Apabila ternyata tidak cukup maslahat dengan seorang
laki-laki sahaja,dihimpunkanlah beberapa calon yang kuat,maka
kemudian haruslah diutamakan yang lebih patut, atau bila perlu
mendudukkan beberapa orang dalam pimpinan bila ternyata tidak
memadai seorang sahaja.Diutamakan buat pimpinan Kehakiman orang
yang lebih berilmu dan lebih taqwa serta lebih cekap.Bila terdapat
seorang yang lebih berilmu dan yang lain lebih wara (taqwa),maka
haruslah dipertimbangkan dengan teliti perkara apa yang
dihadapinya.Maka untuk perkara-perkara yang jelas hukumnya tetapi
dikhawatirkan adanya pengaruh-pengaruh hawa nafsu (sentimen),maka
diutamakanlah hakim yang lebih wara (taqwa).Sedang bagi
perkara-perkara yang memerlukan ketelitian hokum,tetapi
dikhawatirkan timbulnya keraguan-keraguan dalam menghadapinya, maka
diutamakanlah orang yang lebih berilmu untuk menghakiminya, Dalam
salah satu hadits,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:Bahwa sesungguhnya
Tuhan lebih suka kepada pandangan yang tajam, tatkala datang
syubhat,dan kepada akal fikiran bila berhadapan dengan hawa nafsu.
Dan di samping itu diutamakanlah dan yang lebih berilmu dan yang
lebih wara (taqwa) daripada yang cekap jika ternyata seseorang
hakim didukung dengan penuh oleh penguasa perang dan rakyat
umum.Diutamakanlah yang cekap sekiranya hakim memerlukan kekuatan
lebih banyak daripada ilmu dan wara.Tetapi pada umumnya para hakim
secara muthlak wajiblah dia seorang yang berilmu,adil lagi
cekap.Bahkan demikianlah mestinya semua pemimpin kaum Muslimin,maka
bila salah satu daripada sifat-sifat ini kurang,nescaya akan
timbullah beberapa hal yang tidak diingini.Kadang-kadang
kebijaksanaan seorang hakim itu dilakukan dengan jalan gertak dan
takut,dan kadang-kadang dengan cara ihsan dan menunjukkan rasa
kasih sayang,tetapi pada hakikatnya mestilah dengan jalan keduanya.
Beberapa orang Ulama pernah ditanya orang,apabila tidak didapati
orang yang akan menjawat kehakiman kecuali seorang yang berilmu
tetapi fasik,atau tidak berilmu pengetahuan tetapi teguh
agamanya,maka manakah diantara keduanya yang akan diutamakan? Maka
Ulama itu menjawab: Jika kebutuhan kepada orang yang teguh agamanya
lebih banyak,yakni untuk menjaga hal-hal yang tidak diingini,maka
diutamakan orang yang teguh agamanya.Dan jika kebutuhan kepada yang
berilmu lebih banyak,kerana harus menyelesaikan perkara-perkara
yang berbelit-belit,maka dutamakanlah orang yang
berilmu.Tetapi,kebanyakkan ulama condong kepada orang yang
berpegang teguh kepada agamanya.Sebab para Imam Mazhab telah
sepakat bahwa bagi orang yang memegang sesuatau jawatan haruslah ia
berlaku adil lagi berhak untuk jadi saksi (ahli tentang soal-soal
yang bertalian dengan syarat-syarat kesaksian).Tetapi mereka telah
berbeza pendapat tentang syarat keilmuan,apakah wajib seorang
pajabat itu mengangkat orang siapa saja menurut hierarchi yang
lebih baik sebagaimana biasa untuk tidak menpersulit persoalan?
Dalam hal ini ada tiga pendapat,dan komentar lebih lanjut ada
dilain tempat. Meskipun boleh mengangkat orang yang bukan ahli
apabila dalam keadaan darurat,yakni bila orang itulah yang terbaik
dari antara apa yang ada,namun selanjutnya orang wajib berusaha
untuk memperbaiki keadaan hingga sempurna apa yang dihajatkan oleh
orang banyak,yakni berupa pimpinan dan urusan-urusan pemerintahan
yang sempurna dan sebagainya,sebagaimana wajibnya seorang yang
berutang menyelesaikan utangnya sekalipun ia berada dalam keadaan
sulit yang tidak diharapkan ia membayar kecuali sekadar
tenaga,sebagai mana orang Islam wajib mengadakan persiapan untuk
jihad,dengan cara menghimpunkan kekuatan dan persiapan kuda-kuda
perang yang gagah untuk mencegah daripada gugur kerana
kelemahan.Kerana apa-apa yang tidak sempurna barang yang wajib
melainkan dengan tersedianya sesuatu terlebih dahulu,maka sesuatu
itu adalah wajib pula,kecuali kesanggupan menunaikan ibadah haji
dan seumpamanya,maka ia tidak wajib,kerana wajibnya bergantung
kepada sempurnanya syarat-syarat tertentu lebih dahulu.
4. Mengenal yang lebih maslahah cara kesempurnaan Yang penting
dalam bab ni adalah mengenal nama yang lebih baik, dan itu hanya
dapat disempurnakan dengan menginsafi maksud (motif) dari pada
pimpinan,dan mengetahui pula jalan (metode) yang dimaksudkan
itu.Maka bila telah diketahui maksud tujuan dan jalan-jalan
(cara-cara berkerjanya) itu, nescaya akan beres sempurnalah segal
urusan.Tetapi, tatkal maksud-maksud duniawi telah lebih banyak
mendorong bagi Raja-Raja dari maksud tujuan Dieny (agama),maka
mereka utamakanlah dalam piminan jawatan itu orang-orang yang
menyokong mereka dalam mencapai maksud-maksudnya itu.Dan
orang-orang yang mempunyai ambisi peribadi untuk memegang pimpinan
(ambisius) ,tentu saja ia akan mengangkat siapa saja orang-orang
yang akan dapat menggukuhkan kedudukannya itu. Menurut
Sunnah,bahawa yang biasa melakukan sembahyang jumaat berjemaah
dengan kaum muslimin dan yang membaca khutbah kepada mereka,adalah
para panglima perang yang kedudukan mereka adalah mewakili
kekuasaan di dalam kalangan tentera.Kerananya,tatkala Nabi Muhammad
s.a.w. menyuruh Abu Bakar tampil menjadi imam dalam sembahyang,maka
kaum muslimin mengangkatnya pula kemudian sebagai pemimpin perang
dan jawatan yang lain. Adalah menjadi kebiasaan Nabi Muhammad
s.a.w. bila beliau mengangkat seseorang untuk menjadi panglima
perang,disuruhnya orang itu menjadi imam sembahyang bagi para
sahabatnya.Demikian pula bila beliau mengangkat seorang wakil yang
diberinya kekuasaan atas sesuatu kota,seperti Attab bin Asad atas
kota Makkah,Usman bin Abil Ash bagi kota Thaif, Ali,Muaz,Abu Musa
atas Yaman,Umar bin Hazam bagi kota Njran,maka adalah para wali
kota itu yang memimpin sembahyang dengan orang banyak,dan merekalah
yang menentukan undang-undang dan hokum diantara mereka,seperti
yang dilakukan oleh seorang panglima perang.Demikianlah pula para
khalifah kemudian beliau,dan orang-orang yang datang kemudian
lagi,yakni para Raji kaum Bani Umayyah dan Bni Abbas.Demikian
adalah kerana sembahyang dan jihad adalah sama-sama merupakan
perintah terpenting dalam agama Islam.Kerana itulah kebanyakkan
dari hadits-hadits Nabi s.a.w. adalah dengan berkenaan dengan
perintah sembahyang dan jihad,dan sendiri bila beliau jatuh
sakit,beliau berdoa:Ya Tuhan,sembuhkanlah hamba engkau ini,agar ia
dapat menghadiri sembahyang dan menumpas musuh engkau !. Di waktu
Nabi s.a.w. mengutus Muaz ke negeri Yaman,beliau berkata:Hai Muaz
!Sesungguhnya perbuatanmu yang paling penting bagi saya adalah
sembahyang. (Al-Hadits). Demikian pula Umar bin Khattab r.a. telah
mengirim surat kepada gabenor yang berbunyi:Sesungguhnya amal
perbuatanmu yang terpenting bagiku adalah sembahyang,maka sesiapa
yang memeliharanya dengan baik-baik dan menjaganya, nescaya Allah
akan menjaga dan memelihara Agamanya dan barang siapa yang
menyia-nyiakan sembahyangnya itu, pastilah ia lebih menyia-nyiakan
amal pekerjaannya yang lain.Oleh sebab itu,Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda:Sembahyang itu adalah tiang agama. Bila pemimpin telah
mengerjakan sembahyang,maka nescaya sembahyang itu akan melarangnya
dari mengerjakan yang keji-keji dan yang mungkar. Dan sembahyang
itu dapat mendorong manusia berlaku taat ,sebagai mana tersebut
dalam firman Allah:Dan minta tolonglah kamu dengan bersikap sabar
dengan mengerjakan sembahyang,Sesungguhnya sembahyang itu adalah
berat,kecuali bagi mereka yang khusyu. (Al-Bagarah ayat 45).Firman
Allah:Hai orang-orang yang beriman,minta pertolonganlah kamu dengan
bersikap sabar dan mengerjakan sembahyang,sesungguhnya Allah
berserta orang yang sabar. (Al-Baqarah ayat 153).Allah berfirman
pada Nabinya:Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang
dan setialah mengerjakannya, Kami (Allah) tidak meminta rezeki
kepadamu, Kamilah yang member kamu rezeki dan kemenangan itu berada
ditangan orang-orang yang taqwa. (Thaha ayat 132).Allah
berfirman:Dan tidaklah kami (Allah) jadikan jin dan manusia,
kecuali mereka mengabdikan kepadaMu. Tidaklah Aku (Allah),
mengharapkan rezeki daripada mereka,dan Aku tidak mengharap supaya
mereka member makan kepadaKu.Sesungguhnya Allah, Dialah maha
pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang muthlak. (Adz-Dzariat
ayat 56-58). Maka tujuan pokok bagi pimpinan ialah, memperbaiki
agama orang banyak yang apabila agama itu luput dari mereka,
rugilah mereka bukan kepalang dan tidaklah manfaatnya nikma-nikmat
duniawi yang mereka kecapi. Juga termasuk tujuan wajib, adalah
memperbaiki dari segi duniawi yang sangat erat hubungannya dengan
agama. Dan itu ada dua macam, Pertama:membahagikan harta antara
siap-siapa yang berhak menerimanya,dan kedua menghukum orang-orang
yang melanggar ketentuan undang-undang.Maka siapa-siapa yang tidak
melanggat ketentuan-ketentuan undang-undang, maka ia telah berlaku
baik kepada agama dan dunianya.Kerana itulah maka Umar bin Khattab
berkata:Sesungguhnya saya telah mengutus para gabenorku kepadamu
semua agar mereka mengajar Kitab TuhanMu dan Sunnah NabiMu,dan agar
mereka menegakkan agamaMu di tengah-tengah kamu sekalian.Tatkala
telah menyimpang rakyat dari suatu jalan dan pemimpin dari jalan
yang lain, maka berantakkanlah segala urusan. Tetapi pemimpin
bersungguh-sungguh memperbaiki agama ummat dan duniawi mereka dalam
batas-batas kemungkinan, maka merekalah tokoh yang utama pada
zamannya,dan tergolong kepada pemimipin terkemuka yang berjuang
pada jalan Allah.Ada yang meriwayatkan :Satu hari bagi pemimpin
yang adil lebih baik dari beribadah enam tahun. Tersebut dalam
Musnad Imam Ahmad Bin Hambal,dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa
beliau bersabda:Makhluk yang paling dicintai Tuhan adalah Imam
(pemimpin kepala Negara) yang Adil, yang paling benci oleh Allah
adalah kepala Negara yang zalim.Tersebut dalam sahih Bukhari dan
Muslim,dengan sanad Abu Hurairahr.a. berkata beliau, telah bersabda
Rasulullah s.a.w.:Ada tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah
pada hari yang tidak bias memberi perlindungan kecuali
lindunganNya, ialah pemimpin yang adil, laki-laki yang hatinya
tertambat dalam masjid, bila ia keluar dari masjid ia itu ingin
kembali padanya dua orang laki-laki yang berkasih sayang pada jalan
Allah ,ia bersatu dan berpisah kerana Allah, laki-laki yang diragu
oleh perempuan yang mempunyai kedudukan lagi cantik untuk berbuat
sesuatu dosa pada dirinya,laki-laki itu menjawab:saya takut kepada
Allah Tuhan Yang Maha Mengatur segala alam ini,dan laki-laki yang
bersedekah dengan sedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya
tidak tahu apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya.Dan
terdapat dala Sahih Muslim,dengan sanad Iyadh bin Hammad r.a. ia
berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w.:Penduduk syurga itu ada
tiga macam,Sultan (kepala Negara) yang adil dan laki-laki yang
berhati pengasih pada kaum kerabat dan kepada orang Islam dan orang
kaya yang bersih hidupnya (terpelihara daripada zina) lagi suka
bersedekah.Dalam hadits Ashabus Sunnah terdapat sabda Rasulullah
s.a.w. yang berbunyi:orang yang berikhtiar untuk memberikan sedekah
dengan jalan yang benar tak ubahnya seperti orang yang berjihad
pada jalan Allah. Tatkala Tuhan memerintahkan jihad pada jalan
Allah,Dia berfirman:Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada
fitnah lagi dan agama itu bagi Allah semuanya. (Al-Anfal ayat
39).Pernah sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:Hai
Rasulullah, seorang laki-laki berperang dengan penuh keberaniandan
penuh semangat serta ada pula yang berperang kerana ia semata-mata,
maka manakah diantara mereka itu yang termasuk kepada sabilillah?
Rasul menjawab: Siapa-siapa yang berperang untuk keagungan kalimah
Allah yang Maha Tinggi, maka dialah yang berperang pada jalan
Allah. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).Yang dimaksudkan ialah,
agar agama semuanya kepada Allah dan agar Kalimah Allah menjadi
agung. Kalimah Allah adalah nama yang meliputi segala
kalimah-kalimahNya yang terkandung didalam Al Quran.Demikianlah
Allah berfirman:Kami (Allah) telah mengutus para Rasul dengan
membawa keterangan keterangan yang nyata dan kami turunkan Kitab
dan neraka keadilan agar supaya umat manusia itu sentiasa berlaku
Adil. (Al-Hadid ayat 25). Maksud dengan mengutus para Rasul dan
menurunkan kitab adalah agar manusia sentiasa menegakkan keadilan
dalam hak-hak Allah dan makhlukNya. Kemudian Tuhan berfirman:Dan
kami jadikan besi, padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berguna
bagi manusia,dan agar Allah mengetahui siapakah di antara kamu yang
membantu menegakkan keadilannya dan membela para RasulNya yang
tidak hadir di hadapan matanya. (Al-Hadid ayat 25).Maka siapa-siapa
yang berpaling, menyimpang daripada kitab Al Quran, hendaklah ia
harus diluruskan kembali dengan besi. Kerananya, menegakkan agama
hendaknya dengan kitab mushaf Al Quran dan untuk mempertahankannya
kadang-kadang diperlukan pedang.Telah diriwayatkan dari Jibril bin
Abdillah r.a. ia berkata:Kami telah diperintahkan oleh Rasul Allah
agar memukul dengan alat ini ,yakni dengan pedang, kepada
siapa-siapa yang menyeleweng daripada ini yakni Al Quran. Bila yang
demikian itulah yang dimaksudkan, maka untuk mencapainya haruslah
diambil jalan menurut urutan hierarki yang lebih dekat.Hendaklah
ditinjau di antara dua orang laki-laki, maka siap-siap di antaranya
yang lebih dekat menurut hirarki dapat mencapai kepada yang
dimaksud, dialah yang diangkat. Dalam pimpinan dalam urusan
sembahyang umpamanya ,maka untuk jadi imam diutamakanlah orang yang
memenuhi syarat-syarat, seperti kata Nabi Muhammad s.a.w.:Yang akan
mengimami sesuatu kaum adalah orang yang lebih ahli membaca Kitab
Al Quran, maka mereka dalam bacaannya itu sama, maka yang lebih
alim (Tahu) tentang Sunnah Rasul,apabila mereka tentang sunnah
adalah sama,maka hendaklah diangkat menjadi Imam, orang yang lebih
dahulu pergi hijrah,jika mereka hijrah sama,maka hendaklah diangkat
orang yang lebih tua umurnya. Dan janganlah seorang yang selalu
percaya kepada orang lain yang sedang berkuasa dan tidak boleh ia
duduk di atas kursi rumahnya kecuali dengan izin. (Hadits Riwayat
Muslim).Maka apabila di antara dua orang itu masih terdapat sama
cekap dan patutnya atau terlalu sulit untuk menentukan siapakah
yang lebih cekap di antara keduanya, maka di adakanlah undian untuk
memilih keduanya, sebagaimana keadaan seperti ini pernah dilakukan
oleh Saad bin Abi Waqash dalam peperangan Qadisiyah, yakni ketika
mereka berselisih faham siapakah yang akan azan untuk memanggil
orang sembahyang berjemaah kerana hendak mengamalkan sabda Rasul
yang mengatakan:Sekiranya mereka mengerti akan kelebihan azan dan
saf pertama, kemudian mereka tidak dapat melakukannya kecuali
setelah di adakan undian untuk itu,maka merekapun melakukan undian
dengan mempergunakan panah. Apabila orang-orang yang akan
menjalankan perintah Allah itu telah tersusun, tetapi untuk
melaksanakannya memerlukan undian, maka berertilah juga pimpinan
telah memberikan amanah itu kepada orang-orang yang berhak
menerimanya.