1.0 IBNU KAHLDUN
Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732
Hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibnu
Khaldun ialah Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami.
Selain dikenali dengan Ibnu khaldun beliau juga dikenali dengan Abu
Zaid. Nama Abu Zaid diambil sempena nama putera sulungnya iaitu
Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah
Mesir telah menanugerahkan gelaran Waliuddin kepada Ibnu Khaldun
yang ketika itu menjadi hakim (kadi) di Mesir. Namun beliau lebih
mahsyur dengan nama Ibnu khaldun. Nama Ibnu khaldun ini diambil
sempena nama datuknya, Khalid bin Usman. Khalid bin Usman merupakan
antara golongan pertama yang memasuki Andalusia(Sepanyol)
bersama-sama golongan penakluk. Amalan kebiasaan orang-orang
Andalusia dan Magribi ialah menambah huruf waw dan nun dibelakang
nama orang ternama sebagai tanda penghormatan. Contohnya, Khalid
menjadi Khaldun. Keturunan Khalid bin Usman dikenali dengan nama
Bani Kahldun dan individu-individu terkemuka yang lahir dari
keluarga ini juga akan dikenali sebagai Ibnu Khaldun.
Ibnu Hazm didalam kitabnya Jumhuratu al-Ansabi al-`Arab
mencatatkan bahawa keluarga Ibnu Khaldun berasal dari wilayah
Hadramaut, Yaman. Nasab keturunan nenek moyang Ibnu Khaldun berasal
daripada Wali bin Hujr, seorang sahabat nabi yang diutuskan
bersama-sama Muawiyah bin Abi Sufiyan ke Yaman untuk mengajarkan
Al-Quran. Kehidupan Bani Khaldun berpindah randah dan tidak menetap
disesuatu kawasan selamanya. Nenek moyang Ibnu Khaldun pernah
menetap di Hadaralmaut Yaman, Seville Sepanyol dan Tunis, Tunisa.
Ibnu Khladun lahir dalam keluarga yang terkenal. Kedua-dua datuk
ayah dan ibunya merupakan aktivis politik di Sevillie. Moyangnya,
Abu Bakar bin Muhammad pernah menjawat menteri dalam negeri Tunisa
dan seterusnya menjadi gabernor di Tunisia. Manakala datuknya
Muhammad bin Abu Bakar pula merupakan menteri yang bertanggungjawab
dalam megurusi Hijabah. Selain itu, Yahya Ibn Khaldun abang kepada
Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuan yang telah menulis sejarah
Dinasti Abdalwadid. Ibnu Khaldun telah menjawat banayk
jawatan-jawatan penting dalam hidupnya. Beliau telah dilanting
menjawat beberapa jawatan penting di Tunisia, Moroko, Bougie,
Algeria dan juga Mesir. Ibnu Khladun wafat di kaherah Mesir pada 25
Ramdhan 808 Hijrah bersamaan dengan 19 Mac 1406 Masihi. Umurnya
selama 76 tahun telah digunakan dengan sebaik-sebaiknya.
1.1 PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
Sewaktu Ibnu Khaldun membesar, Tunisa merupakan tempat para
ulamak dan ilmuan Andalusia berkumpul. Hal ini demikaian kerana,
kekacauan dan pergolakan politik telah berlaku pada zaman itu
sehingga mendesak para ilmuan untuk berhijrah meninggalkan
Andalusia dan kebanyakan dari mereka telah berhijah ke Tunisa.
Melihat kepada kelebihan ini, bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan
anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan ilmuan dan
ulama-ulama besar yang berada di Tunisa. Tambahan pula, keluarga
Ibnu Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan mereka dalam
bidang keilmuan. bapa Ibnu Kaldun sendiri merupakan seorang ahli
ilmu dan sastera. Beliau telah menjadi guru Bahasa Arab kepada Ibnu
Khaldun. Beliau sanggat menekankan soal pendidikan terhadap
anak-anaknya. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya untuk
menuntut ilmu dengan tokoh-tokoh ilmuan yang berada di Tunisa
ketika itu.
Ibnu Khaldun telah membesar dalam keadaan yang sanggat cintakan
ilmu. Beliau telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan
menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut
berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu
berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada
beberapa ulama yang terkenal. Antaranya ialah, Muhammad bin Saad
bin Burral al-Anshari, Muhammad bin Bahr, Muhammad bin al-Arabi
al-Hushari, Muhammad bin Sulaiman As-syaththi. Selain itu, beliau
telah mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal, Abu
Abdilah Muhammad bin Abdillah al-Jayyani al-Faqih Al-Maliki.
Terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran
Ibnu Khaldun pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin Bin Abdi
l-Muhaimin al- Hadlrami. Ibnu khaldun telah mempelajari hadis,
biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya. Keduanya ialah, Abu
Abdillah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abilli yang merupakan pakar dalam
ilmu logik, matematik, metafizik, fizik, falak dan muzik. Semasa
Ibnu Khaldun di Fez, belaiu telah mendapat pendidikan tinggi
daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-Qassar dan
Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah
(Sejarah Granada). Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari oleh
Ibnu Khaldun ialah Al-lamiyah Fi l-Qiraat dan Ar-Raiyah Fi
Rasmil-Mushaf, kedua-duanya merupakan karya Asy-Syathibi. At-Tashil
Fi Ilmi l-Nahwi karangan Abdul Faraj Al-Asfahani, sebahagian besar
kitab-kitab hadis terutamanya Sahih Muslim dan kitab Muwatta' karya
Imam Malik.
1.2 PERIBADI IBNUN KAHLDUN
Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup
didalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin,
penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman
dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sekali-kali takut dengan
keadaan politik yang tidak stabil ini. Malah belaiu sendiri telah
menjadi ahli politik pada zaman yang penuh dengan pergolakan. Ibnu
khaldun sendiri pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan
Abu Anan. Berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penghayatan beliau
dalam dunia politik, beliau mampu menghasilkan tulisan-tulisan yang
sangat bermanfaat untuk generasinya dan generasi masa hadapan.
Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu.
Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas
rasmi beliau tidak pernah menghalang belliau daripada menuntut
ilmu. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh
Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa
jawatan penting yang lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu
Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang
telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun yang
serius di Tunisia. Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan
Lisanuddin bin Al-khatib, pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah
Granada). Tambahan pula pada ketika itu, perpustakaan di Fez
dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di
kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu
pengatahuan.
Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui
zaman. Beliau telah menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang
berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-keadah pengkajiannya
terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada kerana ahli sejrah
sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli
sejrah sedia ada mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku
peristiwa tersebut. Namun berlainan dengan Ibnu Khladun, beliau
bukan sekadar mencatatkan peristiwa malah beliau membincangkan
sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut. tulisan-tulisan kreatif
Ibnu Khldun ini berdasarkan pengalaman dan pemikiran kreatifnya
sehingga Berjaya menjadikan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang
unggul. Ini terbukti apabila buku-bukunya telah dikaji oleh
masyarakat dunia.
Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi
dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek
moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang
usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu
Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah.
anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan
di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua
Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir. Ibnu Khldun menjawat jawatan
penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan pemerintah. Hal ini
disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya
untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara. Tambahan pula,
Ibnu Khaldun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri
tersebut sehingga beliau ditawarkan beberapa jawatan penting oleh
kerajaan.
Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang
lain. Ketika Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di
Talmasan, belaiu cuba merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah
yang telah dipenjarakan selepas kerajaanya digulingkan. Namun nasib
tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahu perancangannya itu
dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh
sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa
berusaha untuk menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari
baginda sultan. Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang
bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Annan sehingga
baginda menjanjikan pembebasanya. Peristiwa ini menunjukkan Ibnu
Khaldun sanggat pandai menggunakan syair untuk menarik belas
kasihan sultan. Tambahan pula, masyarakat sememangnya terkenal
dengan kebolehan bait-bait syair yang menyentuh hati.
Keperibadian lain Ibnu Khladun ialah beliau merupakan seorang
yang pentingkan pengajian Al-Quran. Sebagai seorang yang hafiz
al-quran, beliau begitu menyanjung tinggi akan kehebatan Al-Quran.
Beliau telah mengatakan Ketahuilah bahawa pendidikan Al-Quran
termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia
Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman dan
pengajaran al-quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan
ilmu-ilmu yang lain.
Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh
musuh politiknya dan dikianati oleh pemerintah yang zalim. Namun,
beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur stategi untuk
menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh.
Sebagai contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi
kepercayaan untuk mengetuai badan kehakiman oleh Sultan Zahir
Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan kehakiman
yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah.
Ibnu Khaldu telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini
dengan melakukan pembaharuan dalam undang-undang. Segala usaha
murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh
musuh-musuh politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua
hakim daripada ibnu khaldun. Kemudian beliau telah mengasingkan
diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-Aqsar. Kemudian
beliau pulang semula ke Mesir. Sultan ketika itu telah menyedari
bahawa Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi
mangsa fitnah. Baginda dengan berbesar hati telah memberikan semula
jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun.
2.0 KARYA IBNU KHALDUN
Ibnu khaldun telah menghasilkan beberapa karya yang sangat
bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya Ibnu
khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah
bahasa.
Kitab Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal
Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar
Kitab ini terdiri dari muqaddimah dan tiga bab yang dibincangkan
dalam tujuh jilid. Mukadimah dan bab satu kepada kitab ini
dimuatkan didalam satu jilid yang dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu
Khaldun. Kitab ini dikarang oleh Ibnu Khaldun sekitar tahun 779
hijrah/ 1377 masihi semasa beliau tinggal di benteng Ibnu Salamah
di Aljazair, Algeria. Ibnu khaldun mengambil masa selama lima bulan
untuk menyiapkan kitab Muqaddimah. Kitab ini dikarang berdasarkan
catatan-catatan Ibnu Khladun dan rujukan-rujukan di benteng Ibnu
Salamah.
Melalui kitab ini, Ibnu Khaldun telah menanalisis mengenai
gejala-gejala sosial yang berlaku. Kitab ini mengandungi
pendahuluan dan enam bab yang membincangkan mengenai pelbagai
aspek.
Pendahuluan kepada buku ini terkandung di dalam tujuh muka surat
yang membicarakan mengenai kajian-kajian yang dilakukan oleh
ilmuan-ilmuan sebelumnya. Ibnu Khaldun telah mencatat
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ilmuan terdahulu.
Antaranya ialah beliau menyatakan sejarawan-sejarawan telah
menghasilkan karya-karya yang tidak asli iaitu dengan menciplak
karya-karya sebelumya. Tambahan pula, mereka tidak cuba untuk
menambahkan ilmu pengatahun.Sejarawan sesudah meraka itu adalah
muqallid (pengikut tradisi) dan tidak mengenali sesuatu yang asli
serta tumpul akal dan mereka tidak berusaha untuk mengatasi
ketumpulan itu (Khaldun, 1379). Didalam pendahuluan kitab ini,
pembaca akan dapat memahami sebab mengapa Ibnu Khaldun telah
mengarang kitab ini. Ibnu Khaldun mengarang kitab ini hasil
kesedaranya terhadap kaedah penulisan sejarah pada masa itu yang
banyak mempunyai kelemahan. Melalui kitabnya ini, beliau cuba untuk
menyingkap keadaan yang berlaku di pelbagai generasi. Beliau cuba
untuk mengubah cara penilaian ahli sejarah terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku melalui kitab-kitab yang dikarangnya ini.
Diakhir bahagian ini, Ibnu Khaldun telah merakamkan ucapan terima
kasih beliau kepada Sultan Moroko Barat,Sultan Abdul Aziz bin
Hassan Al-Mazini. Satu naskah buku ini telah diberikan kepada
Sultan Tunisia, Abu Abbas.
Pada Bab Kedua dan Ketiga, buku ini pula ia membincangkan
sebab-sebab yang membezakan faktor antara masyarakat primitif
dengan masyarakat modern. Selain membincangkan bagaimana sistem
pemerintahan dan urusan politik dalam masyarakat terutamanya
masyarakat arab Badwi. Manakala bab empat pula berkisar
perkembangan kota-kota dan perbezaanya dengan kota yang lain.
Antara lainnya beliau mengaitkan perkembangan kota dan petempatan
manusia dengan pengaruh geografi. Seterusnya bab lima memaparkan
pandangan-pandanganya terhadap ekonomi individu, ekonomi masyarakat
dan ekonomi negara. Akhir sekali bab enam menghuraikan pedagogi
ilmu dan cara mempelajarinya.
Seterusnya bahagian kedua kitab Al-Ibar ditulis dalam empat
jilid membahaskan mengenai sejarah kehidupan bangsa arab. Ibnu
Khaldun telah membahaskan mengenai sejarah keturunan arab sejak
mereka diciptakan sehingga zaman kehidupan Ibnu Khaldun. Selain
itu, Ibnu Khladun turut membicarakan mengenai sejarah perkembangan
Islam dan sejarah perkembangan masyarakat timur. Selain itu,
bahagian kedua kitab ini juga membahaskan mengenai sejarah
perkembangan masyarakat dan negara sezamannya. Antaranya ialah kaum
Suryani, Parsi, Bani Israel, Qibti, Yunani, Romawi, Turki dan kaum
Eropah.
Manakala bahagian terakhir kitab ini membicarakan mengenai,
sejarah kehidupan kaum Barbar dan sejarah kehidupan masyarakat
pesisir barat. Ibnu Khaldun telah menerangkan perihal raja-raja
yang mempunyai rumah-rumah di pesisir barat. Kitab ini diakhiri
dengan jilid tujuh yang membicarakan mengenai bibilorafi Ibnu
Khaldun. Jilid tujuh dilengkapi dengan catatan sejarah kehidupan
Ibnu Khladun yang berjudul Tarif Ibnu Khladun Mualliful Kitaab, wa
Rihatuhu Gharban wa Syarqan yang bermaksud Bibiliografi Ibnu
Khaldun Sang Penulis Buku, Serta Riwayat Perjalannya ke Daerah
Timur dan Barat.
Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi diantaranya, Lubab
al-Muhassal fi Ushul ad-Diin yang merupakan sebuah kitab tentang
permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ia adalah ringkasan
dari kitab Muhassal Afkaar al-Mutaqaddimiin wa al-Mutaakh-khiriin
karya Imam Fakhruddin ar-Razi. Selain itu, Ibnu Khladun juga telah
mengarang sebuah buku Matematik. Bagaimanapun,buku matematik ini
sudah tidak wujud lagi.
Pengaruh pemikiran Ibnu Khladun dalam bidang sejarah, falsafah
sejarah,sosiologi, sains politik dan pendidikan amat besar
sehinggakan buku-bukunya telah diterjemah dalam banyak bahasa timur
dan barat antaranya ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Urdu, Bahasa
Jerman, Bahasa Turki dan juga Bahasa Melayu. Kitab muqddimah
dikenali dalam bahasa inggeris dengan nama Prolegomenon dan juga An
Arab Philosophy of History. Kitab kitab yang telah diterjemah
kedalam bahasa lain sentiasa dikaji dan diperbaharui
3.0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN 3.1 Pengasas Ilmu Sosiologi
Dunia telah mengiktiraf Ibnu Khladun sebagai bapa sosiologi
kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah
yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, telah memperluaskan
bidang pengkajian sejarah dengan menfokuskan sesuatu peristiwa
sejarah kepada dua ketogori asas. Ketogori pertama ialah akal.
Manakala ketogori kedua pula ialah undang-undang sosial dan fizikal
keadaan setempat. Selain itu, dalam kajian sejarah beliau, Ibnu
Khaldun telah menekankan kepada empat perkara dalam menganalisis
sesuatu peristiwa sejarah. Pertama sekali beliau mengaitkan
peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat.
Keduanya ialah beliau membuat analogi antara masa lalu dan masa
sekarang. Seterusnya Ibnu Khaldun mengambil kira kesan terhadap
persekitaran. Perkara kempat pula ialah beliau mengambil kira kesan
keadaan yang diwarisi dan ekonomi.
Seluruh dunia berterima kasih kepada Ibnu Khladun kerana jasa
beliau dalam memperkenalkan skop kajian baru dalam sejarah. Beliau
merupakan orang yang pertama menganalisis sesuatu peristiwa dengan
menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku Beliau
merupakan insan yang pertama yang mengkaji sejarah dari skop sebab
dan akibat. Ibnu Khaldun juga mengaitkan perubahan sistem sosial
antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah,
makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.
Ahli-ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan
oleh Ibnu Kaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini
demikian kerana, kaedah yang dibawa Ibnu Khaldn ini lebih teliti
dan tepat berbanding dengan keadah lama yang hanya merekod sejarah
tanpa memahami sebab-sebab sebenar yang menyebabkan sesuatu
peristiwa berlaku.
Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat
berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori
bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan
usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata
usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan
kepada empat tahap. Pertamanya ialah primitive, keduanya ialah
pemilikan, ketiga beradab dan kemakmuran. Tahap keempat pula ialah
kelemahan dan kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli
sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangusnya sesebuah
kerajaan,
Selain itu, ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah
mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau
sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan
sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Masudi. Manakala, Dr. Bryan S.
Turner, pakar sosiologi di Universiti of Aberdeen, Scotland dalam
artikelnya The Islamic Review & Arabic Affairs telah mengulas
tentang karya-karya Ibnu Khaldun. Beliau menyatakan,
Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya
satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di
dunia Barat, terutama ahli-ahli sosiologi dalam bahasa Inggeris.
Salah satu tulisan yang sangat menonjol dan popular adalah
Muqaddimah (pendahuluan) yang merupakan buku terpenting tentang
ilmu sosial dan masih terus dikaji hingga saat ini. Beliau juga
mengangap Ibnu Khladun sebagai orang yang pertama yang mencuba
menerangkan dengan lengkap evolusi dan kemajuan sesuatu masyarakat
melalui sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku dan juga
pengaruh persekitaran. Selain itu, Jamil Ahmad seorang ilmuan
Pakistan melalui bukunya Seratus Muslimin Terkemuka menyatakan
cendikiwan-cendikawan barat terhutang budi pada rakyat Tunisia yang
cendikiwan ini kerana bimbingannya dalam bidang sosiologi.
4.0 Sumbangan Dalam Ekonomi
Ibnu Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul
mendahului tokoh-tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith (1723-1790)
dan David Ricardo (1772-1823). Beliau telah membahagikan sector
ekonomi kepada tiga bahagian iaitu, sektor pengeluran, pertukaran
dan khidmat awam. Dalam tulisanya beliau amat menitik beratkan soal
ekonomi. Ini adalah kerana, menurut pandangan Ibnu Khladun, ekonomi
yang baik dan makmur dapat memberi memberi kesenangan hidup kepada
rakyat disamping dasar-dasar pemerintah yang baik. Keadaan ini akan
melahirkan para perniaga yang baik dan berjaya. Beliau juga memberi
panduan dalam bidang pencukaian. Pendapat-pendapat beliau dalam
bidang percukaian telah mempengaruhi presiden Amerika Syarikat,
Presiden Reagan untuk menggunakan pandangan percukaian Ibnu
Khladundidalam pemerintahnya. Presiden Reagan dengan
terang-terangan telah memuji pandangan Ibnu Khladun dalam bidang
percukaian. Selain itu, Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa
perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. Beliau
telah membuktikan bahawa dalam beberapa keadaan masyarakat,
pendapatan kerajaan yang lumayan tidak akan menjejaskan ekonomi
secara menyeluruh sedangkan dalam keadaan yang lain pula, sebuah
kerajaan yang kurang makmur mengalami kemerosotan ekonomi
disebabkan perbelanjaan kerajaan.
5.0 Sumbangan Dalam Penulisan
Ibnu Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru dan diikuti
oleh penulis-penulis buku kini. Ibnu Khladun melalui kitab agung
nya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh dan
jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan
sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam
hidupnya dicatat oleh Ibnu Khaldun. Antara yang ditulis oleh Ibnu
Khladun ialah sejarah pendidikannya, jawatan-jawatannya dan
peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya. Penulis-penulis buku
telah meniru cara Ibnu Khladun ini. Cuba kita lihat pada buku-buku
di pasaran. Di bahagian luar buku-buku pasti aka nada autografi si
pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh ibnu
kahldun, si pemikir agung.
6.0 Ulasan Pandangan Ibnun Kahldun
Membaca Legasi Pemikiran Ibn Khaldun dalam Dunia Pendidikan
membuatkan penulis benar-benar terpegun. Sesungguhnya Ibn Khaldun
adalah perintis dalam bidang pendidikan di mana beliau banyak
mengemukakan idea-idea besar tentang bagaimana sikap yang
sepatutnya ada dalam proses pendidikan. Kita dapat Lihat saranan
beliau tentang aspek berfikir. 6.1 Relevensinya di Malaysia.Kini,
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah
diterapkan di dalam kurikulum sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan,
kemahiran berfikir ini telah lama disarankan oleh Ibn Khaldun lebih
dari 600 tahun yang dulu. Betapa hebatnya pemikiran beliau di mana
beliau dapat memberi idea yang segar dan masih relevan walaupun
kini kita telah memasuki abad 21. Selain itu saranan beliau bahawa
pembelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang sukar adalah
relevan dengan salah satu kaedah pedagogi pengajaran dan
pembelajaran .Selain itu, saranan beliau iaitu amalan menghafal
ilmu semata-mata tanpa kefahaman boleh menghilangkan kreativiti dan
mengakibatkan kejumua dan fikiran adalah benar. Kini, kebanyakkan
soalan-soalan peperiksaan tidak hanya berkenaan hafalan fakta
semata-mata, tetapi terdapat juga soalan-soalan berbentuk aplikasi.
Penulis sebagai seorang guru dapat menilai bahawa soalan aplikasi
hanya dapat dijawab oleh pelajar-pelajar yang benar-benar mahu
berfikir. Seterusnya berkenaan saranan beliau berkenaan pelajar
perlu dilayan secara berhikmah juga adalah benar dan guru harus
menunjukkan akhlak yang terpuji. Pelajar tidak boleh dilayan dengan
kekerasan dan hukuman sepanjang masa. Hukuman adalah perlu tetapi
ia juga perlu diseimbangkan. Kini, wujudnya jawatan kaunselor
sepenuh masa sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan antara
pelajar dan guru. Kemungkinan sikap dan akhlak guru sendiri yang
negatif telah memberi kesan kepada pelajar. Sikap seperti mengajar
sambil lewa dan tidak ikhlas serta tidak menepati masa sedikit
sebanyak menjadi ikutan kepada pelajar dan hilang rasa hormat
pelajar kepada guru-guru.
Kaedah dan teknik mengajar anak-anak juga tidak boleh dipandang
ringan. Teknik pengajaran yang tidak betul akan menyebabkan
anak-anak merasakan sesuatu yang diajar itu sukar dan membosankan.
Saranan ini dapat dipraktikkan oleh guru-guru dalam sentiasa
mencari formula yang berkesan dalam penyampaian pengajaran. Ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pelajar ponteng,
tidur di dalam kelas, mengganggu pelajar lain dan sebagainya.
Selain itu, pendidikan akhlak juga amat penting untuk
dititikberatkan di dalam jiwa anak-anak. Anak-anak kecil tidak
seharusnya didedahkan dengan perlakuan seperti menyanyi dan menari
di khalayak ramai, berpakaian mendedahkan dan sebagainya kerana
kelak akan hilang sifat malu di dalam diri mereka apabila dewasa.
Walau bagaimanapun, anak-anak tidak wajar dihalang untuk diberi
pendidikan sosial seperti berkawan, bertukar-tukar pendapat,
menyertai pertandingan, bersukan dan lain-lain. Ini kerana
pendidikan sosial dapat memberi bimbingan kepada anak-anak kelak
dalam proses pembesaran dan seterusnya mencari pekerjaan apabila
tiba masanya.
Seterusnya Ibn Khaldun memberi penekanan kepada pendidikan
psikologi. Tidak dinafikan anak-anak pasti akan ada melakukan
kesalahan. Ketegasan adalah perlu tetapi haruslah dengan penuh
kasih sayang. Hukuman perlu menjadi pilihan yang terakhir. Berbeza
dengan kebanyakkan ibubapa kini, hukuman dan leteran yang panjang
menjadi pilihan pertama. Apabila anak-anak itu memberontak dengan
cara lari dari rumah dan sebagainya, barulah kita mahu menggunakan
pendekatan psikologi dengan memujuk dan mengajak untuk
berbincang.
Menyentuh tentang teori kemasyarakatan dan kenegaraan, Malaysia
masih mencari satu formula yang kukuh bagi membentuk sebuah
masyarakat yang menekankan semangat perpaduan dan integrasi.
Terkini, kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ibn
Khaldun memberi tumpuan kepada konsep Asabiyah. Konsep Asabiyah
mungkin boleh digunakan sebagai cetusan idea untuk merapatkan
hubungan etnik di Malaysia. Menurut Ibn Khaldun, kelanjutan dan
kemakmuran sesuatu masyarakat adalah amat bergantung kepada
semangat Asabiyah. Kemewahan dalam masyarakat moden menyebabkan
kehilangan nilai murni dalam kehidupan. Masyarakat moden menuju ke
arah cara hidup yang hanya mementingkan diri dan tidak mementingkan
perhubungan dalam perpaduan. Sebab itulah dapat kita lihat, semakin
mewah sesuatu kawasan perumahan itu, semakin sunyi persekitarannya.
Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah agama
masing-masing hingga jiran sebelah rumah pun kadangkala tidak
dikenali. Apa yang paling baik ialah kesederhanaan dalam kehidupan
dan berpegang kepada ajaran agama.
Perubahan sosial dari kehidupan besederhana kepada kehidupan
mewah juga telah menyebabkan masyarakat begitu menghargai masa.
Sebagai contoh, penyediaan makanan di dalam majlis kenduri-kendara
telah diganti dengan sistem catering. Cara tradisi bergotong-royong
antara ahli komuniti telah terhapus, bukan sahaja mengurangkan
peluang berinteraksi bahkan boleh merosakkan hubungan perpaduan.
Restoran-restoran makanan segera yang giat berkembang kini juga
ekoran dari kehidupan manusia yang mengejar masa. Akibatnya, jiwa
anak-anak kian keras kerana sering benar makan makanan yang tidak
seimbang dan bukan dari air tangan ibu yang diiringi dengan kasih
saying.
Pemikiran Ibn Khaldun berhubung dengan ekonomi mampu menjadi
penggerak dan pencetus idea pembangunan masyarakat terkini.
Pemikiran beliau dilihat tidak bertentangan dengan nilai-nilai
kehidupan yang sedang masyarakat lalui kini. Analisis beliau
mengenai perubahan masyarakat dan ekonomi masih relevan hingga
kini. Membaca pemikiran beliau tentang ekonomi membuatkan penulis
berasa kagum dengan idea-idea segar, logik dan masih relevan untuk
digunakan hingga sekarang. Melihat kepada teori beliau dalam bidang
ekonomi, membuatkan kita terlupa bahawa teori-teori ini telah
diketengahkan lebih dari 600 tahun dahulu. Beliau juga mengingatkan
kita untuk hidup dalam kesederhanaan di mana kemewahan akan
menyebabkan kita lupa diri, seterusnya boleh menjatuhkan sesuatu
tamadun. Dalam bidang ekonomi, Ibn Khaldun telah meletakkan tiga
bidang utama iaitu pertanian, kemahiran dan perdagangan. Kita
seharusnya mengambil pandangan Ibn Khaldun ini di mana negara kita
sememangnya kaya dengan sumber alam. Disebabkan terlalu
terikut-ikut dengan arus barat, kita telah memberi fokus kepada
bidang perindustrian. Situasi ini lebih banyak mendatangkan
kerugian berbanding keuntungan. Dalam bidang industri, modal yang
banyak diperlukan. Modal yang berjutaan ringgit ini dilaburkan oleh
pelabur-pelabur luar. Mereka ini kebanyakkannya tidak ikhlas di
mana selepas satu tahap tertentu iaitu apabila keuntungan telah
diperoleh, mereka akan pergi tanpa meninggalkan apa-apa keuntungan
untuk negara kita. Begitu juga dengan isu tenaga buruh. Pengambilan
pekerja asing bagi memenuhi permintaan sumber tenaga manusia dalam
bidang industri telah menimbulkan banyak kesan sampingan yang lebih
banyak negatif berbanding positif. Ibn Khaldun juga ada menyatakan
secara sinis tentang budaya menindas orang lain dan mendapatkan
perlindungan politik dengan tujuan untuk menjaga kedudukan dan
kekayaan. Ketidak adilan pemerintah juga dihuraikan oleh beliau
sebagai satu bentuk penindasan ke atas rakyat.
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada
zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan
pendidik.Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk
belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan
individu dan latihan.
7.0 KesimpulanKetokohan Ibnu Khaldun sebagai seorang pemikir
Islam yang mendahului zaman jelas terbukti , apabila kebanyakan
daripada teori,buah pemikiran,pandangan atau pun cadangan bersifat
pandang jauh dan masih tetap relevan untuk diaplikasi bagi
kandungan pada zaman moden ini .Seterusnya diharapkan agar
pemakaian paradigma yang telah dirintis oleh Ibnu Khaldun ini ,
suatu hari nanti bakal melahirkan tokoh-tokoh sarjana yang unggul
pada masa akan datang.
Rujukan
1. Halaqah.net2. Milandows.blogspot.com3. www.rcribd.com4.
ms.wikipedia.org5. TAMADUN MELAYU (Jilid Satu)Ismali Hussein (Fajar
Bakti sdn.bhd).A.Aziz Deraman 6. Tamadun Dunia(Fajar Bakti
sdn.bhd)bahasa Dan Pustaka Sivachanralingam Sundara Raja.Ayadurai
Letchumanan 7. Tamadun Islam .Mahayudin Hj.Yahya (Siri Sejarah
fajar Bakti)
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan
izin-Nya, kerja kursus ini dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam
menyiapkan kerja kursus ini saya mendapat sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya
kepada Puan pensyarah di atas bimbingan dan teguran yang sangat
berharga semasa membuat kerja kursus ini .
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan unit Bahasa
Tamil Sem 1 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar
dan idea dalam usaha semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus
ini.
Sekian, terima kasih.