i6e; q.fii,Lb&j lt+e PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI TERENGGANU Tingkat 3 & 4, Wisma Darul lman, 20592 Kuala Terengganu, Terengganu. Telefon Faks E-mel 09-623 1957 09-623 7949 (Perb. Tr) 09-626 7948 (Bend. Tr) perbendaharaan@terengganu. gov.my P ER B.rR.A/ 43 I OLI O I OL - (2L) Bertarikh : 31 Disember 2019 Bersamaan: 4 JamadilAwal 1441H Sem ua Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggu ngjawab, Jabatan Kerajaan Negeri, Terengganu YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan, PENGURUSAN TERIMAAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MELALU! CEK Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Seperti YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan sedia maklum, terdapat dua (2) kaedah terimaan Kerajaan iaitu secara manual dan elektronik. Terimaan secara manual dilakukan di kaunter Kerajaan dan kiosk agensi Kerajaan secara tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan bank draf. Dalam hubungan ini sukacita saya menarik perhatian YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan bahawa terimaan melalui cek persendirian adalah tidak dibenarkan sebagaimana Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.3 Tahun 2OL9 (Tatacara Pengu rusan.Terimaan). 3. Bagi terimaan secara cek terdapat cek yang diterima oleh Kerajaan yang pada asalnya telah dimasukkan ke dalam bank oleh Pejabat Pe;nungut tetapi dikembalikan oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. Cek ini dikenali sebagai Cek Tak Laku (CTL). 4. Transaksi CTL telah diambilkira dalam Buku Tunai dan diakaunkan di Pejabat Pemungut sedangkan tiada kemasukan wang di bank. Antara faktor yang menyebabkan CTL adalah tamat tempoh sah laku, nama jabatan tidak betul, amaun dalam perkataan dan angka tidak sama, tiada tandatangan di cek, tandatangan di cek tidak sama seperti rekod di bank, wang dalam akaun tidak mencukupi, cek rosak dan post doted cheque. 5. Kelewatan mengembalikan CTL oleh pihak bank dan kegagalan pelarasan semula CTL di Pejabat Pemungut akan menyebabkan penyediaan laporan bulanan di pejabat Perbendaharaan,. Negeri Terengganu tidak tepat. Pelarasan ke atas CTL hanya diambilkira setelah mendapat makluman daripada pihak bank. " tserbefanja Berfiemat, Mem1aw a Keber6.atan" Sila nyatakan rujukan kita apabila menjawab x_