i
PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP,
FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH
(PERDANA)
SYARINA AZURA BT NONG CHIK
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima kasih
kepada penyelia projek sarjana muda, Prof. Madya Dr Othman Md Johan di atas bimbingan
dan tunjuk ajar serta dorongan padu yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini
disiapkan.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan–rakan 4 SPH (perdana) kerana memberi
kerjasama sepanjang tempoh pengedaran soal selidik, amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan
idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai pengajaran pensyarah program
kemahiran hidup di Fakulti Pendidikan yang merangkumi empat aspek iaitu tahap
persediaan pensyarah, tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu
mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah. Dalam kajian ini semua pelajar 4 SPH
(perdana) iaitu seramai 71 orang terlibat sebagai responden. Instrumen kajian
digunakan adalah satu set soal selidik dengan nilai indeks kebolehpercayaan item
bersamaan dengan 0.820. Perisian SPSS 15.0 digunakan untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan dan nilai min bagi item–item yang telah dikemukakan. Hasil
kajian ini menunjukkan pelajar memberikan penilaian yang baik terhadap pengajaran
pensyarah dalam keempat aspek yang di nilai. Secara keseluruhannya nilai purata min
bagi keempat-empat aspek tersebut ialah 3.92. Min bagi tahap persediaan pensyarah
ialah 4.01, manakala bagi tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu
mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah ialah 3.93, 3.82 dan 3.92. Berdasarkan
dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran pensyarah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate the lecturers’ teaching in living skill
programmes, from the perceptive of lecturers’ preparation, lecturers’ delivering skills,
the suitability of teaching aids and lecturers’ personality and professionalism. A total of
71 4th year SPH student participated in the study. The research instrument used was a
questionnaire with a reliability index 0.820. SPSS version 15.0 was used to analyze the
data in terms of frequencies, percentages and means. The result showed that the student
have good evaluation of their lecturers’ teaching in all the four aspects being studied
with the overall mean 3.92. The mean for lecturers’ preparation is 4.01, where as the
mean for the suitability of teaching aids, lecturers’ personality and professionalism is
3.93, 3.82 and 3.92 respectively. Based on the research finding, several suggestion
were forwarded to improve the quality of lecturers’ teaching.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
viii
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Kajian 13
1.9 Penutup 18
2 SOROTAN PENULISAN
20
2.1 Pengenalan 20
2.2 Kepentingan Penilaian Pengajaran Pensyarah 21
2.3 Tahap Persediaan Pensyarah 25
2.4 Tahap Penyampaian Pensyarah. 26
2.5 Tahap kesesuaian Bahan Bantu Mengajar 33
2.6 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 37
2.7 Penutup 39
3 METODOLOGI KAJIAN
41
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Lokasi Kajian 43
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Prosedur Kajian 46
3.7 Kajian Rintis 46
3.8 Analisis Data 48
3.9 Penutup 49
4 ANALISIS DATA
50
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Analisis Bahagian A 51
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 51
ix
Jantina
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Status Perkahwinan
52
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan
Bangsa
52
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan
Kelayakan Pendidikan
53
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan
Keputusan CGPA
54
4.3 Analisis Bahagian B 54
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah tahap
persediaan pensyarah sebelum
memulakan pengajaran?
55
4.3.2 Persoalan kajian 2: Apakah tahap
penyampaian pensyarah semasa sesi
pengajaran
58
4.3.3 Persoalan kajian 3: Apakah tahap
kesesuaian bahan bantu mengajar
(BBM) yang digunakan oleh
pensyarah?
63
4.3.4 Persoalan kajian 4: Bagaimanakah
keperibadian dan Ikhtisas pensyarah
membantu dalam proses pengajaran
dan penbelajaran pelajar?
66
4.4 Rumusan 70
5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN
72
5.1 Pendahuluan 72
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 73
x
5.2.1 Tahap Persediaan Pensyarah 73
5.2.2 Tahap Penyampaian Pensyarah 75
5.2.3 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu
Mengajar
77
5.2.4 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 79
5.3 Implikasi Kajian 81
5.3.1 Pensyarah 81
5.3.2 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
Universiti
82
5.3.3 Kementerian Pengajian Tinggi 82
5.3.4 Institut Pengajian Tinggi (IPT) 82
5.4 Cadangan 83
5.4.1 Tahap Persediaan Pensyarah 83
5.4.2 Tahap Penyampaian Pensyarah 84
5.4.3 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu
Mengajar
84
5.4.4 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 85
5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 86
5.6 Penutup 87
RUJUKAN 89
LAMPIRAN 93
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Kandungan Instrumen Kajian 44
3.2 Taburan Skor mengikut Skala Lima Mata 45
3.3 Skala Lima Mata kepada Tiga mata 45
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Status
Perkahwinan
52
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 53
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan
Pendidikan
53
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan CGPA 54
4.6 Skala 5 mata kepada 3 mata 55
4.7 Skala Min 55
4.8 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor
min bagi tahap persediaan pensyarah
57
4.9 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor
min bagi tahap
penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran
61
4.10 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor
min bagi tahap kesesuaian bahan bantu mengajar
(BBM) yang digunakan oleh pensyarah
65
4.11 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor 68
xii
min bagi keperibadian dan ikhtisas pensyarah
membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar
4.12 Taburan mengikut kekerapan, peratusan, skor min
dan tahap bagi satu penilaian pengajaran pensyarah
bagi mata pelajaran kemahiran hidup di
Fakulti Pendidikan, berdasarkan persepsi pelajar 4
SPH (perdana)
70
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
BBM Bahan Bantu Mengajar
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT Institut Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UNIPEN Unit Pengajaran dan Pembelajaran
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
SPSS Statistical Package of Sosial science
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pensyarah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan
sesuatu sistem pelajaran. Pensyarah adalah nadi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Matlamat universiti adalah mahu melahirkan ahli teknologi yang terlatih
dan mahir sejajar dengan keperluan negara di mana memerlukan tenaga mahir dalam
pelbagai bidang. Pekerja mahir yang lengkap dan cekap dari pelbagai bidang dapat
diwujudkan, jika tenaga pensyarah sendiri lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan. Pensyarah perlu terlatih dan mengajar dalam bidang atau mata
pelajaran pengkhususannya untuk menimbulkan keberkesanan dalam pengajaran.
Keberkesanan dalam pengajaran dapat di ukur dengan melahirkan siswazah–siswazah
yang profesional dan bertanggungjawab ke atas pembangunan sumber manusia dan
pembangunan negara.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula ditentukan oleh para pengajar
atau pendidik. Pengajaran yang berkualiti perlu mengaplikasi prinsip–prinsip pedagogi
yang bermaksud ilmu mengajar secara saintifik dalam pendidikan formal seperti Institut
Pengajian Tinggi (Esah sulaiman, 2003). Dengan kata lain, peranan utama pendidik ialah
memastikan penuntut dapat menguasai ilmu, kemahiran, nilai dan yang lain– lainnya
dengan berkesan.
Dengan pertambahan pengambilan penuntut pendidikan tinggi semenjak dua
dekad lalu, jawatan–jawatan akademik baru di IPTA telah diwujudkan dan seterusnya
pengambilan pensyarah–pensyarah baru telah berlangsung dengan pantas di IPTA dan
IPTS. Pensyarah–pensyarah baru ini juga perlu mengendalikan kumpulan penuntut yang
lebih ramai dalam hampir semua bidang ilmu dan program pengajian. Tradisi
perbincangan dalam kumpulan toturial yang kecil seperti yang pernah diamalkan di IPT
pada tahun 1960-an telah digantikan dengan kaedah kuliah yang lebih bercorak sehala
kepada kumpulan penuntut yang lebih ramai.
Demi keberkesanan pembelajaran dan perkembangan optimum potensi intektual
para penuntut pendidikan tinggi, para pensyarah perlu dipersiapkan dengan pelbagai
kemahiran pengajaran–pembelajaran peringkat pendidikan tinggi. Pada masa yang sama
IPT juga perlu mempunyai keupayaan dan kemahiran mengenal pasti dan menyediakan
profil latar budaya, khususnya gaya pembelajaran para penuntut, untuk dimanfaatkan
oleh para pensyarah dalam kegiatan pengajaran mereka.
Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia
meliputi perkara–perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian
bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.
Keberkesanan pengajaran pula di ukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif
pelajaran telah di capai melalui proses pengajaran yang di rancang dan dilaksanakan
(Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub, 2003).
Bagi menjamin keberkesanan penyampaian ilmu atau maklumat, pensyarah
hendaklah memastikan bahawa pengajarannya adalah efektif. Dalam pengajaran efektif,
seseorang pensyarah hendaklah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar–pelajar. Ini
bermakna pendekatan sistematik kepada pengajaran hendaklah ditekankan (Ee Ah Meng,
1997).
Menurut Yaxley, (1991, dalam Esah Sulaiman, 2003), pengajaran adalah
merupakan satu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan,
nilai dan makna. Jadi pengajaran adalah bersangkut paut dengan pengesahan, perubahan,
peninjauan semula, penilaian, dan penghuraian kepercayaan, nilai–nilai serta pengertian.
Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran itu merupakan satu aktiviti intelek. Ia
melibatkan pemikiran, perasaan serta penilaian. Interaksi antara guru dengan pelajar–
pelajar serta pelajar dengan pelajar. Kesemuanya merupakan satu siri tindakan intelek.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengungkapkan,
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.” (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2001).
Bagi mencapai hasrat murni yang dinyatakan dengan jelas dalam FPK di atas
terutamanya daripada segi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu, para pendidik perlulah lebih prihatin pada perbezaan individu. Para pendidik
harus memikirkan dan berusaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menjurus kepada perbezaan individu. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah
lebih menarik, berkesan dan kondusif untuk setiap pelajar. Perkembangan potensi
individu dan kesesuaian ciri–ciri pelajar harus di ambil kira. Penyataan hasrat FPK di
atas menunjukkan pendidikan di Malaysia pada hari ini menuju haluan yang jelas iaitu ke
arah pengindividuan pengajaran dan pembelajaran (Shahabuddin Hashim dan Rohizani
Yaakub, 2003).
Ini dapat di lihat melalui kemasukkan pelajar peringkat Sarjana Muda ke IPTA
pada tahun 2005 berjumlah 25, 940 orang, berbanding pada tahun 2000 pula hanya
seramai 16, 578 orang. Kemasukkan pelajar peringkat Sarjana Muda ke IPTA mengikut
bidang pendidikan pada tahun 2005 berjumlah 5, 688 orang, manakala pada tahun 2000
hanya 2,833 orang. (Sumber: Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT)
Oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah dan guru, kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan objektif pengajaran dapat di
capai, sejajar dengan Matlamat Pengajaran Negara, untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata,
jumlah pensyarah berkelulusan ijazah kedoktoran (Ph.D) yang sesuai untuk mengajar
pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sangat sedikit, manakala secara amnya ramai
pensyarah di IPT kurang berkualiti. Menurutnya lagi, daripada jumlah kecil berkelulusan
kedoktoran itu pula, kebanyakannya tidak begitu terdedah kepada persekitaran dunia luar.
Beliau berkata, jika masalah kualiti pensyarah tidak diatasi segera, ia mampu
memberikan kesan ke atas kualiti graduan yang dilahirkan oleh IPT. Sehubungan itu,
katanya, sudah tiba masanya para pensyarah mewujudkan rangkaian kerjasama peringkat
antarabangsa dan tidak hanya mengajar di Malaysia tetapi juga di luar negara. Hanya
dengan kaedah itu, mereka dapat mempertingkatkan kemahiran mengajar dan
pengetahuan dalam bidang masing-masing (Utusan Malaysia, 3 April 2006).
Untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pengetahuan pensyarah,
sejumlah RM1.2 bilion daripada RM17.6 bilion peruntukan Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) di buat bagi pembangunan insan terutama membabitkan kerjaya
pensyarah. Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui program itu, pensyarah IPTA
akan di hantar melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD di beberapa universiti
dalam dan luar negara. Langkah berkenaan, adalah selaras matlamat kementerian
melahirkan seramai mungkin tenaga pengajar IPTA yang mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa. Langkah itu bertujuan untuk memastikan pensyarah mendapat pendidikan
yang terbaik dan sekali gus membuktikan mereka setanding graduan luar negara (Berita
Harian, 22 April 2006).
Menurut Professor Ir. Dr. Hasanan Md Nor berkata aktiviti tentang pengajaran
dan pembelajaran adalah sangat mustahak kerana peranan utama setiap Institut Pengajian
atau pendidikan adalah pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berkesan serta
proses pembelajaran yang bermakna dapat menyokong kepada aktiviti penguasaan ilmu
yang diperlukan oleh pelajar (Buletin Pusat Pengajaran & Pembelajaran, Universiti
Teknologi Malaysia, Jun 2007).
Dalam Pembangunan Sumber Pendidikan, penekanan peningkatan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan dengan memastikan tenaga
pengajar yang berkualiti dan berwibawa perlu disediakan. Justeru, usaha daripada semua
golongan pendidik harus berfokus ke arah merelisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan pada peringkat IPT, setiap pensyarah harus berusaha meningkatkan taraf
profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang
dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan para
pelajar.
Sehubungan dengan itu sebagai seorang pensyarah seharusnya memahami
strategi dan pendekatan pengajaran mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. Setiap
kaedah yang diaplikasi itu hendaklah dilaksanakan dengan berkesan. Pemilihan dan
pengamalan strategi pengajaran tertentu di kalangan pensyarah membawa gaya atau cara
yang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain (Esah Sulaiman, 2003).
Pemilihan kaedah pengajaran dalam sesuatu pengajaran yang hendak
dilaksanakan juga mengambilkira matlamat pengajaran itu sendiri. Matlamat pengajaran
yang berbeza setiap kali pensyarah mengajar akan menimbulkan minat dan menarik
perhatian pelajar. Jika mengaplikasikan strategi dan kaedah yang sama sahaja dalam
pengajaran, tentulah pelajar –pelajar boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam
kelas. Strategi pengajaran tidaklah memerlukan perubahan yang besar tetapi jika
mengadakan sedikit kelainan akan menjadikan pengajaran lebih menarik (Esah
Sulaiman, 2003).
Pada peringkat universiti sesorang pensyarah di beri kebebasan dalam
melaksanakan pengajaran mengikut kemahiran masing–masing. Kaedah pengajaran yang
biasa diaplikasikan di universiti, walaupun dalam zaman perkembangan teknologi
maklumat adalah kaedah kuliah. Kaedah kuliah masih lagi merupakan kaedah
pengajaran yang berpengaruh dan berkesan kerana mempunyai kekuatannya sendiri
(Esah Sulaiman, 2003).
Mengikut Hale (1964, dalam Robiah Sidin, 1998), kuliah ialah satu masa
pengajaran yang digunakan oleh pensyarah untuk mendedahkan sesuatu perkara tertentu
kepada pelajar dengan cara berterusan. Pelajar yang mengikuti kuliah pernah di beri
peluang untuk menyoal dan berbincang. Sistem ini jika dikelolakan dengan baik, boleh
memberikan pengajaran yang berkesan. Pelajar biasanya belum begitu matang untuk
belajar dengan cara membaca sahaja. Pensyarah boleh menyampaikan idea baru yang
belum terdapat dalam buku. Sistem ini adalah cara yang paling ekonomi dari segi masa
pensyarah untuk menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar.
Selain itu, pengajaran juga boleh dilakukan melalui penerangan, tunjuk cara,
eksperimen atau gabungan kesemua tindakan itu. Ia juga mungkin melibatkan sumber-
sumber, pengetahuan dan kemahiran guru atau mungkin bergantung pada bahagian
pengajaran seperti filem, slaid atau perisisan komputer (Ee Ah Meng, 1997).
Gaya pengajaran juga penting, ini kerana ia memerihalkan tingkah laku atau
tindakan guru atau pensyarah dalam mengurus dan melaksanakan pengajarannya.
Anthony Grasha (1996, dalam Esah Sulaiman, 2003), menghuraikan gaya pengajaran
sebagai orientasi dan strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi. Ada empat kelompok
gaya pengajaran yang menggambarkan ciri–ciri seseorang pengajar atau professor
merekabentuk pengajaran mereka. Grasha mengkategorikan gaya pengajaran kepada
empat kelas iaitu Expert/ formal authority yang cederung kearah pengajaran berpusatkan
guru. The personal model /expert / formal authority yang cederung kepada berpusatkan
guru dan menekankan modeling dan tunjukcara. Pendekatan ini menggalakkan pelajar
memerhati proses dan juga kandungan. The facilitator/ personal model cenderung kepada
berpusatkan pelajar. Guru merekabentuk aktiviti, interaksi sosial, penyelesaian masalah
yang memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi kandungan dalam mempraktikkan
proses. The delegator/ Facilitator yang meletakkan beban pembelajaran ke atas pelajar.
Guru sediakan tugas yang rumit untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan biasanya
menggunakan kerja kumpulan untuk menyiapkan kerja.
Dari segi kaedah pengajaran pensyarah pula, Peter (1988) menerangkan gaya
pengajaran sebagai satu set ciri– ciri peribadi dan tret yang menunjukkan dengan jelas
seseorang individu sebagai seorang guru yang unik. Faktor peribadi yang menjadikan
sesorang guru itu berbeza antara satu sama lain ialah pakaian, bahasa, suara, bahasa
badan (gestures), aras tenaga, eksperisi muka, motivasi, minat kepada manusia, bakat
dramatik dan kesarjanaan.
Menurut Joseph (1984), seseorang pensyarah itu hendaklah merupakan seorang
tukang cerita yang baik yang sentiasa memasukkan suasana dramatik mengenai apa
sahaja perkara yang dibincangkan. Ciri–ciri tukang cerita dapat membantu pensyarah
menjadikan kuliahnya mempunyai unsur cepat, spontan dan suspend dalam
pengajarannya. Menurut beliau walaupun pengajaran di peringkat tinggi cenderung
kepada cabaran intelektual yang tinggi dan lebih kompleks persoalannya berbanding
dengan bercerita tetapi selalunya pensyarah yang berjaya adalah tukang cerita yang
mahir.
Highet (1950), melihat pengajaran adalah seperti berikut:
“Scholarship must be accurate, whether is interesting or not. But teaching
must be interesting even it is not 100 percent accurate”
Beliau mengatakan bahawa kesarjanaan hendaklah tepat sama ada ianya menarik
atau tidak. Tetapi pengajaran hendaklah menarik walaupun tidak seratus peratus tepat.
Walau bagaimanapun sebagai guru atau pensyarah, perlu mempunyai nilai yang di
pegang iaitu pengajaran hendaklah betul dan tepat. Jika tersilap hendaklah segera
dibetulkan.
Oleh yang demikian, tahap pengajaran pensyarah perlulah di nilai dan diadakan
pemantauan agar mutu pengajaran dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan
negara. Penilaian ini dijalankan oleh pelajar, kerana pelajar merupakan manusia yang
paling hampir dengan pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku,
malah pelajar mengalami sendiri bagaimana sesuatu pengajaran dilaksanakan oleh
seseorang pensyarah. Pelajar juga lebih mengetahui sama ada pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah dapat difahami, dilaksanakan atau diaplikasi dalam
kehidupan seharian. Maka pelajar berhak, di beri peluang untuk menilai pengajaran
pensyarah.
1.3 Penyataan Masalah
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji mengenai penilaian pengajaran
pensyarah bagi kursus Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, berdasarkan persepsi
pelajar yang mengikuti jurusan Kemahiran Hidup dalam tahun empat. Antara
permasalahan yang akan di nilai adalah:
i. Tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran
ii. Tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran.
iii. Tahap kesesuaian bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pensyarah
iv. Keperibadian dan ikhtisas pensyarah.
Kajian ini cuba mengenalpasti sejauh mana ke empat aspek di dalam pengajaran
iaitu tahap persediaan pensyarah, tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan
bantu mengajar (BBM) serta keperibadian dan ikhtisas pensyarah dengan pelajar semasa
sesi pengajaran. Penggunaan aspek–aspek tersebut akan dikenalpasti melalui penilaian
oleh pelajar tahun 4 SPH (Perdana), setelah 3 ½ tahun mempelajari hampir semua mata
pelajaran kemahiran hidup.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini di rangka bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar
mengenai pengajaran pensyarah kursus Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan yang
merangkumi beberapa aspek untuk:
i. Mengetahui tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran.
ii. Mengetahui tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran.
iii. Mengetahui tahap kesesuaian Bahan Bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh
pensyarah.
iv. Mengetahui keperibadian dan ikhtisas pensyarah.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa
persoalan mengenai perlaksanaan pengajaran pensyarah bagi mata pelajaran kemahiran
hidup, fakulti pendidikan. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah:-
i. Apakah tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran?
ii. Apakah tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran?
iii. Apakah tahap kesesuaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh
pensyarah?
iv. Bagaimanakah keperibadian dan Ikhtisas pensyarah membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar ?
1.6 Kepentingan Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tertentu. Begitu juga
dengan kajian ini, di mana hasil kajian yang dijalankan ini, dapat membantu
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu hasil kajian
yang dijalankan diharapkan dapat :
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menilai pengajaran pensyarah, di
samping itu pelajar dapat mengenal pasti kelemahan –kelemahan pengajaran
pensyarah.
ii. Dijadikan panduan kepada pensyarah–pensyarah yang terlibat dengan pengajaran
di dalam program pengajian, terutama di dalam menilai semula keberkesanan
pengajaran pensyarah dan mengenalpasti kelemahan – kelemahan pensyarah
dalam pengajaran. Ini akan menjadi asas kepada peningkatan kualiti pengajaran
di masa akan datang.
iii. Memberi maklumat kepada Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti,
melalui dapatan hasil kajian yang dijalankan bagi menilai, meneliti dan seterusnya
merangcang kursus–kursus yang dapat mempertingkatkan mutu pengajaran
pensyarah.
iv. Memberi maklumat kepada Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Bahagian
pendidikan Guru, mempertingkatkan lagi kualiti tenaga pengajar agar mereka
yang terpilih adalah mereka yang benar–benar berkeupayaan dan bersungguh–
sungguh ingin menjadi seorang pendidik yang berkualiti dari segi pengajaran dan
pengetahuan.
v. Memberi maklumat kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT), untuk membantu
pensyarah merangka satu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap
dan menyeluruh yang dapat memberi panduan tentang bagaimana sesuatu kursus
itu dapat dijalankan dengan jayanya.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini adalah tertumpu kepada penilaian pengajaran pensyarah kursus
Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Aspek
pengajaran pensyarah yang di nilai ialah tahap persediaan pensyarah, tahap penyampaian,
tahap kesesuaian bahan bantu mengajar serta keperibadian dan ikhtisas pensyarah.
Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian ini dijalankan berdasarkan persepsi pelajar
terhadap pengajaran pensyarah, diharapkan penilaian yang dilakukan oleh pelajar berlaku
dalam keadaan yang jujur dalam mencapai pengajaran berkesan dan berkualiti. Ini
kerana, kajian yang dijalankan adalah terhad kepada 2 semester pengajian di Fakulti
Pendidikan, UTM Skudai. Manakala sampel kajian ini akan di analisis melalui kaedah
statistik iaitu melalui Perisian Statistical Package for Sosial Science Window 15.0
(SPSS). Hasil dapatan kajian dapat digunakan di Fakulti pendidikan dalam membangun
pengajaran dan pembelajaran yang berkualti.
1.8 Definisi Istilah
Definisi istilah atau konsep yang diterangkan dalam bahagian ini adalah
berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan. Definisi istilah ini diberi dalam dua
bentuk iaitu secara umum dan secara tertumpu.
1.8.1 Penilaian
Menurut Kamus Dewan (2003), penilaian didefinisikan sebagai perihal atau
perbuatan menilai, pentaksiran: (judging) (aluation) pentaksiran, perihal menilai.
Melalui kajian yang di kaji oleh penyelidik, penilaian berdasarkan persepsi
penyelidik adalah satu aktiviti untuk menilai pengajaran pensyarah dari segi tahap
persediaan pensyarah, tahap penyampaian, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar serta
keperibadian dan iktisas pensyarah. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik.
1.8.2 Persepsi
Dalam persepsi merujuk kepada tanggapan pelajar terhadap penilaian pengajaran
pensyarah yang digunapakai, adalah satu usaha untuk mengetahui tahap persediaan,
penyampaian, penggunaan bahan bantu mengajar serta keperibadian dan ikhtisas
pensyarah.
1.8.3 Pengajaran
Merujuk kepada tanggapan penyelidik terhadap pengajaran pensyarah adalah
kemampuan pensyarah dalam penyampaian semasa sesi pengajaran, di nilai dari segi
bahasa, suara, keyakinan, penguasaan bahan, pendekatan pengajaran dan juga sistem
pengurusan dalam bilik darjah serta hubungan pensyarah dengan pelajar.
Manakala menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei (2003), pengajaran didefinasikan sebagai proses (perihal, perbuatan) mengajar
atau mengajarkan1 dan juga segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar atau
mengajarkan2.
1.8.4 Pensyarah
Melalui kajian ini, pensyarah yang di nilai terdiri daripada pensyarah yang berada
di dalam Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pensyarah ini
adalah yang terlibat secara langsung dalam mengajar ke semua mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
Pensyarah didefinisikan sebagai memberi syarahan dan menjalankan kursus
pengajian di universiti atau kolej dalam pelbagai subjek: Menyediakan dan memberi
syarahan kepada penuntut menurut kurikulum yang telah ditetapkan. Menjalankan
penyelidikan dan kajian, berdasarkan punca dokumentar dan punca lain berkaitan dengan
bidang yang disyarahkan. Mengadakan kelas serta mendorong dan memandu
perbincangan tentang tajuk terpilih dalam bidang pelajaran mereka. Menjalankan
demonstrasi sebagai sebahagian daripada pengajaran penuntut dan menyelia kerja amali
mereka. Menyediakan atau mengambil bahagian dalam penyediaan kertas peperiksaan
dan menyemak latihan bertulis dan kertas peperiksaan penuntut. Boleh mengelola dan
mengarah latihan praktikal kegiatan luar untuk penuntut dalam bidang atau pengajian
mereka. Boleh menjadi tutor kepada penuntut dengan memandu dan menyelia pengajian
dan penyelidikan mereka. Digelar sebagai professor dalam bidang berkenaan menurut
tahap tanggungjawab (Kamus Pengkelasan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Rakyat,
Kementerian Sumber Manusia, m/s 93).
1.8.5 Pelajar
Pelajar dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun akhir iaitu pelajar 4 SPH, di
Fakulti pendidikan UTM Skudai. Pelajar ini diminta menilai pengajaran pensyarah yang
mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Manakala Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei (2003) pelajar didefinisikan orang yang belajar (di sekolah, maktab dsb).
1.8.6 Tahap Persediaan Pensyarah
Melalui kajian yang dijalankan ini, tahap persediaan pensyarah berdasarkan
persepsi penyelidik adalah persediaan yang mencukupi untuk menyampaikan kuliah
dengan mengikuti kandungan kursus yang telah di rangka terlebih dahulu serta sentiasa
memastikan isi pengajaran yang di ajar oleh pensyarah program kemahiran hidup
bersesuaian dengan kandungan kursus. Selain itu pensyarah program kemahiran hidup
perlu mahir dalam subjek yang diajarnya dan berkebolehan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dengan berkesan, di samping itu pensyarah juga perlu menyediakan bahan
pengajaran yang mencukupi kepada para pelajar.
1.8.7 Tahap Penyampaian Pensyarah
Merujuk kepada tanggapan penyelidik terhadap tahap penyampaian pensyarah
adalah memulakan pengajaran dari mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak, proses
pengajaran berlaku dalam keadaan yang menyakinkan, penggunaan bahasa dan intonasi
yang sesuai, pensyarah memberikan contoh yang mudah difahami dengan menyediakan
pelbagai ransangan dan stimulus bagi mengukuhkan pemahaman pelajar. Selain itu
pensyarah juga perlu mendorong para pelajar berfikir dengan pentanyaan yang
dilontarkan sepanjang pengajaran berlangsung, di samping menggalakkan proses
perbincangan dan bertukar pendapat sesama pelajar. Pensyarah juga perlu menyediakan
tugasan dan ujian bagi membantu meningkatkan kefahaman para pelajar
1.8.8 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar
Melalui kajian yang dijalankan ini, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar
(BBM) berdasarkan persepsi penyelidik adalah nota edaran yang di reka oleh pensyarah,
jelas dan mudah difahami. Bahan yang digunakan oleh pensyarah berfungsi dan
bersesuaian dengan objektif pengajaran serta membantu meningkatkan pemahaman para
pelajar Dari segi nota dalam slaid power point yang disediakan oleh pensyarah adalah
jelas dan membantu dalam proses P&P pelajar. Manakala penggunaan warna dalam nota
slaid powe point membantu memfokuskan maklumat yang penting. Selain itu pensyarah
juga perlu menekankan penggunaan papan putih dan penggunaan e-learning sebagai satu
alat menyampaikan nota pengajaran.
1.8.9 Keperibadian dan Ikhtisas pensyarah
Melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik, keperibadian dan ikhtisas
pensyarah adalah merujuk kepada sikap pensyarah yang mementingkan penampilan
sebagai seorang pendidik, berkebolehan mengurus dan mengawal bilik kuliah, prihatin
dengan setiap keperluan pelajar dan berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dengan
pelajar dengan memastikan dirinya, sebagai seorang pensyarah bersikap terbuka dalam
pergaulan dan menerima dengan terbuka setiap pandangan para pelajar. Di samping itu
pensyarah juga perlu mudah dihubungi bagi membolehkan perjumpaan diadakan, bagi
membincangkan masalah pengajaran.
1.9 Penutup
Pensyarah mempunyai tugas penting dalam mengajar sesuatu mata pelajaran,
tanggungjawab itu tidak setakat mengajar sahaja malah merancang pengajarannya supaya
pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat menguasai kemahiran yang diajarnya. Dalam
hal demikian, pensyarah perlu menpunyai kepakaran dalam matapelajaran yang di ajar
serta berpengetahuan dalam mata pelajaran tersebut agar ilmu yang disampaikan dapat
mendidik dan membentuk perlakuan manusia agar pengajaran yang disampaikan itu