i AUTOMATED VENDING MACHINE SYSTEM MOHD HASYIM BIN MOHAMMAD ALI Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat) Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MEI 2007
150
Embed
i AUTOMATED VENDING MACHINE SYSTEM MOHD HASYIM BIN ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
i
AUTOMATED VENDING MACHINE SYSTEM
MOHD HASYIM BIN MOHAMMAD ALI
Laporan Projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat)
Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2007
iii
Teristimewa untuk ayah dan ibu yang tersayang,
Yang banyak berkorban dan mendoakan kejayaan anak
serta
Abang, adik serta sahabat-sahabat, rakan seperjuagan, staf-staf Infotech Net
Yang memahami perjalanan kehidupan ini
Terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian
Doa, jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang selama-lamanya
Semoga Allah memberikan kebahagian dan meredhai kehidupan kita semua
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya serta keredhaanNya dapatlah saya menyelesaikan sepenuhnya Projek I
Sarjana Muda ini pada masa yang telah ditetapkan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr.
Safaai Deris selaku penyelia disepanjang pembangunan projek I ini, di mana beliau telah
banyak membantu, memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyelidikan
projek ini. Penghargaan yang tidak terkira buat ibu bapa dan keluarga saya, yang
banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan seperjuangan
terutamanya kepada ahli-ahli Pulai Rovers Foundation yang banyak memberi pendapat,
galakan, semangat, sokongan moral dan kritikan membina sepanjang perlaksanaan
projek.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan projek ini dan
semoga jasa baik kalian akan dirahmati dan diberkatiNya.
v
ABSTRAK
Mesin runcitan merupakan satu perniagaan yang boleh diceburi oleh
individu, organisasi dan kerajaan. Terdapat pelbagai jenis mesin runcitan yang
terdapat dipasaran seperti mesin runcitan untuk produk makanan dan minuman
terutamanya. Kini terdapat satu lagi jenis mesin runcitan yang telah lama berada
di pasaran tetapi di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan
lain-lain iaitu mesin runcitan kad tambah nilai. Kelebihan mesin ini dengan yang
lain adalah mesin ini akan dilengkapi dengan sistem AVMS. Terdapat 8 modul
di dalam sistem AVMS iaitu modul perakaunan, modul inventori, modul
maklumat lokasi dan mesin, modul penyelenggaraan mesin, modul penjanaan
laporan, modul penarafan produk dan jualan, modul pengiraan margin untung
dan rugi, modul alat penganalisaan grafik, dan modul penjadualan pengiklanan
media elektronik. Produk yang bakal disiapkan akan menjadi produk utama
kepada syarikat Infotech Net. Bagi memastikan projek ini dapat dibangunkan
dengan teratur, pembangun memilih metodologi prototaip penjelajahan
vi
ABSTRACT
Nowadays, sales using the vending machines are increasingly popular.
This business can be ventured by almost anyone; i.e individuals, private
organizations or governmental bodies. In the market today, there are different
varieties of vending machine that sells a whole variety of food and beverages.
Currently there's a new vending machine which is hitting into our market;
Prepaid Vending Machines. These vending machines have long been introduced
in countries like the United State and United Kingdom but only recently in our
country,making it a great potential that is yet to be tapped. One advantage of this
machine is that it will be equipped with an AVMS system and a monitor
screen,unlike the ones that are currently available on the market today. The
AVMS system would consists some of modules which are : an accounting
module, inventory module, machine positioning information module,
penentusahan dan pengesahan dan fasa operasi dan penyelenggaraan. Di dalam
setiap fasa akan mempunyai batu tanda tersendiri. Batu tanda merupakan titik akhir
aktiviti dalam sesuatu fasa. Ia menerangkan siri hasilan bagi setiap fasa dan hasil
setiap fasa boleh dikemukakan kepada pelanggan mengenai prestasi projek.
3.3.1 Fasa Perancangan
Di dalam fasa perancangan ini, matlamat utama yang perlu diketahui adalah
untuk menentukan objektif, skop, matlamat projek dan pernyataan masalah. Masalah
yang dihadapi pada sistem operasi mesin runcitan dikenalpasti melalui kaedah
pemerhatian, dan pengujian ke atas mesin runcitan. Kajian dilakukan ke atas salah
sebuah mesin runcitan kad tambah nilai di Restoran Habib, Taman Tampoi Indah,
Johor, Malaysia. Mesin ini adalah kepunyaan perniagaan Infotech Net (ITN).
Kaedah temubual juga dilakukan dengan salah sebuah syarikat pembekal mesin
runcitan iaitu Express Top Up Sdn Bhd. Hasil daripada temubual, pemerhatian,
pengujian yang dilakukan maka objektif dan skop projek dapat dikenalpasti. Selepas
itu pencarian maklumat melalui Internet juga dilakukan iaitu dengan melayari
beberapa laman web berkenaan mesin runcitan seperti laman web pembekal mesin
runcitan, pembekal alat-alat mesin runcitan dan contoh-contoh beberapa laman web.
42
Di dalam fasa perancangan ini, pembangunan projek dilakukan dengan
mengenalpati keperluan perkakasan dan perisian yang akan digunakan. Sebelum
membuat pemilihan keperluan, maklumat mengenai segala perisian yang terdapat
dipasaran dikaji melalui Internet, buku-buku dan artikel-artikel komputer agar ia
bersesuaian dengan projek yang ingin dibangunkan. Segala aktiviti-aktiviti yang
terlibat dalam proses pembangunan projek ini disusun dan dirancang mengikut
penjadualan dan perancangan projek yang telah dibuat dengan carta gantt.
Penjadualan projek dilakukan agar anggaran masa untuk mencapai setiap batu tanda
tercapai. Perancangan yang baik dapat mengelakkan masalah-masalah seperti
kelewatan aktiviti atau pengulangan fasa yang kerap berlaku dan dapat menghasilkan
spekulasi kos dan jadual kerja yang rapi dan tepat sebagaimana yang dirancangkan.
3.3.2 Fasa Analisis Keperluan
Matlamat utama fasa ini adalah untuk mengenalpasti keperluan sistem yang
digunakan dalam pembangunan projek dan menganalisa masalah yang dihadapi oleh
agen insurans. Maklumat yang diperolehi daripada kerja-kerja fasa perancangan
dianalisa untuk mengenalpasti bahasa pengaturcaraan, pelayan web, protokol-
protokol, perkakasan dan perisian yang digunakan. Kajian mengenai bahasa
pengaturcaraan yang digunakan amatlah penting agar ia memberi kepuasaan yang
maksimum kepada pengguna. Maklumat mengenai protokol-protokol yang
berkenaan dengan e-mel dikaji agar pemilihan yang dilakukan adalah pemilihan yang
terbaik. Kebaikan dan kelemahan setiap perisian turut dikenalpasti dan dijadikan
sebagai panduan dalam fasa-fasa berikutnya.
Masalah sistem semasa mesin runcitan yang dihadapi juga dianalisa dan
kajian terperinci dilakukan untuk membolehkan maklumat yang lebih terperinci
diperolehi. Kajian tambahan seperti kajian mengenai operasi dan prosedur kerja
yang dilakukan agar rangka sistem dapat dihasilkan. Penentuan dari segi
keselamatan sistem terutamanya dari segi data dilakukan kerana ia merupakan aspek
dalam pembangunan sistem.
43
Sebelum proses pembangunan projek dimulakan, kajian terhadap metodologi
yang digunakan juga dikenalpasti kerana di dalam metodologi terdapat panduan-
panduan yang dapat membantu dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan
projek. Metodologi prototaip penjelajahan dipilih dalam pembangunan projek ini.
3.3.3 Fasa Rekabentuk
Fasa rekabentuk adalah lanjutan daripada fasa analisis keperluan.
Rekabentuk dan pembangunan perisian merupakan satu proses penukaran idea
(spesifikasi) kepada kenyataan. Terdapat dua strategi rekabentuk yang utama iaitu
rekabentuk berstruktur dan rekabentuk berorientasikan objek. Dalam pembangunan
projek ini, rekabentuk berorientasikan objek digunakan kerana sistem yang
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Oleh itu, aktiviti yang
dilakukan semasa dalam proses rekabentuk sistem adalah berdasarkan kepada kaedah
UML kerana kaedah ini berorientasikan objek. Kaedah UML ini digunakan untuk
merekabentuk lakaran Rajah Kes Guna, Rajah Jujukan, Rajah Kolaborasi dan
rekabentuk pangkalan data agar ia memudahkan kerja-kerja di fasa implementasi.
Dalam fasa ini, lakaran rekabentuk pangkalan data bagi pangkalan data utama
kurnia insurans dilakarkan dengan menggunakan perisian Logic Erwin. Lakaran
bentuk ini penting kerana ia merupakan proses permulaan untuk mengenalpasti entiti
dan atribut yang terlibat sebelum sistem pangkalan data diwujudkan. Tujuan lakaran
rekabentuk pangkalan data dibuat adalah untuk memudahkan pembetulan terhadap
lakaran rekabentuk pangkalan data iaitu dari segi entiti dan atribut yang terlibat.
Rekabentuk awalan antaramuka pengguna sistem dilakarkan mengikut
keperluan pengguna. Antaramuka pengguna sistem dipecahkan kepada 2 bahagian
iaitu antaramuka pengguna sistem dan antaramuka sistem bagi pentadbir sistem.
44
3.3.4 Fasa Implementasi
Pada fasa implementasi ini segala perisian, perkakasan dan program aplikasi
digunakan sepenuhnya untuk menukarkan atau menterjemahkan rekabentuk-
rekabentuk yang dilakarkan ke dalam bentuk kod aturcara dengan menggunakan
keperluan perkakasan, perisian, teknologi dan protokol yang telah ditentukan. Kerja-
kerja pengkodan menjadi mudah jika di fasa rekabentuk dan fasa analisis yang
dilakukan betul jikalau tiada pengulangan fasa perlu dilakukan. Di dalam fasa ini,
segala ralat yang berlaku selepas kod aturcara dikompil diperbetulkan dan dikompil
semula sehingga tidak terdapat ralat lagi.
3.3.5 Fasa Penentusahan dan Pengesahan
Sistem yang siap dibangun perlu melalui proses pengujian untuk
mengesahkan sistem betul-betul dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna
sebelum sistem ini diserahkan kepada pengguna. Pengujian ini dilakukan dengan
beberapa sampel data digunakan untuk menguji, mengesah dan menyemak. Hasil
output yang diperolehi daripada sistem dibandingkan dengan output yang
dijangkakan. Contohnya seperti dalam antaramuka pengiraan, hasil yang diperolehi
daripada pengiraan sistem semasa dengan hasil yang diperolehi daripada sistem yang
dibangunkan dibandingkan dan jika didapati terdapat perbezaan maka sistem perlu
dibetulkan seperti memeriksa kod aturcara atau formula yang digunakan.
3.3.6 Fasa Operasi dan Penyelenggaraan
Setelah sistem berjaya diuji, maka sistem dipasang dan pengguna iaitu agen
insurans boleh menggunakan sistem tersebut. Proses penyerahan sistem untuk
digunakan oleh pengguna perlu mengikuti perancangan yang telah ditetapkan seperti
latihan, manual, dan sokongan teknikal. Latihan mengenai cara penggunaan sistem
45
dari segi fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem disediakan. Proses
penyelenggaraan dilakukan apabila terdapat ralat yang tidak dapat dikesan semasa
fasa penentusahaan dan pengesahan. Proses penyelenggaraan perlu dilakukan
apabila terdapat perubahan untuk meningkatkan lagi keupayaan sistem dengan
membuat penambahan beberapa fungsi seperti fungsi untuk menghubungkan dengan
sistem yang lain.
3.4 Analisis Keperluan Sistem
Analisis keperluan sistem ini perlu untuk mengetahui keperluan perkakasan
dan perisian yang digunakan untuk membangunkan projek ini. Ia membantu
pembangun untuk menglengkapkan segala keperluan sebelum memulakan
pembangunan projek.
3.4.1 Justifikasi Perkakasan
Perkakasan yang digunakan dalam pembangunan sistem dan juga perkakasan
untuk pengujian berserta dengan penerangan bagi setiap perkakasan terdapat pada
Jadual 3.1.
46
Jadual 3.1: Spesifikasi pekakasan
Jenis Perkakasan Keperluan
Komputer • Sistem pengoperasian – Microsoft 2000 profesional
• Pemproses - Intel Pentium IV 2.0 GHz
• Cakera keras - 300 GB SATA ruang storan
• RAM – 2 GB .
• Kad Rangkaian
Perkakasan komputer ini digunakan bagi bahagian
pelayan.
Komputer • Sistem pengoperasian - Linux
• Pemproses - Intel Pentium IV Duo 3.0 GHz
• Cakera keras - 600 GB SATA ruang storan
• RAM – 4 GB .
• Kad Rangkaian
• Modem ADSL
• Perkakasan komputer ini digunakan bagi bahagian
pelanggan di dalam mesin runcitan
Telefon bimbit Digunakan untuk menerima mesej daripada pelayan data
Mesin Runcitan • Set lengkap papan terbenam
3.4.2 Justifikasi Perisian
Kajian ke atas beberapa jenis perisian yang dapat menyokong bahasa
pengaturcaraan java dilakukan agar ia bersesuaian dengan kehendak pasaran dan
kehendak pengguna. Hasil daripada kajian yang dilakukan, maka terdapat beberapa
jenis perisian dikenalpasti. Senarai perisian yang akan digunakan dan penerangan
mengenai setiap perisian dapat di rujuk pada Jadual 3.2.
47
Jadual 3.2: Spesifikasi perisian
Jenis perisian Keperluan
MySQL Digunakan untuk membangunkan
pangkalan data utama insurans
Jakarta-Tomcat-4.1.29-LE-jdk14 Digunakan sebagai web server.
J2ME (Java 2 Micro Edition) Tujuan untuk menerima mesej peringatan
daripada pelayan data
Pelayar web 6.0 Untuk paparkan sistem
J2sdk1.4.1_05 Sebagai untuk mengendalikan bahasa
pengaturcaraan java dan dapat
menyokong perpustakaan JCE.
Macromedia Dreamweaver Mx 2006 Membangunkan sistem pada bahagian
pelanggan.
3.4.3 Spesifikasi Input
Spesifikasi input bagi pembangunan sistem adalah berbeza mengikut modul-
modul antaramuka. Contohnya, input dalam modul antaramuka pengesahan staf
teknikal adalah katanama, katalaluan dan no pekerja. Bagi modul antaramuka tambah
kad, input yang perlu dimasukkan adalah kod kad dan juga bilangan kad. Bagi
modul wang, input yang perlu dimasukkan adalah bilangan duit RM 1, RM 2, RM 5,
RM 10, RM 50 dan RM 100. Input yang perlu dimasukkan pada bahagian
antaramuka pengiklanan adalah tarikh, masa, kekerapan, bilangan hari dan lokasi
mesin.
3.4.4 Spesifikasi Output
Input yang dimasukkan oleh pengguna diproses dan mengeluarkan output
contohnya adalah output yang terhasil daripada input yang dimasukkan dalam modul
48
antaramuka perakaunan iaitu bilangan jualan kad, jumlah wang, jumlah wang
sangkut, dan bilangan kad hilang. Nilai ini pula akan menjadi input kepada modul
antaramuka penganalisaan dan hasil outputnya boleh dicetak atau disimpan.
3.5 Andaian dan Kekangan
Andaian terhadap sistem ini ialah dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh
kesemua agen insurans di seluruh malaysia secara amnya dan sistem atas talian ini
akan menjadi penting pada masa hadapan. Kekangan bagi sistem ini adalah
pembangunan sistem ini memerlukan perkhidmatan Internet untuk membolehkan ia
dapat berfungsi.
BAB IV
REKABENTUK AWALAN
4.1 Aliran Kerja Fasa Keperluan
Rajah kes guna dihasilkan dalam pengaliran kerja fasa keperluan ini bagi
memberikan gambaran yang jelas mengenai aktor yang terlibat di dalam
pembangunan sistem. Rajah kes guna adalah terdiri daripada aktor dan kes guna.
Aktor menunjukkan persekitaran sistem manakala kes guna menunjukkan fungsi bagi
sistem.
4.1.1 Rajah Kes Guna Sistem
Di dalam Rajah Kes Guna Sistem terdapat satu aktor dan sembilan kes guna
yang digunakan. Kes guna adalah mewakili proses-proses dalam sistem. Melalui
rajah ini, gambaran mengenai sistem insurans dapat dilihat dengan lebih jelas apakah
fungsi atau keupayaan yang terdapat dalam sistem. Rajah 4.1 di bawah adalah Rajah
Kes Guna bagi Sistem Insurans Atas Talian. Penerangan bagi setiap aktor dan kes
guna diterangkan dalam Rajah 4.1.
50
AVMS
<<actor>> Sistem
Penjualan kad
Tambah dan kemaskini inventori
Kemaskini dan Capai maklumat lokasi dan mesin
Jabatan IT
Cetak laporan dan graf
Kemaskini dan Capai maklumat penyelenggaraan
Sedia dan analisa Penyata Akuan
Jabatan Penyelenggaraan
Analisa penarafan produk dan jualan
Kira margin
Sediakan jadual pengiklanan media elektronik
Jabatan Pemasaran dan
Jualan
Jabatan Pembelian
Jabatan Akaun
Daftar dan Kemaskini akaun id sistem
Rekabentuk format laporan dan graf
Login
Rajah 4.1: Rajah Kes Guna bagi AVMS
51
4.1.2 Keterangan Aktor
Terdapat enam aktor yang terlibat di dalam sistem yang dibangunkan iaitu:
i. Jabatan Penyelenggaraan
ii. Jabatan Akaun
iii. Jabatan Pemasaran dan jualan
iv. Jabatan pembelian
v. Jabatan IT
vi. Sistem penjualan kad
4.1.2.1 Jabatan Penyelenggaraan
Aktor ini terdiri daripada staf-staf di jabatan penyelenggaraan yang
menggunakan internet untuk mencapai IVS. Aktor dapat mencapai modul laporan,
penyelenggaraan, dan maklumat lokasi dan mesin.
Kemaskini dan Capai maklumat lokasi dan mesin
Cetak laporan dan graf
Kemaskini dan Capai maklumat penyelenggaraan
Jabatan Penyelenggaraan
Login
Rajah 4.2: Rajah Aktor bagi Jabatan Penyelenggaraan
52
4.1.2.2 Jabatan Akaun
Aktor ini terdiri daripada staf-staf di jabatan akaun dari pengurus sehingga ke
level kerani. Sistem ini dicapai dengan menggunakan internet. Aktor dapat
mencapai modul akaun dan laporan.
Cetak laporan dan graf
Sedia dan Analisa Penyata Akuan
Jabatan Akaun
Login
Rajah 4.3: Rajah Aktor bagi Jabatan Akaun
4.1.2.3 Jabatan pemasaran dan jualan
Aktor ini terdiri daripada staf-staf di jabatan pemasaran dan jualan. Sistem
dicapai daripada pejabat dengan menggunakan internet. Aktor dapat mencapai
modul inventori, mencetak laporan dan graf, menganalisa penarafan produk dan graf,
mengira margin untung rugi dan menyediakan jadual pengiklanan.
53
Sediakan jadual pengiklanan media elektronik
Kira margin
Analisa penarafan produk dan jualan
Cetak laporan dan graf
Login
Jabatan Pemasaran dan
Jualan
Tambah dan Kemaskini inventori
Rajah 4.4: Rajah Aktor bagi Jabatan Pemasaran dan Jualan
4.1.2.4 Jabatan Pembelian
Aktor ini terdiri daripada staf-staf di jabatan pembelian daripada pengurus
sehingga kerani. Aktor dapat mencapai beberapa modul iaitu modul mencetal
laporan dan graf, mengemaskini dan mencapai maklumat lokasi dan mesin dan
modul mengira margin untung dan rugi.
54
Login
Cetak laporan dan graf
Kira margin Jabatan
Pembelian
Kemaskini danCapai maklumat lokasi dan mesin
Rajah 4.5: Rajah Aktor bagi Jabatan Pembelian
4.1.2.5 Jabatan IT
Aktor ini terdiri daripada staf-staf di jabatan penyelenggaraan yang
menggunakan internet untuk mencapai IVS. Aktor ini dapat mencapai modul
merekabentuk format laporan dan graf, dan mendaftar dan mengemaskini akaun id
sistem.
Rekabentuk format laporan dan graf
Daftar dan Kemaskini akaun id sistem
Login
Jabatan IT
Rajah 4.6: Rajah Aktor bagi Jabatan IT
55
4.1.2.6 Sistem Penjualan Kad
Aktor ini merupakan aktor luar iaitu sebuah sistem luar dan sistem ini
diintegrasi dengan sistem IVS. Aktor ini dapat mencapai kes guna menyedia dan
menganalisa penyata akaun, menambah dan mengemaskini inventori, mencetak
laporan dan graf, dan menganalisa penarafan produk dan jualan. Aktor ini bergerak
secara aotomatik dan ia berfungsi untuk memberi maklumat dan menerima maklumat
daripada IVS.
`
Menyedia dan menganalisa Penyata Akuan
Menambah dan mengemaskini inventori
Mencetak laporan dan graf
Menganalisa penarafan produk dan jualan
<<Actor>> Sistem Penjualan kad
Rajah 4.7: Rajah Aktor bagi Sistem Penjualan Kad
4.1.3 Keterangan Kes Guna
4.1.3.1 Sedia dan analisa penyata akaun
Use Case Name : Sedia dan Analisa Penyata Akuan Primary Actor : Jabatan akaun
56
Secondary Actor/Stakeholder
: Sistem penjualan kad
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka akaun dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - Staf akaun memasukkan kata login, katalaluan dan nopekerja. - Sistem akan memaparkan modul Perakaunan. - Akan terdapat beberapa submenu iaitu kos perbelanjaan, harga pembelian kad, harga pembelian mesin dan laporan akaun.
4.1.3.2 Tambah dan kemaskini inventori
Use Case Name : Tambah dan kemaskini inventori Primary Actor : Jabatan pemasaran dan jualan Secondary Actor/Stakeholder
: Sistem penjualan kad
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka Inventori dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf memasukkan katalogin, katalaluan dan idpekerja. Sistem akan memaparkan modul inventori. - Di dalam antaramuka terdapat beberapa menu seperti menambah, menolak dan memindah bekalan.
57
4.1.3.3 Kemaskini dan capai maklumat lokasi dan mesin
Use Case Name : Kemaskini dan capai maklumat lokasi dan mesin Primary Actor : Jabatan penyelenggaraan Secondary Actor/Stakeholder
: Jabatan Pembelian
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka Inventori dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf memasukkan katalogin, katalaluan dan idpekerja. Sistem akan memaparkan modul maklumat mesin dan lokasi. - Di dalam antaramuka terdapat beberapa menu seperti menambah, menolak dan pemindahan mesin dan alat ganti.
4.1.3.4 Kemaskini dan capai maklumat penyelenggaraan
Use Case Name : Kemaskini dan capai maklumat penyelenggaraan Primary Actor : Jabatan Penyelenggaraan Secondary Actor/Stakeholder
:
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka Inventori dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf memasukkan katalogin, katalaluan dan idpekerja. Sistem akan memaparkan antaramuka modul penyelenggaraan . - Di dalam antaramuka terdapat beberapa menu seperti menambah, menolak dan pemindahan alat ganti.
58
4.3.1.5 Cetak laporan dan graf
Use Case Name : Cetak laporan dan graf Primary Actor : Jabatan Pembelian, jabatan pemasaran dan jualan,
jabatan penyelenggaraan dan jabatan akaun Secondary Actor/Stakeholder
:
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka mencetak laporan dan graf dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - klik pada menu laporan dan submenu dipaparkan. Klik pada submenu yang berkaitan dan antaramuka laporan dipaparkan. - masukkan tarikh
4.1.3.6 Analisa penarafan produk dan jualan
Use Case Name : Analisa penarafan produk dan jualan Primary Actor : Jabatan Pemasaran dan jualan Secondary Actor/Stakeholder
: Sistem penjualan kad
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka penarafan produk dan jualan dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf milih submenu pemilihan penarafan produk atau submenu penarafan jualan. - nilai-nilai yang diperlukan akan diperolehi daripada pangkalan data dan staf hanya perlu memasukkan tarikh dan lokasi mesin. - sistem akan menjalankan analisa dan menghasilkan jawapan daripada didalam bentuk laporan ringkas.
59
4.1.3.7 Kira margin
Use Case Name : Kira margin Primary Actor : Jabatan Pembelian Secondary Actor/Stakeholder
: Jabatan pemasaran dan jualan
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka margin dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - klik pada menu margin dan antaramuka margin dipaparkan. - staf nemasukkan nilai-nilai seperti nilai kos kad, sewa tapak, gaji staf, dan kos penyelenggaraan. - sistem akan menjalankan analisa dan menghasilkan jawapan daripada didalam bentuk laporan ringkas.
4.1.3.8 Sediakan jadual pengiklanan media elektronik
Use Case Name : Sediakan jadual pengiklanan media elektronik Primary Actor : Jabatan Pemasaran dan jualan Secondary Actor/Stakeholder
:
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka pengiklanan dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf memilih menu pengiklanan dan antaramuka pengiklanan dipaparkan. - terdapat menu menambah pengiklanan, mengubah pengiklanan, membuang pengiklanan, dan memapar jadual pengiklanan.
60
4.1.3.9 Rekabentuk format laporan dan graf
Use Case Name : Rekabentuk format laporan dan graf Primary Actor : Jabatan IT Secondary Actor/Stakeholder
:
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka admin dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - Staf memilih jenis laporan yang sedia ada dan mengaktifkan laporan mengikut userid - merekabentuk laporan daripada perisian crystal report.
4.1.3.10 Mendaftar dan mengemaskini akaun id sistem
Use Case Name : Mendaftar dan mengemaskini akaun id sistem Primary Actor : Jabatan IT Secondary Actor/Stakeholder
:
Preconditions : Postconditions : - Paparan pengesahan sistem dipaparkan
- Antaramuka admin dipaparkan dan terdapat beberapa butang.
Flow of Events : - staf memilih menu userid dan antaramuka user dipaparkan. Daripada antaramuka tersebut staf it boleh menambah, membuang dan mengubah userid sistem
61
4.2 Aliran Kerja Fasa Analisis
Fasa analisis adalah satu-satunya fasa yang mempunyai tiga rajah di dalam
satu fasa. Rajah-rajah yang terdapat di dalam fasa ini adalah Rajah Jujukan, Rajah
Kerjasama dan Rajah Kelas. Secara umumnya ketiga-tiga rajah ini mempunyai satu
matlamat iaitu menunjukkan satu proses atau tranksaksi antara satu objek dengan
objek lain. Dalam proses membangunkan sistem untuk agen insurans, rajah-rajah ini
merupakan lakaran awalan untuk menunjukkan proses-proses yang berlaku.
4.2.1 Rajah Jujukan
Rajah Rujukan dilakarkan berpandukan kepada Rajah Kes Guna di mana di
dalam rajah jujukan ini menunjukkan proses-proses yang berlaku dalam sistem.
Rajah Jujukan sistem dan penerangan dapat dirujuk pada Lampiran B
4.2.2 Rajah Kelas
Rajah kelas sistem terdiri daripada kelas-kelas atau objek-objek yang
mempunyai atribut, kelakuan dan hubungan yang sama dengan objek-objek lain.
Rajah kelas sistem dan penerangan dapat dirujuk pada Lampiran C.
62
4.3 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk
Fasa rekabentuk adalah lanjutan daripada fasa keperluan dan analisis. Tujuan
fasa rekabentuk ini adalah untuk menghasilkan satu seni bina sistem yang memenuhi
keperluan kualiti dengan cara yang paling kos-efektif. Rekabentuk antaramuka
sistem dilakarkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamwever MX
2004 dan rekabentuk pangkalan data dilakarkan dengan menggunakan perisian
Erwin. Tujuan lakaran rekabentuk pengkalan data dilakarkan adalah untuk
mengenalpasti kekunci utama dan kekunci asing. Kedua-dua kekunci ini penting
dalam membuat hubungan antara satu entiti dengan entiti yang lain agar maklumat
dapat dicapai.
4.3.1 Rekabentuk Antaramuka Sistem
Struktur senibina sistem dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu bahagian
pelanggan, aplikasi pelayan dan pelayan data. Di dalam bahagian pelanggan terdapat
pelayar web dan mesin runcitan. Bahagian kedua iaitu bahagian applikasi pelayan
iaitu bahagian dimana semua teknologi seperti servlet, IVS, pelayan e-mel, dan
pangkalan data diinstalasi. Mesin runcitan dan pelayar web pada bahagian
pelanggan boleh mencapai bahagian kedua dengan menggunakan protokol HTTP.
Proses yang berlaku antara bahagian pelanggan dengan bahagian pelayan aplikasi
adalah pelanggan perlu membuat permintaan daripada pelayan aplikasi untuk
menjalankan IVS, pelayan akan menjalankan sistem dan menghantarkan maklumat
yang dikehendaki kepada pelanggan. Pelayan aplikasi mencapai data daripada
pangkalan data dengan menggunakan JDBC. Proses yang berlaku antara bahagian
AVMS dengan pangkalan data adalah sistem menghantar arahan kepada pangkalan
data, dan pangkalan data akan memproses dan menghantar maklumat kepada AVMS.
Keterangan di atas dapat dilihat dalam Rajah 4.8.
63
Mesin Runcitan
Pelayar web
Pelanggan Pelayan Data dan Aplikasi
Jabatan IT
Secure Socket Layer (SSL)
Rajah 4.8: Senibina Sistem
Senibina bagi pelayan perkhidmatan mesej pendek dengan pelayan e-mel
diinstalasi pada pelayan aplikasi. Pelayan data berhubung dengan pelayan
perkhidmatan mesej pendek dengan menggunakan sambungan Internet atau
sambungan rangkaian setempat dan pelayan perkhidmatan mesej pendek berhubung
dengan pelayan e-mel dengan menggunakan sambungan Internet.
Rajah 4.3 di bawah menunjukkan senibina bagi e-mel. Apabila pelayan data
menghantar e-mel kepada pelanggan maka ia perlu melalui pelayan e-mel dan
penghantaran ini menggunakan protokol SMTP.
64
Pelayan Aplikasi Pelanggan
Internet
SMTP
Rajah 4.9: Senibina bagi e-mel
65
Rajah 4.10: Rekabentuk Antaramuka Pelanggan
Antaramuka pelanggan dibangunkan untuk mendaftar pelanggan baru
dengan memasukkan nama dan syarikat.
66
Rajah 4.11: Rekabentuk Antaramuka Pembekal
Antaramuka pembekal untuk membuat pendaftaran pembekal – pembekal
barang-barang dalam mesin.
67
Rajah 4.12: Rekabentuk Antaramuka Pembekal
Antaramuka di atas adalah berfungsi untuk mendaftar produk-produk yang
dijual dalam mesin. Segala produk perlu didaftarkan terlebih dahulu dengan mengisi
beberapa butiran. Segala maklumat produk akan dihubungkan dengan mesin
runcitan.
Persian VendaCom merupakan sebuah perisian yang dibangunkan oleh
syarikat vendapin. Perisian ini boleh diintegrasikan dengan papan litar mesin
runcitan yang dikenali sebagai CECB4. Segala maklumat didalam CECB4 akan
disimpan didalam pangkalan data Vendacom. Pangkalan data vendacom akan
diintegrasikan dengan pangkalan data AVMS. Maka dengan itu segala maklumat
yang terdapat didalam CECB4 akan dapat dilihat melalui sistem AVMS.
68
Rajah 4.13: Rekabentuk Antaramuka Perisian Vendacom 5.09 bagi meter dispenser
Rajah 4.13 menunjukkan salah satu antaramuka yang terdapat didalam
perisian Vendacom 5.09. Antaramuka ini berfungsi untuk mendapatkan data
mengenai bilangan jualan bagi setiap dispenser card. Segala maklumat diperolehi
daripada CECB4 dan disimpan didalam pangkalan data Vendacom dan juga
pangkalan data AVMS.
69
Rajah 4.14: Antaramuka General Parameters & Status
Antaramuka di atas menyimpan maklumat mengenai status dispenser seperti
maklumat jammed, low, and sold out. Maklumat ini merupakan maklumat yang
amat dikehendaki. Daripada maklumat tersebut, maka juruteknik perlu menambah
produk dan membaiki jika mesej jammed dipaparkan.
4.4 Ringkasan
Dalam bab ini telah diterangkan secara terperinci mengenai sistem semasa
dan juga sistem yang dibangunkan. Penerangan yang dibuat adalah berdasarkan
konsep pembangunan berorientasikan objek. Dalam bab ini juga diterangkan secara
70
terperinci setiap modul dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam yang terdapat dalam
sistem semsa dan sistem yang dibangunkan.
BAB V
RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1 Ringkasan Eksekutif
AVMS merupakan sebuah sistem yang dapat diimplemetasikan pada semua
jenis mesin runcitan. Tujuan utama sistem ini adalah untuk membolehkan
pengurusan mesin runcitan secara atas talian dengan bersistematik dapat
dilaksanakan. Sistem ini dibangunkan sebagai penyelesaian kepada masalah
pengurusan mesin runcitan yang timbul di kalangan pengusaha-pengusaha syarikat
mesin runcitan. Sistem ini juga dilengkapi dengan modul pengiklanan elektronik
dimana ia menjelaskan keuntungan yang bakal diperolehi menerusi jualan ruang
iklan menerusi mesin yang sesuai untuk B2B, B2C dan juga C2C.
AVMS akan dikendalikan oleh Infotech Net yang berpengalaman dalam
dunia perniagaan semenjak tahun 2004. Infotech Net telah berkembang dengan
mempunyai 8 pekerja dalam tempoh 2 tahun dan mendapat kepercayaan daripada
syarikat Ethnic Sdn Bhd untuk mengendalikan projek IT sekolah bagi 30 buah
sekolah disekitar batu pahat. Infotech Net juga telah mula menceburi bidang sukan
dan telah mengendalikan 2 pertandingan sukan iaitu Mountain Bike Challenge dan
BMX Flatland dengan berkerjasama dengan Pesta Konvokesyen ke-38 Universiti
Teknologi Malaysia yang telah berlangsung pada 24 dan 25 March 2007.
72
Projek AVMS ini telah dimulakan semenjak Ogos 2006 dengan
menggunakan infrastruktur asas dan membelanjakan sebanyak RM 20,000 yang
disediakan oleh Infotech Net. Projek ini memerlukan pembiayaan kewangan lagi
untuk kerja-kerja penyelidikan, pembangunan, dan pemasaran sebanyak RM
100,000.
AVMS dijangka akan dapat mengisi kekosongan ruang pasaran yang ada dan
menjana pendapatan daripada operasi pengiklanan dan penjualan mesin serta sistem
bermula daripada awal tahun 2008..
5.1.1 Matlamat
Matlamat projek AVMS adalah untuk menguasai industri mesin runcitan dan
pengiklanan di kalangan entiti perniagaan dan individu menerusi perniagaan di
seluruh malaysia dan luar negara dengan catatatn keuntungan kasar sebanyak RM 2
juta menjelang penghujung tahun 2009.
5.1.2 Misi
AVMS adalah merupakan sebuah sistem yang dibangunkan khusus bagi
semua jenis mesin runcitan. AVMS dapat diintegrasikan dengan semua jenis mesin
runcitan yang dikeluarkan daripada beberapa pengeluar mesin.
73
5.1.3 Kunci Kejayaan
Kunci kejayaan bagi Infotech Net adalah:
i. Pemasaran – Pemasaran tanpa sempadan dan memperkenalkan nama
ii. Maklum balas - memberi maklum balas dengan cepat melalui telefon
iii. Kualiti – Menggunakan barang yang berkualiti dengan memberi
jaminan 100%.
iv. Perhubungan - Menjaga perhubungan yang baik dengan pelanggan
v. Perkhidmatan – Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
5.2 Pengurusan dan Organisasi
Infotech Net adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah
berdaftar Pendaftar Syarikat dan ditubuhkan pada 20 julai 2004. Syarikat ini
diasaskan oleh seorang tenaga pakar sistem maklumat yang berkelulusan Sarjana
Muda Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia dan seorang tenaga pakar
didalam elektronik yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-
Mekatronik di Universiti Teknologi Malaysia. Perniagaan ini dikendalikan dan hak
milik sepenuhnya oleh dua pemilik sahaja iaitu Mohd Hasyim Bin Mohammad Ali
dan Mohd Azhar Bin Mohammad Ali.
Infotech Net ditubuhkan dengan modal berbayar RM10,000 dan sedang
dalam proses untuk meningkatkan modal berbayar kepada RM50,000 sebelum
penghujung tahun 2006. Perniagaan ini menggunakan sepenuhnya teknologi sistem
74
maklumat. Infotech Net menyediakan perkhidmatan kepada syarikat swasta,
kerajaan dan individu. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:
i. Pembangunan Perisian, Multimedia dan Aplikasi
ii. Latihan ICT
iii. Perunding
iv. Wakil Jualan Produk Tmnet
v. Membekal dan instalasi komputer, CCTV, dan Sistem
vi. Rangkaian
a. Rekabentuk Struktur Rangkaian
b. Perunding Rangkaian
c. Menginstalasi Rangkaian
5.2.1 Maklumat Syarikat
Jadual 5.1 dibawah menunjukkan profil perniagaan Infotech Net. Rajah 5.1
menunjukkan borang D iaitu sijil pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
75
Jadual 5.1: Profil Perniagaan Maklumat Syarikat Nama Syarikat : INFOTECH NET No. Syarikat : JM0408943-X No. Kementerian Kewangan : 357-02081364 Alamat Operasi : Suite IT 1, Kompleks Usahawan Teknologi Mara, Technovation Park, 81310 Skudai Johor Darul Takzim. Pemilikan : 100% Bumiputera Tel No. : 07-5520903 No. Fax : 07-5211295
Kewangan Nama Bank : Bumiputra-Commerce Bank Berhad Cawangan : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Alamat : Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor No. Tel : 07-557 7103 No. Fax : 07-557 0855 No. Akaun Semasa : 0118-000425105-8
76
Rajah 5.1: Borang D
77
Rajah 5.2: Sijil Kementerian Kewangan
78
Rajah 5.3: Sijil Pengiktirafan Bumiputera
79
5.2.2 Carta Organisasi
Infotech Net terdiri daripada tujuh staf dimana seorang sahaja staf berkhidmat
sepenuh masa dan enam yang lain berkerja separuh masa. Rajah dibawah
menunjukkan carta organisasi Infotech Net.
M OHD FARIS BIN
ADANAN Graphics & Multimedia
MOHD RUZALMI BIN IBRAHIM
System Computer & Communication
Executive
MD KHAIRUL FADZLY BIN
ZAINAL ABIDIN Human Resources & Account Executive
BADRISHAM BIN
AHMAD Graphics & Multimedia
MUHAMMAD
REZA BIN Z’ABA Human Resources &
Account Assistant
MOHAMAD NOOR BIN HAMDAN
System, Network and Technical
NIK MOHD HABIBULLAH B.
NIK MOHD NIZAM
Marketing Executive
MOHD HASYIM BIN
MOHAMMAD ALI Manager
Rajah 5.4: Carta organisasi Infotech Net
80
5.2.3 Strategi Pengurusan
Kaedah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik serta sistematik
amat mustahak di dalam usaha menunjukkan perniagaan. Oleh itu Infotech Net telah
mengatur beberapa startegi pengurusan seperti berikut:
i. Menerapkan semangat kerja berpasukan di antara para kakitangan
untuk faedah bersama.
ii. Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan
prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan.
iii. Setiap pihak sama ada para pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa
berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik
untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.
iv. Menetapkan setiap hari sabtu sebagai hari latihan dan perkembangan
kakitangan dengan melakukan penyelidikan.
5.2.4 Strategi Perkhidmatan
Di antara strategi perkhidmatan yang diatur oleh Infotech Net adalah seperti
berikut:
i. Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah
dan rungutan pelanggan dengan baik.
ii. Menerima kerja mengikut keuapyaan dan kapasiti yang mampu disiapkan
sehaja agar kualiti kerja dikekalkan.
iii. Sentiasa mengemas kini sistem dan urusan pentadbiran agar dapat
dilaksanakan menggunakan komputer secara automatik.
81
iv. Sentiasa berbincang dengan pelanggan agar pelanggan sentiasa berpuas hati
dengan mutu kerja yang dihasilkan.
5.3 Keterangan Produk
AVMS adalah sebuah sistem pengurusan jual beli dan pengiklanan elektronik
untuk kegunaan pada mana-mana mesin runcitan. Sistem AVMS terdiri daripada
beberapa modul antaranya adalah:
i. Modul perakaunan
ii. Modul inventori
iii. Modul maklumat lokasi dan mesin
iv. Modul penyelenggaraan mesin
v. Modul penjanaan laporan
vi. Modul penarafan produk dan jualan
vii. Modul pengiraan margin untung dan rugi
viii. Modul alat penganalisaan grafik
ix. Modul penjadualan pengiklanan media elektronik.
Buat permulaan sistem ini diuji pada salah satu jenis mesin runcitan iaitu mesin
runcitan kad prabayar. Fungsi utama mesin ini adalah untuk menjual kad prabayar
dimana pelanggan memasukkan wang yang secukupnya, tekan butang pilihan, dan
kad dikeluarkan. Rajah 5.3 dibawah menunjukkan mesin runcitan kad prabayar.
82
Rajah 5.5: Mesin runcitan kad prabayar
5.3.1 Modul Perakaunan
Modul perakaunan ini berfungsi untuk menjana akuan seperti akuan untung
rugi untuk melihat untung rugi syarikat dengan mengambil kira kos perbelanjaan,
jumlah jualan dan kos penyelenggaraan.
5.3.2 Modul inventori
Modul inventori ini adalah untuk berfungsi merekod keluar masuk kad
daripada mesin-mesin runcitan. Dengan adanya modul ini, maka staf boleh membuat
83
pemeriksaan kuantiti kad didalam mesin terlebih dahulu, jika kuantiti kad mencukupi
maka staf tidak perlu pergi ke lokasi mesin tersebut. Di dalam modul ini juga
terdapat fungsi mesej peringatan dimana, jika bilangan kuantiti tidak mencukupi
maka mesej akan dihantar ke email admin, dan admin dapat memberi arahan kepada
staf untuk mengisi kad semula ke dalam mesin.
5.3.3 Modul maklumat lokasi dan mesin
Modul ini berfungsi untuk mengetahui lokasi mesin diletak dan maklumat
terperinci perkakasan didalam mesin. Maklumat seperti serialno, tarikh pembelian,
nama pembekal, alamat pembekal, tarikh jaminan tamat dan maklumat lokasi mesin
yang diletak dan staf yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mesin. Segala
barang-barang yang ditukar di dalam mesin, maka maklumat tersebut perlu
dikemaskini.
5.3.4 Modul penyelenggaraan mesin
Modul penyelenggaraan adalah modul yang akan digunakan oleh juruteknik.
Modul ini akan berinteraksi dengan modul maklumat lokasi dan mesin dari segi
penggunaan data seperti tarikh pembelian perkakasan, ini penting kerana jika barang-
barang di dalam rosak dan ia masih mempunyai jaminan maka ia boleh ditukar
dengan pembekal. Di dalam modul ini segala data berkaitan tarikh penyelenggaraan
seterusnya dan alatganti yang digunakan akan direkod.
84
5.3.5 Modul penjanaan laporan
Modul ini berfungsi dalam menjanakan laporan bagi akaun, inventori,
M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T FAug '06 13 Aug '06 20 Aug '06 27 Aug '06 3 Sep '06 10 Sep '06 17 Sep '06 24 Sep '06 1 Oct '06 8 Oct '06 15 Oct '06
Task
Progress
Milestone
Summary
Rolled Up Task
Rolled Up Milestone
Rolled Up Progress
Split
External Tasks
Project Summary
Group By Summary
Deadline
Page 1
Project: PSM 1.mppDate: Thu 10.5.07
116
LAMPIRAN B
1. Rajah Jujukan mendaftar akaun id oleh jabatan IT
Antaramuka Login
: Jabatan IT
Antaramuka Admin
Buka Akaun id Pengesahan id
1. log masuk
2. Sahkan idpekerja, katalaluan dan katanama
3. Pilih menu buka akaun
4. Masukkan butiran pekerja, katanama, katalaluan dan menu akses
5. klik butang terima
6. sistem kembali ke menu utama
7. Klik keluar
2. Menjana bentuk laporan oleh jabatan IT
Antaramuka Login
: Jabatan IT
Antaramuka Admin
Buka Akaun id Pengesahan id
1. log masuk
2. Sahkan idpekerja, katalaluan dan katanama
3. Pilih menu buka akaun
4. Masukkan butiran pekerja, katanama, katalaluan dan menu akses
5. klik butang terima
6. sistem kembali ke menu utama
7. Klik keluar
117
3. Kemaskini akaun id oleh jabatan IT
: Jabatan IT
Antaramuka login
Antaramuka admin
Antaramuka akaun id
Edit Akuan Menu (nama pengguna)
1. Log masuk
2. Sahkan katanama, katalaluan, dan id pekerja
3. Klik menu akaun id
4. klik 2 kali pada nama pengguna dan klik edit
5. edit maklumat dan klik simpan
6. sistem kembali
7. klik butang keluar
8. klik butang keluar
4. Tambah dan kemaskini inventori
: Jabatan pemasaran dan jualan
Antaramuka Login
Antaramuka utama
Antaramuka Inventori
Antaramuka tambah dan kemaskini
Pengesahan data
1. log masuk
2. sahkan idpekerja, katanama dan katalaluan
3. klik menu inventori
4. pilih tambah dan kemaskini
5. masukkan data
6. klik terima
7. kembali ke antaramuka inventori
8. klik keluar
9. klik logout
118
5. Tambah dan kemaskini malumat mesin
: Jabatan pembelian
Antaramuka Login
Antaramuka utama
Antaramuka data mesin
Antaramuka tambah
Pengesahan Cetak maklumat
1. masukkan katanama, katalaluan dan idpekerja
2. sahkan idpekerja, katanama, dan katalaluan
3. klik menu tambah mesin
4.klik menu tambah mesin
5. masukkan maklumat mesin
6. klik terima
7. klik cetak
8. klik kembali
9. klik kembali
10. klik keluar
119
6. Kemaskini dan capai maklumat penyelenggaraan
: Jabatan Penyelenggaraan
Antaramuka login
antaramuka utama
Laporan kerja catatan
1. masukkan katanama, katalaluan dan idpekerja
2. sahkan idpekerja, katanama, katalaluan
3. klik menu laporan kerja penyelenggaraan
4. klik cetak
5. klik kembali
6. klik menu catatan
7. masukkan data
8. klik menu main utama
9. klik keluar
120
LAMPIRAN C
Rajah Kelas
Pelanggannamasyarikat : TextNocompany : Textalamat : TextType of business : Textteloff : NumberFax : Numbernamapelanggan : Textcontact_person : Textjawatan : Text
add()edit()delete()
masuk kemasuk ke
masuk ke
masuk ke
masuk ke
masuk ke
masuk ke
masuk ke
masuk ke
Cetak
Cetak
masuk ke
penyelenggaraanhari : datebulan : datetahun : date
belanja pengiklanan dan pemasaran 12,000.00 13200.00 14,520.00belanja kenderaan 2,400.00 2640.00 2,904.00belanja petrol, tol dan letak kereta 18,000.00 19800.00 21,780.00
Daftar Niaga 100.00 100.00 100.00 Sewa 7,200.00 7,200.00 7,200.00 Bil Elektrik/Air/Telepon 1,200.00 1,320.00 1,452.00 Belanja Pejabat 1,200.00 1,320.00 1,452.00 Petrol, tol dan letak kereta 6,000.00 6,600.00 7,260.00 Belanjan insurans 2,400.00 2,400.00 2,400.00 Faedah Pinjaman 3,753.00 4,905.00 4,773.00
21,853.00 23,845.00 24,637.00
SUSUT NILAI:Peralatan Komputer 2,000.00 2,600.00 2,480.00 Mesin Runcitan 3,000.00 5,550.00 7,717.50 Alatan Pejabat 1,000.00 1,200.00 1,360.00 Server 2,000.00 7,600.00 18,080.00
8,000.00 16,950.00 29,637.50
Jumlah Perbelanjaan 104,373.00 122,587.00
Untung / Rugi sebelum cukai 112,659.00 347,601.20
Cukai 28% 31,544.52 97,328.34 101,741.17
Untung / Rugi selepas cukai 81,114.48 250,272.86
TAHUN PERTAMA TAHUN KEDUA TAHUN
Syarikat Infotech NetPENYATA PERDAGANGAN, UNTUNG DAN RUGI
BAGI TAHUN PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA
570,614.22
507,607.02
144,245.70
363,361.32
261,620.15
N KETIGA
Anggaran Susut Nilai Untuk Tahun Pertama Sehingga Tahun Ketiga
HARTA TETAP HARGA KOS SUSUTNILAIS/NILAI
TERKUMPUL NILAI BERSIH
Peralatan Komputer 10,000.00 2,000.00 2,000.00 8,000.00 Mesin Runcitan 20,000.00 3,000.00 3,000.00 17,000.00 Alatan Pejabat 5,000.00 1,000.00 1,000.00 4,000.00 Server 10,000.00 2,000.00 2,000.00 8,000.00
JUMLAH 45,000.00 8,000.00 8,000.00 37,000.00
HARTA TETAP HARGA KOS SUSUTNILAIS/NILAI
TERKUMPUL NILAI BERSIH
Peralatan Komputer 13,000.00 2,600.00 4,600.00 10,400.00 Mesin Runcitan 37,000.00 5,550.00 8,550.00 31,450.00 Alatan Pejabat 6,000.00 1,200.00 2,200.00 4,800.00 Server 38,000.00 7,600.00 9,600.00 30,400.00
JUMLAH 94,000.00 16,950.00 24,950.00 77,050.00
HARTA TETAP HARGA KOS SUSUTNILAIS/NILAI
TERKUMPUL NILAI BERSIH
Peralatan Komputer 12,400.00 2,480.00 7,080.00 9,920.00 Mesin Runcitan 51,450.00 7,717.50 16,267.50 43,732.50 Alatan Pejabat 6,800.00 1,360.00 3,560.00 5,440.00 Server 90,400.00 18,080.00 27,680.00 72,320.00
JUMLAH 161,050.00 29,637.50 54,587.50 131,412.50
* Susut Nilai PeratusPeralatan Komputer 20%Mesin Runcitan 15%Alatan Pejabat 20%Server 20%
TAHUN PERTAMA
TAHUN KEDUA
TAHUN KETIGA
Syarikat Infotech Net
Jumlah Pinjaman = RM 100,000Kadar Faedah Tahunan = 5% SetahunTempoh Bayaran Balik = 3 Tahun
TAHUN BAYARAN FAEDAH 5% BAKI PINJAMAN BAYARAN BULANAN JUMLAH BAYARAN
Tahun 1 23,382.00 3,753.00 76,618.00 3,014.45 27,135.00
Tahun 2 31,275.00 4,905.00 45,343.00 3,014.45 36,180.00
Tahun 3 31,398.00 4,773.00 13,945.00 3,014.45 36,171.00
JUMLAH 86,055.00 13,431.00 99,486.00
Syarikat Infotech NetJadual Pembiayaan Balik Pinjaman