i AMALAN DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH WAKAF DI NEGERI JOHOR MUSTAPAHAYUDDIN BIN ABDUL KHALIM Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
i
AMALAN DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN TANAH WAKAF
DI NEGERI JOHOR
MUSTAPAHAYUDDIN BIN ABDUL KHALIM
Laporan kajian ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2018
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
iii
DEDIKASI
Teristimewa untuk
Ayahanda dan bonda tercinta,
…………………………………..
Isteri tersayang,
…………………………………
Sumber Inspirasi,
……………………………….
Kekanda dan adinda,
…………………………………………….
Dengan doa, dorongan semangat, tunjuk ajar dan bantuan,
Sungguh aku merasa amat beruntung dan menghargai.
Hanya kalian sahaja yang tahu dan memahami.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan kurnia-Nya, saya terus
diberi kekuatan sehingga akhirnya menyiapkan Projek Sarjana ini sebagai memenuhi
keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana.
Di sepanjang menjalankan projek ini, saya telah banyak belajar dan memahami
daripada pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar sehingga saya mampu untuk
menyiapkannya. Penghargaan ini ditujukan khas kepada penyelia saya. Jasa baik dan
budi Profesor Dr Ismail Omar hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri
Johor, pihak Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia dan pihak ketua kampung yang terlibat kerana menyokong dan
memberi kerjasama bagi menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada isteri yang sangat memahami, sabar dan
memberi semangat yang sentiasa ada di sisi dalam setiap halangan serta tetap
menempuhi dalam setiap pencapaian. Begitu juga kepada ayahanda dan bonda yang
pastinya tidak pernah putus memanjatkan doa demi kejayaan ini. Terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
v
ABSTRAK
Mewakafkan harta adalah satu amal jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia
merupakan satu kaedah kebajikan selain daripada bersedekah. Pahala yang diterima
akan berterusan diberikan oleh Allah S.W.T. kepada pewakaf selagi mana harta
tersebut dimanfaatkan oleh umat manusia. Pengurusan tanah wakaf adalah satu
amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat
dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan
pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya
pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Faktor-faktor penyebab yang
dapat dikenalpasti adalah kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak
strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk
manfaat umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam pengurusan pentadbiran tanah wakaf di
negeri Johor. Seterusnya, kajian tentang isu-isu penyelesaian dalam pengurusan
pembangunan tanah wakaf di Johor juga akan dilaksanakan serta mengenal pasti
persepsi masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang
amanah dalam penambahbaikan pengurusan pentadbiran tanah wakaf. Dapatan kajian
diperoleh melalui tebaran borang soal selidik ke atas pegawai wakaf dan ketua
kampung di seluruh daerah negeri Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan
aplikasi “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) v.17”. Hasil analisis
menunjukkan wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi
memajukan tanah wakaf di negeri Johor. Seterusnya, cadangan pembentukan Pelan
Induk Transformasi Pembangunan Tanah Wakaf Johor dihasilkan bagi menjamin
tahap panduan yang baik untuk memajukan tanah-tanah wakaf berkenaan.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
vi
ABSTRACT
Waqf properties is one of the charities that is recommended in Islam. It is a welfare
method other than sadaqah. The reward continued to be given by Allah S.W.T. to
waqif as long as the property benefits mankind. Waqf properties management is a
matter that must be executed to ensure the property would benefit the ummah.
However, the problems arise regarding the misuse and inefficent of management and
administration of the waqf property. This problem leading to invasion of waqf lands
which are not developed. The identified factors of this problems are lack of funds and
the position of waqf lands are not strategic and causing these lands cannot be managed
properly to benefit the ummah. Hence, this research aims to study the practice of the
Johor Islamic Religious Council (MAIJ) in managing the administration of waqf lands
in Johor. Then, the studies on settlement issues in the management of waqf lands
development in Johor will also be implemented and lastly to identify the community
perceptions of the Johor Islamic Religious Council as trustee in the upgrading of waqf
properties. The findings obtained from the questionnaires given to selected
respondents consist of Waqf Officers and also the headmans in districts of Johore.
Data finding is analysed using “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
17.0”. The finding shows there are uniformity of the data and the level of good
governance capability to develop the waqf lands in Johore. Then, the suggestion of
Land Development Transformation Master Plan of Johore Waqf is produced to ensure
the best guide in development of waqf lands in Johore.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
TRANSLITERASI xv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 10
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Batasan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Majlis Agama Islam Negeri (Pemegang Amanah) 11
1.6.2 Agensi Pelaksana 12
1.6.3 Pengkaji dan Penyelidik 12
1.7 Definisi Istilah 12
1.7.1 Pembangunan 13
1.7.2 Harta Wakaf 13
1.8 Kesimpulan 13
BAB II KAJIAN LITERATUR 14
2.1 Pengenalan 14
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
viii
2.2 Definisi Wakaf 14
2.2.1 Definisi Wakaf Secara Literal 15
2.2.2 Definisi Wakaf Mengikut Syarak 15
2.2.3 Definisi Menurut Tradisional 16
2.2.3.1 Menurut Mazhab Hanafi 16
2.2.3.2 Menurut Mazhab Maliki 17
2.2.3.3 Menurut Mazhab Syafie 17
2.2.3.4 Menurut Mazhab Hanbali 18
2.2.4 Definisi Menurut Moden 18
2.3 Konsep Asas Harta Wakaf 19
2.4 Rukun Dan Syarat Wakaf 21
2.4.1 Wakif 21
2.4.2 Maukuf Alaih 21
2.4.3 Maukuf 22
2.4.4 Sighah 22
2.5 Jenis-Jenis Wakaf 23
2.5.1 Wakaf Ahli 23
2.5.2 Wakaf Khairi (kebajikan) 24
2.5.2.1 Wakaf Am 24
2.5.2.2 Wakaf khas 24
2.6 Matlamat Pelaksanaan Wakaf 24
2.7 Prinsip-Prinsip Asas Wakaf Harta 26
2.7.1 Hak Milik Yang Sah 27
2.7.2 Kekal 27
2.7.3 Kesahihan dan Kejelasan Tujuan 27
2.7.4 Tidak Boleh Dibatalkan 28
2.8 Pelaksanaan Pentadbiran Wakaf dan Pengurusan Wakaf 28
2.8.1 Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf
di India, Mesir, Kuwait dan Amerika Syarikat 28
2.8.2 Pelaksanaan Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf
Di Malaysia 30
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
ix
2.8.3 Pelaksanaan Pentadbiran Wakaf di Negeri Johor 33
2.9 Masalah-Masalah Dalam Membangunkan Tanah Wakaf 35
2.9.1 Halangan Fizikal 36
2.9.2 Kekurangan Dana dan Modal 36
2.9.3 Perundangan 38
2.9.4 Pemegang Amanah Yang Tidak Seragam 39
2.9.5 Pencerobohan Tanah Wakaf 40
2.10 Garis Panduan Wakaf Negeri Johor 41
2.11 Jurang Kajian 44
2.12 Rumusan 44
BAB III METODOLOGI 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Pendekatan Kajian 45
3.3 Rekabentuk Kajian 46
3.4 Lokasi Kajian 46
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.5.1 Pegawai MAIJ 48
3.5.2 Ketua Kampung 48
3.6 Instrumen Kajian 49
3.7 Prosedur Kajian 50
3.7.1 Kajian Rintis 50
3.7.2 Kajian Sebenar 51
3.8 Analisis Data 51
3.9 Peringkat Kajian 52
3.9.1 Peringkat I: Kajian Awalan 52
3.9.2 Peringkat II: Kajian Literatur 52
3.9.3 Peringkat III: Kajian Metodologi 53
3.9.4 Peringkat IV: Analisis Kajian 53
3.9.4.1 Interpretasi Skor Min 54
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
x
3.9.4.2 Ujian Kebolehpercayaan 54
3.9.4.3 Ujian Kesahan 55
3.9.5 Peringkat V: Cadangan dan Rumusan 55
BAB IV ANALISIS DATA, PERBINCANGAN DAN PENEMUAN
KAJIAN 57
4.1 Pengenalan 57
4.2 Profil Kajian 58
4.2.1 Analisis Data Bahagian A : Butir-butir
Peribadi Responden 59
4.2.1.1 Jantina 59
4.2.1.2 Umur 60
4.2.1.3 Tahap Pendidikan 61
4.3 Penganalisisan Data 62
4.3.1 Dapatan Objektif Satu 62
4.3.1.1 Tahap Amalan Pengurusan Wakaf di Johor 62
4.3.2 Dapatan Objektif Dua 64
4.3.2.1 Isu-isu Penyelesaian dalam Pengurusan
Wakaf di Johor 64
4.3.3 Dapatan Objektif Tiga 66
4.3.3.1 Persepsi Masyarakat Terhadap MAIJ 66
4.3.4 Pengujian Data (Ujian Kebolehpercayaan,
Ujian Kesahan dan Ujian Normal) 67
4.3.5 Ujian Kesahan 68
4.3.6 Ujian Normaliti 69
4.4 Rumusan 71
BAB IV PELAKSANAAN WAKAF DI NEGERI JOHOR 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Pelaksanaan Wakaf di Negeri Johor 72
5.2.1 Pelaksanaan Pembangunan Wakaf di Negeri Johor
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xi
oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) 72
5.2.2 Faktor-faktor Kemajuan Pembangunan Tanah
Wakaf di Johor 76
5.2.2.1 Keperluan Pembangunan 76
5.2.2.2 Kewangan Terhad 77
5.2.2.3 Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) 77
5.2.2.4 Saham Wakaf Johor 78
5.3 Pelaksanaan Pembangunan Wakaf di Negeri Johor oleh
Individu dan Agensi 83
5.3.1 Permohonan Sewaan Tanah 83
5.3.2 Permohonan Pajakan Tanah 84
5.4 Konsep Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 84
5.4.1 Potensi Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 84
5.4.2 Garis Panduan Pembangunan di Atas Tanah Wakaf 85
5.5 Kebenaran Membangunkan Tanah Wakaf 86
5.5.1 Kos Pembangunan 87
5.5.2 Pulangan Hasil Kepada Majlis 88
5.5.3 Halangan Dalam Pembangunan Tanah-Tanah
Wakaf 88
5.6 Pembinaan di Atas Tanah Wakaf 89
5.6.1 Kategori Pembangunan di Atas Tapak Masjid dan
Surau 90
5.6.1.1 Masjid Yang Mempunyai Perniagaan
Sendiri dan Sedang Beroperasi 90
5.6.1.2 Masjid yang sudah ada perniagaan sendiri
dan sedang beroperasi 90
5.6.2 Permohonan Membina 90
5.6.3 Keluasan Membina 91
5.6.4 Tempoh Sewaan 91
5.6.5 Pulangan Hasil 91
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xii
5.6.6 Kaedah Bayaran 91
5.6.7 Deposit Sewa 91
5.6.8 Keluasan 92
5.6.9 Kos Pembinaan 92
5.6.10 Pengurusan dan Pentadbiran 92
5.6.11 Pengagihan hasil 92
5.7 Konsep Pendekatan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf 92
5.7.1 Konsep Usahasama Dalam Perkongsian Pintar 95
5.7.2 Usahasama Dari Segi Islam 96
5.7.3 Perundangan yang Menyentuh Perjanjian
Usahasama 96
5.7.4 Rukun Dan Sifat Perjanjian Usahasama 97
5.8 Perbincangan 98
5.9 Rumusan 99
BAB VI CADANGAN DAN KESIMPULAN 100
6.1 Pencapaian Objektif 100
6.2 Cadangan 102
6.2.1 Reformasi Pentadbiran 102
6.2.2 Keperluan Kepakaran 103
6.2.3 Pembentukan Kementerian Wakaf dan Pelan
Induk Pembangunan 103
6.3 Cadangan Bagi Kajian Akan Datang 104
6.4 Kesimpulan 104
RUJUKAN 106
LAMPIRAN 115
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xiii
SENARAI JADUAL
3.1 Bilangan Sampel Berdasarkan Populasi (Krejcie dan Morgan (1970) 47
3.2 Bilangan Pegawai Wakaf Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 48
3.3 Bilangan Ketua Kampung Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 49
3.4 Bilangan Item 50
3.5 Jadul Pemarkatan Bagi Skala Likert Mengikut Pernyataan Positif dan
Negatif 52
3.6 Pengkelasan Tahap Markah Skor Min 54
3.7 Indeks Korelasi Pearson 55
4.1 Responden Kajian Sebenar 58
4.2 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 59
4.3 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 60
4.4 Tahap Pendidikan Responden 61
4.5 Skor dan Petanda Item Yang Digunakan Dalam Menjalankan Kajian 62
4.6 Analisis Skor Min Keseragaman maklumat hartanah wakaf 62
4.7 Analisis Skor Min Keseragaman Keseluruhan Item 63
4.8 Analisis Skor Min Mengawal dan Memantau Keseluruhan Harta Wakaf 64
4.9 Analisis Skor Min Mengawal Dan Memantau Keseluruhan Item 65
4.10 Analisis Skor Min Pemegang Amanah 66
4.11 Analisis Skor Min Pemegang Amanah Keseluruhan Item 66
4.12 Pengkelasan Tahap Markah Skor Min 67
4.13 Alpha Cronbach Pembolehubah Kajian 68
5.1 Bilangan Tapak Wakaf Yang Telah Dan Belum Dibangunkan Di Seluruh
Negeri Johor 75
5.2 Bilangan Sekolah Dipersetujui Bagi Setiap Daerah Di Negeri Johor 75
5.3 Bilangan Sekolah Yang Telah Dibangunkan di Negeri Johor 81
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xiv
SENARAI RAJAH
2.1 Struktur Pengurusan Wakaf Bagi Negeri Yang Tidak Mempunyai
Enakmen Wakaf 33
2.2 Struktur Organisasi Bahagian Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor 34
2.3 Susunatur Permohonan Hartanah Wakaf Di Negeri Johor 43
3.1 Rekabentuk Metodologi Kajian 56
4.1 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 59
4.2 Kekerapan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 60
4.3 Tahap Pendidikan Responden 61
4.4 Normal Q-Q Plot Amalan Wakaf 69
4.5 Normal Q-Q Plot Isu-isu dan Penyelesaian 70
4.6 Normal Q-Q Plot Persepsi Masyarakat 70
5.1 Bilangan Tanah Wakaf Di Seluruh Negeri Johor 74
5.2 Kategori Penggunaan Tanah Yang Dibenarkan 89
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
xv
JADUAL TRANSLITERASI
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
Wakaf وقف w و
Sadaqah صدقة so ص
’Syara شرع sy ش
Hujjah حجة hu ح
Fuqaha فقهاء f ف
Hibah هبة h ه
Dalil دليل d د
Hadith حديث h ح
Rasullullah رسول r ر
Nabi نبي n ن
Wali والي w و
Syiar شعار s ش
Habs حبس h ح
Man’u منع m م
Ain‘ عين a‘ ع
Akad عقد a ع
Ijab عجاب ’i ع
Jihad جهاد j ج
Nazir ناظر n ن
Jumhur جمهر j ج
Mukalaf مكلف m م
Baligh بالغ b ب
Baitulmal بيت المال b ب
Sighah صيغة s ص
Qabul قبل q ق
Dzurri ظوري dz ط
Khairi خيري kh خ
Am عم a ع
Khas خاص kh خ
Istibdal استبدال i ا
Muzara’ah مظارعة m م
Badhr البدر b ا
Mudarabah مضاربة mu م
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pengurusan harta yang sistematik dan berkesan merupakan aspek penting dalam
sistem pentadbiran Islam. Di Malaysia khususnya, pengurusan harta seperti harta
tanah wakaf masih belum mencapai tahap kematangan dari segi pengurusan,
pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan (Mohd Afendi, 2008a). Terdapat taraf
kedudukan dan sistem yang berbeza antara negeri-negeri di Malaysia dalam aspek
pengurusan harta wakaf. Secara keseluruhan, ada yang maju ke hadapan dan ada yang
masih jauh ketinggalan. Sesetengah institusi mempunyai pelbagai inisiatif yang
diperkenalkan manakala sebahagian yang lain masih menggunakan cara tradisional
dalam pengurusan dan pentadbiran wakaf. Anjakan paradigma dalam sesebuah
pengurusan memainkan peranan penting dalam merealisasikan setiap impian dan
pencapaian dalam bidang wakaf ini.
Pada masa kini, pembangunan harta wakaf lebih tertumpu kepada pembinaan
bangunan-bangunan bagi tujuan sewaan seperti rumah-rumah kedai, pangsapuri dan
sebagainya. Sebenarnya untuk membangunkan harta-harta wakaf ini bukannya
sesuatu yang mudah kerana ia terikat dengan kedudukan tanah-tanah wakaf yang
berselerak dan sebahagian besar daripadanya untuk kegunaan awam seperti bangunan
masjid, surau, kubur dan lain-lain. Di Kelantan misalnya, lebih 70 peratus daripada
keluasan tanah wakaf telah didaftarkan bagi tujuan pembinaan masjid, surau dan
perkuburan (Osman Sabran, 2002). Institusi wakaf pada masa kini memerlukan satu
anjakan perubahan dari segi pemikiran dalam melaksanakan pembangunan di atas
tanah wakaf.
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
2
Perubahan yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu kepada tanggapan
masyarakat umum terhadap wakaf. Sebaliknya, ia turut menuntut pemahaman dan
kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan dan swasta dalam menguruskan
harta tanah wakaf. Hal ini sejajar dengan konsep asas ekonomi Islam yang
dibangunkan oleh tiga komponen yang terdiri daripada pihak pemerintah, swasta dan
badan-badan kebajikan sosial. Sektor kebajikan sosial membawa maksud kekuatan
ekonomi yang dikelola oleh seluruh rakyat dalam bentuk sedekah, zakat dan wakaf.
Selain itu, tanah wakaf juga perlu dibangunkan secara profesional melalui penyatuan
tenaga daripada segenap disiplin profesion seperti tokoh agama, jurutera, akauntan,
pemaju hartanah, arkitek dan sebagainya. Oleh itu, pentadbiran wakaf perlu dipimpin
secara telus sebelum melangkah ke alaf baru.
Konsep wakaf pada umumnya adalah pemberian yang berkekalan di atas harta
atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana maksud agama
mengikut hukum Syarak (Enakmen Pentadbiran Igama Islam 1978, Enakmen 14).
Secara khususnya, penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana
yang dinyatakan dalam hujjah wakaf dari mula harta itu diwakafkan kerana Allah
S.W.T buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh
mana-mana individu lain. Pada istilah syarak pula, ulama’ Al-Syafie menjelaskan
bahawa wakaf harta merujuk kepada penahanan harta yang berkekalan dan dapat
dimanfaatkan harta tersebut manakala pemilik harta itu akan terputus hak
pemilikannya. Penggunaan harta tersebut adalah berbentuk kebajikan untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan perkataan lain, wakaf adalah menahan
harta yang kekal bentuknya (zatnya) dan manfaatnya dapat digunakan untuk tujuan
kebaikan dan diserahkan kepada pihak yang telah ditentukan oleh syarak atau penahan
ke atas harta yang boleh dimanfaatkan dan penghasilan daripada harta tersebut boleh
digunakan bagi tujuan yang diharuskan sebagaimana yang disebut dalam kitab
karangan Wahbah al-Zuhaily (1986) iaitu Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Wakaf pada umumnya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk kepentingan umat Islam setempat
ataupun maslahah umum. Manakala wakaf khas pula adalah wakaf yang ditentukan
oleh pewakaf untuk sesuatu projek yang khusus seperti untuk pembinaan masjid dan
surau, keperluan anak-anak yatim dan sebagainya selagi mana tujuannya tidak
menyalahi syarak (Enakmen Majlis Agama Islam Negeri Johor 2003).
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
3
Para Fuqaha (ahli fiqh dan ulama') pula berpendapat amalan wakaf merupakan
ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang
berkekalan yang mengalir terus pahalanya kepada pewakaf buat selama-lamanya dan
ianya sangat dituntut dalam Islam. Ia juga merupakan suatu amal soleh yang mana
pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T kepada pewakaf selagi
mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah S.W.T. dan kedudukan harta
wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai (Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Enakmen 16). Pensyariatan wakaf
adalah bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T. Pahala yang amat
besar dijanjikan untuk sesiapa yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah S.W.T
sebagaimana firman-Nya yang berbunyi :
ثل بيل ل ذين ٱم هم في س ل مو ٱينفقون أ سنب لل
نابل في كل بع س نبتت سة أ ب ثل ح م لة ك
ب ة و ائة ح ٱم و لل اء ش ن ي عف لم ٱيض ليم لل سع ع ١٦٢وMaksudnya : "Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka
pada jalan Allah S.W.T seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai
dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat
gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas
(kurnianya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, 2:261)
Berdasarkan kepada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa Allah
S.W.T sangat menggalakkan hamba-Nya untuk bersedekah dan berwakaf dalam
memelihara keseimbangan ekonomi sesebuah negara. Ayat tersebut juga bukan
sekadar menunjukkan tentang besarnya pahala dalam melakukan amal jariah tetapi
sebenarnya, menuntut umat Islam untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain
supaya tidak ketinggalan dalam aliran arus pembangunan semasa.
Dalil ini pula dikukuhkan lagi dengan hadis Rasullullah S.A.W, bahawa
apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka
semua tanggungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat,
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
4
selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan
para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda Baginda Nabi S.A.W. di
dalam sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ))إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله
.إلا من ثلاثة: إلا من صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له((؛ رواه مسلم
Maksudnya: Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalanya kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan
untuknya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan kepada hadis di atas yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di
dalam bab wasiat terhadap perkara-perkara yang menyebabkan pahala selepas
kematiannya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelebihan mewakafkan harta milik
kita merupakan satu perkara yang amat dituntut dalam agama Islam. Hal ini dapat
dibuktikan dengan wujudnya pengurusan wakaf sekitar 1000 tahun dahulu di negara
Mesir, Turki dan Arab Saudi seperti pembinaan Universiti Al-Azhar yang ditadbir
oleh Perbadanan Wakaf. Sehubungan itu, institusi wakaf juga berperanan dalam
membangunkan kekuatan sosioekonomi ummah. Selain hadis di atas, pelaksanaan
ibadah wakaf juga adalah berasaskan kepada hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim yang berbunyi:
ما قال : ابن عمر عن ي الله عن رض ا ا عمر أص بر , أرضا ل ى الل ه عليه وسل م بي فأتى الن بخي صتأم ا, فقال ره يس ول الل ه , إن ي في ب : يا رس ا أص بر أرضا لم بخي أنفس مالاا قط هو أص
عندي منه, فقال : إن ش حبس د ب ا, قال: فت ق ب د ا وت ل أن ه لا يباع عمر , و ا أصا, ولا ل تاع أص د يب وفي في الفقر عمر ولا يورث ولا يوه قال فت اء وفي القربى وفي الر قابي الل ه بي س ي لا وابن الس ا على من جناح والض م أن يأك ولي أو يط رو ا بالم من
ر ي ا ديقا الاا ص و ل م م ت م ﴿ متفق عليه واللفظ لمسلم ﴾
PTTAPERPUS
TAKAAN TUNKU
TUN AMINAH
5
Maksudnya: Diberitakan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Umar mendapat bahagian
sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "Wahai Rasullullah. Saya mendapat
sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih
berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?". Rasullullah S.A.W
menjawab, "sekiranya kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan harta itu
supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya." Lalu Umar
menyedekahkan (wakaf) tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya
terus menerus digunakan oleh fakir miskin, kaum kerabat, hamba sahaya, orang-
orang yang berada dalam musafir, orang-orang lemah, dan ibnu sabil. (Muttafaqun
a’laih).
Hadis di atas disepakati oleh tokoh-tokoh hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim
dan Imam Ahmad, maka tahap hadis ini dianggap mutawatir dan sahih. Hadis tersebut
menceritakan tentang kelebihan mewakafkan harta wakaf untuk kegunaan orang Islam
yang memerlukan tanpa dikenakan bayaran. Hasil daripada sedekahnya akan dibalas
dengna pahala yang tidak terkira oleh Allah SWT walaupun tuan tanah tersebut telah
meninggal dunia.
Dan firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 92 yang berbunyi: