Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut: a) Feldman b) Ibn Khaldun c) Abdullah Mohamad Nakula Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. a) Feldman Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi. b) Ibn Khaldun
37
Embed
Huraikan Takrifan Mengenai Seni Mengikut Pendapat Tokoh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut:
a) Feldmanb) Ibn Khaldunc) Abdullah Mohamad Nakula
Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni
Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang
diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut
mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.
a) Feldman
Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni
visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah
berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan
kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan.
Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek
kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.
b) Ibn Khaldun
Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan
di mana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika danlogika.”•Kesenian
bermaksudperihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan
c) Abdullah Mohamad Nakula
konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai
keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat
tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah
segala kejadian di alam ini berlaku.
1. Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bidang seni terbahagi kepada pelbagai bidang , termasuk , Seni Muzik ,
Seni Puisi , Seni Teater , Seni Persembahan , Seni Visual, Seni Tari dan
lain-lain
Konsep Seni Visual member tumpuan terhadap perkara-perkara seperti
subjek,idea,proses,media dan objek.
Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat
pendidikan , Pendidikan Kesenian ,Seni Merentas kurikulum,
pembelajaran melalui seni dan seni sebagai perkembangan menyeluruh
Di Malaysia Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang
terdahulu.Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di
sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual,dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif ,ekspresif dan
aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual , imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri , membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Tajuk : 2
Latihan 1
Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda di bawah.
FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berilmu PengetahuanMenghargai keindahan alam ciptaan tuhan.
BerketrampilanMelibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kreatif dan menyeronokkan.
Berakhlak MuliaMenajamkan daya persepsi dalam imaginasi melalui pancaindera.
Bertanggung jawab Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Bertanggung jawab
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Berkeupayaan
Latihan 2
Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual Rendah?
Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia Menyumbang kea rah pembangunan diri dan keluarga Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Rendah
Ya, kenyataan-kenyataan di atas sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah. Sebelum mengaitkan kita kena ketahui secara lanjutnya apa
yang dikatakan dengan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan
nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana
dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni
tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera,
seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi
peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya
dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis
dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan
hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan
refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini
menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekiranya kita tengok dalam matlamat terdapat satu ayat di mana menekankan
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang kea arah pembangunan diri,
keluarga , masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam seni sahaja, kita dapat menunjukkan imej tiga bangsa di mana
maklumat mengenai sesuatu bangsa boleh dipetik menerusi gambar yang dilukis.
Mengikut ahli falsafah, satu gambar bersamaan dengan seratus perkataan dimana
sebuah gambar itu mampu menjelaskan apa yang kita ingin cakapkan selama sejam.
Dengan menghayati warisan bangsa menerusi seni visual maka ia dapat memupuk
keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Di Negara kita pelukis yang terkenal terdiri
dari berbilang kaum seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohiddin, Ravichandran
dan Chuah Tean Teng.
Menerusi Seni Visual ini, seseorang murid mampu menjalinkan hubungan yang
baik sesama saudara, ahli keluarga , rakan-rakan dan ahli masyarakat di mana mereka
dapat menunjukkan kasih sayang menerusi gambar. Ini memberikan peluang kepada
murid untuk menghayati hubungan yang sedia ada dan juga berusaha untuk
mengukuhkannya.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga bermatlamat untuk
melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Estetik merupakan kajian
deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik
merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah, dan sering dikaitkan dengan
Bagaimanakah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah berperanan sebagai alat
komunikasi?
1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan
lain-lain adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar,
majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.
2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi
maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga,
beberapa lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi,
simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai,
Multipanel, dan Sarkis
3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar,
disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak
kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat
4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen,
perkhidmatan dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai
maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna,
campuran dan sebagainya
5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.
6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli
e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti
tupai, panda, lebah dan sebagainya.
Latihan 2
Apakah perbezaan di antara ekspresi dan luahan fikiran?
Mengikut Kamus, éksprési ialah pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya)
dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain). Ia juga boleh dikatakan lebih kepada
perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri
hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih
kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi
ekspresi. Manakala, luahan fikiran ialah pendapat ataupun buah fikiran yang
dikeluarkan melaui perkataan ataupun percakapan. Ekspresi ini lebih banyak
ditunjukkan melalui riak muka, mata, kening, dan juga anggota badan. Luahan fikiran
pula hanya boleh diluahkan melalui percakapan secara logikal, bernas dan kreatif.
Luahan fikiran dalam bentuk bertulis ataupun bukan bertulis. Dalam bertulis, kita boleh
meluahkan perasaan , fikiran dalam bentuk artikel, risalah , majalah ataupun berita.
Dalam kategori bukan bertulis pula, luahan fikiran boleh dilakukan secara lisan. Segala
pandangan, cadangan dan fikiran boleh dikongsi bersama.
Latihan 3
Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam penghasilan karya.Senaraikan institusi yang mempergiatkan Pendidikan Seni Visual.
1) Maktab/ Institusi Pengajian Tinggi Awam ( Dalam Malaysia)
Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka
Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau
Pinang
Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali
Ismail
Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul
Halim
Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa
Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong
Ibrahim
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan
Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent
2) ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada :
i) Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk
seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai
tukang dan sebagainya.
ii) Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari
pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang
konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni
pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang
yang berkaitan dengan seni.
Latihan 8
Seni Visual bersifat universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis ,pengacara,pereka bentuk, pereka fesyen,arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri.
Beri pendapat anda tentang kenyataan di atas.
Ya saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas di mana seni visual bersifat
Universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis, pengarca , pereka
bentuk, pereka fesyen , arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi
keperluan dan kepuasan diri. Jika kita melihat keperluan dari segi seorang pelukis,
memang tidak dapat dinafikan bahawa pelukis tidak dapat hidup tanpa seni. Dari
penghasilan karya sehinggalah ke penjualan hasil karya , elemen-elemen seni harus
diaplikasikan oleh seorang pelukis. Bagi seorang pengarca pula pembentukan patung
ataupun arca perlukan kreativiti , ekspresi, estetik . Semua ini adalah apa yang
dipelajari dalam seni visual. Untuk menghasilkan sebuah patung yang cantik, menarik
dan memikat hati maka ekspresi dalam riak muka, pembentukan setiap bahagian badan
yang tepat perlu dihasilkan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam seni
visual membantu untuk menghasilkan arca yang terbaik. Bagi pereka bentuk dan
pereka fesyen pula penggunaan warna , teori –teori , lakaran dan lukisan adalah asas
untuk membina kerjaya. Tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam seni, seseorang
individu tidak dapat menjadi pereka fesyen yang baik. Penggabungjalinan warna ,
kemahiran menghasilkan corak pakaian ikut usia semuanya memerlukan bakat seni.
Bakat seni ini dipelajari ataupun wujud secara semula jadi.
Di samping itu, arkitek , pereka bangunan juga perlu ada bakat seni. Mereka
perlu ketahui kehalusan, ketebalan warna yang boleh digunakan selepas bangunan
habis dibina. Pada waktu mereka pula, mereka perlu menggunakan teknik lakaran dan
lukisan agar bangunan yang ingin dicipta diturunkan kepada jenis gambar. Dari gambar
kepada bangunan sebenar. Pereka bangunan juga perlu mereka dalaman bangunan
secara sistematik dan berurutan . Untuk itu , teknik catan amat membantu.
Jadi boleh dikatakan bahawa seni ini bersifat Universal di mana kepentingannya
diperlukan dalam setiap bidang. Tanpa seni tiadalah kerjaya.