HURAIKAN DASAR DAN BERI PANDANGAN ANDA MENGENAI DASAR LUAR MALAYSIA SEMASA DI BAWAH PEMERINTAHAN TUNKU ABDUL RAHMAN. Pengenalan. Dasar luar Malaysia secara formal mula diasakan pada 31 Ogos 1957 bertepatan dengan pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. Bermula dari itu, proses perangkaan dasar luar Malaysia mula dirangka Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Malaysia telah ditubuhkan berasaskan perlembangaan Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957 dengan mengambil kira faktor-faktor sejarah mengenai keturunan bangsa, bahasa, agama, politik, keadaan ekonomi Tanah Melayu dan kerajaan beraja Melayu. Tunku Abdul Rahman yang merupakan pengasas utama Tanah Melayu pada waktu itu telah menjalankan usahanya melalui birokrasi yang terbahagi dalam unit-unit regional dan nasional diatas tanggapan yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia sepenuhnya mengenai perpaduan negara dan rasa takut orang melayu terhadap orang Cina dapat dijamin dengan 1
44
Embed
Huraikan Dasar Dan Beri Pandangan Anda Mengenai Dasar Luar Malaysia Semasa Di Bawah Pemerintahan Tunku Abdul Rahman
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
HURAIKAN DASAR DAN BERI PANDANGAN ANDA MENGENAI DASAR
LUAR MALAYSIA SEMASA DI BAWAH PEMERINTAHAN TUNKU
ABDUL RAHMAN.
Pengenalan.
Dasar luar Malaysia secara formal mula diasakan pada 31 Ogos 1957 bertepatan
dengan pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. Bermula dari itu, proses perangkaan
dasar luar Malaysia mula dirangka Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Malaysia telah
ditubuhkan berasaskan perlembangaan Tanah Melayu Merdeka pada tahun 1957
dengan mengambil kira faktor-faktor sejarah mengenai keturunan bangsa, bahasa,
agama, politik, keadaan ekonomi Tanah Melayu dan kerajaan beraja Melayu. Tunku
Abdul Rahman yang merupakan pengasas utama Tanah Melayu pada waktu itu telah
menjalankan usahanya melalui birokrasi yang terbahagi dalam unit-unit regional dan
nasional diatas tanggapan yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia sepenuhnya
mengenai perpaduan negara dan rasa takut orang melayu terhadap orang Cina dapat
dijamin dengan mewujudkan satu kompromi atau tolak ansur antara orang melayu
dan orang bukan melayu yang memberi hak kepada orang melayu mentadbirkan
negara manakala kekuasaan orang bukan melayu diberi dalam aspek ekonomi.
Tunku merupakan tokoh penting dalam usaha memainkan peranan dan mengorak
langkah membentuk dasar luar Malaysia, beliau telah mengasas dan mengembangkan
dasar luar dari tahun 1957 sehingga 1970 dikatakan bersesuaian dengan
kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri yang
pertama setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
1
Keperibadian Tunku Abdul Rahman dalam Dasar Luar Malaysia.
Tunku merupakan seorang putera Raja melayu yang mempunyai pendidikan di
Cambridge, sejak zaman remajanya lagi beliau telah memperolehi pendidikan dari
guru-guru ‘private’ dan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berpendidikan
tinggi serta banyak juga terdorong dalam kehidupan diistana sebagai golongan
bangsawan.1
Setelah berada didalam tampuk pemerintahan, soal merangka dan memutuskan
setiap dasar atau cadangan Tunku lebih bersikap individual dimana semua keputusan
penting akan dibuat oleh Tunku sendiri dan beliau jarang membincangkan sesuatu
keputusan itu besama-sama barisan kabinet yang lain. Walaubagaimanapun,
sesetengah keputusan juga ada dibincangkan bersama Tun Razak dan Tun Ismail dan
seterusnya Tunku akan membentangkan apa yang telah dipersetujui kepada kabinet
sebagai fait accompli2. Tunku dikatakan sering dan cekap sekali menggunakan cara
“fait accompli” ini kerana sistem ini boleh menyingkirkan penentangan dan bantahan
secara kebocoran untuk memastikan setiap keputusan itu dapat dicapai dan mendapat
persetujuan semua pihak.
Menurut Marvin Ott, Tunku juga kadangkala ada merujuk kepada barisan kabinet
dalam penggubalan dasar luar negara namun tujuannya hanya untuk mendapatkan
1 ? Sumber ANM. 2002/0007471-Tunku Abdul Rahman, Biografi 1990
2 ? Fait accompli- sebagai keputusan yang telahpun dipersetujui dan dicapai sendiri oleh beliau membuatkan keyakinan dan persetujuan pada yang lain.
2
pengesahan kabinet terhadap keputussan yang telah beliau ambil3 manakala menurut
Robert O.Tilman kelulusan dari teman-temannya adalah secara automatik kerana
mereka juga mempunyai persepsi yang sama seperti Tunku.4
Keperibadian Tunku yang paling jelas mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah
bersikap pro-Barat dan anti-Komunis yang keterlaluan. Tunku mendominasi
sepenuhnya tugas dalam membentuk dan memperkasa dasar luar negara pada 1957.5
Disebabakan adanya pengaruh pendidikan Barat dan keperibadian sebagai seorang
bangsawan dengan nilai-nilai Barat yang telah bertapak kukuh dalam dirinya
menyebabakan Tunku mempunyai inisiatif dan cara tersendiri dalam mengembangkan
konsep dasar luarnya. Sikap pro-Barat dan anti-Komunis yang keterlaluan merupakan
sendi utama dalam pengasasan Dasar Luar Tanah Melayu semasa era Tunku.6 Dasar
pro-Barat dan anti-Komunis ini dapat dilihat dengan jelasnya dalam 3 aspek utama
iaitu politik, ekonomi dan pertahanan yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan
terhadap dasar luar negara di arena antarabangsa.
Asas-asas Dasar Luar Tanah Melayu 1957-1963
Tunku merumuskan dasar luar Tanah Melayu adalah bebas dan bukannya berkecuali
ini disebabakan pertimbangan-pertimbangan utama terhadap keselamatan negara.
3 ? Faridah Jaafar. Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005 penerbit Universiti Malaya, 2007 hlm. 23.
4 ? Ibid hlm. 24.
5 ? Dasar luar Malaysia lahir dari watak Perdana Menterinya Tengku Abdul Rahman, daripada apa yang menjadi kebiasaan dalam dasar luar Negara-negara yang baru merdeka , kita dapat melihat tanda-tanda itu terlukis jelas dalam sifat-sifat peribadinya, tulisan T.H Silcock. hlm 42.6 ?Abdullah Ahmad. Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur, 1987. hlm. 2.
3
Sememangnya, dasar anti-Komunis bukanlah bertujuan untuk memerangi komunis
tetapi hanya untuk melindungi kemerdekaan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu
pada waktu tersebut.
Asas keperibadian Tunku yang begitu menyenangi Barat telah mendorong beliau
mengasas dasar luarnya dalam aspek politik dengan menjalinkan hubungan yang erat
dengan negara-negara Barat. Sejak tahun 1957 sehingga berakhirnya zaman
pemerintahan Tunku Abdul Rahman, telah banyak dasar luar Malaysia diusahakan
dan ditonjolkan oleh Tunku yang menampakkan dasar pro-Barat dan anti-Komunis
yang amat ketara. Dasar utama yang diambil oleh Tunku iaitu dengan menjadikan
Tanah Melayu sebagai negara anggota komanwel. Komanwel merupakan perubuhan
yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan Inggeris yang menjalinkan
hubungan yang baik dengan Inggeris. Bermula pada tahun 1957 kebanyakan
implimentasi dasar luar Tunku lebih memihak kepada negara Britain dan Komanwel.
Keputusan menjadikan Tanah Melayu sebagai anggota komanwel telah
diputuskan oleh Tunku secara peribadi sebelum Tanah Melayu merdeka lagi. Hal ini
terbukti melalui Manifesto Parti Perikatan dalam pilihanraya 1955.7 Manifesto ini
menyatakan Tanah Melayu akan menjadi negara anggota Komanwel pascamerdeka,
dan Tanah Melayu juga turut mengiktiraf Ratu Inggeris sebagai simbol persatuan
negara-negara yang bebas merdeka.
Asas bermulanya Dasar luar Tanah Melayu tercetus apabila Tanah Melayu berada
dibawah pimpinan Tunku dan telah merundingkan satu perjanjian pertahanan secara
7 ? Manifesto Parti Perikatan pada Pilihan raya UMUM 1955: The Road to Independence (Peralihan Menuju Kemerdekaan), Kuala Lumpur, Julai 1955
4
dua hala dengan Great Britain iaitu perjanjian pertahanan Inggeris dengan Tanah
Melayu “Anglo Malaysian Defence Agreement” (AMDA), yang merupakan
perjanjian pertahanan dan bantuan ketenteraan dari Barat.8 Bagaimanapun perjanjian
ini hanya ditandatangani selepas 42 hari Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Di bawah perjanjian itu, Great Britain mempunyai komitmen serta bersetuju
mempertahankan Tanah Melayu terhadap serangan luar dan melatih serta memajukan
angkatan bersenjata di Tanah Melayu.9 Sebagai balasannya Tanah Melayu juga turut
mempunyai komitmen membantu Britain menghadapi sebarang serangan ke atas
wilayah jajahan British di Hong Kong, Singapura, Utara Borneo, Sarawak dan Brunei.
Bagaimanapun Tanah Melayu turut juga terikat membenarkan penempatan pusat
tentera simpanan Komanwel yang melindungi tentera-tentera British, Australia dan
New Zealand yang kemudiannya telah digunakan bagi memenuhi komitmen negara-
negara tersebut terhadap “South East Asia Treaty Organization” (SEATO) dengan
Tanah Melayu.10
Hal ini terkandung di adalam artikel IV yang telah ditandatangani pada 12
Oktober 1957 di Kuala Lumpur:
In the event of armed attack against any of the territories or forces
of Federation of Malaya or any of the territories or protectorates
8 ? Sumber ANM- Penyata Tahunan Persekutuan Tanah Melayu 1957, hlm. 4. ‘Perjanjian AMDA telah ditandatangani pada 12 Oktober 1957 diantara Malaysia dengan Great Britain. Perjanjian pertahanan ini telah diperluaskan dengan meliputi Singapura walaupun negara tersebut telah keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1964’
9 ? Sejarah Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1983, Kuala Lumpur, 1983. hlm 32.
10 ? Abdullah Ahmad. Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur, 1987. hlm. 32.
5
of The United Kingdom in the far East or any of the forces of the
United Kingdom within any of those territories or
protectorates or within the Federation of Malaya, the
government of Federation of Malaya and United Kingdom
undertake to cooperate with each other and will take such action
as each considers necessary for the purpose of meeting the
situation effectively.11
Menurut Tunku, Tanah Melayu memerlukan angkatan (AMDA) bagi
mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan disebabakan ancaman komunis
masih lagi berterusan di Tanah Melayu dan khuatir berlaku sebarang peperangan ke
atas Tanah Melayu kelak. Walaupun ini dilihat sebagai suatu hubungan yang agak
konservatif di dalam aspek pertahanan namun itulah yang dilaksanakan oleh Tunku di
dalam pengasasan dasar luarnya di Tanah Melayu.
Asas-asas dasar luar Tunku yang pro-Barat juga tercermin melalui keputusan
dasar luar Tunku yang releven dengan negara-negera yang menyertai (SEATO)
walaupun Tanah Melayu bukan salah sebuah negara yang menyertai SEATO.
Menurut Robert O.Tilman dalam beberapa isu ada bukti yang menunjukkan beberapa
keputusan dasar luar yang dibuat oleh Tunku hampir dan mirip dengan negara-negara
yang menyertai SEATO. Sebagai contoh ketika menangani isu perang dingin Timur-
Barat di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.12
11 ? Sebagaimana yang terkandung didalam perjanjian Kerajaan Great Britain dan Persekutuan Malaya menegnai pertahanan Luar dan saling kerjasama yang ditandatangi di Kuala Lumpur pada 12 Oktober 1957. Lihat Faridah Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia : 1957-1970, 2007. hlm. 35.
12 ? Ibid. hlm. 35.
6
Selain itu dalam pengasasan dasar luar Tunku juga, dasar anti-Komunis turut sama
sekali diperjuangkan. Keadaan ini berlaku kerana kemerdekaan Tanah Melayu
dicapai dalam kondisi perjuangan menentang komunis yang masih lagi berterusan.
Tunku dikatakan terus menerus memperjuangkan dasar anti-Komunis ini disebabakan
pengalaman pahit yang pernah dilalui dan dirasai beliau semasa pemerintahan
komunis, yang mana Tunku sendiri pernah mengalami pengalaman menghadapi
ancaman komunis sehingga memaksa beliau mengistiharkan kondisi darurat dalam
negara. Oleh yang demikian, atas dokongan tersebut lebih sedekat berikutnya Tanah
Melayu mengaplikasikan dasar anti-komunis yang ketara. Bagaimanapun Tunku
sendiri ada menyatakan,
“….kita mestilah menyedari bahawa Cina Komunis sepanjang
masa memandang kearah kita dengan harapan suatu hari kelak
akan menguasai seluruh Asia Tenggara”13
“….memang benar, saya takut Cina Komunis dan dasar-dasar
mereka, kalau mereka tidak mengakibatkan pencerobohan secara
langsung mereka akan menggunakan orang lain untuk
menimbulkan huru-hara.”14
13 ? Ucapan Tunku diperhimpunan Agung UMNO pada 31 Julai 1966.
14 ? Sumber ANM , The Straits Times, 8 Februari 1968, hlm. 7
7
Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia.
Berlatarkan kepada keperibadian Tunku yang lahir dalam golongan bangsawan dan
dibesarkan dalam kehidupan nilai-nilai Barat menyebabakan Tunku mengadaptasikan
cara hidupnya dengan perjalanan struktur politik yang diterajuinya dalam
membangunkan konsep dasar luarnya yang tersendiri. Kondisi yang berlaku dalam
negara semasa era pemerintahannya juga telah menjadikan Tunku bersikap pro-Barat
dan anti-Komunis yang keterlaluan dan telah dijadikan sebagai sendi utama di dalam
pengasasan dasar luar Malaysia. Walaubagaimanapun, dasar pro-Barat dan anti-
Komunis tersebut dapat diperincikan dalam 3 aspek utama dalam pemerintahan
Tunku iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Politik
Keperibadian Tunku yang begitu menyenangi Barat telah mendorong beliau
memperkasakan hubungan politik yang ketara iaitu dengan menjalinkan hubungan
yang erat dengan negara-negara Barat. Sejak tahun 1957 sehingga berakhir zaman
pemerintahan Tunku, sememangnya beliau telah banyak memperkasakan dasar
Malaysia pada waktu itu yang menonjolkan sikap pro-Barat dan anti-Komunis. Antara
dasar utama yang telah diusahakan oleh beliau ialah menjadikan Tanah Melayu salah
sebuah negara yang menganggotai Komanwel. Komanwel merupakan sebuah
pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan Inggeris yang
menjalinkan hubungan yang baik dengan Inggeris. Secara jelasnya dapat dilihat
bermulanya tahun 1957 kebanyakan implimentasi dasar luar Tunku lebih memihak
kepada negara Britain.
8
Keputusan menjadikan Tanah Melayu salah sebuah negara yang menganggotai
Komanwel telah diputuskan oleh Tunku secara peribadi sebelum Tanah Melayu
menacapai kemerdekaan lagi. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui Manifesto Parti
Perikatan semasa Pilihanraya tahun 1955, dimana Manifesto tersebut menyatakan:
“Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara anggota Komanwel
yang pascamerdeka”15
Menurut Tunku, Komanwel merupakan sebuah pertubuhan yang amat sesuai bagi
negera-negara pascamerdeka. Semasa menyertai Komanwel tersebut seperti negara-
negara lain Tanah Melayu juga turut mengiktiraf Ratu Inggeris sebagai simbol
persatuan negera-negara yang bebas merdeka merangkap sebagai ketua bagi negera-
negara anggota Komanwel.
Pada masa yang sama Tunku turut berkeyakinan setelah Tanah Melayu berada
dalam keanggotaan Komanwel ianya akan menjadikan pertubuhan tersebut sebagai
wadah yang menghubungkan Tanah Melayu dengan kuasa-kuasa Barat seperti Great
Britain, Australia dan New Zealand. Seterusnya Tunku juga mahukan adanya
hubungan yang erat di antara Tanah Melayu dengan negara-negara Komanwel
terutamanya Britain di dalam pelbagai aspek kerjasama politik dan ekonomi serta
menjadikan Tanah Melayu secara langsung tidak mempunyai perspektif untuk
menjalinkan hubungan dan berkompromi dengan negara komunis dalam apa jua
aspek. Oleh sebab itu, kebanyakan dasar luar yang digariskan oleh Tunku diputuskan
15
? Manifesto Parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955: The Road to Independence (Peralihan Menuju Kemerdekaan), KuALA Lumpur, Julai 1955.
9
secara peribadi dan hasil keputusan dasar luar tersebut akan lebih memihak kepada
Britain dan Komanwel.
Dalam aspek politik juga Tunku telah menyuntik asas sikap pro-Barat atau dasar
yang berpihak kepada Barat secara menyeluruh dan lebih kepada personal.
Manifestasi sikap pro-Barat Tunku yang keterlaluan ini turut tercermin melalui dasar
kebergantungan terhadap British. Dasar kebergantungan ini dapat dilihat dalam hal-
hal yang melibatkan aktiviti perdagangan, pendidikan, latihan dan bantuan
ketenteraan. Tunku juga pada masa yang sama secara peribadi muncul sebagai
pengikut kepada negara-negara yang anti-komunis dan menolak menjalinkan sebarang
hubungan dengan negara komunis. Malah Tunku sendiri dengan jelas dan tegas
pernah menyatakan bahawa,
“..dimana terdapat konflik diantara dua ideologi Barat dengan
Timur, maka dahulu lagi saya telah menyatakan dengan terus
terang bahawa kami memihak kepada ideologi Barat ataupun
fahaman demokrasi Barat..”16
Selain itu juga, dalam aspek politik pemerintahan dasar luar Tunku juga turut
menolak untuk bersikap neutral dan menyertai mana-mana pakatan negara berkecuali
kerana bagi beliau penyertaan Tanah Melayu di dalam sebarang pakatan berkecuali
akan mempercepatkan lagi negara terjerumus di dalam kancah peperangan.
Selain pro kepada Barat Tunku juga memperlihatkan dasar anti-Komunis dalam aspek
politik. Sikap tersebut dibuktikan dengan adanya tindakan dasar luar Tunku
16 ? Straits Times, 15 Disember 1963.
10
antaranya, orientasi negara dalam hubungannya dengan negara-negara besar seperti
Britain. Keadaan ini jelas dibuktikan apabila Tunku pernah menyatakan di dalam
Parlimen pada tahun 1958 bahawa Tanah Melayu tidak akan bersikap neutral dalam
menghadapi sebarang konflik antara Timur dan Barat.
…. There is no question whatever of our adopting a neutral-
policy while Malaya is at war with Communist. Only when we
are certain that people here have become truly Malayan-minded
and have set their minds on making Malaya their only home can
the government declair our policy of neutrality. So long as this
fight continues, I consider that we would be breaking faith with
the people of this government were to enter into any form of
diplomatic relationship with the communist countries….
Dasar anti-komunis Tunku juga turut tercermin melalui hubungan Tanah Melayu
dengan China. Keadaan ini dapat digambarkan apabila Tanah Melayu tidak
menunjukkan reaksi untuk mengiktiraf negara China walaupun Soviet Union dan
negara benua Eropah yang lain ada yang mengiktiraf negara China. Pada masa yang
sama juga Tanah Melayu bertindak tidak mahu mengakui China ketika isu
mendukung dasar “dua China” di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).17
Dasar anti-Komunis Tunku ini dapat difahami kerana pada ketika itu Tanah Melayu
masih menentang sokongan yang diberikan oleh negara China terhadap gerakan
17 ? Dasar dua China merupakan pungutan suara bagi membenarkan China secara tidak langsung tidak mengiktiraf Taiwan yang akan menyambung keanggotaanya di dalam PBB. Melalui pentas PBB juga Tunku juga telah mengkritik tindakan China di Tibet pada tahun 1959 dalam krisis sino-Indian 1962. Tunku juga telah melancarkan ‘Tabung Selamatkan Demokrasi’ yang berjaya mengutip $ 1juta (Dolar Amerika) bagi membantu India mempertahankan diri dari tindakan agresif China. Lihat J.Saravanamuttu, The Dilemma of Indepenence:Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy, 1957-1977, hlm. 27.
11
komunis di Tanah Melayu. Tunku sebenarnya tidak mahu mengadakan sebarang
hubungan diplomatik dengan negara komunis atas tujuan tidak mahu hubungan
diplomatik tersebut akan menjejaskan soal keselamatan dan ekonomi di Tanah
Melayu.
Oleh yang demikian, dapat dilihat selain dari faktor keperibadian Tunku, sikap
pro-Barat dan anti-Komunis juga memainkan peranan oleh elit politik ketika itu
dimana sikap etnik China di Tanah Melayu terhadap komunis, ketuanan dan
kedudukan orang melayu serta faktor keselamatan dan ekonomi Tanah Melayu.
Satu inisiatif dan tindakan Tunku yang tidak juga dikatakan keterlaluan dalam
urusan dasar luarnya kepada pro-Barat dimana beliau tidak bertolak ansur terhadap
Barat yang menjalankan dasar kolonialisme dan imperialisme. Oleh yang demikian,
dalam pengasasan dasar luarnya Tunku telah menjalankan dasar antikolonialis dan
imperialisme disebabakan kesan langsung yang telah dialami dan dirasai oleh
penduduk dan masyarakat Tanah Melayu semasa era kolonialisme. Tambahan kesan
dari proses kolonialisme tersebut masih lagi jelas kelihatan antaranya seperti masalah
untuk memupuk penyatuan bangsa daripada pengelompokan dan pengasingan kaum
berdasarkan lokasi fizikal, penyatuan umat beragama, adat istiadat, kesenian,
kesusasteraan dan sistem pendidikan masyarakat.
Oleh yang demikian jelas menunjukkan, kesan daripada aktiviti penjajahan telah
memberi kesedaran kepada Tunku menentang negara yang menjalankan dasar
kolonialisasi dan imperialis. Dasar tersebut jelas kelihatan apabila Tunku melibatkan
diri dengan mengencam dasar Perancis di Algeria, mengkritik pendaratan tentera
12
Amerika Syarikat di Lubnan pada tahun 1958 dan menentang pengiriman tentera ke
Jordan dan Britain. Pada masa yang sama Tunku juga secara konsisten mengutuk
penempatan Israel di bumi Palestin dan kegagalan Israel mematuhi prinsip
pemulangan dan pengembalian ganti rugi yang telah digariskan oleh PBB dalam
tahun 1948.
Selepas beberapa tindakan dan pembaharuan dasar yang dibuat, Tunku terus
mengembangkan Dasar luar nya iaitu dengan melibatkan beberapa isu seperti isu
konfrantasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, perpisahan dengan Singapura,
penerusan kerjasama perdagangan dengan Barat, penerusan dasar anti-Komunis dan
dasar pro-Barat, penamatan konfrantasi dan seterusnya memulakan bersikap neutral
terhadap isu-isu yang boleh menimbulkan kontroversi ke atas dasar luar Tanah
Melayu dengan menubuhkan ‘Association of South-East Asian Nations’ (ASEAN)
untuk memupuk kerjasama serantau.
Penubuhan ASEAN tersebut dikatakan satu agenda dan unsur baru dalam proses
pengembangan dasar luar Tunku dalam era pasca pembentukan Malaysia.
Bagimanapun pengaruh keperibadian dan peranan Tunku masih tetap dominan di
dalam setiap isu-isu tersebut. Antaranya isu berkenaan konfrantasi Malaysia dengan
Indonesia. Faktor keperibadian Tunku merupakan antara faktor kepada terjadinya isu
konfrantasi tersebut, keadaan tersebut dikaitkan dengan cara hidup Tunku yang
dilahirkan serta dibesarkan dari keluarga bangsawan menyebabakan Tunku dikatakan
secara peribadi mempunyai sikap egonya yang tersendiri. Dalam aspek pemerintahan
serantau Malaysia-Indonesia, Tunku menganggap kedudukannya adalah lebih tinggi
13
berbanding Soekarno, keadaan tersebut tercermin melalui perbualan Tunku dengan
Abdullah Ahmad di mana Tunku ada mengatakan:
‘Seokarno juga tidak pernah menyukai saya; dia tidak suka sesiapa
pun, seorang Melayu khususnya, yang lebih baik daripadanya’.18
Dengan itu, Tunku juga menunjukkan reaksi yang tidak mahu menunduk kalah
kepada Soekarno, dimana dikatakan sikap Soekarno seringkali mendesak dan
memaksa Tunku untuk memenuhi segala kehendaknya. Oleh yang demikian, dalam
membentuk dan membangunkan Malaysia Tunku tidak akan mengambil atau
memerlukan sebarang persetujuan Soerkarno dalam apa jua pembaharuan dan
pembangunan yang akan diusahakan oleh Malaysia. Tunku turut mempertahakan
tindakannya dengan mengatakan Malaysia adalah negara demokrasi, keadaan ini
menguatkan lagi tindakan Tunku terhadap Soerkarno. Tunku mengatakan:
‘ I worte to Soekarno about the “Malaysian Project” and he did
not oppose it. Perhaps, it never crossed his mind it would
materialize in the first place and hence he asked Subandrio to
write that letter to the New York Times and makes a speech at
the U.N. We were a sovereign nation and could not do more than
that because it was essentially a matter between us, the British
and the people of the territories concerned. Idid not oppose his
taking over West Irian, in fact I tried to help him to get it.’19
18 ? Perbualan Tunku dengan Abdullah Ahmad pada 14 September 1983. Dalam. Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm. 47.
19 ? Ibid. hlm. 37.
14
Pendirian Tunku ini menunjukkan bahawa beliau tidak mengiktiraf serta mencabar
Soekarno yang menganggap diri dan negaranya sebagai pemimpin di Asia Tenggara.
Menrut Abdullah Ahmad dalam Tengku Abdul Rhman dan dasar Luar Malaysia
1963-1970, konfrantasi mungkin dapat dielakkan sekiranya Tunku tidak mengirim
sepucuk nota mengenai rancangan Malaysia, sebaliknya mengadakan pertemuan
empat mata dengan Presiden Soekarno. Akhirnya pada 3 September 1964 Soekarno
telah merumuskan dasar konfrantasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan
Malaysia.
Namun bagi Tunku, beliau mempunyai perspektif tersendiri terhadap sikap
konfrantasi Soekarno sebagaimana yang beliau ungkapkan kepada Abdullah Ahmad:
….he was afraid that a strong and economically flourishing
Malaysian could be a threat ti Indonesia’s claim of primacy in the
Malay World and Soekarno was particularly afraid that Sumatra
might want to join Malaysia..Sukarno had always felt threatment
by our economic prosperity and efficient administration and
having a common boundary with us in Borneo did not appeal to
him in the least.20
Bagaimanapun, konfrantasi juga dikatakan tercetus kerana disebabakan faktor
“relation” Tunku dengan menjalinkan hubungan baik dengan Inggeris dalam dasar
luar Malaysia sebelum ini. Keadaan ini disebabakan keakraban hubungan Tanah
20 ? Ibid,. hlm. 39.
15
Melayu dan Inggeris yang sering ditonjolkan Tunku telah mengundang rasa curiga
Soekarno terhadap pemebntukan Malaysia, oleh yang demikian, Indonesia melihat
pembentukan Malaysia sebagai projek negara kolonial di Asia Tenggara dan
bukannya atas usaha baik Tunku sendiri keadaan ditambah pula dengan perjanjian
pertahanan yang menguatkan lagi andaian mengatakan pembentukan Malaysia adalah
usaha yang dibangunkan oleh negara kolonial semata-mata.
Seterusnya mengenai isu krisis dengan Filipina, isu ini dikatakan tercetus ekoran
tindakan Filipina yang membuat tuntutan ke atas Sabah. Krisis ini juga dikatakan
berkait dengan isu konfrantasi kerana negara tersebut menganggap penyertaan Sabah
ke dalam Malaysia akan menyukarkan usaha Filipina untuk menuntut Sabah yang
pernah didakwa milik mereka. Ketika krisis, kedua-dua negara pernah memutuskan
hubungan diplomatik dimana Tunku sendiri pernah mengeluarkan kenyataan di
Dewan Rakyat agar Filipina mengemukakan alasan-alasan yang lebih rasional di
dalam usaha mereka menuntut Sabah sekiranya negara tersebut mahu tuntutan mereka
dirujuk ke mahkamah dunia.21
Walaubagaimanapun, hubungan kedua-dua negara kembali pulih sepenuhnya
selepas pertemuan Tun Abdul Razak dengan Romulo di Rangoon. Pada 16 Disember
1969 Tunku Abdul Rahaman telah diminta oleh Tun Abdul Razak untuk membuat
pengumuman bahawa Malaysia dan Filipina mencapai kata sepakat bagi memulihkan
hubungan diplomatik tanpa syarat demi kepentingan kerjasama serantau.22 Isu ini
dikatakan selesai setelah Corazon Aquino mengarahkan parlimen Filipina meluluskan
21 ? Faridah Jaafar. Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005 penerbit Universiti Malaya, 2007 hlm. 39.
22 ? Ibid . hlm. 40.
16
satu bil (Undang-undang) mengenai sempadan Filipina yang baru dan di dalam bil
tersebut, Sabah tidak disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Filipina.
Selain itu juga, antara isu yang berlaku semasa penngembangan dasar luar Tunku
ialah mengenai perpisahan dengan Singapura. Isu ini tercetus ekoran berlakunya
pertembungan keperibadian di antara Tunku dan Lee Kuan Yew. Seperti yang
diketahui Tunku mereupakan seorang pemerintah yang lahir dari golongan
bangsawan mempunyai sikap dan pesonaliti tegas tetapi bersopan santun dan penuh
peradaban dalam melayani sahabat dan juga hubungan diplomatik antara negara.
Bagaimanapun Lee Kuan Yew pula merupakan seorang intelek China yang mncul
dari kalangan rakyat biasa yang begitu kasar dan keras serta terlalu mementingkan
aspek perkauman iaitu orang Cina dalam aspek pemerintahan. Beliau dikatakan
sering mengekspresikan kenyataan politik yang pedas dan menghina dalam proses
perbincangan tawar-menawar mengenai kewangan, cukai, perniagaan dan sering
menuntut balasan diatas apa yang telah dan akan dilakukannya. Keadaan ini amat
bertentangan dengan sikap dan personaliti Tunku yang menyebabakan Tunku tidak
begitu sehaluan dengan pesepsi yang ditunjukkan oleh beliau.
Oleh yang demikian, keperibadian kedua-dua tokoh yang tidak sependapat dan
sehaluan ini menimbulkan masalah dan kekangan dalam proses penyatuan perpaduan
antara kaum. Sekaligus dikatakan antara faktor pemisahan Malaysia dngan Singapura
adalah disebabakan dari sikap keperibadian kedua-kedua tokoh tersebut.
Walaubagaimanapun sikap keterlaluan Lee Kuan Yew semasa isu konfrantasi juga
menimbulkan kemarahan Tunku. Lee Kuan Yew dikatakan berdiam diri di awal
konfrantasi dan lebih mementingkan profit ekonominya dengan Indonesia dari
17
kepentingan negara. Hal ini terbukti dengan tindakan Singapura yang berdiam diri
ketika negeri-negeri lain di Malaysia mengadakan persidangan semuka untuk
mengumumkan anti-Soekarno. Keadaan ini menunjukkan bahawa Singapura telah
tidak sehaluan dengan pendirian Tunku dan Malaysia.
Bagaimanapun, menurut Tunku konflik dengan Singapura harus ditamatkan
dengan segera. Pada Ogos 1965, Tunku dalam sidang parlimen telah mempertikaikan
akan sikap taat setia Singapura sekaligus menyatakan perpisahan dengan Singapura.
Tindakan Tunku melepaskan Singapura merupakan refleksi daripada keperibadian
Tunku yang cintakan perdamaian. Beliau juga tidak ingin melihat ketegangan antara
etnik Malaysia kesan daripada krisis yang berlaku dengan Singapura.
Walaubagaimanapun kesan perpisahan dengan Singapura turut merenggangkan
hubungan Malaysia dengan British. British dilihat begitu pro-Singapura yang
sekaligus menyokong Cina dan Lee Kuan Yew dan keadaan ini amat mengecewakan
Tunku yang selama ini sangat menaruh kepercayaan dan kepentingan negara kepada
Inggeris.
Melalui peristiwa pemisahan dengan Singapura, telah membawa kesan langsung
kepada Tunku dan juga pemerintahan di Malaysia dalam meneruskan kelangsungan
dasar luar negara. Dimana Malaysia perlu mula berdikari dalam mempertahankan
kemantapan proses pentadbiran dan pemerintahan negara dalam mempertahankan
tanah air dan keselamatan negara tanpa bergantung kepada mana-mana pihak, selain
itu juga Malaysia juga perlu meneruskan hubungan langsung dengan mana-mana
negara dalam usaha untuk mengeratkan hubungan diplomatik dengan semua negara
serantau tanpa mengira ideologi.
18
Ekonomi
Selain aspek politik, keperibadian Tunku yang menyenangi pihak Barat turut
menyerlah dalam aspek ekonomi negara. Kesannya dasar pergantungan kepada Barat
turut tercermin dalam aspek dasar luar ini. Tunku telah memberi penekanan yang
tinggi terhadap pembangunan ekonomi bagi mendapatkan perlindungan dalam sektor
jual beli serta mendapat harga yang seimbang dari negara Barat untuk beberapa
komoditi utama negara seperti getah dan biji timah. Dasar perdagangan bebas dengan
Barat juga turut dijalankan ini berikutan disebabkan pelabur-pelabur dari luar
terutamanya Barat mampu menyediakan modal yang tinggi dan stabil bagi
pertumbuhan dan kestabilan ekonomi Tanah Melayu.
Dalam usaha tersebut pelbagai rundingan bilateral23 dan multilateral24 mengenai
perjanjian perdagangan bagi menghapuskan halangan perdagangan dan menjamin
wujudnya pasaran bagi komoditi dari Tanah Melayu. Pada tujuan yang sama Tanah
Melayu juga telah menganggotai Rundingan Piagam Pelaburan Multilateral dalam
United Nations Economic Commission For Asia and Far East (ECAFE) iaitu sebuah
Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Timur Jauh pada tahun
1958.25 Tunku juga berusaha mendapatkan pelepasan cukai bagi industri perintis di
dalam negara sejak tahun 1958. Penyertaan Tanah Melayu di dalam Perjanjian Timah
Antarabangsa pada tahun 1953 dan 1960 di bawah tajaan British merupakan langkah
23 ? ‘Bilateral’-Hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu terutamnya negara-negara jiran, seperti Thailand, Singapura.
24 ? ‘Multilateral’-Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, OIC dan NAM.
25 ? J.Sarravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy, 1957-1977. hlm. 30.
19
yang pragmatik bagi mendapatkan harga yang lebih baik dari industri tersebut bagi
negara pengeluar timah.
Bagi meningkatkan pembangunan ekonomi, Tanah Melayu juga turut menerima
bantuan teknikal dari Barat. Penyertaan aktif Tanah Melayu dalam kerjasama
antarabangsa telah memberi keuntungan kepada Tanah Melayu dari sudut bantuan
ekonomi dan kemajuan teknikal. Sebagai contoh, dalam tahun 1958 International
Bank For Reconstruction and Development (IBRD)26 telah memberikan pinjaman
sebanyak $28.6 juta kepada Tanah Melayu bagi membantu membiayai projek Hidro
Elektrik Cameron Highlands yang merupakan satu-satunya projek pembangunan
terbesar diperingkat kerajaan pusat. Pinjaman kedua sebanyak $51.9 juta telah
diberikan dalam tahun 1963 bagi membiayai fasa kedua projek tersebut.27
Tunku turut memainkan peranan dalam organisasi antarabangsa bagi menjamin
pembangunan sosioekonomi di negara Dunia Ketiga. Dasar kebergantungan ekonomi
terhadap Barat telah memberi keuntungan dari sudut ekonomi. Keuntungan tersebut
antara lain ialah menerima modal dari negara komanwel yang sudah maju, bantuan
teknikal dan pendidikan dari “Rencana Colombo”28 dan keuntungan secara tidak
langsung melalui keanggotaan di dalam kawasan sterling dan penyertaan di dalam
sistem preferensi perdagangan Komanwel. Apa yang dinikmati oleh Tanah Melayu ini
26 ? IBRD disebut juga World Bank (Bank Dunia) adalah badan international yang bergerak dalam bidang perbankan untuk pembangunan dan kemajuan negara-negara berkembang. IBRD didirikan pada 17 Disember 1945 berkedudukan di Washington. Badan ini bertujuan memberikan bantuan baik yang bersifat jangka panjang dan jangka pendek kepada negara-negara yang sedang berkembang.
27 ? Ibid . hlm. 40.
28 ? “Rencana Colombo” adalah suatu badan yang dibentuk oleh negara-negara pesemakmuran Inggerismpada tahun 1950 melalui konferensi yang diselenggarakan di Colombo yang merencanakan untuk membantu negara-negara terbelakang, yang baru merdeka dan sedang berkembang.
20
mengukuhkan lagi pandangan dan sikap pro Tuanku terhadap Barat. Bagaimanapun,
akibat dari dasar kebergantungan terhadap Barat yang keterlaluan menyebabakan
Tanah Melayu tidak begitu popular sebagai destinasi perdagangan di kalangan negara-
negara komunis mahupun bukan komunis.
Bagaimanapun, penerusan dan pengembangan dasar luar Tunku dalam aspek
ekonomi masih diteruskan dalam era pasca pembentukan Malaysia. Dalam usaha
tersebut Tunku masih meneruskan hubungan kerjasama perdagangan dengan pihak
Barat, kerjasama ini diteruskan kerana Tunku merasakan negara masih memerlukan
bantuan Barat bagi memajukan ekonomi negara. Kedatangan pelabur-pelabur Barat
dengan modal yang tinggi dalam memajukan komoditi di Malaysia akan menjadi
pemangkin kepada kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Dasar ini juga didorong
dengan keperluan ekonomi negara pada ketika itu. Pada tahun 1965, selain sektor
pertanian, industri getah dan bijih timah merupakan diantara penyumbang komoditi
utama ekonomi rakyat Malaysia. Negara-negara Barat seperti Britain, Amerika
Syarikat, Eropah Barat dan Kanada ialah destinasi import bantaun pendidikan dan
latihan bagi negara Malaysia. Justeru itu, Tunku merasakan tidak rasional jika beliau
bersikap berkecuali dan menamatkan dasar pro-Barat dalam aspek ekonomi semasa
pasca pembentukan Malaysia.
Seterusnya, bagi meningkatkan imej negara sedang membangun disamping
menjayakan objektif ekonomi, negara turut menyertai pertubuhan-pertubuhan
diperingkat antarabangsa yang berorientasikan ekonomi antaranya, United Nation
Conference on Trade and Development (UNCTAD) pada tahun 1964 dan 1968.29 Di
dalam kedua-dua persidangan ini Malaysia telah menganggotai kumpulan 77 negara
29 ? Ibid,. hlm. 40.
21
sedang membangun yang mendukung isu-isu tertentu bagi meningkatkan imej negara-
negara sedang membangun. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dengan konferensi
Timah di dalam proses tawar-menawar harga tertinggi di Perjanjian Timah 1965,
kerana tidak puas hati dengan hasil rundingan yang dijalankan. Pada masa yang sama
juga Malaysia dan Bolivia pernah mengugut untuk menarik diri dari perjanjian
tersebut sekiranya harga tertinggi tidak ditetapkan.
Walaubagaimana pun, ugutan tersebut telah dibatalkan apabila hasil rundingan
membenarkan pengeluar menghadkan harga tertinggi timah. Malaysia juga turut
terpilih berkhidmat dengan Lembaga Perdagangan dan Pembangunan semasa
UNCTAD II pada tahun 1968. Dasar luar Tunku dalam aspek ekonomi ditandai
dengan dasar meneruskan kerjasama perdagangan bagi meningkatkan imej negara
sedang membangun disamping menjayakan objektif ekonomi negara. Dalam masa
yang sama Malaysia tidak menyekat orientasi perdagangan bebas bagi menghormati
pelabur luar terutamanya dari Barat.30
Sosial
Selain memperkasa dasar luarnya dalam aspek politik dan ekonomi, Tunku juga turut
memperluaskan dasar luarnya dalam aspek ketenteraan dan pertahanan. Keadaan ini
dikatakan salah satu usaha penting untuk menjaga keselamatan Tanah Melayu setelah
merasai kepedihan peperangan yang berlaku semasa proses kolonialisasi dan
30 ? Ibid,. Hlm. 41.
22
imperialisme. Salah satu usaha yang diambil oleh Tunku ialah dengan mengadakan
perjanjian pertahanan dengan Britain iaitu dengan menerima bantuan ketenteraan dari
Barat. Perjanjian tersebut dinamakan perjanjian AMDA “Anglo Malaysian Defence
Agreement”. AMDA merupakan perjanjian pertahanan dan bantuan ketenteraan dari
Barat, rundingan mengenai perjanjian AMDA ini telah diadakan sebelum
kemerdekaan lagi. Melalui perjanjian tersebut Britain mempunyai komitmen
melindungi Tanah Melayu daripada sebarangan dan ancaman negara luar sebagai
hubungan timbal balik, Tanah Melayu juga turut mempunyai komitmen membantu
Britain menghadapi sebarang serangan keatas wilayah jajahan British .
Menurut Tunku, Tanah Melayu memerlukan AMDA bagi mempertahankan
kemerdekaan dan keselamatan kerana ancaman komunis masih lagi berterusan.
Walaupun ianya dilihat sebagai suatu hubungan yang agak konservatif di dalam aspek
pertahanan namun keadaan sebegitulah yang telah diperkasakan oleh Tunku Abdul
Rahman dalam aspek pertahanan dan keselamatan di dalam pengasasan dasar luar
Tanah Melayu.
Semasa era pengembangan dasar luar Tunku ketika pasca pembentukan Malaysia,
Tunku masih lagi mempunyai persepsi pro-Barat dan anti-komunis dalam aspek
pertahanan Malaysia. Dasar ini diperkukuhkan lagi ketika Malaysia menghadapi
ancaman konfrantasi dari Indonesia. Ini kerana konfrantasi Indonesia didalangi oleh
Parti Komunis Indonesia (PKI) di Peking.31 Justeru Tunku tidak mempunyai alternatif
31 ? Sewaktu gemuruh demontrasi dan arus balik yang begitu dasyat, Soeharto tidak hilang kawalan. Beliau telah memilih jalan konstituasional, dalam waktu yang sukar ini lebih dari sekali beliau tetap menyatakan kenyataannya kepada Presiden Soekarno orang yang kemudian menggantikannya. Barulah surat perintah 11 Mac 1966 turun, Soekarno telah membubarkan PKI. Sejak itu tanggungjawab Soeharto menjadi semakin berat.Pada 1968 beliau secara rasmi dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia. Dalam Alfian, Nazaruddin Syamsuddin, Profil Budaya Politik Indonesia, Pustaka Utama Graviti Jakarta . 1987. hlm 35. Rujuk juga Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia, 1963-1970, 2007,. hlm 44.
23
selain meneruskan dasar anti-komunis bagi membendung penyebaran ideologi
komunis di Malaysia khususnya Asia Tenggara.
Bertepatan dengan penerusan dasar anti-komunis, dasar pro-Barat juga turut
diteruskan. Dasar ini menjadi lebih kukuh juga kerana ancaman konfratasi Indonesia.
Keadaan ini berlaku kerana Malaysia mendapat sokongan dari semua anggota AMDA
dan sekaligus mendapat bantuan ketenteraan dari AMDA. Manakala di arena
antarabangsa Malaysia meraihkan dukungan yang padu dari negara-negara komanwel.
Dengan rangkuman faktor-faktor di atas Tunku merasakan dasar luar yang pro-Barat
amat bertepatan dengan kondisi domestik ketika itu. Pada masa yang sama Malaysia
juga turut meningkatkan aktivitinya di peringkat antarabangsa. Tujuan diplomatik dari
aktiviti ini bagi meraih sokongan negara-negara yang berpengaruh di dalam memberi
tindak balas terhadap serangan yang dianggap kurang bertamadun dari Indonesia.
Walaubagaimanapun, setelah berakhir isu konfrantasi, Malaysia mula bersikap
neutral, ini berikutan telah berlaku perubahan besar di Indonesia kesan pembunuhan
yang dilakukan Parti Komunis Indonesia (PKI), keadaan ini menyebabakan Angkatan
Darat Indonesia menghancurkan (PKI) dan sekaligus menjadi pemangkin terhadap
penyingkiran Soekarno. Kemudian munculnya satu order baru yang lebih pragmatik
di bawah pimpinan Jeneral Soeharto. Dan setelah 3 tahun Malaysia dan Indonesia
melalui hubungan bilateral yang tegang, konfrantasi akhirnya ditamatkan. Kedua-dua
negara akhirnya telah mengadakan rundingan damai di Bangkok pada 2 Jun 1966.32
Perjanjian ini memberi dimensi baru di dalam hubungan bilateral yang tegang di
antara kedua-dua negara. Setelah isu konfrantasi tamat, hubungan Malaysia dan
32 ? Aziz Zariza Ahmad, Putera Negara, Firma Publishing Sdn.Bhd , Perak 1987, hlm. 46. Lihat juga Faridah Jaafar, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005, hlm. 44.
24
Indonesia ditandai dengan semangat kerjasama bermula dari tahun 1966 sehingga
tahun –tahun berikutnya.
Akhirnya, sejarah dasar luar Malaysia yang pro-Barat dan akibat yang dialami era
konfrantasi memberi pengajaran kepada Tunku. Di akhir pemerintahan beliau, dasar
luar Malaysia mula bersikap neutral dan tidak lagi bersikap tegas yang anti-Komunis
dan pro-Barat yang keterlaluan. Sikap neutral ini diikuti dengan adanya hubungan
diplomatik dengan Soviet Union dan beberapa negara Eropah Timur.33
Bagaimanapun, penubuhan ASEAN juga dikatakan satu manifestasi perubahan sikap
ke arah kerjasama serantau dari Tunku. ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
merupakan hasil aspirasi lima menteri luar dari lima buah negara yang telah
menandatangani Deklarasi Bangkok. Malaysia diwakili oleh Abdul Razak sebagai
wakil Perdana Menteri, Indonesia diwakili oleh Adam Malik sebagai Menteri Luar
Indonesia, Filipina diwakili oleh Menteri Luarnya Narciso Ramos, Singapura diwakili
oleh S.Rajaratnam Menteri Luar nya dan Thailand pula diwakili oleh Menteri luarnya
juga iaitu Thanat Khoman.34
ASEAN merupakan wadah yang dapat menampung aspirasi kesemua negara
anggota. Thailand amat mengharapkan penyertaan Indonesia menjadikan organisasi
tersebut sebagai kekuatan yang efektif bagi tujuan keamanan dan kerjasama.35 Bagi
Singapura, ASEAN memberi keutamaan untuk mengadakan gabungan dengan
33 ? Perubahan sikap Tunku ini bukanlah mutlak dari dirinya kerana Tun Razak telah mempengaruhi beliau untuk lebih bersikap neutral, pengajaran dari konfrantasi Indonesia, pemisahan Malaysia-Singapura dan berbagai sebaba lain. Ini kerana Tunku bukanlah mudah mengubah keputusan dasar luar yang telah beliau buat.
34 ? Lihat Deklarasi ASEAN (Deklarasi Bangkok), 8 Ogos 1967.
35 ? Abdullah Ahmad. Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur, 1987. hlm. 78.
25
negara-negara jiran yang lebih besar dengan asas persamaan dan membuktikan
kerelaan pemimpin China mengikat pertalian dengan sebuah Persekutuan Asia
Tenggara yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Bagi Malaysia pula, keanggotaan
dalam ASEAN menjadi simbol penerimaan Indonesia dan Filipina yang sebelum ini
menentang keras akan pembentukan ASEAN. Secara tidak langsung negara-negara
tersebut telah memberi legitimasi terhadap kebebasan dan kedaulatan negara
Malaysia.36 Dan bagi Indonesia pula ASEAN dikatakan dapat memenuhi impian
Soeharto untuk menghapuskan imej Indonesia sebagai sebuah negara yang berpihak
kepada blok komunis semasa era pemerintahan Soekarno. Hal ini sekali gus
memulihkan kembali hubungan Indonesia dengan negara-negara serantau.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya Tunku Abdul Rahman berperanan sebagai pengasas dan
pengembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1970 bersesuaian dengan kondisi
negara yang baru menikmati kemerdekaan dan memerlukan beliau bagi mengasaskan
mengembangkan dasar luar yang sesuai dengan kondisi pada waktu itu. Pengaruh luas
Perdana Menteri Malaysia ke atas dasar luar telah memberi peluang kepada mereka
menerapkan unsur-unsur keperibadian melalui gagasan dasar luar yang telah
diterapkan. Hal ini mudah difahami kerana pemikiran Perdana Menteri Malaysia turut
dipengaruhi oleh faktor keperibadian yang mereka miliki. Sebagai contoh sikap
36 ? Abdullah Ahmad. Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur, 1987. hlm. 79.
26
Tunku yang begitu menyenangi Barat tercermin melalui dasar pergantungan terhadap
Barat dalam semua aspek dasar luar iaitu politik, ekonomi dan pertahanan.
RUJUKAN
1. Sumber Pertama (Primer) Arkib Negara Malaysia
a. Dokumen Arkib
2006/0021549- Selayang Pandang Dasar Luar Malaysia (Versi Melayu dan Inggeris).
2001/0038404-Foreign Affairs Malaysia
2006/0021494- Bahan-bahan Syarahan
2004/0017308-Dasar Luar Malaysia (1971)
27
b. Surat Khabar
2002/0006574-Latar Belakang Dasar Luar Malaysia : Ketuanan dan
Kekuasaan Melayu, Berita Harian 19 April 1987.
2002/0007471-Tunku Abdul Rahman, Biografi 1990
c. Manuskrip
2002/0007793-Dasar Luar 1957-1992 Satu Kajian
2. Sumber Sekunder (Terbitan)
Abdullah Ahmad, 1987. Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia
1963-1970, Berita Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur
Abdul Aziz Ishak. 1955. Riwayat Hidup Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
:Karya Bistari.
Ahmad Atory Hussein. 1990, Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur :
Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Alfian, Nazaruddin Syamsuddin, Profil Budaya Politik Indonesia, Pustaka Utama
Graviti Jakarta .
Aziz Zariza Ahmad. 1987. Putera Negara, Firma Publishing Sdn.Bhd , Perak .
Chandran, J. 1980. Malaysian Defence Policy : A Study in Parliamentary Attitudes,
1963-1973. Kuala Lumpur.
Durai Raja Singam, 1963. Tribute to Tengku Abdul Rahman. Kuala Lumpur, 1963.
Faridah Jaafar, 2007. Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005,
Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur.
28
Nazaruddin Syamsuddin. 1987. Profil Budaya Politik Indonesia, Pustaka Utama
Graviti Jakarta .
Nik Anuar Mahmud. 1998. Tunku Abdul Rahman And His Role in The Baling Talks
“A Dokumentary History”
Ramlah Adam. 2003. Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Melaka : Institut Sejarah dan
Kajian Ptariotisme Malaysia.
Sheppard, Mubin. 1995. Tunku His Life and Times : The Authorized Biography of
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Selangor : Pelanduk Publication.
Tengku Abdul Rahman. 1969. May 13, Before and After, Kuala Lumpur.