Top Banner
HUJAN ASID SHAYLEN MURALI FARIS AZIQ LIM THYE HAN
12

Hujan Asid

Jan 25, 2017

Download

Education

Shaylen Murali
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Hujan Asid

HUJAN ASIDSHAYLEN MURALI

FARIS AZIQLIM THYE HAN

Page 2: Hujan Asid

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• MENGENAL PASTI KONSEP HUJAN ASID.• MEMAHAMI BAGAIMANA HUJAN ASID BERLAKU.• MENGETAHUI PUNCA-PUNCA DAN KESAN DARIPADA

HUJAN ASID.• DAPAT TERANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MENGURANGKAN BERLAKUNYA HUJAN ASID.

Page 3: Hujan Asid
Page 4: Hujan Asid

KONSEP HUJAN ASID• Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang

mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Page 5: Hujan Asid

BAGAIMANAKAH HUJAN ASID TERHASIL?• Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-

komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.• Hujan asid terdiri daripada dua jenis; a)Hujan asid lembap (mendapan basah) b)Hujan asid kering (mendapan kering)

Page 6: Hujan Asid

HUJAN ASID LEMBAP• Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam

jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan kilat.

Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus

Page 7: Hujan Asid

HUJAN ASID KERING• Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga

termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik).• Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur

dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.

Page 8: Hujan Asid

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HUJAN ASID• Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui proses liming di mana batu

kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan; eg. tasik-tasik di West Wales, Canada telah menjalankan proses membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar, pH tasik ini 5.5 - 7.0.• Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan

menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.

Page 9: Hujan Asid

• Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas sulfur dioksida.• Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang

batu direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertindak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.• Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering

digunakan oleh pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton setahun.

Page 10: Hujan Asid

•Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos.•Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi

mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar.

Page 11: Hujan Asid

•Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia adalah semakin meningkat.•Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen, ceramah atau pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar.

Page 12: Hujan Asid

TERIMA

KASIH