1 HUBUNGAN SAIZ KUMPULAN, JALINAN KUMPULAN KERJA DAN KOMITMEN KUMPULAN KERJA: SATU KAJIAN KES DI RISDA Oleh NUR QURRATUL’ AINI ISMAIL Kertas SarjanaYang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Pengijazahan Program Sarjana Sastera (Komunikasi), Universiti Utara Malaysia. 2011
26
Embed
HUBUNGAN SAIZ KUMPULAN, JALINAN KUMPULAN KERJA DAN ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
HUBUNGAN SAIZ KUMPULAN, JALINAN KUMPULAN KERJA DAN
KOMITMEN KUMPULAN KERJA: SATU KAJIAN KES DI RISDA
Oleh
NUR QURRATUL’ AINI ISMAIL
Kertas SarjanaYang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Pengijazahan
Program Sarjana Sastera (Komunikasi), Universiti Utara Malaysia.
2011
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan tawakkal serta bantuan daripada pelbagai
pihak, akhirnya dapat saya menyempurnakan tesis Sarjana ini dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan sebagai memenuhi syarat pengijazahan program Sarjana Sastera
Komunikasi (Penyelidikan).
Setinggi-tinggi penghargaan saya ditujukan kepada Puan Wan Esah Ton Harun selaku
Pengarah di Bahagian Latihan, Risda serta seluruh kakitangan organisasi RISDA di atas
kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.
Selain itu juga, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada Dr. Hassan Abu
Bakar, selaku penyelia bagi tesis Sarjana yang sudi menerima dan memantau setiap
proses penyempurnaan tesis Sarjana dari awal sehinggalah terhasilnya laporan kajian
ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada beliau di atas segala tunjuk ajar, sumbangan
idea dan nasihat yang telah diberikan.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ayahanda dan bonda, Encik Ismail Bin Jusoh dan Puan Asiah Tuah Binti Abu di atas
doa restu kalian yang mengiringi perjalanan anakanda sehingga ke hari ini. Ucapan
terima kasih juga saya tujukan buat teman teristimewa, saudara Mohd Hilmi Hamzah
yang telah banyak memberikan dorongan dan semangat yang tinggi sehingga ke hari ini.
Akhir sekali, semoga hasil dari kajian yang dilakukan ini dapat memberi manfaat dan
perubahan ke arah kebaikan bukan hanya kepada organisasi RISDA malahan kepada
semua organisasi yang ada di Malaysia serta masyarakat keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
3
ABSTRAK
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara saiz kumpulan kerja,
kualiti jalinan hubungan ketua-subordinat, kualiti jalinan hubungan kumpulan-anggota
yang memberi kesan ke atas komitmen afektif kumpulan kerja. Seramai 215 kakitangan
(n=215) di RISDA telah diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan kaedah regresi berganda untuk menguji hubungan antara
pembolehubah kualiti jalinan hubungan ketua-subordinat, kualiti jalinan hubungan
kumpulan-anggota dan komitmen afektif. Manakala analisis korelasi pearson digunakan
untuk menguji pembolehubah saiz kumpulan kerja dengan kualiti jalinan hubungan
ketua-subordinat dan kualiti jalinan hubungan kumpulan-anggota. Hasil analisis korelasi
pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif antara saiz kumpulan dengan kualiti
jalinan hubungan ketua-subordinat dan kualiti jalinan hubungan kumpulan-anggota. Ini
bermakna semakin besar saiz sesebuah kumpulan kerja, kualiti jalinan hubungan ketua-
subordinat dan kualiti jalinan hubungan kumpulan-anggota semakin menurun. Hasil
analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan
antara kualiti jalinan hubungan ketua-subordinat dan kualiti jalinan hubungan
kumpulan-anggota ke atas komitmen afektif ahli kumpulan. Berdasarkan hasil kajian
ini, beberapa cadangan telah diutarakan sebagai usaha dan pendekatan bagi
meningkatkan dan mengekalkan komitmen dalam kumpulan kerja dan jalinan hubungan
dalam kalangan ahli kumpulan dan ketua mereka yang secara langsung mampu
meningkatkan pencapaian organisasi.
4
ABSTRACT
The objective of this study is to identify the relationship between the size of the working
group, leader-member exchange quality, team-member exchange quality that impact on
the work group affective commitment. A total of 215 staff (n = 215) in RISDA was
taken as the sample. Data were analyzed using multiple regression to examine the
relationship between variables, namely, leader-member exchange quality, team-member
exchange quality and affective commitment. The Pearson correlation analysis was used
to test the workgroup size, team-member exchange quality and leader-member
exchange quality. Pearson correlation analysis revealed a negative relationship between
workgroup size and leader-member exchange quality and team-member exchange
quality. This means that the larger of workgroup size, leader-member exchange and
team-member exchange quality is decreasing. The results of multiple regression
analysis showed a significant positive correlation between leader-member exchange and
team-member exchange quality of the affective commitment of the workgroup. Based
on these findings, several suggestions were put forward as a business and approach to
enhance and sustain commitment in workgroups and networking among member groups
and their leaders are directly able to improve organizational performance.
5
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan Muka Surat
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
ISI KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SINGKATAN PERKATAAN xii
BAB SATU: PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Organisasi Kajian 4
1.2 Permasalahan Kajian 7
1.3 Persoalan Kajian 14
1.4 Objektif Kajian 17
1.5 Signifikan Kajian
1.5.1 Kepentingan dari aspek akademik 18
1.5.2 Kepentingan dari aspek teori 19
1.5.3 Kepentingan dari aspek praktikal 20
1.5.4 Kepentingan dari aspek polisi 21
1.6 Skop Kajian 21
1.7 Limitasi Kajian 22
1.8 Definisi Konsep dan Operasi 23
1.8.1 Komitmen 23
1.8.1.1 Komitmen Afektif 24
1.8.2 Kualiti Jalinan Hubungan Ketua-Subordinat 26
1.8.3 Kualiti Jalinan Hubungan Kumpulan-Anggota 28
1.8.4 Saiz Kumpulan Kerja 29
1.9 Kesimpulan bab 30
6
BAB DUA: ULASAN KARYA
2.0 Pengenalan 31
2.1 Ulasan Karya 32
2.1.1 Saiz Kumpulan dan Kualiti Jalinan Hubungan 32
Ketua-Subordinat
2.1.2 Kualiti Jalinan Hubungan Ketua-Subordinat dan 39
Komitmen
2.1.3 Saiz Kumpulan dan Kualiti Jalinan Hubungan 51
Kumpulan-Anggota
2.1.4 Kualiti Jalinan Hubungan Kumpulan-Anggota dan 56
Komitmen
2.1.5 Kajian Dalam Konteks Organisasi di Malaysia 68
2.2 Teori 77
2.2.1 Teori Pertukaran Pemimpin-Anggota 77
2.2.2 Teori Pertukaran Kumpulan-Anggota 79
2.3 Kerangka Teoritikal Kajian 80
2.4 Hipotesis 81
2.5 Kesimpulan Bab 85
7
BAB TIGA: METOD KAJIAN
3.0 Pengenalan 87
3.1 Rekabentuk Kajian 87
3.1.1 Populasi Kajian 87
3.1.2 Sampel Kajian 89
3.2 Prosedur 90
3.3 Instrumen Kajian 91
3.3.1 Kualiti Jalinan Hubungan Ketua-Subordinat 92
3.3.2 Kualiti Jalinan Hubungan Kumpulan-Anggota 92
3.3.3 Komitmen 92
3.3.4 Saiz Kumpulan Kerja 93
3.4 Analisis Data 93
3.5 Kebolehpercayaan 94
8
BAB EMPAT: HASIL KAJIAN
4.0 Pengenalan 96
4.1.1 Maklumat Demografi dan Latar Belakang 96
Responden
4.1.2 Jantina 97
4.1.3 Status Perkahwinan 98
4.1.4 Taraf Pendidikan 98
4.1.5 Kategori Kerja 99
4.1.6 Bangsa 100
4.1.7 Agama 101
4.1.8 Umur 102
4.1.9 Pengalaman Kerja 102
4.2 Tahap Kualiti Pertukaran Jalinan Hubungan Ketua-Subordinat, Kualiti 104
Pertukaran Jalinan Hubungan Kumpulan-Anggota dan Komitmen Afektif
Pekerja.
4.3 Laporan Pra-Kajian 107
4.4 Statistik Deskriptif dan Korelasi antara Pembolehubah 107
4.5 Ujian Hipotesis 108
4.6 Perbincangan dan Implikasi 112
4.6.1 Hubungan antara saiz kumpulan kerja dengan kualiti jalinan 112
hubungan ketua-subordinat.
4.6.2 Hubungan antara kualiti jalinan hubungan ketua-subordinat 114
dengan komitmen terhadap kumpulan kerja.
4.6.3 Hubungan antara saiz kumpulan kerja dengan kualiti jalinan 116
hubungan kumpulan-anggota.
4.6.4 Hubungan antara kualiti jalinan hubungan kumpulan-anggota 117
dengan komitmen terhadap kumpulan kerja.
4.6.6 Saiz kumpulan kerja, kualiti jalinan hubungan ketua- 119
subordinat, kualiti kumpulan-anggota secara signifikan dapat
meramal komitmen afektif.
9
BAB LIMA: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Ringkasan Kajian 120
5.1 Kesimpulan 120
5.2 Cadangan 121
5.2.1 Cadangan Terhadap Penyelidikan Masa Hadapan 121
5.2.2 Cadangan Kepada Organisasi Untuk Diamalkan 122
5.2.2.1 Cadangan meningkatkan tahap komitmen 122
pekerja di RISDA
5.2.2.2 Cadangan meningkatkan tahap 124
LMX dan TMX di RISDA.
5.2.2.3 Cadangan terhadap saiz kumpulan kerja di RISDA. 128
Rujukan 131
Lampiran 143
Soal selidik 144
10
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
Jadual 3.1: Klasifikasi perkhidmatan mengikut gred 88
kakitangan RISDA di Semenanjung Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
Jadual 3.2: Klasifikasi perkhidmatan di Ibu Pejabat RISDA 89
mengikut bahagian pada tahun berakhir Mac 2010
Jadual 3.3: Reliabiliti Statistik 95
Jadual 4.1: Kekerapan Responden Mengikut Jantina 97
Jadual 4.2: Kekerapan Responden Mengikut Status Perkahwinan 98
Jadual 4.3: Kekerapan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 99
Jadual 4.4: Kekerapan Responden Mengikut Kategori Kerja 100
Jadual 4.5: Kekerapan Responden Mengikut Bangsa 101
Jadual 4.6: Kekerapan Responden Mengikut Agama 101
Jadual 4.7: Kekerapan Responden Mengikut Umur 102
Jadual 4.8: Kekerapan Responden Mengikut Pengalaman Kerja 103
Jadual 4.9: Pembahagian Skor Min Bagi Setiap Tahap 105
Jadual 4.10: Kekerapan dan Peratus Tahap Kualiti Jalinan Hubungan 105
Ketua-Subordinat.
Jadual 4.11: Kekerapan dan Peratus Tahap Kualiti Jalinan Hubungan 106
Kumpulan-Anggota
Jadual 4.12: Kekerapan dan Peratus Tahap Komitmen Afektif 106
Jadual 4.13: Statistik Deskriptif dan Korelasi Antara Pembolehubah 108
Jadual 4.14: Korelasi Antara Saiz Kumpulan Kerja dengan 109
LMX dan TMX pekerja di RISDA.
Jadual 4.15: Analisis Regresi Berganda Antara LMX, TMX dan 111
Komitmen Afektif Pekerja di RISDA.
11
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
Rajah 2.1 Kerangka Teoritikal Kajian 81
12
SINGKATAN PERKATAAN
LMX : Leader Member Exchange
TMX : Team Member Exchange
LLX : Leader-Leader Exchange.
RISDA : Rubber Industry Small Holders Development Authority
FELCRA : Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority
FELDA : Federal Land Development Authority
KKLW : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
SPKR : Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
GDW : Gerakan Desa Wawasan
PPRT : Program Pembangunan Prasana dan Perumahan Rakyat Termiskin.
INFRA : Institute For Rural Advancement
SEM : Structural Equation Modelling.
WABA : Within and Between Analysis.
13
BAB SATU
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Organisasi merupakan satu unit sosial yang terdiri daripada sekumpulan manusia
yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat bersama. Oleh sebab itu, organisasi yang merupakan satu unit sosial ini
memiliki beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan dan tanggungjawab
tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Oleh itu, pekerja-pekerja organisasi
perlu bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat
sesebuah organisasi. Kerjasama dan jalinan perhubungan antara pekerja-pekerja
dalam organisasi adalah penting dalam menentukan misi dan visi sesebuah
organisasi tercapai. Ini kerana, sekiranya mereka bekerja tanpa memerlukan
perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak yang lain, sudah pasti tugas yang
dijalankan tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi
masa, kualiti, kuantiti dan sebagainya.
Di samping itu, sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang berupaya
menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
Oleh itu, penyatuan usaha perlu wujud di dalam sesebuah organisasi bagi
menjamin setiap hala tuju yang dibentuk dapat dizahirkan. Hal ini penting kerana,
hubungan yang positif dalam kalangan kakitangan organisasi dapat menjamin
organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Oleh itu,
The contents of
the thesis is for
internal user
only
143
RUJUKAN
Abu Bakar, H., & Connaughton. S. L. (2010). Relationships between supervisory
communication and commitment to workgroup: A multilevel analysis
approach. International Journal of Strategic Communication , 4 , 39–57.
Abu Bakar, H., Mustaffa, C. S., & Mohamad, B. (2008). Leader-member
exchange quality, supervisory communication and team-oriented
commitment: A multilevel analysis approach. Corporate
Communication: An International Journal, 14, 11-33.
Allen, N.J. & Meyer, J.P. (1996). Affective, continuance, and normative
commitment to the organization: an examination of construct validity.
Journal of Vocational Behavior, 49, 252–276.
Amason, A. C. (1996). Distinguishing the effects of functional and dysfunctional
conflict on strategic decision making. Academy of Management Journal,
39,123-148.
Amason, A. C., & Sapienza, H. J. (1997). The effects of top management team
size and interaction norms on cognitive and affective conflict. Journal of
Management, 23, 495-516.
Amah, E. O. (2010). Multidimensional leader member exchange and work
attitude relationship: The role of reciprocity. Asian Journal of Scientific
Research, 3, 39-50.
Ansari, A. M., Hung, M. K. D. & Aafaqi, R. (2007). Leader member exchange
and attitudinal outcomes: role of procedural justice climate. Leadership &
Organization Development Journal, 28, 690-709.
Aronson, E. (1978). The jigsaw classroom. Beverly Hills, CA: Sage.
Argenti, P. A. (2004). Collaborating with Activists: How Starbucks Works with
NGOs. California Review Management, 47.
Ashman, A. F., & Gillies, R. M. (1997). Children's cooperative behavior and
interactions in trained and untrained work groups in regular classrooms.
Journal of School Psychology, 35, 261-279.
Asgari, A., Silong, D. A., Ahmad, A., & Samah, A. B. (2008). The relationship
between transformational leadership behaviors, organizational justice,
leader-member exchange, perceived organizational support, trust in
management and organizational citizenship behaviors. European Journal
of Scientific Research, 23, 227-242.
144
Ballard, D. I., & D. R. Seibold. (2004). Communication related organizational
structures and work group temporal experiences: The effects of
coordination method technologytype and feedback cycle on members’
construals and enactments of time. Communication Studies, 71, 1-27.
Baldwin, T. T., Bedell, M. D., & Johnson, J. L. (1997). The Social Fabric of a
Team-Based M.B.A. Program: Network Effects on Student Satisfaction
and Performance. The Academy of Management Journal, 40, 1369-1397.
Bantel, A. K. & Jackson, E. S. (1989). Top Management and Innovations in
Banking: Does the Composition of the Top Team Make a Difference?