HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ANIS BIN ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN
STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
ANIS BIN ABD WAHAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI
KEHIDUPAN STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
ANIS BIN ABD WAHAB
Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa buat,
Ayah dan Ibuku yang disayangi
Allahyarham Abd. Wahab Bin Ahmad dan Maryam Binti Mamat
Terima kasih atas pengorbanan, kasih sayang dan dorongan yang telah diberikan…
Ku pohon doa dan restumu. Semoga berkat doamu sentiasa mengiringi kejayaanku.
Semoga sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Abang, Kakak dan Adik Tersayang,
Terima kasih atas segala doa kalian yang tidak pernah jemu berikan. Segala nasihat
dan semangat yang kalian berikan akan sentiasa terpahat disanubari. Semoga kalian
terus mencipta kejayaan di dunia dan akhirat.
Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,
Terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah merahmati
perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa.
Buat Teman Seperjuangan,
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang
diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan seadilnya segala budi
baik kalian. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.
Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan
ucapan terima kasih buat penyelia projek En. Jamaludin Bin Ramli yang telah
banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi
dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini
dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Timbalan Pendaftar
Fakulti Pendidikan dan Staf Sokongan Fakulti Pendidikan UTM yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini
berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan
juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara
langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini berkaitan hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan kualiti
kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan
kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan samada signifikan ataupun tidak.
Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan soal selidik. Borang
soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual
dan kualiti kehidupan. Bahagian demografi mengandungi item berkaitan jantina,
umur, pengalaman bekerja, status dan kelayakan akademik. Soal selidik berkaitan
kecerdasan spiritual dibina berdasarkan aspek emosi, pemikiran, amalan dan
hubungan sosial manakala soal selidik berkaitan kualiti kehidupan pula dibina
berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan
komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis kecerdasan spiritual dan kualiti
kehidupan. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan pada
aras signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan di antara kecerdasan spiritual dan
kualiti kehidupan staf sokongan. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan
soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (�) 0.911. Responden kajian ini terdiri
daripada 47 orang staf sokongan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan spiritual dan
kualiti kehidupan staf sokongan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan yang
signifikan di antara kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan. Kajian ini turut
memberikan cadangan untuk tindakan susulan dan cadangan kajian lanjutan yang
boleh dilakukan.
vii
ABSTRACT
The Research title is about relationship between the spiritual quotients and
quality of life among support staff from Faculty of Education, UTM. The purpose of
this research is to identify the significant between the relationship of spiritual
quotients and quality of life among support staff.. This research is descriptive of the
questionnaire. The questionnaire was divided into three parts, the demographic
aspects, spiritual quotients aspects and quality of live aspect. The demographic is
constructed bases on of gender, age, work experience, status and academic
qualification. Spiritual quotients is build bases on the emotional, thought, practice
and social relation. Meanwhile, the quality of life is constructed based on the area of
health, relationships, feelings, self-development, and commitment. The data were
analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 16.0 program.
The descriptive statistics of frequency, percentages, mean and standard deviation
were used to analyze the spiritual quotients and quality of life. Statistical inference
of Pearson correlations was used at significant level 0.05 to analyze the relationship
between the spiritual quotients with quality of life. The pilot study shows the
reliability of the questionnaire on the value of Alpha Cronbach (�) 0.911. The
respondents consist of 47 support staff from Faculty of Education, UTM. The study
also that the level of spiritual quotient and quality of life among support staff from
Faculty of Education, University of Techology Malaysia is higher. The study
showed a significant correlation between of spiritual quotients with quality of life.
Some suggestions for future research also provided.
viii�
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
DEDIKASI iii
PENGAKUAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Kerangka Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Hipotesis 10
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Skop Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 12
ix�
1.11 Definisi Konsep, Istilah dan Operasional 13
1.12 Kesimpulan 17
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Konsep Kecerdasan 18
2.3 Kecerdasan Spiritual 19
2.4 Konsep Kecerdasan Spiritual 21
2.4.1 Emosi 24
2.4.2 Pemikiran 26
2.4.3 Amalan 28
2.4.4 Hubungan Sosial 34
2.5 Konsep Kualiti Kehidupan 36
2.5.1 Kesihatan 39
2.5.2 Perhubungan 41
2.5.3 Perasaan 42
2.5.4 Pembangunan Kendiri 43
2.5.5 Komitmen 44
2.6 Kajian Lepas 45
2.7 Teori Kaunseling Al-Ghazali 46
2.8 Model Kualiti Hidup 49
2.9 Teori Keperluan Maslow 51
2.10 Kesimpulan 53
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka Bentuk Kajian 54
x�
3.3 Tempat Kajian 55
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56
3.5 Instrumen Kajian 57
3.5.1 Bahagian A 57
3.5.2 Bahagian B 58
3.5.3 Bahagian C 59
3.5.4 Pemarkatan Skor 60
3.6 Kajian Rintis 60
3.6.1 Kesahan Instrumen 61
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 62
3.7 Prosedur Kajian 64
3.8 Analisis Data 65
3.8.1 Mod atau Kekerapan 66
3.8.2 Min atau Purata 66
3.8.3 Sisihan Piawai 67
3.8.4 Korelasi Pearson 67
3.9 Kesimpulan 69
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 70
4.2 Analisis Bahagian A 71
4.2.1 Jantina 71
4.2.2 Umur 72
4.2.3 Pengalaman Bekerja 72
4.2.4 Status Perkahwinan 73
4.2.5 Kelayakan Akademik 74
4.3 Analisis Bahagian B 74
4.3.1 Apakah Tahap Kecerdasan Spiritual Staf
Sokongan Fakulti Pendidikan UTM
75
xi�
4.3.1.1 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Emosi
75
4.3.1.2 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasakan
Aspek Pemikiran
77
4.3.1.3 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Amalan
79
4.3.1.4 Apakah Tahap Kecerdasan
Spiritual Responden Berdasarkan
Aspek Hubungan Sosial
81
4.3.1.5 Tahap Kecerdasan Spiritual
Responden Secara Keseluruhan
83
4.3.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan Staf
Sokongan Fakulti Pendidikan UTM
84
4.3.2.1 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Kesihatan
85
4.3.2.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Perhubungan
87
4.3.2.3 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Perasaan
89
4.3.2.4 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Pembangunan Kendiri
91
4.3.2.5 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Berdasarkan Aspek
Komitmen
93
4.3.2.6 Tahap Kualiti Kehidupan
Responden Secara Keseluruhan
95
xii�
4.4 Pengujian Hipotesis 96
4.4.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek emosi dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
96
4.4.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek pemikiran dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
97
4.4.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek amalan dengan kualiti kehidupan
dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
98
4.4.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual berdasarkan
aspek hubungan sosial dengan kualiti
kehidupan dalam kalangan staf sokongan
Fakulti Pendidikan UTM.
99
4.4.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan spiritual dengan kualiti
kehidupan dalam kalangan staf sokongan
Fakulti Pendidikan UTM.
100
4.5 Kesimpulan 101
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 102
5.2 Perbincangan 103
xiii�
5.2.1 Tahap Kecerdasan Spiritual Responden 103
5.2.2 Tahap Kualiti Kehidupan Responden 105
5.2.3 Hubungan di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Emosi dengan Kualiti
Kehidupan Responden
106
5.2.4 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Pemikiran Dengan
Kualiti Kehidupan Responden
108
5.2.5 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Amalan Dengan
Kualiti Kehidupan Responden
109
5.2.6 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Berdasarkan Aspek Hubungan Sosial
Dengan Kualiti Kehidupan Responden
111
5.2.7 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual
Keseluruhannya Dengan Kualiti
Kehidupan Responden
113
5.3 Cadangan 115
5.3.1 Pentadbir dan Pengurusan Fakulti 115
5.3.2 Staf Sokongan 116
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116
5.5 Kesimpulan 117
BIBLIOGRAFI 118
LAMPIRAN
Lampiran A 128
Lampiran B 133
Lampiran C 134
Lampiran D 135
Lampiran E 136
xiv�
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Statistik kes rasuah dari tahun 2005 sehingga
bulan Jun 2008
5
3.1 Staf sokongan Fakulti Pendidikan UTM 56
3.2 Taburan item dalam soal selidik 57
3.3 Pembahagian item kecerdasan spiritual 58
3.4 Pemeringkatan skor Skala Likert 59
3.5 Pembahagian item kualiti kehidupan 60
3.6 Analisis tahap mengikut min 60
3.7 Jadual keputusan analisis nilai
kebolehpercayaan kajian
63
3.8 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 67
3.9 Ringkasan pengujian hipotesis 68
3.10 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumb 68
3.11 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai
signifikan
69
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan jantina
71
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan umur
72
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan pengalaman
72
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan status perkahwinan
73
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden
berdasarkan kelayakan akademik
74
xv�
4.6 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek emosi
75
4.7 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek emosi
77
4.8 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek pemikiran
77
4.9 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek pemikiran
79
4.10 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek amalan
79
4.11 Tahap kecerdasan spiritual responden
berdasarkan aspek amalan
81
4.12 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek hubungan sosial
81
4.13 Tahap kecerdasan spiritual dari berdasarkan
aspek hubungan sosial
83
4.14 Tahap kecerdasan spiritual responden secara
keseluruhan
83
4.15 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek kesihatan
85
4.16 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek kesihatan
86
4.17 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek perhubungan
87
4.18 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek perhubungan
88
xvi�
4.19 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek perasaan
89
4.20 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek perasaan
90
4.21 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item kualiti kehidupan
berdasarkan aspek pembangunan kendiri
91
4.22 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek pembangunan kendiri
92
4.23 Taburan staf mengikut peratusan, min dan
sisihan piawai bagi setiap item kualiti
kehidupan berdarkan aspek komitmen
93
4.24 Tahap kualiti kehidupan responden
berdasarkan aspek komitmen
94
4.25 Tahap kualiti kehidupan responden secara
keseluruhan
95
4.26 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek emosi dengan kualiti
kehidupan
96
4.27 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek pemikiran dengan kualiti
kehidupan
97
4.28 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek amalan dengan kualiti
kehidupan
98
4.29 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
berdasarkan aspek hubungan sosial dengan
kualiti kehidupan
99
4.30 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual
keseluruhan dengan kualiti kehidupan
100
xvii�
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka kajian 8
2.1 Model Kualiti Hidup 50
3.1 Carta aliran prosedur kajian 65
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecerdasan spiritual merupakan kunci kepada kehidupan manusia. Kekuatan
fizikal yang kita miliki adalah lahir daripada kekuatan atau kecerdasan spiritual.
Oleh sebab itu, kita akan dapat menjalankan tugas kita dengan baik sekiranya kita
memiliki kekuatan atau kecerdasan spiritual yang tinggi (Nahid 2009).
Spiritual bermaksud hubungan manusia dengan Tuhannya. Kecerdasan
spiritual adalah ukuran tahap hubungan manusia dengan Tuhannya. Seseorang
mempunyai kecerdasan spiritual akan mempunyai hubungan yang baik dengan
Tuhannya dan juga sesama manusia (Siti Lutfiyah, 2008). Kekuatan spiritual akan
memberi kesan yang mendalam kepada diri kita. Kekuatan spiritual yang tinggi,
akan menjadikan diri kita mampu mengawal segala tingkahlaku kita daripada
melakukan perkara-perkara yang negatif.
Menurut Munandir (1996) kecerdasan spiritual berasal daripada dua
perkataan iaitu kecerdasan dan juga spiritual. Kecerdasan ialah kemampuan atau
kebolehan seseorang itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya terutama
masalah yang sangat rumit yang memerlukan seseorang itu memerah fikiran untuk
2
menyelesaikannya. Spiritual pula bermaksud rohani, batin, moral atau mental. Oleh
sebab itu kecerdasan spiritual bermaksud kebolehan atau kemampuan seseorang
untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rohani, moral dan
mental.
Menurut Mimi Doe dan Marsha Walch (2007 dalam Syamil Yusuff, 2007),
spiritual merupakan dasar bagi perkembangan harga atau maruah diri, serta nilai dan
moral seseorang. Ianya memberi makna dan erti yang sangat besar bagi kehidupan
kita, tentang kepercayaan mengenai adanya kekuatan dalaman yang lebih besar dan
kuat daripada kekuatan fizikal. Spiritual juga menghubungkan diri kita secara
langsung dengan Pencipta.
Kecerdasan spiritual menurut kacamata Islam adalah merujuk kepada konsep
kehambaan kepada Tuhan. Mereka yakin dengan pertolongan yang diberikan oleh
Tuhan mereka pada setiap masa dan mereka melakukan ibadat kepada Tuhan tanpa
rasa terbeban (Syamil Yusuff, 2007).
Syamil Yusuff (2007) juga menyatakan bahawa, kecerdasan spiritual
mengikut pandangan barat bermaksud mencari kehidupan yang lebih bermakna.
Kecerdasan spiritual mampu membawa kebahagiaan kepada manusia kerana di
dalam diri manusia terdapat potensi yang terpendam dan ia akan membantu mencari
makna kehidupan yang sebenarnya.
Kualiti kehidupan pula adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai dan tiada
maksud yang jelas mengenainya. Kebanyakkan pengkaji hanya melihat kualiti
kehidupan ini berdasarkan satu dimensi sahaja iaitu seperti fizikal, ekonomi atau
seksual (King & Hinds, 2003).
3
Kualiti kehidupan ialah darjah kesejahteraan hidup yang dilalui oleh
seseorang individu. Kualiti kehidupan ini mengandungi dua komponen penting.
Yang pertama ialah dari segi fizikal iaitu seseorang itu sihat dan bebas daripada
sebarang jenis penyakit. Komponen yang kedua ialah psikologikal. Aspek ini
termasuk perkara-perkara seperti tekanan, bimbang, takut dan perasaan lain samada
positif atau negatif (Eiser & Morse, 2001).
Menurut Szalai & Andrew (1980) kualiti hidup bermaksud perubahan di
dalam masyarakat dan sistem hidup daripada keadaan yang tidak baik kepada
keadaan yang lebih baik. Perubahan ini adalah meliputi kesemua aspek termasuklah
soal sosial, politik, psikologi, kebudayaan dan alam sekitar. Namun begitu aspek
yang paling utama dalam mempengaruhi kehidupan yang berkualiti kepada manusia
ialah politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Kualiti kehidupan di Malaysia pula didefinisikan sebagai kemajuan diri, gaya
hidup yang sihat, kebebasan untuk mendapatkan pengetahuan dan menikmati taraf
hidup yang melebihi keperluan asas serta psikologi individu. Apabila masyarakat
beralih kepada suasana kehidupan yang lebih baik, maka kualiti kehidupannya juga
akan dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi : 2002)
World Health Organization (1993) pula mendefinisikan kualiti hidup sebagai
persepsi individu mengenai keadaan kehidupan mereka dalam konteks budaya dan
cara hidup di mana ianya berkait rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban.
Kualiti kehidupan ini adalah sebagai pengalaman terbaik yang dialami oleh individu
di bawah keadaan kehidupan masing-masing (Lehman, 1983)
Kebanyakan pengkaji pada zaman dahulu, mendefinisikan kualiti hidup
hanya dari segi fizikal sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini, kebanyakan pengkaji
telah mula menambahkan lagi definisi kualiti hidup ini dengan memasukkan soal
dalaman seperti emosi dan perasaan. Kualiti hidup merupakan jangka waktu yang
4
merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan
berfungsi dengan tugas biasa di dalam kehidupan (Leplege & Hunt, 1997).
Konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur
dengan nilaian kebendaan sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf
pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek-aspek yang tidak
berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan
antara individu dan sentiasa berlapang dada ( Siti Fatimah, 2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, kita sering kali mendengar media massa memperkatakan isu-
isu berkaitan dengan salah laku yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan.
Kes-kes salah laku ini melibatkan penjawat awam ini sentiasa meningkat dari tahun
ke tahun.
Antara kes-kes salah laku yang pernah berlaku ialah gejala rasuah. Perbuatan
mengejar kekayaan untuk meningkatkan kualiti hidup atau kesejateraan hidup tanpa
mempedulikan agama menyebabkan berlakunya gejala rasuah ini. Jadual di bawah
menunjukkan statistik kes rasuah yang berlaku dari tahun 2005 sehingga bulan Jun
2008.
5
Jadual 1.1 : Statistik kes rasuah dari tahun 2005 sehingga bulan Jun 2008
Profesion 2005 2006 2007 2008 Jumlah
Kakitangan kerajaan 217 261 274 162 914
Pihak berkuasa 22 16 9 2 49
Orang awam / swasta 344 267 288 147 1046
Ahli politik 2 3 0 0 5
Jumlah 585 547 571 311 2014
Sumber: Badan Pencegahan Rasuah 2008
Berdasarkan statistik di atas, jelas menunjukkan bahawa jumlah kes rasuah
melibatkan kakitangan kerajaan sentiasa meningkat setiap tahun. Menurut Presiden
CUEPAC, iaitu Omar Osman (2010) sebanyak 41 peratus kakitangan awam terbabit
dalam gejala rasuah ini. Gejala rasuah ini berlaku kerana golongan ini ingin
mengejar kemewahan dunia untuk kesejahteraan hidup tanpa memikirkan halal dan
haram (Omar Osman, 2010). Menurut Norhafifi Yahya (2006) gejala rasuah ini
berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi seperti kurang iman dan taqwa.
Selain itu juga, sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat
kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya.
Selain itu juga, kes-kes penceraian melibatkan kakitangan kerajaan juga
semakin meningkat. Sebagai contoh, terdapat kes seorang kakitangan kerajaan di
sebuah universiti terkemuka, merasai derita berumah tangga apabila diceraikan pada
usia 27 tahun hanya selepas tiga tahun berkahwin. Keretakan rumah tangga mereka
berpunca daripada perhubungan bebas di kalangan rakan-rakan sepejabat (Berita
Harian, 2009). Menurut Tengku Asmadi (2009), kes perceraian ini berlaku kerana
kurangnya pengetahuan atau jahil dalam ilmu agama.
6
Menurut Iyus Yosep (2005) individu yang memiliki tahap kecerdasan
spiritual yang tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan menjalani kepuasan hidup
atau kualiti kehidupan yang baik berbanding dengan mereka yang taraf kecerdasan
spiritualnya rendah. Akhir-akhir ini, kajian menunjukkan individu yang memiliki
tahap kecerdasan spiritual yang tinggi, sikap yang positif dan kebolehan dalam
menyesuaikan diri memainkan peranan penting dalam membina kehidupan yang
positif. Mereka yang mempunyai kecerdasan spiritual yang tinggi juga lebih redha
dengan kehidupan mereka, mempunyai hubungan interpersonal yang baik, dan
gembira dengan pekerjaan (Samsudin Osman, 2005).
Samsudin Osman (2005) di dalam Seminar Psikologi Pada Tahun 2005,
mengatakan bahawa pekerja yang mempunyai perasaan gembira dengan kerja atau
tugas yang dilakukan akan dapat mewujudkan sesuatu yang dapat memuaskan hati
dalam bekerja, seterusnya hasil kerja yang dilakukan memberi makna kepadanya.
Oleh sebab itu, setiap individu wajar mengamalkan spiritual dalam diri agar mampu
mencipta makna dan jiwa yang bahagia seterusnya akan dapat meningkatkan kualiti
dalam pekerjaan.
Justeru itu, persoalan yang cuba dibincangkan dalam kajian ini ialah, adakah
terdapat hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan kerana
kajian ini mengandaikan bahawa individu yang memiliki tahap kecerdasan spiritual
yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Staf sokongan merupakan tulang belakang kepada sesebuah organisasi.
Kejayaan sesebuah organisasi seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini
adalah bergantung kepada kecemerlangan kakitangannya. Staf yang mengamalkan
7
nilai spiritual akan menjalankan tugas penuh komitmen, dan kejujuran serta beretika.
Mereka akan merasa gembira dan akan melaksanakan tugas dengan sempurna.
Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengkaji adakah terdapat hubungan di antara
kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan staf sokongan di Fakulti Pendidikan
UTM kerana kajian ini mengandaikan bahawa individu yang memiliki tahap
kecerdasan spiritual yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang
tinggi.
1.4 Kerangka Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah utama
iaitu kecerdasan spiritual dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan.
Sebagai pemboleh ubah bebas kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat aspek
iaitu emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial.
Pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan yang dipeolehi daripada
lima aspek iaitu kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan
komitmen. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian yang melibatkan pembolehubah
dalam kajian ini.
8
Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar
Kecerdasan Spiritual Kualiti Kehidupan
1) EmosiKesihatan
Perhubungan
Perasaan
Pembangunan Kendiri
Komitmen
2) Pemikiran
3) Amalan
4) Hubungan Sosial
Rajah 1.1 : Kerangka kajian
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di
antara kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap kecerdasan spiritual dalam kalangan staf sokongan
Fakulti Pendidikan UTM.
ii. Mengenalpasti tahap kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
iii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
emosi dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
9
iv. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
pemikiran dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
v. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
amalan dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti
Pendidikan UTM.
vi. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek
hubungan sosial dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan
Fakulti Pendidikan UTM.
vii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual keseluruhannya
dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti Pendidikan
UTM.