1 Pengakuan Kumpulan kami (Kumpulan 19) ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang kami menyiapkan kajian ini. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kumpulan kami, Dr.Norizah bt Mohamad. Beliau telah banyak membimbing dan memberi nasihat kepada kami dalam membuat kajian ini. Malah, beliau juga sanggup meluangkan masa untuk bertemu kami bagi menjelasan format projek ini degan jelas sekali. Segala bantuan yang diberikan oleh beliau telah membolehkan kami menyiapkan kajian tersebut dengan lancer. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada 50 orang responden yang telah sanggup meluangkan sedikit masa mereka kepada kami untuk menjawab soalan- soalan soal selidik yang diberikan. Kerjasama yang di berikan oleh mereka telah memberi sumbangan kepada kami untuk selangkah menuju kejayaan kajian ini. Kami juga berterima kasih kepada saudari Fiona Ee Su Yin kerana sanggup meluangkan masa beliau untuk di temu ramah oleh kami. Beliau adalah seorang mahasiwi yang berketurunan Baba. Temu ramah dengan beliau amat bermanfaatkan kumpulan kami untuk melengkapkan lagi kajian tersebut. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami iaitu Lim Yi Ming, Syed Zakwan, Ung Shen Jie, Nabila dan Siti Fatimah yang telah banyak berusaha dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran- cabaran bagi melengkapkan kajian ini
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Pengakuan
Kumpulan kami (Kumpulan 19) ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan
terima kasih kepada pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan sepanjang kami
menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia kumpulan
kami, Dr.Norizah bt Mohamad. Beliau telah banyak membimbing dan memberi nasihat
kepada kami dalam membuat kajian ini. Malah, beliau juga sanggup meluangkan masa
untuk bertemu kami bagi menjelasan format projek ini degan jelas sekali. Segala bantuan
yang diberikan oleh beliau telah membolehkan kami menyiapkan kajian tersebut dengan
lancer.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada 50 orang responden
yang telah sanggup meluangkan sedikit masa mereka kepada kami untuk menjawab soalan-
soalan soal selidik yang diberikan. Kerjasama yang di berikan oleh mereka telah memberi
sumbangan kepada kami untuk selangkah menuju kejayaan kajian ini.
Kami juga berterima kasih kepada saudari Fiona Ee Su Yin kerana sanggup
meluangkan masa beliau untuk di temu ramah oleh kami. Beliau adalah seorang mahasiwi
yang berketurunan Baba. Temu ramah dengan beliau amat bermanfaatkan kumpulan kami
untuk melengkapkan lagi kajian tersebut.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami iaitu Lim Yi Ming, Syed Zakwan, Ung Shen Jie, Nabila dan Siti
Fatimah yang telah banyak berusaha dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran-
cabaran bagi melengkapkan kajian ini
2
BAB 1: PENGENALAN
Subjek Hubungan Etnik (SHE 101) pada semester ini telah mewajibkan setiap
pelajar bersama ahli kumpulan yang telah ditetapkan, menjalankan kajian berkaitan dengan
hubungan etnik di Malaysia. Setelah beberapa pemerhatian, kumpulan kami sebulat suara
memilih tajuk “ Mengenali Suku Kaum Minoriti ( Baba dan Nyonya)”. Tajuk kajian kami
seiring dengan populariti Malaysia sebagai masyarakat majmuk di mata dunia yang mana
masyarakat dapat hidup secara aman dan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama
lain. Masyarakat majmuk bererti masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bertutur
dalam pelbagai jenis bahasa, menyambut pelbagai perayaan, menganut pelbagai jenis
agama dan mempunyai pelbagai pantang larang dalam adat masing-masing.
Suku kaum baba dan nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya dalam kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
Melayu, khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
3
1.1 PERNYATAAN MASALAH
1. Masyarakat kini kurang peka tentang kewujudan adat dan kebudayaan kaum
baba dan nyonya di negara kita.
Masyarakat kini tidak sedar bahawa terdapat lagi kaum yang perlu mereka tahu seperti
kaum baba dan nyonya kerana kelompok kaum baba dan nyonya di negara kita adalah
sangat kecil.
2. Masyarakat kurang ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba
dan nyonya.
Masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad tentang adat dan kebudayaan kaum
baba dan nyonya. Generasi muda pada zaman sains dan teknologi ini malas membaca.
Ketandusan ilmu dalam pelbagai bidang khususnya adat dan kebudayaan kaum baba dan
nyonya yang merupakan kaum minoriti di Malaysia menyebabkan mereka kurang
memahami adat dan kebudayaan kaum tersebut.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyelidik populasi keturunan baba dan nyonya.
2. Mengenal pasti amalan baba dan nyonya masih diamalkan atau tidak.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman dan minat generasi yang akan datang terhadap
adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya.
4. Mencari cara memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya kepada
masyarakat.
4
1.3 PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah keturunan baba dan nyonya masih wujud dalam masyarakat?
2. Sejauh manakah tahap kefahaman generasi muda tentang adat dan kebudayaan
baba dan nyonya?
3. Adakah generasi muda berminat mendalami dalam kebudayaan baba dan nyonya?
4. Bagaimanakah memperkenalkan adat dan kebudayaan kaum baba dan nyonya
kepada masyarakat ?
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN HASIL KAJIAN
Melalui kajian ini, kita dapat memperoleh maklumat penting berkenaan adat dan
kebudayaan kaum baba dan nyonya untuk dikongsi bersama-sama masyarakat lain.
Maklumat ini bertujuan meningkatkan kesedaran segenap masyarakat tentang kekurangan
pendedahan dan pengetahuan terhadap adat kebudayaan kaum baba dan nyonya. Kaum
baba dan nyonya merupakan golongan kaum yang sangat kecil di negara kita. Oleh itu,
sering kali kita lupa akan warisan budaya mereka. Sekiranya adat dan kebudayaan kaum
baba dan nyonya tidak diteruskan, lama-kelamaan akan lenyap ditelan arus pemodenan.
Di samping itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Mereka berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang adat dan kebudayaan kaum baba
dan nyonya dengan merujuk kepada kajian ini. Sehubungan dengan itu, kita akan lebih
menghargai adat dan mengekal kebudayaan kaum baba dan nyonya yang unik dan supaya
tidak tenggelam zaman. Petikan peribahasa ‘ biar mati anak, jangan mati adat’. Warisan
budaya kaum baba dan nyonya merupakan identiti mereka yang tersendiri dan harus
dikekalkan untuk menjamin kesinambungan tamadun.
5
BAB 2: SOROTAN LITERASI
2.1 SEJARAH BABA NYONYA
Menurut West, Barbara A. (2009), baba dan nyonya yang juga dikenali sebagai
kaum Peranakan adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat Baba dan Nyonya
dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu.
Pada mulanya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu, setelah
Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat ini mula berhijrah ke kedua-
dua negeri ini.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang
Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang
Cina yang baru. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-
unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap
suasana sosiobudaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan
campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa
generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan,
kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Budda, namun pada
zaman sekarang telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian.
Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-
upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Walau bagaimanapun, unsur-unsur barat mula masuk dan budaya asal
telah diubahsuai. Upacara ini semakin berkurangan namun masih terus diamalkan.
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi
penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan
diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,
apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut
6
penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada
Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-
pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya kaum Peranakan.
Peranakan mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka,
tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan
yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur
dengan orang Melayu tempatan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga penerangan bahawa pengikut-pengikut Puteri
Hang Li Po yang tinggal di Bukit Cina telah mengembara ke Melaka bersama Laksamana
Yunan, seorang berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal
secara keseluruhan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik
Peranakan Cina.
Sejak beberapa kurun, kaum Baba dan Nyonya telah mewujudkan satu budaya yang
unik dengan mengekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat juga
tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya
Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan kaum Baba dan Nyonya dididik oleh
Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya
merupakan kaum yang cenderung menerima budaya baru. Disebabkan kaum Baba dan
Nyonya mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidikan, kebanyakan jawatan
perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan
mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat baba dan nyonya
menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s
Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.
Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan kaum
Baba dan Nyonya bertutur tiga bahasa; bahasa cina, melayu dan english. Biasanya mereka
bekerja sebagai pedagang, dan perantaraan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya
British.
7
Gambar 1: Pengantin kaum baba dan
nyonya dalam baju pengantin
Gambar 2: Nyonya dalam baju panjang
2.2 KEBUDAYAAN BABA DAN NYONYA
2.2.1 PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian pengantin kaum baba dan nyonya
Adat perkahwinan dipengaruhi kebudayaan
Cina dan Melayu
Upacara perkahwinan kebanyakan
berdasarkan tradisi Cina
Merupakan antara upacara perkahwinan yang
paling menarik di Malaysia dan Singapura
Baju Panjang
Bagi peringkat wanita yang berusia
Diadaptasi dari pakaian wanita Melayu
Berlengan panjang, panjang lutut, nipis blaus
telus
Dipakai bersama dengan kain batik
8
Gambar 3: Kebaya Encim
Gambar 4: Kasut Manik
Gambar 4: Kasut Manik
Kebaya Encim
Bagi golongan yang lebih muda.
Berasal dari nama ‘encim’ atau Enci yang
merujuk kepada seorang wanita Cina yang berkahwin
Diperbadankan simbol dan motif dari China,
seperti naga, phoenix, Peony dan teratai
Kasut Manik
Memerlukan kemahiran dan
kesabaran yang tinggi untuk
menghasilkan jalinan manik-manik
kaca yang bersegi-segi halus pada
kain terpal
Asalnya manik-manik yang
digunakan untuk menghiasi Kasut
Manek diimport sepenuhnya dari Eropah namun lama-kelamaan diperolehi dari
Jepun kerana lebih berkualiti dan lebih oriental.
Corak dan motif pada Kasut Manik baba dan nyonya Melaka kebanyakannya terdiri
daripada flora dan fauna seperti bunga teluki, mawar, alamanda, burung
cenderawasih (phoenix), naga, singa, ayam dan sebagainya. Padanan warna yang
digunakan pada manik dan pakaian wanita nyonya mestilah sepadan dan banyak
dipengaruhi oleh kebudayaan mereka.
9
Gambar 5: Baju Lok Chuan
Baju Lok Chuan atau Mandarin Jacket
Pakaian tradisional Cina yang dipakai oleh
Baba. Jaket lengan panjang sutera, biasanya dipakai
dengan sepasang padanan seluar longgar
Pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian
pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri
Golongan berusia Baba atau lelaki pula berpakain
lebih ringkas pada hari-hari biasa namun masih
mengenakan samfoo, kot mahupun baju pagoda
dengan berseluar dan berkasut sulam serta topi.
10
2.2.2 PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA
Gambar 6: Sepasang pengantin baba dan nyonya dalam pakaian tradisional
Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan
akan berlangsung selama 12 hari. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan
diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang ibu bapa.
Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan
dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal
mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, kebiasaannya mereka akan berkahwin dalam usia
20 tahun.
Peringkat Awal
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya apabila pihak pengantin perempuan
menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan
pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih
satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina. Jemputan akan
dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat
baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang
mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya
11
tua akan diberi tugas iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang
unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk
menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.
Persiapan
Langsir , cadar baru yang kaya diletakkan dengan sulaman berwarna-warni, bunga-
bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit
pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian
dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang
Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek
dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyonya
iaitu bakul Siah.Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain
dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.
Hari “Khuih Thiah”
Hari 'Khuih Thiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas
bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk
datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari Menyambal'. Kebiasaannya
mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini
akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.
Dua Hari Sebelum
Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan
untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan
onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru
dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara
12
keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti
itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
CHIA LANG KHEK
Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.
Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan
hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm'
atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan,
berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek'
iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
CHIU THAU
Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di
tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay'
yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan
memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh
bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
CHIM PANG
Chim Pang merupakan pertemuan pertama antara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-
dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
13
CHOON TOK
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama
sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin
memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
CHIA N SIA
Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan
dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan.
Dua Belas Hari
Hari ini merupakan hari yang mana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak
yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus
dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi
lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati
hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
CHIAN N CHING KAY,CHE UMM
Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin
perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-
dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan
dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi
mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya
pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.
14
2.2.3 PANTANG LARANG
Percaya kepada pawang dan bomoh
Masyarakat Baba dan Nyonya masih percaya kepada pawang dan bomoh.
Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis
dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan
hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong
menghalau atau membuang hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.
Wanita hamil
Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut
dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu
yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya
terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada
besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
Wanita hamil dilarang untuk menyentuh barang-barang (hadiah, barang-barang,
katil perkahwinan dan sebagainya) atau menyertai dalam persiapan untuk majlis
perkahwinan. Mereka juga amat dilarang daripada memasuki kebuk perkahwinan.
Pakaian serba hitam atau putih
Ia adalah satu kesalahan yang besar untuk keluarga peranakan semasa zaman
dahulu jika tetamu memakai pakaian keseluruhan hitam atau pakaian putih semasa
menyertai majlis perkahwinan kerana pakaian ini dianggap untuk "majlis kesedihan" atau
pakaian pengebumian.
Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga mempercayai perubatan
tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau
‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.
15
2.2.4 MAKANAN TRADISIONAL BABA NYONYA
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini
juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka.
Menurut Tan Chee Beng (1993), memang tidak dapat kita nafikan bahawa makanan
Nyonya merupakan identiti bagi Malaysia dan juga Singapura. Biasanya makanan kaum
Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang
gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Namun demikian, amalan ini hanya dilakukan di
rumah sahaja.
Kaum Baba dan Nyonya ini juga terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas
dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resipinya ada persamaan
dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan
tapai pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masyarakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.
Masakan Nyonya pula lebih kepada sayur-sayuran dan daging. Masakan Nyonya
biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang
banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat
Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit
cili.
Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti
penggunaan belacan, buah keras, lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang
mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur masin).
Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.
Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan
seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan. Di sinilah
dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.
16
JENIS-JENIS MAKANAN TRADISIONAL
AYAM PONGTEH
Salah satu makanan tradisi peranakan ialah ayam
pongteh, resipi ayam ala peranakan di Malaysia.
Ayam pongteh ada dua versi. Versi kehitaman
berasal dari Melaka. Sedangkan yang putih itu
versi Pulau Pinang. Warna hitam disebabkan
penggunaan kicap manis dan gula Melaka.
Penggunaan cili hijau adalah pengaruh daripada
Melayu sedangkan bahan asal masakan ini
sendiri adalah masakan Cina.
Untuk masakan ayam pongteh, ayam yang
digunakan biasanya ayam yang dipotong ke
lapan atau sepuluh bahagian.
Kentang yang digunakan sebaiknya menggunakan kentang jenis Yukon atau Red
dibandingkan dengan jenis Russet.
Ada sesetengah daripada mereka memasak ayam/babi pongteh dengan menggunakan
cendawan kering Cina/Jepang. Penggunaan cendawan segar sebaiknya dihindari karena
rasanya akan berbeza. Ada juga yang menggunakan kedua-duanya dengan mencampurkan
rebung dan cendawan.
Cili hijau yang digunakan biasanya dimasak terlebih dahulu setelah dipotong. Namun, ada
juga yang makan cili hijau tersebut dengan makanan tergoreng.
Gambar 7: Ayam Pongteh
17
SAMBAL BELACAN
Seperti masyarakat Melayu, kaum Baba dan
Nyonya juga turut tidak ketinggalan apabila menu
sambal belacan turut menjadi salah satu menu
masakan mereka. Sambal belacan merupakan
hidangan sampingan yang biasanya dimakan
bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada
amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama
belacan, garam dan sedikit gula.
Sambal belacan boleh juga dicampurkan dengan
tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili
padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Juga
boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa. Cara membuatnya adalah
sangat senang dan mudah. Tumbukkan cili padi dan belacan. Kemudian, masukkan cili
besar dan tumbuk sederhana atau ¾ pecah. Selepas itu, masukkan tomato dan lenyekkan.
Air perahan asam jawa dicampurkan dengan sambal tadi dan campurkan garam dan gula
secukup rasa.
ASAM PEDAS
Masakan Baba Nyonya juga terkenal dengan
masakan asam pedas . Masakan mereka sedikit
sebanyak telah dipengaruhi oleh masakan
masyarakat Melayu. Resipi untuk membuatnya
tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu
mudah. Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri
daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan
tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk ), cili
kering, bawang merah, bawang putih, belacan,
halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur