1 HSH lwn MSS [Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di Shah Alam. Kes Saman No. 10002-024-1662-2016 (Puan Shanizah binti Ngatiman, HMRS)] [23 November 2017 bersamaan dengan 4 Rabiulawal 1439H] Seksyen 73 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003 – Tuntutan nafkah anak-kewajipan bapa menanggung nafkah-keperluan anak-kemampuan bapa menyediakan nafkah kepada anak-anak Fakta Kes 1. Plaintif HSH (No. K/P: XXXXXX) yang beralamat di XXXXX Seksyen 22, Shah Alam, Selangor adalah seorang warganegara Malaysia. MSS (No. K/P: XXXXX), Defendan dalam prosiding ini yang beralamat di alamat sama seperti alamat Plaintif semasa kes ini difailkan. 2. Plaintif dan Defendan di dalam kes ini telah bernikah pada 27 November 2003 di Johor Bharu dan pasangan ini telah bercerai pada 1 September 2014 dengan talak satu kali kedua dan telah rujuk pada 1 September 2014. Semasa kes nafkah anak ini difailkan pihak-pihak di dalam proses perceraian. 3. Plaintif dan Defendan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Rabiatul XXXX binti Abdullah (anak tidak sahtaraf), Syah XXXX berumur 10 tahun (selepas ini disebut anak kedua), Adam XXXX berusia 6 tahun (selepas ini disebut anak ketiga) dan Thoyib XXXX berusia 4 tahun (selepas ini disebut anak keempat). Di dalam kes ini Plaintif hanya menuntut nafkah bagi 3 orang anak sahaja iaitu anak kedua sehingga anak keempat pihak-pihak. 4. Plaintif dan Defendan telah menghadiri sesi sulh pada 31 Oktober 2016 namun pihak-pihak telah gagal mencapai penyelesaian daripada perbincangan sulh tersebut.
21
Embed
HSH lwn MSS lwn M… · di Micro XXXXX (M) Sdn. Bhd . 4 10. ... dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
HSH lwn MSS
[Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di Shah Alam. Kes Saman No. 10002-024-1662-2016
(Puan Shanizah binti Ngatiman, HMRS)]
[23 November 2017 bersamaan dengan 4 Rabiulawal 1439H]
Seksyen 73 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003 – Tuntutan nafkah
anak-kewajipan bapa menanggung nafkah-keperluan anak-kemampuan bapa menyediakan
nafkah kepada anak-anak
Fakta Kes
1. Plaintif HSH (No. K/P: XXXXXX) yang beralamat di XXXXX Seksyen 22, Shah Alam,
Selangor adalah seorang warganegara Malaysia. MSS (No. K/P: XXXXX), Defendan dalam
prosiding ini yang beralamat di alamat sama seperti alamat Plaintif semasa kes ini difailkan.
2. Plaintif dan Defendan di dalam kes ini telah bernikah pada 27 November 2003 di Johor Bharu
dan pasangan ini telah bercerai pada 1 September 2014 dengan talak satu kali kedua dan telah
rujuk pada 1 September 2014. Semasa kes nafkah anak ini difailkan pihak-pihak di dalam proses
perceraian.
3. Plaintif dan Defendan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Rabiatul XXXX binti
Abdullah (anak tidak sahtaraf), Syah XXXX berumur 10 tahun (selepas ini disebut anak kedua),
Adam XXXX berusia 6 tahun (selepas ini disebut anak ketiga) dan Thoyib XXXX berusia 4
tahun (selepas ini disebut anak keempat). Di dalam kes ini Plaintif hanya menuntut nafkah bagi
3 orang anak sahaja iaitu anak kedua sehingga anak keempat pihak-pihak.
4. Plaintif dan Defendan telah menghadiri sesi sulh pada 31 Oktober 2016 namun pihak-pihak
telah gagal mencapai penyelesaian daripada perbincangan sulh tersebut.
2
5. Kes ini telah disebut pada kali pertama pada 22 November 2016 dan Mahkamah telah
mengarahkan Defendan memfailkan pembelaan pada sebutan seterusnya. Pada tarikh 16 Januari
2017 Plaintif telah mengakui menerima Pembelaan Defendan bertarikh 12 Januari 2017 dan
beliau tidak berhasrat untuk menjawab pembelaan Defendan tersebut dan memohon kes
tersebut dibicarakan terus pada tarikh tersebut. Mahkamah seterusnya telah menetapkan
perbicaraan bagi sambung keterangan Plaintif pada 23 Februari 2017. Pada tarikh 23 Februari
2017 dan tarikh 2 Mei 2017 kes telah ditetapkan untuk perbicaraan namun ditangguhkan
disebabkan Hakim yang mendengar kes ini cuti sakit. Perbicaraan disambung pada 18 Mei 2017
untuk keterangan Plaintif dan Plaintif telah selesai keterangan beliau pada tarikh tersebut. Dua
tarikh seterusnya pada 13 Jun 2017 bicara ditangguhkan kepada 21 Jun 2017 namun pada tarikh
kedua tersebut kedua-dua pihak tidak hadir.Defendan telah memberikan keterangan pada 5
Oktober 2017 dan 2 November 2017 di hadapan hakim baharu dengan mendapat persetujuan
daripada kedua-dua pihak. Keterangan kedua-dua pihak telah ditutup pada 2 November 2017
dan Mahkamah telah menetapkan tarikh 23 November 2017 untuk keputusan.
6. Dalam kes ini kedua-dua pihak tidak mengemukakan saksi. Plaintif hanya mengemukakan
senarai perincian keperluan anak-anak dan Defendan pula telah mengemukakan 9 dokumen
yang ditandakan sebagai keterangan beliau di Mahkamah iaitu:
Ekshibit D1: Penyata pinjaman perumahan di Bank OUB setakat Ogos 2017.
Ekshibit D2: Penyata pinjaman peribadi Defendan di bank OUB Bank setakat Ogos 2017
Ekshibit D3: Penyata baki pinjaman kereta Defendan setakat Ogos 2017
Ekshibit D4: Penyata baki pinjaman di Alliance Bank setakat Ogos 2017.
Ekshibit D5: Notis peringatan bagi pembayaran pinjaman peribadi Defendan di RHB
tahun 2013
Ekshibit D6: Pengesahan Pendapatan daripada Syarikat Micro XXXX (M) Sdn.Bhd
Ekshibit D7: Pengesahan baki pinjaman pelajaran Defendan di UKM
Ekshibit D8: Invois pembayaran yuran penyelenggaraan oleh Pengurusan bersama Indah
Ria.
Ekshibot ID9: Dokumen bil air, elektrik dan bil telefon
3
7. Plaintif telah mengemukakan perincian bagi perbelanjaan 3 orang anak iaitu seperti berikut:
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Makan Minum RM5 x 30 hari:
RM150
RM5 x 30 hari: RM150 RM5 x 30 hari:
RM150
Wang Saku
Sekolah/Tadika (anak
keempat)
RM2 x 22 hari:
RM44
RM2 x 22 hari: RM44 RM200 (yuran
sebenar RM280)
Pengangkutan ke Sekolah RM100 Pergi sahaja RM50 dan
Plaintif ambil balik
sekolah RM50
RM50
Tempat Tinggal RM130 RM130 RM130
Pakaian RM20 RM20 RM20
Jumlah RM444.00 RM444 RM550
Jumlah keseluruhan RM1438.00
8. Plaintif juga telah mengemukakan perincian bagi tuntutan perbelanjaan tahunan anak-anak
tersebut seperti berikut:
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Keperluan Pendidikan RM200 RM200 RM1000
Keperluan Perayaan RM200 RM200 RM200
Jumlah RM400 RM400 RM1200
Jumlah keseluruhan RM2000.00
9. Berdasarkan pliding dan keterangan pihak-pihak, pihak-pihak bersetuju bahawa Defendan
adalah seorang pengarah urusan di Syarikat yang dikongsi bersama dengan penkongsi beliau
di Micro XXXXX (M) Sdn. Bhd
4
10. Defendan di dalam prosiding perbicaraan telah mencadangkan tawaran nafkah bagi ketiga-
tiga orang anak sebanyak RM50 iaitu peringkat keterangan beliau bertarikh 18 Mei 2017 dan
semasa peringkat keterangan Defendan pada 5 Oktober 2017 beliau menawarkan RM200
untuk ketiga-tiga anak. Mahkamah berpendapat jumlah minimum yang menjadi asas bagi
penentuan nafkah di dalam kes ini adalah RM200 dan keatas.
Keputusan :
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 74 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan bagi tiga orang anak
seperti berikut :-
2.1 Syah XXXX (No. Mykid: XXXX) sebanyak RM400.00 sebulan
2.2 Adam XXXX (No. Mykid: XXXX) sebanyak RM350.00 sebulan.
2.3 Thoyib XXXX (No.Mykid: XXXX) sebanyak RM350.00 sebulan.
3. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah tambahan bagi anak-anak tersebut
untuk perbelanjaan awal persekolahan sebanyak RM600.00 setahun. Bayaran hendaklah
dibuat melalui akaun bank Plaintif seperti diatas dan dibayar selewat-lewatnya pada 15hb.
Disember setiap tahun.
4. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah anak tambahan bagi perbelanjaan
Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM600.00 setahun. Bayaran hendaklah dibuat melalui
akaun bank Plaintif seperti di atas dan dibayar selewatnya pada tarikh 20 Ramadhan setiap
tahun.
Peguam Syarie
Pihak-pihak tidak diwakili Peguam Syarie
5
Surah Al-Quran Yang Dirujuk
Surah al Talaq ayat 7
Surah Al Baqarah ayat 233
Kitab Yang Dirujuk
Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VII
Kitab Fiqh I’aanah al Talibin, Cetakan Dar al Fiqh Jilid 4 halaman 97
Undang –Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003- s. 61 (3) (b), dan s. 62
(2) (b).
2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003- s.73 dan s.74
3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003- S.45 (1) dan s.48(1)
Kes yang dirujuk
1. Nur Auni Batrisya binti Yusof dengan Azhar bin Anuar (kes tidak dilaporkan) Saman No:
10010-024-0720-2016.
2. Sri Utama Dewi Kasman dengan Abu Bakar bin Abdullah JH 1431H 30 BHG 1
Penghakiman Puan Shanizah binti Ngatiman, HMRS Shah Alam.
Bidang Kuasa Mahkamah
11. Mahkamah mendapati bahawa di dalam kes tuntutan Nafkah Anak ini, Plaintif di dalam kes
ini telah tinggal di alamat merupakan di dalam bidangkuasa Mahkamah ini.
12. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
2003: “Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
memperuntukan:-
“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini
terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi
6
semua Orang Islam yang bermastautin dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar
Negeri itu.”
13. Selain itu, Mahkamah juga merujuk peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran
Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang yang dibaca bersama Seksyen 61 (3) (b)
Enakmen yang sama dan seksyen tersebut menyatakan bahawa :
“Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidang kuasa Mal, mendengar, dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan
mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat di anggarkan
dengan wang (tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian.”
14. Mahkamah merujuk pula Seksyen 61 (3) (b) Enakmen yang sama yang telah memperuntukkan:
“Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah;
(b) dalam bidang kuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam
dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan :
(iii) nafkah orang-orang tanggunggan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan
(hadhanah) budak-budak;
Dari peruntukan-peruntukan di atas, mahkamah berpendapat ia mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini.
Isu-Isu Kes
15. Setelah Mahkamah meneliti keterangan Plaintif dan dokumen-dokumen yang dilampirkan
Mahkamah berpandangan bahawa di dalam kes ini terdapat 3 isu utama yang perlu dikupas
sebelum Mahkamah membuat keputusan. Isu-isunya adalah seperti berikut:
15.1 Sama ada Defendan seorang yang bertanggungan atau tidak menanggung
nafkah anak berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-undang.
7
15.2 Adakah jumlah tuntutan yang dibuat oleh Plaintif satu jumlah yang yang
munasabah bagi memenuhi keperluan anak tersebut.
15.3 Sama ada Defendan berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk
menyediakan nafkah anak-anak tersebut.
Isu Pertama: Sama ada Defendan seorang yang bertanggungan atau tidak menanggung
nafkah anak berdasarkan Hukum Syarak dan undang-undang.
16. Berdasarkan fakta di dalam penyata tuntutan dan tiada sebarang pertikaian wujud antara pihak-
pihak berkaitan dengan status tiga orang anak-anak tersebut. Defendan tidak pernah menafikan
nasab ketiga-tiga orang anak tersebut dan mengakui di dalam Mahkamah di keterangannya
bahawa 3 anak tersebut adalah anak hasil perkahwinan Defendan dengan Plaintif.
17. Di dalam seksyen 73 EUUKIS 2003 memperuntukkan :
“kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah
memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki
menanggung nafkah anaknya samada anak itu berada dalam jagaannya atau
dalam jagaan seseorang yang lain, samada dengan mengadakan bagi mereka
tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang
munasabah memandangkan kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau
dengan membayar kosnya”
18. Seterusnya seksyen 74 (2) memperuntukkan :
“(2) Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang
bertanggunggan di bawah Hukum Syarak supaya membayar atau memberi
sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika mahkamah berpuashati bahawa
memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi mahkamah
memerintahkan sedemikian”
19. Isu kewajiban Defendan menanggung nafkah anak adalah amat jelas berdasarkan hukum
syarak dan peruntukan undang-undang. Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas panjang
8
berkaitan isu kewajiban nafkah anak ke atas bapa. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-talak
ayat 7 yang bermaksud:
“hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan
sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberikan nafkah dari
apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak akan
memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah
kepadanya….”
20. Juga di dalam sebuah Hadith Sohih Bukhari, Jilid ketiga, juzuk ketujuh pada halaman 85, bab
Nafkah ada menyebutkan :-
“Diriwayatkan bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan telah mengadu
kepada Rasulullah s.a.w bahawa suaminya, Abu Sufyan adalah lelaki yang
kedekut dengan dia tidak memberi nafkah yang cukup kepada isterinya itu dan
anaknya sehingga menyebabkan Hindun mengambil sendiri dari harta Abu
Sufyan tanpa pengetahuan Abu sufyan bagi mencukupkan nafkah bagi diri dan
anaknya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Hindun : kamu bolehlah ambil
dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan
sebaiknya”
21. Defendan adalah seorang yang bertanggungan dan berkewajipan dalam menanggung nafkah
anak-anak tersebut. Ini adalah kerana Defendan merupakan bapa kandung kepada anak-anak
tersebut bagi menampung keperluan dan perbelanjaan dalam kehidupannya. Malahan
kewajipan Defendan menyediakan nafkah untuk anak-anak tersebut tidak dipertikaikan oleh
Defendan. Yang menjadi pertikaian adalah amaun tuntutan Plaintif bagi nafkah anak-anak
tersebut.
22. Mahkamah menegaskan bahawa kewajipan Defendan sebagai bapa kandung kepada anak-anak
tersebut telah dinyatakan di dalam firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 233 iaitu :
ضاعة وعلى ٱلمول دهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم ٱلر ت يرضعن أول لد ود لهۥ رزقهن وكسوتهن ۞وٱلو
لدة بولدهابٱلمعروف ل تكلف نفس إل وسعها ل تضار و
Maksudnya:
“...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut
9
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya
dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa itu menderita kerana anaknya”
23. Seterusnya Mahkamah berdasarkan firman Allah tersebut, perlu membuat pertimbangan yang
seadilnya bagi memastikan kedua-dua pihak di dalam kes ini mendapat keadilan dan tidak
terbeban dengan nilai nafkah yang tidak adil sebagaimana yang dinyatakan di dalam maksud
ayat tersebut di atas.
24. Mengulas sedikit berkenaan dengan keadilan, Mahkamah memetik kata-kata Tan Sri Dato Seri
Mohd Eusoff Chin bekas ketua Hakim Negara yang menyatakan “sesuatu keputusan bukan
sahaja semestinya adil tetapi ia hendaklah juga kelihatan adil dan diyakini adil”
25. Mahkamah di dalam isu kedua selepas ini, memperincikan setiap satu tuntutan dan
memberikan pertimbangan dengan seadilnya dengan memberikan penekanan kepada dua isu
yang seterusnya iaitu apakah keperluan anak-anak tersebut dan kemampuan Defendan untuk
membayar nafkah yang diperlukan oleh anak-anak tersebut.
Isu kedua: Adakah jumlah tuntutan yang dibuat oleh Plaintif satu jumlah yang yang
munasabah bagi memenuhi keperluan anak tersebut.
26. Mahkamah mendapati tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu untuk makan minum,
pendidikan anak (wang saku dan pengangkutan anak ke sekolah), pakaian dan tempat tinggal
adalah tuntutan yang munasabah dan menjadi keperluan asas anak-anak tersebut berdasarkan
seksyen 73 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003:
Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah
memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki
menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau
dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka
tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana
yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau
dengan membayar kosnya.
10
27. Berdasarkan tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif, Mahkamah mengulas satu persatu
tuntutan tersebut seperti berikut:
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB
XXXX
Makan Minum RM5 x 30 hari:
RM150
RM5 x 30 hari: RM150 RM5 x 30 hari:
RM150
28. Usia anak bernama Syah XXXX adalah berusia 10 tahun, Adam XXXX berusia 6 tahun dan
Thoyib XXXX berusia 4 tahun semasa kes difailkan. Semasa perbicaraan kes anak kedua
berusia 11 tahun, anak ketiga berusia 7 tahun dan 5 tahun. Persoalannya adakah jumlah
tuntutan sebanyak RM150.00 bagi seorang anak berjumlah RM450.00 adalah satu jumlah yang
munasabah?
29. Plaintif di dalam keterangan beliau telah tidak memberikan perincian perbelanjaan yang
sebagai asas kepada tuntutan beliau sebanyak RM450 tersebut. Plaintif semasa disoal oleh
Mahkamah semasa keterangan beliau bertarikh 18 Mei 2017 berkenaan dengan kewajaran
jumlah tuntutan, hanya menyatakan bahawa jumlah RM5 sehari bagi seorang anak adalah
jumlah yang rendah.
30. Plaintif juga di dalam keterangan beliau tidak menerangkan bagaimana cara penyediaan makan
minum kepada anak-anak tersebut. Sama ada Plaintif membeli makanan siap atau
menyediakan makanan dengan memasak untuk anak-anak tersebut tidak dinyatakan. Oleh itu
Mahkamah mengambilkira pendekatan yang lebih rendah kos iaitu Plaintif menyediakan
makan minum anak-anak tersebut dengan membeli barangan di pasaran dan menyediakan
makan dan minum kepada anak-anak. Mahkamah telah melakukan tinjauan harga pada harga
barang-barang runcit di aplikasi Price Catcher yang dikendalikan oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia dan
mendapati harga-harga barangan runcit bagi keperluan asas makan dan minum anak-anak
tersebut adalah seperti berikut:
11
Keperluan Makan Minum
Anak Asas
Anggaran
Keperluan Anak-
anak
Kuantiti
Bagi harga
Harga Setakat Nov
2017
Jumlah berdasarkan
keperluan anak
dengan harga terendah Giant Tesco
Beras Biasa 10kg 10kg 25.59 25.80 25.59
Gula Halus 1kg 500g 2.82 2.39 5.64
Sayur Sawi 5 ikat 250g 0.80 0.99 4.00
Sayur Bayam 5 ikat 250g 0.75 0.99 3.75
Telur Gred C 2 papan (60 biji) 1 papan (30
biji)
8.99 10.20 17.98
Minyak Masak 5kg 5kg 20.99 22.95 20.95
Bawang Merah 2kg 1kg 2.99 3.20 5.98
Ikan Kembung (7-10 ekor
sekilo)
4kg 1kg 14.99 13.89 55.56
Ikan Cencaru (saiz M) 4kg 1kg 8.99 6.99 27.96
Ayam saiz standard 6kg anggaran 6
ekor
Ikg 6.10 5.99 35.94
Bihun 3 peket 1 peket 2.19 1.99 5.97
Tepung 1Malaysia 3 peket 1 peket 1.35 1.37 4.05
Susu Isian Pekat 3 tin 1 tin 3.95 3.80 11.40
Susu Tepung Penuh Krim
Dutch Lady
2 peket 1 peket 18.17 19.35 36.34
Milo 2kg 1kg 15.99 16.99 31.98
Biskut kering (Cream
Cracker Hup Seng)
3 peket 428g sepeket 3.69 3.85 11.07
Jumlah 304.16
31. Mahkamah menolak jumlah tuntutan sebanyak RM450 bagi makan minum anak-
anak tersebut dan memutuskan jumlah yang munasabah bagi keperluan makan dan
minum asas anak-anak dalam lingkungan usia mereka ini adalah sebanyak lebih
kurang RM305.00.
32. Seterusnya Mahkamah mengulas tuntutan Plaintif yang kedua iaitu tuntutan wang
saku bagi anak-anak tersebut ke sekolah seperti berikut:
12
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Wang Saku Sekolah/ Yuran
Tadika (anak keempat)
RM2 x 22 hari:
RM44
RM2 x 22 hari: RM44 RM200 (yuran sebenar
RM280)
33. Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan bagi anak kedua dan ketiga ini bersifat
dharuriyyat dan keperluan untuk anak-anak ke sekolah. Jumlah yang dituntut
sebanyak RM2.00 bagi sehari untuk seorang anak adalah satu tuntutan yang rendah.
Oleh itu Mahkamah bersetuju bagi keperluan wang saku anak kedua dan ketiga
sebanyak RM88.00 bagi kedua-dua anak tersebut.
34. Seterusnya Mahkamah mengulas bayaran tadika bagi anak keempat pihak-pihak
berjumlah RM280 sebulan. Adakah Mahkamah boleh mengambil kira jumlah yang
dituntut sebagai tuntutan yang munasabah? Semasa keterangan Plaintif, Hakim
Syarie terdahulu iaitu Puan Firdawati binti Mohammad juga telah memberikan
nasihat supaya anak keempat ini dihantar ke Pra sekolah yang tidak memerlukan
bayaran bulanan.
35. Oleh itu disebabkan wujud pilihan lain yang tidak memerlukan kos maka Mahkamah
menolak jumlah tersebut dan mempertimbangkan sebanyak RM44.00 juga sebagai
wang saku anak tersebut sama dengan dua anak yang lain.
36. Mahkamah menambah lagi bahawa sekiranya Plaintif ingin meneruskan
pembelajaran anak tersebut di sekolah pilihan Plaintif, Plaintif tidak dihalang untuk
meneruskannya. Namun kos ditanggung oleh Plaintif sendiri. Jumlah RM280 yang
dituntut tersebut, Mahkamah juga percaya ia adalah termasuk kos penjagaan
disebabkan Plaintif terpaksa menghantar anak tersebut ke tadika disebabkan Plaintif
berkerja.
37. Mahkamah melakukan carian lanjut di dalam sistem pendaftaran kes Mahkamah
Syariah (E-Syariah) dan mendapati wujud kes penentuan penjagaan anak dalam
Saman No: 10300-028-0532-2016 dengan penjagaan anak-anak tersebut diberikan
kepada Plaintif. Sepatutnya tanggungjawab Plaintif hendaklah mengasuh anak
tersebut. Namun disebabkan Plaintif perlu berkerja maka upah penjagaan anak
tersebut hendaklah dibayar oleh Plaintif sendiri.
38. Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada tuntutan wang bagi keperluan pengangkutan
anak ke sekolah yang dikemukakan oleh Plaintif sebagaimana berikut:
13
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Pengangkutan ke Sekolah RM100 Pergi sahaja RM50
dan Plaintif ambil
balik sekolah RM50
RM50
39. Plaintif di dalam keterangan beliau langsung tidak mengemukakan perincian
berkenaan dengan jenis pengangkutan ke sekolah dan di mana anak-anak bersekolah
dan jarak rumah Plaintif dengan sekolah. Dalam hal ini Mahkamah mengambil
pendekatan dengan menghubungi semula Plaintif melalui wakil Mahkamah bagi
mendapatkan matlumat yang penting bagi menentukan jumlah tuntutan
pengangkutan anak-anak ke sekolah.
40. Plaintif kini tinggal di XXX, 47100 Setia Alam dan anak kedua dan ketiga bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Setia Alam. Bagi anak pertama, pengangkutan ke sekolah
adalah dengan mengunakan van sekolah. Perjalanan pergi dan balik dengan bayaran
RM100.00 sebulan. Plaintif tidak mengemukakan sebarang bukti berkaitan dengan
bukti pengangkutan yang digunakan tersebut.
41. Mahkamah telah membuat carian berkenaan dengan perkhidmatan van sekolah di
kawasan tersebut dan mendapati bayaran untuk tambang van sekolah adalah antara
RM100 ke RM130 sebulan. Seorang Responden menyatakan bahawa kenaikan
berlaku disebabkan kenaikan minyak yang berlaku kini. Mahkamah berpuashati dan
meluluskan kos pengangkutan anak kedua untuk ke sekolah sebanyak RM100.00
sebulan.
42. Bagi anak ketiga pula, Plaintif memaklumkan bahawa anak tersebut hanya
mengunakan khidmat bas sekolah untuk pergi sahaja dan diambil oleh Plaintif.
Plaintif menuntut RM50 bagi pengangkutan anak ini. Mahkamah beranggapan
bahawa jumlah yang dipohon adalah berdasarkan separuh tuntutan pengangkutan
bagi anak pertama. Sehubungan itu, Mahkamah meluluskan sebanyak RM50.00 bagi
pengangkutan anak ini.
43. Bagi anak keempat, Plaintif memaklumkan bahawa anak tersebut belum bersekolah.
Plaintif juga tidak memberikan sebarang sandaran terhadap tuntutan yang
dikemukakan sebanyak RM50.00. Mahkamah oleh itu menolak kos pengangkutan
bagi anak keempat tersebut.
44. Seterusnya bagi tuntutan bagi tempat tinggal anak-anak tersebut, Plaintif
mengemukakan tuntutan seperti berikut:
14
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Tempat Tinggal RM130 RM130 RM130
45. Semasa keterangan Plaintif, beliau menyatakan bahawa beliau dan anak-anak seramai 4 orang
tinggal menyewa di sebuah rumah dengan bayaran sewaan sebulan sebanyak RM800 sebulan.
Mahkamah memutuskan bahawa jumlah sewaan rumah tersebut dibahagikan dengan 5 orang
dan menolak bahagian Plaintif dan juga anak pertama yang tidak termasuk di dalam tuntutan
nafkah ini. Hasil kiraan Mahkamah dapati nilai sewaan setiap seorang anak tersebut adalah
sebanyak RM160.00 seorang. Walau bagaimanapun, Plaintif di dalam perincian yang
dikemukakan hanya menuntut sebanyak RM130.00 bagi anak kedua, ketiga dan keempat.
Mahkamah luluskan jumlah sebanyak RM390.00 bagi nafkah tempat tinggal bagi ketiga-
tiga orang anak tersebut.
46. Tuntutan terakhir yang dikemukakan oleh Plaintif adalah pakaian bagi tiga anak tersebut
seperti berikut:
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Pakaian RM20 RM20 RM20
47. Bagi tuntutan pakaian anak-anak ini pula, Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas lanjut
disebabkan pakaian anak-anak tersebut adalah perkara yang dharuriyyat atau keperluan yang
diperlukan oleh anak-anak. Jumlah yang dituntut bagi setiap seorang anak tersebut adalah satu
jumlah yang munasabah berdasarkan harga baju bagi seorang kanak-kanak kini. Mahkamah
meluluskan tuntutan pakaian bagi seorang anak sebanyak RM20.00 seorang.
48. Berdasarkan pertimbangan yang dilakukan, Mahkamah putuskan bahawa nafkah anak yang
diperlukan oleh anak-anak tersebut bagi tempoh sebulan adalah sebanyak RM1080.80 bagi
ketiga-tiga anak iaitu bagi anak kedua bernama Syah XXX jumlah nafkah yang
diperlukan adalah 395.60. Manakala bagi anak ketiga bernama Adam XXXX sebanyak
RM345.60 dan bagi anak keempat bernama Thoyib XXXX pula sebanyak RM339.60
sebulan.
15
49. Bagi memudahkan pihak-pihak mengingati jumlah nafkah bulanan yang perlu dibayar,
Mahkamah mengenapkan jumlah nafkah setiap seorang anak seperti berikut:
Anak kedua: RM400.00 sebulan
Anak ketiga: RM350.00 sebulan
Anak keempat: RM350.00 sebulan
50. Seterusnya Mahkamah perlu mempertimbangkan berkenaan jumlah nafkah tahunan yang
dituntut oleh Plaintif di dalam tuntutan ini seperti berikut:
KEPERLUAN SYAH XXXX ADAM XXXX THOYIB XXXX
Keperluan Pendidikan RM200 RM200 RM1000
Keperluan Perayaan RM200 RM200 RM200
Jumlah RM400 RM400 RM1200
Jumlah keseluruhan RM2000.00
51. Bagi nafkah tahunan anak-anak tersebut, Plaintif telah menuntut pembayaran nafkah bagi
keperluan pendidikan dan juga keperluan untuk perayaan anak-anak tersebut. Mahkamah
berpandangan jumlah yang dituntut oleh Plaintif sebanyak RM200.00 bagi anak kedua dan
ketiga adalah munasabah bahkan amat rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan sebenar
pada awal persekolahan antaranya yuran dan pakaian serta keperluan persekolahan. Mahkamah
meluluskan tuntutan keperluan pendidikan bagi anak kedua dan ketiga sebanyak RM200.00
setiap seorang.
52. Walau bagaimanapun, bagi anak keempat, tuntutan sebanyak RM1000.00 adalah tuntutan yang
agak tinggi. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini semasa Mahkamah mengulas yuran
tadika anak keempat, Mahkamah telah mencadangkan agar anak tersebut dihantar ke sekolah
Pra Sekolah yang tidak mengenakan bayaran yuran kerana kos yang berkaitan telah ditanggung
oleh kerajaan sepenuhnya. Namun dengan mengambil kira keperluan pendidikan ini akan
berterusan sehingga ke hadapan iaitu apabila anak tersebut akan bersekolah rendah pula,
16
Mahkamah meluluskan sebanyak RM200.00 juga untuk kos keperluan pendidikan anak
tersebut.
53. Bagi tuntutan bagi keperluan perayaan pula, Mahkamah berpendapat tuntutan tersebut
adalah adalah munasabah dengan pengambil kira harga pakaian kanak-kanak kini.
Sepersalinan bagi seorang anak iaitu songkok, baju melayu, sampin dan kasut melebihi harga
RM100 seorang. Sepersalinan lagi adalah pakaian bukan tradisi seperti kemeja, seluar slack
dan tali pinggang juga mencecah RM100 seorang. Mahkamah meluluskan tuntutan
pembayaran RM200.00 bagi seorang anak bagi kos perayaan.
Isu Ketiga: Sama ada Defendan berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk
menyediakan nafkah keperluan kebajikan dan pendidikan anak berdasarkan liabiliti dan
tanggungan Defendan
54. Dalam menentukan kadar nafkah yang munasabah kepada anak-anak Plaintif yang layak,
Mahkamah merujuk kepada peruntukan Seksyen 62 EUUKIS 2003 memperuntukkan
bahawa:-
“Pada menentukan jumlah nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah
hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan
dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding
dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat”
55. Isu ketiga ini juga adalah sangat penting dinilai dan dipertimbangkan dengan seadilnya. Selaras
dengan firman Allah di dalam surah al-talak ayat 7 yang bermaksud:
“hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan
sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberikan nafkah dari
apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak akan
memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah
kepadanya….”
56. Defendan di dalam keterangan beliau menyatakan bahawa pendapatan beliau tidak menentu
hanya berdasarkan kepada keuntungan syarikat yang dikongsi dengan seorang rakan iaitu
17
Syarikat Micro XXXXX (M) Sdn Bhd. Defendan telah mengemukakan dokumen pengesahan
penyata pendapatan pada tahun 2016 sehingga 2017 yang telah ditandakan sebagai D6
menjelaskan bahawa pendapatan beliau adalah bahagian keuntungan yang diperolehi oleh
beliau pada tahun 2016 sebanyak RM30,313.59 dan keluarkan secara sedikit-sedikit pada
tahun 2017. Defendan dalam keterangannya apabila di soal oleh Mahkamah, menyatakan
bahawa pada tahun 2017 Syarikat beliau tidak memperolehi tender langsung dan tiada
pendapatan diperolehi pada tahun 2017.
57. Daripada pendapatan beliau tersebut, Defendan telah mengemukakan liabiliti atau tanggungan
beliau seperti yang dikemukakan di mahkamah seperti berikut:
Ekshibit D1: Penyata pinjaman perumahan di Bank OUB setakat Ogos 2017.
Ekshibit D2: Penyata pinjaman peribadi Defendan di bank OUB Bank setakat Ogos
2017
Ekshibit D3: Penyata baki pinjaman kereta Defendan setakat Ogos 2017
Ekshibit D4: Penyata baki pinjaman di Alliance Bank setakat Ogos 2017.
Ekshibit D5: Notis peringatan bagi pembayaran pinjaman peribadi Defendan di
RHB tahun 2013
Ekshibit D7: Pengesahan baki pinjaman pelajaran Defendan di UKM
Ekshibit D8: Invois pembayaran yuran penyelenggaraan oleh Pengurusan bersama
Indah Ria.
Ekshibit ID9: Dokumen bil air, elektrik dan bil telefon.
58. Walau bagaimanapun daripada dokumen-dokumen bagi membuktikan liabiliti yang
ditanggung oleh beliau, Defendan mengakui bahawa pinjaman di Alliance Bank (Ekhibit D4),
pinjaman peribadi di RHB Bank (Ekhibit D5) dan bayaran yuran pengajian di UKM (Ekhibit
D7) tersebut tidak dibayar buat masa ini dan bukan komitmen beliau secara bulanan.
59. Secara ringkasnya liabiliti Defendan adalah seperti berikut:
Pinjaman Perumahan : RM838.00 sebulan
Pinjaman Peribadi : RM161.00 sebulan
Pinjaman Kereta jenis Honda City: RM1005.00 sebulan
18
Penyelengaraan Rumah: RM174.24 sebulan
Bil elektrik, air dan telefon: RM200 lebih kurang
Jumlah keseluruhan: RM2378.24 sebulan
60. Defendan menyatakan bahawa kos tersebut tidak termasuk kos makan dan minum beliau.
Defendan menyatakan bahawa beliau membeli beras dan makan ikan masin sahaja. Manakala
beliau merokok rokok tembakau dan hanya beli rokok kotak sekiranya ada duit. Tetapi lebih
memilih rokok tembakau. Defendan tidak memberikan jumlah yang diperlukan untuk sara
hidup beliau, makan Mahkamah menganggarkan kos makan dan rokok dalam anggaran
RM100.00 sahaja. Maka jumlah liabiliti yang dikemukakan oleh Defendan adalah sebanyak
RM2478.24 sebulan.
61. Mahkamah melakukan penelitian kepada dokumen penyata pendapatan Defendan di dalam
Ekhibit D6 dan mendapati bahawa Defendan berdasarkan keuntungan yang diperolehi pada
tahun 2016 iaitu sebanyak RM30,313.59 telah melakukan pengeluaran-pengeluaran seperti
berikut:
61.1. 9 Disember 2016 : RM3000
61.2. 16 Januari 2017 : RM2000
61.3. 8 Februari 2017 : RM2000
61.4. 28 Februari 2017 : RM3000
61.5. 27 Mac 2017 : RM3000
61.6. 10 April 2017 : RM1000
61.7. 3 Mei 2017 : RM2000
61.8. 15 Mei 2017 : RM500
61.9. 30 Mei 2017 : RM3000
61.10. 15 Jun 2017 : RM1000
61.11. 21 Jun 2017 : RM1000
61.12. 5 Julai 2017 : RM2500
61.13. 10 Ogos 2017 : RM3000
61.14. 3 September 2017 : RM1500
61.15. 20 September 2017 : RM1000
62. Mahkamah mendapati bahawa pada bulan Januari 2017, April 2017 dan bulan Jun 2017
Defendan membuat pengeluaran yang kurang daripada kos tetap bulanan yang perlu dibayar
oleh beliau. Mahkamah seterusnya telah melakukan rujukan silang dengan Ekhibit D1, D2 dan
D3 mendapati Defendan telah membayar jumlah yang perlu dibayar tanpa masalah. Mahkamah
19
membuat kesimpulan bahawa Defendan mempunyai pendapatan yang lain dan Defendan
dilihat boleh berusaha bagi mencukupkan bayaran komitmen bulanan beliau.
63. Mahkamah juga mengambil kira kesihatan berdasarkan fizikal dan akal Defendan yang waras
berdasarkan pemerhatian Mahkamah, Mahkamah berpuashati bahawa Defendan orang yang
sihat dan berkemampuan untuk berkerja dan dengan akal yang waras boleh berusaha bagi
memikirkan cara bagi menyediakan nafkah mencukupi kepada anak-anak tersebut.
64. Defendan juga di dalam keterangan beliau pada sesi keterangan pada 5 Oktober 2017
menyatakan bahawa beliau akan menyewakan rumah beliau yang mempunyai tanggungan
sebanyak RM838.00 sebulan dengan sewaan sekitar RM1500 sehingga RM1600. Oleh itu
Mahkamah percaya pendapatan dari sewaan selepas pembayaran pinjaman perumahan tersebut
sebanyak RM760 dapat dijadikan bayaran nafkah kepada anak-anak tersebut.
65. Selain itu, dengan menyewakan rumah tersebut, liabiliti Defendan atas rumah tersebut boleh
dikeluarkan daripada senarai liabiliti sebanyak RM838.00 sebulan.
66. Berdasarkan keterangan beliau yang menganggarkan jumlah pendapatan beliau dalam sebulan
antara RM2500 ke RM3000 dan ditambah dengan hasil sewaan rumah yang bakal diperolehi
sebanyak lebih kurang RM760.00, Defendan mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM3760
sebulan. Setelah ditolak komitmen wajib Defendan sebanyak RM1662.00 sebulan (setelah
dikeluarkan RM838.00 untuk rumah, baki yang boleh digunakan adalah sebanyak
RM2098.00. Mahkamah berpuashati dengan jumlah baki pendapatan Defendan tersebut
boleh membayar jumlah nafkah yang diperlukan oleh anak-anak tersebut.
67. Sekiranya Defendan ingin lebih selesa daripada sudut perbelanjaan bulanan, Defendan boleh
mengurangkan liabiliti antaranya dengan menjual kereta yang Mahkamah berpendapat
mempunyai tanggungan yang tinggi iaitu sebanyak RM1005.00 sebulan. Defendan
kemudiannya boleh mengunakan kenderaan yang lebih sesuai dengan kemampuan semasa
Defendan. Apabila keadaan perniagaan Defendan menjadi stabil, Defendan boleh
mendapatkan kenderaan yang lebih baik.
20
68. Mahkamah mendapati juga Defendan adalah seorang yang menjalankan perniagaan dan
Mahkamah percaya bahawa tiada seorang yang melakukan perniagaan akan berasa cukup dan
tidak berusaha untuk memajukan perniagaan atau melakukan kerja-kerja yang boleh
menghasilkan keuntungan. Secara logiknya berdasarkan keterangan Defendan, beliau
merupakan seorang yang makan gaji pada awalnya dengan memperolehi pendapatan RM5000
sebulan. Beliau sanggup berhenti kerja bagi menjalankan perniagaan ini, sudah tentu Defendan
dapat menjangkakan satu pulangan yang berbaloi bagi beliau.
69. Defendan beberapa kali mengaitkan masalah yang dihadapi oleh Plaintif berkaitan Nafkah
anak ini adalah berpunca daripada kehendak Plaintif yang ingin bercerai. Mahkamah tidak
bersetuju sama sekali dengan kenyataan tersebut kerana berlaku perceraian atau tidak, nafkah
anak tetap perlu disediakan mencukupi berdasarkan kemampuan Defendan.
70. Mengulas sedikit berkenaan dengan keluhan Defendan yang tidak mendapat keuntungan
daripada perniagaannya sehingga menyebabkan kesukaran dan kesempitan daripada sudut
kewangan, Mahkamah berpandangan ia kemungkinan adalah teguran daripada Allah supaya
Defendan menjalankan tanggungjawab nafkah kepada anak-anak dan barulah memikirkan
selainnya. Sesungguhnya rezeki anak-anak yang tidak berupaya menanggung diri sendiri ini
adalah dipertanggungjawabkan kepada Defendan. Mahkamah yakin dengan Allah yang Maha
Pemurah bahawa atas asbab itu, Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah kepada
Defendan kemudiannya. Mahkamah mengingatkan amaran yang diberikan oleh Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan dalam Riwayat Imam Muslim yang bermaksud “Memadai seorang
itu mendapat dosa apabila dia menahan makanan orang yang ditanggungnya” .
Keputusan :
1. Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan Seksyen 74 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
2. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan bagi tiga orang anak
seperti berikut :-
21
2.1 Syah XXXX (No. Mykid: XXXXX) sebanyak RM400.00 sebulan
2.2 Adam XXXX (No. Mykid: XXXX) sebanyak RM350.00 sebulan.
2.3 Thoyib XXXX (No.Mykid: XXXXX) sebanyak RM350.00 sebulan.
3. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah tambahan bagi anak-anak tersebut
untuk perbelanjaan awal persekolahan sebanyak RM600.00 setahun. Bayaran hendaklah
dibuat melalui akaun bank Plaintif seperti diatas dan dibayar selewat-lewatnya pada 15hb.
Disember setiap tahun.
4. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar nafkah anak tambahan bagi perbelanjaan
Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM600.00 setahun. Bayaran hendaklah dibuat melalui
akaun bank Plaintif seperti di atas dan dibayar selewatnya pada tarikh 20 Ramadhan setiap