Top Banner
Penyelidikan Sains Sosial
214
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: hkh

i

Penyelidikan Sains Sosial

Page 2: hkh

ii

Page 3: hkh

iii

SSZK2003

Penyelidikan Sains Sosial Najib Ahmad Marzuki Che Su Mustafa Iran Herman

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia

Sintok • 2010

Page 4: hkh

iv

ISBN 983-2479-92-4 Cetakan Pertama, 2003 Cetakan Kedua, 2004 Cetakan Ketiga, 2005 Cetakan Keempat, 2009 Cetakan Kelima, 2010 © Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman. Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia. Siri Modul Kendiri ini diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti Utara Malaysia sahaja.

Page 5: hkh

v

KANDUNGAN

Prakata xi Penghargaan xiii Kata Kunci xv Matlamat dan Objektif Kursus xvii BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN SAINS

SOSIAL Objektif Bab 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Definisi Penyelidikan 1 1.3 Jenis-Jenis Penyelidikan 2 1.3.1 Penyelidikan Asas 2 1.3.2 Penyelidikan Gunaan 3 1.3.3 Penyelidikan Penilaian 3

1.4 Sumber-Sumber Pengetahuan Penyelidikan 4 1.4.1 Pengalaman 4 1.4.2 Kepakaran 4 1.4.3 Taakulan Deduksi 5 1.4.4 Taakulan Induktif 5 1.4.5 Pendekatan Saintifik 6

1.5 Etika dalam Penyelidikan 6 1.6 Kesimpulan 8 Soalan Penilaian Kendiri 9 Jawapan Soalan dalam Teks 9 BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN

Objektif Bab 11 2.1 Pengenalan 11 2.2 Pemboleh Ubah 12 2.2.1 Pemboleh Ubah Bebas 12 2.2.2 Pemboleh Ubah Terikat 13 2.2.3 Pemboleh Ubah Moderator 13 2.2.4 Pemboleh Ubah Mencelah 14

2.3 Hipotesis 16 2.4 Sumber-Sumber Hipotesis 16 2.5 Jenis-Jenis Hipotesis 17 2.5.1 Hipotesis Sifar 17 2.5.2 Hipotesis Alternatif 17 2.6 Kegunaan Hipotesis 18 2.7 Konsep dan Operasi 19 2.7.1 Definisi Konsep 20

Page 6: hkh

vi

2.7.2 Definisi Operasi 20 2.8 Kesimpulan 21 Soalan Penilaian Kendiri 22 Jawapan Soalan dalam Teks 22 BAB 3 SKALA PENGUKURAN Objektif Bab 25 3.1 Pengenalan 25 3.2 Skala Pengukuran 26 3.2.1 Skala Norminal 26 3.2.2 Skala Ordinal 28 3.2.3 Skala Interval (Sela) 30 3.2.4 Skala Nisbah (Ratio) 31

3.3 Kepentingan Skala Pengukuran 32 3.4 Kesimpulan 33 Soalan Penilaian Kendiri 34 Jawapan Soalan dalam Teks 34 BAB 4 PERSAMPELAN Objektif Bab 37 4.1 Pengenalan 37 4.2 Konsep-Konsep Penting 38 4.2.1 Populasi 38 4.2.2 Sampel 38 4.2.3 Persampelan 38 4.2.4 Kerangka Populasi 39 4.3 Kepentingan Persampelan dalam Penyelidikan 39 4.4 Cara Mengenal Pasti Sampel 40 4.5 Bentuk dan Jenis Persampelan 40 4.5.1 Persampelan Kebarangkalian 40 4.5.2 Persampelan Bukan Kebarangkalian 46 4.6 Menentukan Saiz Sampel 49 4.7 Kesimpulan 51 Soalan Penilaian Kendiri 52 Jawapan Soalan dalam Teks 52 BAB 5 PROSES PENYELIDIKAN Objektif Bab 55 5.1 Pengenalan 55 5.2 Mengenal Pasti Masalah Kajian 55 5.3 Memilih Reka Bentuk Kajian (Kuantitatif dan Kualitatif) 57 5.4 Kriteria Pemilihan Kaedah Kuantitatif 59

Page 7: hkh

vii

5.5 Mengenal Pasti dan Menilai Kajian-kajian Lepas 60 5.6 Sumber-Sumber Ulasan Karya atau Kajian Lepas 61 5.6.1 Abstrak Jurnal dan Indeks 61 5.6.2 Pencarian Melalui Buku atau Rujukan 61 5.6.3 Penggunaan Penapisan Bibliografi 61 5.6.4 Kamus dan Istilah 62 5.6.5 Ensiklopedia 62 5.6.6 Penerbitan Ulasan 62 5.7 Mempastikan Pemboleh Ubah (Variable) Kajian 62 5.7.1 Pemboleh Ubah Bebas 63 5.7.2 Pemboleh Ubah Terikat 63 5.7.3 Pemboleh Ubah Pengubah 63 5.7.4 Pemboleh Ubah Mencelah 64 5.8 Peranan Teori dalam Penyelidikan/Kerangka Teori 64 5.9 Penyediaan Cadangan Penyelidikan 66 5.9.1 Kepentingan Cadangan Penyelidikan 67 5.9.2 Jenis Proposal Penyelidikan 68 5.9.3 Kandungan Proposal 69 5.10 Kesimpulan 73 Soalan Penilaian Kendiri 73 Jawapan Soalan dalam Teks 74 BAB 6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

(KUANTITATIF DAN KUALITATIF) Objektif Bab 75 6.1 Pengenalan 75 6.2 Kaedah Eksperimen 75 6.2.1 Reka Bentuk Kaedah Eksperimen 77 6.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahihan Dalaman dalam Menggunakan Kaedah Eksperimen 78 6.3.1 Sejarah 78 6.3.2 Kesan Kematangan (Maturation Effects) 78 6.3.3 Kesan Ujian (Testing Effects) 79 6.3.4 Kesan Alat (Instrumentation Effects) 79 6.3.5 Bias Pemilihan 79 6.3.6 Regresi Statistik 79 6.3.7 Mortaliti 79 6.4 Kaedah Tinjauan (Survey) 79 6.4.1 Kaedah Soal Selidik 79 6.5 Kaedah Temu Bual 80 6.5.1 Temu Bual Tidak Berstruktur 81 6.5.2 Temu Bual Berstruktur 81 6.6 Teknik Pengendalian Temu Bual 82 6.7 Kaedah Pemerhatian 83

Page 8: hkh

viii

6.7.1 Pemerhatian Bukan Tingkah Laku (Non-behavioral Observation) 83

6.7.2 Pemerhatian Tingkah Laku (Behavioral Observation) 83 6.8 Penilaian Bagi Kaedah Pemerhatian 84 6.9 Hubungan Pemerhati-Subjek 85 6.10 Analisis Kandungan 87 6.11 Prosedur Kajian 87 6.12 Kelebihan dan Kelemahan Kaedah Analisis Kandungan 90 6.13 Kajian Kes 90 6.14 Analisis Data Sekunder 91 Soalan Penilaian Kendiri 91 Jawapan Soalan dalam Teks 91 BAB 7 PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN/SOAL

SELIDIK Objektif Bab 93 7.1 Pengenalan 93 7.2 Definisi Soal Selidik 94 7.3 Sumber-Sumber Pembentukan Soal Selidik 94 7.4 Garis Panduan Pembentukan Soal Selidik 96 7.4.1 Kandungan Soal Selidik 96 7.4.2 Bentuk dan Struktur Soal Selidik 97 7.4.3 Bias dalam Soal Selidik 100 7.4.4 Format Umum Soal Selidik 104 7.5 Skala Jawapan Soal Selidik 105 7.5.1 Skala Kategori 106 7.5.2 Skala Grafik 106 7.5.3 Skala Likert 107 7.5.4 Skala Perbezaan Semantik 107 7.6 Merekod dan Catatan dalam Soal Selidik 108 7.6.1 Nombor Pengenalan Responden 108 7.6.2 Buku Kod 109 7.7 Kesimpulan 110 Soalan Penilaian Kendiri 110 Jawapan Soalan dalam Teks 111 BAB 8 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN Objektif Bab 115 8.1 Pengenalan 115 8.2 Definisi Kebolehpercayaan 115 8.3 Metod Menilai Kebolehpercayaan 116 8.3.1 Metod Ketekalan Dalaman 116 8.3.2 Metod Bahagi Dua 119

Page 9: hkh

ix

8.3.3 Kebolehpercayaan Ujian Kembali 121 8.3.4 Kebolehpercayaan antara Koder 122 8.4 Kebolehpercayaan dan Sampel 122 8.5 Meningkatkan Kebolehpercayaan 123 8.6 Definisi Kesahan 124 8.7 Metod Menilai Kesahan 125 8.7.1 Kesahan Lahiriah dan Kesahan Kandungan 125 8.7.2 Kesahan Kriteria Berhubung 127 8.7.3 Kesahan Gagasan 131 8.8 Kebolehpercayaan dan Kesahan Ujian 133 8.9 Kesimpulan 134 Soalan Penilaian Kendiri 135 Jawapan Soalan dalam Teks 136 BAB 9 ANALISIS DATA Objektif Bab 139 9.1 Pengenalan 139 9.2 Definisi Analisis Data 139 9.3 Jenis Data 140 9.3.1 Data Kuantitatif 140 9.3.2 Data Kualitatif 140 9.4 Kod Angka 141 9.5 Pengkodan Data untuk Analisis 142 9.6 Buku Kod 145 9.7 Metod Analisis Statistik 146 9.8 Analisis Perbandingan 147 9.8.1 Analisis Perbandingan Dua Min 147 9.8.2 Analisis Perbandingan Peratus 148 9.8.3 Analisis Hubungan Dua Pemboleh Ubah 148 9.8.4 Perbandingan Min Lebih daripada Dua Kumpulan 150 9.8.5 Regresi Mudah dan Regresi Pelbagai 151 9.9 Kesimpulan 152 Soalan Penilaian Kendiri 152 Jawapan Soalan dalam Teks 153 BAB 10 PENYEDIAAN LAPORAN Objektif Bab 157 10.1 Pengenalan 157 10.2 Proses Menulis Laporan 158 10.3 Organisasi Laporan Penyelidikan 158 10.3.1 Tajuk Kajian 159 10.3.2 Abstrak 159 10.3.3 Pengenalan 160

Page 10: hkh

x

10.3.4 Kaedah Kajian 162 10.3.5 Bahagian Keputusan Kajian 163 10.3.6 Bahagian Perbincangan 165 10.3.7 Bahagian Kesimpulan dan Penutup 165 10.4 Gaya dalam Penulisan Ilmiah 167 Soalan Penilaian Kendiri 177 Jawapan Soalan dalam Teks 178

Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 181 BIBLIOGRAFI 193

Page 11: hkh

xi

PRAKATA Pihak penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengikuti kursus PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL kepada semua pelajar program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia. Kursus PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL ini adalah merupakan kursus wajib yang perlu diambil bagi pelajaran sepenuh masa dan program PJJ untuk program-program pengajian di bawah Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia. Kandungan modul ini telah direka bentuk berdasarkan silibus dan rangka kursus yang digunakan oleh pelajar-pelajar sepenuh masa Universiti Utara Malaysia. Oleh kerana pembelajaran kursus ini memerlukan kefahaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai konsep penyelidikan, maka modul ini menawarkan format pembelajaran kendiri yang menggunakan bahasa yang mudah. Kandungan setiap bab juga distrukturkan bagi memudahkan pelajar mengikuti setiap topik. Hal ini dilakukan bagi membolehkan pelajar program PJJ mendapat kefahaman yang sama seperti pelajar sepenuh masa. Penyelidikan merupakan aspek penting dalam memastikan bidang ilmu dapat diaplikasikan dengan cara yang sesuai. Pengetahuan dan kefahaman mengenai penyelidikan dalam bidang sains sosial akan membantu pelajar memahami sesuatu isu dengan lebih telus dan berupaya mencernakan maklumat-maklumat penting bagi kegunaan pengurusan. Kemahiran dan kemampuan menyelidik merupakan satu ciri profesional bagi seorang graduan dan pengurusan yang cekap. Modul ini memuatkan perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh pelajar dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Setiap bab menghuraikan konsep atau definisi yang disusuli dengan teori, aplikasi dan contoh yang sesuai. Berdasarkan pembentukan modul yang mementingkan kualiti, pelajar diharapkan dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran yang diperlukan. Setiap bab dalam modul ini memuatkan Soalan Dalam Teks (SDT) yang dipermudahkan dengan contoh jawapan yang disediakan di akhir setiap bab. Soalan-soalan SDT dibentuk khas supaya pelajar dapat melakukan latih tubi menjawab soalan-soalan. Soalan Penilaian Kendiri (SPK) pula disediakan di akhir bab bagi menguji kefahaman pelajar dengan lebih mendalam. Pelajar boleh merujuk jawapan-jawapan bagi SPK di hujung modul. Pelajar juga digalakkan merujuk bahan-bahan bacaan tambahan seperti yang tersenarai dalam setiap bab bagi menambahkan pengetahuan serta kefahaman. Penggunaan modul ini cuma sebagai bacaan asas.

Page 12: hkh

xii

Selebihnya terpulanglah kepada inisiatif pelajar untuk memperdalamkan pengetahuan. Pihak penulis mengharapkan agar semua pelajar akan mendapat manfaat daripada pembacaan modul ini bukan sahaja sebagai sebahagian dari keperluan akademik, tetapi juga sebagai asas bekalan untuk meneroka bidang-bidang lain melalui kemahiran penyelidikan pada masa depan. Selamat maju jaya dan selamat belajar. Che Su Mustafa Iran Herman Najib Ahmad Marzuki

Page 13: hkh

xiii

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya modul ini dapat disiapkan bagi kegunaan pelajar-pelajar program jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia. Dalam menyiapkan modul ini pihak menulis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dekan Sekolah Pembangunan Sosial yang telah memberi peluang kepada penulis untuk menulis modul PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua staf sokongan yang membantu dalam menyiapkan modul ini. Tidak ketinggalan juga pihak penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) terutama sekali kepada Cik Suhailawati Mohd Shamsudin selaku pegawai penerbitan yang membantu menyunting modul ini. Terima kasih daun keladi. Che Su Mustafa Iran Herman Najib Ahmad Marzuki

Page 14: hkh

xiv

Page 15: hkh

xv

KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini. Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) adalah soalan latihan yang merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) adalah soalan ulang kaji yang berkaitan dengan keseluruhan perbincangan bab. Cadangan jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan cadangan/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau modul kursus.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di sekeliling anda atau mengimbas kembali pelajaran yang lepas. Pelbagai soalan berkaitan dengan pelajaran anda akan dikemukakan.

Cadangan rujukan dan bacaan tambahan bagi meningkatkan lagi pemahaman anda mengenai topik yang dibincangkan.

Page 16: hkh

xvi

Page 17: hkh

xvii

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS Di akhir pembelajaran, pelajar seharusnya dapat: 1. Menerangkan kepentingan pengurusan pemasaran kepada

kelangsungan hayat sesebuah organisasi. 2. Menjelaskan konsep-konsep asas pemasaran dan pengurusan

pemasaran. 3. Membincangkan kaedah-kaedah pengukuran persekitaran

pemasaran khususnya dari segi perlaksanaan penyelidikan pemasaran.

4. Menerangkan gelagat pengguna individu dan pembeli organisasi.

5. Membincangkan setiap strategi penting dalam pemasaran. 6. Membincangkan proses pembentukan pelan pemasaran yang

efektif.

Page 18: hkh

xviii

Page 19: hkh

1

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud penyelidikan dan penyelidikan saintifik . 2. Memerangkan ciri-ciri penyelidikan yang dianggap saintifik. 3. Membezakan jenis-jenis penyelidikan. 4. Menghuraikan sumber-sumber pengetahuan penyelidikan. 5. Menjelaskan ciri-ciri etika dalam menjalankan penyelidikan.

1.1 PENGENALAN Berdepan dengan sesuatu masalah adalah merupakan fenomena lumrah yang dihadapi oleh seseorang manusia, masyarakat mahupun organisasi. Dalam konteks organisasi misalnya, masalah ini termasuklah masalah ponteng kerja, komitmen terhadap kerja, kepuasan kerja dan lain-lain. Dalam konteks masyarakat pula, masalah yang dihadapi melibatkan masalah seperti penagihan dadah, gejala sosial, perumahan, pencemaran dan lain-lain. Permasalahan-permasalahan yang dihadapi ini memerlukan kepada penyelesaian yang segera. Sehubungan ini, bagi membolehkan penyelesaian segera dilakukan untuk menangani masalah yang dihadapi, pihak-pihak yang berkenaan perlu memahami tentang sebab serta akibat sesuatu fenomena yang menjadi masalah itu. Pengetahuan ini membolehkan pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan yang pastinya melibatkan ketidakpastian dan risiko. Bagi mengurangkan risiko ini, keputusan yang dibuat berkaitan dengan sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada bukti-bukti atau fakta yang konkrit dan munasabah. Ini bererti, keputusan yang dibuat haruslah berlandaskan kepada proses mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti. Proses ini dikenali sebagai proses penyelidikan. 1.2 DEFINISI PENYELIDIKAN Secara umumnya, penyelidikan adalah merupakan proses yang teratur atau sistematik dalam mengumpulkan data untuk memperolehi hasil

Page 20: hkh

2

sama ada dalam bentuk pengetahuan baru tentang sesuatu aspek, fenomena atau masalah. Pengertian yang paling mudah berkenaan dengan kaedah penyelidikan ialah ia merupakan cara untuk mengumpul dan menganalisis data. Kaedah ini dibina untuk memperolehi pengetahuan melalui prosedur yang sahih dan boleh dipercayai. Proses pengumpulan data mungkin boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pengukuran, temu bual atau analisis dokumen. Kaedah penyelidikan ialah suatu proses yang sistematik dan mempunyai tujuannya yang tersendiri. Prosedur-prosedur tertentu dilaksanakan untuk menghasilkan data tentang sesuatu masalah yang dikaji. 1.3 JENIS-JENIS PENYELIDIKAN Dalam membincangkan tentang penyelidikan, anda perlu memahami jenis-jenis penyelidikan. Secara umumnya, penyelidikan boleh dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan dan penyelidikan penilaian. 1.3.1 Penyelidikan Asas Penyelidikan asas merupakan penyelidikan yang menekankan pada penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Penyelidikan yang dikategorikan kepada jenis ini lebih menumpukan kepada kajian-kajian yang berkaitan dengan teori-teori dalam bidang tertentu. Misalnya, teori yang berkaitan dengan kepuasan kerja, komitmen terhadap organisasi dan budaya organisasi. Kajian-kajian mendalam berkaitan dengan teori Dua-Faktor yang dikemukakan oleh Herzberg misalnya merupakan contoh penyelidikan asas. Tujuan utama seseorang pengkaji menjalankan penyelidikan asas adalah untuk memperolehi bukti-bukti atau data empirikal yang boleh digunakan untuk membentuk, mengembang dan menilai sesuatu teori. Penyelidikan asas tidak bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah praktis seperti masalah sosial dalam masyarakat dan sebagainya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa hasil yang diperolehi daripada penyelidikan yang bertujuan untuk memperkukuhkan teori ini mampu digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang praktis. Misalnya, hasil atau dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja bagi seseorang pekerja mempunyai hubungan dengan peningkatan dalam komunikasi yang membina (supportive communication) di dalam sesebuah organisasi. Perkaitan antara kedua-dua aspek ini ada dibincangkan dalam Teori Hubungan Manusia (Human Relations Theory). Melalui penyelidikan

Page 21: hkh

3

asas yang menyokong kepada teori ini secara tidak langsung pihak pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi yang bercadang untuk meningkatkan kepuasan kerja di kalangan kakitangan organisasi boleh meningkatkannya melalui amalan komunikasi yang sfektif di dalam organisasi mereka. 1.3.2 Penyelidikan Gunaan Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi oleh individu, masyarakat ataupun organisasi. Ini bererti, penyelidikan gunaan dilakukan secara langsung terhadap masalah sebenar yang dihadapi dan menekankan tentang cadangan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menangani masalah berkenaan. Misalnya, masalah yang berkaitan dengan ponteng kerja di dalam sesebuah organisasi atau masalah yang berkaitan dengan penurunan dalam tahap produktiviti di kalangan kakitangan sesebuah organisasi. Ini secara langsung akan menjejaskan operasi organisasi berkenaan. Dengan itu, penyelidikan perlu dilakukan untuk memahami faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya masalah ponteng kerja dan penurunan tahap produktiviti supaya suatu cadangan penyelesaian yang praktis dapat dilakukan. 1.3.3 Penyelidikan Penilaian Penyelidikan ini memberi fokus kepada fasa-fasa pembangunan sesuatu projek atau amalan-amalan tertentu oleh masyarakat atau organisasi. Amalan berkenaan mungkin berbentuk program, produk, proses atau menekankan tentang tempat. Kajian penilaian yang memberikan fokus tentang kepentingan dan nilai bagi projek tertentu adalah selaras dengan kos, implementasi dan penerimaan masyarakat. Kos yang terlibat mungkin dalam bentuk bahan, masa dan ruang, kemahiran dan moral kakitangan serta sokongan komuniti yang terlibat. Penyelidikan yang berbentuk menilai sesuatu amalan atau projek adalah merupakan bentuk yang paling teliti berbanding dengan kajian asas dan kajian gunaan. Hal ini biasanya memerlukan kemahiran dalam beberapa kaedah, disiplin, hubungan interpersonal dan komunikasi. Hasil kajian yang berkaitan dengan penyelidikan penilaian ini biasanya ditafsirkan kepada tempat, masalah atau projek itu sahaja (sitespecific interpretability). Misalnya, sekiranya sesebuah organisasi memperkenalkan sesuatu inovasi dan ingin mengetahui tentang keberkesanan dan penerimaan inovasi berkenaan, maka kajian penilaian adalah merupakan jenis penilaian yang wajar dilakukan. Kajian penilaian boleh dipecahkan kepada dua jenis, iaitu kajian tindakan (action research) dan analisis polisi (policy analysis).

Page 22: hkh

4

i) Kajian Tindakan Kajian ini melibatkan fokus terhadap penyelesaian masalah tempatan dalam tapak atau kawasan tempatan. Fenomena terkini ialah kajian tindakan secara kolaboratif. Dalam kajian tindakan kolaboratif ini, kajian yang dilakukan melibatkan berbagai-bagai agensi dan memfokuskan kepada proses dan hasil perubahan stategi seperti program pembangunan kakitangan oleh sesebuah organisasi. ii) Analisis polisi Analisis polisi melibatkan penilaian terhadap polisi-polisi kerajaan untuk membekalkan cadangan-cadangan yang praktikal kepada pembuat-pembuat polisi. Analisis polisi menumpukan kepada polisi pada masa sekarang dan yang telah lepas berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan, polisi organisasi dan sebagainya. Ada tiga cara analisis polisi dilakukan, iaitu dengan; (1) mengkaji pembentukan formula, terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu untuk dilaksanakan; (2) mengkaji implementasi program yang dilaksanakan untuk mencapai sesuatu polisi; dan (3) menentukan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan polisi. Contoh analisis polisi ialah analisis kos-faedah yang dilakukan oleh organisasi. 1.4 SUMBER-SUMBER PENGETAHUAN PENYELIDIKAN Wujud berbagai-bagai sumber yang boleh anda gunakan bagi memperolehi pengetahuan. Sumber-sumber ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu pengalaman, kepakaran, taakulan deduksi, taakulan induksi dan pendekatan saintifik. 1.4.1 Pengalaman Pengalaman anda sendiri boleh menjadi sumber penyelidikan. Pengalaman adalah merupakan antara sumber terpenting dalam menjalankan penyelidikan lantaran ia merupakan masalah seharian yang dihadapi oleh seseorang. Misalnya, seseorang pengkaji yang kerap bergaul dengan sekelompok remaja melepak. Disebabkan hal ini, timbul minat beliau untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mendorong berlakunya situasi demikian. Pengalaman merupakan sumber pengetahuan penyelidikan yang tertua dan terulung. Sebelum sumber-sumber pengetahuan lain ditemui, manusia membuat taakulan berdasarkan kepada pengalaman mereka. 1.4.2 Kepakaran Seringkali, sesuatu masalah itu diselesaikan dengan merujuk kepada pakar. Wujud berbagai-bagai institusi berwibawa atau pakar yang boleh

Page 23: hkh

5

dijadikan rujukan. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk mengkaji tentang masalah menagihan dadah, beliau boleh merujuk kepada institusi-institusi yang berkaitan serta mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan. Masalah yang timbul daripada menggunakan sumber pengetahuan kepakaran adalah tidak semua pihak yang dirujuk benar-benar mendalami sesuatu masalah. Ada kalanya pihak-pihak yang dianggap pakar saling bertentangan pendapat tentang sesuatu masalah yang sama. 1.4.3 Taakulan Deduksi Taakulan deduksi merupakan satu proses memperolehi pengetahuan. Proses taakulan deduksi bermula dengan penyataan yang umum tentang sesuatu fenomena atau masalah. Ia kemudiannya diikuti pula dengan penyataan-penyataan yang khusus tentang fenomena tersebut. Peraturan yang digunakan untuk memperolehi pengetahuan dari pernyataan umum kepada pernyataan khusus dikenali sebagai silogisme atau penggunaan premis (andaian). Kaedah ini mempunyai kelemahan yang tersendiri seperti ia perlu bermula dengan premis yang benar. Sekiranya premis salah, kesimpulan atau hasil yang diperolehi juga salah. 1.4.4 Taakulan Induktif Taakulan deduktif merujuk kepada kesimpulan tentang sesuatu populasi atau masyarakat yang dikaji. Ia dilakukan dengan berasaskan kepada cerapan yang dibuat ke atas fakta-fakta yang diperolehi daripada sampel populasi tersebut. Misalnya, pengkaji berminat untuk mengkaji tentang pola kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam. Adalah sukar untuk memperolehi maklumat daripada populasi yang terdiri daripada semua kakitangan yang ada memandangkan kos yang diperuntukan bagi kajian berkenaan adalah terhad di samping kekangan masa untuk melakukan kajian. Sekumpulan sampel yang terdiri daripada kakitangan kerajaan yang mewakili populasi kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam boleh digunakan sebagai asas dalam membuat inferens atau kesimpulan tentang keluasan kerja di kalangan kakitangan sektor awam. Kebaikan dalam menggunakan taakulan deduktif sebagai sumber pengetahuan ialah penyelidikan boleh membuat inferens tentang populasi dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sampel. Dengan menggunakan sampel sebagai wakil kepada populasi yang ingin dikaji, ia dapat menjimatkan kos, tempoh penyelidikan dan tenaga. Namun begitu, kelemahan dalam menggunakan teknik ini ialah kemungkinan sampel yang dipilih tidak rawak dan tidak

Page 24: hkh

6

mewakili sepenuhnya ciri-ciri populasi yang dikaji. Dengan ini, hasil kajian kemungkinan akan menjadi berat sebelah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar. 1.4.5 Pendekatan Saintifik Pendekatan saintifik menggabungkan taakulan deduksi dan taakulan induktif. Melalui pendekatan saintifik, pengkaji membuat hipotesis secara induktif berdasarkan kepada cerapan.

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyelidikan

asas dan penyelidikan gunaan? 2. Apakah sumber-sumber ilmu pengetahuan

penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Isu-isu berkaitan dengan etika adalah merupakan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan falsafah. Tidak wujud persetujuan yang umum di kalangan ahli falsafah tentang jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan etika. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan individu secara umumnya ditentukan oleh norma-norma masyarakat. Norma masyarakat adalah merupakan kod tingkah laku yang diamalkan oleh kumpulan dan ia mencadangkan tentang langkah-langkah yang harus dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan apabila berada dalam keadaan-keadaan tertentu. Dalam menjalankan penyelidikan, tiga situasi penyelidikan wujud, iaitu: pengkaji, pengguna atau pembiaya, dan responden atau subjek. Interaksi antara ketiga-tiga unsuryang terlibat ini menimbulkan beberapa persoalan berkaitan dengan etika dalam menjalankan penyelidikan. Apabila merancang untuk menjalankan sesuatu penyelidikan, satu daripada aspek yang penting untuk diberikan perhatian adalah kemungkinan kemusnahan atau kerosakan kepada subjek yang mungkin dialami hasil daripada penyertaan mereka di dalam penyelidikan.

Page 25: hkh

7

Misalnya, kemungkinan kemusnahan berlaku akibat dari ujian-ujian tertentu yang akan dilakukan terhadap subjek di dalam penyelidikan yang mengaplikasikan kaedah eksperimen. Subjek juga mungkin boleh ‘dicederakan’ di dalam penyelidkan yang tidak melibatkan kaedah eksperimen. Misalnya, proses untuk meneroka ciri-ciri yang sensitif seperti penderaan, mangsa rogol dan gangguan seksual, mungkin menyebabkan subjek terpaksa memberikan fokus terhadap pengalaman yang dilalui oleh responden yang membawa kepada penderitaan mental yang harus dilalui oleh responden. Lantaran kemungkinan-kemungkinan timbulnya masalah sebegini yang harus dihadapi oleh responden, para penyelidik telah membina nilai-nilai etika berkaitan dengan penggunaan manusia sebagai subjek kajian. Nilai asasnya ialah subjek mestilah dilindungi daripada kecederaan dari segi fizikal dan juga psikologikal. Malangnya, kadang kala kemungkinan kecederaan ini sukar dikenal pasti terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan penggunaan ujian yang baru dan pengukuran yang baru. Lantaran ini, banyak universiti mempunyai jawatankuasa penyelidikan yang menyemak rancangan penyelidikan bagi mengenal pasti kemungkinan kecederaan yang akan dialami oleh subjek. Nilai yang kedua penting ialah kesedaran bahawa subjek mempunyai hak persendirian. Misalnya, adalah menjadi hak ibu bapa untuk melindungi pengkaji daripada menyoal anak-anak mereka tentang hubungan dengan ibu bapa mereka tanpa pengetahuan ibu bapa mereka walaupun hasilnya mungkin amat berguna kepada pendidikan, ahli-ahli sosiologi, psikologi, dan lain-lain. Subjek juga mempunyai hak untuk mengetahui bahawa segala data yang dikumpulkan berkenaan dengan diri mereka sebagai individu akan simpan sebagai rahsia. Walaupun subjek adalah bebas dan secara sedar memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji untuk tidak mendedahkannya kepada pihak lain kecuali identiti subjek dirahsiakan atau dijadikan mustahil untuk dikenal pasti dengan menggunakan statistik seperti purata skor kumpulan. Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa subjek mempunyai hak untuk mengetahui matlamat penyelidikan sebelum mereka terlibat. Dengan mengetahui matlamat sesuatu penyelidik yang dijalankan, mereka mempunyai maklumat yang lebih banyak untuk mengambil keputusan sama ada mereka perlu terlibat dalam penyelidikan berkenaan ataupun tidak.

Page 26: hkh

8

Satu daripada cara untuk menghebahkan perkara ini adalah melalui persetujuan bertulis. Dalam persetujuan ini, pengkaji harus memaklumkan kepada subjek tentang (a) tujuan umum penyelidikan, (b) apa yang akan dilakukan kepada mereka semasa penyelidikan, (c) faedah-faedah yang kemungkinan diperolehi oleh mereka dan orang lain, (d) potensi kecederaan yang mungkin dialami, dan (e) kenyataan bahawa mereka boleh menarik diri pada bila-bila masa walaupun penyelidikan sedang dijalankan tanpa dikenakan apa-apa penalti. Maklumat ini seharusnya diberikan dalam bentuk bertulis dan subjek atau penjaga mereka perlu menurunkan tandatangan. Satu daripada cara yang utama perlu dilakukan adalah dengan memberikan penerangan semula secara ringkas kepada subjek setelah mereka terlibat di dalam penyelidikan tersebut. Penerangan semula perlu mengandungi pengulangan terhadap matlamat kajian, prosedur yang digunakan dan menawarkan untuk berkongsi hasil apabila ia diperolehi. Ia juga harus termasuklah kepastian bahawa data akan dianggap sebagai sulit. Subjek harus dibenarkan untuk bertanya apa sahaja aspek yang berkaitan dengan penyelidikan.

SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Haruskah subjek dimaklumkan bahawa mereka

boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa dikenakan apa-apa penalti?

2. Apakah yang harus diliputi dalam penerangan semula (debriefing).

3. Adakah maklumat dari subjek perlu disimpan sebagai sulit walaupun subjek telah memberikan maklumat berkenaan kepada pengkaji.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.6 KESIMPULAN Keseluruhan bab ini telah menerangkan kepada anda tentang aspek-aspek awal berkaitan dengan penyelidikan. Penyelidikan adalah merupakan satu kaedah yang dilakukan untuk memperolehi data berkaitan dengan sesuatu masalah. Sumber-sumber pengetahuan untuk menjalankan penyelidikan terdiri daripada pengalaman, kepakaran dan pemerhatian. Penyelidikan boleh dibahagikan kepada penyelidikan asas,

Page 27: hkh

9

penyelidikan gunaan dan penyelidikan gunaan. Menjalankan penyelidikan juga melibatkan etika-etika tertentu yang harus diketahui, fahami dan ikuti oleh pengkaji.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang anda faham tentang maksud penyelidik? 2. Jelaskan kepentingan setiap sumber pengetahuan penyelidik? 3. Apakah aspek-aspek etika yang terlibat dalam menjalankan

penyelidik?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. Penyelidikan asas adalah penyelidikan yang dilakukan untuk

memahami teori dan penyelidikan gunaan adalah dimana hasil penyelidikan dipraktikkan.

2. Sumber-sumber pengetahuan penyelidikan adalah pengetahuan,

kepakaran, taakulan deduksi, taakulan induksi dan pendekatan saintifik.

SDT 1.2

1. Ya, subjek harus dimaklumkan bahawa mereka boleh menarik

diri tanpa dikenakan penalti.

2. Perkara-perkara yang harus diliputi dalam penerangan semula ialah tujuan, matlamat dan kerahsiaan kajian.

3. Ya, maklumat berkenaan haruslah disimpan sebagai sulit.

Page 28: hkh

10

Page 29: hkh

11

BAB 2

KONSEP ASAS PENYELIDIKAN

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan konsep pembolehubah dan hipotesis. 2. Mengenal jenis-jenis pembolehubah dan hipotesis yang berlainan. 3. Menbentuk hipotesis bagi kegunaan penyelidikan. 4. Menerangkan perhubungan di antara pembolehubah dan

hipotesis. 5. Memahami maksud definisi konsep secara umum dan definisi

konsep secara operasional.

2.1 PENGENALAN Terdapat beberapa elemen penting yang anda harus faham sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Elemen-elemen ini dianggap sebagai konsep-konsep asas dalam penyelidikan iaitu pembolehubah, hipotesis dan mendefinisikan konsep. Sebagai seorang penyelidik, anda perlu mahir dalam mengenal pasti pembolehubah yang digunakan dalam kajian, berupaya membentuk atau membina hipotesis yang bersesuaian dan mengujinya serta memahami setiap konsep yang digunakan dalam penyelidikan secara umum dan secara operasional. Sebelum memulakan sesuatu penyelidikan, anda perlulah mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang terdapat di dalam kajian anda. Memahami dan mengenali pembolehubah-pembolehubah akan memudahkan anda untuk membentuk hipotesis-hipotesis bagi digunakan dalam kajian. Hipotesis-hipotesis yang akan dibina pula merupakan elemen penyelidikan yang akan diuji untuk mencari jawapan kepada permasalahan kajian anda. Selain daripada itu, pemahaman tentang konsep-konsep penting dalam kajian juga akan memudahkan anda menjalankan penyelidikan dengan lancar dan efisien. Anda harus dapat membezakan atau mendefinisikan konsep umum dan konsep operasi. Justeru itu, setiap konsep penting perlulah ditafsirkan dan didefinisikan secara umum dan secara operasional. Hal ini akan dapat membantu anda mengukur apa yang ingin diperhatikan dalam penyelidikan.

Page 30: hkh

12

2.2 PEMBOLEHUBAH Apabila menjalankan sesuatu penyelidikan, penyelidikan menggunakan istilah yang tertentu bagi menerangkan bahawa istilah tersebut merupakan sesuatu ‘perkara’ yang mempunyai makna yang ingin dikaji dan merupakan inti pati kepada penyelidikan. Dalam bahasa biasa ‘perkara’ ini sebenarnya ialah ‘subject matter’ yang penyelidikan ingin ketengahkan dan merupakan sesuatu yang penting hingga menyebabkan tercetusnya cadangan untuk menjalankan penyelidikan. Pembolehubah dalam bahasa penyelidikan merupakan konsep, simbol, konstruk, gagasan, idea atau apa sahaja yang menjadi minat penyelidik yang akan diberi nilai atau angka. Dengan kata lain, pembolehubah boleh berupa apa sahaja berdasarkan kepada tajuk atau masalah kajian. Sekadar (2000) menyatakan bahawa pembolehubah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan perbezaan atau perubahan kepada sesuatu nilai. Nilai pula boleh jadi berbeza pada satu-satu masa bagi objek atau manusia yang berlainan. Sebagai contoh, kalau anda ingin mengkaji tentang sikap terhadap sesuatu, maka sikap itu dengan sendirinya merupakan satu pembolehubah dalam penyelidikan anda. Ia juga merupakan satu konsep yang anda gunakan. Oleh itu ia harus didefinisikan dan hal ini akan saya bincangkan kemudian. Di samping itu, kalau anda ingin mengkaji perbezaan sikap di antara jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan, maka jantina dalam konteks ini juga merupakan satu pembolehubah. Dalam penyelidikan, biasanya terdapat beberapa pembolehubah penting yang akan digunakan. Namun begitu, ada dua jenis pembolehubah yang utama, iaitu: 2.2.1 Pembolehubah Bebas Pembolehubah ini ialah pembolehubah rangsangan atau input. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang boleh dimanipulasikan dan memberi kesan kepada pembolehubah lain sama ada secara positif atau negatif. Ia juga merupakan penyebab kepada berlakunya perubahan kepada pembolehubah lain yang ingin diperhatikan. Sebagai conton, katakan anda hendak mengkaji tentang ‘Pengaruh Cahaya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar’. Oleh kerana pembolehubah bebas ialah sesuatu yang boleh mendatangkan kesan dan juga sesuatu merupakan ‘cahaya’. Hal ini disebabkan cayaha itu sendiri boleh dimanipulasikan yakni boleh dikawal sama ada untuk dicerah atau dimalapkan. Setiap kali dicerahkan atau dimalapkan ia akan meninggalkan kesan yang berbeza kepada prestasi akademik pelajar. Sebagai contoh,

Page 31: hkh

13

prestasi akademik pelajar mungkin menjadi lebih baik atau lebih buruk sekiranya cahaya dicerahkan atau digelapkan bergantung kepada individu itu sendiri. 2.2.2 Pembolehubah Terikat Pembolehubah ini ialah pembolehubah gerakbalas atau output. Pembolehubah ini juga sebenarnya merupakan pembolehubah yang menjadi minat kepada pengkaji dalam penyelidikannya. Dengan kata lain, ia merupakan pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan dalam sesuatu kajian. Pembolehubah terikat merupakan hasil atau kesan yang diukur berdasarkan manipulasi pembolehubah terikat (Goodwin, 2002). Merujuk kepada contoh tajuk ‘Pengaruh Cahaya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar’ dalam perbincangan tentang pembolehubah bebas sebelum ini, pembolehubah terikat yang dikenal pasti di sini ialah ‘prestasi pelajar’. Hal ini kerana prestasi pelajar merupakan satu konsep yang ingin diukur oleh pengkaji sama ada menjadi lebih baik, sederhana atau lebih buruk. Ukuran pembolehubah ini (prestasi pelajar) boleh berubah apabila pembolehubah bebas (cahaya) dimalapkan atau dicerahkan. Contoh pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat dapat dilihat dalam Rajah 2.1 di bawah:

Rajah 2.1

Hubungan Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Terikat

Selain daripada dua pembolehubah utama di atas, terdapat dua lagi pembolehubah yang tidak kurang pentingnya dalam sesuatu penyelidikan. Pembolehubah-pembolehubah ini ialah: 2.2.3 Pembolehubah Moderator Pembolehubah moderatur merupakan pembolehubah yang boleh memberikan kesan kepada perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadiran pembolehubah moderator akan

Pengaruh Cahaya

Prestasi Akademik

Pelajar

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat

Page 32: hkh

14

mengubah bentuk hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Oleh itu, pembolehubah moderator bolehlah dinyatakan sebagai faktor yang diukur dan dimanipulasikan oleh seseorang pengkaji bagi menentukan sama ada ia memberi kesan atau memodifisikan perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Sebagai contoh, sekiranya seorang pengkaji berminat untuk mengkaji kesan pembolehubah bebas (x) iaitu cahaya ke atas pembolehubah terikat (y) iaitu prestasi pelajar, budaya pelajar mungkin boleh menjadi pembolehubah moderator kerana pelajar mungkin terdiri daripada mereka yang mempunyai budaya yang berbeza yakni datang dari pelbagai latar etnik atau bangsa. Justeru itu, budaya yang berbeza mungkin memberi kesan kepada prestasi pelajar. Dengan kata lain, budaya sebagai pembolehubah moderator akan memodifikasikan perhubungan di antara pembolehubah bebas (cahaya) dan pembolehubah terikat (prestasi pelajar). Ia akan memberi kesan tidak langsung kepada perhubungan atau kesan akibat pembolehubah bebas ke atas pembolehubah terikat. Contoh pembolehubah moderator boleh diperhatikan dalam Rajah 2.2 di sebelah:

Rajah 2.2

Hubungan Pembolehubah Bebas, Terikat dan Moderator 2.2.4 Pembolehubah Mencelah Pembolehubah mencelah ialah pembolehubah yang muncul di antara masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mempengaruhi pembolehubah terikat. Hal ini menyebabkan ia memberi kesan kepada pembolehubah terikat. Ia juga muncul sebagai fungsi pembolehubah bebas dan membantu menerangkan tentang pengaruh pembolehubah

Pengaruh cahaya Prestasi Akademik Pelajar

Budaya

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat

Pembolehubah Moderator

Page 33: hkh

15

bebas terhadap pembolehubah terikat. Pembolehubah ini biasanya hanya dapat ditafsirkan setelah meneliti kesan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat. Sebagai contoh, sekiranya penyelidik ingin meneliti kesan pembolehubah bebas (cahaya) terhadap pembolehubah terikat (prestasi pelajar) dan merasakan bahawa faktor umur mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi pengukuran disebabkan faktor masa yang terlibat dalam kajian ini, maka umur di sini ialah pembolehubah mencelah. Hal ini disebabkan kajian ini mungkin mengambil masa bagi disiapkan dan pada ketika ini perbezaan umur di antara setiap pelajar akan memberikan kesan dan mempengaruhi kesan pembolehubah bebas (cahaya) terhadap pembolehubah terikat (prestasi pelajar). Contoh pembolehubah mencelah ialah seperti Rajah 2.3 berikut:

Rajah 2.3 Hubungan Pembolehubah Mencelah, Bebas dan Terikat

SOALAN DALAM TEKS 2.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan

pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat? 2. Beri dua contoh tajuk penyelidikan dan nyatakan

pembolehubah bebas dan terikat bagi setiap tajuk.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Pengaruh cahaya Prestasi Akademik

Pelajar

Umur

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat

Pembolehubah Mencelah

Page 34: hkh

16

2.3 HIPOTESIS Setelah mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang tertentu dalam penyelidikan, penyelidikan akan cuba meramalkan sesuatu tentang keputusan penyelidikannya. Ramalan ini sebenarnya dilakukan setelah penyelidik membuat pembacaan atau kajian mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikannya. Mungkin penyelidikan akan meneliti tentang keputusan hasil kajian yang telah lalu atau membincangkannya dengan pakar-pakar yang lebih arif mengenai penyelidikan yang menjadi minatnya. Justeru itu, antara aspek penting penyelidikan dalam sains sosial ialah membentuk atau membina dan seterusnya menguji sesuatu hipotesis. Selain itu, bagi memastikan sesuatu kajian yang dijalankan itu bersifat empirikal, saintifik dan sistematik; perlulah mempunyai hipotesis tertentu yang boleh diuji. Hipotesis yang diuji adalah bagi mencari perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Apakah sebenarnya hipotesis? Hipotesis merupakan kenyataan atau ayat mengenai agakan, ramalan atau penyataan logikal yang dibentuk dengan jelas dan spesifik berasaskan teori yang komprehensif mengenai pembolehubah-pembolehubah yang ingin dikaji. Hipotesis biasanya akan diuji berdasarkan analisis-analisis statistik yang tertentu bagi menjawab persoalan sesuatu kajian. Dengan menguji hipotesis dan mendapatkan kepastian tentang ramalan yang dibentuk, diharapkan langkah-langkah dapat dikenal pasti dan strategi penyelesaian dapat dibentuk bagi menyelesaikan permasalahan kajian. 2.4 SUMBER-SUMBER HIPOTESIS Untuk membentuk sesuatu hipotesis, penyelidikan perlulah mempunyai kemahiran yang sewajarnya bagi memastikan setiap hipotesis yang dibentuk dapat diuji menggunakan analisis statistik yang sesuai. Di antara sumber-sumber hipotesis yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut: i) Dengan cara meneliti dan menganalisis kajian-kajian terdahulu,

ulasan kajian dan keputusan-keputusan penyelidikan dalam bidang yang sama atau hampir sama.

ii) Berdasarkan praujian atau kajian rintis iaitu maklumat dan keputusan awal diperolehi yang akan dapat membantu membentuk hipotesis yang sesuai.

iii) Berdasarkan teori/model dalam bidang yang sama atau hampir sama.

Page 35: hkh

17

iv) Berdasarkan pembincangan dengan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.

v) Berdasarkan pengalaman penyelidik dalam menjalankan penyelidik.

2.5 JENIS-JENIS HIPOTESIS Terdapat dua jenis hipotesis iaitu Hipotesis Sifar (Ho) dan Hipotesis Alternatif (Ha). 2.5.1 Hipotesis Sifar Hipotesis ini merupakan pernyataan yang mengandaikan bahawa tidak wujud perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Dengan kata lain, pengkaji mengandaikan bahawa satu pembolehubah tidak memberi kesan, mempengaruhi atau bergantung kepada pembolehubah yang lain. Biasanya dalam membentuk hipotesis sifar, pengkaji akan menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa perbezaan ataupun hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Contoh-contoh hipotesis sifar adalah seperti berikut: 1. Sekiranya menguji perbezaan:

i) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam persepsi akademik pelajar terhadap kesan cahaya lampu.

ii) Tidak wujud perbezaan yang signifikan di kalangan bangsa terhadap pandangan mengenai masalah perceraian di kalangan masyarakat Malaysia.

2. Sekiranya menguji hubungan:

i) Tidak wujud hubungan yang signifikan di antara faktor suka makan dan kegemukan di kalangan pelajar-pelajar universiti.

ii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya hidup dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia.

2.5.2 Hipotesis Alternatif Hipotesis alternatif ialah pernyataan yang mengandaikan bahawa wujud perbezaan atau hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Jika dibandingkan dengan hipotesis sifar, hipotesis ini adalah merupakan kembalikan kepada andaian yang telah dibuat. Andaian hipotesis ini adalah terdapat kesan pembolehubah bebas

Page 36: hkh

18

ke atas pembolehubah terikat. Maknaknya satu faktor telah memberi kesan ke atas faktor yang lain. Hipotesis ini digunakan untuk menguji sama ada hipotesis sifar diterima atau ditolak. Contoh-contoh hipotesis alternatif adalah seperti berikut: 1. Sekiranya menguji perbezaan:

i) Terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam persepsi akademik pelajar terhadap kesan cahaya lampu.

ii) Wujud perbezaan yang signifikan di kalangan bangsa terhadap pandangan mengenai masalah perceraian di kalangan masyarakat Malaysia.

2. Sekiranya menguji hubungan:

i) Wujud hubungan yang signifikan di antara faktor suka maka dan kegemukan di kalangan pelajar-pelajar universiti.

ii) Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya hidup dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Seseorang pengkaji biasanya akan membentuk hipotesis sifar atau alternatif berdasarkan penelitian mereka melalui sumber-sumber hipotesis. Sekiranya kajian-kajian yang lalu menunjukkan tidak ada perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, biasanya hipotesis sifar akan dibentuk. Bagaimanapun, sekiranya kajian-kajian yang lalu menunjukkan wujud perbezaan ataupun hubungan, maka hipotesis alternatif akan dibentuk. Berdasarkan kepada andaian atau agakan yang ingin diuji ini, pengkaji hanya perlu membentuk satu hipotesis sahaja sama ada hipotesis sifar ataupun hipotesis alternatif bagi sesuatu isu atau masalah. Sekiranya pengkaji membentuk hipotesis sifar, maka beliau tidak perlulah membentuk hipotesis alternatif untuk isu atau masalah yang sama dan begitulah sebaliknya. 2.6 KEGUNAAN HIPOTESIS Apakah perlunya hipotesis dalam sesuatu penyelidikan? Terdapat beberapa sebab kenapa hipotesis perlu dibentuk. Antaranya: (a) Untuk memberi arah kepada penyelidik bagi meninjau penulisan

yang relevan dengan kajian mereka termasuklah bahan-bahan bacaan yang sesuai serta kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan.

Page 37: hkh

19

Dengan cara ini penyelidik akan dapat membuat keputusan sama ada untuk membentuk hipotesis yang bersifat ataupun alternatif.

(b) Untuk membolehkan pengkaji menjawab objektif kajiannya

dengan lebih jelas dan spesifik serta memungkinkan perbincangan lanjutan tentang sebab keputusan yang sedemikian rupa diperolehi kelak. Pembentukan hipotesis merupakan ramalan awal tentang keputusan yang dijangkakan. Sebarang keputusan yang diperolehi akan memungkinkan penyelidik membicarakan keputusan secara lebih terperinci.

(c) Untuk mengenal pasti analisis statistik yang sesuai dan relevan

dengan hipotesis yang akan diuji. Pembentukan hipotesis yang baik akan mengambil kira jenis statistik yang akan digunakan. Sekiranya pengujian hipotesis melibatkan alat pengukuran yang tidak sesuai, maka jenis-jenis analisis statistik yang tertentu tidak akan dapat dijalankan bagi menguji hipotesis.

SOALAN DALAM TEKS 2.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hipotesis sifar

dan hipotesis alternatif? 2. Beri satu contoh hipotesis sifar dan satu contoh

hipotesis alternatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.7 KONSEP DAN OPERASI Selari dengan pemahaman mengenai pembolehubah dan hipotesis, satu perkara penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah konsep yang digunakan. Ini adalah keran kita menggunakan konsep dalam kehidupan seharian. Konsep-konsep ini merupakan istilah-istilah abstrak yang digunakan untuk menerangkan tentang pengalaman diri. Sebagai contoh, istilah ‘gembira’ yang digunakan setiap hari. Sejak dari kecil kita belajar bahawa gembira bermaksud satu keadaan yang menyenangkan diri. Kita juga menggunakan istilah ini juga untuk menggambarkan pengalaman atau fenomena yang dipersepsikan sebagai membuatkan kita gembira. Justeru itu, istilah gembira sebenarnya mewakili satu konsep atau idea abstrak yang kita aplikasikan untuk situasi-situasi yang tertentu.

Page 38: hkh

20

Dalam konteks penyelidikan, satu daripada perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah mengenai konsep-konsep yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep ini mungkin berupa satu konstruk atau gagasan yang mempunyai makna yang tertentu yang digunakan dalam kajian tersebut. Kepentingan definisi konsep terletak pada sifatnya yang membolehkan penyelidik membezakan di antara konsep yang dipakai sehari-hari dan konsep yang akan digunakan dalam penyelidikannya. 2.7.1 Definisi Konsep Dalam penyelidikan, definisi konsep merupakan definisi yang diberikan kepada konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep ini merupakan satu perwakilan ringkas bagi fakta yang pelbagai. Konsep-konsep ini juga seringkali terkandung dalam hipotesis yang dibentuk oleh pengkaji. Sebagai contoh, sekiranya penyelidikan ingin melakukan kajian mengenai sikap, maka konsep sikap tersebut perlulah diketahui, difahami dan diperjelaskan dengan terperinci. Dalam konteks ini, konsep sikap perlulah dikenal pasti komponen-kompoenennya. Sikap mempunyai komponen-komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Anda haruslah faham bahawa komponen kognitif dalam sikap menggambarkan pemikiran, komponen afektif menggambarkan perasaan manakala komponen tingkah laku pula menggambarkan perbuatan. Namun begitu, definisi yang diberikan dalam konteks di atas mungkin hanya merupakan definisi umum sahaja. Tambahan pula, definisi umum mengenai sikap mungkin tidak menggambarkan perkara sebenarnya yang ingin dikaji. Hal ini disebabkan bahawa dalam setiap penyelidikan terdapat pelbagai definisi mengenai sikap berdasarkan skop kajian yang dilakukan. Merujuk kepada contoh di atas, mungkin sikap yang ingin dikaji ialah sikap kanak-kanak. Oleh kerana sikap kanak-kanak adalah lebih terjurus dan bukan sesuatu yang umum, maka penyelidikan perlu mendefinisikan konsep sikap kanak-kanak secara khusus. Hal ini disebut sebagai definisi operasi. Namun begitu, perlu diingat bahawa hanya setelah konsep umum didefinisikan barulah definisi secara operasional dilakukan. 2.7.2 Definisi Operasi Definisi operasional ialah definisi kerja yang lebih spesifik dan khusus untuk menyatakan makna kepada konsep yang dikaji. Ia amat perlu untuk mengukur konsep-konsep abstrak seperti sikap dan perasaan. Goodwin (2002) menyatakan bahawa definisi operasi perlu dibuat dengan teratur terutamanya bagi konsep yang mempunyai makna yang pelbagai. Dengan kata lain, definisi operasi membawa maksud penyelidik mendefinisikan secara jelas istilah-istilah dalam penyelidikan mereka. Definisi konsep

Page 39: hkh

21

secara operasional yang baik akan membolehkan sesuatu kajian itu direplikasikan dan sekaligus memenuhi satu daripada ciri-ciri sebuah penyelidikan saintifik. Pertimbangan bagi membuat pendefinisian secara operasional setiap konsep yang mewakili gagasan atau konstruk yang tertentu terletak di atas bahu penyelidik. Penyelidik perlu memastikan konsep yang digunakan itu difahami secara berbeza antara konsep secara umum dan juga konsep secara operasi. Ini adalah bagi memudahkan aspek pengukuran data dengan menyediakan instrumen kajian yang berupa soal selidik atau temubual yang menjurus kepada sebarang konsep yang ingin diukur. Dalam konteks yang dibincangkan tadi, sikap kanak-kanak merupakan konsep yang ingin dikaji. Oleh itu sebarang pembentukan alat pengukuran perlulah menjurus kepada sikap kanak-kanak secara khusus dan bukan sikap secara umum. Maknanya komponen kognitif, afektif dan tingkah laku dalam sikap kanak-kanak perlu diperjelaskan dan kemudian diterjemahkan dalam sebarang bentuk pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan berkaitan.

SOALAN DALAM TEKS 2.3

1. Apakah kepentingan definisi konsep? 2. Nyatakan perbezaan di antara definisi konsep

secara umum dengan definisi konsep secara operasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.8 KESIMPULAN Bagi menghasilkan sebuah penyelidikan yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri penyelidikan saintifik, pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam penyelidikan haruslah berkait rapat dengan permasalahan kajian serta dapat diterjemahkan dalam bentuk pengukuran bagi menjawab objektif penyelidikan tersebut. Hipotesis pula dibentuk bagi menguji perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Ia harus dibentuk agar dapat diuji secara inferensi dan bincangkan hasilnya secara jelas. Oleh itu, pembentukan hipotesis harus dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan apabila hipotesis tersebut tidak dapat diuji memandangkan pengukuran yang digunakan tidak bertepatan dengan pengujian yang digunakan. Semua ini mempunyai

Page 40: hkh

22

kaitan rapat dengan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep yang digunakan itu juga mungkin kerupakan sebahagian daripada hipotesis yang dibentuk dan diuji. Mendefinisikan konsep secara umum dan secara operasi adalah penting supaya anda dapat membezakan di antara konsep umum serta konsep yang anda gunakan dalam penyelidikan yang dilakukan. Instrumen kajian yang meliputi soal selidik atau alat-alat kajian yang lain hanya dapat dibentuk dengan baik setelah konsep dan pembolehubah berkenaan didefinisikan dengan sempurna dan jelas.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah hubungan di antara pembolehubah moderator dengan

pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat? 2. Beri maksud pembolehubah mencecah. 3. Nyatakan kegunaan-kegunaan hipotesis. 4. Kenapakah perlu dibezakan antara konsep secara umum serta

konsep secara operasi?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 2.1 1. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang boleh

dimanipulasikan dan memberi kesan kepada pembolehubah lain secara positif atau negatif. Ia juga dianggap sebagai pembolehubah rangsangan atau input dan merupakan penyebab kepada berlakunya perubahan dalam pembolehubah yang ingin diperhatikan.

Pembolehubah terikat pula merupakan pembolehubah yang ingin diukur dan diperhatikan oleh pengkaji. Ia merupakan pembolehubah gerakbalas atau output. Pembolehubah ini merupakan hasil atau kesan yang diukur berdasarkan manipulasi pembolehubah bebas.

Page 41: hkh

23

2. Tajuk penyelidikan: Kesan Pemakanan Terhadap Pembelajaran Kanak-Kanak. Pembolehubah bebas di sini ialah ‘kesan pemakanan’ manakala pembolehubah terikat ialah ‘pembelajaran kanak-kanak’.

Tajuk Penyelidikan: Hubungan Di Antara Kepuasan Kerja Dan

Prestasi Kerja. Pembolehubah bebas di sini ialah ‘kepuasan kerja’ manakala pembolehubah terikat ialah ‘prestasi kerja’.

SDT 2.2

1. Hipotesis sifar merupakan pernyataan yang mengandaikan bahaw

tidak wujud perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Hipotesis alternatif pula ialah pernyataan yang mengandaikan bahawa wujud perbezaan atau hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain.

2. Contoh Hipotesis Sifar: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam gaya pembelajaran di universiti.

Contoh Hipotesis Alternatif: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam gaya pembelajaran di universiti.

SDT 2.3

1. Kepentingan definisi konsep terletak di atas sifatnya yang

membolehkan penyelidikan membezakan di antara konsep yang dipakai sehari-hari dan konsep yang akan digunakan dalam penyelidikannya.

2. Definisi konsep secara umum merupakan definisi biasa yang

diketahui dan difahami tanpa merujuk kepada mana-mana bahagian yang khusus manakala definisi konsep secara operasi adalah lebih spesifik dan khusus yang merujuk kepada apa yang ingin dikaji dalam penyelidikan berkaitan. Sebagai contoh, maksud sikap dalam pemahaman sehari-hari merupakan sebuah definsi konsep secara umum manakala maksud sikap kanak-kanak adalah lebih spesifik kepada apa yang ingin dikaji.

Page 42: hkh

24

Page 43: hkh

25

BAB 3

SKALA PENGUKURAN

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan jenis-jenis skala pengukuran. 2. Memahami setiap jenis skala dan penggunaannya 3. Menerangkan kaitan skala pengukuran dengan soal selidik. 4. Menjelaskan kepentingan skala pengukuran dalam penyelidikan.

3.1 PENGENALAN Setelah kita membincangkan tentang pembolehubah, hipotesis dan definisi konsep dalam bab yang lalu, anda harus memahami pula cara untuk mengukur pembolehubah dan konsep-konsep yang digunakan itu dalam bentuk yang sesuai supaya dapat menjawab objektif dan permasalahan kajian anda. Pengukuran merupakan aspek penting dan amat diperlukan dalam penyelidikan. Dengan kata lain, cara anda mengukur sesuatu pembolehubah atau konsep dalam kajian anda akan melibatkan konsep pengukuran. Biasanya, soalan pertama yang akan difikirkan adalah apakah yang hendak diukur, jenis atau skala pengukurannya dan apa maknanya kepada penyelidik. Jenis-jenis analisis statistik yang akan digunakan untuk menguji hipotesis juga bergantung kepada pembolehubah yang anda gunakan. Hal ini pula bergantung kepada jenis-jenis data yang diperolehi berdasarkan skala pengukuran yang akan saya bincangkan nanti. Dalam penyelidik sains sosial, terdapat kemungkinan sesuatu pembolehubah atau konsep itu diukur dalam kategori yang berbeza-beza. Untuk menentukan cara mengoperasikan pembolehubah atau konsep dalam bentuk pengukuran yang sesuai, anda juga sebenarnya perlu membentuk hubungan di antara pembolehubah yang diukur dan juga makna konsep itu sendiri. Dalam masa yang sama, pemilih kategori atau jenis skala pengukuran yang anda bentuk akan menentukan kualiti data yang anda akan perolehi. Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu pembolehubah bergantung kepada cara anda mereka bentuk pembolehubah anda dalam bentuk yang boleh diukur. Sekiranya sesuatu pembolehubah mempunyai pengukuran yang tidak sesuai dengan

Page 44: hkh

26

permasalahan kajian, data yang diperolehi tidak akan dapat menjawab objektif kajian malah mungkin dianggap tidak sah. Sekiranya pengukuran yang anda lakukan tidak jelas atau tidak tepat pula, ia tidak akan dapat menghasilkan maklum balas, maklumat atau jawapan yang diingini. Skala pengukuran yang tidak sesuai ke atas sesuatu pembolehubah juga akan menghasilkan data yang dapat digunakan dengan baik. 3.2 SKALA PENGUKURAN Pengukuran merupakan alat atau mekanisme yang digunakan oleh penyelidik untuk membezakan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai simbol kepada masalah-masalah yang hendak dikaji berdasarkan peraturan-peraturan yang tertentu (Smith & Davis, 1997). Pengukuran juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh pengkaji untuk membezakan satu pembolehubah atau konsep dengan pembolehubah atau konsep yang lain yang menjadi minat kajian. Sebagai contoh, gred di dalam ujian merupakan simbol yang menerangkan prestasi pelajar. Simbol ini mungkin dalam bentuk huruf (A, B, C, D atau E) ataupun dalam bentuk peratus (50%, 100% dan sebagainya). Ia merupakan alat kepada pengkaji untuk mengukur pembolehubah atau konsep gred ujian dalam kajiannya. Simbol-simbol ini telah pun ditetapkan mengikut jenis-jenis skala pengukuran yang tertentu. Justeru itu, simbol-simbol ini sebenarnya adalah konsep skala pengukuran dalam konteks penyelidikan. Simbol-simbol ini dikenal pasti melalui pembentukan jenis skala pengukuran yang tertentu bagi memudahkan pengkaji untuk mengaanalisis data. Terdapat empat jenis skala pengukuran yang selaludigunakan untuk mengukur sesuatu pembolehubah. Skala-skala ini digunakan untuk mengklasifikasikan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian bagi kegunaan membentuk soalselidik. Skala-skala tersebut adalah seperti berikut: 3.2.1 Skala Norminal Data-data dalam bentuk ini membolehkan pengkaji mengkategorikan data kepada kategori-kategori atau kumpulan-kumpulan yang tertentu. Justeru itu, ianya juga dikenali sebagai ‘data kategori’. Ini merupakan klasifikasi data yang paling asas dan mudah. Data-data akan dikelompokkan kepada beberapa kategori atau kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri lebih baik atau lebih buruk untuk setiap kumpulan. Kategori atau kumpulan tadi hanya membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan tidak mempunyai nilai-nilai intrinsik. Ini bermakna ia hanya meletakkan responden kepada mana-mana kategori atau kumpulan tanpa ada

Page 45: hkh

27

perbezaan eksklusif di antara kategori atau kumpulan tai. Tiap-tiap kategori akan diberi nilai secara arbitrari. Ahli dalam satu kategori atau kumpulan biasanya tidak boleh menjadi ahli kepada kategori atau kumpulan yang lain. Skala nominal biasanya digunakan untuk soalan-soalan yang bersifat empirikal. Sebagai contoh, katakan pembolehubah yang ingin anda ukur ialah jantina. Contoh: Jantina: Lelaki _____________ Perempuan _____________ Berdasarkan contoh soalan di atas, responden akan menjawab berdasarkan kategori mana mereka tergolong. Tidak ada ciri-ciri baik atau buruk dalam penentuan jawapan untuk soalan ini. Maksudnya, kedua-dua kategori di atas mempunyai nilai yang sama walaupun mungkin akan dikodkan secara berbeza untuk tujuan analisis. Lelaki bukanlah lebih baik daripada perempuan dan begitulah sebaliknya. Selain itu, responden harus menjawab atau menandakan satu kategori sahaja. Oleh itu skala ini dianggap bersifat eksklusif. Skala ini menggunakan pengiraan frekuensi atau peratusan untuk pengukuran setiap jantina iaitu lelaki dan perempuan bagi keseluruhan sampel kajian. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai sampel seramai 500 orang dan anda meletakkan kod 1 bagi lelaki dan kod 2 bagi perempuan, pengiraan komputer atau secara manual akan menunjukkan kategori lelaki bagi sampel anda ialah seramai 2000 orang (40%) manakala kategori perempuan pula ialah seramai 300 orang (60%). Maklumat-maklumat seperti ini merupakan maklumat-maklumat asas yang diperolehi melalui skala jenis nominal. Contoh-contoh lain yang sering ditemui dalam soal selidik bagi skala nominal ialah bangsa, taraf perkahwinan, kerakyatan, tempat tinggal dan sebagainya. Contoh: Bangsa: Melayu ___________ Cina ___________ India ___________ Lain-Lain ___________

Page 46: hkh

28

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Terangkan dengan ringkas apa yang anda faham

tentang skala nominal. 2. Berikan satu contoh maklumat yang boleh

diperolehi melalui penggunaan skala nominal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.2.2 Skala Ordinal Skala ordinal ialah skala yang menunjukkan urutan atau pangkat. Ia tidak hanya mengkategorikan pembolehubah bagi membezakannya antara satu sama lain tetapi juga membuat urutan supaya setiap satu kategori itu berbeza dari segi nilai pembolehubah ataupun konsep itu sendiri. Hal ini bermakna bahawa bagi skala ordinal bukan sahaja nilainya yang berbeza tatapi ada perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi. Walaupun begitu, jumlah perbezaan magnitud antara setiap nilai atau kategori tadi tidak diketahui atau tidak tetap. Contoh mudah yang boleh difahami adalah kedudukan prestasi pelajar dalam kelas atau kedudukan pelumba lari dalam sesuatu kejohanan. Pelajar di dalam kelas akan mempunyai urutan prestasi seperti berikut; 1, 2, 3 dan seterusnya. Nilai yang diberikan bersifat urutan tetapi jarak di antara setiap nilai tidak tetap atau tidak diketahui. Perbezaan prestasi pelajar yang mendapat nombor 1 dan 2 tidak semestinya sama dengan perbezaan pelajar yang mendapat nombor 2 dan 3. Begitu juga bagi kedudukan pelumba lari dalam sesuatu kejohanan yang mana perbezaan masa larian di antara setiap pelumba tersebut adalah tidak sama. Nombor yang diberikan hanya menandakan urutan atau pangkat mereka sahaja. Ini merupakan satu daripada kompenen penting dalam skala ordinal. Contoh soalan berskala ordinal juga boleh dilihat melalui soal selidik berikut: Contoh: Nyatakan minuman kegemaran anda dengan memasukkan nombor di hujung kenyataan. Nombor 1 menandakan minuman yang paling digemari manakala nombor 5 menandakan minuman yang paling kurang digemari.

Page 47: hkh

29

Minuman: Air Tebu ________ Air Sirap ________ Air Oren ________ Air Epal ________ Air Laici ________ Berdasarkan contoh di atas diperhatikan bahawa walaupun responden dikehendaki menandakan minuman yang paling digemari mengikut urutan yang tertentu (1 hingga 5) tetapi pengkaji tidak dapat memastikan perbezaan kegemaran minuman. Minuman kegemaran nombor 1 mungkin hanya digemari lebih sedikit daripada minuman kegemaran nombor 2 sedangkan minuman kegemaran nombor 3 digemari lebih banyak daripada minuman kegemaran nombor 4. Nombor yang diberikan mungkin bersifat arbitrari tetapi mempunyai urutan yang bermakna apabila nombor 1 menandakan yang paling digemari manakala nombor 5 menandakan yang paling kurang digemari. Skala ordinal sebenarnya membolehkan pengkaji mendapat maklumat lebih dari sekadar maklumat asas sahaja seperti yang diperolehi dalam skala norminal. Ia bukan hanya membezakan kategori responden tetapi juga menyediakan maklumat yang membezakan ciri-ciri responden melalui urutan atau pangkat yang tertentu. Data-data yang diperolehi bukan hanya membolehkan pengkaji mendapatkan frekuensi dan peratusan terhadap satu-satu kategori pembolehubah malah boleh digunakan untuk menjawab permasalahan asas mengenai kajian seperti kedudukan minuman kegemaran dalam contoh di atas. Contoh-contoh lain bagi skalaordinal ialah seperti pangkat dalam tentera, pangkat dalam polis, status sosioekonomo dan sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Nyatakan ciri-ciri utama yang terdapat dalam skala

ordinal. 2. Beri satu contoh mudah soalan dalam soalselidik

yang menggunakan skala ordinal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 48: hkh

30

3.2.3 Skala Interval (Sela) Selain daripada ciri-ciri kategori dan perbezaan magnitud yang terdapat dalam skala nominal dan skala ordinal, skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang tidak dapat dalam skala nominal dan skala ordinal. Ciri yang istimewa ini ialah perbezaan magnitud ataupun sela yang sama di antara setiap nilai yang diberikan. Dengan kata lain, jarak atau perbezaan magnitud di antara setiap nilai adalah serupa. Ukuran jangka suhu merupakan contoh mudah yang dapat diperhatikan dalam aspek ini. Dalam pengiraan suhu, ciri-ciri skala nominal (perbezaan suhu) dan ciri-ciri skala ordinal (urutan suhu 20 Celsius bermakna lebih panas dari suhu 10 Celsius) dapat dilihat. Namun ada perbezaan magnitud atau nilai yang sama iaitu perbezaan antara suhu 20 Celsius dengan suhu 30 Celsius serta suhu 50 Celsius dan 60 Celsius adalah sama iaitu sebanyak 10 Celsius. Di sini dapat diperhatikan bahawa skala interval mempunyai ciri perbezaan magnitud ataupun nilai yang sama. Satu lagi perkara yang penting dalam skala interval ialah tidak ada nilai 0 (sifar) yang mutlak. Dalam contoh suhu di atas, suhu 0 (sifar) Celsius tidak bermakna tiada suhu. Sebaliknya ia bermaksud suhu berada pada paras beku. Contoh-contoh lain termasuklah skor ke atas ujian kecerdasan (IQ). Dalam penyelidikan, pengkaji sering membentuk soal selidik yang menggunakan skala ini. Satu daripada skala interval yang paling banyak digunakan ialah skala yang dipopularkan oleh Likert pada tahun 1932. Contoh soalan yang menggunakan skala Likert adalah seperti berikut: Contoh: Bulatkan jawapan anda. Saya tidak suka menggunakan kemudahan internet di rumah. Sangat tidak setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5 Sebarang nombor atau nilai boleh ditambah ke atas skala di atas dan ia tetap mengekalkan perbezaan magnitud yang sama. Selain daripada contoh di atas, contoh soalan untuk skala interval juga boleh dolihat seperti di bawah: Contoh: Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di universiti ini?

Page 49: hkh

31

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Dalam kedua-dua contoh yang diberikan, perbezaan magnitud antara setiap nilai yang diberi diandaikan sama. Justeru itu kenyataan atau soalan seperti ini dianggap sebagai kenyataan atau soalan yang tergolong dalam skala interval. Oleh kerana skala interval mempunyai jarak perbezaan magnitud yang sama, maka selain daripada melakukan analisis frekuensi dan peratusan, beberapa analisis statistik seperti min, sisihan piawai dan analisis statistik lanjutan juga dapat dilajankan ke atas data-data yang dikumpul. Berdasarkan hal ini, skala ini dianggap mempunyai kuasa statistik yang lebih tinggi berbanding skala nominal dan ordinal.

SOALAN DALAM TEKS 3.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perbezaan

magnitud yang sama dalam skala interval? 2. Bentuk satu soalan soal selidik yang

menggunakan skala interval.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.2.4 Skala Nisbah (Ratio) Skala ini merupakan skala yang menpunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-skala nominal, ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan magnitud yang sama. Yang membezakan skala ini daripada skala-skala yang lain ialah ia mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Nilai 0 (sifar) mutlak yang dipunyai oleh skala interval bermaksud tidak mempunyai apa-apa nilai atau tiada apa-apa pengukuran untuk data yang diukur. Hal ini berbeza dengan skala interval yang tidak mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Oleh itu, sekiranya seseorang pengkaji melakukan eksperimen terhadap seekor monyet untuk menentukan berapa kali monyet tersebut melompat apabila ditunjukkan pisang, jumlah lompatan yang dilakukan oleh monyet tersebut akan merupakan contoh skala ini. Dalam masa yang sama monyet tersebut juga mungkin tidak akan melompat langsung dan ini bermakna nilai 0

Sangat Tidak Puas Hati

Sangat Puas hati

Page 50: hkh

32

(sifar) akan dicatatkan. Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang mempunyai makna dalam konteks ini. Contoh-contoh lain untuk skala nisbah (ratio) adalah seperti berikut: Umur: ___________ Pendapatan: ___________ Berapakah berat anda: ___________ Bilangan anak: ___________ Nyatakan bilangan anak anda untuk setiap kategori berikut: Bawah 2 Tahun ___________ 3 hingga 6 Tahun ___________ 7 hingga 12 Tahun ___________ Lebih 12 Tahun ___________ Seperti skala interval, skala nisbah (ratio) merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik yang tinggi dan data-data yang diperolehi menggunakan skala ini berupaya dianalisis menggunakan analisis statistik lanjutan.

SOALAN DALAM TEKS 3.4

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan nilai 0

(sifar) yang mutlak dalam skala nisbah (ratio). 2. Berikan satu contoh mudah soalan dalam soal

selidik yang menggunakan skala nisbah (ratio).

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 KEPENTINGAN SKALA PENGUKURAN i) Skala atau tahap pengukuran akan menjadi panduan kepada

pengkaji untuk mengenal pasti jenis pembolehubah yang akan digunakan sama ada pembolehubah bebas, terikat dan sebagainya.

Page 51: hkh

33

ii) Skala pengukuran akan menjadi panduan kepada bentuk alat/instrumen/soal selidik yang akan digunakan. Sebelum membentuk soal selidik yang diingini, pengkaji biasanya akan menentukan jenis skala yang akan digunakan bagi disesuaikan dengan analisis dan hipotesis yang akan diuji.

iii) Skala pengukuran adalah penting untuk memahami dengan lebih

mendalam akan hipotesis yang dibentuk. Skala yang sesuai akan memudahkan hipotesis dibentuk.

iv) Analisis statistik yang sesuai (deskriptif atau inferensi) akan dapat

ditentukan apabila skala pengukuran telah dikenal pasti. Jenis analisis statistik yang akan digunakan oleh pengkaji di dalam kajiannya, sama ada berbentuk deskriptif atau inferensi, bergantung kepada jenis pembolehubah yang digunakan serta cara ia diukur.

3.4 KESIMPULAN Keempat-empat skala yang boleh digunakan untuk mengukur pembolehubah ialah skala nominal, ordinal, interval dan ratio. Tiap-tiap skala ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya di antara satu dengan yang lain. Skala nominal merupakan skala yang paling asas dalam mengklasifikasikan data kepada kategori atau kelompok yang tertentu. Skala ordinal pula merupakan skala yang berbentuk urutan atau pangkatan yang melabelkan data mengikut urutan tinggi atau rendah dari segi nilai. Skala ini bukan sahaja mengklasifikasikan data kepada kumpulan atau kelompok yang tertentu malah memberikan perbezaan magnitud di antara setiap nilai. Cuma perbezaan magnitud di antara setiap nilai tadi tidak diketahui atau tidak tetap. Skala interval pula mempunyai kesemua sifat atau ciri skala nominal dan ordinal iaitu mempunyai kategori yang tertentu, ada urutan atau pangkat dan juga mempunyai perbezaan magnitud. Yang membezakannya ialah perbezaan magnitud di antara setiap nilai itu adalah sama dan tidak mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Skala nisbah (ratio) pula mempunyai kesemua sifat atau ciri ketiga-tiga skala tadi tetapi ia mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Penting bagi anda untuk mengenal pasti skala-skala tertentu yang akan digunakan dalam penyelidikan agar skala-skala yang sesuai dapat digunakan untuk pembolehubah yang sesuai. Hal ini akan memudahkan proses analisis data yang akan anda lakukan kelak.

Page 52: hkh

34

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang anda faham mengenai pengukuran? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan tidak ada ciri-ciri lebih baik atau

lebih buruk dalam skala nominal? 3. Kenapakah perlunya skala pengukuran dalam penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. Skala nominal merupakan klasifikasi data yang paling asas dan

mudah. Ia juga dikenali sebagai ‘data kategori’. Dalam skala nominal, data-data akan dikelompokan kepada beberapa kategori atau kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri yang lebih baik atau lebih buruk untuk setiap kumpulan. Kategori atau kumpulan tadi hanya membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan tidak mempunyai nilai intrinsik.

2. Contoh maklumat yang boleh diperolehi melalui penggunaan

skala nominal ialah maklumat mengenai taraf perkahwinan dalam sesuatu soal selidik.

Tandakan di mana yang berkaitan.

Taraf Perkahwinan: Belum Kahwin _________

Berkahwin _________ Duda/Janda _________

SDT 3.2 1. Ciri-ciri utama yang terdapat dalam skala ordinal ialah ia

menunjukkan urutan atau pangkat sesuatu maklumat selain dari mengkategorikan pembolehubah kepada beberapa kategori untuk membezakannya antara satu sama lain. Ia juga mempunyai perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi.

Page 53: hkh

35

Tetapi jumlah atau jarak perbezaan magnitud di antara setiap nilai tidak diketahui atau tidak tetap.

2. Contoh soalan dalam soal selidik yang menggunakan skala

ordinal ialah pangkat dalam tentera.

Contoh: Sila tandakan pangkat anda sekarang:

Leftenan _________ Kapten _________ Mejar _________ Lt. Kolonel _________ Kolonel _________

SDT 3.3

1. Perbezaan magnitud yang sama dalam skala interval bermaksud

jarak di antara setiap nilai yang diberikan adalah serupa di antara satu sama lain. Sebagai contoh, perbezaan antara suhu 20 Celsius dengan suhu 30 Celsius serta suhu 50 Celsius dan 60 Celsius adalah sama iaitu sebanyak 10 Celsius. Begitu juga dalam contoh skala Likert, jarak antara nilai skor 1 = Sangat Tidak Setuju dan nilai skor 2 = Tidak Setuju serta nilai skor 4 = Setuju dan nilai skor 5 = Sangat Setuju adalah sama.

2. Contoh soalan dalam soal selidik untuk skala interval ialah seperti

berikut:

Tandakan kenyataan di bawah mengikut darjah persetujuan anda. Saya gemar membaca buku sebelum tidur 1 2 3 4 5 Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

SDT 3.4

1. Nilai 0 (sifar) yang mutlak dalam skala nisbah (ratio) bermaksud

tidak mempunyai apa-apa nilai atau tiada apa-apa pengukuran yang dicatatkan. Sebagi contoh, sekiranya seorang pengkaji melakukan eksperimen terhadap seekor monyet untuk menentukan berapa kali monyet tersebut melompat apabila ditunjukkan pisang, jumlah

Sangat Tidak Setuju

Sangat Setuju

Page 54: hkh

36

lompatan yang dilakukan oleh monyet tersebut akan merupakan contoh pengukuran skala ini. Dalam masa yang sama monyet tersebut juga mungkin tidak akan melompat langsung dan ini bermakna nilai 0 (sifar) akan dicatatkan. Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang mempunyai makna dalam konteks ini.

2. Contoh soalan yang menggunakan skala nisbah (ratio) ialah seperti

di bawah:

Berapakah kalikan anda telah dimarahi oleh majikan anda berkenaan perkara-perka berikut: Datang lambat kepejabat _______________ Tidak menyiapkan kerja _______________ Bergaduh dengan rakan _______________

Merosakkan alatan pejabat _______________

Page 55: hkh

37

BAB 4

PERSAMPELAN

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami konsep-konsep penting dalam persampelan. 2. Menerangkan kegunaan persampelan dalam penyelidikan. 3. Mengenal pasti jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan

persampelan bukan kebarangkalian. 4. Mengetahui cara untuk menentukan saiz sampel.

4.1 PENGENALAN Setelah memahami jenis-jenis skala pengukuran dalam bab yang lepas, anda perlu memutuskan siapa yang perlu dilibatkan sebagai responden supaya maklumat dapat diperolehi daripada mereka. Cara untuk memilih sampel merupakan proses yang perlu dikenal pasti dengan teliti supaya kajian yang dilakukan itu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel mungkin boleh merupakan unit/objek/ elemen/responden atau apa-apa sahaja yang menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data untuk menjawab objektif dan permasalahan kajian anda. Memandangkan kebanyakan daripada kajian dalam bidang sains sosial melibatkan manusia, persampelan selalunya merujuk kepada siapa yang patut dipilih sebagai sampel atau responden kajian dan cara untuk membuat pemilihan. Adalah mustahil untuk mendapatkan data pengukuran bagi semua unit/objek/elemen/responden yang menjadi bahan kajian anda. Contohnya, jika anda ingin melakukan kajian mengenai persepsi masyarakat Malaysia terhadap wawasan 2020, anda tidak mungkin dapat menjadikan seluruh rakyat Malaysia sebagai responden disebabkan oleh jumlah yang terlibat terlalu ramai, tidak terkawal dan masalah-masalah lain seperti kos dan sebagainya. Justeru itu, anda perlu menggunakan stategi tertentu bagi mendapatkan responden yang sesuai dengan kajian yang ingin dilakukan. Saya akan memberikan penerangan dan membincangkan strategi persampelan yang boleh digunakan bagi mendapatkan sampel atau responden untuk kajian di dalam bab ini.

Page 56: hkh

38

4.2 KONSEP-KONSEP PENTING Terdapat beberapa konsep penting dalam bab ini yang perlu anda fahami bagi memudahkan perbincangan mengenai persampelan. Antara konsep-konsep penting itu ialah: 4.2.1 Populasi Populasi merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkaji. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjalankan kajian tentang persepsi masyarakat Malaysia terhadap wawasan 2020 maka populasi kajian adalah seluruh masyarakat Malaysia. Sekiranya kajian yang dijalankan ingin melihat kesan kenaikan gaji terhadap kakitangan sektor awam di Kedah pula, maka polulasi anda ialah seluruh kakitangan awam yang berkhidmat di negeri Kedah. Dari segi teori, konsep populasi sebenarnya merangkumi jumlah keseluruhan unit/ objek /elemen/ responden. 4.2.2 Sampel Sampel merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian. Ia mengandungi unit/ objek/ elemen/ responden yang telah dipilih daripada keseluruhan populasi. Ini disebabkan tidak semua unit/ objek/ elemen/ responden dalam populasi berupaya dipilih sebagai sampel. Dengan kata lain, sampel terdiri daripada unit/ objek/ elemen/ responden yang merupakan pengambilan mana-mana bahagian daripada populasi untuk mewakili populasi terbabit dengan menggunakan teknik dan strategi tertentu. Dengan mengkaji sampel, pengkaji akan dapat membuat kesimpulan mengenai kajian yang dilakukan dan kesimpulan ini akan digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sebagai contoh, sekiranya jumlah populasi bagi kajian anda ialah seramai 10,000 orang, jumlah sampel yang akan diambil mungkin hanya seramai 3,000 orang. 4.2.3 Persampelan Disebabkan kesukaran untuk menjadikan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian, jumlah sampel yang sesuai perlulah dipilih dengan menggunakan teknik yang tertentu dan berkesan supaya tidak timbul bias atau berat sebelah dalam pemilihan. Persampelan adalah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri daripada unit/ objek/ elemen/ responden dari satu populasi yang dikenal pasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.

Page 57: hkh

39

4.2.4 Kerangka Populasi Apabila disebut populasi, biasanya pengkaji akn memikirkan jumlah keseluruhan responden yang boleh dijadikan rangka untuk pemilihan sampel dengan menggunakan teknik persampelan yang tertentu. Namun begitu, adalah agak sukar untuk mendapatkan senarai penuh populasi kerana kekangan-kekangan yang tertentu seperti maklumat yang tidak lengkap, tidak kedapatan, tidak di ‘up-date’ dan sebagainya. Justeru itu, pengkaji perlu mendapatkan senarai populasi dengan cara yang lebih praktikal iaitu dengan merujuk kepada senarai yang sedia ada walaupun mungkin senarai itu tidaklah selengkap senarai yang sepatutnya. Dengan kata lain, kerangka populasi merupakan senarai maklumat penyh lengkap yang boleh diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih. Contoh yang boleh diberikan dalam hal ini ialah sekiranya pengkaji ingin menjalankan kajian mengenai sikap terhadap pembangunan oleh penduduk kampung A adalah seramai 12,345 orang. Bagaimanapun, senarai lengkap sedia ada yang merangkumi nama serta alamat penduduk kampung tersebut menunjukkan bahawa jumlah penduduk hanya seramai 11,967. Oleh itu, jumlah 11,967 akan menjadi kerangka populasi kerana jumlah ini merupakan jumlah yang boleh digunakan secara praktikal.

SOALAN DALAM TEKS 4.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan populasi? 2. Nyatakan perbezaan di antara sampel dan

persampelan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.3 KEPENTINGAN PERSAMPELAN DALAM PENYELIDIKAN Ada dua sebab persampelan merupakan sesuatu yang penting dalam penyelidikan. i) Untuk membolehkan pengkaji memilih sampel yang bersesuaian

dari satu populasi yang besar. Pengkaji tidak mungkin dapat mengambil keseluruhan populasi sebagai responden kerana jumlah populasi selalunya terlalu besar. Oleh itu, sampel yang sesuai perlulah dipilih dengan teliti supaya mereka dapat mewakili

Page 58: hkh

40

populasi sebenar dan bagi mengelakkan bias dalam pemilihan. Ini bagi membolehkan inferensi atau generalisasi dilakukan ke atas populasi berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi.

ii) Untuk menyesuaikan dengan kos dan masa kajian. Setiap

penyelidikan yang dilakukan mempunyai had masa dan kos yang tertentu. Pengkaji perlulah juga merasionalkan pemilihan sampel berdasarkan kedua-dua perkara ini agar jumlah sampel yang bersesuaian dapat dipilih dalam masa yang ditetapkan dengan kos yang sedia ada dan munasabah.

4.4 CARA MENGENAL PASTI SAMPEL Persoalan mengenal pasti sampel dalam kajian mempunyai pertalian yang rapat dengan objektif dan perspektif kajian yang akan dijalankan. Justeru itu, sebelum menjalankan kajian, anda perlulah: i) Mendifinisikan populasi serta mendapatkan maklumat mengenai

kerangka populasi. ii) Mengenal pasti dengan teliti maklumat yang ingin diperolehi

berdasarkan objektif dan permasalahan kajian. Objektif kajian perlulah jelas dan difahami oleh pengkaji supaya keputusan kajian dapat menjawab objektif berdasarkan sampel yang dipilih.

iii) Menggunakan kaedah persampelan yang sesuai dengan populasi

yang ada. iv) Memastikan kesesuaian instrumen kajian/soal selidik/alat ujian

yang dibentuk dan boleh digunakan ke atas sampel. 4.5 BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN Terdapat dua bentuk atau jenis persampelan yang biasa digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan sesuatu kajian iaitu persampelan kebarangkalian (probability sampling) dan persampelan bukan kebarangkalian (non-probability sampling). 4.5.1 Persampelan Kebarangkalian Persampelan kebarangkalian merujuk kepada andaian bahawa setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Justeru itu, keputusan atau hasil yang diperolehi boleh digeneralisasikan dengan lebih yakin ke atas populasi. Terdapat beberapa kaedah atau teknik persampelan bukan kebarangkalian.

Page 59: hkh

41

a. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling) Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/ objek/ elemen/ responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang bias pemilihan. Oleh itu setiap unit/objek/elemen/responden perlulah diberikan peluang untuk pilihan. Cara ini dikatakan mempunyai ciri-ciri efektif dan praktikal bagi memilih sampel dan dapat mengelakkan bias serta mempunyai kekuatan generalisasi yang tinggi. Kaedah ini memerlukan pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara rawak. Sebagai contoh, sekiranya populasi untuk sesuatu kajian yang akan dilakukan ialah 1000 orang dan pengkaji ingin mendapatkan 100 sampel berdaarkan pengiraan saiz sampel, senarai nama setiap orang akan dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan kemudian akan dipilih atau dibuat cabutan seratus nama dari kotak berkenaan secara rawak. Kaedah ini membolehkan setiap nama dalam populasi dipilih secara adil. Ia seolah-olah menggunakan mekanisme pemilihan seperti yang dapat dilihat dalam acara mencari pemenang untuk cabutan bertuah. Dengan cara ini, nama yang terpilih akan menjadi sampel kajian. Bagaimanapun, sekiranya jumlah populasi dari kerangka populasi adalah terlalu ramai, agak mustahil untuk menggunakan cara yang dinyatakan di atas. Satu cara lain yang boleh digunakan ialah dengan memasukkan kesemua nama ke dalam komputer dan mengarahkan komputer untuk memilih secara rawak jumlah sampel yang dikehendaki. b. Persampelan Sistematik (Systematic Sampling) Persampelan bersistematik menetapkan cara yang lebih mudah untuk mendapat atau memilih sampel. Berdasarkan kerangka populasi, reka bentuk kaedah ini melibatkan pemilihan sampel berdasarkan setiap ‘nth’ atau urutan nombor yang tertentu. Pemilihan setiap ‘nth’ akan dilakukan oleh pengkaji mengikut jumlah sampel yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, yang dimaksudkan dengan pemilihan setiap ‘nth’ boleh dirujuk dalam contoh berikut. Sekiranya terdapat seramai 1000 orang dalam populasi dan sampel yang hendak dipilih ialah seramai 100 orang, maka ‘nth’ yang dipilih perlulah berdasarkan nisbah sampel (sampling ratio). Dalam contoh di atas, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000). Oleh itu, bagi setiap 10 orang dalam senarai nama responden, seorang akan dipilih sebagai sampel. Untuk itu, pengkaji mungkin akan memilih secara rawak dahulu satu nombor dari 1 hingga 10. Mungkin nombor yang akan diperolehi ialah 7. Maka bermula dari senarai nama nombor 7,

Page 60: hkh

42

pemilihan seterusnya akan dibuat bagi setiap 10 nama iaitu 7,17,27,37,47,57 dan seterusnya hinggalah jumlah 100 orang sampel diperolehi. Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya terdapat senarai lengkap untuk populasi. Merujuk kepada contoh di atas, senarai nama 1000 orang perlulah diperolehi. Kaedah ini merupakan kaedah yang efisien tetapi pengkaji perlu berhati-hati kerana ada kalanya terdapat juga unsur-unsur bias. Sebagai contoh, sekiranya kerangka populasi adalah senarai nama dalam buku panduan telefon dan pengkaji menggunakan buku tersebut sebagai kerangka populasi untuk penduduk setempat, persoalan bias yang timbul ialah bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai telefon atau tidak mendaftarkan nama dalam buku panduan telefon. Tentulah nama mereka tidak akan tersenarai. Jadi kerangka populasi melalui buku panduan telefon tadi tentulah tidak tepat. c. Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified Random

Sampling) Ada ketikanya pengkaji perlu menjawab permasalahan kajian yang memerlukan pemilihan responden dalam kelompok atau strata tertentu yang mewakili populasi kajian. Perkara ini dilakukan sekiranya diandaikan wujud perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata yang berlainan. Mungkin pengkaji ingin melihat perbezaan di kalangan jantina yang berlainan ataupun bangsa yang berlainan dalam mengkaji sesuatu isu. Oleh itu, penggunaan kaedah teknik persampelan rawak mudah atau persampelan sistematik mungkin kurang sesuai kerana ia tidak dapat mewakili keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji. Satu cara bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstratifikasi. Kaedah atau teknik ini digunakan apabila terdpat kumpulan-kumpulan pembolehubah yang bermakna yang membolehkan pengkaji membuat perbandingan. Ia melibatkan proses membahagikan populasi kepada kumpulan, kelompok atau strata yang tertentu bagi membolehkan sebarang perbandingan mengenai isu-isu kajian dilakukan. Melalui kaedah ini, pengkaji boleh membahagikan populasi kepada beberapa strata atau kumpulan yang tertentu yang menjadi minat kajian. Ahli dalam setiap strata mempunyai sifat yang seragam tetapi berbeza antara strata (jantina, bangsa, taraf perkahwinan, agama dan sebagainya). Sebagai contoh, jika sampel yang diambil adalah seramai 200 orang dan pengkaji ingin melihat perbezaan jantina, maka jumlah sampel yang akan cuba diperolehi melalui kaedah ini ialah seramai 50 lelaki dan 50 perempuan dengan menggunakan kaedah rawak mudah atau sistematik.

Page 61: hkh

43

Selain daripada menggunakan kaedah ini dengan cara di atas, terdapat beberapa pilihan lain oleh pengkaji dalam persampelan ini iaitu dengan menggunakan sama ada persampelan rawak berstratifikasi bernisbah (Proportional Stratified Random Sampling) ataupun persampelan rawak berstratifikasi tidak bernisbah (Disproportional Stratified Random Sampling). i) Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah (Proportional

Stratified Random Sampling) Untuk menggunakan kaedah ini pengkaji harus menentukan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan kepada jumlah populasi. Katakan jumlah populasi adalah seramai 1000 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar yang menuntut di sebuah institut. Dari jumlah ini, terdapat empat strata pelajar. Seramai 350 orang merupakan pelajar jurusan sastera, 250 pelajar jurusan sains, 300 pelajar jurusan pertanian dan 100 pelajar jurusan kejuruteraan. Ini bermakna sebanyak 35 peratus dari keseluruhan populasi merupakan pelajar jurusan sastera, 25 peratus dari jurusan sains, 30 peratus dari jurusan pertanian manakala 10 peratus dari jurusan kejuruteraan. Pengkaji telah menetapkan seramai 200 orang sampel sahaja akan diambil. Nisbah sampel (sampling ratio) dengan populasi yang dapat diperhatikan ialah sebanyak 1 : 5. Melalui kaedah ini, pemilihan sampel adalah berdasarkan kadar jumlah yang akan dipilih sebagai sampel dengan jumlah keseluruhan pelajar dalam jurusan tertentu. Berdasarkan nisbah tersebut, jumlah sampel yang akan dipilih dari populasi ialah seramai 70 orang orang dari jurusan kejuruteraan dengan menggunakan kaedah rawak mudah atau bersistematik (Rajah 4.1). ii) Persampelan Rawak Berstratifikasi Tidak Bernisbah

(Disproportional Stratified Random Sampling) Persampelan rawak berstratifikasi bernisbah kadangkala menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata itu terlalu kecil. Ini disebabkan pemilihan sampel dibuat berdasarkan nisbah yang sama untuk semua strata. Dalam contoh persampelan rawak berstratifikasi bernisbah sebelum ini, jumlah sampel untuk pelajar jurusan kejuruteraan hanyalah seramai 20 orang. Ini mungkin tidak memadai untuk membolehkan analisis statistik yang berkesan dijalankan. Untuk mengelakkan hal ini, persampelan rawak berstratifikasi tidak bernisbah boleh digunakan. Persempelan jenis ini dilakukan sekiranya pengkaji lebih berminat melihat perbezaan antara strata. Ianya dilakukan melalui proses yang sama seperti persampelan rawak berstratifikasi bernisbah. Cuma nisbah sampel yang digunakan agak sedikit berbeza.

Page 62: hkh

44

Untuk memilih sampel seramai 200 orang dari populasi seramai 1000 orang, jumlah sampel bagi tiap-tiap kumpulan jurusan pelajar atau strata pelajar boleh disamakan bagi mendapatkan jumlah yang seimbang (supaya perbandingan optimal boleh dilakukan melalui jumlah yang sama dalam setiap kumpulan atau strata jurusan pelajar). Justeru itu, seramai 50 orang pelajar akan dipilih bagi setiap jurusan iaitu 50 orang pelajar bagi setiap jurusan sastera (1 : 7), sains (1 : 5), pertanian (1 : 6) dan kejuruteraan (1 : 2) menjadikan jumlahnya seramai 200 orang (Rajah 4.2). Cara pemilihan bolehlah melalui kaedah rawak mudah ataupun bersistematik.

Rajah 4.1 Rajah Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah

n=350Sastera

n=250Sains

n=300Pertanian

n=100Jurutera

n=70Sastera

n=50Sains

n=60Pertanian

n=20Jurutera

Page 63: hkh

45

Rajah 4.2 Rajah Persampelan Rawak Berstratifikasi Tidak Bernisbah

d. Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster

Sampling) Ada kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji mengambil sampel yang besar seperti kajian untuk sebuah negeri ataupun negara mahupun populasi yang besar. Dalam hal ini, kadangkala senarai kerangka populasi yang lengkap tidak dapat diperolehi menjadi pengguna kaedah persampelan lain mungkin tidak begitu efektif. Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah persampelan rumpun pelbagai tahap. Proses persampelan rumpun pelbagai tahap sebenarnya melibatkan proses persampelan pada tahap-tahap yang berlainan. Kaedah yang digunakan ini memerlukan pengkaji menbuat perancangan dalam memilih sampel akhir yang akan digunakan. Ini bermakna dalam usaha mendapatkan sampel akhir tersebut, beberapa tahap pemilih

n=350Sastera

n=250Sains

n=300Pertanian

n=100Jurutera

n=50Sastera

n=50Sains

n=50Pertanian

n=50Jurutera

Page 64: hkh

46

sampel awal akan dilakukan secara pemilihan rumpun. Rumpun di sini merujuk kepada entiti yang boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau organisasi yang melibatkan unit-unit heterogeneous (pelbagai). Katakan seorang pengkaji ingin mengkaji tahap pembelajaran pelajaran sekolah menengah di Malaysia. Tahap awal yang perlu dilakukan oleh pengkaji ialah merumpunkan sekolah-sekolah menengah yang terdapat di Malaysia mengikut negeri-negeri. Pemilihan secara rawak boleh dilakukan mengikut negeri. Selepas itu tahap selanjutnya akan melibatkan pemilihan mengikut daerah, mukim malah untuk kategori bandar dan luar bandar juga. Tahap-tahap selanjutnya akan menyusul seperti pemilihan mengikut kelas hingga akhirnya ke peringkat sampel akhir dipilih. Proses persampelan ini melibatkan beberapa tahap bergantung kepada populasi yang ingin dikaji. Namun sekali lagi asas bagi persampelan ini ialah setiap sekolah mahupun setiap pelajar harus mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

SOALAN DALAM TEKS 4.2

1. Bagaimanakah anda akan melakukan persampelan

sistematik? 2. Apakah yang membezakan persampelan rawak

berstratifikasi bernisbah dengan persampelan rawak berstratifikasi tidak bernisbah?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.5.2 Persampelan Bukan Kebarangkalian Dalam persampelan bukan kebarangkalian, unit/objek/elemen/ responden tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Ini bermakna peraturan yang terpakai dalam kaedah persampelan kebarangkalian tidak digunakan dalam persampelan bukan kebarangkalian. Walaupun kebanyakan daripada analisis statistik memerlukan sampel yang diambil itu sampel kebarangkalian, dalam hal-hal tertentu persampelan bukan kebarangkalian merupakan satu-satunya kaedah terbaik yang dapat dilakukan. Sampel dari populasi yang berbentuk homogeneous mungkin lebih sesuai menggunakan kaedah ini. Persampelan bukan kebarangkalian bukanlah satu kaedah yang lemah kerana ada ciri-ciri tertentu dalam kajian yang memerlukan persampelan

Page 65: hkh

47

jenis ini dilakukan malah dilihat lebih sesuai untuk digunakan. Terdapat beberapa jenis atau kaedah persampelan bukan kebarangkaian seperti berikut: a. Persampelan mudah (Convenience/Accidental Sampling) Ini merupakan kaedah persampelan bukan kebarangkalian yang paling mudah. Sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian. Ini juga merupakan bentuk persampelan bukan kebarangkalian yang maklumat atau data untuk kajian dikumpulkan dari ahli-ahli dalam populasi melalui cara yang dirasakan senang dan mudah oleh pengkaji. Persampelan mudah selalunya digunakan dalam fasa penerokaan sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain. Kemungkinan pengkaji perlu mendapatkan sampel segera atas sesuatu isu yang baru berlaku. Oleh itu pengkaji akan mendapatkan sampel di tempat yang diketahui mempunyai ramai responden yang akan membantu memberikan maklumat yang diperlukan. Kaedah ini adalah satu kaedah persampelan bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan. b. Persampelan bertujuan (Purposive Sampling) Di samping mendapatkan sampel secara teknik mudah, persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian. Sebagaimana persampelan mudah, kaedah ini tidak merujuk kepada sesuatu perwakilan formal tetapi lebih merujuk kepada kesesuaian melalui ciri atau kriteria yang perlu ada pada sampel. Sampel yang akan dipilih tidak dihadkan lokasinya asalkan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian. Katakan pengkaji hendak mencari sampel yang mempunyai pengalaman dalam temuduga kerja di kalangan pelajar-pelajar universiti. Dengan menggunakan kaedah persampelan mudah, yang perlu dilakukan ialah pengkaji akan bertanyakan kepada sampel dalam populasi yang ditemui sama ada mereka pernah menghadiri temuduga kerja atau tidak. Sekiranya mereka pernah menghadiri temuduga kerja, pengkaji akan mendapatkan kebenaran mereka untuk menjalankan kajian dan menjadikan mereka sebagai sampel. Jika sampel tadi tidak pernah menghadiri temuduga kerja, pengkaji akan mencari sampel lain yang bersesuaian. Kesimpulannya, persampelan bertujuan memerlukan

Page 66: hkh

48

pengkaji mengenal pasti sama ada kriteria atau ciri yang dikehendaki ada pada sampel sebelum mereka dipilih sebagai responden. c. Persampelan Kuota (Quota Sampling) Persampelan kuota kadangkala disalahtafsirkan sebagai persampelan rawak berstratifikasi. Ini adalah kerana kedua-dua kaedah ini menggunakan strategi memilih jumlah sampel berdasarkan kuota dari strata atau kumpulan tertentu. Walau bagaimanapun, persampelan kuota sebenarnya hanya menerapkan konsep stratifikasi dalam pemilihan sampel. Perbezaannya dengan persampelan rawak berstratifikasi ialah proses pemilihan persampelan kuota adalah tidak rawak tetapi dilakukan secara persampelan mudah tanpa kebarangkalian. Dengan menggunakan persampelan mudah iaitu menemui sesiapa sahaja dalam populasi, pengkaji menetapkan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan pembahagian ciri-ciri sampel mengikut strata, kolopok atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya populasi kajian adalah seramai 500 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu 300 Melayu (60%), 150 Cina (30%) dan 50 India (10%) dan sampel yang diperlukan ialah seramai 100 orang maka jumlah sampel bagi setiap bangsa akan dipilih mengikut kuota peratus yang telah sedia ada. Jumlah sampel Melayu akan menjadi 60 orang, Cina 30 orang dan India 10 orang. Cuma cara mendapatkan sampel adalah melalui persampelan mudah tanpa ciri-ciri rawak sebagai memenuhi kuota yang ditetapkan. Persampelan jenis ini di anggap penting apabila terdapat kesukaran bagi mendapatkan sampel minoriti dalam populasi yang memerlukan perseimbangan dalam pemilihan sampel. d. Persampelan Bola Salji (Snowball Sampling) kadangkala amat sukar untuk mendapatkan sampel dari populasi walaupun kita ingin menggunakan persampelan bukan kebarangkalian dalam bentuk persampelan mudah sekalipun. Ini adalah kerana kajian yang dilakukan memerlukan sampel yang terdiri dari mereka yang agak sukar ditemui secara langsung. Contohnya, jika pengkaji ingin mendapatkan sampel yang terdiri daripada pelacur untuk dijalankan ujian HIV, agak mustahil dan sukar untuk mendapatkan jumlah yang sesuai kerana tidak ada kerangka populasi mengenai pelacur walaupun mungkin terdapat ramai pelacur. Persampelan bola salji bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang diberikan oleh sampel awal tadi. Ia seolah-olah seperti proses seketul bola salji kecil yang bergolek dari atas bukit dan menjadi besar bila sampai ke bawah.

Page 67: hkh

49

Dalam strategi persampelan ini pengkai akan cuba mendapatkan seorang pelacur yang bersetuju untuk menjadi sampel kajian. Melalui cara ini, pengkaji akan meminta bantuan pelacur tadi untuk memberitahu nama-nama rakan pelacur serta lokasi tempat mereka tinggal untuk membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat daripada mereka. Proses ini diulang-ulang kepada sampel yang ditemui sehinggalah jumlah yang dikehendaki dapat dicari. Dengan cara ini bilangan sampel akan bertembah mengikut keperluan kajian walaupun populasi sebenar tidak diketahui. Ia akan membantu pengkaji menjana jumlah sampel dengan cara yang agak efektif walaupun memerlukan kemahiran komunikasi bagi menimbulkan rasa percaya dikalangan sampel terhadap pengkaji.

SOALAN DALAM TEKS 4.3

1. Kenapakah persampelan mudah dikatakan kaedah

persampelan yang senang untuk dilakukan? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan persampelan

bertujuan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6 MENENTUKAN SAIZ SAMPEL setelah mengetahui kaedah persampelan yang terdiri daripada persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian, persoalan seterusnya ialah cara untuk menentukan saiz sampel. Saiz sampel yang terlalu besar akan menyukarkan pengkajian menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi manakala sampel yang terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan sampel dalam mewakili populasi. Cara yang tepat untuk menentukan saiz sampel adalah melalui penggunaan fomula matematik yang tertentu. Namun cara ini dianggap sukar dan menyulitkan disebabkan tidak semua pengkaji arif tentang fomula matematik tersebut. Sebagai panduan, terdapat beberapa perspektif lain yang boleh dijadikan asas oleh pengkaji. Antaranya ialah: i) Pertama, perlulah difahami bahawa jumlah sampel yang kecil

akan menyebabkan ralat piawai (standard error) yang tinggi.

Page 68: hkh

50

ii) Kedua, mengenai populasi tempat sampel diperolehi. Jika populasi tersebut merupakan populasi yang bersifat seragam (homogeneous) maka jumlah sampel yang kecil mungkin mencukupi. Sebaliknya jika populasi lebih bersifat tidak seragam (heterogeneous) maka tentulah jumlah sampel yang lebih besar diperlukan untuk menangani variasi dalam populasi.

iii) Ketiga, perlu difikirkan jenis analisis statistik yang akan

digunakan. Sekiranya jumlah pembolehubah yang digunakan tidak banyak dan analisis statistik yang digunakan agak mudah, jumlah sampel yang kecil adalah memadai. Sebaliknya, jika banyak pembolehubah yang dikaji dan analisis yang lebih kompleks dilakukan, jumlah sampel perlulah besar.

iv) Keempat, jika populasi agak besar, sampel yang kecil tetapi relatif

kepada nisbah populasi adalah mencukupi. Ini melibatkan nisbah sampel (sampling ratio). Misalnya, jika populasi adalah seramai 2,000 orang, secara umumnya nisbah sampel sebanyak 30 peratus adalah mencukupi. Untuk populasi melebihi 10,000 orang, nisbah sebanyak 10 peratus pula sudah memadai manakala untuk populasi melebihi 150,000 orang nisbah sebanyak satu peratus adalah diperlukan. Begitulah seterusnya dengan jumlah populasi yang makin besar, maka nisbah sampel seterusnya dengan jumlah populasi yang makin besar, maka nisbah sampel akan menjadi lebih kecil.

Selain daripada perspektif yang dibincangkan tadi, Krejcie dan Morgan (1970) telah memudahkan tugas menentukan saiz sampel dengan menyediakan jadual yang boleh menjadi panduan sesuatu kajian berdasarkan jumlah populasi yang tertentu (lihat jadual 4.1).

Jadual 4.1 Saiz Sampel Berdasarkan Jumlah Populasi

N S N S N S 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70

10 14 19 24 28 32 36 40 44 48 52 56 59

220 230 240 250 260 270 280 290 300 320 340 360 380

140 144 148 152 155 159 162 165 169 175 181 186 191

1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 2000 2200 2400 2600 2800

291 297 302 306 310 313 317 320 322 327 331 335 338

Page 69: hkh

51

(sambungan Jadual 4.1)

N S N S N S 75 80 85 90 95 100 110 120 130 140 150 160 170 180 190 200 210

63 66 70 73 76 80 86 92 97 103 108 113 118 123 127 132 136

400 420 440 460 480 500 550 600 650 700 750 800 850 900 950 1000 1100

196 201 205 210 214 217 226 234 242 248 254 260 265 269 274 278 285

3000 3500 4000 4500 5000 6000 7000 8000 9000 10000 15000 20000 30000 40000 50000 75000

1000000

341 346 351 354 357 361 364 367 368 370 375 377 379 380 381 382 384

N = Populasi S = Sampel

4.7 KESIMPULAN Apabila anda ingin menjalankan sesuatu kajian, soal pemilihan sampel menjadi agenda penting yang tidak boleh diabaikan. Konsep-konsep penting seperti populasi, sampel, persampelan dan kerangka populasi perlu difahami dengan jelas bagi memudahkan proses pemilihan sampel. Terdapat dua bentuk persampelan yang penting iaitu persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian. Persampelan kebarangkalian merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/objek/elemen/responden di dalam populasi perlulah mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel manakala persampelan bukan kebarangkalian menetapkan sebaliknya yakni pemilihan tidak dilakukan secara rawak dan peluang yang adil untuk menjadi sampel tidak wujud. Persampelan kebarangkalian mempunyai empat kaedah atau jenis iaitu persampelan rawak mudah, persampelan sistematik, persampelan rawak berstratifikasi dan persampelan rumpun pelbagai tahap. Persampelan bukan kebarangkalian pula terdiri dari persampelan mudah,persampelan bertujuan, persampelan kuota dan persampelan bola salji. Kesemua kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri dan dipilih berdasarkan ciri-ciri tertentu. Akhirnya bagi menentukan saiz sampel sesuatu kajian, anda perlu membuat pertimbangan berdasarkan perspektif tertentu atau menggunakan jadual yang telah disediakan oleh pakar-pakar penyelidikan.

Page 70: hkh

52

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan cara anda akan mengenal pasti sampel dalam kajian. 2. Berikan perbezaan di antara persampelan rawak berstratifikasi dan

persampelan kuota. 3. Bagaimanakah anda akan menggunakan kaedah persampelan bola

salji dalam kajian anda? 4. Terangkan asas perspektif yang boleh anda gunakan untuk

menentukan saiz sampel.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1

1. Populasi merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden

yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkajian. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjalankan kajian tentang persepsi masyarakat Malaysia terhadap wawasan 2020 maka populasi kajian adalah seluruh rakyat Malaysia. Jika kajian yang dijalankan ingin melihat kesan kenaikan gaji terhadap kakitangan sektor awam di Kedah, maka populasi anda ialah seluruh kakitangan awam yang berkhidmat di negeri Kedah. Dari segi teori, konsep populasi sebenarnya merangkumi jumlah keseluruhan unit/objek/elemen/responden.

2. Sampel merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang

dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian. Ia mengandungi unit/objek/elemen/responden yang telah dipilih dari keseluruhan populasi. Dengan kata lain, sampel terdiri dari unit/objek/elemen/responden yang merupakan pengambilan mana-mana bahagian dari populasi untuk mewakili populasi terbabit dengan menggunakan teknik dan strategi tertentu. Persampelan pula ialah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri dari unit/objek/elemen/responden dari satu populasi yang dikenalpasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.

Page 71: hkh

53

SDT 4.2 1. Persampelan bersistematik melibatkan pemilihan sampel

berdasarkan setiap ‘nth’ atau urutan nombor yang tertentu. Sekiranya terdapat 1000 orang dalam populasi dan sampel yang hendak dipilih ialah seramai 100 orang, maka ‘nth’ yang dipilih perlulah berdasarkan nisbah sampel. Untuk contoh di atas, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000). Bagi setiap 10 orang dalam senarai nama responden, seorang akan dipilih ebagai sampel. Pengkai akan memilih dahulu secara rawak satu nombor dari 1 hingga 10. mungkin nombor yang akan diperolehi ialah 7. Maka bermula dari senarai nama nombor 7, pemilihan seterusnya akan dibuat bagi setiap 10 nama iaitu 7, 17, 27, 37, 47, 57 dan seterusnya hingga jumlah seramai 100 sampel diperolehi.

2. Persampelan rawak berstratifikasi bernisbah adalah berdasarkan

kadar nisbah jumlah sampel kepada jumlah populasi bagi setiap kumpulan, kelompok atau strata manakala persampelan rawak berstratifikasi tidak bernisbah tidak bergantung kepada nisbah sampel. Ini bermakna jumlah sampel yang diambil adalah berdasarkan pertimbangan penyelidik merujuk kepada jumlah sampel yang diperlukan. Lemungkinan jumlah sampel adalah sama untuk setiap kumpulan, kelompok atau strata.

SDT 4.3

1. Kaedah persampelan mudah dikatakan suatu kaedah yang senang

dijalankan kerana sesiapa sahaja dalam populasi yang berkaitan boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak. Pemilihan sampel boleh dibuat di mana-mana sahaja tanpa mengira lokasi dan keadaan.

2. Persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat

dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian. Kaedah ini tidak merujuk kepada sesuatu perwakilan formal tetapi lebih merujuk kepada kesesuaian melalui ciri atau kriteria yang ditetapkan. Sampel yang dipilih tidak dihadkan lokasinya asalkan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian.

Page 72: hkh

54

Page 73: hkh

55

BAB 5

PROSES PENYELIDIKAN

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan permasalahan kajian. 2. Menerangkan faktor-faktor pemilihan reka bentuk kajian. 3. Menerangkan kepentingan ulasan karya. 4. Mengenal pasti variable atau pembolehubah kajian. 5. Menerangkan peranan teori dalam penyelidikan. 6. Menghuraikan tata cara penyelidikan cadangan penyelidikan.

5.1 PENGENALAN Proses penyelidikan merangkumi beberapa langkah tertentu yang harus dilakukan oleh pengkaji sebelum memulakan kajian. Langkah-langkah bekenaan meliputi mengenal pasti masalah kajian, memilih rekabentuk kajian, menyemak ulasan karya, mengenal pasti teori serta pembolehubah kajian dan menyediakan proposal kajian. 5.2 MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN Penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dirasai atau wujud di dalam sesebuah organisasi yang seterusnya membawa kepada kesedaran tentang perlunya masalah berkenaan diatasi. Misalnya, jika seseorang majikan memerhatikan tingkah laku kakitangan dalam organisasi beliau dan mendapati tahap produktiviti di kalangan kakitangan berkenaan mulai menurun, beliau boleh menyimpulkan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah berkenaan. Meskipun pemerhatian merupakan suatu sumber pengetahuan yang penting, ia juga mungkin akan menimbulkan salah tafsiran. Misalnya, majikan berkenaan mungkin tersalah tafsir dan menganggap kakitangan adalah malas walhal sebab yang sebenar mungkin masa rehat kakitangan kurang mencukupi, persekitaran yang tidak memberangsangkan dan sebagainya. Mungkin juga tahap produktiviti yang rendah tidak dialami oleh semua pekerja lantaran dalam masa yang sama sebahagian pekerja mempunyai tahap motivasi yang sama atau masih tinggi.

Page 74: hkh

56

Penyelidikan harus mengenal pasti antara masalah biasa dengan masalah penyelidikan. Hal ini kerana masalah biasa adalah merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian yang boleh diselesaikan tanpa memerlukan penyelidikan khusus. Namun begitu, masalah biasa boleh meningkatkan menjadi permasalahan yang memerlukan penyelesaian empirikal apabila tahap kompleksiti dan kritikal yang makin meningkat sehingga menjejaskan masyarakat atau operasi sesebuah organisasi. Asas-asas bagi menilai permasalahan yang perlu anda ketahui dalam konteks melakukan kajian secara empirikal adalah: i) Memenuhi kriteria penyelidikan saintifik iaitu masalah yang

dipilih haruslah jelas dan mempunyai pengukuran yang tepat ke atas konsep, objek atau gagasan yang membentuk masalah. Persoalan mengapa (why) pemerhatian harus dilakukan menimbulkan keperluan untuk kajian. Setelah mengambil kira pengalaman sendiri dan menyemak kajian-kajian yang lepas, pengkaji menyediakan suatu kenyataan yang formal berhubung dengan tujuan kajian seperti “apakah faktor-faktor yang menyebabkan penurunan tahap produktiviti di kalangan kakitangan sesebuah organisasi”. Gagasan seperti faktor-faktor dan penurunan tahap produktiviti boleh dikaji dengan tepat jelas.

ii) Kesesuaian masalah iaitu apabila penyelidikan harus

mempertimbangkan faktor-faktor seperti minat, kepakaran, kemampuan dan sebagainya yang berkaitan dengan diri penyelidik. Faktor-faktor seperti masa dan aspek-aspek kewangan juga harus diambil kira.

iii) Matlamat penyelidikan sama ada untuk membantu meningkatkan

pengetahuan di samping mengatasi masalah yang sedia ada menjadi satu daripada faktor yang harus diambil kira dalam mengenal pasti kepentingan sesuatu masalah untuk dikaji. Sekiranya permasalahan berkenaan tidak memberikan faedah, kajian tidak perlu dilakukan.

iv) Sumbangan terhadap pengetahuan berkaitan dengan bidang yang

sedia ada juga harus diambil kira. Sumbangan penyelidik dalam menghasilkan pengetahuan berkaitan dengan bidang yang dikaji dapat memantapkan lagi aspek-aspek seperti kajian-kajian lepas, teori dan sebagainya. Hal ini semestinya dapat memperkembangkan lagi pengetahuan tentang bidang berkenaan.

Page 75: hkh

57

Beberapa aspek harus dikenal pasti oleh pengkaji dalam konteks menyatakan aspek-aspek pernyataan masalah bagi kajian beliau. Pertamanya, pernyataan masalah mestilah tepat dan jelas bagi membolehkan kajian berkenaan dijalankan dan difahami. Sesuatu permasalahan yang mencukupi skop yang terlalu luas atau besar akan menyebabkan objektif kajian menjadi kurang jelas, dan membawa kepada kaedah, analisis dan tafsiran yang kurang sesuai. Kedua, pernyataan masalah juga haruslah menunjukkan kepada jenis keadaan dan faktor-faktor yang harus dicerap dan diukur. Hal ini bererti permasalahan berkenaan haruslah jelas dari segi istilah dan gagasan yang digunakan. Istilah atau gagasan yang digunakan dinyatakan dalam dua bentuk iaitu definisi konstitutif dan definisi operasi. Ketiga, penyelidik harus memikirkan sama ada masalah berkenaan menarik bagi tujuan minat pengkaji serta pembaca atau pihak pembiaya. Keempat, penyelidik juga harus memikirkan sama ada masalah yang hendak dikaji adalah masalah baru atau sesuatu fenomena yang baru. Hal ini kerana penyelidikan berkenaan tidak banyak dilakukan. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dapat menyumbang kepada kajian-kajian awal berkaitan dengan fenomena yang baru. Kelima, adakah terdapat kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan penyelidikan tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan menyemak kajian-kajian yang telah dijalankan dan disiarkan di dalam jurnal-jurnal, buku atau prosiding seminar. Bagi mendapatkan tajuk penyelidikan yang lebih tepat, penyelidik perlulah mendapat pengetahuan penuh mengenai masalah yang dikaji. Hal ini boleh dilakukan melalui pembacaan, pengalaman penyelidik dan perbincangan. Dengan memecahkan tajuk kepada persoalan-persoalan kecil juga dapat membantu pemilihan tajuk yang lebih tepat dan mengenal pasti aspek-aspek yang penting untuk dikaji secara menyeluruh. 5.3 MEMILIH REKABENTUK KAJIAN (KUANTITATIF

DAN KUALITATIF) Kajian kuantitatif merupakan kajian yang hasilnya dilaporkan dalam bentuk kuantiti atau nombor iaitu statistik, kajian kualitatif pula ialah kajian yang hasilnya dilaporkan dalam bentuk arah aliran atau tema-tema yang diperihalkan dalam ayat/perkataan. Wujud beberapa prinsip asas yang membezakan antara kajian kuantitatif dan kualitatif. Prinsip-prinsip berkenaan termasuklah:

Page 76: hkh

58

a) Perbezaan pendekatan: Kajian kuantitatif menggunakan pendekatan deduktif untuk merancang kajian pengkaji membuat kesimpulan daripada kajian-kajian lepas bagi kemungkinan-kemungkinan mewujudkan hipotesis yang akan diuji di dalam kajian. Kajian kualitatif pula melibatkan penggunaan kaedah induktif bagi merancang kajian.

b) Alat: Apabila menetapkan tentang instrumen yang akan

digunakan, pengkaji kuantitatif akan menekankan kepada alat yang boleh menghasilkan data yang kemuduannya boleh ditukarkan dengan cepat kepada nombor seperti soalan-soalan berstruktur atau temu bual dengan format objektif seperti pilihan jawapan. Sementara itu, pengkaji kualitatif pula menekankan kepada instrumen atau alat yang boleh menghasilkan perkataan seperti temu bual berstruktur, pemerhatian dan lain-lain.

c) Subjek: Dari segi subjek atau responden kajian, pengkaji

kuantitatif lebih cederung untuk memilih sampel bersaiz besar, lantaran perbelanjaan dan masa yang terhad. Manakala pengkaji kualitatif pula lebih cenderung untuk memilih sampel yang bersaiz kecil.

d) Masa: Apabila menjalankan kajian, pengkaji kuantitatif

menghabiskan masa yang sedikit untuk berinteraksi dengan responden kerana keadaan instrumen yang digunakan tidak memerlukan beliau menghabiskan masa yang panjang. Manakala pengkaji kualitatif akan menggunakan masa yang agak panjang untuk menemubual dan menjalankan pemerhatian.

e) Penyesuaian alat: Semasa berada di lapangan, pengkaji

kuantitatif jarang melakukan pindaan terhadap alat yang digunakan manakala pengkaji kualitatif akan berfikiran terbuka terhadap kemungkinan mengubah suai alat yang digunakan seperti mengubah suai soalan atau menambah soalan berdasarkan kepada maklum balas awal yang diterima daripada responden.

f) Laporan: Pengkaji kuantitatif akan meringkaskan semua maklum

balas dengan analisis statistik dan jarang melaporkan subjek sebagai laporan individu. Pengkaji kualitatif pula lebih berkecenderungan untuk memetik maklum balas individu dalam bahagian laporan kajian.

g) Generalisasi: Pengkaji kuantitatif berkecenderungan

mengeneralisasikan atau menyimpulkan hasil kajian beliau kepada satu atau lebih populasi, manakala pengkaji kualitatif berkecenderungan untuk menghadkan laporan beliau kepada individu atau kelompok masyarakat yang dikaji secara langsung.

Page 77: hkh

59

5.4 KRITERIA PEMILIHAN KAEDAH KUANTITATIF Kriteria yang harus anda ambil kira dalam membuat pilihan sama ada ingin menjalankan kajian kuantitatif atau kualitatif adalah seperti berikut: i) Sesetengah persoalan kajian secara langsung membawa kepada

pendekatan kuantitatif atau kualitatif. Misalnya, “kesan AIDS ke atas ekonomi Malaysia” adalah merupakan persoalan kajian yang secara langsung membawa kepada penggunaan kaedah kuantitatif kerana ekonomi biasanya diukur berdasarkan angka. Manakala persoalan kajian “apakah kesan emosi di kalangan jururawat yang merawat pesakit AIDS” adalah merupakan persoalan yang membawa kepada pendekatan kualitatif kerana ia memberikan fokus terhadap kesan emosi walaupun ianya boleh dikaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif.

ii) Apabila hanya sedikit maklumat diketahui tentang tajuk kajian,

biasanya kaedah kualitatif lebih sesuai. Contohnya, penyakit yang baru seperti HIV/AIDS, jenayah atau teknik pengajaran yang baru. Para pengkaji kuantitatif mungkin akan mendapati agak sukar untuk menggunakan pendekatan deduktif apabila ingin menjalankan kajian berkenaan dengan topik-topik yang baru. Hal ini disebabkan mungkin tidak banyak karya yang berkaitan atau tiada teori yang boleh diaplikasikan secara langsung. Soalan temu bual berstruktur juga sukar dibuat. Sebaliknya, pengkaji kualitatif memulakan kajian dengan persoalan yang luas dan melakukan pengubahsuaian semasa temubual apabila pelbagai tema dan isu mulai kelihatan. Berdasarkan kepada hasil kualitatif, teori dibina dan hipotesis boleh dibentuk yang kemudiannya diuji secara kuantitatif.

iii) Apabila subjek mengamalkan budaya tertutup atau rahsia, kaedah

keantitatif lebih sesuai. Pengkaji kualitatif yang mahir akan menghabiskan masa tertentu untuk bermesra dengan subjek berbanding dengan pengkaji kuantitatif yang memperuntukan masa terhad untuk berinteraksi dengan subjek.

iv) Apabila subjek tidak diperolehi bagi tujuan interaksi atau

pemerhatian, pendekatan kuantitatif lebih wajar. Misalnya, sukar untuk membuat temu bual dengan responden yang menjawat jawatan yang tinggi.

v) Apabila masa dan pembiayaan adalah terhad, pendekatan

kuantitatif lebih wajar. Ini kerana kuantitatif boleh memberikan maklumat yang cepat dengan kos yang minima.

Page 78: hkh

60

vi) Apabila pembiayaan lebih gemar memahami angka, kaedah kuantitatif lebih sesuai.

5.5 MENGENAL PASTI DAN MENILAI KAJIAN-KAJIAN

LEPAS Sekiranya anda merancang untuk menjalankan kajian atau tesis, mulakan dengan mengenal pasti permasalahan kajian secara meluas. Langkah yang kedua adalah menyemak semula kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tajuk atau permasalahan kajian. Melalui penyemakan kedua-dua aspek teoretikal dan kajian-kajian lepas, ini akan membantu anda mengenal pasti hipotesis yang boleh diuji dalam skop yang kecil supaya ia boleh diuji dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan penyemakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan adalah untuk; pertama, membantu penyelidik dalam menjelaskan tentang latar belakang sesuatu permasalahan kajian. Kajian-kajian yang lepas membantu pengkaji mengenal pasti sejauh mana aspek-aspek yang menjadi minat kajian beliau telah dikaji. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi, beliau boleh menyemak kajian-kajian yang pernah dijalankan tentang faktor berkenaan. Hal ini dapat membantu pengkaji untuk menentukan tempat penyelidikan berkaitan dengan komitmen terhadap prganisasi harus bermula dan setakat mana ia perlu berakhir. Kedua, melalui semakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti teori-teori yang akan digunakan dalam kajian beliau. Dengan ini, ia dapat membantu pengkaji untuk memberikan perspektif terhadap kajian beliau di samping mengenal pasti hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian beliau. Ketiga, berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, pengkaji boleh memahami tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk membantu beliau menjalankan kajian. Alat atau pengukuran yang telah digunakan oleh para pengkaji yang lain dapat dinilai keberkesanannya apabila diaplikasikan di dalam kajian yang telah lepas. Beliau boleh memperbaiki kaedah yang telah digunakan di samping melakukan peningkatan terhadap kekurangan-kekurangan yang telah dikenal pasti dalam kajian yang lepas tersebut. Keempat, dengan melakukan semekan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan dapat membantu pengkaji untuk mengelakkan pengulangan terhadap kajian yang tidak dikehendaki. Penyelidikan dapat mengenal pasti sama ada kajian yang ingin dilakukan oleh beliau wajar dijalankan

Page 79: hkh

61

atau tidak. Seterusnya, penyelidik boleh mengambil langkah proaktif dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan atau mengelakkan daripada menjalankan kajian berkenaan. 5.6 SUMBER-SUMBER ULASAN KARYA ATAU KAJIAN

LEPAS Terdapat beberapa sumber yang boleh anda gunakan bagi merujuk kajian-kajian yang telah dijalankan. Sumber-sumber berkenaan termasuklah: 5.6.1 Abstrak Jurnal dan Indeks Abstrak adalah merupakan ringkasan utama kepada sesuatu kaian. Dengan merujuk kepada artikel-artikel yang disiarkan di dalam jurnal dapat membantu anda mendapatkan maklumat mutakhir yang berkaitan dengan kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam sesuatu bidang. Satu daripada sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai artikel-artikel yang terdapat di dalam jurnal adalah melalui abstrak dan indeks yang telah diterbitkan berkaitan dengan bidang penyelidikan. Selain daripada itu, dewasa ini terdapat berbagai-bagai jurnal yang diterbitkan melalui pengkalan data eletronik yang boleh anda gunakan. Antara jurnal-jurnal tersebut ialah;, 1) sociofile yang mengandungi Sociological Abstract dan Social Planning/Policy & Development Abstracts yang meliputi lebih dari 1,600 jurnal; 2) PsycLIT, yang mengandungi versi Psychological Abstracts iaitu artikel-artikel jurnal bermula dari tahun 1974, dan 3) ERIC (Education Research and Information Centre) yang mengandungi artikel-artikel kajian berkaitan dengan pendidikan. Ia merangkumi lebih daripada 600 jurnal yang bermula dari tahun 1966 sehingga sekarang. 5.6.2 Pencarian Melalui Buku atau Rujukan Pengkaji boleh mendapatkan kajian-kajian yang berkaitan dengan sesuatu bidang yang ingin dikaji dengan cepat iaitu dengan merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu dalam buku berkenaan. Halaman kandungan, ringkasan bab dan indeks biasanya dirujuk bagi mendapatkan maklumat dengan cepat kerana pengkaji boleh mendapatkan karya-karya berkaitan yang terdapat di dalam sesebuah buku. Di samping itu, pengkaji juga boleh mendapatkan kajian-kajian dengan merujuk kepada rujukan dan indeks yang digunakan oleh buku tersebut. 5.6.3 Penggunaan Penapisan Bibliografi Teknik ini diaplikasikan dengan menapis bibliografi yang terdapat di dalam sesuatu artikel atau laporan penyelidik. Artikel-artikel berkenaan

Page 80: hkh

62

biasanya memuatkan senarai rujukan atau bibliografi yang berkaitan dengan penyelidik tersebut. Berpandukan kepada penyelidik yang digunakan di dalam senarai bibliografi tersebut, pengkaji boleh mendapatkan atau mencari maklumat lanjut tentang kajian-kajian yang berkaitan. 5.6.4 Kamus dan Istilah Kamus adalah merupakan penerbitan yang mengandungi perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang tersusun berdasarkan abjad. Setiap perkataan atau istilah yang disenaraikan disusuli dengan makna atau huraian pengertiannya. Ini dapat membantu anda memahami secara jelas konsep yang digunakan. 5.6.5 Ensiklopedia Ensiklopedia menyenaraikan perkataan dan istilah yang berkaitan dengan sesuatu bidang serta memberikan definisi bagi konsep atau istilah berkenaan. Di samping itu, tinjauan dan huraian yang agak mendalam berkaitan dengan konsep berkenaan juga dilakukan. Biasanya, ensiklopedia dirujuk sebagai sumber permulaan bagi menjalankan sesuatu penyelidikan. 5.6.6 Penerbitan Ulasan Penerbitan ulasan adalah seperti “The Review of Educational Research” dan sebagainya yang menyediakan ulasan-ulasan penyelidikan yang komprehensif dalam sesuatu bidang. 5.7 MEMPASTIKAN PEMBOLEHUBAH (VARIABLE)

KAJIAN Pembolehubah merupakan ciri yang dicerap daripada tiap-tiap individu di dalam sesuatu populasi dan merupakan sesuatu yang boleh mengambil nilai. Ciri atau nilai berkenaan adalah berbeza daripada satu individu kepad individu yang lain. Nilai ini boleh berbeza berdasarkan masa bagi subjek atau boleh berbeza berdasarkan kepada subjek yang berbeza. Contoh pembolehubah ialah motivasi, stres, komunikasi, personaliti, gaya kepengurusan dan lain-lain. Pembolehubah boleh dibahagikan kepad beberapa jenis iaitu pembolehubah bebas (independent variable), pembolehubah terikat (dependent variable), pembolehubah pengubah (moderating variable) dan pembolehubah mencelah (intervening variable).

Page 81: hkh

63

5.7.1 Pembolehubah Bebas Pembolehubah ini adalah merupakan pembolehubah utama yang mempengaruhi pemboleh ubah terikat sama ada dalam cara yang positif atau nagatif. Misalnya, pengkaji berminat untuk mengkaji sejauh mana aspek-aspek komunikasi yang diamalkan di dalam sesebuah organisasi mendatangkan kesan terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi berkenaan. Dalam konteks ini, pembolehubah bebas ialah aspek-aspek komunikasi organisasi. 5.7.2 Pembolehubah Terikat Pembolehubah bebas adalah pembolehubah utama yang menjadi minat pengkaji. Matlamat pengkaji adalah untuk menerangkan atau meramalkan kepelbagaian di dalam pembolehubah terikat. Berdasarkan contoh yang diberikan di atas, pembolehubah terikat dalam kajian yang dijalankan ialah komitmen organisasi iaitu merupakan pembolehubah yang dipengaruhi oleh pembolehubah bebas yakni komunikasi organisasi. Hubungan antara kedua pembolehubah ini dapati dilihat berdasarkan Rajah 5.1.

Rajah 5.1 Hubungan antara Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Terikat

Pembolehubah Bebas:

Komunikasi Organisasi

Pembolehubah Terikat:

Komitmen terhadap Organisasi

5.7.3 Pembolehubah Pengubah Pembolehubah ini ialah pembolehubah yang mempunyai kesan pergantungan yang kukuh dalam konteks hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadirannya adalah bererti dan signifikan kerana ia boleh mengubah bentuk hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Misalnya, berdasarkan kepada contoh kajian berkaitan dengan aspek-aspek komunikasi dan komitmen terhadap organisasi, pengkaji mendapati bahawa pembolehubah ketiga iaitu amalan budaya organisasi yang positif dapat meningkatkan lagi komitmen terhadap organisasi atau sebaliknya. Anda boleh melihat hubungan antara embolehubah-pembolehubah tersebut dalam Rajah 5.2 yang saya gambarkan di bawah:

Page 82: hkh

64

Rajah 5.2 Hubungan antara Pembolehubah Bebas, Pembolehubah Terikat dan

Pembolehubah Pengubah

Pembolehubah Bebas:

Pembolehubah Bebas: Komunikasi Organisasi

Pembolehubah Terikat::

Komitmen terhadap Organisasi

Pembolehubah Pengubah:

Budaya Organisasi

5.7.4 Pembolehubah Mencelah Pembolehubah mencelah merupakan pembolehubah yang timbul pada masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mendatangkan kesan terhadap pembolehubah terikat. Kemunculan pembolehubah mencelah merupakan fungsi kepada pembolehubah bebas yang beroperasi dalam mana-mana situasi dan mendatangkan kesan terhadap pengaruh pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat.

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengnan penyelidikan

kuantitatif dan kualitatif? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pembolehubah

bebas, pembolehubah terikat, pembolehubah mencelah dan pembolehubah pengubah?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.8 PERANAN TEORI DALAM PENYELIDIKAN/

KERANGKA TEORI Setelah mengenal pasti masalah-masalah yang wujud bagi menjalankan kajian, pengkaji perlu bersedia untuk membentuk kerangka teoretikal. Kerangka teoretikal merupakan model konseptual tentang cara seseorang pengkaji membuat andaian berkaitan hubungan pelbagai aspek yang

Page 83: hkh

65

dikenal pasti daripada kajian-kajian yang lepas. Berdasarkan kepada kerangka teoretikal, hipotesis dibina yang kemudiannya diuji dengan analisis statistik yang bersesuaian. Teori merupakan penerangan umum tentang sesuatu pemerhatian. Tanpa kehadirannya, sesuatu fenomena dianggap sebagai tidak berhubungan atau bertentangan. Peranan teori dalam penyelidikan ialah: i) Menguji hipotesis yang diperolehi daripada teori: Hal ini boleh

dilakukan melalui pembentukan hipotesis yang selaras dengan teori. Kajian yang menyokong sesuatu hipotesis turut menyokong teori dengan andaian bahawa kaedah kajian adalah kukuh.

ii) Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian. Pengkaji

cuba untuk membina teori yang akan menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

Segala hipotesis, persoalan dan objektif kajian perlu disokong dengan aspek-aspek teoretikal dalam kajian-kajian kuantitatif. Teori adalah penting dalam proses reka bentuk kajian bagi menjelaskan tentang hipotesis, soalan-soalan atau objektif. Dalam disertasi kuantitatif, satu bahagian khas diperuntukkan bagi menjelaskan tentang teori yang menjadi dasar bagi kajian. Teori biasanya difahami mempunyai ciri-ciri tertentu. Kerlinger (1979) mendefinisikan teori sebagai “... aset of interrelated constructs (variables) definitions, and propositions that presents a systematic view phenomena by specifying relations among variables, with the purpose of explaining natural phenomenon”. Teori adalah merupakan satu set konstruk yang saling berhubungan yang dibentuk dalam hipotesis yang menjelaskan hubungan antara pembolehubah berkenaan. Pandangan yang sistematik mungkin membantu pengkaji untuk membentuk hujahan, pembincangan atau rasional yang membantu menjelaskan fenomena yang berlaku di dalam dunia. Dalam kajian kuantitatif, teori digunakan secara deduktif dan ditempatkan di bahagian permulaan kajian. Dalam kajian kuantitatif juga, tujuan kajian adalah untuk menguji sesuatu teori berbanding dengan untuk membina teori. Dengan itu, pengkaji bermula dengan mengumpulkan data-data bagi menguji teori berkenaan untuk mengenal pasti sama ada teori berkenaan disahkan atau tidak disahkan di dalam kajian. Teori yang manjadi kerangka keseluruhan kajian merupakan model yang tersusun untuk persoalan kajian atau hipotesis dan bagi prosedur pengumpulan data. Model pemikiran deduktif adalah bagi

Page 84: hkh

66

pengkaji menguji teori melalui menggunakan hipotesis atau persoalan yang diperolehi dari teori. Hipotesis atau persoalan ini mengandungi pembolehubah yang diukur menggunakan instrumen atau item. Penggunaan teori dalam kajian kualitatif tidak sejelas kajian kuantitatif. Misalnya, teori digunakan bagi mereka yang menjalankan kajian berkaitan dengan teori utama (grand theory). Pengkaji kualitatif berharap untuk menemui atribusi (iaitu set konstruk yang saling berhubungan) dalam kajian yang dijalankannya. Dalam kajian etnografi klinikal, pengkaji-pengkaji bermula dengan teori untuk menjelaskan kajian mereka dan biasanya, teori dalam kajian kualitatif digunakan. Hal ini selaras dengan kaedah pemikiran induktif iaitu meletakkan teori diakhir kajian sebagai asas perbincangan. 5.9 PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN Sebelum mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan penyelidikan, anda dikehendaki menyediakan cadangan penyelidikan. Cadangan penyelidikan adalah merupakan tawaran oleh pengkaji untuk menghasilkan sesuatu. Tujuan cadangan penyelidikan adalah: i) Untuk memberitahu tentang masalah yang akan dikaji dan

kepentingannya. ii) Untuk membincangkan tentang usaha-usaha kajian dengan

pengkaji atau sesiapa sahaja yang pernah menjalankan kajian berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji.

iii) Untuk menyediakan data yang sesuai bagi menyelesaikan masalah.

iv) Untuk mencadangkan cara data akan didapati, dianalisis dan ditafsir.

Cadangan penyelidikan juga dianggap sebagai kontrak yang pengkaji mesti menunjukkan rancangan kajian dengan cara yang terbaik untuk mencadangkan agar kajian beliau dipilih berbanding dengan pesaing-pesaing. Sesetengah organisasi bergantung kepada keupayaan untuk membuat proposal yang baik bagi mendapatkan pembiayaan dan sebagainya. Proposal akan memaklumkan tentang: i) Apa yang akan dilakukan; ii) Kenapa ia akan dilakukan; iii) Bagaimana kajian akan dijalankan; iv) Di mana kajian berkenaan akan dijalankan; v) Kepada sesiapa kajian berkenaan akan dilakukan; dan vi) Apakah faedah yang akan diperolehi dari pada kajian berkenaan.

Page 85: hkh

67

5.9.1 Kepentingan Cadangan Penyelidikan a) Kepentingan kepada pembiaya Kebanyakan kajian mempunyai pembiaya atau ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk meneliti penyelidikan berkenaan. Misalnya, calon Ijazah Doktor Falsafah bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa tesis untuk menilai kajian yang beliau jalanan. Dalam pengurusan korporat, sama ada kajian dijalankan oleh bahagian penyelidikan atau dibawah kontrak perunding, pengurusan organisasi membiaya penyelidikan berkenaan. Kerajaan dan universiti biasanya menggunakan ahli jawatankuasa gran untuk menilai sesuatu hasil usaha atau cadangan penyelidikan. Proposal penyelidikan adalah merupakan langkah awal dalam proses penilaian. Ia membenarkan pembiaya untuk menilai jenis kajian yang dijalankan, kejelasan reka bentuk, bahan-bahan latar dan juga kesesuaian untuk menjalankan kajian. Proposal menggambarkan susunan, disiplin dan logik pengkaji. Sesuatu penyelidikan yang tidak dirancang dengan baik, tidak ditulis dengan baik dan tidak teratur akan memburukkan reputasi seseorang pangkaji. Dengan itu, proposal adalah merupakan dokumen yang akan dinilai oleh pembiaya berdasarkan kepada keperluan organisasi, kepakaran dan saintifik. Ia membenarkan pembiaya untuk membuat perbandingan dengan proposal-prosal yang lain dan akhirnya memilih projek kajian yang terbaik. Proposal juga memberikan gambaran asas kepada pembiaya tentang penilaian terhadap hasil sesuatu projek. Dengan membandingkan hasil akhir dengan objektif kajian yang dinyatakan, adalah mudah untuk menentukan sama ada matlamat kajian telah dicapai. Faedah ketiga yang boleh diperolehi ialah disiplin kepada pembiaya. Proposal kajian bertindak sebagai rujukan bagi tujuan perbincangan antara pengkaji dan pihak pengurusan organisasi. Pengkaji menterjemahkan persoalan-persoalan pengurusan ke dalam bentuk persoalan kajian dan merangka objektif penyelidikan. b) Kepentingan kepada pengkaji Pada hakikatnya, proposal adalah sesuatu yang mendatangkan faedah kepada pengkaji berbanding dengan pembiaya. Proses menulis proposal membenarkan pengkaji untuk merancang dan menyemak semula langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menjalankan penyelidikan atau projek. Ulasan karya yang bersesuaian harus teliti, dimana ulasan karya akan membolehkan pengkaji untuk menilai pendekatan-pendekatan

Page 86: hkh

68

yang lepas bagi sesuatu masalah dan meneliti semula perancangan. Hal ini kerana para pengkaji berpeluang untuk mengkaji kesilapan-kesilapan di dalam andaian dan masalah yang tidak diteliti dalam kajian-kajian lampau. Setelah proposal diterima, dokumen berkenaan akan menjadi garis panduan kepada pengkaji sepanjang tempoh beliau menjalankan penyelidikan atau penyiasatan. Perkembangan kajian pula boleh dipantau. Faedah penulisan proposal kepada pengkaji ialah ia membenarkan pengkaji merancang masa dan belanjawan sesuatu kajian. Anggaran ini membenarkan pengkaji untuk merancang projek atau kajian supaya mempunyai perkembangan yang positif menuju tarikh akhir. 5.9.2 Jenis Proposal Penyelidikan Jenis proposal penyelidikan bergantung kepada jenis projek, pembiaya sama ada individu atau institusi dan juga tahap kompleksiti yang diperlukan. Biasanya, agensi-agensi kerajaan memerlukan proposal yang paling kompleks bagi tujuan analisis pembiayaan. Bagi tujuan penyelidikan penerokaan yang dilakukan di dalam organisasi, proposal yang mengandungi tujuan, pendekatan dan peruntukan masa mungkin dikira sudah mencukupi. Secara umumnya, proposal boleh dibahagikan kepada: i) Cadangan penyelidikan oleh pelajar. ii) Proposal dalaman (Internal Proposal). iii) Proposal luaran (External proposal). i) Cadangan penyelidikan oleh pelajar Cadangan penyelidikan oleh pelajar menekankan kepada ulasan karya dan bibliografi. Dua faktor anda diperlukan untuk menyediakan cadanga penyelidikan adalah; 1) untuk mengajar anda tentang cara melakukan penyelidikan; dan 2) memperkembangkan pengetahuan anda dalam bidang tertentu. Faktor ini akan mempengaruhi jenis dan kandungan proposal. ii) Proposal dalaman Proposal dalaman merupakan memo daripada pengkaji kepada pihak pengurusan yang menggariskan tentang penyataan masalah, objektif kajian, dan jadual kerja adalah cukup untuk memulakan satu kajian penerikaan. Biasanya, ulasan karya dan bibliografi tidak begitu diberikan penekanan. Jangka masa dan perbelanjaan adalah penting untuk mendapatkan pembiayaan oleh jawatankuasa.

Page 87: hkh

69

iii) Proposal luaran Proposal luaran ialah proposal yang diminta atau dicari dari organisasi. Biasanya, proposal sebegini bersaing dengan proposal lain untuk mendapatkan pembiayaan. Bahagian yang paling penting dalam proposal luaran adalah objektif, reka bentuk, kelayakan, jangka masa dan anggaran perbelanjaan. Peningkatan kompleksiti sesuatu projek, menyebabkan lebih banyak maklumat diperlukan tentang pengurusan projek, kemudahan dan sumber-sumber. 5.9.3 Kandungan Proposal Proposal mengandungi beberapa perkara yang harus dimasukkan. Namun begitu, isi kandungan yang dibincangkan bergantung kepada keperluan organisasi, pembiaya atau projek pelajar. i) Ringkasan eksekutif Ringkasan eksekutif membolehkan pengurus atau pembiaya yang sibuk untuk memahami secara cepat tentang kandungan proposal. Ia seharusnya merupakan ringkasan yang cukup bermaklumat bagi membolehkan pihak pengurus untuk mendapatkan sepintas lalu keperluan proposal tanpa perlu membaca terlalu terperinci. Matlamat ringkasan adalah untuk mendapatkan penilaian positif oleh pihak pentabir yang akan memperpanjangkan kepada pihak yang lain bagi tujuan penilaian sepenuhnya. Dengan itu, ringkasan eksekutif harus memasukkan pernyataan masalah yang ringkas, objektif kajian dan kebaikan pendekatan yang digunakan. ii) Pernyataan masalah Bahagian ini bertujuan untuk menyakinkan pembiaya agar terus membaca cadangan penyelidikan. Kepentingan masalah untuk dikaji harus ditekankan di sini dan harus memasukkan kekangan kepada kajian berkenaan. Permasalahan kajian harus jelas dari segi skop limitasinya.permasalahan kajian yang kabur atau terlalu luas akan menyebabkan pembiaya tidak boleh melihat kekangan secara jelas. Setelah membaca bahagian ini, pembiaya sepatutnya telah mengetahui tentang masalah, kewajaran dan sebab sesuatu kajian harus dilakukan. iii) Tujuan kajian Objektif kajian bertindak selaku tujuan kepada penyiasatan apabila pengkaji menerangkan secara jelas akan tujuan kajian tersebut dilakukan. Dalam kajian deskriptif, objektif boleh dinyatakan sebagai persoalan

Page 88: hkh

70

kajian. Objektif sepatutnya berturutan dari pernyataan masalah. Ia seharusnya konkrit, dan boleh dicapai. Adalah lebih baik untuk menyenaraikan tujuan kajian mengikut urutan kepentingan. Objektif kajian adalah merupakan asas untuk menilai proposal dan laporan akhir kajian. iv) Ulasan karya Bab ulasan karya membincangkan tentang kajian-kajian lepas dan biasanya laporan organisasi bertindak selaku asas kepada cadangan kajian. Mulakan perbincangan anda dengan kajian yang berkaitan atau data sekunder yang relevan dari perspektif yang komprehensif membawa kepada kajian yang spesefik berkaitan dengan masalah yang dikaji. Jika masalah mempunyai asas sejarah, mulakan dengan rujukan atau penyelidikan yang paling awal. Elakkan ulasan karya yang terlalu terperinci. Tekankan kepada kepentingan dan kesimpulan kajian-kajian lepas, data yang relevan dan trend kajian-kajian lepas serta kaedah atau reka bentuk yang boleh diduplikasi atau harus dielakkan. Bincangkan bagaimana ulasan karya berkaitan dengan kajian. Jika proposal anda bergantung kepada data sekunder, bincangkan kesesuaian data dan bias yang mungkin wujud pada data berkenaan. Anda perlu sentiasa merujuk kepada sumber asli. Jika anda memperolehi sesuatu yang penting dalam bentuk petikan, dapatkan sumber yang asli dan pastikan anda memahaminya. Ini dapat mengelakkan anda daripada tersalah tafsir. Tutup bahagian ulasan karya dengan meringkaskan kepentingan aspek kajian-kaian yang diulaskan dan kaitannya dengan permasalahan kajian anda.

v) Kepentingan kajian Bahagian ini menbenarkan anda selaku pengkaji untuk menerangkan tentang faedah yang boleh diperolehi daripada kajian. Kepentingan menjalankan kajian ini harus ditekankan. Biasanya bahagian ini jarang melebihi satu perenggan. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menulis bahagian ini, anda mungkin tidak memahami permasalahan kajian anda. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, rujuk semula kepada permasalahan kajian, berbincang dengan ahli-ahli penyelidikan, rujuk semula ulasan karya dan sebagainya.

Page 89: hkh

71

vi) Reka bentuk kajian Bahagian reka bentuk kajian harus memasukkan maklumat tentang pemilihan sampel, bilangan sampel, kaedah pengumpulan data, pengukuran, prosedur dan etika. vii) Analisis data Bahagian ini membincangkan secara ringkas berkenaan dengan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. Bincangkan tentang cadangan anda untuk menganalisis data serta asas teoritikal mengapa anda memilih kaedah berkenaan. Bahagian ini amat penting kerana pengkaji seharusnya mengetahui teknik terkini. viii) Bentuk hasil kajian Pengkaji harus memaklumkan secara khusus tentang jenis data yang akan diperolehi dan tafsiran yang akan dibuat. Kesimpulan berdasarkan statistik, hasil bagi tujuan gunaan, cadangan plan tindakan, model-model, plan stategik, dan lain-lain harus dilihat dalam bentuk hasil kajian. ix) Kelayakan pengkaji Bahagian ini seharusnya bermula dengan kurikulumvitae ketua penyelidik. Mulakan dengan kelayakan akademik tertinggi di samping pengalaman-pengalaman dalam menjalankan kajian lepas. Keseluruhan kurikulum vitae tidak harus dimasukkan kecuali jika diperlukan oleh organisasi. x) Anggaran perbelanjaan Anggaran perbelanjaan harus dimasukkan mengikut keperluan pembiaya. Ini termasuklah anggaran bahan pakai habis, perjalanan, keperluan bahan dan lain-lain. xi) Jangka masa Rancangan tempoh kajian harus memasukkan fasa-fasa utama dalam projek, jadual waktu dan milestones yang signifikan dalam menyiapkan fasa-fasa kajian anda. Misalnya, 1) temubual peneroka, 2) penyediaan cadangan penyelidik, 3) semakan soal selidik, 4) kerja lapangan 5) koding dan editing, 6) analisis data, dan 7) laporan kajian. Satu daripada kaedah yang sering digunakan untuk menunjukkan jangka masa ialah carta Gantt.

Page 90: hkh

72

xii) Kemudahan dan sumber-sumber yang diperlukan Projek-projek atau kajian yang memerlukan peralatan tertentu harus dinyatakan secara terperinci. Misalnya, keperluan diperlukan untuk sesi perbincangan kumpulan. Keperluan komputer bagi tujuan analisis data, perisian komputer tertentu dan lain-lain juga harus dinyatakan secara jelas dan cermat dalam penyediaan proposal. xiii) Rujukan (Bibliografi) Bagi setiap projek yang memerlukan ulasan karya, rujukan amat diperlukan. Gunakan format bibliografi yang diperlukan oleh pembiaya seperti Kate L. Turabian, A Manual for Writers of Term Paper, These and Dissertations; atau Josept Gibaldi and Walter S. Schtert, MLA Hand book for Writers of Research Papers, or The Publication Manuals of the American Psychological Association yang akan membekalkan cara yang diperlukan untuk menulis bioliografi. xiv) Lampiran Sekiranya terdapat maklumat tambahan atau sokongan kepada cadangan kajian yang dirasakan perlu tetapi tidak begitu penting untuk dimasukkan ke dalam teks, maklumat berkenaan boleh dilampirkan. xv) Senarai singkatan Singkatan istilah-istilah harus dimasukkan apabia terlalu banyak perkataan yang unit atau sukar difahami. Definisikan juga akronim yang digunakan. xvi) Alat pengukuran Bagi projek yang besar, adalah sesuai untuk memasukkan contoh instrumen. Hal ini membenarkan pembiaya untuk membincangkan tentang perubahan-perubahan yang diperlukan bagi isntrumen untuk mendapatkan data. xvii) Lain-lain Maklumat tambahan yang penting perlu dimasukkan seperti kurikulum vitae, anggaran belanjawan dan lain-lain.

Page 91: hkh

73

SOALAN DALAM TEKS 5.2

1. Apakah peranan teori dalam penyelidikan? 2. Apakah tujuan cadangan penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.10 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, bab ini telah menjelaskan kepada anda tentang maksud permasalahan dalam menjalankan kajian. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang perbezaan antara kaedah penyelidikan kualitatif dan kaedah penyelidikan kuantitatif serta faktor-faktor yang harus diambil kira dalam memilih kaedah berkenaan. Kepentingan penyemakan dilakukan terhadap kajian-kajian yang pernah dijalankan dalam aspek yang ingin dikaji juga turut diperkatakan di samping peranan pembolehubah di dalam sesuatu kajian. Peranan teori juga turut dibincangkan serta garis panduan tentang penyelidikan cadangan proposal turut digariskan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan asas-asas penilaian bagi pemilihan permasalahan kajian 2. apakah faktor-faktor yang membezakan kaedah kuantitatif dan

kualitatif. 3. Jelaskan kepentingan ulasan karya dalam menjalankan

penyelidikan 4. Apakah jenis-jenis pembolehubah yang mungkin terdapat di

dalam sesuatu kajian? 5. Huraikan kepentingan teori dalam menjalankan penyelidikan 6. Apakah kepentingan penyelidikan proposal?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Page 92: hkh

74

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1 1. Penyelidikan kuantitatif menghasilkan data bercorak numerikal

manakala penyelidikan kualitatif menghasilkan data berbentuk perkataan atau ayat.

2. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang

mempengaruhi pembolehubah terikat. Pembolehubah terikat adalah pembolehubah utama yang menjadi minat pengkaji. Pembolehubah mencelah adalah pembolehubah yang berfungsi dalam mengubah bentuk hubungan antara pembolehubah terikat dan pembolehubah bebas, manakala pembolehubah mencelah hadir akibat perubahan masa.

SDT 5.2 1. Peranan teori dalam penyelidikan adalah:

a) menguji hipotesis yang didapati dari teori: ini boleh dilakukan melalui pembentukan hipotesis yang selaras dengan teori. Kajian yang menyokong sesuatu hipotesis turut menyokong teori dengan andaian bahawa kaedah kajian adalah kukuh.

b) Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian iaitu pengkaji cuba untuk membina teori yang akan menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

2. Tujuan cadangan penyelidikan adalah:

i) Untuk memberitahu tentang masalah yang akan dikaji dan kepentingannya

ii) Untuk membincangkan tentang usaha-usaha kajian dengan pengkaji atau sesiapa sahaja yang pernah menjalankan kajian berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji.

iii) Untuk menyediakan data yang sesuai bagi menyelesaikan masalah

iv) Untuk mencadangkan cara data akan didapati, dianalisis dan di tafsir.

Page 93: hkh

75

BAB 6

KAEDAH PENGUMPULAN DATA (KUANTITATIF DAN KUALITATIF)

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menjelaskan perbezaan kaedah pengumpulan data. 2. Menghuraikan tentang tatacara kaedah eksperimen. 3. Menjelaskan tentang kaedah pemerhatian. 4. Menghuraikan tatacara kaedah pemerhatian. 5. Menghuraikan tatacara analisis kandungan. 6. Menjelaskan analisis data sekunder. 7. Menjelaskan tentang kajian kes.

6.1 PENGENALAN Kaedah penyelidikan adalah merujuk kepada cara pengkaji mendapatkan maklumat, data atau bukti bagi mencapai matlamat penyelidikan. Dalam menjalankan kajian, data atau bukti perlu dipungut dan dianalisis untuk menentukan sama ada hipotesis diterima atau tidak. Teknik-teknik yang digunakan dalam mengumpulkan data bergantung kepada masalah atau tajuk dan hipotesis yang telah ditetapkan. Pemilihan teknik adalah penting kerana metod yang salah tidak akan mendatangkan penyelesaian yang boleh dimanfaatkan. Antara aspek yang harus dipertimbangkan dalam memilih kaedah penyelidikan adalah seperti cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat dengan kos yang minimum. Antara kaedah penyelidikan yang sering digunakan adalah eksperimen, tinjauan, temu bual, analisis kandungan, pemerhatian dan sebagainya. 6.2 KAEDAH EKSPERIMEN Kaedah eksperimen melibatkan pengkaji memanipulasikan pengalaman yang subjek akan alami. Contohnya, pengkaji mengenakan kawalan terhadap apa yang akan berlaku dan dialami oleh subjek. Selalunya, pengkaji akan membuat perbandingan antara subjek yang diberikan treatment dengan subjek yang tidak diberikan treatment. Tujuan eksperimen

Page 94: hkh

76

biasanya adalah untuk mengkaji hubungan sebab akibat antara keadaan yang dimanipulasi dengan hasil. Dalam reka bentuk yang bukan eksperimental, keadaan tidak dimanipulasi. Kaedah eksperimen digunakan secara khusus apabila pengkaji ingin mengetahui tentang pemboleh bebas manakah yang menyebabkan pembolehubah terikat. Hubungan sebab-akibat ini boleh dikenal pasti (cause-effect relationship) boleh dikenal pasti melalui mengenal pasti faktor-faktor berkenaan dengan reka bentuk eksperimen membolehkan pengkaji untuk menentukan sebab-akibat. Membentuk reka bentuk eksperimen memerlukan susunan yang teratur dan berhati-hati. Fakta-fakta berkenaan haruslah dikenal pasti manakala factor-faktor yang tidak berkaitan perlu diketepikan atau dikawal. Ini bagi memastikan bahawa pembolehubah X menjadi penyebab kepada pembolehubah Y. Bagi mewujudkan hubungan X yang menyebabkan Y, tiga perkara harus wujud di dalam sesuatu eksperimen: i) Kedua-dua X dan Y mesti saling berhubungan. ii) X (faktor penyebab) harus mendahului Y atau dalam erti kata

lain, harus wujud susubab waktu. iii) Tidak ada pembolehubah lain yang akan menyebabkan

perubahan pada pembolehubah terikat Y. Konsep kawalan (control) adalah penting bagi membuktikan hubungan sebab-akibat antara X dan Y. Sehubungan ini, pembolehubah bebas harus dimanipulasikan. Manipulasi bererti pengkaji mencipta tahap pembolehbebas yang berbeza bagi memperolehi kesan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat. Menggunakan kaedah eksperimen melibatkan isu etika. Antara perkara-perkara yang dianggap tidak bererti dalam mengumpulkan data menggunakan kaedah eksperimen ialah: i) Mengenakan tekanan seperti tekanan social kepada individu

untuk terlibat dalam kajian. ii) Menanyakan soalan-soalan yang boleh menjatuhkan maruah

seseorang iii) Mendorong subjek ke arah tujuan sebenar kajian. iv) Mendedahkan peserta kepada tekanan mental dan fizikal. v) Tidak membenarkan peserta untuk menarik diri. vi) Menggunakan hasil kajian bagi tujuan yang tidak disukai oleh

peserta. vii) Menafikan faedah dari kumpulan kawalan (insentif kepada

kumpulan).

Page 95: hkh

77

6.2.1 Reka bentuk Kaedah Eksperimen Reka bentuk kaedah eksperimen melibatkan: a) True Experimental Design: (Pra ujian dan pasca ujian) True Experimental Design melibatkan subjek dipilih secara rawak bagi ditentukan kumpulan itu. Ini bererti, setiap subjek di dalam kajian mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Dua tatacara bagi True Experimental Design ialah: Reka bentuk I: Klasik melibatkan pretest-pretest randomized control group design. Pilihan Rawak Kumpulan Prakajian Treatment Pasca Kajian A 0 X 0 R B 0 0

Masa

Langkah pertama ialah memilih secara rawak subjek kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Langkah kedua ialah untuk melakukan praujian bagi setiap kumpulan terhadap pemboleh bebas. Langkah ketiga adalah untuk melaksanakan treatment kepada kumpulan eksperimen tetapi tidak kepada kumpulan kawalan. Setiap kumpulan kemudiannya diuji (pasca ujian) berdasarkan kepada pembolehubah terikat. b) Reka bentuk 2: Pasca kajian sahaja Kumpulan 1: R x O Kumpulan 2: R O Dalam konteks ini, pretest tidak diadakan tetapi hasil kajian didapati melalui pengujian pasca kajian rawak. Langkah yang pertama adalah untuk menempatkan subjek secara rawak di dalam kumpulan. Langkah kedua adalah kumpulan pertama akan diberikan treatment. Treatment tidak diberikan kepada kumpulan kedua. Pengujian pasca kajian dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan. Perubahan yang berlaku pada kumpulan pertama adalah diandaikan kerana treatment yang berikan.

Page 96: hkh

78

c) Reka bentuk 3: Solomon Four Group Design Merupakan kombinasi kepada kedua-dua bentuk Reka bentuk 1 dan Reka bentuk 2 di mana: Kumpulan 1: R O x O Kumpulan 2: R O O Kumpulan 3: R x O Kumpulan 4: R O Langkah pertama dalam melaksanakan reka bentuk keempat adalah dengan menetapkan secara rawak ahli-ahli bagi setiap kumpulan. Langkah kedua adalah bagi kumpulan pertama dan kedua, praujian dilakukan. Langkah ketiga ialah memberikan treatment kepada ahli kumpulan pertama dan kedua. Langkah terakhir ialah pasca kajian yang dijalankan terhadap ahli keempat-empat kumpulan. Kebaikan reka bentuk ketiga ialah pengkaji boleh membandingkan antara dua kumpulan bagi menentukan sejauhmana perubahan berlaku atau perolehan, dengan itu pengkaji boleh membandingkan dua kumpulan terakhir bagi menentukan sama ada treatment adalah kurang efektif bersama dengan keadaan yang dikawal tanpa prakajian. Kelemahan reka bentuk ketiga ialah pengkaji mempunyai bilangan subjek yang besar bagi membolehkan pengkaji membahagikan kepada empat kumpulan. Persoalannya berapakah bilangan yang mencukupi. Biasanya sesuatu eskperimen yang mengunakan reka bentuk ketiga melibatkan tidak lebih 48 orang responden. 6.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KESAHIHAN DALAMAN DALAM MENGGUNAKAN KAEDAH EKSPERIMEN

Antara faktor yang mempengaruhi kesahihan dalam kaedah eksperimen ialah: 6.3.1 Sejarah Aspek-aspek yang boleh mendatangkan kesan kepada hubungan individu-individu dan boleh jadi muncul diluar jangkaan ketika proses eksperimen sedang berjalan dan mempengaruhi hubungan sebab akibat. 6.3.2 Kesan Kematangan (Maturation Effects) Gangguan terhadap hubungan sebab akibat juga boleh disebabkan factor masa iaitu disebabkan proses biologi dan psikologikal yang berlaku di dalam diri responden berdasarkan masa seperti letih, bosan, dan sebagainya.

Page 97: hkh

79

6.3.3 Kesan Ujian (Testing Effect) Dalam eksperimen, subjek diberikan praujian (pretest), di mana pengukuran pertama bagi pembolehubah terikat diambil, kemudian treatment diberikan dan selepas treatment skor kedua diambil. Perbandingan antara pra kajian dan pos kajian dikaitkan dengan treatment yang diberikan. Pada hakikatnya pendedahan responden terhadap prakajian mungkin telah mempengaruhi tindak balas terhadap post-test. 6.3.4 Kesan Alat (Instrumentation Effects) Wujud akibat perubahan di dalam alat pengukuran antara pra kajian dan pasca kajian. Ini boleh terjadi sekiranya pengkaji menggunakan alat pengukuran yang sama semasa pra kajian dan pasca kajian. 6.3.5 Bias pemilihan Sesetengah peserta adalah sukarela terutama dalam hal-hal yang melibatkan bayaran. Peserta sukarela ini mungkin berbanding dengan responden sebenar dan tindak balas mereka terhadap treatment mungkin berbeza. 6.3.6 Regresi Statistik Wujud apabila peserta eksperimen mempunyai skor yang ekstrim ke atas pembolehubah terikat ketika kaedah eksperimen berbula. 6.3.7 Mortaliti Wujud terutama bagi eksperimen yang mengambil masa yang panjang menyebabkan ada yang mati atau gugur daripada kumpulan. 6.4 KAEDAH TINJAUAN (SURVEY) Reka bentuk tinjauan adalah mengikut format standard atau piawai. Dua bentuk kaedah tinjauan ialah tinjauan keratan rentas (cross sectional survei) dan reka bentuk longitudinal (longitudinal survey). Kaedah tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik yang biasanya dipos, dikendalikan sendiri oleh penyelidikan secara temu bual bersemuka atau melalui telefon. 6.4.1 Kaedah Soal Selidik Soal selidik merupakan satu set soalan-soalan yang telah disediakan lebih awal dimana responden diberikan pilihan-pilihan. Ia merupakan

Page 98: hkh

80

mekanisme yang berkesan apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa yang diperlukan dan bagaimana untuk mengukur pembolehubah yang menjadi minat pengkaji. Dua cara soal selidik dikendalikan ialah i) ditadbir sendiri oleh pengkaji, dan ii) melalui pos. i) Soal selidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji Apabila tinjauan yang perlu dijalankan telah dikenal pasti dari segi lokasi, dan organisasi yang terpilih telah bersedia dan berupaya untuk menetapkan kumpulan bagi menjawab soal selidik di tempat kerja, cara yang terbaik bagi mengedarkan soal selidik ialah dengan mengendalikan sendiri oleh penyelidik. Kebaikan teknik ini ialah pengkaji boleh mengumpulkan semua jawapan dalam tempoh masa yang singkat. Sebarang persoalan atau keraguan di pihak responden boleh dijawab dengan segera. Pengkaji juga mempunyai peluang untuk menjelaskan tentang tujuan kajian. Mengedarkan soal selidik kepada jumlah responden yang ramai secara serentak adalah lebih menjimatkan masa dan wang serta memerlukan kemahiran yang lebih rendah berbanding dengan menjalankan temu bual. ii) Soal selidik melalui pos Soal selidik melalui pos boleh meliputi kawasan geografi yang luas. Soal selidik dipos kepada responden dan mereka boleh menjawabnya pada masa dan tempat yang sesuai. Walau bagaimanapun, kadar pulangan soal selidik melalui pos adalah rendah, tiada penjelasan secara langsung dari responden dan kadar pulangan yang rendah menyebabkan generalisasi dipersoalkan. Ini kerana responden yang menjawab soal selidik mungkin berbeza dari responden yang tidak menjawab. Untuk meningkatkan kadar pulangan soal selidik, teknik yang berkesan ialah dengan menghantar surat susulan, menyertakan insentif, memberikan sampul yang beralamat pengkaji serta bersetem dan memendekkan soalan. Kaedah pengedaran soal selidik melalui pos ini tidak digalakkan sekiranya subjek mempunyai tahap pendidikan rendah tetapi bentuk soal selidik boleh diubah suai seperti menggunakan gambar-gambar untuk membantu mengatasi masalah ini. 6.5 KAEDAH TEMU BUAL Satu daripada kaedah untuk mendapatkan data dalah dengan menemubual responden bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang menjadi minat pengkaji. Temu bual boleh dilakukan secara berstruktur dan secara tidak berstruktur. Temu bual boleh dikendalikan secara langsung oleh pengkaji atau melalui telefon.

Page 99: hkh

81

6.5.1 Temu Bual Tidak Berstruktur Apabila pengkaji melakukan temu bual tanpa susunan soalan-soalan yang teratur akan ditanya kepada responden. Tujuan temu bual tidak berstruktur adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu isu bagi membolehkan pengkaji mendapat ide tentang soalan yang harus dibina untuk pengujian selanjutnya. 6.5.2 Temu Bual Berstruktur Dijalankan apabila penemubual mengetahui dengan tepat apakah maklumat yang ingin diketahui dan menentukan terlebih dahulu set soalan yang akan ditanya. Penemubual telah menulis soalan-soalan dan akan merujuk kepada soalan berkenaan semasa menjalankan temu bual. Soalan-soalan biasanya memberikan focus terhadap fakta-fakta yang timbul semasa temu bual dan sesuai dengan masalah kajian. Jawapan responden akan dicatatkan. Alat-alat visual seperti gambar, lukisan, dan kad-kad juga digunakan dalam menjalankan temu bual. Berkaitan dengan temu bual iaitu latihan perlu diberikan kepada penemubual tentang bagaimana hendak memulakan temu bual, bagaimana untuk terus menyoal, memberikan motivasi kepada responden, apa yang hendak diperolehi atau dicari dalam jawapan responden dan teknik membuat koding. Teknik penyusunan soalan dalam temu bual adalah seperti berikut: i) Funneling Lebih baik memulakan soalan dengan berbentuk terbuka yang seterusnya membawa kepada soalan yang lebih terfokus. ii) Soalan tidak bias Soalan-soalan berbentuk emosional harus dielakkan. Bias juga boleh berlaku melalui penggunaan perkataan, nada dan inotasi suara dan juga cadangan-cadangan yang tidak bersesuaian. iii) Penjelasan isu Untuk memastikan bahawa pengkaji memahami apa yang dimaksudkan oleh responden, adalah dicadangkan supaya pengkaji mengulangi apa yang dikatakan oleh responden bagi tujuan penjelasan isu.

Page 100: hkh

82

iv) Membantu responden memikirkan sesuatu isu Jika responden merasa tidak jelas, pengkaji boleh menanya soalan dengan cara yang lebih mudah atau menstrukturkan semula soalan. v) Mengambil nota/atau jawapan Catatan jawapan atau nota boleh diambil di dalam masa yang sama atau menggunakan pita rakaman. 6.6 TEKNIK PENGENDALIAN TEMU BUAL Temu bual boleh dikendalikan secara bersemuka atau melalui telefon. Pemilihan tatacara ini bergantung kepada tahap kompleksiti isu yang terlibat, masa temu bual akan dijalankan, keselesaan kedua-dua belah pihak dan juga lokasi tempat tinjauan dijalankan. Temu bual melalui telefon sesuai bagi responden yang berada dalam geografi yang luas dan masa temu bual yang pendek. Kebaikan temu bual melalui telefon adalah pelbagai antaranya responden boleh ditemu bual walaupun jarak yang jauh dalam tempoh masa yang singkat. Bagi responden, ia mungkin dapat menghilangkan rasa tidak selesa ketika ditanya secara bersemuka serta juga menghilangkan ketidakselesaan jika terpaksa mendedahkan maklumat secara sulit. Dari segi kelemahannya ialah responden boleh menamatkan temu bual tanpa apa-apa penjelasan dengan meletakkan telefon. Bagi mengatasi masalah ini, adalah lebih baik supaya sebelum temu bual dijalankan, dinyatakan terlebih dahulu berapa lama temu bual akan dijalankan dan tetapkan masa yang membawa keselesaan kepada kedua-dua belah pihak. Kelemahannya juga adalah pengkaji tidak dapat melihat responden mahupun komunikasi tanpa lisan beliau. Kebaikan bagi temu bual bersemuka adalah pengkaji boleh mengubahsuai cara menanya soalan, menjelaskan kekaburan dan memastikan bahawa jawapan difahami melalui pengulangan atau penstrukturan semula soalan. Pengkaji juga boleh melihat isyarat-isyarat tanpa lisan daripada responden. Kelemahan kaedah ini ialah dari segi limitasi geografi dan sumber kewangan yang besar diperlukan jika temu bual dijalankan di peringkat kebangsaan atau apabila kos yang tinggi terlibat untuk melatih penemu bual.

Page 101: hkh

83

SOALAN DALAM TEKS 6.1

1. Apakah kaedah tinjauan keratan rentas dan

tinjauan longitudinal? 2. Nyatakan tiga reka bentuk eksperimen?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.7 KAEDAH PEMERHATIAN Pemerhatian seringkali disalah anggap sebagai memandang atau melihat tetapi ini merupakan istilah yang terlalu sempit. Pemerhatian sebenarnya melibatkan lebih dari aspek berkenaan kerana pemerhatian melibatkan mendengar, membaca, dan menggunakan deria untuk menghidu dan menyentuh. Ahli-ahli sains tingkah laku manusia atau binatang. Pemerhatian sebenarnya turut melibatkan pemantauan aktiviti-aktiviti lisan dan bukan lisan serta persekitaran. 6.7.1 Pemerhatian Bukan Tingkah laku (Non-behavioral

Observation) Salah satu dari bentuk penyelidikan pemerhatian bukan tingkah laku ialah analisis rekod. Analisis ini mungkin melibatkan aspek pensejarahan atau rekod-rekod terkini dan rekod awam dan swasta. Rekod-rekod ini mungkin dalam bentuk bertulis, bercetak, rakaman bunyi, gambar-gambar atau pita video. Data-data statistik sejarah seringkali merupakan sumber utama yang sering digunakan bagi kajian ini. Analisis bagi rekod kewangan terkini dan data ekonomi merupakan sumber data utama bagi kajian. Contoh yang lain bagi pemerhatian jenis ini ialah analisis isi kandungan periklanan dan analisis rekod kakitangan sesebuah organisasi. 6.7.2 Pemerhatian Tingkah Laku (Behavioral Observation) Pemerhatian tingkah laku seseorang atau gelagat individu boleh diklasifikasikan kepada empat kategori utama. Tingkah laku bukan lisan adalah merupakan sesuatu yang paling jelas seperti bahasa badan seseorang pekerja di sesebuah kilang pengeluaran. Pada tahap yang lebih abstrak, seseorang pengkaji boleh mengkaji pergerakan badan sebagai petunjuk kepada minat atau kebosanan, kemarahan atau keriangan dalam sesuatu persekitaran. Pernyataan motor sepertti mimik muka dikaji

Page 102: hkh

84

sebagai indikator kepada tahap emosi. Kelipan mata dikaji sebagai indikator kepada minat dalam mesej-mesej periklanan. Saling bertukar pandangan mungkin dilihat sebagai tingkah laku interpersonal. Tingkah laku linguistik adalah merupakan bentuk pemerhatian yang paling banyak dikaji. Misalnya berapa kerapkah sebutan “ahs” disebut dalam sesuatu pengucapan awam. Proses interaksi merupakan satu lagi bentuk tingkah laku linguistik dimana proses berkenaan melibatkan dua atau lebih individu atau dalam kumpulan kecil. 6.8 PENILAIAN BAGI KAEDAH PEMERHATIAN Wujud banyak keadaan yang pemerhatian boleh merupakan satu-satunya kaedah untuk menjalankan kajian. Kajian rekod-rekod, proses mekanikal dan lain-lain tergolong ke dalam kategori ini. Kajian-kajian yang melibatkan kanak-kanak dan mereka yang buta huruf tidak boleh dikaji secara efektif dengan menggunakan kaedah yang lain. Satu daripada kelebihan kaedah ini ialah kita boleh mengumpulkan maklumat asas semasa peristiwa berkenaan berlaku. Pengkaji tidak perlu bergantung kepada laporan orang lain. Setiap responden menyaring maklumat dan lupa adalah merupakan salah satu sebab mengapa rekod tidak dilaporkan dengan adil dan cukup. Pemerhatian mengatasi masalah ini. Kebaikan seterusnya ialah seseorang penyelidik boleh memperolehi keseluruhan peristiwa yang berlaku dalam persekitaran yang natural hanya dengan kaedah ini. Dalam persekitaran eksperimen, yang seakan dicipta kepada subjek dan jumlah serta jenis soalan menghadkan keupayaan untuk menjawab serta memberikan penjelasan di kalangan responden, pemerhatian dianggap sebagai kaedah yang paling sesuai dalam kebanyakan kaedah asas bagi mengumpulkan data. Di samping itu, kaedah ini juga tidak dihadkan kepada jangka masa aktiviti pengumpulan data seperti penggunaan kaedah survei atau eksperimen. Terakhir, kaedah ini juga mempunyai tahap penerimaan yang tinggi di kalangan subjek kerana subjek menganggap kaedah pemerhatian yang lebih berbanding dengan menyoal. Ia kurang menekan responden dan kurang bias. Limitasi kepada penggunakan kaedah ini termasuklah salah satu dari masalah utama ialah pemerhati mestilah hadir semasa sesuatu peristiwa berlaku. Adalah mustahil untuk meramalkan dimana dan bila sesuatu

Page 103: hkh

85

peristiwa akan berlaku. Satu daripada cara untuk mengelak daripada terlepas untuk melihat sesuatu berlaku tetapi ini membawa kepada kelemahan yang seterusnya iaitu pemerhatian ialah satu kaedah yang lama dan mahal. Kelemahan seterusnya ialah tahap realibiliti hasil kajian adalah terhad kepada data yang boleh ditentukan berdasarkan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar atau data permukaan sahaja (surface data). Untuk melihat secara lebih mendalam, pemerhatian mestilah membuat kesimpulan atau tafsiran. Dua pemerhatia mungkin bersetuju dengan keadaan yang dilihat dengan mata kasar mengenai sesuatu peristiwa tetapi kesimpulan yang dilakukan daripada data yang sama mungkin pelbagai. Kelemahan yang lain termasuklah persekitaran kajian yang mungkin sesuatu kepada penilaian subjektif dan merekodkan data berbanding dengan pengawalan dan kuantifikasi peristiwa. Apabila kawalan melalui interversi yang aktif oleh pengkaji, penglibatan mereka mungkin mengancam kesahihan data yang dinilai. Meskipun dengan menggunakan saiz sampel yang kecil, rekod pemerhatian boleh menjadi banyak dan sukar untuk dianalisis. Seterusnya, pemerhatian dihadkan dalam cara untuk mempelajari sesuatu yang telah lepas. Ianya dihadkan kepada kaedah dimana untuk mengetahui tentang apa yang sedang berlaku pada masa kini. Adalah sukar untuk mendapatkan data tentang topik-topik seperti niat, tingkah laku, pendapat atau keutamaan. 6.9 HUBUNGAN PEMERHATI-SUBJEK Hubungan antara pemerhati dan subjek boleh dilihat dari tiga perspektif iaitu 1) samaada pemerhatian yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung, 2) sama ada kehadiran pemerhati diketahui atau tidak diketahui dan 3) apakah peranan yang dimainkan oleh pemerhati. 1. Bentuk pemerhatian Pemerhatian langsung (direct observation) adalah berkaitan dengan situasi dimana pemerhati secara langsung secara fizikal dan personal untuk memerhatikan apa yang berlaku. Pendekatan ini adalah faksibel kerana ia membenarkan pemerhati untuk bertindak balas kepada dan melaporkan aspek-aspek dalaman sesuatu peristiwa atau tingkah laku yang berlaku. Pemerhati mungkin bebas bertukar tempat, menukarkan fokus pemerhatian atau menumpukan kepada peristiwa yang tidak dijangka tetapi berlaku. Kelemahan pendekatan ini ialah persepsi pemerhati

Page 104: hkh

86

mungkin tertekan kerana peristiwa bertukar dengan cepat dan meninggalkan mereka dengan alternatif atau mencuba untuk menyusun semula apa yang tidak dapat dicatat. Ini mungkin menyebabkan pemerhati menjadi letih, bosan dan gangguan peristiwa boleh mengurangkan ketepatan dan kesempurnaan pemerhatian. Pemerhatian secara tidak langsung digunakan untuk memerihalkan tentang kajian di mana catat dilakukan secara mekanikal, fotograf atau secara elektronik. Misalnya, pergerakan yang diambil oleh kamera yang diletakkan di dalam kedai bagi melihat pergerakan pelanggan. Kekuatan kaedah ini adalah rekod yang diperolehi adalah tetap dan boleh dianalisis pada bila-bila masa. 2. Kerahsiaan Faktor yang kedua mempengaruhi hubungan pemerhati-subjek ialah sama ada kehadiran pemerhati seharusnya dimaklumkan kepada subjek atau tidak. Apabila pemerhati diketahui, risiko bagi aktiviti yang sering dilakukan oleh subjek. Kemasukan awal pemerhati mungkin akan menggangu pola aktiviti subjek tetapi kesan ini boleh dihapuskan dengan cepat. Ini terjadi terutamanya apabila subjek terlibat dalam aktiviti subjek. Dalam sesetengah keadaan, pemerhati mungkin merahsiakan kehadiran dengan menggunakan cermin sehala, kamera tersembunyi, atau mikrofon. Kaedah ini mengurangkan risiko bagi bias pemerhatian tetapi membawa kepada persoalan etika kerana pemerhatian secara tidak langsung dianggap sebagai salah satu bentuk penyiasatan dan kesan bagi tindakan ini harus disemak dengan teliti. 3. Penglibatan Isu ketiga adalah sama ada pemerhati seharusnya terlibat dalam situasi semasa memerhati. Ini melibatkan susunan, pemerhatian turut serta wujud apabila pemerhati memasuki persekitaran social dan bertindak sebagai pemerhati dan peserta. Kadangkala pemerhati diketahui oleh perserta manakala kadangkala peranan beliau tidak dimaklumkan. Ini membawa kepada persoalan etika dimana secara umumnya subjek tidak memberikan kebenaran dan tidak mempunyai pengetahuan tentang hasil kajian.

Page 105: hkh

87

SOALAN DALAM TEKS 7.2

1. Apakah isu-isu etika yang terlibat dalam kaedah

eksperimen? 2. Apakah bentuk hubungan subjek-pemerhati?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.10 ANALISIS KANDUNGAN Analisis kandungan adalah satu metod kajian yang boleh dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji apa juga hasil yang telah direkodkan dalam berbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran, percakapan, dan gambaran visual. Pendekatan analisis isi kandungan bahan-bahan ini dilakukan secara yang berasaskan kepada pendekatan sains yang dilakukan secara sistematik. Aspek yang penting yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh pengkaji ialah tentang pembentukkan kategori isi kandungan dalam bahan komunikasi yang hendak dikaji. Beberapa takrifan kajian kandungan telah diberikan oleh pakar-pakar kaedah penyelidikan. Berelson (1952) mentakrifkan kaedah analisis kandungan sebagai teknik penyelidikan yang memperihalkan kandungan yang nyata secara objektif, sistematik dan kuatitatif. Stempel dan Westley (1981) menyatakan bahawa analisis kandungan adalah membuat kesimpulan dari pemerhatian terhadap sesuatu kandungan atau mesej. Sementara Weber (1985) pula mentakrifkan kajian kandungan sebagai satu kaedah penyelidikan yang menggunakan langkah-langkah tertentu untuk membuat kesimpulan daripada teks. 6.11 PROSEDUR KAJIAN Untuk menentukan supaya kajian analisis kandungan ini berbentuk saintifik, beberapa langkah tertentu perlu diikuti oleh pengkaji. Langkah-langkah berkenaan adalah seperti berikut: 1. Menentukan objektif kajian Tujuan utama sesuatu penyelidikan dijalankan adalah untuk mendapatkan beberapa jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh sesuatu fenomena sosial. Tujuan ini boleh dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil dan spesifik untuk menjawab soalan-soalan kajian yang lebih kecil.

Page 106: hkh

88

2. Tentukan bahan-bahan yang hendak dikaji Bahan-bahan kajian yang berupa audio, atau bahan-bahan visual yang dipilih untuk dikaji seharusnya berupaya untuk menyediakan data yang diperlukan bagi menguji hipotesis kajian dan seterusnya membantu mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian. 3. Membentuk kategori isi kandungan Berdasarkan kepada objektif kajian, pengkaji perlu membentuk kategori-kategori isi kandungan. Misalnya, jika pengkaji ingin mengetahui apakah jenis berita sukan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar di Malaysia, pengkaji perlu memikirkan kategori-kategori berita sukan yang selalu dibacan dan dilihat di dalam akhbar tempatan. Pengkaji akan memerika akhbar-akhbar berkenaan untuk mendapatkan idea tentang jenis-jenis berita luar negara yang selalu tersiar di dalam akhbar berkenaan. Apa yang penting dalam membentuk kategori-kategori ini ialah hasilnya perlulah menyeluruh dan kategori itu perlulah saling mengasingkan. Menyeluruh ini bermaksud pengkaji telah berusaha untuk membentuk setiap kategori tema berita sukan yang mungkin disiarkan oleh akhbar-akhbar. Konsep kategori yang saling mengasingkan ini menentukan supaya tidak ada satu pun berita atau item boleh dikelaskan ke dalam lebih daripada satu kategori. Oleh itu, setiap kategori perlu mempunyai penjelasan yang terperinci mengenai had dan sempadan kategori berkenaan. Misalnya, jika sesuatu berita itu boleh dimasukkan ke dalam dua kategori, ia akan menimbulkan masalah semasa melakukan koding. 4. Unit analisis Unit analisis mungkin merupakan perkataan, ayat, perenggan, atau keseluruhan sesuatu item bahan kajian. Misalnya, panjang berita dalam ukuran setiap inci lajur atau sentimeter lajur juga boleh digunakan sebagai unit analisis. 5. Pemilihan sampel Bagi kajian yang bertujuan untuk mengetahui tentang penyiaran berita sukan, keseluruhan berita sukan adalah merupakan populasi. Untuk itu, asas pensampelan dalam analisis kandungan seperti jangka masa liputan kajian dan akhbar-akhbar yang hendak dikaji perlu dikenal pasti. Biasanya kaedah pensampelen bertujuan dan berperingkat digunakan. 6. Penyediaan rangka koding Pengkaji harus menyediakan satu koding untuk memberikan arahan kepada juru-juru kod kategori-kategori isi kandungan berita. Rangka ini

Page 107: hkh

89

perlu menerangkan dengan jelas prosedur yang perlu diikuti oleh setiap jurukod dan mengandungi setiap kategori-kategori isi kandungan yang mempunyai definisi yang mudah difahami dan jelas. Ia merupakan satu set penerangan mengenai pelaksanaan kerja-kerja mengkod supaya dapat dilakukan dengan seragam oleh semua jurukod. 7. Penyediaan borang koding Borang ini bertujuan untuk membolehkan juru kod memasukkan tanda-tanda yang diperlukan pada tempat-tempat yang ditetapkan oleh pengkaji. Data dari borang ini akan dipindahkan kepada komputer untuk pengiraan dan analisis data. 8. Prauji rangka koding Tujuan prauji adalah untuk memastikan bahawa segala kategori yang digunakan dan didefinisikan yang diberikan tepat serta mudah difahami. Ini dilakukan dengan memilih satu sample berita yang hendak dikaji dan dikodkan mengikut rangka yang disediakan. Ada kemungkinan pengkaji mendapati bahawa sesetengah kategori yang digunakan tidak terdapat atau terlalu sedikit dan kadangkala terdapat berita yang tidak ada dalam kategori yang dibentuk. 9. Melatih jurukod Latihan diperlukan bagi memastikan koding dilakukan secara seragam. Latihan ini merupakan penerangan yang lengkap tentang tatacara koding dan memahami kategori berita yang perlu dikod. Jurukod perlu memahami matlamat kajian, kategori-ketegori berita yang perlu dikod, bagaimana membaca dan memilih berita dan bagaimana isi kandungan berita harus dikodkan. 10. Menguji kesahihan antara jurukod Uji ini bertujuan untuk menentukan bahawa semua juru kod dapat membuat keputusan yang sama terhadap isi kandungan sesuatu berita. Jika terdapat percanggahan dalam penafsiran ke atas satu-satu kategori isi kandungan berita maka ini akan menimbulkan masalah kesahihan keputusan kajian itu pada keseluruhan nanti. 11. Melakukan kerja koding Kerja-kerja pengkodan perlu dilakukan setelah pengkaji berpuashati terhadap keseragaman pengkodan yang tinggi antara juru-juru kod.

Page 108: hkh

90

Pengkaji perlu menyemak secara rawak dari masa ke semasa kerja-kerja pengkodan supaya keseragaman kerja jurukod dapat ditentukan. 12. Analisis data Analisis data biasanya dilakukan dengan menggunakan pakej program SPSS-X. 13. Menyediakan laporan Penyediaan laporan kajian dibuat seperti melaporkan kajian-kajian sains sosial yang lain. 6.12 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ANALISIS

KANDUNGAN Seperti juga kaedah-kaedah yang lain, terdapat kekuatan dan kelemahan dalam pengunaan kaedah ini. Antara lain, kelemahan kaedah analisis kandungan memerihalkan kandungan sesuatu mesej dalam bentuk mesej yang nyata (manifest content) yang mungkin akan membawa kepada mesej yang tersirat (latent content) yang akan dikaji kelak. Kaedah analisis kandungan juga tidak dapat memerihalkan tentang kesan sesuatu mesej. Dari segi kategori juga, pemilihan dan pengwujudan sesuatu kategori adalah sukar. Kategori haruslah bersifat terperinci supaya tidak akan timbul apa-apa persoalan. Misalnya item berita tentang perkembangan akademik di UUM harus dimasukkan ke dalam kategori di UUM atau akademik atau kategori lain yang menyatakan pertalian UUM-akademik. Selain dari itu, pemakaian kaedah ini juga tidak dikaitkan dengan sebarang teori. Ia dianggap lebih bercorak “data-driven” daripada “teori-driven”. Dari segi kekuatannya, kaedah ini dikatakan mudah digunakan dan memerlukan perbelanjaan yang rendah. 6.13 KAJIAN KES Kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara insentif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil social seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat. Ini bererti penyelidik akan memeriksa satu unit social secara terperinci. Kajian kes memberikan penekanan terhadap memahami mengapat individu atau unit sosial menjadi seperti keadaannya sekarang dan bagaimana perubahan tingkah laku individu atau unit sosial tersebut berlaku disebabkan pembolehubah-pembolehubah tertentu. Biasanya kajian kes dilakukan dengan tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu atau unit sosial. Misalnya, kes-kes yang berkaitan

Page 109: hkh

91

dengan kesalahan yang melanggar etika yang dilakukan oleh seseorang penjawat awam, kes-kes pecah amanah dan sebagainya. Kelebihan menggunakan kajian kes sebagai satu kaedah pengumpulan data adalah dari segi mendalamnya maklumat yang didapati tentang sesuatu kes. Namun begitu, maklumat yang terhadap ini menyebabkan inferens tentang populasi tidak dapat dilakukan kerana saiz sampel yang kecil. Keinginan untuk mengetahui yang mendalam turut menyebabkan keseimpulan yang prejudis. 6.14 ANALISIS DATA SEKUNDER Analisis data sekunder atau analisis dokumen merupakan kaedah penyelidikan diskriptif yang bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku berpandukan kepada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Kebekesanan kaedah ini bergantung kepada kebolehan penyelidik memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai. Contoh-contoh dokumen yang dianalisis termasuklah dokumen kewangan dan perbelanjaan organisasi, laporan organisasi dan sebagainya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan aspek-aspek etika dalam menjalankan penyelidikan

eksperimen? 2. Apakah teknik penyusunan soalan dalam temu bual. 3. Apakah langkah-langkah dalam menjalankan analisis kandungan. 4. Nyatakan kelebihan dan kelemahan kaedah pemerhatian?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 6.1

1. Kesatuan sekerja kebangsaan merupakan kesatuan sekerja sektor

swasta yang meliputi sesuatu tertentu dan menerima ahli dari semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Page 110: hkh

92

2. Kesatuan sekerja dalam syarikat merupakan kesatuan sekerja sektor swasta yang mempunyai ahli yang terdiri dari pekerja-pekerja dalam sesuatu organisasi atau syarikat yang tertentu.

SDT 6.2

1. Pekerja menyertai sesuatu kesatuan sekerja disebabkan oleh

faktor: - gaji dan faedah - pengaruh kesatuan sekerja - persamaan hak - tekanan sosial

2. Pekerja merasakan kepentingan-kepenting mereka berkenaan

dengan gaji akan dapat disuarakan dengan lebih baik melalui saluran rasmi dengan wakil-wakil khusus yang dilantik.

Page 111: hkh

93

BAB 7

PEMBENTUKAN INSTRUMEN KAJIAN/SOAL SELIDIK

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menentukan sumber pembentukan soal selidik yang sesuai. 2. Memahami proses dan cara mereka bentuk soal selidik

berdasarkan garis panduan pembentukan soal selidik. 3. Membincangkan skala-skala jawapan soal selidik yang sesuai

yang boleh digunakan dalam instrumen kajian/soal selidik. 4. Mengetahui cara-cara merekod dan membuat catatan yang

diperlukan dalam soal selidik.

7.1 PENGENALAN Dalam bab yang lepas, anda telah didedahkan dengan kaedah-kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif. Kesemua kaedah ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Anda seharusnya telah berupaya memilih kaedah yang dirasakan paling sesuai untuk digunakan dalam kajian anda. Dalam bab ini pula, anda akan didedahkan dengan cara membentuk instrumen kajian untuk tujuan pengumpulan data. Ini merupakan satu proses penting bagi menentukan bahawa data-data yang akan diambil daripada responden merupakan data-data yang akan dapat menjawab objektif dan permasalahan kajian. Instrumen kajian yang akan digunakan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan format. Dalam konteks penyelidikan sains sosial, biasanya instrumen kajian yang kerap kali digunakan adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini akan digunakan oleh anda bagi dijadikan alat pengukuran untuk menjawab objektif an permasalahan kajian. Proses membentuk sesuatu soal selidik memerlukan penumpuan dan penelitian yang terperinci dari anda supaya soal selidik yang dibentuk dapat dipertahankan dari segi kesahan dan kebolehpercayaannya. Justeru itu, bab ini akan memberi fokus kepada cara membentuk soal selidik yang dapat mengukur atau mendapatkan maklumat yang diperlukan selari dengan yang dikehendaki dalam kajian.

Page 112: hkh

94

7.2 DEFINISI SOAL SELIDIK Soal selidik merupakan satu set soalan atau kenyataan di mana responden merekod jawapan mereka dan biasanya menggunakan alternatif-alternatif jawapan yang diberikan melalui pelbagai format yang telah disediakan oleh pengkaji. Soal selidik dianggap sebagai metod pengumpulan data yang berkesan memandangkan pengkaji akan memperolehi maklumat yang diperlukan melalui jawapan atau maklum balas dengan menggunakan skal-skala pengukuran tertentu yang telah dikenal pasti oleh pengkaji. 7.3 SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN SOAL SELIDIK Bagi membentuk soal selidik untuk mengukur sesuatu pembolehubah dalam kajian anda, perkara pertama yang harus difikirkan adalah apakah soal selidik tersebut berupaya menjawab objektif yang telah anda nyatakan. Dengan kata lain, apakah objektif kajian anda akan tercapai dengan soal selidik yang dibentuk? Bagi mencapai matlamat tersebut, pengkaji perlu memastikan yang pembolehubah yang digunakan dalam kajian dapat diterjemahkan ke dalam bentuk item-item soalan atau kenyataan yang akan dapat mengukur atau meninjau maklumat yang diperlukan daripada responden. Untuk tujuan itu, pengkaji mungkin akan membuat keputusan sama ada untuk menggunakan: a) Soal selidik piawai Ini merupakan soal selidik sedia ada yang dibentuk oleh pengkaji-pengkaji lepas. Soal selidik ini mungkin telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dan merupakan soal selidik yang mengukur apa yang hendak diukur oleh pengkaji dalam kajiannya sekarang. b) Soal selidik piawai yang diubah suai Soal selidik ini merupakan soal selidik yang diperolehi seperti di atas tetapi diubah suai untuk disesuaikan dnegan objektif dan permasalahan kajian pengkaji. Pengubahsuaian mungkin dilakukan dalam bentuk penambahan item soalan atau kenyataan, pengubahsuaian melalui terjemahan atau pembaikan dari segi isi dan kandungan. c) Soal selidik yang dibentuk sendiri Pengkaji mungkin ingin membentuk soal selidik sendiri disebabkan tidak soal selidik piawai yang boleh digunakan.

Page 113: hkh

95

Sekiranya pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan pilihan yang ketiga, maka perkara selanjutnya yang harus difikirkan adalah bagaimana soal selidik itu harus dibentuk dan apakah asas-asas atau sumber-sumber yang boleh digunakan bagi membantunya menyediakan soal selidik yang baik. Bagi membentuk soal selidik yang mempunyai item-item soalan atau kenyataan yang benar-benar sesuai dan dapat mengumpul data serta maklumat yang lengkap mengenai persoalan yang ingin dikaji, maka pengkaji perlulah merujuk kepada perkara-perkara berikut: i) Ulasan karya atau kajian-kajian terdahulu Pengkaji seharusnya membuat pencarian serta pembacaan secara

komprehensif mengenai semua kajian yang pernah dilakukan mengenai tajuk terbabit. Ini termasuklah membuat rujukan terhadap isi kandungan jurnal-jurnal terkini, laporan-laporan penyelidikan sama ada dari dalam atau luar negara, penyelidikan oleh para pengkaji dari universiti-universiti tempatan termasuklah buku-buku yang berkaitan dan sebagainya. Pencarian ini akan memberi arah kepada dalam konteks kajian yang akan dilakukan, pembiolehubah yang terbabit, skala yang digunakan, cara soal selidik itu ditadbir dan sebagainya.

ii) Rujukan tentang konsep dan pembolehubah yang dikaji

Dengan memahami konsep-konsep dan pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenal pasti dalam kajian, pengkaji akan dapat mencerna idea bagi menterjemahkan konsep dan pembolehubah tersebut ke dalam bentuk soalan atau kenyataan bagi digunakan di dalam soal selidik. Sekiranya konsep dan pembolehubah tidak dapat didefinisikan secara operasional dengan baik, maka agak sukar bagi pengkaji merumuskan bentuk soal selidik yang akan dibina.

iii) Perbincangan dengan pakar dalam bidang tertentu

Setiap bidang ilmu mempunyai pakar-pakar tertentu yang boleh dikenal pasti. Adalah menjadi kerugian sekiranya pengkaji tidak menggunakan kesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan pakar-pekar ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mereka mengenai sebarang isu penyelidikan termasuklah meminta pandangan tentang cara membetuk soal selidik bagi kajian yang ingin dilakukan.

Page 114: hkh

96

iv) Isu-isu semasa Sebarang isu yang berlaku dalam masyarakat boleh juga dijadikan asas bagi membentuk soal selidik. Mungkin ada beberapa perkara yang baru timbul dalam konteks kajian yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya kajian yang ingin dilakukan adalah mengenai pendatang tanpa izin, mungkin antara perkara yang boleh dijadikan asas kajian ialah masalah layanan dan keadaan persekitaran di kem-kem tahanan pendatang tanpa izin. Justeru itu, isu-isu ini boleh diterjemahkan ke dalam bentuk item-item soalan atau kenyataan yang sesuai.

v) Soal selidik piawai Soal selidik piawai boleh dijadikan contoh dalam usaha membentuk soal selidik baru walaupun soal selidik piawai tersebut mungkin tidak terlalu berkaitan dengan tajuk yang ingin dikaji. Sekurang-kurangnya ia boleh ‘baseline’ pembinaan soal selidik dan juga sumber idea kepada pengkaji.

SOALAN DALAM TEKS 7.1

1. Apakah yang anda faham mengenai soal selidik? 2. Huraikan tiga pilihan keputusan yang boleh

pengkaji gunakan sebelum mereka bentuk sesuatu soal selidik.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.4 GARIS PANDUAN PEMBENTUKAN SOAL SELIDIK Bagi membentuk dan menyediakan soal selidik yang baik serta dapat mengukur atau mendapatkan maklumat yang dikehendaki, beberapa faktor penting harus diambil kira. Faktor-faktor ini boleh dijadikan garis panduan penyediaan sesuatu soal selidik. Faktor-faktor ini ialah:- 7.4.1 Kandungan Soal Selidik Antara perkara yang harus diperhatikan dalam kandungan soal selidik ialah:

Page 115: hkh

97

a) Tujuan dan Isi Soal Selidik Bentuk pembolehubah yang digunakan dan akan diukur akan menentukan jenis soalan atau kenyataan yang akan dibentuk. Sebagai contoh, sekiranya maklumat yang ingin diperolehi berbentuk objektif seperti data-data demografi dan profail (jantina, bangsa, umur dan sebagainya), maka soalan berbentuk skala nominal lebih sesuai bagi jantina dan bangsa manakala soalan berbentuk skala (ratio) digunakan bagi umur. Di samping itu, sekiranya soalan adalah bagi mengukur sikap, persepsi, pandangan atau nilai yakni sesuatu yang subjektif, maka soalan atau kenyataan yang dibentuk perlulah mengambil kira dimensi atau gagasan yang terdapat dalam konsep atau pembolehubah yang dimaksudkan. Setelah itu, pengkaji perlu memikirkan skala pengukuran yang sesuai supaya maklumat yang diperolehi dapat dianalisis secara berkesan. b) Bahasa dan Perkataan dalam Soal Selidik Bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan taraf responden dan mengambil kira tahap pendidikan, tempat dan penggunaan loghat berbeza yang digunakan oleh responden bagi daerah atau negeri yang berbeza. Walaupun begitu, ini tidak bermakna soal selidik perlu menggunakan loghat tertentu tetapi perkataan dan gaya bahasa yang digunakan perlulah difahami dengan jelas oleh responden. Dengan kata lain, sekiranya menggunakan bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu baku perlu diterapkan dalam bentuk yang mudah senang difahami. Sekiranya menterjemahkan sesuatu item soalan atau kenyataan dari bahasa Inggeris, pengkaji perlulah berhati-hati supaya tidak menggunakan perkataan yang mungkin mengelirukan disebabkan pemahaman dari budaya yang berbeza dalam konteks yang berbeza. Sebagai contoh, walaupun pemahaman bahasa Inggeris masyarakat Malaysia dan Britain agak sama, tetapi ada perbezaan dari segi konteks bahasa yang digunakan. Ayat bahasa Inggeris ‘I like to drink’ tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai ‘Saya suka minum’ kerana ia lebih bermaksud ‘Saya suka minum minuman keras’. Malah item kenyataan ini sebenarnya tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Justeru itu, ayat seperti ini harus dielakkan. 7.4.2 Bentuk dan Struktur Soal Selidik Antara perkara yang perlu diperhatikan dalam bentuk dan struktur soal selidik ialah:

Page 116: hkh

98

a) Item Soalan atau Kenyataan Berbentuk Terbuka dan Tertutup

Berdasarkan objektif dan permasalahan kajian, maklumat yang ingin diukur serta jenis analisis statistik yang akan digunakan, pengkaji perlu membuat keputusan sama ada ingin menggunakan item-item soalan atau kenyataan yang berbentuk terbuka atau tertutup. Item soalan atau kenyataan berbentuk terbuka memberi peluang kepada responden untuk menyatakan pendirian secara bebas sebagai jawapan mereka. Responden perlu menyediakan jawapan berbentuk deksriptif sebagai maklumat yang diperlukan. Oleh itu pengkaji akan menyediakan beberapa baris ruang untuk dijawab oleh responden dalam soal selidik. Contoh: Apakah pandangan anda tentang kursus ini? Kelebihan soalan berbentuk terbuka ialah ia membolehkan responden menyatakan pendirian atau pandangan tanpa terikat kepada skala jawapan yang tertentu. Dengan kata lain, ada perkara-perkara tertentu yang akan ditimbulkan dalam jawapan kerana soalan ini memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab. Walaupun begitu, terdapat kelemahan yang tertentu bagi soalan berbentuk terbuka. Sekiranya jumlah responden agak ramai, pengkaji perlu menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengkategorikan jawapan responden supaya mudah dianalisis kerana jawapan yang diberikan tentulah pelbagai. Dalam kajian penerokaan atau kajian rintis, jawapan-jawapan kepada soalan atau kenyataan berbentuk terbuka boleh digunakan untuk dijadikan asas kepada pembinaan soalan-soalan berstruktur tertutup untuk kajian selanjutnya. Item soalan atau kenyataan berbentuk tertutup pula memaksa responden menjawab soalan dengan mimilih jawapan yang telah disediakan. Soalan atau kenyataan berbentuk tertutup adalah lebih berstruktur berbanding dengan soalan atau kenyataan berbentuk terbuka. Responden tidak dibenarkan memberi jawapan sendiri untuk soalan yang dikemukakan. Contoh: Adalah anda berpuas hati dengan kerja anda sekarang?

1 2 3 4 5 Sangat Tidak Puas

Tidak Puas Sederhana Puas

Puas Hati Sangat Puas Hati

Page 117: hkh

99

Kesemua item soalan atau kenyataan dalam soal selidik yang melibatkan skala nominal, ratio dan interval dianggap sebagai item soalan atau kenyataan berbentuk tertutup. Selain daripada memberikan peluang kepada responden untuk menjawab dengan cepat, kelebihan lain yang terdapat bagi soalan jenis tertutup ialah ia memudahkan pengkaji mengkod dan merekod jawapan responden dengan mudah. Ia juga memudahkan analisis statistik yang dilakukan oleh pengkaji. Namun kelemahan yang ketara ialah soalan jenis ini mungkin menghadkan jawapan responden kepada perkara yang disoal sahaja. Responden tidak dapat memberi penjelasan sebab ia merasa sangat puas, sederhana puas atau sangat tidak puas. Bagi mengatasi masalah ini, ada pengkaji yang menyediakan ruangan maklumat tambahan untuk responden memberi jawapan tambahan kepada item-item soalan atau kenyataan tertentu yang berbentuk tertutup. b) Item Soalan atau Kenyataan Positif dan Negatif Dalam soal selidik, pengkaji mempunyai pilihan untuk membentuk ayat atau kenyataan yeng berbentuk positif atau negatif. Contoh kenyataan positif: Saya suka bermain bola sepak setiap petang.

1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Contoh kenyataan negatif: Saya tidak suka bermain bola sepak setiap hari.

1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Walaupun pengkaji bebas memilih bentuk mana yang dikehendakinya dalam soal selidik, biasanya item soalan atau kenyataan berbentuk postif lebih mudah dibentuk. Namun ada baiknya pengkaji membentuk juga item-item negatif di samping item-item positif. Ini bagi mengelakkan responden memberikan jawapan yang cenderung kepada satu hujung sahaja.

Page 118: hkh

100

Soal selidik yang mempunyai campuran item-item positif dan negatif akan membuatkan responden lebih berhati-hati dalam memberikan jawapan mereka kerana mereka perlu membaca dengan teliti terlebih dahulu setiap item-item positif dan negatif sebelum menandakan jawapan mereka. Pengkaji juga dapat mengesan sebarang bias dalam pemilihan jawapan yang diberikan oleh responden. Sekiranya jawapan hanya berkisar di satu hujung sahaja walaupun terdapat campuran item-item positif dan negatif, ini merupakan satu petunjuk bahawa responden tidak membaca dengan teliti soalan atau kenyataan yang diberikan. Dengan cara ini, soal selidik yang mempunyai maklumat yang dirasakan mencurigakan dari segi kesahan jawapan dalam soal selidik boleh diketepikan. 7.4.3 Bias dalam Soal Selidik Di samping perkara-perkara yang berkaitan dengan kandungan, bentuk dan struktur soal selidik, pengkaji juga harus peka terhadap bias yang wujud dalam proses membentuk soal selidik. Antaranya ialah: a) Item Soalan atau Kenyataan Pelbagai Maksud Sesuatu item soalan atau kenyataan yang dibentuk kadangkala mempunyai dua maksud jawapan yang berbeza. Ini dianggap sebagai pelbagai maksud dan tidak seharusnya digunakan dalam soal selidik. Item-item begini juga dikenali sebagai item soalan atau kenyataan ‘dua dalam satu’. Contoh: Adakah anda fikir bahawa barangan ini baik dan akan laku di pasaran? Ya Tidak Walaupun hanya terdapat satu ayat dalam soalan di atas, jika dilihat dengan teliti sebenarnya ada dua soalan yang ingin ditanya iaitu ‘adakah barangan ini baik?’ dan ‘adakah barangan ini akan di pasaran? Soalan-soalan seperti ini dianggap soalan pelbagai maksud dan harus dielakkan. Ini kerana responden mungkin akan menjawan ‘ya’ bagi soalan pertama dan ‘tidak’ bagi soalan kedua. Jika diteruskan, soalan ini akan mengelirukan responden untuk menjawab dan maklumat yang akan diperolehi menjadi tidak tepat lebih-lebih lagi sekiranya soalan di atas dalam bentuk soalan tertutup yakni memerlukan responden memilih jawapan yang disediakan. Sepatutnya soalan dalam contoh di atas dipecahkan kepada dua soalan yang berbeza supaya mudah dijawab oleh responden dan senang dikod oleh pengkaji.

Page 119: hkh

101

Contoh: Soalan 1: Adakah anda fikir bahawa barangan ini baik? Ya Tidak Soalan 2: Adakah anda fikir bahawa barangan ini akan laku di pasaran? Ya Tidak b) Item Soalan atau Kenyataan Kabur Ada ketikanya soalan atau kenyataan yang dibentuk itu tidak jelas dan kabur sehingga menyebabkan responden tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik ataupun tidak pasti apa maksud sebenar soalan tersebut. Contoh: Sejauh manakah anda rasa gembira pada hari ini? Responden yang membawa soalan ini mungkin tidak pasti sama ada apa yang dimaksudkan ialah perasaan gembira di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga atau pada ketika yang lain. Sekiranya soalan seperti ini diberikan kepada responden di tempat kerja, responden mungkin akan menjawab berdasarkan rasa gembira di tempat kerja sedangkan mungkin yang dikehendaki oleh pengkaji ialah perasaan gembira secara keseluruhan ataupun perasaan gembira di rumah sebelum datang bekerja pada hari itu. Ini akan menyebabkan jawapan yang diterima tidak menggambarkan apa yang diperlukan. Dengan kata lain, maklumat yang salah akan diperolehi. Bagi mengelakkan kekeliruan serta untuk memastikan responden faham jelas maksud dan tujuan soalan, soal selidik yang dibentuk seharusnya menyatakan dengan jelas latar tempat bagi mengelakkan kekeliruan. c) Item Soalan atau Kenyataan Berarah kepada Jawapan Item soalan atau kenyataan yang dibentuk tidak seharusnya mempunyai petunjuk secara tidak langsung sehingga menyebabkan ia seoalah-olah mengarah kepada jawapan yang tertentu. Contoh: Tidakkah anda fikir bahawa dalam keadaan ekonomi yang semakin baik sekarang pekerja patut dinaikkan gaji?

Page 120: hkh

102

Sekali imbas soalan ini nampak biasa sahaja tetapi tidak jika diteliti soalan ini sebenarnya dibentuk sehingga menyebabkan responden akan cenderung untuk menjawab ‘ya’ berbanding dengan jawapan ‘tidak’ atau ‘tidak pasti’. Ini adalah kerana jawapan telah pun diberikan secara tidak langsung dalam soalan ini iaitu ‘kenaikan gaji’. Malah sekiranya soalan ini berbentuk terbuka, responden akan menggunakan jawapan yang diberikan secara tidak langsung itu untuk membuat ulasan dan mungkin tidak berhujah mengenai perkara-perkara lain. Pengkaji boleh menstrukturkan semula soalan di atas dalam bentuk terbuka dengan tidak memberikan cadangan jawapan melalui penyediaan petunjuk jawapan seperti di atas. Contoh: Apakah yang sepatutnya dilakukan kepada pekerja dalam keadaan ekonomi yang semakin baik sekarang? Soalan seperti ini akan membolehkan responden berfikir tentang jawapan yang harus diberikan sebelum menjawab kerana mereka perlu menghuraikan sesuatu tanpa sebarang petunjuk yang diberikan terlebih awal. d) Item atau Kenyataan Bias Ingatan Soalan-soalan yang memerlukan responden mengingati sesuatu yang telah lama berlaku mungkin akan menimbulkan bias dalam maklumat yang diperolehi dalam soal selidik. Ini disebabkan antara seorang responden dengan responden yang lain mempunyai daya ingatan yang berbeza. Oleh itu tentulah terdapat bias perbezaan yang akan mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh setiap responden. Sebagai contoh, sekiranya kajian yang dilakukan di sesebuah organisasi melibatkan soalan mengenai pengalaman ketika mula-mula bekerja di organisasi berkenaan, tentulah terdapat bias dalam jawapan kerana terdapat pekerja yang telah lama bekerja di samping pekerja baru. Mereka yang baru bekerja mungkin tidak mempunyai masalah dalam menjawab soalan-soalan seperti ini tetapi mereka yang telah bekerja lebih dari 15 tahun sebagai contoh, akan menghadapi masalah untuk menjawab. Contoh yang lain boleh dirujuk kepada maklumat asas yang diperlukan dalam soal selidik. Katakan pengkaji ingin mengetahui melalui soal selidik bilakah tarikh seorang pekerja mula bekerja di organisasi tersebut dan soalan ini diajukan kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 25 tahun. Tentulah pekerja tersebut tidak mampu untuk mengingati

Page 121: hkh

103

maklumat yang diperlukan. Adalah lebih baik sekiranya maklumat-maklumat seperti ini diperolehi daripada rekod peribadi yang disediakan oleh organisasi berbanding dengan menanyakan soalan yang serupa terus kepada responden. e) Item Soalan atau Kenyataan Sensitif Pengkaji harus berhati-hati dengan sebarang soalan atau kenyataan yang mungkin sensitive dalam soal selidik mereka. Soalan-soalan seperti ini akan menyebabkan responden merasa keberatan untuk menjawab. Harus diingat bahawa responden tidak dipaksa menjawab sebaliknya secara sukarela menjadi responden kajian. Oleh itu, biarlah soal selidik yang dibentuk mengambil kira hal-hal yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama, jantina dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekiranya objektif kajian sememangnya melibatkan pengumpulan maklumat mengenai hal-hal yang sensitive, pengkaji perlulah menyatakan dengan jelas di awal soal selidik. Namun item soalan yang dibentuk seboleh-bolehnya tidak terlalu menimbulkan rasa resah dan bimbang, tetapi dibentuk sedemikian rupa supaya kelihatan ‘neutral’ Ini memerlukan kemahiran dalam pembentukan soal selidik. Soalan-soalan dalam konteks ini termasuklah soalan-soalan mengenai aktiviti jenayah, penagihan dadah, tingkah laku seksual, tingkah laku devian, masalah disiplin dan sebagainya. f) Item atau Kenyataan yang Mempunyai Kesan Sosial Antara perkara yang sering diabaikan dalam pembentukan soal selidik adalah tidak mengambil kira persoalan kesan sosial. Item atau kenyataan seharusnya tidak dibentuk sehingga menyebabkan ada pengaruh kesan sosial. Contoh: Adakah anda fikir bahawa seorang pekerja lelaki yang berumur 55 tahun sepatutnya diberhentikan kerja walaupun masih mampu bekerja? Soalan-soalan seperti ini biasanya akan menyebabkan responden memberikan jawapan ‘tidak’ kerana mereka merasakan masyarakat akan menganggap mereka yang menjawab ‘ya’ sebagai bukan tergolong dalam kategori masyarakat penyayang seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Jawapan seperti ini akan diberikan walaupun mungkin dalam hati kecil responden mereka ingin menjawab ‘ya’ kepada soalan di atas. Soalan-soalan seperti ini merupakan apa yang mempunyai pengaruh kesan sosial (social desribility response).

Page 122: hkh

104

7.4.4 Format Umum Soal Selidik Dalam merangka dan membentuk soal selidik yang baik, format umum soal selidik perlu diberi perhatian oleh pengkaji keran ia merupakan faktor yang boleh menentukan kesan tarikan kepada responden bagi menjawab soal selidik. Antara perkara-perkara yang pelu diperhatikan ialah: a) Format Pengenalan dan Penampilan Soal Selidik Format pengenalan merupakan sebahagian daripada penampilan keseluruhan sesuatu soal selidik. Penampilan sesuatu soal selidik boleh mempengaruhi sama ada seseorang responden akan menjawab soal selidik itu dengan sebagai ruangan untuk menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan, tujuan kajian tersebut, maklumat yang terkandung dalam soal selidik, bahagian-bahagian yang terbabit dan untuk siapa maklumat itu akan digunakan. Kerahsiaan maklumat yang diperolehi juga akan dinyatakan dalam muka pengenalan. Akhirnya nama penyelidik atau kumpulan penyelidik berserta alamat akan dipamerkan. Walaupun format pengenalan ini nampak mudah, tetapi cara pengkaji membentuk ayat dalam bahagian ini akan menyerlahkan penampilan awal soal selidik. Hal ini adalah penting untuk meyakinkan responden tentang kepentingan menjawab soal selidik yang diberikan walaupun ia secara sukarela. Penampilan lain termasuklah saiz dan bentuk perkataan yang digunakan, warna kertas dan juga saiz kertas. b) Panjang Soal Selidik Soal selidik yang baik harus mengambil kira jumlah muka surat soal selidik yang akan diedarkan. Walaupun kadangkala panjang atau pendek sesuatu soal selidik tidak dapat dikawal kerana ia tertakluk kepada objektif dan permasalahan kajian, pengkaji boleh memanipulasi saiz abjad dan saiz kertas. Soal selidik yang terlalu panjang akan menimbulkan rasa jemu manakala yang terlalu pendek pula akan mempengaruhi kesahan soal selidik itu sendiri. Justeru itu soal panjang atau pendek sesuatu soal selidik sebenarnya terserah pada pertimbangan profesional pengkaji sendiri. Jumlah perkataan bagi sesuatu item soalan atau kenyataan juga perlu dihadkan supaya responden tidak terkeliru dengan soalan atau kenyataan yang terlalu panjang. Oppenheim (1986) mencadangkan jumlah perkataan dalam sesuatu soalan atau kenyataan haruslah tidak melebihi 20 perkataan.

Page 123: hkh

105

c) Susunan dan Kesinambungan Item dalam Soal Selidik Susunan dan kesinambungan sesuatu soalan atau item kenyataan dalam soal selidik perlu menjurus kepada maklumat-maklumat umum terlebih dahulu sebelum disusuli dengan maklumat-maklumat yang lebih khusus. Oleh itu dalam soal selidik, maklumat asas atau demografi responden merupakan maklumat yang diletakkan di awal sekali. Dalam bahagian-bahagian seterusnya pula, item-item soalan yang dibentuk perlulah dimulai dengan soalan atau kenyataan yang juga berbentuk umum sebelum lebih menjurus kepada item-item soalan yang lebih khusus. Sebagai contoh, katakan pengkaji membentuk soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap kursus penyelidikan sains sosial, maka soalan-soalan awal perlulah melibatkan soalan-soalan mengenai sikap yang lebih umum. Selepas itu barulah diikuti dengan soalan-soalan mengenai sikap yang lebih terperinci. Dengan cara ini, terdapat kesinambungan dalam urutan soalan bagi soal selidik tersebut. Selain daripada itu, arahan mengenai cara menjawab perlulah diberikan dengan jelas supaya responden dapat menjawab tanpa sebarang kesukaran. Setiap bahagian perlu dimulai dengan arahan mengenai cara menjawab serta penerangan mengenai skala yang digunakan.

SOALAN DALAN TEKS 7.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan item soalan

berbentuk terbuka dan tertutup? 2. Terangkan mengenai item kenyataan yang

berbentuk positif serta negatif dan berikan contoh bagi setiap kenyataan tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.5 SKALA JAWAPAN SOAL SELIDIK Dalam membentuk soal selidik yang dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki bagi menjawab objektif dan permasalahan sesuatu kajian, terdapat pelbagai kategori skala yang boleh digunakan bagi memudahkan pengkaji mengumpulkan tersebut. Skala-skala ini biasanya digunakan

Page 124: hkh

106

untuk item-item soalan berstruktur yang berbentuk tertutup. Pemilihan skala-skala ini haruslah bergantung kepada bentuk pengukuran yang dikehendaki dan mempunyai pertalian rapat dengan skala pengukuran yang dipelajari dalam Bab 3. Antara skala-skala yang digunakan ialah: 7.5.1 Skala Kategori Skala ini merujuk kepada kategori jawapan yang telah disediakan di mana responden hanya perlu memilih jawapan yang menggambarkan kedudukan diri mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam soalan. Biasanya skala ini memerlukan pengkaji menyediakan pilihan jawapan beserta maklumat tertentu dalam jawapan tersebut. Skala kategori lebih merujuk kepada soalan-soalan asas ataupun soalan-soalan umum seperti maklumat demografi. Contoh: Berapakah jumlah pendapatan anda dan isteri bagi tahun lepas? Kurang dari RM20,000 __________________ RM20,001 hingga RM40,000 __________________ RM40,001 hingga RM60,000 __________________ RM60,001 hingga RM80,000 __________________ RM80,000 hingga RM100,000 __________________ Lebih dari RM100,000 __________________ 7.5.2 Skala Grafik

Skala grafik membantu responden untuk memilih jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan dengan menandakan jawapan ke atas nilai-nilai yang disediakan. Skala ini juga memudahkan pengkaji mengumpulkan maklumat kerana setiap jawapan telahpun dikodkan dengan nilai-nilai yang tertentu. Aras skala bagi skala grafik tidak mempunyai had yang tertentu. Contoh: Di atas skala 1 hingga 10, apakah skala yang akan anda berikan untuk menggambarkan penyelia di tempat kerja anda?

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tidak Baik Sederhana Sangat Baik

Page 125: hkh

107

7.5.3 Skala Libert Skala ini merupakan skala yang paling popular dan sering digunakan dalam sesuatu penyelidikan sains sosial. Ia dibentuk sebagai skala bagi kegunaan mengukur darjah persetujuan bagi sikap, persepsi dan pandangan responden terhadap isu-isu yang dikaji. Sebagaimana dalam skala grafik, soalan atau kenyataan akan dibentuk dan responden dikehendaki menjawab soalan tersebut dengan memilih jawapan-jawapan yang disediakan. Skala Likert mempunyai lima aras darjah persetujuan sebagai pilihan jawapan. Contoh: Andakah anda bersetuju dengan pembinaan loji nuklear di kawasan anda?

1 2 3 4 5 Sangat

Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat

Setuju 7.5.4 Skala Perbezaan Semantik Skala ini diperkenalkan oleh Osgood, Suci dan Tannenbaum dalam tahun 1957 (Plays, 1997). Dalam skala ini, unsur-unsur bipolar yang melibatkan dimensi tertentu dimasukkan sebagai skala jawapan untuk pengukuran soalan atau kenyataan yang telah dibentuk. Responden dikehendaki menyatakan sikap dan perasaan mereka melalui dimensi yang telah dikenal pasti. Format menandakan jawapan seolah-olah menyerupai skala grafik. Dalam skala jawapan ini, setiap dimensi akan mempunyai dua hujung ekstrim sebagai panduan bagi menyatakan sikap dan perasaan responden terhadap sesuatu soalan atau kenyataan. Di antara dua hujung esktrim itu responden boleh memilih atau menandakan aras jawapan yang dikehendaki di sepanjang pilihan jawapan yang disediakan. Sebagai contoh, pengkaji mungkin ingin melihat pandangan responden terhadap kepimpinan seseorang pemimpin masyarakat. Dimensi-dimensi yang telah dikenal pasti sebagai asas untuk menyatakan sikap dan perasaan terhadap aspek kepimpinan ini ialah dimensi penilaian, dimensi kemampuan dan dimensi aktiviti. Berdasarkan dimensi-dimensi tersebut, adjektif bipolar bagi dimensi aktiviti. Berdasarkan dimensi-dimensi tersebut, adjektif bipolar bagi dimensi penilaian ialah ‘Baik – Buruk’, adjektif bipolar bagi dimensi kemampuan ialah ‘Kuat – Lemah’ manakala adjektif bipolar bagi dimensi aktiviti ialah ‘Aktif – Pasif’. Contoh: Apa pandangan anda tentang kepimpinan A berdasarkan dimensi-dimensi berikut?

Page 126: hkh

108

Baik_____ _____ _____ _____ _____ _____ ______ Buruk Kuat_____ _____ _____ _____ _____ _____ ______ Lemah Aktif_____ _____ _____ _____ _____ _____ ______ Pasif

SOALAN DALAM TEKS 7.3

1. Apakah perbezaan di antara skala grafik dan skala

Likert. 2. Berikan dua contoh item-item soalan atau

kenyataan untuk skala kategori.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.6 MEREKOD DAN CATATAN DALAM SOAL SELIDIK Dalam penyelidikan sains sosial, soal selidik yang dibentuk biasanya akan diedarkan kepada responden dalam jumlah yang banyak. Pengkaji perlulah mempunyai sistem di mana maklumat-maklumat yang terkandung dalam soal selidik dapat dikesan semula selepas data dikumpul atau dimasukkan di dalam komputer. Untuk tujuan itu, terdapat dua perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu nombor pengenalan responden dan buku kod soal selidik. 7.6.1 Nombor Pengenalan Responden Nombor pengenalan responden mempunyai kaitan dengan format sesuatu soal selidik yang telah dibincangkan di bahagian format pengenalan. Di muka hadapan sesuatu soal selidk, pengkaji perlu menyedia ruang khusus untuk merekodkan nombor responden. Sekiranya terdapat 1000 soal selidik yang dikumpulkan, maka perlu disediakan ruang nombor responden di muka surat pertama untuk setiap soal selidik. Sebagai contoh, soal selidik boleh ditandakan dari nombor 001 hingga 1000. Ini dilakukan sebagai langkah mengenal setiap soal selidik bagi tujuan memasukkan data ke dalam komputer. Jika terpaksa merujuk semula soal selidik responden, pengkaji akan dapat mengesan soal selidiknya dengan mudah. 7.6.2 Buku Kod Setelah soal selidik disiapkan dan skala pengukuran serta skala jawapan ditentukan, pengkaji perlu menyiapkan satu buku kod yang menerangkan

Page 127: hkh

109

tentang kaedah memberi skor kepada jawapan yang disediakan oleh responden. Buku kod tersebut boleh merupakan soal selidik itu sendiri yang dicatatkan senarai skor yang perlu diberikan soal selidiknya dengan mudah. 7.6.2 Buku Kod Setelah soal selidik disiapkan dan skala pengukruan serta skala jawapan ditentukan, pengkaji perlu menyiapkan satu buku kod yang menerangkan tentang kaedah memberi skor kepada jawapan yang disediakan oleh responden. Buku kos tersebut boleh merupakan soal selidik itu sendiri yang dicatatkan senarai skor yang perlu diberikan bagi setiap item soalan atau kenyataan. Contoh: Jantina: Lelaki ______________ Perempuan ______________ Pengkaji perlu mencatatkan di atas item tersebut dalam soal selidiknya skor yang akan diberikan untuk lelaki dan skor yang perlu diberikan untuk perempuan. Dalam konteks ini, mungkin skor yang telah ditetapkan ialah 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Justeru itu, dalam buku kodnya, pengkaji akan mencatatkan seperti berikut: Contoh: Jantina: Lelaki ___1___ Perempuan ___2___ Catatan seterusnya harus dibuat untuk semua item-item soalan atau kenyataan yang terdapat dalam soal selidik. Selain daripada memberi kod untuk maklumat demografi seperti di atas, pengkaji juga perlu merekodkan maklumat mengenai item-item yang terdapat dalam soal selidiknya. Biasanya setiap soal selidik mempunyai komponen-komponen tertentu yang tidak kelihatan secara jelas. Sebagai contoh, soal selidik yang mengukur sikap mempunyai komponen kognitif, afektif dan tingkahlaku. Setiap komponen ini mempunyai 40 item soalan yang dicampuradukkan dalam soal selidik. Pengkaji perlu menandakan dalam buku kod item-item yang mengukur komponen kognitif, efektif dan tingkah laku. Hal ini akan memudahkan pengkaji menyemak semula komponen item yang tertentu untuk tujuan pengalisisan data.

Page 128: hkh

110

7.7 KESIMPULAN Soal selidik merupakan suatu pengumpulan data yang cukup berkesan sekiranya kajian anda melibatkan responden dalam jumlah yang ramai. Justeru itu, soal selidik yang baik adalah intipati kepada pengumpulan maklumat yang sesuai. Banyak perkara yang harus diperhatikan dalam membentuk instrumen kajian atau soal selidik yang baik. Persoalan mengenai sumber pembentukan soal selidik, proses pembentukan soal selidik, cara mereka bentuk instrumen kajian atau soal selidik yang baik. Persoalan mengenai sumber pembentukan soal selidik, proses pembentukan soal selidik, cara merekod bentuk instrumen kajian atau soal selidik, cara mereka bentuk instrumen kajian, skala jawapan dalam soal selidik sehinggalah kepada merekod dan membuat catatan dalam soal selidik merupakan urutan proses penyediaan soal selidik yang perlu anda fahami. Sumber pembentukan soal selidik perlu dikenal pasti dengan baik memandangkan ia mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian atau soal selidik yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya nanti. Selain daripada itu, cara mereka bentuk soal selidik perlu mengambil kira persoalan-persoalan seperti kandungan, bentuk strutur soal selidik, bias dalam soal selidik serta format soal selidik yang paling sesuai. Ini adalah kerana responden tentu akan lebih tertarik untuk menjawab soal selidik dengan baik sekiranya soal selidik tersebut pula perlu dibuat di dalam buku kod dalam mengendalikan masalah dalam merujuk kembali soal selidik responden serta dapat mengenali item-item soalan atau kenyataan yang merupakan terjemahan dari konsep dan pembolehubah yang anda ukur.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan lima sumber pembentukan soal selidik serta berikan

huraian mengenainya. 2. Apakah yang anda faham mengenai item soalan atau kenyataan

bias ingatan? 3. Bagaimanakah format pengenalan dan penampilan soal selidik

boleh mempengaruhi jawapan responden? 4. Huraikan mengenai skala perbezaan semantik.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Page 129: hkh

111

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 7.1 1. Soal selidik merupakan satu set soalan atau kenyataan di mana

respondne merekod jawapan mereka dan biasanya menggunakan alternatif-alternatif jawapan yang diberikan melalui pelbagai format yang telah disediakan oleh pengkaji. Soal selidik dianggap sebagai metod pengumpulan data yang berkesan memandangkan pengkaji akan memperolehi maklumat yang diperlukan melalui jawapan atau maklumbalas dengan menggunakan skala-skala pengukuran tertentu yang telah dikenal pasti oleh pengkaji.

2. Tiga pilihan yang boleh digunakan oleh pengkaji sebelum

mengambil keputusan merekabentuk soal selidik ialah: i) Soal selidik piawai

Ini adalah soal selidik yang telah pun sedia ada yang dibentuk oleh pengkaji-pengkaji lepas. Soal selidik ini mungkin telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dan merupakan soal selidik yang mengukur apa yang hendak diukur oleh pengkaji dalam kajiannya sekarang.

ii) Soal selidik piawai yang diubahsuai

Soal selidik ini merupakan soal selidik yang diperolehi seperti di atas tetapi diubahsuai untuk disesuaikan dengan objektif dan permasalahan kajian pengkaji. Pengubahsuaian mungkin dilakukan dalam bentuk penambahan item soalan atau kenyataan, pengubahsuaian melalui terjemahan atau pembaikan dari segi isi dan kandungan.

iii) Soal selidik yang dibentuk sendiri

Pengkaji mungkin ingin membentuk soal selidik sendiri disebabkan tidak ada soal selidik piawai yang boleh digunakan.

SDT 7.2

1. Item soalan atau kenyataan berbentuk terbuka memberi peluang

kepada responden untuk menyatakan pendirian secara bebas sebagai jawapan mereka. Responden perlu menyediakan jawapan berbentuk deskriptif sebagai maklumat yang diperlukan. Oleh itu pengkaji akan menyediakan beberapa baris ruang untuk dijawab oleh responden dalam soal selidik. Item soalan atau kenyataan

Page 130: hkh

112

berbentuk tertutup pula memaksa responden menjawab soalan dengan memilih jawapan yang telah disediakan. Soalan atau kenyataan berbentuk tertututup adalah lebih berstruktur berbanding dengan soalan atau kenyataan berbentuk terbuka.

Responden tidak dibenarkan memberikan jawapan sendiri untuk soalan yang dikemukakan.

2. Dalam soal selidik, pengkaji mempunyai pilihan untuk

membentuk ayat atau kenyataan yang berbentuk positif atau negatif.

Contoh kenyataan positif: Saya suka bermain bola sepak setiap petang.

1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju Sangat Setuju

Contoh kenyataan negatif: Saya tidak suka bermain bola sepak setiap hari.

1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju Sangat Setuju

Walaupun pengkaji bebas memilih bentuk mana yang dikehendakinya dalam soal selidik, biasanya item soalan atau kenyataan berbentuk positif lebih mudah dibentuk. Namun ada baiknya membentuk juga item-item negatif di samping item-item positif. Ini bagi mengelakkan responden memberikan jawapan yang cenderung kepada satu hujung sahaja. Soal selidik yang mempunyai campuran item-item positif dan negatif akan membuatkan responden lebih berhati-hati dalam memberikan jawapan mereka kerana mereka perlu membaca dengan teliti jawapan mereka kerana mereka perlu membaca dengan teliti terlebih dahulu setiap item-item positif dan negatif sebelum menandakan jawapan mereka. Pengkaji juga dapat mengesan sebarang bias dalam pemilihan jawapan yang tidak berhati-hati oleh responden. Dengan cara ini, soal selidik yang mempunyai maklumat yang dirasakan mencurigakan dari segi kesahan jawapan dalam soal selidik boleh diketepikan.

Page 131: hkh

113

SDT 7.3 1. Skala grafik dan skala Likert membantu responden memilih

jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan dengan menandakan jawapan ke atas nilai-nilai yang tertentu. Perbezaan di antara dua skala ini ialah skala grafik tidak mempunyai had tertentu bagi aras skala yang disediakan manakala Likert mempunyai lima aras pengukuran iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat bersetuju. Skala Likert juga biasanya digunakan untuk mengukur persetujuan bagi sikap, persepsi dan pandangan responden manakala skala grafik lebih kepada pengukuran yang lebih umum.

2. Contoh-contoh skala kategori ialah seperti berikut: i) Berapakah jumlah pendapatan anda dan isteri bagi tahun

lepas? Kurang dari RM 20,000 ________________ RM20,001 hingga RM40,000 ________________ RM40,001 hingga RM60,000 ________________ RM60,001 hingga RM80,000 ________________ RM80,000 hingga RM100,000 ________________ Lebih dari RM100,000 ________________ ii) Apakah yang anda telah anda lakukan pada cuti Hari

Kebangsaan yang lalu? (Pilih satu sahaja) Berehat di rumah ________________ Berkelah bersama keluarga ________________ Menziarahi sanak saudara ________________ Bekerja lebih masa ________________ Keluar membeli belah ________________ Menonton wayang ________________

Page 132: hkh

114

Page 133: hkh

115

BAB 8

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda sepatutnya dapat: 1. Menerangkan konsep kebolehpercayaan dan konsep kesahan. 2. Menerangkan beberapa metod meneliti kebolehpercayaan. 3. Menerangkan beberapa jenis dan metod kesahan ujian. 4. Mengenal pasti metod yang sesuai untuk menerangkan

kesahan sesuatu ujian. 5. Membuat pertimbangan berhubung dengan kebolehpercayaan

dan kesahan ujian sebelum menggunakan sesuatu ujian.

8.1 PENGENALAN Untuk anda memahami dengan lebih mendalam bahawa data yang anda kumpul dalam penyelidikan dapat dijadikan maklumat yang dapat dipertanggungjawabkan, anda mestilah terlebih dahulu meneliti bahawa data tersebut boleh dipercayai dan ujian yang anda gunakan dapat dipastikan sah untuk mengukur apa yang anda ingin ukur. Perkataan boleh dipercayai adalah merujuk kepada konsep kebolehpercayaan, manakala persoalan sah atau tidaknya ujian merujuk konsep kesahan. Konsep kebolehpercayaan dan kesahan berkait rapat dengan persoalan sama ada data atau maklumat yang diperolehi daripada sesuatu ujian boleh dipercayai mengukur sesuatu pembolehubah atau tingkah laku yang diukur. Sebagai contoh, data yang diperolehi daripada ujian yang dikatakan mengukur motivasi seharusnya boleh dipercayai menggambarkan gagasan motivasi. Sebaliknya jika markah yang dihasilkan daripada ujian tersebut diragui, maka kesahan ujian motivasi tersebut sukar untuk dipertahankan. 8.2 DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan sering dirujuk sebagai ketakalan dan kestabilan (Anastasi & Urbina, 1997). Ketakalan pula merujuk kepada keadaan di mana tindak balas atau markah daripada item-item ujian tekal di antara satu dengan yang lain. Kestabilan pula akan wujud apabila tindak balas

Page 134: hkh

116

terhadap item atau ujian itu tekal mengikut masa atau keadaan, iaitu tindak balas pada hari ini sama dengan esok dan hari-hari berikutnya. Tindak balas begitulah yang dikatakan stabil. Kedua-dua keadaan ini menunjukkan bahawa data ujian itu boleh dipercayai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik ataupun tinggi. Nilai petunjuk untuk menerangkan kebolehpercayaan dinamakan sebagai pekali kebolehpercayaan. Nilai pekali kebolehpercayaan boleh ditakrif seperti pekali korelasi. Ia merupakan petunjuk kepada darjah ketekalan item-item ujian atau kestabilan markah mengikut keadaan dan situasi. Secara serentak, nilai pekali menggambarkan darjah kebolehpercayaan sama ada rendah, sederhana ataupun tinggi. Nilai pekali kebolehpercayaan mempunyai julat di antara sifar (0) hingga satu (1.0). Nilai sifar membawa data yang sukar dipercayai kerana pekalinya amat rendah, manakala nilai .5 menunjukkan sederhana, dan nilai 1.0 pula menunjukkan kebolehpercayaan yang paling tinggi. 8.3 METOD MENILAI KEBOLEHPERCAYAAN Terdapat beberapa metod yang dianggap mudah untuk meneliti kebolehpercayaan data dan menganggar nilai pekali kebolehpercayaan. Anda akan didedahkan dengan empat jenis metod sahaja dalam modul ini, iaitu: i) Metod ketekalan dalaman ii) Metod bahagi dua iii) Metod ujian kembali iv) Kebolehpercayaan antara koder 8.3.1 Metod Ketekalan Dalaman Metod ketekalan dalaman menganggar kebolehpercayaan markah atau data ujian berdasarkan item-item yang terdapat dalam set sesuatu ujian yang boleh diperolehi daripada satu tadbiran. Ketekalan dalaman item ujian tersebut boleh diangar melalui berbagai-bagai cara. Anda akan didedahkan dengan dua caraa sahaja dalam modul ini, iaitu: (a) dengan formula pekali alfa, dan (b) dengan formula Kuder Richardson. a. Pekali Alfa Metod pekali alfa diperkenalkan oleh Cronbach pada tahun 1951. Formula untuk mengira pekali alfa Cronbach adalah seperti berikut:

Page 135: hkh

117

⎥⎥⎦

⎢⎢⎣

⎡⎥⎦⎤

⎢⎣⎡

−= ∑

2

2i

2

ss-s

1KKα

di mana α = pekali alfa Σs2

i = jumlah varians setiap item s2 = varians markah keseluruhan ujian K = jumlah item ujian Pekali alfa sesuai digunakan kepada ujian yang menggunakan format jawapan pelbagai pilihan seperti format Likert yang menunjukkan darjah persetujuan daripada sangat tidak setujuk (skor 1) hingga sangat setuju (skor 5). Format ini banyak terdapat dalam inventori dan ujian mengukur pendapat, sikap, nilai, personaliti dan lain-lain. Pekali alfa boleh juga digunakan kepada ujian berbentuk esei yang menggunakan sistem permarkahan selanjar misalnya daripada 0 hingga 10. Pekali alfa boleh juga digunakan kepada ujian yang menggunakan hanya dua pilihan yang berbentuk dikotomi seperti YA dan TIDAK (Crocker dan Algina, 1986). Jadual 8.1 menunjukkan data yang dikumpulkan berdasarkan 5 item ujian yang boleh dianalisis dengan metod alfa. Pakej komputer statistik sepertti SPSS for Windows mampu membantu anda menganalisis statistik ini dengan mudah.

Jadual 8.1 Jawapan Subjek Terhadap 5 Item Ujian

Subjek Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

1 4 1 3 5 1 2 2 3 2 4 3 3 2 2 5 3 2 4 1 4 2 4 3 5 5 3 4 3 2 6 4 4 3 5 2 7 3 3 4 4 4

Jika anda ingin menganalisis data di atas dengan pakej SPSS for Windows, arahan yang terdapat dalam tetingkap adalah seperti berikut:

Analyze Scale

Reliability Analysis Guna model Alpha

Page 136: hkh

118

Katakanlah nilai pekali alfa yang diperolehi ialah 71. Apa maknanya? Nilai alfa ini adalah sederhana tinggi. Bolehlah kita katakan bahawa kebolehpercayaan ketekalan dalaman ujian yang menggunakan 5 item itu mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana tinggi. Data daripada ujian motivasi yang digunakan seragam mengukur motivasi dan ia boleh dipercayai. b. Formula Kuder Richarson Anda telah diberi kefahaman tentang cara menggunakan formula alfa untuk ujian yang menggunakan format pelbagai pilihan. Bagaimana sekiranya ujian menggunakan format dua pilihan ataupun format binari seperti YA atau TIDAK, SALAH atau BENAR? Jika format sebegini yang digunakan, anda hendaklah menggunakan formula yang dicadangkan oleh Kuder dan Richardson (1937). Kuder dan Richardson telah mencadangkan dua jenis formula terkenal yang dikenali dengan nama KR20 dan KR21. Formula KR20 adalah seperti berikut:

⎥⎦

⎤⎢⎣

⎡ −⎥⎦⎤

⎢⎣⎡

−= ∑

2

2

spqs

1KKKR20

di mana s2 = varians markah keseluruhan Σpq = jumlah varians item berdasarkan nilai p dan q p = peratus individu menjawab YA atau BENAR kepada item I q = 1 – p K = bilangan item Formula KR20 adalah sama dnegan formula alfa yang dibincangkan sebelum ini. Yang berbeza ialah komponen Σpq bagi menggantikan Σs2

i. Sekiranya kesemua item ujian mempunyai aras kepayahan yang sama, Kuder dan Richardson menyediakan formula lebih mudah yang diberi nama KR21. Formula KR21 lebih mudah dikira secara manual kerana anda tidak perlu mengira varians bagi setiap item, tetapi memadai dengan hanya mengira nilai varians keseluruhan individu (s2) dan min markah keseluruhan )X( / Formula KR21 ialah:

KR21 = ⎥⎦

⎤⎢⎣

⎡ −−⎥⎦⎤

⎢⎣⎡

− 2

2

Ks)XX(KKs

1KK

Nilai pekali kepebolehpercayaan yang dikira dengan formula KR20 dan KR21 akan sama apabila kesemua item mempunyai aras kepayahan yang sama. Namun demikian, apabila aras kepayahannya berbeza nilai KR21

Page 137: hkh

119

menjadi lebih rendah berbanding dengan nilai KR20. Oleh kerana itu, mana-mana ujian yang digunakan untuk mengukur prestasi akademik ataupun dalam proses pembejaran adalah digalakkan supaya dapat melaporkan kedua-dua nilai pekali KR20 dan KR21 bersama-sama dengan aras kepayahan bagi setiap item ujian. Anda boleh menggunakan pakej SPSS for Windows tetapi data yang perlu dimasukkan adalah menggunakan nilai 0 untuk jawapan TIDAK dan 1 untuk jawapan YA bagi setiap item.

Jadual 8.2

Jawapan Subjek Terhadap 5 Item Ujian

Subjek Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 1 0 1 1 15 1 2 1 0 1 0 0 3 1 0 1 0 0 4 0 1 0 1 0 5 1 1 1 1 1 6 0 0 1 1 1 7 1 1 1 1 1

Interprestasi kepada pekali KR20 dan KR21 adalah sama seperti pekali alfa. 8.3.2 Metod Bahagi Dua Anda telah didedahkan dengan metod kebolehpercayaan ketekalan dalaman dengan formula alfa dan KR20 atau KR21 dalam perbincangan kita sebelum ini. Selain daripada metod yang saya nyatakan itu, metod bahagi dua juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Melalui metod ini, markah ujian dibahagikan kepada dua bahagian secara seimbang atau selari. Sekiranya satu set ujian itu mengandungi 30 item, maka setiap bahagian akan mengandungi 15 item. Perkara penting yang perlu diawasi semasa membahagikan item kepada dua bahagian adalah dengan memastikan bahawa kedua-kedua bahagian itu mestilah seragam. Oleh kerana itu, tidak semua item ujian boleh dibahagi dua secara keseluruhan dengan begitu sahaja. Tambahan pula jika ujian itu mempunyai banyak subskala. Pembahagian mestilah dibuat bagi setiap subskala dan bukan berdasarkan keseluruhan ujian. Untuk membahagikan item kepada dua bahagian, Crocker dan Algina (1986) mencadangkan empat cara ia boleh dilakukan, iaitu dengan: i) membahagikan item berpandukan kepada item genap dan item

ganjil. Subujian pertama terdiri daripada item genap, manakala subujian kedua terdiri daripada item ganjil;

Page 138: hkh

120

ii) menyusun item secara tertib berdasarkan aras kepayahan item. Selepas itu bahagikan mengikut item genap dan item genap;

iii) membahagikan item kepada dua bahagian secara rawak. Ini

membolehkan setiap item mempunyai peluang yang sama terpilih dalam setiap bahagian; dan

iv) membahagikan item mengikut kandungan. Kandungan bahagian

pertama haruslah sepadan dengan kandungan bahagian kedua. Setelah dua bahagian ujian itu ditentukan, data bahagian pertama dan kedua dikorelasikan dengan metod analisis korelasi formula Pearson. Pekali korelasi yang dikira merupakan petunjuk kepada pekali kebolehpercayaan ketekalan dalaman bahagi dua. Namun demikian pekali kebolehpercayaan yag diperolehi perlu diperbaiki dengan formula Spearman-Brown kerana pekali korelasi yang dikira berdasarkan dua bahagian itu adalah di bawah jangkaan dan ia tidak melibatkan keseluruhan ujian. Oleh kerana itu, formula Spearman-Brown membuat pembetulan kepada nilai pekali tersebut. Formula Spearman Brown membuat pembetulan kepada nilai pekali tersebut. Formula Spearman Brown Spearman Brown adalah seperti berikut:

Rajah 8.1 Formula Spearman-Brown

rSB = 12

12

r12r+

di mana rSB = pekali kebolehpercayaan Spearman-Brown r12 = pekali korelari dua bahagian Pekali kepebolehpercayaan yang telah diperbaiki dengan formula Spearman-Brown lebih tinggi daripada korelasi dua bahagian. Katakanlah korelasi dua bahagian yang dikira dengan formula Pearson ialah .60. Kita boleh mengira pekali Spearman Brown seperti berikut:

rSB = .601

2(.60)+

= 60.120.1

= .75 Nilai pekali kebolehpercayaan yang diperbaiki inilah yang dilaporkan oleh pembuat ujian sama ada dalam manual ataupun penulisan artikel.

Page 139: hkh

121

8.3.3 Kebolehpercayaan Ujian Kembali Kebolehpercayaan ujian kembali menunjukkan kestabilan markah ujian dan tindak balas mengikut masa dan keadaan. Oleh kerana ujian selalunya digunakan untuk menggambarkan kestabilan tingkah laku maka kebolehpercayaan jenis ini wajar ditunjukkan. Dengan menggunakan ujian yang sama, markah yang diperolehi oleh individu dalam ujian pertama sepatutnya stabil dengan markah yang dicapai dalam ujian kedua. Untuk mengira pekali kebolehpercayaan ujian kembali, markah ujian pertama dikorelasikan dengan markah ujian kedua. Jika datanya jenis selanjar formula Pearson digunakan. Jadual 8.3 merupakan contoh markah personaliti ujian pertama dengan markah ujian kedua yang ditadbirkan kepada 10 orang subjek.

Jadual 8.3 Markah Ujian 1 dan Ujian 2 Gagasan Personaliti

Subjek Ujian 1 Ujian 2

1 58 55 2 63 59 3 65 72 4 66 66 5 68 72 6 72 76 7 76 71 8 78 81 9 81 77 10 82 84

Jika anda ingin menganalisis data di atas dengan pakej statistik SPSS for Windows dan boleh gunakan analisis korelasi dengan arahan yang terdapat dalam tetingkap SPSS seperti berikut: Analyze Correlate Bivariate Guna Correlation Coefficient Pearson Isu yang perlu difikirkan apabila menggunakan pekali ujian kebali ialah jarak waktu di antara ujian pertama dengan ujian kedua. Jika jarak waktunya terlalu lama, ia mengurangkan pengaruh ingatan jangka pendek dan ralat boleh dikurangkan. Namun ia mungkin boleh menyebabkan kematangan dan perubahan sebenar individu. Oleh kerana itu jenis ujian

Page 140: hkh

122

juga perlu diambil kira. Bagi ujian yang mengukur prestasi kita selalunya menjangka bahawa prestasi dalam ujian kedua lebih baik berbanding dengan ujian pertama. Mengenai jarak waktu, Janda (1998) menyatakan jarak waktu 3 bulan sesuai bagi ujian yang mengukur kecerdasan, keupayaan dan prestasi orang dewasa tetapi bagi individu yang lebih muda jaraknya perlu dikurangkan. Bagi ujian yang mengukur tingkah laku dan tret yang stabil seperti personaliti dan sikap pula, jaraknya ialah antara 1 – 4 minggu. Bagi ujian kebolehan kognitif jarak waktunya antara 6 – 12 minggu. Nilai pekali kestabilan ujian kembali yang dianggap baik ialah .80 ke atas (Gregory), 1992). Oleh kerana itu, ujian kecerdasan untuk orang dewasa yang popular sepertti Weschles Adult Intelligence Scale (WAIS) mempunyai pekali ujian kembali .97 (Wechsler, 1981 dalam Jahoda, 1998). 8.3.4 Kebolehpercayaan antara Koder Ada ujian yang menggunakan pemeriksa atau koder untuk memberi markah ataupun penilaian. Pemarkahan tidak dijalankan melalui komputer kerana jawapannya menggunakan pertimbangan yang bersifat subjektif. Contoh ujian seperti ini ialah ujian yang dikategorikan sebagai ujian projektif. Dua atau lebih pemeriksaan atau koder akan memberi penilaian kepada jawapan dan tindak balas yang diberi oleh individu yang diuji dengan jenis ini. Korelasi di antara koder dijadikan petunjuk kepada kebolehpercayaan antara koder. Oleh kerana pertimbangan yang diberi terdedah dengan ralat hasil daripada perbezaan markah maka nilai pekali yang boleh dianggap baik bagi kebolehpercayaan jenis ini adalah lebih rendah sedikit iaitu dalam lingkung .80. 8.4 KEBOLEHPERCAYAAN DAN SAMPEL Nilai pekali kebolehpercayaan bergantung kepada keadaan sampel yang mengambil ujian tersebut. Kebiasaannya nilai pekali kebolehpercayaan menjadi lebih tinggi jika sampel tidak seragam kerana nilai variansnya besar berbanding dengan sampel yang seragam. Jadual 8.4 menunjukkan perbezaan serakan markah antara pra dan pasca ujian antara Sampel A dengan Sampel B. Serakan markah Sampel A lebih besar berbanding dengan Sampel B. Pekali kebolehpercayaan yang dikira dengan mengkorelasikan markah pra dan pasca Sampel A lebih besar (.96) berbanding dengan Sampel B (.70).

Page 141: hkh

123

Jadual 8.4 Taburan Markah Pra dan Pasca bagi Sampel A dan Sampel B

Sampel A Sampel B

Sampel Pra Pasca Pra Pasca 1 44 47 76 77 2 48 45 77 78 3 52 55 78 79 4 56 59 78 79 5 50 57 79 80 6 63 66 79 78 7 66 63 79 80 8 70 73 80 80 9 74 77 80 79 10 78 75 80 79

Pekali Kebolehpercayaan .96 .70

8.5 MENINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN Prinsip yang telah dibincangkan sebelum ini menggambarkan bahawa rendahkannya kebolehpercayaan adalah disebabkan serakan yang seragam dan varians yang rendah. Berdasarkan prinsip mudah ini, kebolehpercayaan boleh ditingkatkan dengan menambah bilangan item ujian. Secara logiknya apabila bilangan item bertambah maka akan wujud perbezaan yang lebih besar. Hal ini dapat dibuktikan secara algebra jika kita teliti formula pembaikan Spearman Brown. Dengan menggunakan 2 sebagai angka pengatas persamaan tersebut, pekali kebolehpercayaan boleh meningkat. Ini bermakna dengan menambah 2 kali ganda bilangan item, pekali kebolehpercayaan menjadi lebih besar. Jika anda berminat dengan isu ini, anda bolehlah merujuk Jahoda (1998).

SOALAN DALAM TEKS 8.1

1. Terangkan dengan ringkas dan tepat beberapa

konsep berikut:

a) Metod alfa b) Pekali kebolehpercayaan ujian kembali c) Metod bahagia dua d) Formula Kuder Richardson

Page 142: hkh

124

2. Bandingkan di antara kebolehpercayaan ketekalan

dalaman ujian dengan kestabilan ujian. Perbandingan anda hendaklah merujuk kepada metod analisis untuk menghasilkan pekali kebolehpercayaan dan kestabilan ujian.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.6 DEFINISI KESAHAN Anda telah didedahkan dengan konsep kebolehpercayaan di awal bab ini. Selain daripada kebolehpercayaan, isu yang dianggap penting dalam ujian dan pengukuran ialah kesahan. Kesahan ujian melibatkan dua persoalan utama, iaitu: i) Apakah yang hendak diukur oleh sesuatu ujian. ii) Sejauh manakah keupayaan sesuatu ujian itu mengukur apa yang

hendak diukur. Anastasi dan Urbina (1997) menjelaskan bahawa kesahan merupakan persetujuan rapat di antara sesuatu ujian dengan criteria tingkah laku yang diukur oleh ujian itu. Kaplan dan Saccuzzo (1989) menyimpulkan bahawa kesahan sesuatu pengukuran terletak kepada perkara yang dapat dicapai oleh pengukuran tersebut. Cronbach dan Meehl (1955) pula menjelaskan bahawa kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana darjah ujian itu sah mengukur apa yang diukur. Berdasarkan definisi dan penerangan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan jika ia dapat mengukur perkara yang sepatutnya diukur. Sebagai contoh, kesahan ujian personaliti menggambarkan sejauhmana ujian itu menghasilkan huraian atau gambaran yang tepat mengenai tret-tret personaliti individu. Bagi ujian kecerdasana pula, ia dikatakan sah jika mampu mendiskriminasi individu-individu yang berbeza darjah kecerdasannya. Kesahan sesuatu ujian tidak boleh dinyatakan dalam satu istilah yang terlalu umum. Sebagai contoh, kita tidak boleh menyatakan bahawa ujian itu tinggi atau rendah kesahannya secara abstrak. Kesahan ujian harus ditentukan dengan merujuk kepada kegunaan ujian dan telah ditetapkan oleh ujian itu sendiri (Anastasi dan Urbina, 1997).

Page 143: hkh

125

Sekarang saya akan menerangkan pula cara bagi menentukan kesahan ujian dalam bahagian yang berikut. 8.7 METOD MENILAI KESAHAN Ujian telah digunakan untuk menentukan beberapa jenis penilaian atau pentakrifan. Setiap jenis penilaian memerlukan kaedah yang berbeza-beza untuk menentukan kesahan. Di dalam Standard for Educational and Psychological Tests and Manuals 1966 (dalam Pyne dan Morris, 1975) sekurang-kurangnya terdapat tiga jenis kesahan berdasarkan kepada tujuan, ujian iaitu (1) kesahan kandungan; (2) kesahan berhubungan; dan (3) kesahan gagasan. Mengikut Janda (1998), beliau membahagikan kesahan kepada empat jenis apabila membincangkan konsep ini. Empat kesahan yang dinyatakan oleh beliau itu, ialah: i) Kesahan lahiriah; ii) Kesahan kandungan; iii) Kesahan berhubungan; dan iv) Kesahan gagasan. Gregory (1992) memasukkan perbincangan kesahan lahiriah ke dalam kesahan kandungan kerana kesahan itu tidak merujuk kepada isu teknikal seperti kesahan berhubungan dan kesahan gagasan. Bab ini akan mengambil pendekatan Greogory (1992) apabila menyentuh kesahan lahiriah. 8.7.1 Kesahan Lahiriah dan Kesahan Kandungan Pertimbangan yang merumuskan bahawa sesuatu ujian itu dikatakan baik dan sah merupakan perrtimbangan kesahan secara lahiriah. Ia merupakan penilaian awal yang perlu dibuat sebelum menggunakan sesuatu ujian. Selepas kesahan lahiriah dikenal pasti, pengguna mestilah membuat penilaian yang lebih mendalam berhubung dengan kandungan ujian. Apabila penilaian mengarah kepada kandungan item, kenyataan dan soalan-soalan yang terdapat pada sesuatu ujian, maka penilaian ini merujuk kepada kesahan kandungan. Kesahan kandungan merujuk kepada penilaian sama ada sesuatu item atau soalan di dalam ujian sebenarnya mewakili sepenuhnya domain dan gagasan yang ingin diukur oleh ujian tersebut. Ujian yang didakwa mengukur kebolehan matematik misalnya, mestilah mengandungi soalan-soalan dan itemyang menyoal perkara-perkara yang berkait dengan

Page 144: hkh

126

matematik. Sekiranya ciri-ciri ini dapat dipenuhi maka secara lahiriah ujian tersebut dikatakan sebagai sah. Di samping itu, secara isi kandungannya ujian ini bolehlah juga dianggap sah. Dalam menentukan kesahan kandungan suatu panel pakar perlu diwujudkan untuk menilai item-item dan soalan ujian. Pakar akan menentukan sebanyak mana item tersebut mengukur sebahagian besar gagasan yang ingin diukur. Untuk menentukan sama ada sesuatu ujian mempunyai kesahan kandungan yang baik, kita akan membincangkan lima (5) penentu yang dicadangkan oleh Crocker & algina (1986), iaitu: i) Berdasarkan bilangan atau peratus item yang menepati dan

sepadan dengan objektifnya berdasarkan penilaian yang paling tepat oleh pakar.

ii) Berdasarkan korelasi di antara jumlah item yang mengukur objektif dengan darjah ketepatan item itu mengukur objektifnya.

iii) Menggunakan indeks kongruen objektif item yang dicadangkan oleh Rovinelli & Hambleton (1977).

Beberapa tokoh psikometrik seperti Lawshe (1975), Mastuza (1977) dan Gregory (1992) mencadangkan beberapa metod statistik yang boleh digunakan sebagai indeks kepada kesahan kandungan. Tata cara yang digunakan berasaskan kepada persetujuan di kalangan pakar semasa menilai item dan soalan ujian. Sebagai contoh, katakanlah dua orang pakar diminta menilai item mengikut pemeringkatan kesesuaian. Bilangan item yang dinilai boleh diletakkan dalam jadual kontigensi 2 x 2 seperti berikut:

PAKAR PERTAMA

Tidak Sangat Sesuai Sesuai Tidak Sesuai PAKAR KEDUA Sangat Sesuai Pekali kesahan kandungan PKK dikria dengan formula berikut:

A

B

C

D

Page 145: hkh

127

PKK = ( )DCBA

D

+++

Penilaian sama ada sesuatu ujian itu mempunyai kesahan kandungan, nilai pekali kesahan kandungan mestilah tinggi menghampiri 1.0. Penakrifannya sama dengan nilai pekli korelasi yang lain. Kesahan kandungan boleh juga dinilai dengan menggunakan Jadual Spesifikasi. Janda (1998) misalnya telah menunjukkan contoh jadual spesifikasi yang mengandungi bilangan item atau soalan bagi setiap aspek yang sepatutnya terkandang dalam proses pembelajaran misalnya kursus Ujian Psikologi. Ujian tersebut seharusnya mempunyai tiga perkara dan (3) aplikasi kepada prinsip. Jadual 8.5 berikut menunjukkan kandungan ujian pertengahan semester yang disahkan mempunyai kesahan kandungan.

Jadual 8.5

Jadual Spesifikasi Ujian Pertengahan Semester Kursus Ujian Psikologi

Aspek Pengetahuan Fakta

Pemahaman Prinsip

Aplikasi Jumlah

Sejarah 5 - - 5 Statistik 5 4 3 12 Kebolehpercayaan 7 4 3 14 Kesahan 7 4 3 14 Analisis Item 7 4 3 14 Pengetahuan Ujian

7 4 3 14

Jumlah 38 20 15 73

8.7.2 Kesahan Kriteria Berhubung Dalam banyak keadaan, pengguna ujian berminat untuk membuat keputusan terhadap tingkah laku dan prestasi yang dimiliki oleh seseorang berdasarkan kepada markah ujian yang diambil. Kadangkala mereka juga ingin mempastikan kejayaan permohonan dan kerjayanya berdasarkan ujian bakat yang diberikan kepada mereka sedangkan mereka belum lagi berkerja. Begitu juga keadaanya dengan apa yang telah menjadi amalan pihak Kementerian Pendidikan dalam proses memilih pelajar ke sekolah berasrama penuh. Keputusan ujian sebelumnya seperti UPSR ataupun PMR digunakan untuk menjadi criteria kejayaan pelajar masa depan di sekolah berasrama penuh. Dalam konteks ini pengguna ujian sudah tentunya mengetahui bukti hubungan di antara markah dan prestasi ujian dengan kriteria yang dijangkakan.

Page 146: hkh

128

Bukti hubungan inilah yang dirujuk kesahan criteria berhubungan. Dalam banyak penulisan kesahan kriteria berhubungan dibahagikan kepada dua iaitu: 0. Kesahan serentak. 1. Kesahan ramalan. 1. Kesahan serentak Kesahan serentak kadangkala dipanggil juga dengan nama kesahan kriterium serentak (Allen & Yen, 1979). Kesahan serentak merujuk kepada sejauh masa hubungan markah ujian penilaian kerja dengan persepsi prestasi kerja yang dipohon. Kedua-dua ujian tersebut ditadbirkan secara serentak dan diuji korelasi atau hubungan dua markah tersebut. Hubungan dua markah tersebut merupakan pertunjuk kepada sejauhmanakah individu tadi dijangkakan mencapai prestasi yang baik jika ia dipilih berkerja. Hubungan yang tinggi di antara ujian dengan ujian yang lain yang didakwa mengukur tret yang sama merupakan satu daripada petunjuk dan bukti kepada kesahan serentak. Ujian yang baru dibina yang dikatakan mengukur tingkah laku yang sama dengan ujian yang telah established akan boleh didakwa mempunyai kesahan serentak jika markah kedua-dua ujian tersebut mempunyai korelasi yang tinggi. Dalam konteks ujian pemilihan kerja misalnya, katakanlah ujian Nilai Kerja digunakan untuk membuat penilaian awal nilai kerja seseorang calon dan mereka ingin menilai kesahan serentak ujian tersebut. Mereka boleh mewujudkan satu criteria yang berhubungan dengan nilai kerja misalnya prestasi kerja. Kedua-dua data tersebut diperolehi dan dikorelasikan. Untuk tujuan pembelajaran korelasi antara data nilai kerja dan prestasi kerja boleh dikira dengan formula Pearson kerana kedua-dua pembolehubah mempunyai data jenis selanjar. Arahan yang ditunjukkan sebelum ini untuk analisis korelasi yang terdapat dalam pakej SPSS for Windows boleh digunakan.

Jadual 8.6

Taburan Data Nilai Kerja dan Prestasi Kerja

Calon Nilai Kerja Prestasi Kerja 1 89 75 2 84 81 3 76 74 4 70 54 5 65 77

Page 147: hkh

129

6 64 72 7 62 44 8 59 63 9 59 54 10 57 68 ΣX = 66.20

Min = 12.07 68.50 11.09

Pekali korelasi digunakan sebagai indeks kesahan serentak. Korelasi antara nilai kerja dengan prestasi adalah signifikan (r = .55) dan ini membuktikan bahawa Ukuran Nilai Kerja menunjukkan kesahan serentak yang sederhana. 2. Kesahan ramalan Kesahan ramalan pula digunakan untuk meramal ketepatan fungsi dan peranan sesuatu ujian mengukur tingkah laku masa depan. Markah ujian digunakan untuk kebarangkalian prestasi yang bakal dicapai oleh individu yang mengambil ujian tersebut. Markah ujian penilaian di kalangan pemohon misalnya digunakan untuk meneliti sejauh mana pemohon itu berjaya dengan cemerlang atau sebaliknya dalam pekerjaannya nanti. Ujian yang digunakan untuk menapis permohonan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi biasanya digunakan untuk meramal prestasi pelajar mendapatkan ijazah, diploma dan sijil. Ujian yang mempunyai kesahan ramalan yang baik selalunya mempunyai korelasi yang tinggi dengan kriteria yang diramal. Sax (1989) seorang tokoh psikometrik berpendapat lebih daripada satu pekali kesahan ramalan yang dapat mewakili kesahan set pengukuran dan ia bergantung kepada empat keadaan berikut: i) Apakah criteria yang digunakan dan dipersetujui. ii) Jangka masa yang diukur di antara peramal dan kriteria, iii) Keperbezaan dan serakan markah ujian, dan iv) Pekali kebolehpercayaan peramal dan kriteria. Dalam membincangkan isu tersebut, Sax (1989) menunjukkan dua keadaan berikut sebagai contoh. i) Ujian Differential Aptitude Test (DAT) menggunakan gred

pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan pelajar untuk jangka masa satu tahun dan mempunyai pekali kesahan .40 bagi subkala penaakulan lisan. DAT juga mempunyai korelasi .40 bagi subskala pengiraan (Bennertt) 1984.

Page 148: hkh

130

ii) Ujian Scholastic Aptutude Test (SAT) mempunyai korelasi .27 dengan markah Peperiksaan Kebangsaan Perubahan (National Board Medical Exams) di kalangan pelajar sekolah tinggi dan pelajar tahun akhir bidang perubahan untuk jangka masa 6 tahun (Zelenik, 1983).

Berdasarkan dua contoh di atas, Sax (1989) mencadangkan bahawa ujian dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang boleh dianggap baik mestilah mempunyai pekali korelasi yang sama atau lebih besar daripada .60. Gregory (1992) pula berpendapat bahawa sekiranya ujian itu digunakan untuk tujuan ramalan, pengguna hendaklah membina persamaan regresi yang boleh menggambarkan ramalan yang baik dalam konteks ramalan garisan lurus. Dalam contoh Ukuran Nilai Kerja yang dibincangkan sebelum ini, sekiranya pengguna ingin menilai kesahan ramalan ujian ini, ia boleh menggunakan prestasi kerja sebagai kriterium berhubungan yang boleh diramal oleh nilai kerja. Secra teori, kedua-dua gagasan ini telah dibuktikan berhubungan. Data prestasi kerja hendaklah dikumpul setelah calon yang berjaya dipilih itu bekerja. Sebagai contoh taburan data nilai kerja dan prestasi kerja ditunjukkan dalam Jadual 8.7. Korelasikan data nilai kerja dengan data prestasi kerja dan pekali korelasi merupakan petunjuk kepada kesahan ramalan.

Jadual 8.7 Data nilai Kerja dan Prestasi Kerja

Calon Nilai Kerja Prestasi Kerja

1 89 92 2 84 81 3 76 77 4 70 75 5 65 68 6 64 68 7 62 63 8 59 61 9 59 60 10 57 60

Korelasi data dalam Jadual 8.9 di atas boleh dianalisis dengan pakej komputer SPSS for Windows dengan optipn formula Pearson kerana kedua-dua data adalah jenis selanjar. Pekali kolerasi dijadikan sebagai indeks pekali kesahan ramalan.

Page 149: hkh

131

Katakanlah korelasi di antara data nilai kerja dengan prestasi kerja yang ditunjukkan dalam Jadual 8.9 adalah positif tinggi dan signifikan r= .98 maka ini membuktikan bahawa Ukuran Nilai Kerja mempunyai kesahan ramalan yang baik. 3. Kesahan kriterium berhubungan Kesahan kriterium berhubungan mempunyai kesamaan dengan kesahaan serentak iaitu meneliti hubungan di antara gagasan yang diukur oleh ujian itu dengan kriterium yang berhubungan dengannya, seperti nilai kerja dengan prestasi kerja. Untuk menguji kesahan kriterium berhubungan, Crocker & Algina (1986) mencadangkan empat langkah berikut yang perlu dibuat. Langkah-langkah tersebut ialah: i) Mengenal pasti dan menentukan tret yang dijadikan kriteria yang

akan diukur. ii) Mengenal pasti dan menentukan sampel yang dapat mewakili

sampel sebenar sesuatu ujian itu digunakan. iii) Mentadbir ujian dan mempastikan markah setiap sampel iv) Menentukan darjah dan kekuatan hubungan di antara markah

ujian dengan markah kriteria dengan analisis korelasi. 8.7.3 Kesahan Gagasan Pemerihalan gagasan diinferens melalui atribusi tingkah laku yang saling berhubungan yang membina gagasan mestilah mampu menganggar bukan sahaja tingkah laku yang boleh dijadikan inferens tetapi juga yang terpendam berasaskan sampel tingkah laku yang terhad. Oleh kerana itu untuk menyatakan kesahan gagasan sesuatu ujian. Gregory (1992) menyatakan bahawa ia mestilah merujuk kepada kesesuaian inferens yang digunakan terhadap atribusi dan tingkah laku tersebut yang sifatnya kompleks, pelbagai tret dan berasaskan kepada teori. Janda (1998) pula menambah adalah suatu yang kurang sesuai jika kita melaporkan kesahan gagasan hanya dengan menggunakan satu bukti statistik. Beliau seterusnya merumuskan bahawa langkah yang terbaik adalah dengan menyatakan dan menunjukkan beberapa bukti yang mempunyai pemberat untuk menyokong kesahan gagasan sesuatu ujian. 1. Penilaian kesahan gagasan Mengikut Messick (1989) dan Gregory 1992), ramai ahli teori psikometrik beranggapan bahawa kesahan gagasan merupakan gabungan kepada beberapa bukti kesahan. Kajian tentang kesahan kandungan, kesahan criteria serentak dan kesahan ramalan merupkan bukti sokongan yang menambahkan keupayaan kesahan gagasan sesuatu ujian.

Page 150: hkh

132

Bagi mereka yang membuat ujian, bagaimanakah caranya mereka boleh mengetahui kesahan gagasan ujian tersebut? Bagi mereka yang ingin menilai ujian pula, apakah tata cara yang boleh digunakan untuk mengetahui kesahan gagasan sesuatu ujian? Gregory (1992) menjelaskan bahawa kesahan gagasan boleh diperolehi melalui impiris secara praktis dengan meneliti markah ujian daripada kumpulan tertentu yang khusus. Beliau menyenaraikan 6 cara yang boleh digunakan untuk meneliti kesahan gagasan. i) Penelitian yang menentukan sesuatu item ujian atau subskala

ujian itu seragam mengukur satu gagasan tunggal. ii) Penelitian yang melihat perubahan perkembangan secara tekal

dengan teori gagasan yang diukur. iii) Penyelidikan yang meneliti perbezaan markah mengikut

kelompok selari dengan teori yang diasaskan. iv) Penyelidikan yang melihat kesan inferens terhadap markah ujian

dan ia selaras dengan teori. v) Kolerasi ujian tersebut dengan ujian-ujian lain yang mengukur

gagasan yang berhubungan dan juga tidak berhubungan. vi) Menggunakan analisis fakor. Anda hanya diberi satu contoh kaedah menilai kesahan gagasan yang banyak digunakan oleh penyelidik dan ia dianggap mudah kerana konsep kesahan merujuk kepada kegunaan sesuatu ujian tersebut. Anda yang ingin mendalami tata cara ini bolehlah merujuk kepada buku-buku yang disenaraikan dalam bahagian rujukan. a. Kolerasi dengan ujian lain Method yang paling banyak digunakan adalah dengan menunjukkan korelasi sesuatu ujian yang dinilai dengan ujian lain yang dikatakan mengukur gagasan atau tingkah laku yang sama, berkaitan dan relevan. Sebagai contoh, Janda (1998) menunjukkan kolerasi di antara empat ujian yang dikatakan mengukur kecerdasan, iaitu: i) Ujian Wechsler Adult Intelligence Scale-Revised (WAIS-R) yang

dikatakan mengukur kecerdasan; ii) General Abilitiess Test (GAT) yang dikatakan mengukur

kebolehan umum; iii) Scholastic Aptitute Tst (SAT) yang dikatakan mengukur bakat;

dan iv) Grade Point Average (GPA) yang merupakan prestasi akademik

yang ditunjukkan oleh purata gred secara kumulatif.

Page 151: hkh

133

Keempat-empat gagasan tersebut secara teorinya memanglah telah dibuktikan berhubungan di antara satu dengan yang lain. Keputusan kolerasi yang dibuat oleh Janda (1998) ditunjukkan dalam Jadual 8.8 berikut.

Jadual 8.8 Kolerasi Matrik Alat Ukuran

Alat Ukuran WAIS-R GAT SAT GPA

WAIS-R - GAT .78 - SAT .66 .72 - GPA .26 .28 .31 - Janda (1998) telah menunjukkan bahawa terbuktilah ukuran kecerdasan WAIS-R mempunyai kesahan gagasan kerana korelasinya dengan ukuran GAT adalah tinggi dan signifikan .78. Seterusnya Janda (1998) menunjukkan korelasi di antara subskala dalam GAT dengan subskala yang ada pada WAIS-R seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.9.

Jadual 8.9 Kolerasi antara Subskala GAT dengan Subskala WAIS-R

Subskala WAIS-R

Subskala GAT Informasi Matematik Kata-Kata Analogi .55 .42 .68 Informasi .74 .38 .51 Matematik .48 .79 .45 Perkataan .58 .46 .71

Kolerasi yang tinggi di antara subskala informasi GAT dengan subskala informasi WIAS-R (.74) adalah bukti bahawa kedua-dua subskala tersebut mengukur gagasan yang sama. Ini menunjukkan ukuran WAIS-R mempunyai kesahan gagasan yang baik. Begitu juga subskala informasi bagi ukuran GAT. 8.8 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN UJIAN Setelah anda didedahkan dengan konsep kebolehpercayaan dan kesahan serta beberapa tata cara untuk tata cara untuk meneliti kedua-dua isu ini, sudah tentu timbul persoalan tentang kaitan di antara kedua-duanya. Anda sebagai pengguna ujian dan penyelidik sudah tentunya ingin menggunakan suatu ujian yang sah dan sekaligus boleh dipercayai. Oleh kerana itu konsep kebolehpercayaan dan kesahan saling mempunyai hubungan.

Page 152: hkh

134

Ujian yang sah diguna pakai mestilah terlebih dahulu mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Samalah juga seperti seorang manusia yang disahkan baik ia mestilah seorang yang boleh dipercayai. Secara matematik dan analogi, peratus varians sebenar digunakan untuk meneliti hubungan di antara kebolehpercayaan dan kesahan. Semakin besar peratus varians sebenar, maka semakin tinggi kesahan ujian tersebut kerana ia mempunyai ralat yang kecil. Sebaliknya jika peratus ralat varians besar, peratus sebenar menjadi kecil, maka rendahlah kesahan ujian itu.

SOALAN DALAM TEKS 8.2

1. Terangkan dengan ringkas dan tepat beberapa

konsep berikut:

a) Pekali kesahan kandungan b) Kesahan lahiriah c) Jadual spesfikasi

2. Bandingkan dengan ringkas kesahan kriteriium

serentak dan kesahan ramalan. Apakah perbezaan yang ketara di antara dua jenis kesahan ini.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.9 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan dua isu penting dalam ujian ataupun dalam aspek psikometrik iaitu kebolehpercayaan dan kesahan. Kedua-dua isu ini penting dalam penyelidikan. Hanya data dan maklumat yang boleh dipercayai sahaja boleh dipertanggungjawab oleh penyelidik yang tentunya datang dari alat ukuran atau ujian yang sah. Kedua-dua isu ini jika dapat dipertahankan, maka kita sebagai penyelidik berjaya dalam semua bentuk penyelidik. Lebih-lebih lagi jika keputusan daripada penyelidik itu ingin dijadikan asas dan dasar untuk pembuatan keputusan. Dalam bidang sains sosial ia amat wajar dipertahankan. Tambahan pula bagi ahli psikologi yang ingin membuat keputusan terhadap tingkah laku secara umum dan terhadap manusia itu sendiri secara khusus. Keputusan penyelidikan yang dibuat daripada datanya dan maklumat yang tidak boleh dipercayai dan tidak sah terlalu besar kos yang perlu ditanggung.

Page 153: hkh

135

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut merupakan data yang diperolehi daripada 10 orang subjek

yang mengambil ujian. Ujian tersebut mengandungi 6 item dan menggunakan jawapan format Likert 7 pilihan.

Item

Subjek 1 2 3 4 5 6 1 6 7 5 3 3 4 2 1 5 5 1 1 2 3 3 3 2 2 1 1 4 6 6 2 1 4 5 5 7 5 2 1 5 7 6 1 2 3 2 1 4 7 5 5 3 4 2 2 8 6 7 2 1 1 2 9 7 7 7 5 5 7 10 3 3 2 3 6 6

i) Berdasarkan data di atas

a) Kira pekali alfa dan terangkan keputusannya. b) Kira pekali bahagi dua dan terangkan

keputusannya 2. Berikut merupakan taburan data personaliti asertif 10 orang

pelajar yang mengikuti program Pembinaan Sahsiah. Markah pra dan pasca program dikutip. Kira pekali kebolehpercayaan ujian yang sesuai dan bincangkan keputusannya.

Subjek Praprogram Pasca program

1 26 27 2 28 31 3 30 32 4 32 32 5 33 35 6 33 26 7 34 39 8 37 38 9 38 40 10 40 45

Page 154: hkh

136

3. Berikut merupakan taburan data penghargaan kendiri dan data kemurungan 10 orang subjek kajian.

Subjek Praprogram Pasca program

1 26 27 2 28 31 3 30 32 4 32 32 5 33 35 6 33 26 7 34 39 8 37 38 9 38 40 10 40 45

i) Berdasarkan data di atas, anda diminta menjawab soalan

berikut: a) Apakah jenis kesahan yang anda boleh

bincangkan b) Kira pekali korelasi di antara pemboleh ubah

penghargaan kendiri dengan kemurungan dan terangkan keputusannya.

c) Daripada nilai pekali korelasi yang anda kira di atas, terangkan bagaimanakah kesahan ujian kemurungan yang digunakan dalam penyelidikan ini.

ii) Terangkan berbagai-bagai langkah yang boleh anda

gunakan jika anda ingin mempastikan kesahan ujian yang anda guna dalam penyelidikan latihan ilmiah anda.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 8.1

1. a. Metod pekali alfa diperkenalkan oleh Cronbach pada

tahun 1951. Pekali kebolehpercayaan dinama sebagai alfa. Ia dikira daripada data yang diperolehi dalam satu tadbiran ujian. Metod pekali alfa sesuai digunakan kepada ujian yang menggunakan format jawapan pelbagai pilihan. Ia mengambarkan keseragaman item-item dan ketekalan dalaman item-item tersebut mengukur satu gagasan tingkah laku.

Page 155: hkh

137

b. Kebolehpercayaan ujian kembali menunjukkan kestabilan markah ujian dan tindak balas mengikut masa dan keadaan. Pekali kebolehpercayaan dikira dengan membuat korelasi di antara markah yang diperolehi dalam ujian pertama dengan markah ujian kedua di kalangan individu yang sama mengambil ujian tersebut. Markah yang diperolehi dalam ujian pertama sepatutnya stabil dengan markah yang dicapainya dalam ujian kedua. Kebolehpercayaan ini bertujuan kestabilan data ujian.

c. Metod bahagi digunakan untuk meneliti

kebolehpercayaan data dari segi ketakalan dalaman. Item ujian dibahagikan kepada dua bahagian secara seimbang atau selari. Perkara penting yang perlu diawasi semasa membahagikan item kepada dua bahagian ialah dengan memastikan kedua-dua bahagian itu seragam. Pembahagian item boleh dibuat dengan cara mengambil item nombor ganjil dan nombor genap. Markah item genap dan ganjil dikorelasikan dan ia menjadi petunjuk kepada kebolehpercayaan bahagi dua. Namun, nilai pekali kolerasi perlu diperbaiki dengan formula Spearman Brown.

d. Formula Kuder Richardson digunakan untuk

menganggar kebolehpercayaan apabila jawapan kepada item ujian menggunakan format binary seperti YA atau TIDAK, SALAH atau BENAR, Ia dicadangkan Kuder dan Richardson (1937) dengan jua jenis formula yang terkenal dengan nama KR20 dan KR21. Kegunaannya sama sepertti pekali alfa iaitu bagi menggambarkan ketekalan dalaman dan keseragaman item-item.

2. Metod ketekalan dalaman menganggar kebolehpercayaan markah

berdasarkan item-item yang terdapat dalam set ujian yang ditadbirkan dalam satu satu sesi. Ketekalan dalaman merujuk kepada keseragaman item-item mengukur satu gagasan yang sama. Sebaliknya kebolehpercayaan untuk meneliti kestabilan, meneliti markah ujian dan tindak balas mengikut masa dan keadaan. Kestabilan markah ditunjukkan oleh nilai pekali kolerasi di antara markah yang diperolehi dalam ujian pertama dengan markah yang dicapai dalam ujian kedua.

Page 156: hkh

138

SDT 8.2 1. a. Pekali kesahan kandungan merupakan indeks bagi

menunjukkan darjah persetujuan di antara pakar pertama dan pakar kedua semasa menilai item dan soalan ujian. Persetujuan yang diperolehi ialah darjah kesuaian item itu mengukur kandungan yang diukur oleh item tersebut. Semakin tinggi nilai pekali kesahan, maka ujian itu dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang baik.

b. Kesahan lahiriah merupakan pertimbangan subjektif pakar

ujian yang merumuskan bahawa sesuatu ujian itu dikatakan baik dan sah mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia merupakan penilaian awal yang perlu dibuat sebelum menggunakan sesuatu ujian. Selepas kesahan lahiriah dikenal pasti, pengguna mestilah membuat penilaian lanjut yang lebih mendalam berhubung dengan kandungan ujian dan aspek-aspek-aspek yang lain.

c. Jadual spesifikasi ujian digunakan untuk menilai kesahan

kandungan Jadual spesifikasi mengandungi aspek atau subskala yang diukur dan aras pengetahuan yang diukur. Dalam jadual tersebut, terkandung bilangan item atau soalan bagi setiap aspek yang sepatutnya terkandung dalam proses pembelajaran yang diukur oleh ujian yang dinilai.

2. Kesahan kriterium serentak merujuk kepada sejauhmanakah

hubungan markah sesuatu ujian yang dinilai dengan kriteria yang diukur secara serentak. Sebagai contoh kira menilai Ukuran Nilai Kerja dan menggunakan markah prestasi sebagai kriterium. Data ujian tersebut ditadbirkan dan secara serentak mengumpul data prestasi. Kedua-dua data itu korelasikan. Korelasi dua markah tersebut menrupakan petunjuk kepada kesahan kriterium serentak.

Kesahan ramalan pula digunakan untuk meramal ketepatan kegunaan dan peranan ujian yang dinilai dan mampu mengukur tingkah laku masa depan. Ukuran Nilai Kerja akan dikatakan mempunyai kesahan ramalan jika data nilai kerja dapat meramal prestasi kerja yang dikumpul pada waktu yang lain selepas terkumpulnya data nilai kerja. Hubungan kedua-dua markah ini boleh dianalisis dengan korelasi. Sebaik-baik analisis jika anda mampu ialah analisis Regresi.

Page 157: hkh

139

BAB 9

ANALISIS DATA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan jenis data yang sering ditemui dalam

penyelidikan sains sosial. 2. Menerangkan kemahiran menggunakan system pengkodan

data secara kualititif dan kuantitatif. 3. Mengenal pasti beberapa metod analisis statistik dan cara

mempersembahkan dan penyelidikan. 4. Mengaplikasi beberapa metod analisis bersesuaian dengan

tujuan kajian dan data yang diperolehi dalam penyelidikan.

9.1 PENGENALAN Setelah anda mengumpulkan data penyelidikan melalui berbagai-bagai cara pengumpulan data yang dibincangkan dalam beberapa bab sebelum ini, bab ini akan memandu anda untuk menganalisis data kajian anda. Untuk analisis data, Drew & Hardman (1985) dalam bukunya berjudul Designing Conducting Behavioral Research menegaskan bahawa adalah suatu yang amat wajar untuk menghubungkaitkan di antara reka bentuk penyelidikan yang telah anda pelajari dengan metod analisis data. Oleh kerana di dalam proses penyelidikan, tahap-tahap daripada perancangan penyelidikan, mereka bentuk kajian, membina soal selidik dan proses pengumpulan data seharusnya menjurus kepada teknik analisis data dan statistik yang sesuai digunakan supaya tujuan dan pernyataan kajian dapat dijawab dengan tepat. Modul ini cuba membincangkan cara data dan maklumat boleh diproses dan dianalisis bersesuaian dengan bentuk dan format soal selidik atau ujian yang digunakan. 9.2 DEFINISI ANALISIS DATA Mengikut Kerlinger (1986) analisis makna mengkategorikan data, meringkaskan, menyusus dan memanipulasi data yang diperolehi untuk

Page 158: hkh

140

menjawab pernyataan kajian, andaian dan hipotesis kajian. Data yang besar dan banyak perlu diolah secara sistematik sehingga ia mampu untuk diinterprestasi dan dapat menggambarkan hubungan apa yang dikaji dan diuji dalam penyelidikan. Metod analisis statistik mampu memanipulasi dan meringkaskan data berbentuk numerik bagi membuktikan sama ada yang dijangka oleh penyelidik wujud atau tidak berdasarkan kepada data yang dikumpul. Namun demikian, terdapat juga maklumat yang bersifat kualitatif dan perlu diperihal dan dianalisis untuk menggambarkan perkara yang dikaji. 9.3 JENIS DATA Sebelum anda didedahkan dengan metod analisis data, elok sekiranya kita bincangkan jenis data yang diperolehi dalam penyelidikan untuk dianalisis. Sebelum ini kita telah didedahkan dengan 4 jenis data mengikut skala pengukuran iaitu data nominal, ordinal, sela dan nisbah. Kita juga sebenarnya boleh mengkategorikan data tersebut kepada dua kategori, iaitu (1) data kuantitatif, dan (2) data kualitatif. Bab ini akan membincangkan dua jenis kategori data ini. Untuk mengetahui perbezaan data kuantitatif dengan data kualitatif, While dan While (1997) membincangkannya seperti berikut: 9.3.1 Data Kuantitatif Apabila sesuatu unit pembolehubah diwakili oleh angka dan boleh dikira, maka pembolehubah tersebut mempunyai data kuantitatif. Angka tersebut dimiliki oleh setiap kes atau subjek yang terlibat dalam kajian. Sebagai contoh ialah data berat badan subjek yang menjadi responden kajian. Contoh data yang lain ialah markah, skor prestasi, motivasi, kekerapan hadir kuliah dan lain-lain. Data kuantitatif adalah jenis diskrit dan selanjar. Ia mempunyai struktur aritmatik. Berikut ialah contoh data kuantitatif iaitu motivasi pelajar.

Markah Motivasi Pelajar Universiti 95 30 128 116 120 129 125 140 132 117 118 117 116 126 111 112 132 101

9.3.2 Data Kualitatif Apabila unit pembolehubah menggambarkan kenyataan atau kod maka pembolehubah tersebut dikategorikan sebagai data kualitatif. Data yang menunjukkan jantina, tempat tinggal, kumpulan etnik, bahan bacaan

Page 159: hkh

141

yang digemari, kenyataan BENAR atau SALAH terhadap sesuatu isu adalah di antara contoh data kualitatif.

Data kualitatif mempunyai susunan sub kelas atau kategori, contohnya sub kelas sangat tidak setuju, tidak setuju dan sangat setuju. Kesimpulannya, untuk mengenal pasti sama ada unit pembolehubah yang dikaji mempunyai data kuantitatif atau kualitatif, ia bergantung kepada sama ada ia menggambarkan angka secara selanjar ataupun ia hanyalah sebagai kod ataupun kenyataan. Data selanjar merupakan data kuantitatif. Di tahap ini, akan dikehendaki mampu mengenal pasti kedua-dua data ini kerana aplikasi analisis statistik memerlukan kemahiran ini. Ada analisis yang hanya sesuai untuk data kualitatif sahaja dan tidak sesuai bagai data kuantittaif dan begitu juga sebaliknya.

SOALAN DALAM TEKS 9.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan analisis data dan

berikan dua jenis data yang sering digunakan dalam penyelidikan?

2. Terangkan perbezaan di antara data kuantitatif dengan data kualitatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.4 KOD ANGKA Anda pastinya ingin membuat analisis data dengan menggunakan komputer. Dalam pasaran hari ini, terdapat berbagai-bagai pakej komputer analisis statistik. Dalam modul ini kita hadkan perbicangan kepada pakej analisis statistik SPSS yang terdapat dalam komputer

Apakah bahan bacaan yang anda gemari: ___________ Buku cerita ___________ Novel ___________ Akhbar ___________ Majalah ___________ Komik ___________ Lain-lain

Page 160: hkh

142

peribadi. Pakej ini bernama SPSS for Windows. Versi baru tahun ini ialah Versi 11.0. Perkataan SPSS merujuk kepada Statistical Package for Social Sciences. Pakej statistik boleh memahami data numeric dalam bentuk angka dan bukan numeric. Perbincangan dalam modul ini lebih menekankan kepada data numerik yang anda masukkan dalam komputer. Nombor atau nilai numerik boleh juga digunakan untuk menggambarkan nilai data kualitatif. Nombor itu sebenarnya adalah kod yang mewakili setiap aras pembolehubah kualitatif. Penggunaan nombor melibatkan proses yang dipanggil sebagai system pengkodan. Sebagai contoh, jenis bahan bacaan yang dinyatakan di atas boleh diberikan kod iaitu nombor 1 kepada cerita, 2 kepada novel dan sebagainya seperti berikut:-

Nilai Kualitatif Nombor Kod Buku Cerita 1

Novel 2 Akhbar 3 Majalah 4 Komik 5

Kod kepada data kuanlitatif hanya untuk membeza-bezakan aras atau jenis kategori.Ia tidak membawa sebarang pemberat seperti mana data kuantitatif. Kod 2 tidak boleh dikatakan lebih besar daripada kod 1, begitu juga kod 5 tidak bermakna lebih besar daripada 4 dan sebagainya. Kod pembolehubah jantina misalnya boleh menggunakan 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Ia boleh diubah menjadi kod 1 untuk perempuan dan kod 2 untuk lelaki.

Jantina Kod Atau Kod Lelaki 1 2 Perempuan 2 1

9.5 PENGKODAN DATA UNTUK ANALISIS Pengkodan kepada soal selidik jenis tertutup agak mudah kerana pilihan jawapan telah diberikan. Bagi soal selidik jenis terbuka system kod boleh dibuat selepas daripada praujian soal selidik. Contoh jawapan yang beri oleh responden semasa praujian dapat ditentukan. Namun demikian, kategori jawapan mungkin bertambah dalam masa pengumpulan data sebenar. Oleh kerana itu, system kod boleh ditambah selepas proses pengumpulan data. Pengkodan data bergantung besar kepada format soal selidik atau ujian yang digunakan. Berikut ditunjukkan beberapa contoh sistem kod yang biasa digunakan mengikut jenis soalan.

Page 161: hkh

143

1. Jawapan jenis dua pilihan Soal selidik atau ujian yang menggunakan dua pilihan jawapan mudah diberikan kod, contohnya kod 1 dan 0 atapun kod 1 dan 2. Sebagai contoh lihat contoh berikut:

Pembolehubah / Item Jawapan Kod 1. Jantina Lelaki

Perempuan 0 1

2. Virus HIV boleh berjangkit melalui suntikan Salah Benar

1 2

3. Saya suka mengurus waktu dengan baik Tidak Ya

0 1

Berikut merupakan kod jawapan ujian piawai Penghargaan Kendiri yang menggunakan dua pilihan jawapan ataupun format jawapan binari YA dan TIDAK.

Ya (1) Tidak (0) 1. Saya menghabiskan banyak waktu berangan-angan __________ ___________ 2. Kawan lelaki dan perempuan suka bermain dengan saya __________ ___________ 3. Saya suka menghabiskan banyak waktu berseorangan __________ ___________ 4. Saya berpuas hati dengan kerja sekolah saya __________ ___________ 5. Saya sentiasa merasa seronok bersama ibu saya __________ ___________ 6. Ibu bapa saya tidak pernah memarahi saya __________ ___________

Kenyataan di atas mengandungi item positif dan negatif dan sistem permarkatannya seperti berikut:

Item Jawapan YA TIDAK Item Positif 2 4 5 6

1

0

Item Negatif 1 2

0

1

Jika anda menggunakan pakej statistik untuk dianalisis, eloklah sekiranya anda memasukkan data mengikut sebagaimana jawapan responden, iaitu 1 bagi jawapan YA dan 0 bagi jawapan TIDAK untuk semua item. Cara ini lebih mudah dan tidak mengelirukan. Dalam masa membuat analisis, anda perlu menyatakan kepada system bahawa pengkodan itu perlu diubah atau ‘RECODE’ bagi item negatif. Kod item negatif bagi jawapan TIDAK menjadi 1 dan jawapan YA menjadi 0.

Page 162: hkh

144

2. Jawapan pelbagai pilihan Soal selidik yang menggunakan pelbagai jawapan sama ada ia berformat skala Likert ataupun beberapa pilihan yang menyediakan jawapan menggunakan kod kepada jawapan berdasarkan pilihan jawapan yang dibekalkan. Contoh yang ditunjukkan di bawah menggunakan 4 dan 5 pilihan jawapan. Sistem pengkodan ini boleh digunakan kepada sebarang ujian piawai yang digunakan dalam penyelidikan.

Pembolehubah / Item Jawapan Kod 1. Ibu sering menggalakkan saya untuk

belajar bersungguh-sungguh. Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju

1 2 3 4 5

2. Etnik Melayu Cina India Lain-lain

1 2 3 4

Apabila soal selidik atau ujian piawai yang digunakan mengandungi item positif dan negatif, sistem pemarkatannya yang berikut akan digunakan:

Jawapan Markah Item Positif Markah Item Negatif Sangat setuju

Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

5 4 3 2 1

Seperti yang dinyatakan di atas, anda masukkan data mengikut apa yang djawab oleh responden. Sebagai contoh, masukkan 1 bagi jawapan sangat tidak setuju, 2 tidak setuju dan seterusnya hingga 5 kepada jawapan sangat setuju. Tetapi harus diingat, semasa membuat program analisis anda harus memberitahu perubahan kod bagi tem negatif sebagaimana yang diterangkan di atas. Dalam kes kod 1 ditukarkan atau RECODE kepada kod 5, kod 2 kepada kod 4 dan seterusnya. 3. Soal selidik jenis terbuka Jawapan kepada soal selidik terbuka juga memerlukan sistem pengkodan lebih-lebih lagi jika ia ingin dianalisis dengan menggunakan pekej statistik komputer. Sistem pengkodan kepada soalan yang menghasilkan data selanjar dan bersifat angka atau numerik tidaklah begitu rumit. Masukkan sahaja nilai tersebut sebagai data. Oleh kerana itu apabila membina soal selidik, pembolehubah yang sifatnya selanjar dan kuantitatif, bina soal selidik terbuka dan minta responden mengisi nilai sebenar kerana skala

Page 163: hkh

145

pengukurannya adalah jenis sela atau nisbah. Adalah rugi jika kita gunakan soalan tertutup dan memberi kategori. Manipulasi statistik tidak dapat dibuat jika ia menjadi data kategori. Sebagai contoh:

Umur: tahun Pendapatan: RM PMK:

9.6 BUKU KOD System pengkodan akan lebih jelas dan mudah dijadikan sebagai panduan bagi memasukkan data ke dalam komputer jika keseluruhan system kod dan markah disediakan dalam bentuk kod dan seterusnya untuk tujuan analisis data. Di dalam buku kod penyelidik menyediakan senarai kod yang digunakan bagi mewakili jawapan kepada soal selidik dan pembolehubah yang dikaji. Sekiranya data dianalisis dengan pakej komputer, buku kod mampu menerangkan kedudukan pembolehubah mengikut lajur yang terdapat dalam data fail. Jadual 9.1 berikut menunjukkan contoh buku kod:

Nama Pembolehubah Kod Jawapan atau Value Label Pembolehubah

1. Nombor responden 2. JANTINA Lelaki

Perempuan 3. UMUR Angka sebenar yang diisi responden 4. ETNIK Melayu

Cina India Lain-lain

5. JKERJA 1. Polis Diraja Malaysia 2. Operator Pengeluaran

6. TPEND 1. Darjah 1 hingga 6 2. Tingkatan 1 hingga 3 3. Tingkatan 4 hingga 5 4. Tingkatan 6 5. Diploma 6. Ijazah

BAHAGIAN B Ujian Piawai: Personaliti B1 to B54

Item 1 hingga item 54 1. Sangat Setuju 2. Setuju 3. Tidak Pasti 4. Tidak Setuju 5. Sangat Tidak Setuju

BAHAGIAN C Ujian Piawai: Kendiri

C1 to C42 Item 1 hingga Item 42

0. Tidak 1. YA

Page 164: hkh

146

BAHAGIAN D Ujian Piawai: Penilaian Prestasi Kerja

D1 to C14 Item 1 hingga Item 14

1. Sangat Tidak Memuaskan 2. Kurang Memuaskan 3. Sederhana 4. Baik 5. Sangat Baik 6. Sangat Cemerlang

SOALAN DALAM TEKS 9.2

1. Apakah yang dengan sistem pengkodan data

dalam penyelidikan? 2. Apakah yang dikatakan buku kod dan apakah

kebaikannya dalam penyelidikan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.7 METOD ANALISIS STATISTIK Data perlu dianalisis dengan menggunakan metod analisis statistik yang paling sesuai dan tepat untuk mempastikan keputusan yang dilaporkan tepat dan sah. Untuk memilih metod analisis statitisk yang sesuai ia bergantung kepada beberapa perkara, antaranya ialah: i) Tujuan kajian, ii) Hipotesis atau andaian, iii) Jenis data sama ada jenis kategori atau selanjar, iv) Andaian dalam taburan populasi sama ada normal ataupun tidak

normal dan keadaan variansnya, v) Sampel sama ada jenis sampel bebas ataupun sampel

berhubungan, dan vi) Teori yang dijadikan asas atau kerangka ujian. Sekarang kita akan membincangkan beberapa method analisis data dan bagaimana mempersembahkan data berdasarkan tujuan kajian. Kita mulakan dengan kajian yang berminta untuk melihat perbandingan.

Page 165: hkh

147

9.8 ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan sering menjadi minat penyelidik dan banyak digunakan. Modul ini akan memulakan perbincangan dengan dua jenis analisis perbandingan iaitu (1) perbandingan menggunakan min dan (2) perbandingan menggunakan peratus. 9.8.1 Analisis Perbandingan Dua Min Sebagai contoh, katakan anda berminat untuk meneliti perbezaan motivasi di kalangan pekerja di sektor swasta dan sektor kerajaaan. Dua buah organisasi dipilih sebagai sampel. Hipotesis yang anda boleh bina sebagai hipotesis pilihan tidak terarah ialah:

“Terdapat perbezaan min motivasi kerja di antara pekerja yang bertugas di jabatan kaerajaan dengan pekerja di sektor swasta.”

Data yang diperolehi adalah hasil tadbiran satu ujian motivasi kerja secara piawai mengandungi 40 item. Sebagaimana yang dinyatakan di atas metod analisis yang ingin digunakan bergantung kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan. Sebagai penyelidik kita mesti meneliti syarat tersebut. Katakanlah data motivasi kerja yang kita perolehi adalah data jenis selanjar. Andaian yang boleh kita buat ialah taburan markah motivasi kerja dalam populasi adalah normal. Oleh kerana itu statistik yang sesuai digunakan ialah statistik parametrik. Analisis yang kita gunakan dapat ditentukan berdasarkan panduan yang ditunjukkan dalam kotak berikut:

Sampel Data Varians Metod statistik Bebas Selanjar (normal) Sama atau seragam Ujian t (biasa) Bebas Selanjar Tidak sama Ujian t formula Cochran

& Cox Ujian t formula Satterthwaite Ujian t formula Welch Aspin

Berhubungan Selanjar Sama Ujian t sampel berhubungan

Dalam contoh di atas, anda berminat untuk melihat perbezaan min motivasi kerja kumpulan pekerja sector kerajaan dan swasta. Varians data motivasi kerja dua kumpulan pekerja tersebut adalah sama atau seragam. Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada data dan populasi yang dikaji, metod analisis statistik yang sesuai ialah ujian-t biasa dengan menggunakan taburan persampelan Student t.

Page 166: hkh

148

Apabila data dua kumpulan A dan kumpulan B berhubungan contohnya seperti data personaliti yang diperolehi daripada kanak-kanak bersama-sama dengan data personaliti ibu bapa data tersebut dianggap berhubungan. Data kumpulan A ialah data personaliti kanak-kanak dan data personaliti ibubapa mereka menjadi data kumpulan B. Untuk meneliti perbezaan kedua data personaliti tersebut, Ujian t sampel berhubungan digunakan. Pakej komputer SPSS for Windows menyediakan analisis yang berbeza. Contoh arahan dalam tetingkap SPSS ditunjukkan di bawah.

Tujuan Analisis Arahan Ttingkap dalam SPSS Perbandingan min dua sampel bebas Analyze

Compare Means Independent Sample T Test

Perbandingan min dua sample berhubungan

Analyze Compare Means Pairs Sample T Test

Sekiranya data motivasi kerja yang anda dikaji, varians dua kumpulan itu berbeza, maka data tersebut menyimpang daripada andaian keseragaman varians dalam taburan populasi. “Ujian t biasa” tidak sesuai digunakan. Ujian t yang sesuai digunakan ialah seperti yang dicadangkan oleh Welch Aspin (lihat Marascuilo, 1971, m.s. 262), Satterthwaite (1946) ataupun formula Cochran & Cox (1957). Pakar-pakar analisis data ini mengubahsuai formula mendapatkan nilai darjah kebebasan (dk). Untuk mendalami metod ini anda boleh merujuk buku statistik seperti yang ditulis oleh Hinkle, Wiersma & Jurs (1988) yang berjudul Applied Statistics for The Behavioral Sciences. 9.8.2 Analisis Perbandingan Peratus Seringkali penyelidik memperolehi data nominal yang berbentuk kekerapan ataupun peratus. Contohnya, bilangan orang Melayu yang membeli kereta jenis Honda berbanding dengan bukan Melayu yang membeli kereta tersebut. Data bilangan menggambarkan kekerapan dan ia boleh dijadikan peratus. Kotak berikut dijadikan panduan untuk menganalisis data peratus.

Sampel Data Metod statistik Bebas Peratus Statistik deskriptif, carta dan grafik Bebas Peratus Statistik z, carta dan geraf

9.8.3 Analisis Hubungan Dua Pembolehubah Anda mungkin berminat untuk membuat kajian untuk melihat hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Sebagai

Page 167: hkh

149

contoh anda berminta untuk mengetahui adakah motivasi kerja mempunyai hubungan dengan produktiviti kerja kerana terdapat teori motivasi yang pernah membincangkan hubungan dua pembolehubah tersebut. Hipotesis yang boleh anda bina boleh bersifat tidak terarah ataupun hipotesis nul kerana maklumat yang diperolehi daripada kajian lepas menyerankan kepada keadaan sedemikian. Hipotesis yang dibina boleh dinyatakan seperti berikut: “Tidak terdapat hubungan antara motivasi kerja produktiviti kerja”. Jika kedua-dua motivasi kerja dan produktiviti kerja bersifat selanjar, hipotesis yang anda bina itu boleh diuji dengan metod korelasi formula Pearson satu hujungan. Terdapat penyelidik yang gemar mengkategorikan pembolehubah yang asalnya bersifat selanjar. Sebagai contoh, data motivasi kerja yang sifatnya dan mempunyai ciri data yang terbaik, dikategorikan sebagai motivasi tinggi, sederhana dan rendah mengikut kriteria dan rendah mengikut kriteria dan nilai teori yang penyelidik tentukan. Amalan ini kurang sesuai kerana data yang cirinya terbaik diturun martabatnya sebagai data kategori. Namun, ia masih boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu yang sesuai. Jika pembolehubah motivasi kerja ingin dikorelasikan dengan produktiviti kerja, maka data produktiviti kerja juga dikategorikan. Dalam konteks ini, penyelidik telah menukar reka bentuk kajian menjadi seperti berikut yang disebut sebagai cross-tabulation. Data yang terdapat dalam set kotak kontingensi berikut adalah kekerapan atau bilangan pekerja mengikut kategori.

Motivasi kerja Produktiviti kerja

Tinggi Sederhana Rendah

Tinggi Sederhana Rendah

Metod analisis statistik yang sesuai digunakan untuk melihat hubungan di antara motivasi kerja dengan produktiviti ialah Khi Kuasadua (X2). Statistik Khi Kuasadua seterusnya digunakan untuk melihat sama ada dua pembolehubah yang dikaji itu bebas atau tidak. Sekiranya dua pembolehubah tersebut tidak bebas maka pembolehubah tersebut dikatakan berasosiasi di antara satu sama lain.

Page 168: hkh

150

Sebagaimana yang telah anda ketahui bahawa pemilihan metod analisis statistik bergantung kepada jenis data yang dimiliki oleh pembolehubah yang dikaji. Jadual 9.2 berikut diberi untuk menunjukkan apakah jenis metod analisis statistik yang sesuai digunakan untuk melihat hubungan dua pembolehubah (X dan Y) bergantung kepada jenis-jenis data pembolehubah tersebut.

Jadual 9.2 Metod Statistik untuk Melihat Hubungan Pembolehubah X dan Pembolehubah Y

Pembolehubah x Pembolehubah Y

Nominal (kategori)

Ordinal (pangkat)

Sela atau nisbah (selanjar)

Nominal Pekali Phi Pekali Kategori Crame’s V Khi Kuasadua

Ordinal Korelasi Dwisiri Kolerasi Spearmen Tetrachoric

Selanjar Korelasi Dwisiri Titik Korelasi Dwisiri 9.8.4 Perbandingan Min Lebih daripada Dua Kumpulan Seterusnya anda mungkin berminat untuk membuat perbandingan lebih daripada dua kumpulan. Sebagai contoh anda berminat untuk membandingkan data motivasi kerja di antara pekerja berbangsa Melayu, Cina dan India. Metod analisis yang sesuai gunakan untuk membandingkan min kumpulan tersebut ialah Analisis Varians (ANOVA) satu hala. Analisis untuk berlainan data, ia ditunjukkan dalam kotak berikut:

Taburan Sampel Metod analisis statik Normal Bebas Analisis varians (anova) satu hala Normal Berhubungan Anova ukuran berulangan

Contoh yang diberi di atas berhubung dengan perbandingan motivasi kerja berdasarkan enik melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu etnik. Namun demikian kadangkala anda berminat untuk menambah bilangan pembolehubah bebas. Contohnya, anda juga berminat untuk memasukkan pembolehubah jantina pekerja. Minat anda untuk mengetahui adakah pekerja lelaki atau wanita mengikut kumpulan etnik yang lebih tinggi motivasi kerjanya. Penyelidikan seperti ini melibatkan dua pembolehubah bebas dan ingin melihat perbezaannya terhadap motivasi kerja. Jika inilah minat anda, anda sudah menukar reka bentuk kajian kepada reka bentuk yang dinamakan sebagai reka bentuk faktorial.

Page 169: hkh

151

Reka bentuk faktorial yang melibatkan dua pembolehubah bebas etnik dan jantina ditunjukkan dalam jadual di bawah. Data pembolehubah terikat yang diukur ialah motivasi kerja.

Etnik Jantina

Melayu Cina India

Lelaki Perempuan

Metod analisis yang sesuai anda gunakan ialah Analisis Varians (ANOVA) dua hala. Jika terdapat dua pembolehubah bebas. Sekiranya tiga pembolehubah bebas terlibat dalam reka bentuk kajian, analisis yang sesuai semakin kompleks iaitu ANOVA tiga hala. ANOVA dua hala dan tiga hala semakin sukar dan tidak dibincangkan pada tahap ini. Namun statistik ini lebih ‘powerful’ dan banyak mempunyai kekuatan dan kelebihan.

9.8.5 Regresi Mudah dan Regresi Pelbagai Anda yang berminat untuk membuat ramalan dan melihat hubungan satu pembolehubah bebas X terhadap satu pembolehubah terikat Y, metod analisis regresi mudah boleh digunakan. Sekiranya anda berminat untuk melihat kesan, pengaruh dan hubungan lebih daripada satu pembolehubah peramal (contohnya X1, X2, X3 dan seterusnya), metod analisis yang sesuai digunakan ialah regresi pelbagai. Peratus sumbangan ramalan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat dapat dilihat berdasarkan kepada nilai pekali penentuan (r2) sama ada secara berasingan bagi setiap pembolehubah atau secara bergabung (R2) berdasarkan model analisis yang dibina. Bab ini tdaik membincangkan aspek tersebut.

SOALAN DALAM TEKS 9.3

1. Nyatakan dengan ringkas metod analisis statistik

yang paling sesuai untuk tujuan berikut: a) Menguji perbezaan min dua kumpulan sampel

bebas. b) Meneguji perbezaan peratus dua kumpulan

sampel bebas. c) Menguji perbezaan personaliti pelajar bandar,

pinggir bandar dan luar bandar.

Page 170: hkh

152

d) Menguji hubungan antara personaliti dengan

prestasi akademik pelajar. 2. Apakah perbezaan antara Analisis Varians

(ANOVA) satu hala dengan ANOVA dua hala? 3. Apakah perbezaan antara metod analisis korelasi

dengan analisis regresi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.9 KESIMPULAN Anda telah didedahkan dengan kegunaan analisis data dalam penyelidikan. Harus diingat bahawa metod analisis data akan lebih mudah jika anda menggunakan sistem pengkodan nilai pembolehubah yang dianalisis dan lebih baik dianalisis dengan pakej komputer. Analisis yang digunakan mestilah sesuai dengan tujuan kajian, hipotesis yang dibina, jenis data yang dianalisis dan berbagai-bagai syarat lain seperti teori yang digunakan dan taburan data dalam populasi. Anda telah didedahkan dengan beberapa metod analisis statistik yang penting untuk tujuan perbandingan, hubungan di antara pembolehubah dan juga ramalan yang melibatkan perbandingan min dan peratus. Pilihlah metod analisis yang paling tepat agar keputusan yang anda buat tepat dan menghasilkan suatu penyelidikan yang bermutu.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

Baca pernyataan kajian berikut dan jawab soalan 1 hingga 5 yang dikemukakan selepas daripada pernyataan kajian. 1. Anda berminat untuk mengkaji kesan strategi pembelajaran

terhadap prestasi akademik pelajar dan menghubungkan kaitkan kajiannya dengan meneliti kebolehan mental. Dalam kajian tersebut sudah tentu anda beliau mengambil kira beberapa ciri latar belakang pelajar seperti jantina, taraf sosio-ekonomi keluarga, pendidikan keluarga, latar belakang tempat tinggal, bangsa jenis sekolah.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda diminta untuk menyelesaikan beberapa persoalan berikut:

Page 171: hkh

153

i) Satu set ujian mengandungi 10 soalan mengandungi item positif dan negatif digunakan untuk mengukur kebolehan mental. Bagaimana system pengkodan yang anda perlu gunakan dan bagaimana menentukan prestasi kebolehan mental pelajar.

ii) Bagaimanakah agaknya anda ingin mengukur dan

menentukan prestasi akademik pelajar. Apakah metod analisis data yang sesuai untuk melihat adakah pelajar lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan prestasi. Jelaskan.

iii) Katakanlah, terdapat tiga metod strategi pembelajaran

yang anda kaji mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Bagaimana anda menentukan sam ada terdapat atau tidak perbezaan prestasi akadmeik bagi setiap metod strategi pembelajaran yang digunakan.

iv) Anda berminat untuk mengetahui adakah taraf sosio-

ekonomi keluarga, pendidikan keluarga, latar belakang tempat tinggal dan jenis sekolah mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Analisis data tersebut untuk melihat pengaruh setiap satu pembolehubah bebas terhadap prestasi akademik. Bincangkan demi satu analisis.

v) Bagaimana anda ingin menentukan saling hubungan di

antara strategi pembelajaran, kebolehan mental dan prestasi akadmeik. Bincangkan metod analisis data yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 9.1

1. Analisis data merupakan proses mengkategorikan data,

meringkaskan, menyusus dan memanipulasi data yang diperolehi untuk menjawab pernyataan kajian, andaian dan hipotesis kajian. Data yang besar dan banyak perlu diolah secara sistematik sehingga ia mampu untuk diinterprestasi dan dapat menggambarkan hubungan apa yang dikaji dan diuji dalam penyelidikan. Metod analisis data mampu memanipulasi dan meringkas data berbentuk numeric dan kualitatif bagi

Page 172: hkh

154

membuktikan apa yang dijangka oleh penyelidik wujud atau tidak berdasarkan kepada data dan maklumat yang dikumpulkan. Ini menunjukkan dua kategori yang selalu dianalisis ialah data kuantitatif dan data kualitatif.

2. Data kuantitatif mengandungi unit pembolehubah dan selalunya

dalam bentuk angka dan boleh dikira. Angka tersebut dimiliki oleh setiap kes atau subjek yang terlibat dalam kajian. Sebagai contoh ialah data berat badan subjek yang menjadi responden kajian. Contoh data yang lain ialah markah, skor prestasi, motivasi, kekerapan hadir kuliah dan lain-lain. Data kuantitatif adalah jenis diskrit dan selanjar. Ia mempunyai struktur aritmetik.

Apabila unit pembolehubah mengambarkan kenyataan atau kod maka pembolehubah tersebut dikategorikan sebagai data kualitatif. Data yang menunjukkan jantina, tempat tinggal, kumpulan etnik merupakan contoh data kualitatif.

SDT 9.2

1. Sistem pengkodan menggunakan nombor atau nilai numerik

untuk menggambarkan nilai sesuatu data terutamanya data kualitatif. Nombor itu sebenarnya adalah kod yang mewakili setiap aras pembolehubah kualitatif. Sebagai contoh jantina diberikan kod iaitu nombor 1 bagi lelaki dan 2 kepada perempuan.

2. Sistem pengkodan akan lebih jelas dan mudah dijadikan sebagai

panduan bagi memasukkan data terutamanya dalam komputer. Keseluruhan sistem kod dan markah yang disediakan terkumpul dalam bentuk buku yang dinamakan buku kod. Di dalam buku kod penyelidik menyediakan senarai kod yan digunakan bagi mewakili jawapan kepada soal selidik dan pembolehubah yang dikaji. Sekiranya data dianalisis dengan pakej komputer, buku kod mampu menerangkan kedudukan pembolehubah mengikut lanjur yang terdapat dalam data fail.

SDT 9.3

1. Metod analisis statistik yang paling sesuai untuk tujuan berikut

ialah: a) Untuk menguji perbezaan min dua kumpulan sampel

bebas ialah Ujian t dua kumpulan bebas. b) Untuk menguji perbezaan peratus dua kumpulan sampel

bebas ialah statistik z.

Page 173: hkh

155

c) Untuk menguji perbezaan personaliti pelajar bandar, pinggir bandar dan luar bandar ialah Analisis Varians (ANOVA) Satu Hala.

d) Untuk menguji hubungan antara personaliti dengan prestasi akademik pelajar ialah metod korelasi formula Pearson.

2. Perbezaan antara Analisis Varians (ANOVA) satu hala dengan

ANOVA dua hala ialah bilangan pembolehubah yang terlibat dalam analisis dan reka bentuk kajian. ANOVA satu hala melibatkan satu pembolehubah bebas, manakala ANOVA dua melibatkan dua pembolehubah bebas.

3. Perbezaan antara metod analisis korelasi dengan analisis regresi

ialah matlamat terakhor analisis. Analisis korelasi digunakan untuk melibat darjah hubungan dua pembolehubah. Analisis regresi mampu meramal pengaruh pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat di samping meneliti hubungan dua pembolehubah tersebut.

Page 174: hkh

156

Page 175: hkh

157

BAB 10

PENYEDIAAN LAPORAN

OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, seharusnya dapat: 1. Memahami cara menulis laporan kajian secara ilmiah supaya hasil

kajian boleh dikongsi bersama oleh pengguna penyelidik. 2. Menjelaskan susunan yang perlu terkandung dalam sesuatu

penulisan laporan penyelidikan. 3. Menerangkan bahagian-bahagian yang perlu ada dalam sesuatu

bab laporan penyelidikan. 4. Menggunakan gaya penulisan yang dipersetujui di peringkat

antarabangsa dan yang diguna pakai secara piawai di peringkat nasional.

10.1 PENGENALAN Setelah selesai menganalisis data, tugas anda ialah untuk melaporkan keputusan yang anda perolehi untuk tatapan pengguna kepada penyelidikan. Tahap ini anda akan menulis laporan anda. Sudah tentu anda terfikir siapa yang akan membaca laporan anda. Ini bermakna laporan yang anda tulis merupakan alat berkomunikasi penyelidikan anda dengan banyak orang di luar dari anda yang menjadi pengguna kepada penyelidikan anda. Sebagai seorang pelajar yang membuat latihan ilmiah atau kertas projek, penyelia dan pensyarah anda adalah orang pertama yang membaca laporan anda. Namun, jangan hadkan kepada mereka sahaja. Bayangkan orang-orang lain yang bijak pandai. Anda mesti memikirkan dan berusaha agar pembaca dapat memahami apa yang anda tulis. Tidak ada gunanya menulis yang orang lain tidak faham. Amat malang jika anda sendiri pun tidak faham apa yang anda tulis. Untuk mengelakkan salah faham terhadap tulisan kita, Shaughnessy, Zechmeister dan (2000) mencadangkan dua perkara. Pertamanya cuba memahami pembaca anda. Jangan membuat jangkaan yang tinggi atau pun rendah akan kebolehan mereka. Keduanya, anda perlu mengenal pasti tujuan anda menulis. Tujuan menulis laporan kajian ialah untuk

Page 176: hkh

158

menghurai dan menyakinkan. Jadi huraikan apa yang anda diperolehi serta berusaha untuk menyakinkan pembaca bahawa interpretasi anda adalah yang terbaik. 10.2 PROSES MENULIS LAPORAN Untuk menulis, anda sudah tentunya menyediakan minda anda untuk menulis. Manasche (1984) menamakannya sebagai tesis. Sebelum ini orang kata sebagai tema yang akan ditulis. Untuk itu anda perlu menyediakan garis kasar supaya dapat membantu menyusun idea atau maklumat. Anda perlu ada kerangka yang membina struktur penulisan supaya pembaca mudah memahami apa yang anda kemukakan. Setelah anda membuat rangka garis kasar, anda bolehlah mula menulis. Klitgard (1983) dan Menasche (1984) menasihatkan anda untuk tidak teragak-agak menulis. Mereka mencadangkan supaya laporan ditulis sekurang-kurangnya dalam tiga deraf iaitu deraf contoh, deraf awal dan deraf akhir. Untuk menghasilkan penulisan yang menarik anda mestilah menggunakan gaya bahasa yang betul dan sesuai. Gaya yang baik menurut Alsip dan Chezik (1974) dan Klitgard (1983) ialah dengan menyatakan maklumat dengan cara yang paling mudah dan paling jelas. Anda harus senantiasa sedar bahawa tujuan menulis ialah untuk berkomunikasi. Oleh itu tulislah dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain. 10.3 ORGANISASI LAPORAN PENYELIDIK Bagaimana membuat susunan laporan penyelidikan? Mengikut Dawson, Klass, Guy dan Edgley (1991) terdapat banyak cara format penulisan yang pastinya berbeza-beza. Namun demikian, secara umum mereka berpendapat bahawa laporan penyelidikan hendaklah mengandungi struktur atau perkara-perkara berikut:

Tajuk Abstrak Pengenalan Metod Kajian Keputusan Perbincangan Kesimpulan Rujukan Lampiran

Page 177: hkh

159

Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zecmeister (2000) struktur yang ditunjukkan di atas mempunyai dua tujuan: i) Menyediakan kerangka yang boleh memberi huraian dengan jelas

tentang kajian, keputusan dan interpretasi yang meyakinkan. Ini memudahkan pembaca memberi fokus kepada perkara-perkara tertentu yang diminati untuk dilaporkan.

ii) Menjadi panduan untuk memudahkan pembaca sampai kepada

maklumat khusus dengan terus merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu yang diminati seperti metod, keputusan dan sebagainya mengikut bahagian-bahagian tertentu.

Sekarang dibincangkan bahagian-bahagian yang dinyatakan di atas untuk anda memahami dengan lebih terperinci dan cuba mempraktikkan dalam penulisan laporan penyelidikan anda sama ada dalam bentuk latihan ilmiah atau pun kertas projek. 10.3.1 Tajuk Kajian Tajuk merupakan perkara pertama yang dilihat oleh pembaca. Tajuk anda mestilah mudah, tepat dan terus memberi maklumat kajian anda. Mengikut Mitchell dan Jolley (1996) tajuk seharusnya dalam bentuk kenyataan ringkas tentang hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji khususnya pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Mengikut Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) secara idealnya,. Tajuk mestilah merumuskan idea utama secara mudah dengan menggunakan tidak lebih daripada 15 perkataan. Tajuk mestilah ditulis di tengah dalam bentuk piramid terbaik iaitu panjang di sebelah atas dan semakin pendek di sebelah bawahnya jika ia melibatkan lebih daripada satu baris. 10.3.2 Abstrak Abstrak ditulis setelah siap semua penulisan, tetapi dipersembahkan selepas tajuk. Abstrak memberi ringkasan pendek dalam satu halaman mengandungi sekitar 150-200 perkataan. Dalam banyak penulisan, abstrak dinamakan sebagai synopsis. Ada 7 perkara asas yang mesti dimasukkan dalam abstrak iaitu: i) Satu ayat menghuraikan topik umum kajian ii) Satu ayat menyatakan tujuan kajian iii) Satu ayat menyatakan hipotesis. iv) Satu ayat menghuraikan subjek dan cara persampelan

Page 178: hkh

160

v) Satu ayat tentang cara pengumpulan data dengan ukuran pembolehubah terikat.

vi) Satu ayat menyatakan keputusan utama. vii) Satu ayat tentang implikasi kajian. 10.3.3 Pengenalan Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) bahagian pengenalan dalam sesuatu laporan kajian bertujuan mencapai objektif berikut: i) Menyediakan kenyataan umum permasalahan yang dikaji dan

dengan itu meletakkan kajian itu dalam perspektif. ii) Merumus dengan ringkas kesusasteraan latar belakang yang

relevan yang membawa kepada permasalahan kajian dan pendekatan kajian.

iii) Memasukkan garis kasar kajian dan perkembangan logik bagi

ramalan dan hipotesis yang memandu kajian. Bahagian pengenalan mengikut Klass et al (1991) biasanya mengandungi atau campuran daripada perkara-perkara berikut: a) Pernyataan kajian, b) Tujuan kajian, c) Rasional dan signifikannya kajian, d) Definisi konsep, e) Sorotan kesusasteraan yang relevan, f) Latar teori jika ada, dan g) Hipotesis kajian. Kebanyakan orang menganggap kesemuanya harus disusun mengikut tertib yang sama. Sebenarnya ia tidaklah begitu tegar atau rigid. Anda mempunyai kreativiti tersendiri. Tonjolkanlah kretiviti anda. Yang dipersembahkan di atas merupakan garis panduan sahaja. Andalah penulis yang sepatutnya menyusun dan mencanai agar ia menarik. Buku mengenai penyelidikan dan liputan kesusasteraan mengenai penyelidikan hanya memberi tahu bahawa perkara-perkara tersebut mestilah terkandung dalam bahagian pengenalan tetapi tertibnya, cara mengaturnya dan muncul secara langsung atau tidaknya adalah terserah kepada cara anda mengelolahnya. Kelemahan yang selalu terdapat dalam penulisan berhubung dengan cara menulis dan membincangkan definisi konsep. Konsep-konsep selalu

Page 179: hkh

161

dibentangkan secara mentah-mentah dan tidak dibincangkan secara jelas yang beroperasi dalam kajian. Menurut Kerlinger (1973), laporan mestilah mengemukakan definisi operasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Amalan biasa ialah dengan menyebut pembolehubah-pembolehubah tersebut pada awal-awal laporan dan kemudiannya membincangkan cara eksperimen yang digunakan untuk memanipulasi pembolehubah. Dengan cara ini anda mendefinisikan pembolehubah secara operasi. Di dalam bahagian hipotesis penyelidikan sekali lagi menyatakan pembolehubah yang dikaji dalam kenyataan hipotesis. Dalam satu kenyataan hipotesis yang dibina, anda tidak perlu menyatakan kedua-dua jenis hipotesis nul dan pilihan secara serentak. Cukup dengan satu sahaja sama ada nul atau pilihan bergantung liputan kesusasteraan yang anda buat. Jika liputan menggambarkan arah nul, bina hipotesis nul. Begitulah sebaliknya. Anda hendaklah selalu merujuk kesusasteraan yang ditulis oleh pakar untuk dijadikan contoh penulisan hipotesis. Akhirnya, Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) mencadangkan supaya soalan-soalan berikut dijadikan panduan dalam menulis bahagian pengenalan: i) Apakah perkara yang anda kaji. ii) Bagaimanakah hipotesis dan rekabentuk kajian berkaitan dengan

permasalahan kajian. iii) Apakah implikasi teori kepada kajian dan bagaimanakah kajian

berkaitan dengan kajian dan masa lalu. Berhubung dengan kajian masa lalu mereka mencadangkan supaya ditekankan dan diperincikan kerja-kerja masa lalu yang boleh membantu pembaca memahami apa yang anda kaji dan mangapa.

Perkara paling penting dalam bahagian pengenalan ialah persoalan kajian. Oleh sebab itu bahagian kecil ini hendaklah digunakan bagi menunjukkan kepada pembaca apa yang hendak dikaji dengan mengemukakan sekali hujah-hujah yang mewajarkan hipotesis dan lagok hubungan antara pembolehubah seperti yang dihipotesiskan. Mengikut Neuman (1994), salah satu kelemahan penulisan bahagian pengenalan ialah cara menulis sorotan kajian dan kesusasteraan. Kajian-kajian lalu mestilah disorot tetapi caranya bukanlah dengan meletakkan kajian satu lepas satu dalam bentuk kronologi. Sebaliknya kajian-kajian hendaklah dikumpulkan berasaskan tema yang serupa. Lihat penulisan Neuman (1994) dalam buku Social Research Methods untuk meneliti contoh penulisan sorotan kajian yang baik dan yang kurang baik.

Page 180: hkh

162

Jika kajian anda diasaskan daripada teori, huraikan teori itu dengan ringkas dan ditunjukkan bagaimana ia membawa kepada hipotesis kajian. Satu kelemahan yang jelas, pelajar memasukkan teori semata-mata kerana mahu ada teori. Kadang-kadang ia tidak berkait dengan kajian yang dibuat. Teori boleh dilanjutkan dengan model atau kerangka teoritikal yang mengandungi rangkaian hipotesis kajian. Jika anda tidak menggunakan teori gunakan kerangka analitikal yang menerangkan apa yang akan anda analisis. 10.3.4 Kaedah Kajian Anda telah didedahkan cara penulisan bahagian pengenalan yang menyediakan garis kasar yang luas tentang kajian yang telah dibuat. Sekarang anda didedahkan dengan cara penulisan bahagian kaedah kajian. Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zechmeister (2000), terdapat empat bahagian kecil yang biasa ditulis di dalam kaedah kajian iaitu: a) Subjek atau responden. b) Reka bentuk kajian. c) Peralatan, alat ukuran, ujian dan bahan. d) Tata cara atau prosedur kajian. a) Subjek atau responden kajian Bahagian ini mengandungi siapa yang dikaji, bilangan yang dipilih dan bagaimana mereka dipilih atau dikumpulkan (assigned) ke dalam keadaan-keadaan eksperimen atau kelompok-kelompok kajian. Dengan kata lain anda perlu menyatakan metod persampelan yang diguna dengan cara yang betul dan tepat. Kelemahan yang ketara apabila penulis mendakwa menggunakan cara rawak sebenar (purely randomazation) sedangkan pemilihannya bukan secara demikian. Proses rawak sebenar adalah berdekatan kebarangkalian dengan tatacara saintifik yang biasanya pemilihan sampel dengan menggunakan komputer atau Jadual Nombor Rawak atau secara tradisional yang menggunakan prinsip setiap individu mempunyai peluang terpilih menjadi responden. Jika guna statifikasi atau sistematik, laporkan bahawa pemilihan subjek anda dibuat secara sistematik dan bukan rawak. Seterusnya, adalah baik jika dihuraikan ciri demografi yang penting bagi responden atau subjek seperti jantina, umur, tempat kerja dan sebagainya.

Page 181: hkh

163

b) Reka bentuk kajian Bahagian ini menghuraikan reka bentuk kursus yang digunakan bagi setiap pembolehubah bebas sama ada pembolehubah bebasnya merupakan pembolehubah antara subjek atau dalam subjek. Jika kajian tinjau selidik atau survei nyatakanlah sama ada ia merupakan kajian keratan rentas, kelompok berurutan atau kajian berpanjangan. Jika kajian berbentuk ekperimen huraikanlah prosedur membentuk kelompok atau kumpulan. Bahagian ini boleh merupakan pilihan tetapi ia penting bagi kajian ekperimen. Kelemahan utama pelajar apabila menulis bahagian ini ialah dengan meringkaskan seluruh kaedah kajian dan memasukkan aspek subjek atau responden, alat ukuran, ujian dan prosedur. Cara ini tidak tepat. Jika tidak ada apa hendak ditulis di bahagian ini, pakar mencadangkan agar ia tidak perlu ditulis. c) Alat ukuran atau soal selidik Bahagian ini menerangkan alat ukuran, ujian, bahan atau soal selidik yang digunakan dalam kajian. Alat termasuklah benda-benda yang digunakan dalam eksperimen seperti kotak Skinner, gambar-gambar sepetti yang terdapat dalam ujian projektif, ujian piawai dan sebagainya. Huraian mestilah jelas dengan terperinci termasuk bukti kebolehpercayaan dan kesahan alat ukuran yang pernah dilaporkan oleh pengkaji lain dan kesusasteraan yang anda sorot. d) Tata cara prosedur kajian Bahagian ini menghuraikan apa yang berlaku atau langkah-langkah kajian dari awal hingga keakhir yang bersifat kronologi. Ceritakan apa yang anda buat dan bagaimana anda membuatnya. Cara analisis statistik data yang diperolehi boleh dihuraikan sekali di sini. Menulis bahagian ini dalam laporan kajian agak berbeza dengan penulisan cadangan penyelidikan yang biasanya mengandungi satu bahagian khusus tentang analisis data. 10.3.5 Bahagian Keputusan kajian Bahagian ini amat penting dan ia pernah dikatakan sebagai kemuncak kepada laporan kajian (Neuman, 1994; Mitchell dan Jolley, 1986). Bahagian ini harus mampu menjawab soalan dan tujuan kajian yang dikemukakan dalam bahagian pengenalan. Satu cara yang didapati baik untuk memandu kita menulis bahagian ini ialah dengan menggunakan subtajuk perkara yang dianalisis dan diikuti dengan hipotesis dan seterusnya keputusan yang diperolehi. Jika anda menggunakan hipotesis, elok jelaskan sama ada hipotesis yang dibina itu disokong atau tidak.

Page 182: hkh

164

Untuk melaporkan keputusan secara jelas, Neuman (1994) serta Mitchell dan Jolley (1986) mencadangkan agar membentangkan keputuan dari yang mudah atau umum kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, laporkan dahulu kesan utama dan ikuti dengan kesan interaksi dan ia mesti difahami oleh pembaca. Jika anda menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens, Goodwin (1985) mencadangkan agar statistik diskriptif seperti peratus, min, sisihan piawai, dan pekali korelasi dilaporkan terlebih dahulu daripada statistik inferens di dalam sesuatu perenggan. Ia digunakan untuk memperihalkan rumusan data. Statistik inferens pula digunakan untuk menentukan sama ada hipotesis yang dibina patut diterima atau ditolak. Anda boleh merujuk penulisan Dayan, Doyle dan Markiewicz (2001, 776) dan di sini diberikan satu contoh seperti berikut:

Pelajar sekolah rendah dan menengah dilaporkan mempunyai sokongan sosial (social support) yang lebih tinggi daripada teman rapatnya berbanding dengan sokongan daripada teman sedarjah mereka. Min sokongan sosial daripada teman rapatnya di kalangan sekolah rendah ialah 70.99 dan sisihan piawai 12.75 manakala min sokongan sosial daripada teman sedarjah ialah 57.78 dengan sisihan piawai 15.04. di kalangan pelajar sekolah menengah pula min sokongan sosial daripada teman rapatnya 73.30 dengan sisihan piawai 12.66 dan sokongan sosial daripada teman sedarjah ialah 53.97 dengan sisihan piawai 14.91. perbezaan min sokongan sosial mereka berbeza secara signifikan (F (1,398) = 18.67, p < 0.01).

Cara melaporkan keputusan analisis sama bagi semua jenis analisis. Mula-mula kenal pasti ujian. Contoh di atas adalah ujian F (ANOVA) dan nyatakan darjah kebebasan (1,398) dan nilai statistik yang digunakan iaitu f = 18.67. Ini diikuti dengan aras signifikan atau kebarangkalian yang digunakan oleh penyelidik untuk menerima atau menolak hipotesis. Contoh di atas ialah kurang daripada 0.01. Keputusan statistik elok dinyatakan dalam jadual atau rajah. Jadual ialah bentuk pengaturan baris atau lajur bagi menunjukkan nilai min dan sisihan piawai juga kadangkala bilangan subjek yang terlibat. Set korelasi dalam bentuk matrik elok ditunjukkan jika menggunakan metod korelasi. Begitu juga jadual sumber varians bagi Analisis Varians (ANOVA) dan Regresi. Rajah adalah terdiri daripada graf, gambarajah, carta aliran sketsa perkakasan atau gambar foto. Gunakan salah satu kerana tidaklah sesuai untuk menggunakan kedua-duanya sekali (Goodwin, 1995). Jadual dan rajah hendaklah dirujuk dalam teks. Tidak memadai hanya dengan

Page 183: hkh

165

menyediakanya sahaja. Anda mestilah menarik perhatian pembaca kepadanya dengan memperihalkan ciri-ciri penting keputusan atau nilai yang ada dalam jadual dan rajah. Tidak perlu menyatakan dengan terperinci. Memadai dengan menyatakan misalnya korelasi amat tinggi bagi kumpulan ini, sederhana bagi kumpulan ini dan rendah kumpulan ini. 10.3.6 Bahagian Perbincangan Selepas memberikan keputusan kajian, kita hendaklah mentafsirkan keputusan khususnya yang berkait dengan hipotesis yang dibina (Shauhhnessy, Zechmeister dan Zechmeister, 2000). Di samping iu, anda boleh membincangkan secara rasional keputusan yang diperolehi dengan berasaskan kepada pandangan kesusasteraan yang disorot dalam kajian dan mungkin teori yang digunakan. Satu daripada cara untuk menulis bahagian ini adalah dengan menyatakan semula tujuan kajian dan terangkan bagaimana keputusannya dan kemudian bincangkan. Anda boleh juga memulakan dengan menyatakan semula kenyataan hipotesis atau makna kepada hipotesis dan nyatakan sama ada keputusan yang diperolehi menyokong atau tidak hipotesis tersebut. Bincangkan mengapa terjadi demikian. Anda boleh meneruskan perbincangan dengan menyatakan penerangan kepada keputusan yang tidak dijangka. Jangan lupa untuk menggunakan hujah daripada kajian-kajian lalu yang telah disorot dan teori yang telah disentuh dalam bahagian pengenalan sebagai memberi hujah dan risional kepada keputusan. Menggunakan kajian lalu tidak bermakna anda mencari bukti untuk berhujah secara ilmiah mengapa kajian anda memperolehi keputusan yang sama atau berbeza. Satu daripada kecenderungan pelajar adalah memberi hujah bersifat metodologi dengan menyatakan sampel yang digunakan tidak mewakili, alat ukuran yang tidak sah, tempat kajian yang berbeza dan sebagainya. Ini merupakan hujah batasan kajian dan kelemahan yang memang dijangka. Anda sepatutnya memberi hujah teoritikal iaitu sebab-sebab kejadian terjadi dalam realiti kajian anda.

10.3.7 Bahagian Kesimpulan dan Penutup Bahagian ini bertujuan membuat kesimpulan dan seterusnya menutup laporan kajian anda. Bahagian kesimpulan boleh dimulakan dengan membuat rumusan hasil kajian agar pembaca dapat mengingat kembali tujuan kajian dan keputusan yang diperolehi. Selepas itu and boleh menyatakan implikasi daripada keputusan kajian. Sesuatu penemuan kajian pasti memberi implikasi kepada realiti persekitaran yang dikaji. Sebagai contoh, apabila keputusan kajian menunjukkan tahap asertif yang rendah di kalangan remaja yang terjebak dengan penagihan dadah, ia

Page 184: hkh

166

boleh memberi implikasi bahawa ketahanan diri remaja perlu menjadi perhatian dan ia perlu diperingkatkan melalui berbagai cara. Anda bertanggungjawab cuba menjelaskan strateginya hasil daripada kajian anda. Dalam kesimpulan anda boleh menyatakan kekurangan yang tidak dijangka berlaku dalam kajian anda agar pengkaji akan datang yang berminat untuk membuat kajian ulangan atau replikasi kajian anda dapat memperbaikinya. Selain daripada itu cadangan dan syor elok dimasukkan dalam bahagian ini agar pembaca dan pengguna kepada kajian anda dapat memikirkan pelan tindakan untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat yang lebih besar.

i) Rujukan Semua bahan dirujuk dlam teks hendaklah dimasukkan di

bahagian ruukan. Dalam modul ini rujukan dinamakan sebagai bibliogerafi. Gaya penulis rujukan akan dibincangkan dalam bahagian gaya penulisan laporan.

ii) Lampiran

Lampiran boleh memasukkan semua bahan yang digunakan dalam kajian. Ia mungkin termasuk salinan arahan dan soal selidik, jenis peralatan yang digunakan, senarai bahan ransangan, alat-alat ukuran dan seterusnya. Anda pelajar yang melampirkan beberapa hasil cetakan analisis yang dibuat dengan menggunakan komputer. Jika ia dapat membantu pembaca, elok dimasukkan. Semua lampiran mesti disenaraikan.

SOALAN DALAM TEKS 10.1

1. Senaraikan struktur atau pun susunan yang perlu

ada dalam penulisan laporan kajian. 2. Apakah bahagian-bahagian yang perlu

terkandung dalam bab metod kajian? 3. Apakah komponen penting dalam melaporkan

keputusan kajian?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 185: hkh

167

10.4 GAYA DALAM PENULISAN ILMIAH Setelah anda didedahkan dengan struktur yang mengandungi bahagian-bahagian yang perlu ada dalam laporan kajian, sekarang anda didedahkan dengan gaya dalam sesuatu penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah termasuklah penulisan tesis, kertas projek, artikel untuk diterbitkan misalnya dalam jurnal, atau sebarang penulisan yang memberi pemberat ilmiah termasuklah kalau boleh dipraktikan dalam penulisan esei bagi sesuatu keperluan kursus di universiti. Gaya dalam bahasa biasa membawa makna cara yang tersendiri bagi seseorang. Ia adalah cermin persembahan dirinya secara tekal. Oleh kerana itu orang berhujah yang dia mempunyai gayanya yang tersendiri. Namun demikian, gaya dalam penulisan merujuk kepada cara pengeditan, bukan cara penulisan. Ia merujuk kepada aturan dan panduan yang bersifat piawai yang digunakan oleh penerbit untuk mempastikan apa yang dihasilkan dalam penulisan jelas dan tekal. Sungguhpun latihan ilmiah, tesis dan projek penyelidikan tidak diterbitkan tetapi supaya ia kelihatan kemas dan teratur, maka gaya pengeditan yang biasa digunakan juga mestilah tekal. Yang menjadi peraturan dalam penulisan termasuklah tanda bacaan, ejaan kata singkatan, pembentukan jadual, pemilihan tajuk bahagian-bahagian mahu pun kepada jadual-jadual hendaklah seragam. Yang penting ialah cara memetik dan meletakkan rujukan. Terdapat banyak gaya penulisan ilmiah. Antaranya ialah gaya Chicago, gaya American Psychological Association (APA), gaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan gaya yang telah dipersetujui untuk diguna pakai di Institusi Pengajian Tinggi. Pusat Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya telah menerbitkan buku berjudul Gaya UKM dan diguna pakai untuk penulisan ilmiah pelajar dan juga gaya penulisan kepada sebarang hasil yang diterbitkan oleh Penerbit universiti tersebut. Penulisan dalam bab ini hanya menyentuh perkara-perkara utama dengan berpandukan kepada gaya APA, DBP dan UKM. Anda bolehlah merujuk sendiri Manual APA, buku Gaya UKM dan artikel yang diterbitkan oleh DBP untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci. a) Kepala tajuk Bahagian-bahagian dalam penulisan hendaklah dibezakan di antar satu sama lain dengan menggunakan kepala tajuk yang berbeza. Sesuatu keterangan mungkin menjadi sub bahagian kepada keterangan yang lebih

Page 186: hkh

168

besar. Jadi sub bahagian harus diberi kepala tajuk yang lebih kecil. Ia perlu diteruskan secara tekal. Apabila sampai kepada bahagian besar semula, kepala tajuk mestilah seperti tajuk besar. Manual APA memberi sehingga 5 aras tajuk. Untuk kegunaan biasa mungkin 4 aras sudah memadai. Tajuk ditulis dengan huruf besar dan diletakkan di tengah tanpa garis seperti berikut:

TAJUK HURUF BESAR Terdapat di kalangan pelajar yang suka menggunakan nombor bagi kepala tajuk. Manual APA tidak menyentuh gaya ini. Hanya Manual APA sahaja yang menggunakan cara ini. Gaya ini boleh mendatangkan kesukaran untuk menomborkan apabila tajuk kecil apabila ia semakin banyak dan kita tidak dapat tekal dalam memberi nombor. Dalam modul ini system menomborkan bahagian-bahagian amat sukar dan tidak tekal antara satu bab dengan bab yang lain. Oleh kerana itu sesetengah pakar mencadangkan bahawa gaya nombor lebih sesuai bagi laporan teknikal. b) Petikan Manual APA menetapkan dua jenis petikan iaitu: 1. Petikan yang disisip dalam ayat iaitu bagi yang tidak melebihi had

40 perkataan dengan tanda petik. Contohnya seperti berikut:

Kajian Nelson dan Mathia menganggap lokus kawalan sebagai “................ (1995: 110) dan ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran. Petikan panjang yang mengandungi lebih daripada 40 patah perkataan diensot (indent) lima ruang di kiri dan kanan bahan dijangkau sebaris.

Nelson dan Mathia (1995: 116) mencadangkan bahawa kajian-kajian untuk meneliti hubungan antara cara gaya pembelajaran dan jangkaan diri terhadap grade atau prestasi akademik di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi amat digalakkan. Tambahan pula kajian yang berminat untuk mendalami persoalan mengapa hubungan di antara orientasi pembelajaran dan tendensi untuk jangkaan yang lebih tinggi signifikan sedangkan hubungan di antara orientasi terhadap grade dengan jangkaan diri secara tepat tidak signifikan.

Page 187: hkh

169

c) Tajuk jadual dan rajah Amalan biasa meletakan tajuk jadual di tengah-tengah muka surat. Namun demikian cara ini menjadi bermasalah apabila tajuk itu terlalu panjang. Manual APA menetapkan tajuk jadual diletak santak ke tepi. Berikut ditunjukkan beberapa contoh tajuk jadual yang diambil daripada artikel tulisan Van Roosmalen & McDaniel (1989) berjudul Peer Group Infulence as a Factor in Smoking Behavior of Adolescents yang diterbitkan dalam Jurnal Adolescence Bilangan 24 muka surat 806. Table 12.1 Smoking Status of Participatting Grade Eight Students by Gender Tajuk gambar atau gambarajah juga diletak di atas gambar atau gambarajah dan santak ke kiri tanpa garis diikuti dengan keterangan gambar atau rajah itu. Gambarajah 12.1 Model Teori Roe Hubungan di antara Personaliti dengan Gaya Didikan d) Sistem pengarang-tarikh Salah satu ciri penting penulisan ilmiah ialah ia menggunakan nukilan dan petikan daripada hasil karya orang lain. Nukilan dalam kurungan kita mengenalkan sumber dari mana kita ambil, dan membolehkan pembaca mencari sumber maklumat dalam senarai rujukan di akhir laporan kajian. Dalam psikologi kita menggunakan sistem pengarang-tarikh iaitu nama pengarang dan tahun penerbitan, kedua-duanya sekali atau tarikhnya sahaja (bergantung kepada tempat), diletakkan dalam kurungan, contohnya:

Masukkan Gambarajah Di sini

Page 188: hkh

170

1. Kerlinger (1992), menegaskan .... 2. Kajian-kajian berhubung dengan isu psikometrik alat ukuran

motivasi kerja (Borgatta, 1967; Borgatta, Ford & Bohrnstedr, 1968; Summer, Burke, Satiel & Clark, 1971) ....

Terdapat pelbagai variasi cara penulisan ini. Anda boleh merujuk daripada buku Gaya UKM misalnya atau artikel-artikel dalam jurnal-jurnal terkemuka. e) Senarai rujukan Senarai rujukan hendaklah ditulis dengan susunan abjad di belakang laporan kajian. Ada berbagai-bagai rujukan seperti buku, jurnal, majalah, akhbar, pita rakaman, filem dan sebagainya. Untuk dijadikan contoh, diturunkan empat bahan yang selalu dirujuk oleh pelajar iaitu buku, artikel dalam buku, artikel dalam jurnal dan latihan ilmiah atau tesis. 1. Buku Goodwin, C. J. 1995. Research in Psychology: Methods and Design.

New York: John Wiley & Sons. 2. Artikel dalam buku Iran Herman. 1993. Membina Teras Pendidikan Psikologi. Dlm

Aminuddin Mohd. Yusuf (Pnyt.) Mendekati Psikologi, 37-43. Bangi: Jabatan Psikologi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Artikel dalam jurnal Van Roosmalen, E.H., & McDaniel, S.A. 1989. Peer Group

Infulence as a Factor in Smoking Behavior of Adolescents. Adolescence, 24, 802-814.

4. Latihan Ilmiah atau tesis Normaliyana Mohammad, 2001. Sikap Berdikari dan Motivasi Di

kalangan Anak Yatim Di dalam dan Di luar Institusi. Latihan Ilmiah Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia.

Hari ini perkembangan internet dan laman web cukup pantas. Banyak bahan boleh dilayari melalui komputer dan tidak perlu meneliti teks asal dalam jurnal atau sumber-sumber yang lain. Untuk menulis rujukan bahan yang diperolehi daripada laman web, cara berikut boleh digunakan: Holadat, M., Leach, M. M., & Davidson, M. 2001. Multicultural Counseling and Intrapersonal Value Conflict: Acase Study.

Page 189: hkh

171

http:www.ehostvgw5...m=multicultural/ 20counseling. Artikel yang tidak dinyatakan pengarang: Big Five Personality Factors. http://www.carleton.ca/tpychh1/ 01138/BigFive.html. (boleh dinyatakan tarikh artikel dilayari) f) Nombor dalam perkataan Manual APA mencadangkan supayaa nombor ditulis dalam perkataan jika nombor itu kurang daripada 10 dan nombor itu tidak mewakili ukuran yang tepat dan tidak dikumpulkan bersama untuk dibanding dengan nombor 10 ke atas. Contoh di bawah ialah nombor dua. Dua syarat untuk memenuhi ..... Perompak itu telah melakukan dua tiga kali rompakan sebelum itu .... Nombor ditulis dalam perkataan jika: 1. Nombor kosong atau satu 2. Nombor di permulaan ayat, tajuk, kepala: seperti sepuluh orang

subjek mengambil bahagian. 3. Nombor pecahan seperti dua pertiga g) Organisasi jadual Maklumat yang banyak dalam penyelidikan boleh diringkaskan melalui beberapa jadual supaya mudah dilihat secara keseluruhan oleh pembaca. Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada format merumuskan maklumat ke dalam jadual.

i) Merumuskan statistik Jadual 12.2 merumuskan maklumat beberapa pembolehubah

ke dalam satu jadual sahaja. Jadual ini menyenaraikan kekerapan bagi setiap kategori atau atribut pembolehubah nominal.

Page 190: hkh

172

Jadual 12.2 Merumuskan Statistik

Pembolehubah Nominal Bilangan Peratus

Jantina: Lelaki 82 48.0 Perempuan 89 52.0 Status:

Pelajar 26 15.2 Persara 2 1.2 Penganggur 13 7.6 Sedang mencari kerja 4 2.3 Pekerja Sambilan 19 11.1 Bekerja Sepenuh Masa 107 62.6 Kumpulan Etnik: Melayu 24 38.7 Cina 18 29.0 India 16 25.8 Lain-lain 4 6.5

Kebelakangan ini pelajar menganalisis data dengan pakej komputer seperti SPSS for Windows dan terdapat segolongan pelajar yang menyalin seluruh jadual yang dihasilkan oleh pakej komputer apabila mempersembahkan datanya. Sama ada secara sedar atau pun tidak sedar kebanyakan tidak memahami apa yang dicetak oleh komputer. Harus diingat bahawa pakar yang menulis dalam jurnal juga menganalisis data dengan komputer dan pastinya mendapat hasil cetak yang sama. Mereka tidak menurunkan jadual hasil cetak komputer apabila membuat laporan kajian tetapi merumus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2. berikut merupakan contoh jadual hasil setak komputer berhubungan dengan taburan kekerapan bangsa dan terus dipaparkan sebagai jadual dalam laporan. Pelajar dinasihatkan agar meletakkan daripada meniru cara ini kerana ia mengambarkan anda kurang memahami apa yang anda laporkan.

Bangsa Frequency Percent Valid

Percent Cumulative Percent

Melayu 517 73.5 73.9 73.9 Cina 117 16.6 16.7 90.6 India 54 7.7 7.7 98.3 Lain-lain 12 1.7 1.7 100.0

Valid

Total 700 99.6 100.0 Missing System 3 .4 Total 703 100.0

Page 191: hkh

173

Pembolehubah yang diukur dan mempunyai skala pengukuran selanjar boleh diringkaskan dan diperihalkan secara deskriptif dengan menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Jadual 12.3 Nilai Min dan Sisihan Piawai Pembolehubah Terpilih

Pembolehubah Bil Min Sisihan Piawai Umur 230 23.60 3.70 Pendapatan Keluarga 230 RM 3245.00 194.00 Personaliti 230 45.87 12.35 Penghargaan Kendiri 230 24.30 4.60

ii) Merumuskan Kotigensi

Keputusan-keputusan crosstabulation yang dianalisis dengan komputer boleh dirumuskan dalam jadual kotigensi seperti jadual 12.4. di dalam jadual ini dilaporkan peratusanbersama bilangan kes, nilai Khi Kuasa dan kebarangkalian aras signifikan pengujian yang dipetik daripada artikel tulisan Van Roosmalen & McDaniel (1989) berjodol Peer Group Infulence as a Factor in Smoking Behavior of Adolescents yang diterbitkan dalam jurnal Adolescence Bilangan 24.

(136) (143) (279) Total X2 = 16.85,p < .05

(813)

(841)

(1654)

iii) Merumuskan Nilai Min Bagi Pembolehubah Terikat

Beberapa analisis pembolehubah nisbah boleh disatukan ke dalam satu nilai jadual seperti Jadual 12.5. jadual ini merumuskan min, sisihan piawai, bilangan kes, nilai statistik inferens yang digunakan dan petunjuk arah kebarangkalian dua pembolehubah yang diukur. Nilai statistik yang signifikan diberi tanda bintang pada nilai tersebut dan diikuti dengan petunjuk aras signifikan yang dipilih dan ditunjukkan di bawah jadual. Dalam contoh di bawah nilai statistik t bagi menunukkan perbezaan min penghargaan kendiri (self-esteem) dan kepercayaan kepada kebolehan (competence belief) di antara kumpulan androgynous dengan kumpulan undifferentiated yang disesuaikan daripada artikel yang ditulis oleh Alpert-Gillis dan Connell (1989) dalam Journal of Personality Bil 57 adalah signifikan pada aras signifikan .05

Page 192: hkh

174

Table 12.5 Means and Standard Deviations of Self-Esteem and Competence Beliefs Within Sex-Role Orientation Groups

Groups N Mean Standard Deviation

t

Self Esteem Androgynous

34

2.66

0.25

1.70 Undifferentiated

32 2.79 0.32

Competence Belief Androgynous

34

3.33

0.49

4.15* Table 12.5 Means and Standard Deviations of Self-Esteem and Competence Beliefs Within Sex-Role Orientation Groups

Groups N Mean Standard Deviation t

Self Esteem Androgynous

34

2.66

0.25

1.70 Undifferentiated 32 2.79 0.32 Competence Belief Androgynous

34

3.33

0.49

4.15* Undifferentiated

32

2.85

0.44

*p < .05 Sebagaimana yang diterangkan di atas terdapat di kalangan pelajar yang

tidak merumus keputusan analisis dalam jadual seperti di atas tetapi menggunakan seluruh hasil cetakan komputer seperti berikut tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dihasilkan oleh analisis. Cuba elakkan cara ini.

T-Test

Group Statistics Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

Lelaki 255 19.2784 12.4823 .7817 KENDIRI

Perempuan 446 23.3386 14.0498 .6653

Page 193: hkh

175

Independent Samples Test

Levene’s Test for Equality of Variances

t-test for Equality of Means

95% Confidence Interval of the

Difference

F Sig. T df Sig. (2-

tailed)

Mean Difference

Std. Error Difference

Lower Upper Equal variances assumed

45.776 .000 3.830 699 .000 -4.0601 1.0600 -6.1413 -1.9790 KENDIRI

Equal variances not assumed

3.955 581.189 .000 -4.0601 1.0265 -6.0761 -2.0441

iv) Merumuskan Kerelasi

Matriks kolerasi dirumuskan seperti jadual 12.6. Pekali korelasi yang signifikan secara statistik boleh ditunjukkan dengan bintang seperti yang ditunjukkan dalam jadual sebelum ini. Contoh di bawah menunjukkan kolerasi empat pembolehubah yang dipetik daripada ertikel Nelson & Mathia (1995) bertajuk The Relationship Among College Students Locus of Control, Learning Styles, Self Prediction of Grades adalah signifikan pada aras yang dipilih .05.

Table 12.6 Correlation of Learning Orientation, Gred Orientation and Internal and External Locus of Control

Variables Learning Orientation

Grade Orientation Internal LO External

LO Learning Orientation

-

Grade Orientation .57* - Internal LO .20 .29* - External LO .37* .34* .48* -

Note LO = Locus Control

* p < .05 Cuba anda lihat perbezaan maklumat yang dihasilkan dalam jadual hasil cetak komputer berhubung dengan kolerasi tiga pembolehubah iaitu penghargaan kendiri, personaliti dan gred yang sama seperti kendiri dengan kendiri tidak dilaporkan mempunyai pekali korelasi 1.00 kerana ia tidak memberi erti apa-apa. Jadual 12.6 di atas melaporkan hubungan learning orientation dengan learning orientation sebagai tiada ditandai dengan ( - ) kerana ia pembolehubah yang sama.

Correlations KENDIRI PERSON GRED

Pearson Correlation 1.000 -.026 .079 Sig. (2-tailed) . .497 .066 KENDIRI N 701 701 550

Page 194: hkh

176

Pearson Correlation -.026 1.000 -.034 Sig. (2-tailed) .497 . .425 PERSON N 701 701 550 Pearson Correlation .079 -.034 1.000 Sig. (2-tailed) .066 .425 . GRED N 550 550 550

v) Menggunakan Graf dan Carta Satu cara yang anda mungkin sudah biasa gunakan untuk merumuskan maklumat ialah menggunakan graf dan carta seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.2 dan 12.3. Gambarajah 12.2 menunjukkan umur mula menagih responden dari kawasan luar bandar dan bandar mengikut jantina.

Gambarajah 12.2 Umur Mula Menagih Responden Luar Bandar dan Bandar Mengikut Jantina Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Bandar Luar Bandar Gambarajah 12.3 pula menunjukkan hubungan di antar penghargaan kendiri dengan personaliti.

20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0

Umur

Page 195: hkh

177

Gambarajah 12.3 Plot Hubungan antara Penghargaan Kendiri dengan Personaliti

40

30

20

10

0

10 20 30 40 50 60 70 80

Personaliti

SOALAN DALAM TEKS 10.2

1. Terangkan gaya penulisan yang terkenal dan perlu

diikuti apabila menulis laporan penyelidik. 2. Terangkan bagaimana merumus jadual untuk

mempersembahkan data dan maklumat yang diperolehi dalam kajian.

3. Dalam keadaan yang bagaimana nombor ditulis dalam perkataan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang anda faham dengan susunan, struktur dan

organisasi penulisan laporan kajian?

0 0

0 0

0 0

0

0

0

0

0

0

0 0

Page 196: hkh

178

2. Jelaskan bahagian-bahagian penting yang perlu dimasukkan dalam bahagian pengenalan sesuatu laporan penyelidikan?

3. Apakah perkara yang boleh dijadikan panduan untuk menulis suatu lapporan penyelidik yang bermutu?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 10.1

1. Laporan penyelidikan hendaklah mengandungi struktur atau

perkara-perkara berikut: Tajuk Abstrak Pengenalan Metod Kajian Keputusan Perbincangan Kesimpulan Rujukan Lampiran

2. Bahagian-bahagian yang perlu terkandung dalam bab metod

kajian ialah a) Subjek atau responden b) Rekabentuk kajian c) Peralatan, alat ukuran, ujian, dan bahan d) Tata cara atau prosedur kajian.

3. Apakah kompenan penting dalam melaporkan keputusan kajian

a) Mampu menjawab soalan dan tujuan kajian yang dikemukakan

b) Menguji hipotesis yang dibina sama ada disokong atau tidak.

c) Bentangkan keputusan dari yang mudah atau umum kepada yang lebih khusus.

d) Bentangkan statistik diskriptif terlebih dahulu untuk digunakan untuk menentukan sama ada hipotesis yang dibina patut diterima atau ditolak.

Page 197: hkh

179

SDT 10.2 1. Gaya penulisan yang terkenal dan perlu diikuti apabila menulis

laporan penyelidikan ialah Chicago, American Psychological Association (APA), gaya Dewan Bahasa dan Pustaka DBP dan gaya-gaya yang telah diguna pakai di beberapa Institusi Pengajian Tinggi.

2. Jadual boleh dirumus dan diorganisasi agar data yang

dipersembahkan menarik dan kemas dengan beberapa cara, antaranya ialah: a) Merumus statistik bagi setiap pembolehubah kategori

atau atribut yang b) Bersifat norminal c) Merumus dengan menggunakan jadual kotigensi d) Merumus nilai min dan sisihan piawai pembolehubah

terikat yang dikaji e) Merumus korelasi bagi melihat hubungan pembolehubah f) Menggunakan geraf dan carta.

3. Dalam penulisan laporan kajian, nombor akan ditulis dalam

perkataan dalam lima kaedah berikut: a) Nombor kurang daripada 10 b) Tidak mewakili ukuran yang tepat c) Nombor kosong atau satu d) Nombor di permulaan ayat, tajuk, kepala: seperti sepuluh

orang subjek mengambil bahagian. e) Nombor pecahan seperti dua pertiga

Page 198: hkh

180

Page 199: hkh

181

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1 1. Penyelidikan adalah merupakan proses yang teratur atau sistematik

dalam mengumpulkan data untuk memperolehi hasil sama ada dalam bentuk pengetahuan baru tentang sesuatu aspek, fenomena atau masalah. Pengertian yang paling mudah berkenaan dengan kaedah penyelidikan ialah ia merupakan cara untuk mengumpul dan menganalisis data. Kaedah ini dibina untuk memperolehi pengetahuan melalui prosedur yang sahih dan boleh dipercayai. Proses pengumpulan data mungkin boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pengukuran, temu bual atau analisis dokumen.

2. Kepentingan sumber pengetahuan penyelidikan adalah:

a) Pengalaman

Pengalaman adalah merupakan antara sumber terpenting dalam

menjalankan penyelidikan lantaran ia merupakan masalah seharian yang dihadapi oleh seseorang. Pengalaman merupakan sumber pengetahuan penyelidikan yang tertua dan terulung. Sebelum sumber-sumber pengetahuan lain ditemui, manusia membuat taakulan berdasarkan kepada pengalaman mereka.

b) Kepakaran

Seringkali, sesuatu masalah itu diselesaikan dengan merujuk kepada pakar. Wujud berbagai-bagai institusi berwibawa atau pakar yang boleh dijadikan rujukan. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk mengkaji tentang masalah penagihan dadah, beliau boleh merujuk kepada institusi-institusi yang berkaitan serta mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan.

Masalah yang timbul daripada menggunakan sumber pengetahuan kepakaran adalah tidak semua pihak yang dirujuk benar-benar mendalami sesuatu masalah. Ada kalanya pihak-pihak yang dianggap pakar saling bertentangan pendapat tentang sesuatu masalah yang sama.

Page 200: hkh

182

c) Taakulan Deduksi

Taakulan deduksi merupakan satu proses memperolehi pengetahuan. Proses taakulan deduksi bermula dengan pernyataan yang umum tentang sesuatu fenomena atau masalah. Ia kemudiannya diikuti pula dengan pernyataan-pernyataan yang khusus tentang fenomena tersebut. Peraturan yang digunakan untuk memperolehi pengetahuan dari pernyataan umum kepada pernyataan khusus dikenali sebagai silogisme atau penggunaan premis (andaian). Kaedah ini mempunyai kelemahan yang tersendiri seperti ia perlu bermula dengan premis yang benar. Sekiranya premis salah, kesimpulan atau hasil yang diperolehi juga salah. d) Taakulan Induktif

Taakulan deduktif merujuk kepada kesimpulan tentang sesuatu populasi atau masyarakat yang dikaji. Ia dilakukan dengan berasaskan kepada cerapan yang dibuat ke atas fakta-fakta yang diperolehi daripada sampel populasi tersebut. Kebaikan dalam menggunakan taakulan deduktif sebagai sumber pengetahuan ialah penyelidik boleh membuat inferens tentang populasi dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sampel. Dengan menggunakan sampel sebagai wakil kepada populasi yang ingin dikaji, ia dapat menjimatkan kos, tempoh penyelidikan dan tenaga. Namun begitu, kelemahan dalam menggunakan teknik ini ialah kemungkinan sampel yang dipilih tidak rawak dan tidak mewakili sepenuhnya ciri-ciri populasi yang dikaji. Dengan ini, hasil kajian kemungkinan akan menjadi berat sebelah dan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

e) Pendekatan saintifik

Pendekatan saintifik menggabungkan taakulan deduksi dan taakulan induktif. Melalui pendekatan saintifik, pengkaji membuat hipotesis secara induktif berdasarkan kepada cerapan.

3. Etika yang terlibat dalam menjalankan penyelidikan ialah apabila

merancang untuk menjalankan sesuatu penyelidikan, satu daripada aspek yang penting untuk diberikan perhatian adalah kemungkinan kemusnahan atau kerosakan kepada subjek yang mungkin dialami hasil daripada penyertaan mereka di dalam penyelidikan. Nilai asasnya ialah subjek mestilah dilindungi daripada kecederaan dari segi fizikal dan juga psikologikal. Malangnya, kadang kala kemungkinan kecederaan itu sukar dikenal pasti terutamanya dalam

Page 201: hkh

183

hal-hal yang melibatkan penggunaan ujian yang baru dan pengukuran yang baru. Lantaran ini, banyak universiti mempunyai jawatankuasa penyelidik an yang menyemak rancangan penyelidikan bagi mengenal pasti kemungkinan kecederaan yang akan dialami oleh subjek.

Nilai yang kedua penting ialah kesedaran bahawa subjek mempunyai hak persendirian. Misalnya, adalah menjadi hak ibu bapa untuk melindungi pengkaji daripada menyoal anak-anak mereka tentang hubungan dengan ibu bapa mereka tanpa pengetahuan ibu bapa mereka walaupun hasilnya mungkin amat berguna kepada pendidik, ahli-ahli sosiologi, dan lain-lain. Subjek juga mempunyai hak untuk mengetahui bahawa segala data yang dikumpulkan berkenaan dengan diri mereka sebagai individu akan disimpan sebagai rahsia. Walaupun subjek adalah bebas dan secara sedar memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab pengkaji untuk tidak mendedahkannya kepada pihak lain kecuali identiti subjek dirahsiakan atau dijadikan mustahil untuk dikenal pasti dengan menggunakan statistik seperti purata skor kumpulan.

BAB 2

1. Hubungan di antara pembolehubah moderator dan pembolehubah bebas serta pembolehubah terikat merujuk kepada kesan yang boleh dibawa oleh pembolehubah moderator kepada perhubungan di antara pembolehubah bebas dan terikat. Kehadiran pembolehubah moderator akan mengubah bentuk hubungan di antara kedua-dua pembolehubah bebas dan terikat.

2. Pembolehubah mencelah merupakan pembolehubah yang muncul

di antara masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mempengaruhi pembolehubah terikat. Akibatnya, ia akan memberi kesan kepada pembolehubah terikat. Ia muncul sebagai fungsi pembolehubah bebas dan membantu menerangkan mengenai pengaruh pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat.

3. Kegunaan-kegunaan hipotesis adalah seperti berikut:

a) Untuk memberi arahan kepada penyelidik bagi meninjau penulisan yang relevan dengan kajian mereka termasuklah bahan-bahan bacaan yang sesuai serta kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan. Dengan cara ini penyelidik akan dapat membuat keputusan sama ada untuk membentuk hipotesis yang bersifat sifar ataupun alternatif.

Page 202: hkh

184

b) Membolehkan pengkaji menjawab objektif kajiannya dengan lebih jelas dan spesifik serta memungkinkan perbincangan lanjutan tentang kenapa keputusan yang sedemikian rupa diperolehi kelak. Pembentukan hipotesis merupakan ramalan awal tentang keputusan yang dijangkakan. Sebarang keputusan yang diperolehi akan memungkinkan penyelidikan membicarakan keputusan secara lebih terperinci.

c) Mengenal pasti analisis statistik yang sesuai dan relevan

dengan hipotesis yang akan diuji. Pembentukan hipotesis yang baik akan mengambil kira jenis analisis statistik yang akan digunakan. Kalau sekiranya pengujian hipotesis melibatkan alat pengukuran yang tidak sesuai, maka jenis-jenis analisis statistik yang tertentu tidak akan dapat dijalankan bagi menguji hipotesis.

4. Definisi konsep secara umum perlu dibezakan dengan definisi

konsep secara operasional bagi memudahkan aspek pengukuran data dalam menyediakan instrumen kajian yang berupa soal selidik atau temubual yang menjuruskan kepada konsep yang ingin diukur atau dikaji.

BAB 3

1. Pengukuran merupakan alat atau mekanisme yang digunakan oleh

penyelidik untuk membezakan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai simbol kepada masalah-masalah yang hendak dikaji berdasarkan peraturan-peraturan yang tertentu. Pengukuran juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh pengkaji untuk membezakan satu pembolehubah atau konsep dengan pembolehubah atau konsep yang lain menjadi minat kajian.

2. Yang dimaksudkan dengan tidak mempunyai ciri-ciri lebih baik

atau lebih buruk dalam skala nominal ialah setiap kategori dalam skala berkenaan sebenarnya mempunyai nilai yang sama walaupun mungkin diberikan kod yang berbeza (Lelaki = 1, Perempuan = 2). Setiap satu kategori tersebut tidak mempunyai urutan atau pangkat yang tertentu.

3. Skala pengukuran adalah perlu dalam penyelidikan kerana perkara-

perkara berikut:

a) Skala atau tahap pengukuran akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengenal pasti jenis pembolehubah yang akan

Page 203: hkh

185

digunakan sama ada pembolehubah bebas, terikat dan sebagainya.

b) Menjadi panduan kepada bentuk alat/instrumen/soal selidik yang akan digunakan. Sebelum membentuk soal selidik, pengkaji biasanya akan menentukan jenis skala yang akan digunakan bagi disesuaikan dengan analisis dan hipotesis yang akan diuji.

c) Memahami dengan lebih mendalam hipotesis yang dibentuk. Skala yang sesuai akan memudahkan hipotesis dibentuk.

d) Analisis statistik yang sesuai (deskriptif atau inferensi) akan dapat ditentukan apabila skala pengukuran telah dikenal pasti. Jenis analisis statistik yang akan digunakan oleh pengkaji di dalam kajiannya sama ada berbentuk deskriptif atau inferensi bergantung kepada jenis pembolehubah yang digunakan serta bagaimana ianya diukur.

BAB 4

1. Sampel boleh dikenal pasti melalui pelbagai cara seperti di bawah:

a) Mendefinisikan populasi serta mendapatkan maklumat mengenai kerangka populasi.

b) Mengenal pasti dengan teliti maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan objektif dan permasalahan kajian. Objektif kajian perlulah jelas dan difahami oleh pengkaji supaya keputusan kajian dapat menjawab objektif berdasarkan sampel yang dipilih.

c) Menggunakan kaedah persampelan yang sesuai dengan populasi yang ada.

d) Memastikan kesesuaian instrumen kajian/soal selidik/alat ujian yang dibentuk serta boleh digunakan ke atas sampel.

2. Persampelan rawak berstratifikasi merupakan satu kaedah dalam

bentuk persampelan kebarangkalian manakala persampelan kuota merupakan satu kaedah dalam bentuk persampelan bukan kebarangkalian. Kedua-dua kaedah ini memerlukan pemilihan sampel dalam kelompok atau strata yang tertentu yang mewakili kajian. Yang membezakan keduanya ialah pemilihan sampel dalam persampelan rawak berstratifikasi menggunakan kaedah rawak manakala persampelan kuota tidak menggunakan kaedah rawak tetapi menggunakan kaedah mengambil sesiapa sahaja dalam populasi berdasarkan kuota yang ditetapkan untuk kelompok atau strata yang tertentu.

Page 204: hkh

186

3. Persampelan bola salji digunakan apabila pengkaji mendapati sukar untuk mendapatkan sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi yang diberikan oleh sampel awal mengenai sampel-sampel lain. Sebagai contoh, sekiranya pengkaji ingin mendapatkan sampel yang terdiri dari pelacur sebagai responden kajian, beliau akan cuba mendapatkan hanya seorang sampel pelacur terlebih dahulu. Kemudian, pengkaji akan meminta bantuan pelacur tadi untuk memberitahu nama-nama rakan pelacur serta lokasi di mana mereka tinggal untuk membolehkan pengkaji menemui mereka. Proses ini diulang-ulang sehinggalah jumlah sampel yang dikehendaki diperolehi.

4. Asas perspektif yang boleh digunakan untuk mendapatkan saiz

sampel adalah seperti berikut:

a) Pertama, perlulah difahami bahawa jumlah sampel yang kecil akan menyebabkan ralat piawai (standard error) yang tinggi.

b) Kedua, mengenai populasi di mana sampel diperolehi. Jika

populasi tersebut merupakan populasi yang bersifat serangan (homogoneous) maka jumlah sampel yang kecil mungkin mencukupi. Sebaliknya, jika populasi lebih bersifat tidak seragam (heterogeneous) maka tentulah jumlah sampel yang lebih besar diperlukan untuk menangani variasi dalam populasi.

c) Ketiga, perlu difikirkan jenis analisis sratistik yang akan

digunakan. Sekiranya jumlah pembolehubah yang digunakan tidak banyak dan analisis statistik yang digunakan agak mudah, jumlah sampel yang kecil adalah memadai. Sebaliknya, jika banyak pembolehubah yang dikaji dan analisis yang lebih kompleks dilakukan, jumlah sampel perlulah besar.

d) Keempat, jika populasi agak besar, sampel yang kecil tetapi

relatif kepada nisbah populasi adalah mencukupi. Ini melibatkan nisbah sampel (sampling ratio). Misalnya, jika populasi adalah seramai 2,000 orang, secara umum nisbah sampel sebanyak 30 peratus adalah mencukupi. Untuk populasi melebihi 10,000 orang, nisbah sebanyak 10 peratus pula sudah memadai manakala untuk populasi melebihi 150,000 orang, nisbah sebanyak satu peratus adalah diperlukan. Begitulah seterusnya dengan jumlah populasi yang semakin besar, maka nisbah sampel akan menjadi lebih kecil.

Page 205: hkh

187

BAB 5

1. Asas-asas penilaian bagi permasalahan kajian ialah:

(i) Memenuhi kriteria penyelidikan saintifik iaitu masalah yang dipilih haruslah memenuhi kriteria bahawa ia boleh dikaji secara saintifik. Masalah berkenaan haruslah jelas dan mempunyai pengukuran yang tepat ke atas konsep, objek atau gagasan yang membentuk masalah. Persoalan mengapa (why) pemerhatian harus dilakukan menimbulkan keperluan untuk kajian. Setelah mengambil kira pengalaman mereka sendiri dan menyemak kajian-kajian yang lepas, pengkaji menyediakan suatu kenyataan yang formal berhubung dengan tujuan kajian seperti “apakah faktor-faktor yang menyebabkan penurunan tahap produktiviti di kalangan kakitangan sesebuah organisasi”. Gagasan seperti faktor-faktor dan penurunan tahap produktiviti boleh dikaji dengan tepat jelas.

(ii) Kesesuaian masalah iaitu apabila penyediaan harus

mempertimbangkan faktor-faktor seperti minat, kepakaran, kemampuan dan sebagainya yang berkaitan dengan diri penyelidikan. Faktor-faktor seperti masa dan aspek-aspek kewangan juga harus diambil kira.

(iii) Matlamat penyelidikan sama ada untuk membantu meningkatkan pengetahuan di samping mengatasi masalah yang sedia ada menjadi satu daripada faktor yang harus diambil kira dalam mengenal pasti kepentingan sesuatu masalah untuk dikaji. Sekiranya permasalahan berkenaan tidak memberikan faedah, kajian tidak perlu dilakukan.

(iv) Sumbangan terhadap pengetahuan berkaitan dengan bidang

yang sedia ada juga harus diambil kira. Sumbangan penyelidikan dalam menghasilkan pengetahuan berkaitan dengan bidang yang dikaji dapat memantapkan lagi aspek-aspek seperti kajian-kajian lepas, teori dan sebagainya. Hal ini semestinya dapat memperkembangkan lagi pengetahuan tentang bidang berkenaan.

Page 206: hkh

188

2. Faktor-faktor yang membezakan penyelidikan kuantitif dan kualitatif ialah:

a) Perbezaan pendekatan: Kajian kuantitatif menggunakan

pendekatan deduktif untuk merancang kajian pengkaji membuat kesimpulan daripada kajian-kajian lepas bagi kemungkinan-kemungkinan mewujudkan hipotesis yang akan diuji di dalam kajian. Kajian kualitatif pula melibatkan penggunaan kaedah induktif bagi merancang kajian.

b) Alat: Apabila menetapkan tentang instrumen yang akan

digunakan, pengkaji kuantitatif akan menekankan kepada alat yang boleh menghasilkan data yang kemudiannya boleh ditukarkan dengan cepat kepada nombor seperti soalan-soalan berstruktur atau temu bual dengan format objektif seperti pilihan jawapan. Sementara ini, pengkaji kualitatif pula menekankan kepada instrumen atau alat yang boleh menghasilkan perkataan seperti temu bual berstruktur, pemerhatian dan lain-lain.

c) Subjek: Dari segi subjek atau responden kajian, pengkaji

kuantitatif lebih cederung untuk memilih sampel bersaiz besar, lantaran perbelanjaan dan masa yang terhad. Manakala pengkaji kualitatif pula lebih cenderung untuk memilih sampel yang bersaiz kecil.

d) Masa: Apabila menjalankan kajian, pengkaji kuantitatif

menghabiskan masa yang sedikit untuk berinteraksi dengan responden kerana keadaan instrumen yang digunakan tidak memerlukan beliau menghabiskan masa yang panjang. Manakala pengkaji kualitatif akan menggunakan masa yang agak panjang untuk menemubual dan menjalankan pemerhatian.

e) Penyesuaian alat: Semasa berada di lapangan, pengkaji

kuantitatif jarang melakukan pindaan terhadap alat yang digunakan manakala pengkaji kualitatif akan berfikiran terbuka terhadap kemungkinan mengubah suai alat yang digunakan seperti mengubah suai soalan atau menambah soalan berdasarkan kepada maklum balas awal yang diterima daripada responden.

f) Laporan: Pengkaji kuantitatif akan meringkaskan semua

maklum balas dengan analisis statistik dan jarang melaporkan subjek sebagai laporan individu. Pengkaji kualitatif pula lebih

Page 207: hkh

189

bekecenderungan untuk memetik maklum balas individu dalam bahagian laporan kajian.

g) Generalisasi: Pengkaji kuantitatif berkecenderungan mengeneralisasikan atau meyimpulkan hasil kajian beliau kepada satu atau lebih populasi, manakala pengkaji kualitatif berkecenderungan untuk menghadkan laporan beliau kepada individu atau kelompok masyarakat yang dikaji secara langsung.

3. Kepentingan ulasan karya dalam penyelidikan ialah:

Pertama, membantu penyelidikan dalam menjelaskan tentang latar belakang sesuatu permasalahan kajian. Kajian-kajian yang lepas membantu pengkaji mengenal pasti sejauh mana aspek-aspek yang menjadi minat kajian beliau telah dikaji. Misalnya, jika seseorang pengkaji berminat untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi, beliau boleh menyemak kajian-kajian yang pernah dijalankan tentang faktor berkenaan. Hal ini dapat membantu pengkaji untuk menentukan tempat penyelidikan berkaitan dengan komitmen terhadap organisasi harus bermula dan setakat mana ia perlu berakhir.

Kedua, melalui semakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti teori-teori yang akan digunakan dalam kajian beliau. Dengan ini, ia dapat membantu pengkaji untuk memberikan perspektif terhadap kajian beliau di samping mengenal pasti hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian beiau.

Ketiga, berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, pengkaji boleh memahami tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk membantu beliau menjalankan kajian. Alat atau pengukuran yang telah digunakan oleh para pengkaji yang lain dapat dinilai keberkesanannya apabila diaplikasikan di dalam kajian yang telah lepas. Beliau boleh memperbaiki kaedah yang telah digunakan di samping melakukan peningkatan terhadap kekurangan-kekurangan yang telah dikenal pasti dalam kajian yang lepas tersebut.

Keempat, dengan melalukan semakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan dapat membantu pengkaji untuk mengelakkan pengulangan terhadap kajian yang tidak dikehendaki. Penyelidikan dapat mengenal pasti sama ada kajian yang ingin dilakukan oleh beliau wajar dijalankan atau tidak. Seterusnya, penyelidikan boleh mengambil langkah proaktif dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan atau mengelakkan daripada menjalankan kajian berkenaan.

Page 208: hkh

190

4. a) Pembolehubah bebas

Pembolehubah ini adalah merupakan pembolehubah utama yang mempengaruhi pembolehubah terikat sama ada dalam cara yang positif atau negatif. Misalnya, pengkaji berminat untuk mengkaji sejauh mana aspek-aspek komunikasi yang diamalkan di dalam sesebuah organisasi mendatangkan kesan terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi berkenaan. Dalam konteks ini, pembolehubah bebas ialah aspek-aspek komunikasi organisasi.

b) Pembolehubah terikat

Pembolehubah bebas ialah pembolehubah utama yang menjadi minat pengkaji. Matlamat pengkaji adalah untuk menerangkan atau meramalkan kepelbagaian di dalam pembolehubah terikat. Berdasarkan contoh yang diberikan di atas, pembolehubah terikat dalam kajian yang dijalankan ialah komitmen organisasi iaitu merupakan pembolehubah yang dipengaruhi oleh pembolehubah bebas yakni komunikasi organisasi.

c) Pembolehubah pengubah

Pembolehubah ini ialah pembolehubah yang mempunyai kesan pergantungan yang kukuh dalam konteks hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadirannya adalah bererti dan signifikan kerana ia boleh mengubah bentuk hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Misalnya, berdasarkan kepada contoh kajian berkaitan dengan aspek-aspek komunikasi dan komitmen terhadap organisasi, pengkaji mendapati bahawa pembolehubah ketiga iaitu amalan budaya organisasi yang positif dapat meningkatkan lagi komitmen terhadap organisasi atau sebaliknya. Anda boleh melihat hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut dalam Rajah 5.2 yang saya gambarkan di bawah:

5. Teori penting dalam menjalankan penyelidikan kerana:

(i) Menguji hipotesis yang diperolehi daripada teori: Hal ini boleh dilakukan melalui pembentukan hipotesis yang selaras dengan teori. Kajian yang menyokong sesuatu hipotesis turut menyokong teori dengan andaian bahawa kaedah kajian adalah kukuh.

(ii) Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian. Pengkaji cuba untuk membina teori yang akan menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

Page 209: hkh

191

6. Kepentingan penyediaan proposal dapat dilihat berdasarkan kepada:

a) Kepentingan kepada pembiayaan

Kebanyakan kajian mempunyai pembiaya atau ahli jawatankuasa

yang bertanggungjawab untuk meneliti penyelidikan berkenaan. Misalnya, calon Ijazah Doktor Falsafah bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa tesis untuk menilai kajian yang beliau jalankan. Dalam pengurusan korporat, sama ada kajian dijalankan oleh bahagian penyelidikan atau di bawah kontrak perundingan, pengurusan organisasi membiaya penyelidikan berkenaan. Kerajaan dan universiti biasanya menggunakan ahli jawatankuasa gran untuk menilai sesuatu hasil usaha atau cadangan penyelidikan.

Proposal penyelidikan adalah merupakan langkah awal dalam proses penilaian. Ia membenarkan pembiaya untuk menilai jenis kajian yang dijalankan, kejelasan reka bentuk, bahan-bahan latar dan juga kesesuaian untuk menjalankan kajian. Proposal menggambarkan susunan, disiplin dan logik pengkaji. Sesuatu penyelidikan yang tidak dirancang dengan baik, tidak ditulis dengan baik dan tidak teratur akan memburukkan reputasi seseorang pengkaji. Dengan itu, proposal adalah merupakan dokumen yang akan dinilai oleh pembiaya berdasarkan kepada keperluan organisasi, kepakaran dan saintifik. Ia membenarkan pembiaya untuk membuat perbandingan dengan proposal-proposal yang lain dan akhirnya memilih projek kajian yang terbaik.

Proposal juga memberikan gambaran asas kepada pembiaya tentang penilaian terhadap hasil sesuatu projek. Dengan membandingkan hasil akhir dengan objektif kajian yang dinyatakan, adalah mudah untuk menentukan sama ada matlamat kajian telah dicapai.

Faedah ketiga yang boleh diperolehi ialah disiplin kepada pembiaya. Proposal kajian bertindak sebagai rujukan bagi tujuan perbincangan antara pengkaji dan pihak pengurusan organisasi. Pengkaji menterjemahkan persoalan-persoalan pengurusan ke dalam bentuk persoalan kajian dan merangka objektif penyelidikan.

b) Kepentingan kepada pengkaji

Pada hakikatnya, proposal adalah sesuatu yang mendatangkan faedah kepada pengkaji berbanding dengan pembiaya. Proses menulis proposal membenarkan pengkaji untuk merancang dan

Page 210: hkh

192

menyemak semula langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menjalankan penyelidikan atau projek. Ulasan karya yang bersesuaian harus diteliti, di mana ulasan karya akan membolehkan pengkaji untuk menilai pendekatan-pendekatan yang lepas bagi sesuatu masalah dan meneliti semula perancangan. Hal ini kerana para pengkaji berpeluang untuk mengkaji kesilapan-kesilapan di dalam andaian dan masalah yang tidak diteliti dalam kajian-kajian lampau.

Setelah proposal diterima, dokumen berkenaan akan menjadi garis panduan kepada pengkaji sepanjang tempoh beliau menjalankan penyelidikan atau penyiasatan. Perkembangan kajian pula boleh dipantau. Faedah penulisan proposal kepada pengkaji ialah ia membenarkan pengkaji merancang masa dan belanjawan sesuatu kajian. Anggaran ini membenarkan pengkaji untuk merancang projek atau kajian supaya mempunyai perkembangan yang positif menuju tarikh akhir.

Page 211: hkh

193

BIBLIOGRAFI

Aczel., A.D. (1995). Statistics: concept and applications. Chicago: Irwin. Aiken, L.R. (1997). Psychological testing and assessement (9th ed.). Ed. Boston,

Mass: Allyn dan Bacon. Allen, M. J., & Yen, W. M. (1979). Introduction to measurement theory.

Monterey, California: Brooks/Cole. Alpert-Gillis, L.J., & Connell, J.P. (1989). Gender and sex-role influence

on children’s self-esteem. Journal of Personality, 57, 97-114. Alsip, J.E. & Chezik, D.D. (1974). Research guide in psychology. Morristown,

New Jersey: General Learning Press. American Psychological Association. (1983). Publication Manual of the

American Psychological Association (3th ed.). Washington: ADA. Anastasi, A. & Urbina, S. (1997). Psychological testing (7th ed.). New Jersey:

Prentice-Hall. Babbie, A.B., & Blalock, H.M. (1982). Introduction to social research (2nd

ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. Bailey, K. (1982). Methods of social research (2nd ed.) London: The Free

Press. Baker, T. L. (1999). Doing social research. Singapore: Mc Graw Hill. Baker, T.L. (1994). Doing Social Research. New York: McGraw-Hill. Capon, J.A. (1998). Elementary statistics for the social sciences. Behavioral

Sciences. Belmouth, Wadsworth. Christensen, L.B. (1994). Experimental Methodology (6th ed.). Boston: Allyn

& Bacon. Crocker L., & J. Algina. (1986). Introduction to classical and modern test theory.

New York: Holt Rinehart and Winston. Cronback, L.J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of

tests. Psychometrika, 16, 267-334.

Page 212: hkh

194

Dawson, B.R., Klass, M.d., Guy.R.F., & Edgley, C.K. (1991). Understanding social work research. Boston, Mass: Allyn & Bacon.

Dayan, J., Doyl, A.B., & Markiewicz, D. (2001). Social support network

and self esteem of idiocentric and allocentric children and adolescents. Journal of Social and Personal Relationships, 18, 767-784.

Ehrlich, E. & Murphy, D. (1964). Writing and researching term papers

and reports. Tronto: Bantan Books. Emory, C. W. & Cooper, D. R. (1991). Business research methods (4th ed.).

Boston: Richard D. Irwin Inc. Goodwin, C. J. (2002). Research in psychology: Methods and design. New York:

John Wiley. Goodwin, C.J. (1995). Research in psychology: Methods and design. New York:

John Wiley & Sons. Gregory, R.J. (1992). Psychological testing: History, principles and applications.

Boston: Allyn & Bacon. Hinkle, D.E., Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1988). Applied statistics for the

behavioral sciences. Boston: Houghton Mifflin Company. Iran Herman & Md. Azman Shahadan. (1992). Ukuran nilai kerja:

Penilaian awal isu kebolehpercayaan dan kesahan gagasan. Jurnal Psikologi, 8, 3-10.

Iran Herman & Md. Azman Shahadan. (1993). Penilaian terhadap indeks

psikometrik alat ukuran Survey of Work Values. Majalah Psikologi, 13, 27-41.

Iran Herman. (2001). Kolerasi dan regresi: Analisis data aplikasi komputer.

Alor Setar, Kedah: Penerbitan Ustara. Iran Herman. (2002). Analisis perbandingan dua kumpulan. Alor Setar,

Kedah: Penerbitan Ustara. Iran Herman. (1990). Ketekalan dalaman dan kesahan gagasan inventori

kemurungan kanak-kanak. Jurnal Psikologi, 6, 91-102. Janda, J. H. (1998). Psychological testing: Theory and applications. Boston: Allyn

and Bacon.

Page 213: hkh

195

Kaplan, R. M., & Saccuzzo, D. P. (1989). Psychological testing: Principles, application and issues. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing Company.

Kerlinger, F.N. (1992). Foundations of behavioral research (3rd ed.). New

York: Harcout Brace College Publishers. Kiess, H.O & Bloomquist, D.W. (1985). Psychological Research Methods: A

conceptual approach. Boston: Rinehart and Winston. Klitgaard, S.A. (1983). Pegangan pengarang: Petua dan proses (Terj. Hasrom

Haron). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Krejcie, R. & Morgan, D. (1970). Determining sample saiz for research

activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Kuder, G.F. & Richardson, M.W. (1837). The theory of the estimation of

reliability. Psychometrika, 2, 151-160. Levin, J. & Rubin, D.S. Statistics for management (7th ed.). New Jersey:

Prentice Hall. Likert, R., (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives

of Psychology, 140. Majid Konting. (1994). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Marken, R. (1981). Methods in experimental psychology. Monterey, Calif:

Brookss/Cole. McBurney, D.H. (2000). Research methods (5th ed.). Singapore,

Wadsworth. Menasche, L. (1984). Writing a research paper. Pittsburgh: University of

Pittsburgh Press. Mitchell, M. & Jolley, S. (1996). Research design explained (3rd ed.). New

York: Harcourt Brace College Publishers. Murphy, K. R., & Davidshoffer, C. D. (1988). Psychological testing: Principles

and application, (4th ed.). New Jersey: Prentice-Hall.

Page 214: hkh

196

Nelson, E.S., & Mathia, K.E. (1995). The relationships among college students’ locus of control, learning styles, and self prediction of grades. Education Research and Perspectives, 22, 110-117.

Norusis, M.J. (1993). SPSS for windows: Base system user’s guide rlease 6.0.

Chicago ILL. SPSS Inc. Oppenheim, A.N. (1986). Questionnaire design and attitude measurement.

London: Grower Publishing. Palys, T. (1997). Research decisions: Quantitative and qualitative perspectives,

Toronto: Harcourct Brace & Company. Reinard, J. C. Introduction to communication research. (3rd ed.) Boston:

McGraw-Hill International Editions. Sax, G. (1989). Principles of educational and psychological measurement and

evaluation (3rd ed.). Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Schumacher, S. & McMillan, J. H. Research in education (3rd ed.). New

York: Harper Collins College Publishers. Sekaran, U. (2000). Research methods for business: A skill-building approach.

New York: John Wiley. Shaughness, J.J., Zechmeister, E.B., & Zechmeister, J.S. (2000). Research

methods in psychology (5th ed.). New York: McGraw-Hill International Wdition.

Smith, R. A. & Davis, S. F. (1997). The psychologist as detective: An

introduction to conducting research in psychology. New Jersey: Prentice Hall.

Sudman, S. & Bradburn, N.M. (1982). Asking questions: A practical guide to

questionnaire design. San Francisco, California: Jossey-Bass. Van Roosmalen, E.H., & McDaniel, S.A. (1989). Peer group Infulence as

a factor in smoking behavior of adolescents. Adolescence, 24, 802-814.

Witte, R.S., & Witte, J.S. (1997). Statistics (5th ed.). New York, Harcourt

Brace College Publishers. Zikmund, W.G. (1997). Business research methods (5th ed.). San Diego: The

Dryden Press.