-
,
acabmem mulebes nakacab id gnay biziH nakapurem gY ) naagajneP (
mohsit'I biziH acabmem naidumeK masoQ kutnebreb gnay biziH ayn2utas
nakapurem ini mohsit'I biziH ,inamaY-lA ziriH A.R inaliaJ-lA ridoQ
ludbA hkieyS mohsit'I biziH ini hawab id tukireb
U
-
,
,
. , x 1 ini hawab id joraF a'od acabmem naidumeK
-
audek adap nakacab ,x 1 2gnisam salhkI-lA ,qalA-lA ,sannA ,x 1
nurifaklA taruS acabmem naidumeK zduat halacab naidumek hubut
atoggna aumes adap bst nagnat kapalet 2ek nakpasu ulal nagnat
kapalet : ini hawab id
x1 rihoT a'oD acabmem naidumeK
inamaY luzriH tawalohS acabmem naidumeK
,
x 1 ini hawab id mohsit'I lurmA a'oD acabmem naidumeK
-
lutqaM-lA bahiyS hkieyS anidiyyaS naaynupeK rihgoS sulsaW a'oD
acabmem naidumeK
,
, ,
: duskamid gy inamaY luzriH halini , ifyaS /inamaY luzriH
halacab naidumeK
-
,
-
.
,
.
:
-
,
.
-
.
.
-
.
-
.
,
,
-
,
,
-
.
,
,
,
,
.
-
Artinya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Dan
telah berselawat Allah ke atas
junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta
sahabatnya, dan telah diberi kesejahteraan.
Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan (hadapkan) kepada Mu
dihadapan segala nafas dan kelipan
pandangan yang telah dipandang denganya oleh segala ahli langit
dan ahli (penghuni) bumi, dan segala
sesuatu, ia berada dalam ilmu (pengetahuan) Mu, samada yang
sedang berada atau pun yang pernah
ada (telah sedia), aku persembahkan kepada Mu di depan segalanya
itu.
Ya Allah, Engkaulah Raja (Malik) yang hak (benar) yang nyata
(mubin) yang qadim, Yang perkasa (mulia)
dengan kebesaran dan ketakburan, yang esa (tunggal), dengan
kekekalan (baqa'), yang hidup, lagi
menguruskan makhluk, yang berkuasa lagi menentukan, yang memaksa
lagi kuat perkasa yang tiada
tuhan selain Engkau (Dibaca surah Al Ihklas 3 x), Engkaulah
Tuhanku dan akulah hambaMu, aku telah
melakukan kejahatan dan telah menganiyai (menzalimi) diriku dan
aku mengaku dengan dosaku, lalu
ampunilah akan segala dosa-dosaku, lalu ampunilah akan segala
dosa-dosaku seluruhnya. Sesungguhnya
tiada siapa yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau sahaja.
Wahai Tuhan yang Maha
mengampuni, wahai Tuhan yang Maha bersyukur, wahai Tuhan yang
Maha bijaksana (lemah lembut),
wahai Tuhan yang pemurah (Mulia), wahai Tuhan yang kuat
kesabarannya, wahai Tuhan yang amat
penyayang.
Ya Allah sesungguhnya aku memuji Mu dan Engkaulah yang dipuji
(pujian) dan Engkaulah, bagi segala
pujian terlebih layak, dan aku berterima kasih kepada Mu, dan
Engkau (layak) mendapat terima kasih,
dan Engkau bagi terima kasih (syukur) itulah yang paling layak
(ahli), terhadap apa yang telah Engkau
peruntukan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang
digemari, dan Engkau telah
peruntukkan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang
digemari, dan Engkau telah
pertemukan aku (sambungkan aku) dari kelebihan (fadilat)
perbuatan, dan Engkau telah berikan
kepadaku dari (ihsan) kebaikan (budi baik) Mu, dan Engkau telah
tempatkan aku dengannya .
dari tempat-tempat yang menempatkan kebenaran disisiMu, dan
Engkau telah capaikan aku dengan dari
pemberian-pemberian Mu yang bersambung (bertemu) kepadaku dan
telah Engkau berbuat baik
dengannya kepadaku, tiap waktu dari penolakan bala bencana
daripadaku dan pemberian taufik
(petunjuk) bagiku, dan perkenan bagi doa-doaku ketika aku
menyeru Mu sebagai orang yang berdoa
(menyeru) dan aku memanggil-manggil Mu (Munajat) dalam keadaan
gemar (suka), dan aku menyeru
Mu dengan rendah diri, dengan kejernihan, tunduk patuh dan
ketika aku mengharapkan Engkau sebagai
seorang yang mengharap lalu aku mendapati diri Mu lalu aku
berlindung dengan Mu, pada semua
pelusuk (tempat) seluruhnya, lalu jadilah bagiku dan keluargaku
dan sanak saudaraku semuanya sebagai
jiran yang hadir, rapat, baik, teman pada semua perkara
seluruhnya dalam keadaan melihat (memerhati)
dan atas segala seteru (musuh) semuanya sebagai pembantu
(penolong) dan bagi segala kesalahan dan
dosa-dosa seluruhnya sebagai pengampun, dan bagi segala keaiban
(kecacatan) seluruhnya sebagai
pelindung.
Aku tidaklah ketiaadaan bantuanMu dan kebaikanMu dan kebajikanMu
.
dan kemuliaanMu serta ihsan (baik budi/jasa baik) Mu walau
sekelip mata pun, semenjak Engkau
menurunkan aku (menempatkan aku) di negeri uijian/percubaan ini
(dunia) dan (negeri) pemikiran serta
perhitungan (pengiraaan) ini, untuk Engkau lihat apa yang aku
telah persembahkan untuk negeri yang
kekal abadi dan tetap (akhirat) dan (negeri) tempat kediaman
bersama-sama orang-orang yang terpilih.
-
Maka aku ini hambaMu, lalu jadilah aku wahai Tuhanku akan orang
yang bebaskan (lepaskan) wahai
Tuhanku, lepaskanlah aku serta keluarga dan saudara-maraku
seluruhnya dari neraka dan dari semua
yang memudaratkan (yang membahayakan) yang segala yang
menyesatkan dan dari segala bencana dan
perkara-perkara yang menimbulkan keaiban (kecelaan) dan timpaan
(peristiwa yang menyedihkan) dan
dari segala perkara yang pasti akan menimpa serta kerunsingan
(kedukaan) yang telah mebuatkan aku
bimbang (dihantui kebimbangan) tentangnya, oleh segala kedukaan
dengan bentangan-bentangan segala
jenis bala dan berbagai jenis kesukaran Qada' (ketentuan Ilahi).
Aku tiada ingat (sebut) dari Mu kecuali
jasa baik (hok molek jah) dan aku tiada lihat dari Mu kecuali
keutamaan (fadilat-fadilat)
kebaikanMu bagiku menyeluruh (merangkumi) semua dan perbuatan
(baik) Mu bagiku adalah sempurna
dan sifat lemah lembut / pengetahuan (yang halus) dari Mu bagiku
adalah melimpah dan keutamaanMu
terhadapku adalah sentiasa berterusan dan berturut-turut serta
nikmatMu bagiku (disisiku) sentiasa
berhubung (tak putus-putus) tak pernah mungkir dari sisiku (tak
pernah langgar janji), Engkau telah
damaikan rasa takut ku (aman/tenteram), dan Engkau telah
nyatakan cita-cita ku (tunaikan).
Engkau telah menemaniku dalam perjalananku, dan telah Engkau
muliakan aku di kala aku menetap
(hadir di negeri). Engkau telah sembuhkan (afiatkan) penyakitku
dan Engkau telah sembuhkan penyakit-
penyakit kronikku dan Engkau telah perelokkan tempat kembaliku
dan kedudukkan ku, dan tidak Engkau
jadikan pihak musuh-musuhku mengejekku begitu juga orang-orang
yang dengki terhadapku dan Engkau
telah membalas lemparan orang-orang yang telah melemparku dengan
kejahatan, dan telah Engkau
membalas (dengan setimpal) akan kejahatan orang-orang yang
memusuhiku. Maka aku memohon Ya
Allah, semoga sekarang, Engkau menolak dariku segala tipu daya
(perangkap) orang-orang yang hasad
dengki dan kekejaman (kezaliman) orang-orang yang kejam/zalim,
dan kejahatan orang-orang yang keras
kepala. Dan jagalah aku dan keluargaku serta sanak saudaraku
..
semuanya, di bawah khemah kemuliaanMu wahai Tuhan yang pemurah
dari segala yang pemurah. Dan
jauhilah antaraku dan musuh-musuhku, seperti Engkau telah
menjauhkan antara timur dengan barat,
dan sambarlah penglihatan mereka dariku (supaya mereka tak
nampak), dengan cahaya kesucian Mu
dan pancunglah leher-leher mereka dengan keagungan kemuliaan
(kepujian) Mu, dan potonglah
tengkok-tengkok mereka dengan amukan-amukan kekerasan Mu, dan
musnahkanlah mereka serta
lenyapkanlah mereka dengan satu kali lenyapan, seperti mana
Engkau telah menolak tipu daya orang-
orang yang sangat berhasad dengki dari nabi-nabiMu, dan seperti
mana Engkau telah potong leher-leher
orang-orang yang gagah berani (gedebe), terhadap orang-orang
pilihan Mu (para wali-wali dsb) dan
seperti mana Engkau telah sambar penglihatan musuh-musuh dari
wali-wali Mu. Dan Engkau telah
potong tengkok-tengkok orang-orang yang membesar diri (takbur)
terhadap orang-orang yang takwa
kepada Mu. Dan telah pun Engkau musnahkan fira'un-fira'un dan
Engkau telah melenyapkan para dajjal
(orang-orang sangat bohong/penipu) terhadap orang-orang yang
telah Engkau pilih (khususkan) mereka
(ahli khawas) yang hampir diri mereka dengan Mu serta
hamba-hamba Mu yang soleh. ..
Wahai (Tuhan) yang amat membantu orang-orang yang meminta
bantuan, bantulah aku (3x),
menghadapi semua musuh-musuh Mu. Maka pujianku buat Mu wahai
Tuhanku berhujanan (bercurahan)
dan ucapan pujianku keatas Mu sentiasa berterusan,
selama-lamanya dari masa ke masa dengan
berbagai jenis tasbih (penyucian) dan pemujaan dan berbagai
jenis penyucian yang tulus untuk
mengingati Mu dan pengagungan dan setulus-tulus pengesaan
(tauhid) dan ketulusan penghampiran
dan pendekatan serta penunggalan (pengesaan), permurnian pujian/
pengagungan dengan kepanjangan
taabbud (pengabdian) dan bilangan. Engkau tiada dibantu (sesiapa
pun) dalam kekuasaan Mu, dan tiada
di sekutukan (dikongsi) dalam ketuhanan Mu, dan tiada Engkau
diajarkan (diberitahu) bagi Mu suatu
-
hakikat pun, untuk Engkau menjadi sama rata dengan segala yang
bersalahan/bermacam-macam. Dan
tidak ditentukan ..
apabila disekat (ditahan) perkara-perkara lain (dari Mu) di atas
keazaman yang bermacam-macam
(tonggak yang berbagai) dan tiada dapat segala bayangan
keraguan, meredah tabir-tabir (benteng-
benteng) yang ghaib untuk menuju kepada Mu. Lalu aku meenganggap
Engkau begitu terbatas dalam
keagungan/kebesaran Mu. Dan tidak sampai kepada Mu kejauhan
hemmah (cita-cita) dan tidak
mencapai Mu kedalam kepintaran Mu dan tidak berakhir kepada Mu
penglihatan orang yang melihat
dalam keagungan jabarut Mu yang terangkat tinggi dari
sifat-sifat makhluk oleh sifat-sifat kekuasaan Mu,
dan meningkat tinggi dari sebutan (ingatan) orang yang menyebut
(mengingat) oleh kebesaran Mu, lalu
tiada kurang, apa-apa yang Engkau kehendaki ianya bertambah dan
tidak akan bertambah, apa-apa yang
Engkau kehendaki ianya berkurangan. Tiada seorang pun yang
menyaksi Mu ketika Engkau mencipta
makhluk dan tiada saingan mahupun lawan yang datang kepada Mu
ketika Engkau mesucikan jiwa-jiwa.
Lemahlah (tumpul) segala lidah untuk menghurai (tafsirkan)
segala sifat Mu, dan gagallah (tak tergapai) segala akal fikiran
dari hakikat pengetahuan Mu, dan sifat
Mu. Dan bagaimanakah ia hendak mensifatkan (gambarkan) hakikat
sifat Mu wahai tuhan, sedangkan
Engkaulah Allah, raja yang paling berkebesaran, gagah perkasa
(gedebe), maha suci lagi azali, kekal abadi
selamanya , sentiasa dalan keghaiban Engkau sahaja, tiada sekutu
bagi Mu, tiada seorang pun di
dalamnya selain dari Mu dan tiada Tuhan selain Mu, akan
kebingunganlah dalam lautan-lautan
keindahan kerajaan (malakut) Mu oleh segala kedalaman aliran
pemikiran, dan tunduklah oleh raja-raja
kepada kehebatan Mu. Dan menunduk segala muka dengan kehinaan,
ketenangan (kekalahan) kepada
keagungan Mu lalu akan terpandulah segala sesuatu kepada
kebesaran Mu, dan tunduklah segala
tengkuk ..
Dan segala yang lain dari itu, kebijaksanaan bahasa-bahasa dan
sesatlah di sana pentadbiran
(pengaturan) dalam tindak-tanduk sifat-sifat, Barang siapa yang
berfikir pada ciptaan Mu yang indah dan
pujian Mu yang tinggi dan mendalami pada perkara itu nescaya
kembalilah pancaindera Nya kepadanya
dengan keadaan hampa, kecewa dan akalnya terpesona dan daya
fikirnya bingung dan tertawan.
Ya Allah untuk Mu segala pujian, pujian-pujian yang banyak,
sentiasa berterusan dan berturutan dan
berlipat ganda, luas dan selaras , kekal dan terus berganda dan
tidak akan luput selain dari yang hilang
dalam malakut dan tidak terhapus dalam tanda-tanda , tidak
mengurang pada pengenalan. Maka untuk
Mu sahajalah segala pujian di atas kemuliaan Mu yang tidak
terhitung dan nikmat-nikmat Mu yang tidak
dapat dikira baik di malam hari apabila ia mengundur dan di pagi
hari ..
apabila ia terbit, dan didaratan mahupun di lautan, baik di pagi
hari dan di petang hari, baik di malam
hari ataupun di pagi hari, baik di tengahari ataupun di
dinihari. Dan di dalam segala bahagian (juzuk) dan
bahagian-bahagian malam dan siang.
Ya Allah untuk Mu segala pujian dengan taufik Mu, telah Engkau
hadirkan aku akan kelepasan
(keselamatan) dan telah Engkau jadikan aku dari Mu dalam daerah
penjagaan dan aku sentiasa dalam
limpahan nikmat-nikmat Mu dan berterusan nikmat-nikmat /
anugerah-anugerah Mu, terkawal dengan
Mu dalam penolakkan dan halangan, terjaga dengan Mu dalam
keteguhan pertahan diriku. Ya Allah
sesungguhnya aku memuji Mu, kerana Engkau tidak memberatkan aku
(membeban) lebih dari
keupayaanku dan Engkau tidak redha (restu) dari ku selain dari
ketaatan ku dan Engkau telah meredhai
aku dari ketaatanku pada Mu dan pengabdian Mu tanpa kekuasaan
ku, dan kekurangan daya-upayaku
dan kekuasaanku, Maka sesungguhnya Engkau Allah ..
Raja yang benar yang tiada tuhan selain dari Mu. Engkau tiada
hilang, dan tak kan terlindung dari Mu
-
sesuatu yang hilang pun dan tidak akan tersembunyi dari Mu
sesuatu pun yang bersembunyi dan tiada
akan hilang dari Mu dalam kegelapan-kegelapan persembunyian
(yang tersembunyi) suatu apa pun yang
hilang, Hanya sanya, urusan Mu apabila Engkau menghendaki
sesuatu, Engkau berkata padanya "jadilah"
maka ianya pun jadi (Dibaca Surah Al Ihklas 3 x).
Ya Allah, hanya untuk Mu/bagi Mu pujian-pujian. Pujian-pujian
yang banyak sentiasa seperti mana
Engkau memuji dengannya akan diri Mu sendiri, dan berlipat ganda
lagi apa yang dipuji akan diri Mu
dengannya oleh orang-orang yang memuji dan telah bertasbih
dengannya akan di Kau oleh orang-orang
yang bertasbih, dan diagungkan dengannya oleh orang-orang yang
mengagungkan Engkau dan telah
ditakbir akan di Kau dengannya oleh orang-orang yang bertakbir
(mengucapkan Allahu Akbar), dan telah
ditahlilkan (mengucapkan La ilaha llah) dengannya akan di Kau
oleh orang-orang yang bertahlil, dan telah
disucikan di Kau dengannya oleh orang-orang yang mensucikan dan
telah mengesakan Engkau
dengannya oleh orang-orang yang mengesakan, dan telah diagungkan
(besarkan) di Kau dengannya
oleh orang-orang yang mengagungkan dan telah diminta ampun dari
Mu dengannya akan orang-orang
yang meminta ampun sehingga jadilah ..
untuk Mu dari ku sahaja pada setiap kelipan mata dan kurang dari
itu lagi. Seperti pujian semua orang
orang yang memuji dan pengesaan semua jenis orang yang
mentauhidkan dan yang ikhlas, dan
pensucian semua kelas/jenis orang-orang yang arif, dan kata
pujian semua orang yang bertahlil dan
berselawat/bersolat, dan bertasbih dan seperti mana apa yang
Engkau ketahui akannya dan Engkau
dipuji, dan dikasihi dan terhijab (terlindung) dari semua
makhluk Mu, seluruh mereka, baik dari haiwan-
haiwan dan makhluk dan alam semesta.
Wahai Tuhanku, aku memohon pada Mu dengan memohon dengan
permohonan-permohonan milik Mu
dan aku gemar/sangat ingin kepada Mu, dengan Mu dalam
keberkatan-keberkatan yang telah Engkau
pertuturkan aku dengannya, dari pujian Mu dan telah Engkau
taufikkan aku baginya, dari kesyukuran Mu.
Dan pengagunganku terhadap Mu. Alangkah mudahnya, apa-apa yang
telah Engkau taklifkan kepadaku
dengannya, dari hak Mu, dan alangkah besarnya apa yang telah
Engkau janjikan aku dengannya dari
nikmat-nikmat Mu, Dan limpahkan kebaikan di atas kesyukuran Mu.
Engkau telah memulakan aku
dengan nikmat-nikmat sebagai keutamaan (jasa baik) dan anugerah
dan Engkau telah memerintahku
dengan kesyukuran (supaya bersyukur) sebagai suatu hak dan
keadilan dan Engkau telah menjanjikan
aku berlipat ganda dan lebih-lebihan yang banyak dan Engkau
telah memberikan aku rezeki Mu yang luas
lagi banyak, dan Engkau meminta dariku untuknya kesyukuran yang
sedikit.
Ya Allah, Untuk Mu segala pujian Ya Allah keatasku, kerana
Engkau telah menyelamatkan aku (lepaskan
aku) dan memberi afiat (kesihatan) kepadaku dengan rahmat Mu
dari keletihan bala dan dasar-dasar
penderitaan, Engkau tidak pernah menyerahkan aku kepada
kejahatan (yang jahat/tak baik) dari qada'
(ketentuan) Mu dan bala-bala Mu. Dan Engkau telah menjadikan
pakaianku afiat (kesihatan) dan telah
Engkau kurniakan aku kesenangan dan kemewahan dan Engkau telah
gariskan jalan (syariat) untukku
matlamat yang paling mudah, dan Engkau telah melipat-gandakan
bagiku keutamaan yang mulia serta
Engkau telah memperhambakan aku dengannya dari jalan jalan-jalan
syariat dan Engkau telah
sampaikan berita gembira dengannya dari darjat yang tinggi
menggapai, dan Engkau telah memilih aku
dengan seagung-agung nabi-nabi dari segi dakwah, dan yang paling
utama sekali dari segi syafaat dan
yang paling tinggi darjat (kedudukan) dan yang paling hampir
sekali dari segi tempat dan yang paling
jelas sekali hujah-hujah (dalil), Penghulu kami Muhammad
Salalllahu alaihi wassalam dan ke atas
keluarganya beserta kesejahteraan dan ke atas seluruh nabi-nabi
dan utusan-utusan dan sahabat-
-
sahabatnya yang baik-baik lagi suci murni (Dibaca Surah Al
Ihklas 3 x).
Ya Allah berikanlah salawat (rahmat) Mu ke atas Muhammad dan
atas keluarga Muhammad dan
ampunilah bagiku dan keluarga ku serta saudara-saudara ku
seluruhnya sekira-kira tidak dapat
dimuatkan kecuali ampunan Mu dan tiada apa yang dapat
menghapuskan (dosa) kecuali kemaafan Mu,
dan tidak dapat menutupnya kecuali perlepasan darimu dan
kelebihan Mu dan berilah kepadaku pada
hariku ini dan malamku ini, dan jam aku ini, dan bulanku ini dan
tahunku ini, suatu keyakinan yang benar
yang boleh mempermudah (meremehkan) atasku segala malapetaka
dunia dan akhirat dan kedukaan
keduanya Dan boleh menjadikan aku rindu kepada Mu dan memberi
aku minat pada apa yang disisi Mu
dan catatkanlah bagiku (tentukanlah bagiku) disisi Mu keampunan
dan sampaikanlah aku kepada
kemuliaan (keramat) dari sisi Mu dan bahagiakanlah aku
kesyukuran terhadap apa yang telah engkau
beri nikmat dengannya atasku, maka sesungguhnya Engkaulah Allah
yang tiada tuhan selain Engkau yang
satu lagi tunggal yang tinggi lagi punya daya cipta yang
memulakan dan mengembalikan yang maha
mendengar lagi mengetahui yang tiada bagi urusan Mu tertolak
(penolakkan) dan tiada dari ketentuan
Mu yag terhalang, dan aku bersaksi bahawa Engkaulah tuhanku dan
tuhan segala sesuatu, pencipta
langit-langit dan bumi, maha mengetahui segala yang ghaib dan
yang nyata, yang maha tinggi lagi besar
dan maha meninggi (Dibaca surah Al-Ikhlas 3 x)
Ya Allah sesungguhnya aku memohon dari Mu ketetapan dalam urusan
dan keteguhan azam/kekuatan di
atas kewarasan fikiran/petunjuk (jalan yang betul) dan
kesyukuran atas nikmat-nikmat Mu dan aku
memohon dari Mu akan kebaikan ibadat terhadap Mu dan aku memohon
dari Mu, dari kebaikan segala
yang Engkau tahu dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan
segala yang Engkau tahu, dan aku
memohon ampun dari Mu, dari kejahatan segala yang Engkau tahu,
sesungguhnya Engkau amat
mengetahui segala yang ghaib, dan aku memohon dari Mu, untukku
dan dan keluargaku serta saudara-
saudaraku seluruhnya, akan keamanan dan aku berlindung dengan Mu
dari kejahatan segala sesuatu
yang jahat dan tipu helah setiap yang menipu dan kezaliman
segala yang zalim dan sihir setiap yang
menyihir (tukang sihir) dan pelampauan setiap yang melampaui.
Dan hasad dengki segala yang dengki
dan pengkhianatan segala yang khianat dan tipu daya segala yang
menipu daya (buat perangkap) dan
permusuhan segala yang memusuh (seteru) dan tikaman setiap yang
menikam, dan hasutan setiap yang
menghasut dan helah setiap yang berhelah dan ejekan setiap yang
mengejek dan perseteruan setiap
yang berseteru.
Ya Allah, dengan Mu aku mengamuk terhadap musuh dan
sekutu-sekutu, dan akan di Kau aku berharap
akan kedekatan orang-orang yang tersayang dan para wali dan
orang-orang yang hampir (muqarabbin)
maka untuk Mu pujian atas apa yang aku tidak mampu menghitungnya
serta membilangnya dari
keuntungan-keuntungan keutamaan Mu, serta yang diketahui dari
rezeki Mu. Serta berbagai jenis apa-
apa yang telah Engkau berikan aku dengannya dari Limpahan Mu dan
kemurahan Mu. Maka
sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan selain dari Engkau
yang telah tersebar luas dikalangan
makhluk segala kepujian Mu, yang melebarkan (membentangkan)
dengan kemurahan akan tangan Mu,
tidak ada percanggahan dalam pemerintahan Mu dan tiada rebutan
dalam urusan Mu dan kesultanan
(kekuasaan) Mu dan kerajaan Mu, dan tiada sekutu (perkongsian)
dalam ketuhanan Mu, dan tidak ada
kekalutan dalam penciptaan makhluk Mu, Engkau memiliki dari
makhluk alam, sebagai apa yang Engkau
kehendaki, sedangkan mereka tidak pun memiliki diri Mu kecuali
apa yang Engkau kehendaki.
-
Ya Allah, sesungguhnya Engkau pemberi nikmat lagi pemberi
keutamaan serta berkuasa dan penentu
segala, yang perkasa lagi dipuja (disucikan) dengan pujian dalam
cahaya. kesucian yang Engkau salutinya
dengan kemuliaan dan keindahan dan Engkau perbesarkan dengan
kemuliaan dan ketinggian dan Engkau
balut dengan kebesaran dan ketakburan (Dibaca Surah Al Ikhlas 3
x).
Dan Engkau selubungi dengan cahaya dan sinaran. Dan Engkau
perbesarkan (peragungkan) dengan
kehebatan dan keindahan, untuk Mu anugerah yang lama (qadim) dan
kekuasaan yang tinggi (mencakar
langgit) dan kerajaan yang mewah serta kemurahan yang luas serta
kekuasaan (qudrat) yang sempurna
dan kebijaksanaan yang tinggi dan kemuliaan yang menyeluruh,
maka untuk Mu segala pujian atas apa
yang Engkau jadikan aku dari umat Muhammad Sallallahu A'lahi
Wasallam, dan atas keluarganya juga
(diselawat dan diberi salam), sedangkan dia adalah yang paling
utama dikalangan anak Adam yang
Engkau telah muliakan mereka dan telah Engkau tanggungkan mereka
didaratan dan dilautan dan
Engkau telah rezekikan mereka dari (rezeki) yang baik-baik. Dan
Engkau telah utamakan mereka atas
kebanyakan dari makhluk Mu, dengan pengutamaan. Dan Engkau telah
menciptakan aku dalam keadaan
mendengar..melihat, sihat dan matang, sejahtera, afiat, dan
tidak Engkau risaukan aku dengan
kekurangan (kecacatan) pada badanku (yang boleh menghalangku)
dari mentaati Mu, dan tidak pula
dengan sebarang penyakit pada pancainderaku dan tidak pula
kecacatan pada jiwaku dan akalku.
Dan Engkau tidak pernah menyekat aku dari kemurahan (kemuliaan)
Mu terhadapku, dan keelokkan
perbuatan Mu bagiku, dan kelebihan anugerahan Mu disisiku, serta
nikmat-nikmat Mu atasku. Engkau
(Tuhan) yang telah memperluaskan atasku di dunia ini akan
rezeki, dan Engkau telah utamakan aku atas
banyak dari ahlinya (ahli dunia termasuk haiwan dll) dengan
kelebihan-kelebihan (keutamaan-
keutamaan) maka Engkau jadikan bagiku pendengaran yang boleh
mendengar ayat-ayat Mu, dan akal
yang memahami keimanan Mu dan penglihatan yang yang dapat
mengenali kebesaran Mu, Dan jantung
(hati) yang dapat mengikat (mengiktiqad) tauhid Mu.
Makasesungguhnya aku, bagi pengutamaan Mu
atas ku menjadi saksi, memuji, bersyukur, dan bagi Mu jiwa ku
yang berterima kasih (bersyukur) dan
dengan hak (kebenaran) Mu
keatasku menjadi saksi, dan aku bersaksi bahawa Engkau hidup
sebelum segala yang hidup dan hidup
selepas segala yang mati dan hidup tidak mewarisi kehidupan dari
yang hidup dan tidak pernah Engkau
putuskan kebaikan Mu dari ku pada setiap waktu dan Engkau tidak
pernah putuskan harapanku dan
tidak pernah Engkau turunkan dengan ku siksaan-siksaan azab
bencana . Dan tidak pernah Engkau ubah
keatasku ikatan-ikatan nikmat dan tidak pernah Engkau halang
dariku ketelitian/kehalusan penjagaan.
Seandainya aku tidak mengingati dari kebaikan (ihsan) Mu dan
kenikmatan Mu keatasku, kecuali
keampunan Mu tentang ku dan taufik (petunjuk) bagiku dan
perkenan bagi doa ku ketika aku angkatkan
suara ku dengan berdoa kepada Mu dan memuji Mu dan megesakan Mu
dan mengagungkan Mu serta
bertahlilkan (nama Mu) dan mengucap takbirkan dengan nama Mu,
serta membesarkan Engkau. Dan
kecuali pada penentuan Mu terhadap kejadian ku
ketika Engkau menggambarkan rupaku dan Engkau telah
memperindahkan rupa paras ku, dan kecuali
pada pembahagian rezeki ketika .
Engkau telah menentukannya bagi ku nescaya akan adalah pada
perkara itu apa yang merunsingkan
fikiran ku kelelahan (kesesatan) maka, bagaimanakah apabila aku
fikirkan pada nikmat-nikmat yang
besar-besar yang aku sedang mengalaminya ? dan aku tidak sampai
kepada kesyukuran sesuatu pun
darinya. Maka untuk Mulah pujian-pujian, sebilangan apa yang
dijaga oleh ilmu Mu dan berlari
dengannya pena (Qalam) Mu dan terlaksana dengannya hukum Mu
(perintah) di kalangan makhluk Mu.
Dan sebilangan keluasan rahmat Mu dari semua makhluk Mu dan
sebilangan apa yang diselubungi
-
(diliputi) dengannya oleh kekuasaan (qudrat) Mu, dan berkali
ganda apa yang Engkau perwajibkan dari
semua makhluk Mu.
Ya Allah sesungguhnya aku mengakui nikmat-nikmat Mu, atasku
(oleh itu) sempurnakanlah kebaikan
(ihsan) Mu kepada ku pada apa yang masih tinggal lagi dari
umurku, lebih besar, lebih sempurna, lebih
elok dari apa yang Engkau telah beri ihsankan kepada ku pada
masa-masa yang lalu, darinya dengan
rahmat Mu , wahai (tuhan) yang amat penyayang.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dari Mu dan aku merayu pada
Mu dengan keesaan Mu dari puji-
puja Mu dan pengagungan Mu dan tahlil Mu (pengucapan La ilahai
la llah) dan takbir Mu (ucapan Allahu
Akbar) dan tasbih Mu (ucapan Subhanallah) dan kesempurnaan Mu
dan pengurusan Mu, pengagungan
Mu dan penyucian Mu, cahaya Mu, kasihan belas Mu kasih sayang
Mu, ilmu Mu, kebijaksanaan (sifat
lemah lembut dan tahu semua), ketinggian Mu, kehormatan Mu,
kelebihan Mu, keagungan Mu,
anugerah Mu, kesempurnaan Mu, kebesaran Mu (ketakburan),
kekuasaan Mu dan kesultanan Mu serta
budi penghargaan Mu, keindahan Mu, kecantikan Mu, petunjuk Mu,
keampunan Mu, nabi Mu, wali Mu
dan keturunannya yang suci murni, semoga Engkau memberi selawat
(rahmat) ke atas penghulu kami
Muhammad dan ke atas seluruh saudara maranya (yang terdiri dari
) nabi-nabi dan utusan-utusan dan
semoga Engkau tidak mengharamkan aku dari pertolongan (sokongan)
Mu dan keutamaan Mu .
dan keindahan Mu serta keagungan Mu, dan faedah-faedah dari
kemuliaan Mu (kemurahan hati) maka
sesungguhnya, tidak pernah menghalang oleh kerana terlalu banyak
apa yang telah Engkau hamburkan
dari pemberian-pemberian oleh sebarang penghalang yang berupa
kebakhilan (bererti Engkau tak
pernah bakhil dalam memberi) dan tiada mengurangkan akan
kemurahan hati Mu oleh pengurangan
kesyukuran terhadap nikmat-nikmat Mu.
Dan tidak pernah habis (luak) khazanah-khazanah Mu. Pemberian Mu
yang luas, tidak memberi sebarang
kesan pada kemurahan hati Mu, yang agung itu, penganugerahan Mu
yang banyak lagi agung itu serta
indah itu, lagi unggul (asli), dan Engkau tidak pernah takut
tekanan kepapaan untuk Engkau merasa
bakhil. Dan tidak pernah Engkau dihambat perasaan takut kedana
(papa), lalu mengurangkan dari
kemurahan hati Mu limpahan keutamaan Mu (fadilat). Sesungguhnya
Engkau atas apa-apa yang Engkau
kehendaki itu amat berkuasa, dan dalam memperkenan (doa) itu
amat patut.
Ya Allah, rezekikanlah aku akan hati yang khusyuk lagi tunduk,
patuh, serta mata yang suka menangis dan
badan yang sihat lagi sabar (cekal) serta keyakinan yang benar
dan dengan kebenaran ia menumpu.
Dan taubat yang sebenar (nasuha) serta lidah yang sentiasa
berzikir dan memuji serta keimanan yang
betul serta rezeki yang halal dan baik,dan ilmu yang luas, yang
bermenafaat serta anak yang soleh dan
sahabat yang seia sekata, serta umur yang panjang dalam kebaikan
yang sibuk dengan (terisi dengan)
ibadat yang tulus murni, serta perangai (akhlak) yang elok dan
amalan yang baik (soleh) yang diterima,
dan taubat yang di terima serta darjat yang tinggi dan perempuan
yang beriman, yang patuh. Ya Allah
janganlah Engkau lupakan aku dalam ingatan Mu, jangan Engkau
jadikan untukku pemimpin selain dari
Mu dan jangan Engkau elakkan aku dari muslihat Mu serta jangan
Engkau dedahkan dariku,
perlindungan Mu, dan jangan biarkan aku putus asa dari rahmat Mu
janganlah jauhkan aku dari
penjagaan Mu dan dari sisi Mu, lindungi aku dari kemurkaan Mu
dan kemarahan Mu, jangan jadikan aku
berputus harap dari kasih Mu dan jadilah dari segala kegerunan
dan ketakutan, serta kesepian dan
keterasingan. Dan lindungilah aku dan keluargaku dan
saudara-saudara ku seluruhnya dari setiap
kemusnahan dan selamatkanlah aku dari setiap bala bencana, dan
penyakit, kecelaan dan kesukaran dan
-
ujian (yang berat) atau (dugaan) dan gempa bumi dan kegetiran,
kehinaan dan kerendahan dan
kekurangan dan lapar dan dahaga dan kefakiran, dan kepapaan,
kesempitan dan fitnah serta wabak dan
bala, lemas (dalam air), kebakaran, kilat kecurian, kepanasan
dan kesejukan, rompakan, kesesatan,
kealpaan dan sesuatu yang sesat dan benda-benda terbang (yang
membawa kejahatan), kegelinciran
(dari jalan yang benar) dan dosa-dosa serta kerunsingan dan
kedukaan, (ditelan bumi) dan lemparan
(qazaf), cacat, sakit, uzur, gila, penyakit kusta, sopak, lumpuh
dan buasir.
Penyakit beser (kencing tak tus) dan kekurangan dan kerosakan
dan malu (skandal) dan kehuduhan di
dua negeri (dunia/akhirat) sesungguhnya Engkau tiada pernah
mungkir janji.
Ya Allah angkatkanlah aku dan jangan meletakkan aku ke bawah,
pertahankanlah aku, jangan pula
Engkau menolakku, berilah aku jangan pula Engkau haramkan aku
(dari pemberian Mu), tambahkan
kepadaku, janganlah mengurangkan aku, kasihanilah aku jangan
disiksa diriku, lepaskan aku dari
kedukaanku dan bukakan segala kerunsinganku, dan musnahkanlah
seteruku dan bantulah aku dan
jangan Engkau merendahkan aku (lekehkan). Muliakanlah aku,
jangan Engkau malukan aku, dan
utamakanlah aku, jangan hilangkan aku, sesungguhnya Engkau atas
segala sesuatu amat berkuasa.
Wahai (Tuhan) yang paling berkuasa dari segala yang berkuasa,
dan wahai (Tuhan) yang paling cepat
menghitung dan selawat (rahmat) Allah berikan atas penghulu kami
Muhammad dan keluarganya dan
diberi kesejahteraan (salam) semuanya, Wahai (Tuhan) yang
mempunyai
keagungan dan kemuliaan .Ya Allah sesungguhnya Engkau telah
memerintah kami dengan seruan Mu dan Engkau telah janjikan kami
dengan perkenan dari Mu dan kami telah menyeru Mu, seperti yang
telah Engkau perintahkan lalu perkenankanlah seperti yang telah
Engkau janjikan wahai (Tuhan) yang
mempunyai keagungan dan kemuliaan, Sesungguhnya Engkau tidak
pernah Mungkir Janji.
Ya Allah, apa yang telah Engkau takdirkan bagiku daripada
kebaikan, dan apa yang telah aku syariatkan
didalamnya dengan taufik dan kemudahan Mu, maka sempurnakanlah
bagiku dengan sebaik-baik rupa
semuanya, sebetul-betulnya, dan sesuci-sucinya, sesungguhnya
Kamu amat berkuasa ke atas apa yang
kamu kehendaki, amat layak untu memperkenankan sesuatu,
sebaik-baik Tuan dan sebaik-baik
Pembantu. Dan apa saja keburukan yang telah Engkau takdirkan ke
atasku serta Kamu beri ingatan
kepadaku daripadanya, maka jauhkanlah daripadaku, wahai Tuhan
yang Maha Hidup dan Maha Berdiri,
wahai yang menyempurnakan langit dan bumi melalui perintahnya,
wahai yang menahan langit daripada
jatuh ke atas bumi kecuali dengan izinNya, wahai yang apabila
menghendaki sesuatu urusan, Dia akan
berkata 'Jadi' maka jadilah ia.
Maha suci Tuhan yang berada ditanganNya kerajaan setiap sesuatu
dan kepadaNya dikembalikan
sesuatu. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa dan Maha
Mengalahkan, yang Maha Kuat, Maha Mulia,
Maha Gagah, Maha Hidup, Maha Berdiri tanpa pembantu, tanpa
penolong, dengan rahmat Mu aku
meminta tolong,
Wahai Tuhan perkenankanlah (terima) doa dan usaha ku ini, kepada
Mu lah penyerahan ini. Tiada daya
dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung
(3 kali).
Pujian-pujian bagi Allah di permulaan dan di akhiran, zahir dan
batin, serta selawat dan salam ke atas
penghulu kami Muhamad, dan ke atas keluarganya, sahabatnya yang
mulia dan suci, serta keselamatan
yang banyak, mulia dan abadi hingga ke hari kiamat, cukuplah
Allah bagi kami dan sebaik-baik wakil.
Maha Suci Tuhan mu, Tuhan yang Maha Mulia dengan sifat-sifatnya,
serta selawat ke atas utusan-
-
utusanNya (rasul) dan pujian-pujian ke atas Tuhan semesta alam.
Selawat ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya dalam setiap kelipan mata dan
sorong tarik nafas makhluk
sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah.
Amin..............