Hindu-buddha
Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir
kolonialMalaya British,Richard Olaf Winstedtyang pernah berada
diTanah Melayudari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan
lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam
budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliransufismeatau
unsurmistikdari mazhabSyiah, yang sepatutnya tiada tempat dalam
mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu,
disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama
Hindu-Buddha[82].erdapat bukti arkeologi binaancandicampuran batu
dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina
India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan
yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah
telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di
sepanjang sungai purba Lembah Bujang.[86]
HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l
"cite_note-87" [87]Terdapat jugacandi-candi yang ditemui di
puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari
kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat
tinggi[88].
Candi Muara TakusdanCandi Muaro JambidiSumatramerupakan antara
peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina
empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya
dapat juga ditemui diChaiya(kini sebuah wilayah diThailand)
diSemenanjung Melayu, yang pernah menjadi pusat terpenting pada
zaman Srivijaya[89]
HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l
"cite_note-Jermsawatdi-90" [90]
HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l
"cite_note-91" [91]. Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya
terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imejBuddhadan puncak
struktur yang dinaikkan dalam bentukstupadengan teres yang
bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat padaWat Pra Borom
That.[90]Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu
di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu
catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah
Buddha yang singgah diLangkasukaada menerangkan yang bandarnya
dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki
pintu berkembar yang besar[92]Satu lagi catatan abad ke-7 oleh
utusan khas China keKerajaan Bumi Merahmerekodkan yang ibu kotanya
mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan
dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat
wanita.[85]
Rumah adat MelayuSarawakdariBorneo Malaysia.
Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya
catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan
pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 500
tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu
yang terawal adalah mengenaiIstanabesarSultan Mansur Shahyang
memerintahMelakadari tahun 1458 hingga 1477.[44]
HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l
"cite_note-Warisan_seni_bina_dunia_Melayu-85" [85]. MenurutSejarah
Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas
tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang
berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan
cermin kaca Cina[85]Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang
Istana Sultan Mansur Shah serta binaCara kedatangan Pengaruh Hindu
dan Buddha.1.Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera.
2.Pedagang atau vaisya.3.Golongan Brahmin atau pendeta.4.Proses
pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya
tempatan. Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:Jumpaan seni
arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan
ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.Candi yang didirikan spt
Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.Amalankepercayaan
agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua Buddha, Dieng, Indonesia Hindu.
7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka Hindu, Sumatera dan Jawa
Buddha Mahayana.Sistem berajaAspek amalan agama dan sistem beraja
dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. untuk dapatkan emas. Ketara bila
Maharaja Vespian ,Rom hentikanperdagangan emas dengan
India.Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu merupakan
dampak yang kuat mempengaruhi adat resammasyarakat Melayu. Bermula
dari abadpertama hingga abad ke-14.Sebelum kedatanganIslam,
masyarakattempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha
(1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri
Vijaya,Sumatera(5-14AD),Majapahit(13-15 AD)dan Melaka(15-16AD)
yangtelahbertapakdiKepulauanNusantara meresapi kebudayaan tempatan.
(Sarah Arney, 1987: 22-23). Hasil pertembungan dua budaya
ini,berlakulahprosesasimilasidanberlakulahpenyesuaianbudayadalammasyarakatsetempat.BanyakkepercayaanHindu-BudhadigunakandalammasyarakatMelayu,misalnyadalambahasa,adatistiadat,perbomohan,
seni bina danyang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu
Melayu. Perkembangan lainmempengaruhi kesenian dan kebudayaan di
zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. MisalnyaHikayat
Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang
disadur dari pengaruh Hindu-Budha.Kesan pengaruh kebudayaan
Hindu-Budha yang telah bertapak dan berada dialam Melayu
sejakabadke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal
terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua diSemanjung Tanah
Melayu dan juga agamaHindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di
alamMelayu. KerajaanSri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga
Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu-Buddha tersebut
telahmempengaruhidanmemberikesannyaterhadapsenibinarumahtradisionalMelayuawalyangsangatdipengaruhiolehsenibina
candi. (Abdul Halim Nasir danWan Hasyim, 1997: 33). Pengaruh
Hindu-Budhamengamalkankonsepdewarajayang manaraja dikaitkan dengan
keturunan dewaatau kayangan.Rajamempunyai kedudukan yang mulia dan
dianggap tidak berdosa walaupun sebaliknya. Pengaruh ini
memberikesankepadahasil karyaseni masyarakatMelayuyang biasanya
diciptakanuntuk memenuhi manifestasispiritual dengan tujuan
persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif
flora dan fauna jugabanyak dijelmakan dalam ukiran di zaman ini.
Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambangketuhanan
dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan
Hindu di Ligor ( Ligar ) danLangkasuka.[i]Motif binatang bernyawa
juga digunakan sebagai perantaraantuhandan manusia dalamukiran
kayuMelayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India
dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (SitiZainon Ismail, 1995: 26).
Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan
diamalkan dalammasyarakat Melayu tradisional hingga sekarang.
Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuh-tumbuhan (
flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi
perkembangan seni ukkiran padahari ini. Motif-motif ini akan
distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman Islam.Abad
ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang.
Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah Bujang
pernah berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Ini membantu
Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat.Peninggalan Agama
Hindu- Buddha yang ditemui di Lembah Bujang merupakan kesan
daripada proses kemasukan agama Hindu- Buddha melalui perdagangan.
Ia juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi"
berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu.
Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan
kebudayaan di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.
1. Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha. Peringkat ini
bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit
Choras dan sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui
aktiviti perdagangan. Banyak candi dibina dan ditemui di
kawasan-kawasan ini.
2. Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya. Pada abad ke-7
hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan
Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan
dan perkembangan agama Hindu di nusantara kerana kedudukannya yang
berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.
3. Peringkat Pengkalan Bujang. Peringkat ini merangkumi abad
ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah mencapai taraf
pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke kawasan
Matang Pasir, Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu.
4. Peringkat Kuala Muda. Peringkat ini berlaku pada abad ke 14.
Perubahan muara Sungai Muda telah menyebabkan perkembangan
kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina di kawasan
pedalaman.
Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa
masuk ke Lembah Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah
tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-4 hingga abad ke-5.
Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama
pedagang-pedagang India.
Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap
ini berlaku dari abad ke-6 hingga abad ke-8. Pada masa ini,
Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu yang
terkenal. Ia sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti
penaklukan, perkahwinan dan hubungan diplomatik. Pada masa itu,
Lembah Bujang masih berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya.
Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu menggantikan
Srivijaya.
Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia
bermula pada abad ke-9 hingga abad ke-14. Pada masa ini, penduduk
tempatan telah berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan
India terutamanya tulisan "Pallawa".
Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa
ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa
pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya.
Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan
menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha.
Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai
berdekatan yang semakin cetek menyebabkan pedagang beralih ke pusat
perdagangan lain.
Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada
peninggalan-peninggalan arkeologi di Lembah Bujang. Proses carigali
adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap arkeologi
di Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh
Kolonel James Low. Penemuan ini menarik minat pengkaji-pengkaji
lain untuk membongkar sejarah Kedah Tua.
Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah
tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah telah dikenalpasti.
Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi
pelbagai tinggalan sejarah, seperti struktur atau jumpaan artifak
sama ada berkaitan dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan
artifak keagamaan atau struktur bangunan candi.
Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar
tanah, tembikar batu, porselin, kaca, manik serta peralatan yang
digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula terdiri
daripada candi, patung-patung dan arca.
Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah
liat. Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata,
batu sungai, mineral laterit dan batu granit.
Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang
telah ditemui, antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8),
Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet
Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16),
Candi Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang
Dalam (Tapak 50).
Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah
menjadi pusat penyebaran agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau
bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur
asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti
banjir, hakisan, Perang DuniaII ataupun dimusnahkan oleh penduduk
tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan utama
pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah
Bujang.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan
Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana
dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai
ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha
ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah
melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan
masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu
yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu
ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan
Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri
pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga
dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat
lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu
itu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran
Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke
Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun
pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih
diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat
Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini,
walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan
adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai
contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap
sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan
mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap
perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja
pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi
tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih
tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah
pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam
kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah
kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan
kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib
Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat
Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu
sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu
dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam
didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama
Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman
pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam
sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang
bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam
kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya.
Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika
seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat
dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal
dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang
disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah
adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat
bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat
membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi
sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti
hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan
membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh
dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek
kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan
pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan
kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan
ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu
sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan
didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan
apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat
jenazah.
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu
dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan.
Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut
ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh
masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang
menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah
mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya
apabila sudah dewasa nanti.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat
lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara
teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia
ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku
proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal
abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu
secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat
mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam
menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum,
masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian,
dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah
suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan
Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan
mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh
unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat
Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina
sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan
pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat
Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama
pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah
nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo
Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan
Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama
keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang
menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti
kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan
merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat
Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah
amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti
beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara
hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini,
hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan
akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah
sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah
amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan
baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik.
Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan
dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan
rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung
berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu
dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa
hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh
akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun
Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya
apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara
besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat
berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak.
Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian
yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina
inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak
tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki
yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi
makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda
seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda
tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan
dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang
ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang
amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu.
Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain
terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada
kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini
biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh
keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu
penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang
larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu
kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali
perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan,
pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang
berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan
ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri
China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari
Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian,
adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu
Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang
menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan
dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan
identiti masyarakat Cina yang tersendiri.
Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal
Malaysia. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku
sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan
atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan
ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India
yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu,
tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah
Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah
pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.
Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan
agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain.
Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya
berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia
menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India,
jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan
membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah.
Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan
dahulu.
Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri.
Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan
tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan
dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah
mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan
tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika
menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda
kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa
memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling
dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak
perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi
India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan am
Apakah bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia
Tenggara1. Sumber dari China menyatakan bahawa kewujudan kerajaan
Funan pada pertengahan abad ketiga masihi berdasarkan catatan Kang
Tai dan Chu Ying yang di hantar ke Funan untuk menemui raja
Houan-Tien.2. G Coedes menyatakan kerajaan Funan wujud pada abad
pertama Masihi kerana berpendapat kerajaan kedua tertua Champa
wujud sekitar akhir abad kedua.3. Data arkeologi menunjukkan
kewujudan funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Ia di buktikan
melalui perjumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang
langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari
India4. Hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan China
dan hubungan kebudayaan dengan India dibuktikan melalui jumpaan
artifak gendang gangsa Dongson. 5. Hubungan perdagangan antara Rom
dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala
Selingsing, Kota Tinggi dan Muar, di pantai barat serta selatan
Thailand. Nyatakan bukti yang menunjukkan kegiatan perdagangan
berkembang pada abad kelima sebelum Masihi.1. Hubungan perdagangan
antara Rom dapat dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang
dijumpai di Kuala Selingsing, Kota Tinggi, Muar dan di pantai barat
serta di selatan Thailand.2. Berperanan sebagai pembekal bahan
mentah seperti timah untuk diproses menjadi gendang gangsa di
Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.3. Perkembangan
perdagangan maritim seiring dengan kemahiran perbuatan kapal layar
dan perahu.4. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar
menunjukkan perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang
semenjak abad kelima sebelum Masihi.B. Kerajaan Agraria Apakah
dimaksudkan dengan kerajaan agraria?1. Kerajaan yang berasaskan
pertanian, penternakan dan pemugutan hasil hutan dan sungai. Di
manakah lelaknya kerajaan agraria di Asia Tenggara?1. Di kawasan
pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya kerajaan
Dvaravati, kawasan bukit dan lereng gunung berapi seperti Kerajaan
Taruma. Senaraikan kerajaan agraria di Asia Tenggara.1. Kerajaan
Angkor2. Kerajaan Funnan3. Kerajaan Dvaravati4. Kerajaan Sungai
Merah5. Kerajaan Sungai Mekong6. Kerajaan Sailendra7. Kerajaan
Sukhotai8. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Deing Terangkan
ciri-ciri kerajaan agraria.1. Asas Kerajaan yang berasaskan
pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.2.
Subur Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah
sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi.3. Padi Tanaman
utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air
yang mencukupi.4. Huma Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi
atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan
relung.5. Sampingan Tanaman sampingan yang turut diusahkan oleh
masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan
sayursayuran.6. Rempah Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti
cengkih dan lada hitam.7. Hutan Mengumpul hsil hutan seperti kayu
gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan
pelbagi jenis buahbuahan.8. Burung Sarang burung dari gua diambil
untuk tujuan perdagangan.9. Ikan Masyarakat agraria terlibat dengan
kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan
kulit kurakura.10. Ternak Mengusahakan kegiatan menternak binatang
seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.11. Bekal Lebihan hasil
ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk
memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.12.
Pengairan Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan
sistem pengairan yang baik.13. Raja Raja terlibat dalam pembinaan
pengairan dan kerajaan bertanggugjawab dalam pengurusan sistem
pengairan. Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia
Tenggara.1. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana
mendapat bekalan air yang mencukupi.2. Padi huma ditanam di kawasan
tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan
membuat teres dan relung.3. Tanaman sampingan yang turut diusahakan
oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan
sayur-sayuran.4. Menghsilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih
dan lada hitam.5. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu,
kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis
buahbuahan.6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan
perdagangan.7. Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan
menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit
kurakura.8. Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu,
kerbau, kambing dan ayam.9. Lebihan hasil ternakan dan tanaman
tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan
masyarakat bandar dan kerajaan maritim. Huraikan faktorfaktor yang
menyumbang kemajuan pertanian kepada kerajaan Angkor.1. Pembinaan
sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan
Tasik Tonle Sap.2. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem
pengairan.3. Kerajaan bertanggugjawab secara langsung dalam
pengurusan sistem pengairan.4. Pemerintahan Raja Indravarman I
telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah
seluas 12.5 juta ekar serta dapat menampung keperluan beras
kerajaan Angkor.5. Tanah disekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle
Sap yang subur disebabkan mendapan lumpur ketika banjir.6.
Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk
tanaman padi sawah.7. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai
Mekong. Jelaskan sebabsebab kerajaan Funan berubah menjadi kerajaan
maritim.1. Pelabuhan Oc-eo terletak di muara Sungai Mekong.2.
Pelabuhan yang terlindung daripada tiupan angin monsun dari Teluk
Siam.3. Terdapat kemudahan membaiki kapal dan menyimpan barang
serta penginapan.4. Kemudahan mendapat bekalan minuman dan makanan.
Huraikan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.1.
Membekal sumber air minuman.2. Limpahan air Sungai Mekong pada
musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi
luas.3. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur
hasil daripada mendapan lumpur.4. Membekal sumber protein seperti
ikan kepada penduduk sekitar tasik.5. Air daripada tasik dialirkan
ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan.6. Sumber air
dan tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan
beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.C. Kerajaan Maritim
Apakah yang dimaksudkan kerajaan maritim?1. Kerajaan maritim ialah
kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan
perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan. Di
manakah letaknya kerajaan maritim?1. Kerajaan ini terletak
berhampiran dengan kawasan di pesisiran pantai, lembah sungai dan
keperluan. Senaraikan nama kerajaan maritim di Asia Tenggara?1.
Srivijaya di Sungai Musi2. Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai
Muda3. Langkasuka di Sungai Yarang4. Tiumah di Pulau Tioman
Pahang5. Chih-tu Sungai Kelantan6. Mo-lo-yu Sungai Batang Hari7.
Kalah Sungai Takupa8. Fo-lo-an Sungai Terengganu9. Peng-keng Sungai
Pekan Pahang Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia
Tenggara.1. Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi yang
berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai
pelabuhan.2. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di
pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.3. Terdapat pelabuhan
pembekal berkembang kepada pelabuhan kerajaan apabila terbentuk
kerajaan maritim.4. Menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin
hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.5.
Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang
laut dan pedagang luar.6. Menggunakan lebih dari satu bahasa tetapi
Bahasa Malaysia menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di
Asia Tenggara.7. Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan seperti membaiki kapal, penyimpanan barang, penginapan,
tempat berdagang, air dan makanan.8. Kemahiran membuat perahu dan
kapal layar menyebabkan mereka mampu belayar untuk berdagang ke
kawasan yang jauh.9. Barang dagangan merupakan rempah ratus, damar,
rotan, beras, logam seperti emas dan biji timah. Senarai tiga jenis
pelabuhan kerajaan maritim.1. Pelabuhan Pembekal 2. Pelabuhan
Kerajaan 3. Pelabuhan Entrepot Huraikan perkembangan setiap
pelabuhan di atas.1. Pelabuhan Pembekali. Pelabuhan yang
terawal.ii. Membekal barangan tempatan seperti biji timah, emas dan
makanan kepada pedagang.iii. Menjadi tempat persinggahan
pedagang.iv. Contoh Pelabuhan Jenderam Hilir, Kuala Berang dan
Kuala Selinsing.v. Terdapat pelabuhan pembekal bertukar kepada
pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan seperti Champa, Kedah Tua
dan Sri Vijaya.2. Pelabuhan Kerajaan i. Peringkat awal adalah
pelabuhan pembekal menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan
berkembang menjadi negeri.ii. Berperanan sebagai pembekal barangan
dagangan.iii. Menjadi tempat berdagang.iv. Berkembang menjadi
pelabuhan entrepot kerana kedudukan yang strategik antara China dan
India.v. Contoh Kedah Tua dan Sri Vijaya.3. Pelabuhan Entrepoti.
Kedudukan strategik di laluan antarabangsa China dn India.ii.
Berperanan membekal hasil tempatan dan kawasan takluk kepada
pedagang antarabangsa.iii. Membeli barangan daripada pedagang
antarabangsa.iv. Mengedar barangan kepada pedagang yang datang ke
pelabuhan dan kawasan takluknya.v. Memperdagangkan barangan hasil
bumi seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil kerajaan
takluknya.vi. Terdapat emas dan biji timah menjdi tarikan pedagang
antarabangsa. Mengapakah penduduk kerajaan maritim berjaya menjadi
pelaut yang hebat?1. Didorong oleh semangat masyarakatnya untuk
meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar kawasannya.2. Mereka
mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai
kemahiran membuat perhu dan kapal layar.3. Penciptaan layar
membolehkan mereka menggunakannya untuk perdagangan yang jauh.4.
Mereka mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan
bintang di langit. Terangkan sebab-sebab kerjaan Srivijaya menjadi
kusa maritim yang kuat pada abad ke-7 hingga abad ke-131. Memiliki
tentera laut yang besar dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
termasuklah orang laut.2. Tentera lut ditugaskan mengawal
perdagangan di Selat Melaka.3. Tentera laut mengawal keselamatan
kerajaan.4. Menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas kawasan yang
berhampiran seperti Jambi, Kedah Tua dan persisir pantai
Sumatera.5. Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka dn Selat
Sunda.6. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya telah
menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India
dan China.7. Terdapat hasil dan barang untuk perdagangan
antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan
wilayah taklukannya.8. Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana
mampu menghsailkan kapal besar.9. Menyediakan kemudahan di
pelabuhan seperti tempat membaiki kapal, penginapan dan tempat
menyimpan barang.10. Kemudahan mendapat bekalan makanan di kawasan
pemerintahanya dan wilayah taklukannya kepada para pedagang.11.
Pengurusan di pelabuhan yang cekap dengan melantik Tuhan
Vatakuurah. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
Kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan terpenting di Asia
Tenggara.1. Kerajaan ini adalah yang tertua dan telah menjadi
pelabuhan entrepot sejak abad kelima Masihi.2. Peranannya sebagai
pelabuhan entrepot sebelum Melaka berdasarkan bukti jumpaan
tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang.3. Berdagang
dengan banyak negara seperti China dan Timur Tengah berdasarkan
pelita tembaga dan tembikar yng ditemui serta pelbagai jenis manik
yang merupakan barang dagangan dari beberapa tempat di India, Sri
Langka, dan Burma turut ditemui.4. Terdapatnya Gunung Jerai yng
menjadi panduan kapal dagang yang keluar masuk terutama pada waktu
malam melalui nyalaan api.5. Kedudukannya yang strategik di laluan
Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat
daya dan timur laut.6. Terdapat kemudahan menyimpan barang
dagangan, baiki kapal, tempat berdagang dan penginapan kepada
pedagang.7. Kekayaan hasil bumi seperti damar, rotan, dan sumber
bumi seperti timah manakala baranag dagangan yang diperoleh dari
luar ialah kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik
Kenapakah kerajaan agraria saling bergantung dengan kerajaan
maritim dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.1. Kerajaan agraria
mempunyai penduduk yang ramai dan dapat membekalkan tenaga kerja
kepada kerajaan maritim2. Kerajaan agraria bergantung kepada
kerajaan maratim untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar
seperti China dan India.3. Kerajaan agraria memerlukan pelabuhan
kerajaan maritim untuk memasarkan barangan mereka4. Kerajaan
maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan
bekalan makanan iaitu beras5. Beras menjadi dagangan utama antara
kerajaan agraria dengan kerajaan maritim6. Kerajaan maritim
mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membut kapal daripada
kerajaan agraria7. Kerajaan maritim memperolehi gajah daripada
kerajaan agraria sebagai kenderaan raja8. Kerajaan maritim
bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang
yang mahir seperti tukang kayu dan tukang batu9. Kerajaan maritim
yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung kepada kerajaan
agraria bagi membekalkan barang dagangan seperti hasil hutanD.
Pengaruh agama Hindu dan Buddha Apakah bukti pengaruh Hindu dan
Buddha di Asia Tenggara1. Peninggalan data arkeologi menunjukkan
ciri Hindu di lembah bujang, Buddha di Sri Vijaya dan Hindu dan
Buddha di Angkor Wat.2. Data catatan I-Tsing terdapat 1000 bhisku
mempelajari agama Buddha di sri vijaya sebelum melanjutkan
pelajaran ke Nalanda, India.3. Atis, guru agama Buddha dari tibet
pernah belajardi sri vijaya selama 12 tahun.4. Pengaruh seni agama
Hindu dan Buddha terhadap seni tempatan Bagaimanakah pengaruh agama
Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan
awal?1. Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera golongan
penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia
Tenggara2. Dibawa oleh pedagang atau vaisya melalui aktiviti
perdagangan antara Asia Tenggara dengan India.3. Dibawa oleh
golongan brahmin atau pendeta yang mengetuai pelbagai upacara
keagamaan di istana raja kerajaan awal.4. Melalui pengambilan
aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya
disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Jelaskan
pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
kerajaan awal di Asia Tenggara1. Sistem beraja dengn gelaran raja
kepada ketua pemerintah kerajaan awal merupakan pengaruh Hindu dan
Buddha.2. Raja berada sebagai ketua pemerintah di bawahnya terdapat
kerajaan diraja dan pembesar, termasuk ahli agama, iaitu brahmin,
rakyat dan hamba.3. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek
pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan
dan khazanah negara.4. Perintah raja adalah undang-undang yang
wajib dilaksanakan sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka
dan tidak akan diampunkan.5. Raja dikehendaki adil terhadap
golongan yang diperintah.6. Rakyat takut untuk menderhaka kepada
raja walaupun raja tidak berlaku adil kerana wujudnya kepercayaan
bahawa raja merupakan bayangan tuhan.7. Menggunakan unsur mitos dan
lagenda tentang asal usul raja sebagai dew-raja dipercayai memiliki
kesaktian untuk memperkuatkan kedudukan raja.8. Adat istiadat
pertabalan raja oleh golongan brahminbagi mengukuhkan kedaulatan
dan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.9.
Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta
atau orde kosmos untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta. Raja
Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor
Wat.10. Raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada
pegawai tentera dan hakim manakala disetiap daerah terdapat
pembesar daerah atau gabenor.11. Golongan Brahmin pula memainkan
peranan dalam upacara keagamaan. Bagaimanakah raja di Asia Tenggara
mengukuhkan kedudukannya1. Menjadi ketua pemerintah.2. Berkuas
mutlak dalam pemerintahan3. Bertindak sebagai ketua tentera4.
Bertidak sebagai pemegang khazanah negara.5. Menanam kepercayaan
rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan6. Menggunakan unsur mitos
dan lagenda dikaitkan asal usul raja sebagai dewa raja7. Dikaitkan
dengan raja memiliki kesaktian luar biasa.8. Menjadikan ibukota
sebagai pusat alam atau orde kosmos.9. Menjalankan adat istiadat
pertabalan raja untuk membezakan kedudukan dengan rakyat.10.
Peranan yang dimainkan oleh golongan brahmin mengaitkan raja dengan
bayangan tuhan. Huraikan sistem penadbiran kerajaan sri vijaya
dalam kerajaan awal di Asia Tenggara1. Sistem pentadbiran beraja di
mana raja menjadi ketua pemerintah2. Di bawah pentadbiran pusat
raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja, terdiri daripada
yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra3. Seorang
daripada tiga orang anak raja yang awal boleh mengantikan raja
kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik.4. Di bawah
anak raja terdapat parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran
pusat.5. Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim,
temenggung dan penghulu serta hamba raja merupakan golongan paling
bawah dalam hierarki pentadbiran.6. Pentadbiran daerah pula
ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja terbahagi kepada dua
bergelar parvanda (berketurunan raja) dan keduanya bergelar bhupati
(orang-orang kaya)7. Datu yang dilantik hendaklah mengikuti upacara
angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci di telaga
batu di palembang sebagai taat setia kepada raja Apakah yang
dimaksudkan dengan monumen1. Monumen ialah bangunan yang di bina
daripada batu bata bertujuan memperingati orang ternama atau
peristiwa penting.2. Monumen terdiri daripada candi seperti kuil,
wat atau stupa, arca dan patung Senaraikan candi terkenal di Asia
Tenggara pada zaman kerajaan awal1. Candi Angkor Wat2. Candi
Borobudur3. Candi Lembah Bujang4. Candi Dieng5. Candi Prambanan6.
Candi Chaiya dan Yarang Huraikan kepentingan candi kepada kerajaan
awal di Asia Tenggara1. Candi merupakan monumen keagamaan bagi
agama Hindu dan Buddha2. Berperanansebagai rumah ibadat dikenali
sebagai wat di Thailand, Kemboja, dan Vietnam dan stupa di Burma.3.
Candi berfungsi sebagai tempat menyimpan patung dewa utama.4. Candi
menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan
kehebatan seni binanya.5. Candi angkor wat melambangkan orde kosmos
iaitu raja dan ibu kota sebagai pusat alam, begitu juga dengan
candi borobudur6. Melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia
Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan Nyatakan ciri-ciri seni
bina candi angkor wat yang ditemui pada zaman awal di Asia
Tenggara.1. Angkor Wat dibina untuk agama Hindu di kemboja.2. Raja
Suryavarnam II bertanggungjawab dalam membina angkor wat.3.
Melambangkan orde kosmos.4. Tinggi angkor wat ialah 213 meter dan
keluasan kawasannya ialah 208 hektar.5. Mempunyai tempat pemujaan
pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan teres
bertingkat empat.6. Setiap sudutnya mempunyai menara.7. Bahagian
luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu
pasir.8. Terdapat ukiran di dinding yang menggambarkan epik
Ramayana dan Mahabharata Jelaskan ciri-ciri seni bina candi
borobudur yang di temui pada zaman awal di Asia Tenggara.1. Candi
Borobudur dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah.2.
Terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan
relief lukisan Buddha. 3. Setiap tingkat melambangkan satu tahap
kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.4. Di
tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan gautama Buddha5.
Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia
bebas daripada nafsu.6. Stupa candi borobudur terbahagi kepada tiga
tingkat.7. Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan,
iaitu sila (moral), samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan),
seperti dalam ajaran Buddha8. Candi borobudur dibina dalam masa 75
tahun. Jelaskan ciri-ciri candi lembah bujang yang ditemui pada
zaman awal di Asia Tenggara.1. Candi lembah bujang dibina untuk
agama Hindu dan Buddha di kedah.2. Candi agama Hindu terbahagi
kepada dua bahagian utama iaitu Vimana dan Mendapa.3. Vimana ialah
bahagian suci tempat arca keagamaan dan mendapa ialah bahagian luar
candi.4. Candi berunsur Buddha memiliki pelan cruciform. Huraikan
kepentingan bahasa sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia
Tenggara1. Bahasa Sanskrit telah meningkatkan percapaian dalam
bidang intelek masyarakat.2. Batu bersurat yang terdapat di
tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara mengandungi maklumat
tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang.3. Batu
bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.4. Batu berrsurat
Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan ajaran Buddha.5. Inskripsi
di palembang ditulis dalam bahasa melayu kuno yang berkaitan dengan
pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar
tidak menderhaka kepada raja.6. Sebahagian tulisan dipahat pada
batu memerlukan kemahiran yang tinggi dan asas yang kukuh dalam
bahasa sanskrit.7. Bahasa dan tulisan sanskrit yang ditemui pada
batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan
kepada rakyat.8. Banyak perkataan bahasa sanskrit mengalami
penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu seperti, dosa, duka,
derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.9. Bahasa
sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan
awal di Asia Tenggara. Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam
bidang kesusasteraan pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.1.
Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan puranas
menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan
klasik Asia Tenggara.2. Pengaruh kesusasteraan India dapat di lihat
dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.3. Cerita-cerita dalam epik Ramayana
dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi
penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.4. Epik
Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur
tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan
Hikayat Sang Samba. Manakala epik Ramayana pula melahirkan Hikayat
Seri Rama. Berdasarkan contoh-contoh, buktikan pengaruh Hindu dan
Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.1. Mengamalkan sistem
pemerintahan beraja dengan raja sebagai ketua kerajaan.2. Raja
berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan rakyat tidak boleh langgar
perintah raja.3. Raja dianggap sebagai dewa raja, wakil tuhan
dibumi dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja.4. Adat
istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh golongan Brahmin.5.
Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja dan amat
berpengaruh.6. Sebuah negara menggambarkan satu alam semesta atau
orde kosmos iaitu pusat alam dan pusat pemerintahan.7. Raja
bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat
selaras dengan Dharma atau peraturan alam semesta.8. Terdapat
istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit seperti gelaran,
arahan raja dan sistem perundangan.9. Seni bina candi seperti Candi
Dieng, Prambanan dan Angkor Wat pengaruh agama Hindu, Candi
Borobodur pengaruh agama Buddha, Candi Lembah Bujang pengaruh Hindu
dan Buddha.10. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu kepada kerajaan.11. Banyak bahasa Sanskrit yang mengalami
penyesuaian dan berubah ke bahasa Melayu seperti dosa, duka,
derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.12.
Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan Prunas
menyumbang kepada unsur mitos, prosa, puisi serta hikayat yang
terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Dengan kedatangan agama Hindu
dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan
tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan
keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli,
yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan
selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini
juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah
mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.
Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga
dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak
mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci
agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh
itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan,
keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek
falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan
bangsawan.
Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak
merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang
jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan
di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap
lapisan masyarakat Melayu.
Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem
kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja,
bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial
masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem feudal yang telah
diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun
Melayu.