Top Banner
20

HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Sep 08, 2019

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud
Page 2: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Kemerdekaan membawa makna cukup besar bagi

sesebuah negara. Bebas daripada penjajah merupakan

lambang kedaulatan satu bangsa. Pembebasan dari

penjajahan asing dan mempunyai negara yang bebas

merupakan erti sebuah kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos

merupakan hari bersejarah yang disambut dengan

penuh meriah dengan program-program yang menjurus

kepada sayangi negara dan menyatukan perpaduan

di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Di dalam Islam kemerdekaan dikaitkan dengan

kebebasan daripada penjajahan fizikal dan kegelapan

ideologi dan fahaman-fahaman yang bertentangan

dengan ajaran Islam. Kemerdekaan yang sebenar

berpunca apabila seseorang tahu dan faham apa yang

diperintahkan oleh Allah SWT. Kemerdekaan yang hakiki

akan membebaskan jiwa kita daripada dunia yang

sempit kepada akhirat yang luas. Islam membebaskan

manusia daripada perhambaan kepada manusia yang

berbentuk sistem, kekayaan, pangkat dan seumpamanya

kepada keluasan rahmat dan ganjaran-Nya.

Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini bersamaan dengan

hari kemerdekaan negara kita. Hijrah sebagai salah satu

prinsip hidup, harus senti asa kita maknai dengan benar.

Secara bahasa hijrah bererti meninggalkan. Seseorang

dikatakan hijrah jika telah memenuhi 2 syarat, iaitu,

sesuatu yang diti nggalkan dan kedua ada sesuatu yang

dituju (tujuan). Kedua-duanya harus dipenuhi oleh

seorang yang berhijrah. Meninggalkan segala hal yang

buruk, negati f, maksiat dan menuju keadaan yang lebih

baik dan untuk menegakkan ajaran Islam.

Perintah berhijrah terdapat dalam beberapa ayat

al-Quran, di antaranya dalam surah Al-Baqarah, ayat

218 yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang

beriman, orang-orang yang berhijrah dan berhijrah

di jalan Allah, mereka itu mengharapkn rahmat Allah,

dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ayat

ini membawa maksud bahawa hijrah itu harus dilakukan

atas dasar niat kerana Allah SWT dan tujuan mengarah

rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Semoga Kemerdekaan dan tahun hijrah 1441 hijrah

ini akan memberi makna yang lebih dalam kehidupan

kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI

Duka yang sesekali menerpamendodoi gelombang resahmembadai nadi kotamenayangkan naskah kecewa di tabir jiwamengucur manik jurai air matamenekung suka duka pahit maniscuka yang tumpah ke lukamembakar rasa.

Terima kasih buat cakerawala yang gemerlapti ada terhitung bentangan luas sayap langitkerlipan bebintang bergemerlapanbulan menawan nun ti nggi di awanmentafsir keluasan bumi ciptaan-Nya.

Hidup ini perlu digali dengan akal dan nakliperlu memaknai panorama hayatwujudlah cinta abadiperlu menyuluh lorong hijrahke pentas damai bahagiadan memerdekakan jiwasyukur berpadu ikhlaslimpah barakahmewarnai maghfi rah taubatbahtera pedoman nurbelayar tenang ke muara hikmahbersuluh Nur RahmatAl-Amin.

Oleh:Duliam SuariKota Kinabalu

229 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Solat TahajudSolat tahajud mampu membina sistem pertahanan tubuh daripada penyakit daripada terus merebak. Pada masa yang sama, hati pesakit akan lebih tenang dan akan lebih positif terhadap ujian kanser tersebut. Solat tahajud dilakukan pada waktu malam sebaik sahaja selepas pesakit tidur untuk seketika. Aktiviti bangun malam dan membasahkan diri dengan wuduk ini memberi kesan yang amat positif kepada kesihatan seseorang secara umumnya dan kepada pesakit itu sendiri secara khususnya. Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi akan membawa kita jauh melayangkan jiwa ini agar dekat kepada Allah SWT. Hal ini kerana waktu dan persekitaran pada ketika itu adalah tenang. Bacaan pula akan lebih khusyuk dan hati kita hadir dengan setiap bacaan tersebut.

Solat TaubatSolat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah SWT dan memohon kepada Allah SWT dengan seikhlas hati, penuh tawaduk dan rendah diri, insya-Allah taubat kita akan diterima. Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah kepada-Nya agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan. Solat taubat yakni solat memohon ampun kepada Allah SWT ini adalah penting. Ini kerana musibah yang menimpa kita ini adalah sebagai kafarah bagi dosa-dosa kita yang terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada Allah SWT dan bersegeralah melakukannya. Firman Allah:

Maksudnya: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat." (Surah An-Nasr ayat 3).

Bersegeralah bertaubat! Ingatlah, dosa-dosa kita merupakan penghalang kepada doa-doa kita. Justeru, dengan melakukan amalan ini, kita mendapat keampunan Allah SWT. Dengan izin Allah SWT, doa kita akan dimakbulkan serta Allah SWT akan mendengar rintihan penyakit kita agar disembuhkan. Insya-Allah.

Sedarlah bahawa penyakit datang daripada Allah SWT dan penawar juga di sisi Allah SWT. Pintalah keampunan daripada-Nya dan sujudlah!. Berdoa kepada Allah SWT agar kanser tersebut disembuhkan dengan izin daripada-Nya. Pesakit dinasihati agar melakukan solat taubat ini sebanyak yang termampu. Adalah lebih baik jika dapat diamalkan pada setiap malam.

Tambahan lagi, semasa dalam sujud yang terakhir itu, pesakit berdoalah kepada Allah SWT di dalam hati supaya diampunkan segala dosa dan diangkat segala penyakit yang menimpa. Pohonlah keampunan seberapa banyak kali dan mohonlah dengan hati yang ikhlas dan penuh tawaduk. Apabila kita sujud, kita memperhambakan diri kepada Allah SWT. Pada ketika itu, apabila kita berdoa, insya-Allah, Allah SWT akan mendengar dan memperkenankan doa kita.

“Daripada Abu Hurairah RA katanya, Adalah Rasulullah SAW membaca ketika sujud, ‘Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil mahupun besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi.” (Riwayat Muslim).

Solat HajatSolat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui segala dosa kita, maka selepas itu pohon dan pinta kepada Allah SWT untuk menyembuhkan sakit yang menimpa diri. Sebaik-baik cara memohon adalah bersolat hajat dan sebaik-baik masa memohon dalam solat hajat adalah semasa sujud. Pintalah kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan.

Bersambung...

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 10)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

HAK TEMPAT TINGGALOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Wajib ke atas bekas suami untuk memberikan nafkah tempat tinggal kepada bekas isteri semasa tempoh iddah, sama ada bekas isteri berkenaan ditalakkan secara raj’i (talak satu atau dua yang membolehkan suami rujuk semula kepada isterinya) atau ba’in (talak yang tidak membolehkan bekas suami untuk merujuk bekas isterinya tanpa akad nikah yang baharu, sama ada kerana sudah tamat tempoh iddahnya, atau kerana sudah ditalak tiga, sama ada dia hamil atau tidak).

Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah At-Talaq ayat 6 yang bermaksud:

Maksudnya: "Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."

Merujuk Kitab Jami’ Al-Bayan, Imam Ibn Jarir al-Tabari Rahimahullah berkata berkenaan ayat ini: “Berikanlah kediaman kepada isteri-isteri kamu yang telah ditalakkan daripada tempat yang kamu diami lagi kamu sediakan berdasarkan kemampuan kamu; Ini adalah arahan-Nya kepada golongan lelaki untuk memberikan tempat tinggal yang dia sediakan berdasarkan kemampuannya, sehingga selesai iddah isteri-isteri itu.”

Dalam mazhab Syafie, tidak boleh bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang telah diceraikan di dalam rumah iddah berkenaan, sama ada talak raj`ie atau talak ba’in. Haram bagi suami untuk masuk ke rumah iddah kerana membawa kepada khalwat dan mengganggunya. Ini bertepatan dengan ayat sebelum yang menyebut:

Maksudnya: "...dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka..."

Adapun sekiranya terdapat mahram, kepada bekas isteri atau suami, sama ada lelaki dan wanita atau wanita ajnabi, maka harus bekas suami itu tinggal bersama dan masuk ke rumah iddah. Ini kerana sebab pengharaman sudah tiada, melainkan hukumnya menjadi makruh, kerana ada kemungkinan untuk melihat kepada bekas isteri itu yang sudah haram kerana talak. Begitu juga harus jika kediaman itu berbilik-bilik, atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya.

Hak mengenai tempat tinggal ini juga dinyatakan dalam seksyen 72 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu: (1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti: (a) jika tempoh 'iddah telah tamat; (b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat; (c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah),

dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Kesimpulannya bekas suami hendaklah menyediakan tempat tinggal atau kediaman kepada bekas isteri selama mana masih dalam tempoh iddah. lelaki hendaklah keluar daripada kediaman yang disediakan kepada bekas isterinya yang beriddah dan tidak boleh tinggal bersamanya kerana dikhuatiri akan berlaku khalwat kecuali terdapat mahram.

Wallahualam.

1829 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Penulis bersama Mejar Hairulnizam bin Hamid dalam PRODAKSI di Semporna

PRODAKSIOleh: Adi Pitang

Sudah agak lama aku tidak bertemu dengan sahabat ini,setelah hampir 11 tahun setelah program Jejak Pulaudi Pulau Jambongan, Beluran. Program yang dibuatbersama Kor Agama Anggatan Tentera (KAGAT) danJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah. ketikamenghadiri mesyuarat penyelarasan Program DakwahKawasan Operasi (PRODAKSI) di Bilik Mesyuarat Amru binAl-Ass, Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak,Kuala Lumpur, aku bertemu Mejar Hairulnizam bin Hamid, sahabat lama itu. Kami bersalaman layaknyasebagai seorang sahabat yang sudah lama terpisah. Berbanding dulu, masing-masing sudah menginjak usia,hahaha. Tapi ustaz masih nampak muda, usik sahabatku itu. Ehem!

PRODAKSI adalah satu program dakwah yang ditujukan sebagai pengisian bina insan kepada anggotadi kem dan pos tentera, contohnya di sempadan negara, namun sebagai mengambil tanggungjawabsosial, kami luaskan dan sebarkan juga kepada masyarakat umum di sekitarnya, jelas Brigadier JeneralDato’ Haji Nawawi Daud, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT. Jelasnya lagiprodaksi merupakan operasi tahunan pihaknya, yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yangbertugas di perbatasan.

Antara tujauan PRODAKSI ini ialah menyemarak kefahaman berhubung konsep Rahmatan Lil ‘Alamin, memupuk semangat kerjasama antara agensi Islam dan masyarakat awam dalam menjayakan programkerohanian ke aras memperkukuhkan jati diri masing-masing dan memperkukuhkan hubungan tentera denganmasyarakat setempat dan agensi agama melalui program bertemakan Rahmatan Li ‘Alamin dalam usahamemupuk kesedaran dan kebersamaan dalam isu dakwah, keselamatan dan kedaulatan Negara.

PRODAKSI yang dilaksanakan di kawasan Op PASIR Sektor Selatan ini berpusat di Markas Taktikal Kem SriWangsa dan Pulau Mabul daerah Semporna ini adalah hasil kolaborasi di antara Pasukan Dakwah Medan(PASDAM) KAGAT, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM), Yayasan Restu, Yayasan Taqwa, MajlisPertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pejabat Daerah Semporna.

Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada gabungan agensi-agensi Islam itu telah berjaya mengadakanPRODAKSI ini yang diisi dengan program Dai’e Medan, Tazkirah Dari Masjid ke Masjid, Forum PerdanaPRODAKSI, Ziarah Dakwah Santai, Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Ceramah Agama, Program HalaqahBerkumpulan dan Majlis Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Pulau Mabul dipilih sebagai tempatperasmian PRODAKSI ini. Sebagaimana kehadiran kami sebelum ini, sambutan masyarakat pulau ini sangatmenggalakan. Rasa terharu bila mendapat tahu bahawa persembahan salawat anak-anak yang berumurbawah 7 tahun dalam majlis perasmian itu tidak memiliki taraf kewargaan. PRODAKSI telah memberi ruangprogram kepada masyarakat pulau ini.

“Hati-hati di jalanan, moga selamat sampai”, doa sahabatku Hairulnizam pada malam Forum PerdanaPRODAKSI yang tidak sempat ku sertai sama, memandangkan terpaksa mengambil penerbangan malam untukmenghadiri mesyuarat pada besok harinya. Moga PRODAKSI ini memberi manfaat kepada semua pihak.

ORANG INI TERMASUK PENDUDUK NERAKAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Abu Hurairah berkata: Kami ikut bersama Rasulullah SAW pada Perang Khaibar. Ada seseorang yangmengaku telah masuk Islam dan ikut berperang. Ia juga berhasil membunuh orang Yahudi. Aku sangat kagum dengan kekuatan, keberanian, dan kesabarannya. Kemudian aku menuturkan kepada Nabitentang lelaki itu yang membuat takut orang-orang musyrik. Baginda pun bersabda, “Orang ini termasuk penduduk neraka.” Aku terkejut mendengarkan sabda baginda ini. Lalu aku berkata, “Wahai Rasulullah, lihatlah apa yang ia lakukan! Perhatikan bagaimana cara ia berperang!”

Baginda kembali bersabda untuk menegaskan sabdanya tadi, “Barangsiapa ingin melihat lelaki penghuni neraka, silakan lihat orang ini.”

Ada seorang sahabat yang diliputi kehairanan dengan sabda Nabi ini dan tindakan lelaki itu yangberperang dengan gagah berani. Sahabat ini berfi kir untuk mengekori lelaki itu dan ingin mengetahuiakhirnya.

Banyak luka di tubuh lelaki itu sehingga ia tersungkur ke tanah dan tidak bernyawa. Sebelumnya iamengambil pucuk pedangnya dan ia letakkan di dadanya kemudian ia hunjamkan hingga tembusdi antara kedua lengannya. Ia telah bunuh diri.

Orang yang mengekori lelaki tersebut langsung menemui Nabi dan berujar, “Aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah.”

“Benar apa yang kamu katakan itu. Tetapi, apa yang mendorongmu untuk mengucapkannya sekarang?” Tanya Nabi.

“Wahai Rasulullah, tadi engkau menyebut tentang orang yang paling pemberani di antara kami dengan bersabda, ‘Siapa yang ingin melihat penghuni neraka, silakan lihat orang ini’. Aku benar-benar hairan,lalu aku mengekorinya supaya hatiku berasa tenang. Wahai Rasul, apa yang engkau katakan tentanglelaki itu sama dengan yang aku lihat,” kata orang tadi.

Rasulullah SAW pun bersabda, “Berdirilah kamu hai Bilal dan umumkan dengan suara keras bahawatidak akan masuk syurga kecuali orang yang beriman. Sesungguhnya Allah mengukuhkan agama inidi antaranya dengan perantaraan seorang yang fajir (berdosa).”

429 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmadal-Kalantani. Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1868 masihi. Beliau ialah seorang tokoh pembangunpemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysiadan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Bapanya seorang petanibernama Ahmad, manakala ibunya bernama Fatimah binti Salleh, adalahseorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Sewaktu kecil Tok Kenali diasuh dan dididik dengan pendidikan agama olehdatuknya kerana ayahnya telah meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.Datuk beliau merupakan seorang warak dan memiliki ilmu agama serta patuhkepada peraturan-peraturan Ilahi.

Sewaktu Tok Kenali berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, beliau telah menyambung pelajarannyadi Masjid Al-Muhammadi Kota Bharu. Semasa menuntut di Masjid Al-Muhammadi, beliau telah berguru denganTuan Haji Wan Ismail iaitu ayahanda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud, Tuan GuruHj. Ibrahim, Syeikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan Tuan Guru Padang Hj. Ahmad.

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah.Pada tahun 1887 masihi, ketika berumur 18 tahun, beliau telah menjejak kaki di Tanah Suci Mekah untukmeninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan ibadat haji.

Di Mekah, Tok Kenali mempelajari dengan ramai guru antaranya ulama-ulama Arab dari Mekah dan juga ulamadari Tanah Jawi. Antara guru-guru beliau ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zainal Abidin binTok Bendang Daya Al-Fatani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi Al-Fatani, Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi, Syeikh Mukhtar Atarid Al-Buguri, Syeikh Muhammad Abid Al-Maliki, Sayyid Abu Bakar Al-Bakri bin Syatha Ad-Dimyati, Syeikh Muhammad Yusuf Al-Khayyat dan Sayyid Abdullah bin Muhammad Soleh Zawawi (mufti Syafie di Mekah).

Pada tahun 1909 Tok Kenali pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911 masihi beliaumula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agamadi semenanjung. Dikatakan lebih dari seratus buah pondok telah didirikan oleh daya usaha Tok Kenali di sekitar Kampung Paya sahaja.

Jawatan-jawatan yang dipegang oleh Tok Kenali semasa hayatnya ialah sebagai Penolong Mufti, Anggota dewan Ulama, Ketua Pelajaran Agama, Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu, Ketua PengarangKehormat majalah Pengasuh, Penasihat agama kepada Menteri Besar Kelantan dan di samping menghasilbeberapa buah buku. Antara karya beliau ialah Risalatud Durril Mantsur, Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharf dan Mulhiqli Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih.

Tok kenali meninggal dunia pada hari Ahad 19 November 1933 masihi, ketika beliau berusia 65 tahun. Beliaudikebumikan di perkuburan kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, Kelantan.

RUJUKAN:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh suradi, Hijjaz Record Publishing, Cetakan Kedua, 2018.

TOK KENALIPENCETUS ILMU PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DAN

ASIA TENGGARAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MENSYUKURI NIKMATKEMERDEKAANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic

Studies Institute)

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang sangat bernilai. Iamerupakan satu nikmat kebebasan yang perlu disyukuri olehsetiap insan. Kemerdekaan adalah suatu kebebasan daripadabelenggu penjajahan pihak kuffar.

Kita wajib bersyukur di atas nikmat kemerdekaan ini yang telah diberikan oleh Allah SWT seperti dalamfi rman-Nya:

“Ketika Tuhan memberi izin kepada kalian, seandainya kalian bersyukur maka benar-benar akan sayatambahkan nikmat kalian dan apabila kalian kufur sesungguhnya seksaku sangatlah pedih.” (QS. Ibrahim14:7).

Kesyukuran itu perlu kerana kita telah selamat daripada cengkaman penjajahan pihak kuffar. Kita perlubersyukur kerana penjajahan itu merupakan cengkaman kafi r untuk menindas orang-orang yang beriman. Kesyukuran kerana terselamat daripada penjajahan ini juga dijelaskan di dalam al-Quran surah Ibrahim:

“Ketika Musa berkata kepada kaumnya: “ingatlah kalian atas nikmat-nikmat yang telah Allah berikankepada kalian, iaitu ketika Allah menyelamatkan kalian dari tentara Fir’aun yang menyeksa kalian denganseksaan yang pedih dan menyembelih anak-anak kalian dan mempermalukan isteri-isteri kalian. Haltersebut adalah bala yang besar dari Tuhan kalian.” (Surah Ibrahim: 6).

Jelas di sini bahawa nabi Musa AS menyuruh kaumnya untuk bersyukur selepas berjaya selamatdaripada cengkaman penjajahan Fir'aun.

Menurut Imam Al-Thabari (224 - 310H) menyatakan bahawa ayat ini adalah suruhan untuk kita bersyukurdi atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan. Pengkisahan Nabi Musa AS yang selamat daripadacengkaman Fir'aun adalah sebuah nikmat yang berharga. Maka kita diperintahkan untuk mengingatnikmat-nikmat dan mensyukuri kebebasan dan kemerdekaan yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

Kemerdekaan sebenarnya menurut neraca Islam adalah bebas daripada cengkaman daripada pihakkafi r. Kemerdekaan dan kebebasan merupakan mekanisme untuk mengangkat martabat agama, bangsadan tanah air.

Mencapai kemerdekaan bukanlah objektif terakhir akan tetapi batu loncatan untuk cita-cita yang lebihbesar iaitu untuk mengeluarkan masyarakat dari kemunduran dan kehinaan.

Oleh itu, kemerdekaan yang hadir perlu diambil sebagai iktibar untuk membangunkan jati diri “insan kamil” atau manusia yang lengkap serba serbi sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman.

“Insan kamil” yang dimaksudkan di sini ialah manusia yang teguh agamanya dan dalam masa yang sama tinggi produktivitinya untuk kebaikan umat.

1629 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

HUKUM MEM'BIN' DAN MEM'BINTI'KAN ANAK ANGKAT KEPADA BAPA ANGKATNYA

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANMengambil anak angkat dalam Islam dibolehkan, tetapi apakah hukumnya mem’bin’ atau mem’binti’kan anak angkat itu kepada bapa angkatnya? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPANMengambil anak orang lain dijadikan anak angkat untuk menyelamatkan anak itu daripada terbiar dan terlantar kerana ketiadaan penjaganya adalah suatu amal kebaikan, lebih-lebih lagi anak orang Islam. Amalan ini tidak diragui lagi baiknya dalam Islam, hanya yang tidak baiknya ialah mem’bin’kan atau mem’binti’kan anak itu kepada bapa angkatnya. Perkara ini salah besar pada pandangan Islam kerana bercanggah dengan perintah Allah SWT di mana Allah SWT memerintahkan memanggil mereka dengan mem’bin’kannya atau mem’binti’kannya dengan bapa-bapa kandungnya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 5:

Yang bermaksud: “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Maka difahamkan dari ayat ini:1. Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang yang mengambil anak-anak angkat agar memanggil

mereka dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa kandung mereka dan itulah yang benar lagi adil.2. Memanggil anak-anak angkat dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa angkat mereka adalah tidak

adil dan tidak benar, tetapi suatu kezaliman dan suatu pendustaan.3. Oleh itu, sengaja memanggil mereka dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa angkatnya itu adalah

suatu dosa besar hingga terancam dan tidak berhak masuk syurga.

Dua orang sahabat Nabi SAW iaitu Saad bin Abi Waqash dan Abi Bakrah mendengar Nabi SAW bersabda:

Yang bermaksud: “Siapa yang memanggil orang lain kepada bukan ayahnya walhal ia tahu bahawa itu bukan ayahnya, maka haram atasnya syurga.” (Rujuk Tafsir Al-Qurtubi, Jld. 14 hal. 121).

Difaham dari keterangan di atas, jelaslah bahawa mem’bin’kan seseorang kepada bukan bapa kandungnya adalah suatu kesalahan besar di sisi Allah SWT.

Semoga penjelasan diatas dapat difahami dan dijadikan panduan.

Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

SYAITAN MENAKUTI DENGAN KEMISKINANOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Salah satu cara syaitan menggoda manusia adalah selalu menakut-nakutkan dengan kemiskinan. Syaitan membuat manusia merasa selalu kekurangan padahal karunia Allah itu sangat banyak. Allah SWT berfirman:

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karuniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah: 268).

Ibnu Katsir menjelaskan bahawa manusia ditakutkan dengan kemiskinan sehingga menjadi kedekut terhadap hartanya. Beliau berkata:

“Syaitan menakut-nakuti kalian akan kemiskinan, agar kalian menahan harta di tangan kalian dan tidak kalian infakkan untuk mencari redha Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir).

Manusia semakin takut dengan kemiskinan kerana sifat dasar manusia sangat cinta terhadap harta dan harta adalah godaan (fitnah) terbesar manusia. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam:“Sesungguhnya pada setiap umat ada fitnah (ujiannya) dan fitnah umatku adalah harta.” (HR. Bukhari).

Kunci agar kita lepas dari godaan syaitan ini adalah dengan merasa qana’ah dan giat bekerja. Seseorang akan terus merasa kurang dan miskin apabila tidak merasa qana’ah dan selalu melihat orang lain yang berada di atasnya dalam urusan dunia.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Lihatlah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau lihat orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kemudian godaan syaitan akan kemiskinan akan berdampak munculnya rasa kedekut dan tamak pada manusia, tidak mahu berinfak atau membantu sesama. Rasulullah bersabda bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang:

“Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana shadaqah.” (HR. Tirmidzi).

629 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Maksudnya: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allahdengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya).”

Ayat ini menerangkan bahawa golongan orang yang memiliki iman yang tuntas mendorong mereka secara rela melakukan hijrah meninggalkan kampung halaman, harta kekayaan dan perniagaan sanggup berpisahdengan anak isteri, orang tua dan sanak saudaranya adalah orang-orang yang melaksanakan amalperbuatan yang berat dan menuntut banyak pengorbanan.

Lebih-lebih lagi berjihad di jalan Allah SWT dengan mengorbankan harta kekayaan dan jiwa raganya.Untuk orang-orang yang berbuat demikian Allah SWT akan memberikan penghargaan yang tinggi sertakeberuntungan dan kebahagiaan. Ada pun orang-orang mukmin yang tidak berhijrah dan tidak berjihaddi jalan Allah SWT, meskipun mereka menyediakan minuman kepada para jemaah haji dan memakmurkan Masjidil Haram, penghargaan Allah SWT kepada mereka dan pahala yang diberikan kepada mereka tidak sebesar apa yang diperolehi oleh orang-orang yang hijrah dan berjihad.

Al-Faiyruz berkata: “Secara umumnya, lafaz darjat mengandung lapan kedudukan: (1) lelaki terhadapperempuan, (2) orang yang berjihad terhadap orang yang tinggal di rumah, (3) sahabat yang terlebihdahulu masuk Islam dan selalu bersama dengan Nabi SAW, (4) Kelebihan sebahagian manusia atassebahagian yang lain disebabkan ketaatannya, (5) darjat khusus seorang hamba, (6) golongan ulama, (7)orang yang taat dan tingkatannya di dalam syurga dan (8) mengangkat kedudukan di kalangan orang yang taat.”

Tahun baharu Hijrah menjenguk lagi. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita dengan kepelbagaiankejayaan dan kekecewaan. Namun jangan lekas berputus asa kerana setiap perkara yang berlaku adahikmah, perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan kekalkan matlamat serta iltizam untuk memperbaiki kelemahan diri.

Sambutan tahun baharu Hijrah ini perlu menjadi titik tolak untuk kita merangka perancangan masahadapan yang sememangnya tidak tahu apa kesudahannya. Pokok pangkalnya, jika kita berusaha untukke arah kebaikan maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan begitulah sebaliknya jika tiadaperancangan rapi dan membiarkan diri terus leka dan alpa pasti kita menemui kegagalan.

Saidina Umar rhu berkata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk darihari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.” Kita tidak seharusnya berbangga dilahirkansebagai seorang Islam, menggunakan nama Islam, tetapi tiada menjiwai watak seorang muslim sejati.

Lantaran itu, tahun baharu Hijrah perlu disambut dengan penuh keazaman serta komitmen untukmenjalani kehidupan sebagai umat Islam yang berkualiti dan mampu menjadi contoh kepada yang lain.

Sebagai manusia biasa tentu diri kita tidak terlepas dari khilaf dan lupa. Kita memerlukan orang lain yang boleh mengingatkan diri kita di kala alpa. Tindakan awal dari dalam diri kita ialah bermuhasabah di awal,di pertengahan dan di akhir perbuatan. Rasulullah SAW telah menyarankan perkara ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Seseorang hamba tidak akan menjadi bertakwa hingga dia menghitung dirinyasebagaimana dia menghitung rakannya.” (HR. Tirmidzi).

AYAT AL-QURAN SURAH AT-TAUBAH : 20“HIJRAH ANTARA MUHASABAH DAN MOTIVASI

KECEMERLANGAN DIRI”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATAllah ta’ala yang baik berfirman:

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.”(ad-Dhuha, 11).

Kemerdekaan merupakan antara sekalian nikmat Allah SWT yang tak terperi, buat umat Islam di Malaysia ini. Berkatkemerdekaan, kita mampu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab kenegaraan dan keagamaan kita denganbebas dan bermaruah. Kita mampu mencapai impian-impianperibadi kita, berkat keamanan dan kesefahaman yang adaantara sesama rakyat jelata dan juga antara pemerintah dan rakyat. Impian-impian yang pasti terkubur di sebuahnegara yang rakyatnya dijajah, begitu juga di negara yang sedang berperang atau diperangi. Alhamdulillah selamanyaya Allah atas nikmat kemerdekaan dan keamanan ini.

Namun, dalam saat kita bergembira di situ ada tanggungjawab yang kita terlupakan. Yakni, mensyukuri kemerdekaanini, dengan menghormati kemerdekaan orang-orangnya dan hak-hak setiap warganya agar tidak dizalimi dan ditindaslagi.

Wujudnya NGO yang berjuang melawan penindasan sistematik daripada golongan berkepentingan, menjadi buktibahawa kemerdekaan masih belum dimaknakan sebaiknya. Samada yang ditindas itu perempuan, OKU, pencari suaka,golongan miskin bandar (urban poverty), golongan tanpa-negara (stateless), pelayan-pelayan seks yang dijeratsindiket (fakta: tiada yang mahu menjadi pelayan dengan sukarela dan menyedihkan sekali bahawa mereka inikebanyakannya muslim); ini masih perlu dirawat dan dimerdekakan daripada kezaliman yang melanda mereka.

Kita merdeka, bukan untuk menindas dan menzalimi orang lain. Tapi untuk mengembalikan saudara semanusia kitakepada karomah insaniyahnya yang gemilang yang bebas daripada pemilikan sesiapa pun dan dengan bebasnyamengabdikan diri menjadi hamba Allah SWT. Mengabaikan mereka yang dizalimi ini ke tepi, dalam keadaan merekaadalah warga Malaysia yang berkongsi hak dan agama yang sama dengan kita, bukanlah sikap seorang yang merdeka.

Saat bersuara menjadi kewajiban, berdiam diri pula menjadi kezaliman.

Misalnya isu yang berkait tentang perkahwinan kanak-kanak. Definisi ‘kanak-kanak’ menurut UNCRC ialah yangberusia di bawah 18 tahun. Justeru mengapa undang-undang kita membenarkan perkahwinan bagi kanak-kanakperempuan yang berusia 16 tahun? Dalam keadaan kita mengetahui, dengan melihat sekeliling kita, bahawa merekatidak akan mampu menanggung kehidupan mereka di usia sedemikian di Malaysia ini, ditambah lagi zaman sekarang merupakan zaman pengabaian amanah.

Menurut kajian yang dilakukan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Mohd Al Adib Samuri [1], terdapat empatfaktor yang menyumbang kepada perkahwinan awal ini: pendapatan rendah isi rumah, kurangnya intervensi sokonganibu bapa, kekurangan akses kepada pendidikan dan kekurangan akses kepada pendidikan seksual dan kesihatanreproduktif (SRH). Yakni sekiranya ditilik lebih tajam, ia sebenarnya seakan-akan sebuah jerat; kanak-kanak miskindibiarkan kahwin bawah umur agar makin miskin lagi. Ini jelas bukan ciri manusia merdeka, apatah lagi bilaperkahwinan bawah umur tersebut mendapat kebenaran legal. Belum dibicarakan lagi, bagaimana sesetengah keluargadi Malaysia ini tergamak mengkahwinkan anak perempuan mereka yang bunting bawah umur, dengan perogolnya.

Umat Islam memang menang berteori. Kita memiliki sejarah silam yang amat gemilang, yang mengangkat isukemanusiaan dan harga diri, saat seluruh dunia saling hamba-menghambakan. Citra Islam itu memang memerdekakan.Namun kemerdekaan ini harus kita syukuri lebih dengan pertanggungjawaban kerana nikmat merdeka merupakankurnia Allah SWT yang bila-bila saja boleh diambil semula oleh-Nya, dari kerana kita tidak berhak untuk merdeka.

RUJUKAN:● [1] Artikel “4 sebab utama perkahwinan kanak-kanak di Malaysia” pautan: https://www.malaysiakini.com/news/435049 (akses terakhir:

24 Ogos 2019M).

MEMAKNAKAN KEMERDEKAANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1429 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

HUKUM MENOLAK AJAKAN SUAMIOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawalkemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintuyang dia kehendaki.” (HR: Ibn Hibban).

Melalui daripada hadis di atas, perlulah di highlight-kan perkataan ‘TAAT KEPADA SUAMI’ di mana perkataantaat itu amatlah luas pengertiannya. Boleh dikatakan bahawa taat itu dengan menjaga makan minum suamidengan baik, boleh juga dikatakan dengan tidak meninggikan suara dengan suami atau mungkin jugaberkaitan dengan suatu yang batin dan lain-lain lagi. Perkara ini amat dititikberatkan di dalam Islam keranasuami itu merupakan syurga buat isteri dan keredhaan Allah SWT terletak kepada keredhaan suami. Dan para wanita yang tidak taat kepada suaminya, maka mereka ini digelar sebagai isteri yang nusyuz.

Ada dikisahkan oleh Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Bagindamelihat wanita adalah penghuni neraka yang terbanyak. Lalu ditanya, mengapa sedemikian? Lantas, Bagindamenjawab bahawa diantaranya kerana wanita itu banyak yang durhaka (tidak taat atau nusyuz) kepada suaminya.

Terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan perihal balasan atau akibat yang akan diterima isteri sekiranyamenolak ajakan suaminya untuk bersama. Diantaranya ialah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa NabiSAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama) lalu isterinya itumenolak, lantas suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akanmelaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” (HR: Bukhari).

Dikatakan oleh Imam an-Nawawi bahawa hadis ini menjadi dalil pengharaman si isteri daripada menolak ajakansuaminya tanpa keuzuran yang syarak. Akan tetapi, haid bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalangajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di ataskain (selain daripada faraj). Hadis ini juga bermaksud laknat malaikat akan berterusan sehingga terbitnya fajar sekiranya suami tidak redha.(al-Minhaj).

Justeru, isteri perlulah mentaati dan patuh kepada suaminya asalkan ianya tidak bertentangan dengan Syara’.Akan tetapi ini tidak bermaksud suami berkuasa untuk mengugut isterinya untuk bersamanya.

Di dalam al-Quran, surah an-Nisa ayat 19 yang bermaksud: “Dan perlakukanlah isteri dengan cara ma’ruf” dan juga dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: “Bagi wanita berhak mendapatkan perlakuan ma’rufsebagaimana ia wajib memperlakukan suaminya dengan ma’ruf.”

Sebagai kesimpulannya, seorang isteri wajib mentaati suami tapi biarlah berlandaskan perkara-perkara yangma’ruf. Manakala suami juga perlu ingat bahawa berjimak merupakan hak bersama di antara suami dan isteri.Jadi, suami tidak seharusnya mengugut isteri atau menyalahkan mereka, sebaliknya bawalah berbincang dancari punca permasalahan atau tanyakan sebab penolakan dengan cara yang ma’ruf kerana perkahwinan itumemerlukan kesefahaman dan komunikasi yang baik sesama suami isteri.

Wallahu a’lam.

HIJRAH DENGAN NIAT YANG IKHLASOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA dia berkata, “Akumendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnyasetiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkankeredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnyakerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”

(Diriwayatkan hadis ini oleh dua orang Imam Hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirahbin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam duakitab sahih yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang).

SEBAB WURUD (DIRIWAYATKAN) HADIS:Imam At-Tabrani meriwayatkan di dalam kitabnya, Al-Mu’jam Al-Kabir dengan sanad yang perawinya adalah dipercayai,dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata; “Dahulu di antara kami ada seorang lelaki yang meminang wanita bernama UmmuQais. Namun, Ummu Qais enggan menikah lelaki tersebut hingga ia berhijrah. Lelaki itu pun berhijrah dan berhasilmenikahi Ummu Qais. Lelaki itu pun kami gelar dengan panggilan Muhajir Ummu Qais (orang yang berhijrah keranaUmmu Qais).”

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan bahawa untuk melakukan penghijrahan atau perubahan perlu dimulakan dengan niat dan azam.Sekiranya niat dan azam ikhlas kerana Allah SWT, ia akan mendapat pahala dan dinilai sebagai ibadah. Sekiranyapenghijrahan atau perubahan itu dilakukan dengan niat kehidupan dunia, maka kita akan dapat dunia semata-matadan ianya tidak dinilai sebagai ibadah. Oleh itu bagi setiap amalan yang baik dan bermanfaat perlu disertakan dengan keikhlasan dan hanya mengharap redha Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Penghijrahan atau perubahan yang

dilakukan tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat kerana Allah SWT.

2. Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim untuk melakukannya. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

3. Hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

4. Hijrah atau perubahan yang dilakukan perlu kepada pengorbanan.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

829 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

KONSEP AL-BA'TH (KEBANGKITAN SETELAH KEMATIAN)(BAHAGIAN AKHIR)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Imam al-Haramayn al-Juwayni menyatakan berkenaan “hari kebangkitan” merupakan perkara yang selain bersesuaian dengan hujah logik akal, ia juga bersesuaian dengan petunjuk al-Quran dan Hadis. Secara logik mengikut al-Juwayni; “Setiap sesuatu yang lenyap, maka mengembalikannya adalah boleh, sama ada yang lenyap itu ‘arad ataupun jawhar”. (al-Irshad).

Daripada pernyataan Imam al-Juwayni tersebut, maka dua persoalan timbul iaitu; apakah yang dimaksudkan dengan jawhar-jawhar lenyap kemudian kembali menjadi wujud?. Ataukah jawhar-jawhar itu tetap ada namun yang lenyap hanyalah ‘arad-‘arad (al-a’rad) yang tersusun lalu kemudian kembali lagi dalam bentuknya semula? Menurutnya, secara lojik akal, kedua-dua kemungkinan itu boleh sahaja tejadi, walaupun tidak ada dengan jelas yang menetapkan salah satu daripada kedua-duanya. Kerana itu, mengikut al-Juwayni, hukum yang berlaku kepada bentuk jisim manusia tidak jauh berbeza dengan hukum yang berlaku ke atas jisim tanah, iaitu berhubung bolehnya kembali tersusun seperti semula dan hal itu, adalah perkara yang tidak mustahil terjadi sebagaimana dalil di dalam al-Quran yang menyebut:

bermaksud: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? katakanlah: "Tulang- tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya)." (Surah Yaasin, Ayat 78 - 79).

Golongan manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT menganggap kematian sebagai akhir perjalanan hidup mereka tetapi bagi mereka yang beriman kepada kebenaran wahyu Ilahiyyah, mereka berpandangan bahawa kematian hanyalah sebuah anak tangga menuju ke alam Baqa’ dan kebangkitan semula baginya adalah sebuah kepastian iaitu tempat tinggal yang kekal abadi. Demikian yang dapat difahami daripada ungkapan suci al-Quran:

Bermaksud: “Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (Surah Al-Mu’minun, Ayat 15 - 16).

Manakala mengikut pandangan Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, perkara (al-Ba’th) kebangkitan merupakan perkara yang wajib diimani kerana syariat telah menetapkannya sebagai sesuatu yang benar-benar akan terjadi. Maksud daripada kebangkitan itu mengikut Imam Ghazali, adalah mengembalikan kewujudan makhluk setelah mengalami kehancuran kerana akibat kematian. Berdasarkan ayat 78 dan 79 Surah Yaasin jelas dan dapat dijadikan hujah bahawa jikalau Allah SWT sanggup menciptakan makhluk pada pertama kalinya, tentu Dia lebih sanggup lagi mengembalikannya pada kali yang kedua setelah kematiannya. Menguatkan lagi hujah pandangannya, beliau memetik ayat al-Quran:

Bermaksud: "(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja.” (Surah Luqman, Ayat 28).

Antara topik yang sentiasa hangat diperdebatkan dalam khazanah ilmu Kalam adalah apakah yang dibangkitkan di hari akhirat adalah ruh sahaja tanpa jasad ataupun ruh dan jasad sekaligus? Mengikut Imam al-Ghazali, kedua-dua ayat yang telah disebutkan di atas cukup menjadi landasan bahawa yang dikembalikan di hari kebangkitan kelak adalah “Ruh dan Jasad” sekaligus menolak pandangan ahli falsafah yang berpendapat bahawa yang dibangkitkan nanti adalah hanya “roh” sahaja. (Al-Ghazali, Al-Munqidz Min Al-Dholal).

HIJRAH PENDORONG PERKEMBANGAN DIRIOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Setiap detik di mana individu menghadapi perkembangan adalah berdasarkan satu perubahan yang dilakukan dalam sesuatu detik dalam kehidupan mereka. Dari segi definisi, hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu tempat dengan berniat untuk pergi ke tempat yang lain. Walaubagaimanapun, hijrah bukan sahaja boleh difahami berdasarkan definisi itu sahaja, ianya juga boleh meliputi pelbagai aspek dari segi perpindahan ataupun perubahan dalam bentuk fizikal, mental ataupun rohani. Hal ini kerana, setiap perkara yang dipilih oleh seseorang akan mencetus sesuatu perkara lain. Dan setiap pilihan yang wujud mempunyai perkara yang berbeza di antara satu sama lain. Mereka yang tidak mampu melakukan pilihan ini, selalunya tidak dapat berkembang untuk kebaikan mereka hanya kerana mereka takut akan penghijrahan yang mereka tidak tahu apa yang akan tercetus.

Penghijrahan akan hanya berlaku sekiranya seseorang itu ingin mengubah diri mereka ke arah kebaikan. Tetapi sering kita terlihat, mereka yang telah gagal dalam sesuatu masa di dalam hidup mereka berputus asa ataupun tidak ingin melakukan perubahan pada diri mereka kerana takut akan menghadapi kegagalan itu untuk kali seterusnya. Pemikiran sebegini adalah punca mengapa seseorang itu tidak dapat berkembang dan kurangnya kelahiran mukmin yang bertakwa, kerana mereka tidak suka penghijrahan. Untuk melahirkan mukmin yang bertakwa, kita haruslah sentiasa mendongak ke hadapan tidak kira betapa besar pun musibah yang di harungi. Seperti yang telah kita fahami, musibah yang berlaku terhadap diri kita bukan bersebab untuk menjatuhkan kita, tetapi ianya adalah digunakan untuk kita jadikan sebagai pengajaran ataupun iktibar yang boleh kita gunakan. Dalam kata lain, sesuatu perubahan berlaku berdasarkan pengambilan iktibar dalam satu kesilapan. Tanpa kesilapan, perubahan tidak kan berlaku dan berdasarkan itulah hijrah didefinisikan. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Salah satu contoh yang boleh digunakan adalah kisah penghijrahan Rasulullah SAW di mana ketika itu beliau menghadapi pelbagai ancaman daripada kaumnya sendiri. Dan daripada itu, sekiranya kita ingin menjadi seorang mukmin yang bertakwa dan berjaya, kita perlu teguh untuk menghadapi penghijrahan kerana hanya perkara itu boleh mencetus sesuatu perkembangan di dalam diri kita.

1229 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Mesyuarat Panel Penilai Pemilihan calon Anugerah Ma'al Hijrah serta anugerah Masjid/Surau dan Ar-Raudah Cemerlang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat

Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeripada 23 Ogos 2019 di Tingkat 29, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQ)Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sabah sebagai tuan rumah bagi

kali-ke 62 tahun 1441H/2020M yang dipengerusikan oleh Yang Amat BerhormatDatuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah

pada 23 Ogos 2019 di Tingkat 26, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu

Peristiwa

1029 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Mesyuarat Panel Penilai Pemilihan calon Anugerah Ma'al Hijrah serta anugerah Masjid/Surau dan Ar-Raudah Cemerlang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat

Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeripada 23 Ogos 2019 di Tingkat 29, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQ)Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sabah sebagai tuan rumah bagi

kali-ke 62 tahun 1441H/2020M yang dipengerusikan oleh Yang Amat BerhormatDatuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah

pada 23 Ogos 2019 di Tingkat 26, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu

Peristiwa

1029 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

KONSEP AL-BA'TH (KEBANGKITAN SETELAH KEMATIAN)(BAHAGIAN AKHIR)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Imam al-Haramayn al-Juwayni menyatakan berkenaan “hari kebangkitan” merupakan perkara yang selain bersesuaian dengan hujah logik akal, ia juga bersesuaian dengan petunjuk al-Quran dan Hadis. Secara logik mengikut al-Juwayni; “Setiap sesuatu yang lenyap, maka mengembalikannya adalah boleh, sama ada yang lenyap itu ‘arad ataupun jawhar”. (al-Irshad).

Daripada pernyataan Imam al-Juwayni tersebut, maka dua persoalan timbul iaitu; apakah yang dimaksudkan dengan jawhar-jawhar lenyap kemudian kembali menjadi wujud?. Ataukah jawhar-jawhar itu tetap ada namun yang lenyap hanyalah ‘arad-‘arad (al-a’rad) yang tersusun lalu kemudian kembali lagi dalam bentuknya semula? Menurutnya, secara lojik akal, kedua-dua kemungkinan itu boleh sahaja tejadi, walaupun tidak ada dengan jelas yang menetapkan salah satu daripada kedua-duanya. Kerana itu, mengikut al-Juwayni, hukum yang berlaku kepada bentuk jisim manusia tidak jauh berbeza dengan hukum yang berlaku ke atas jisim tanah, iaitu berhubung bolehnya kembali tersusun seperti semula dan hal itu, adalah perkara yang tidak mustahil terjadi sebagaimana dalil di dalam al-Quran yang menyebut:

bermaksud: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh? katakanlah: "Tulang- tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya)." (Surah Yaasin, Ayat 78 - 79).

Golongan manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT menganggap kematian sebagai akhir perjalanan hidup mereka tetapi bagi mereka yang beriman kepada kebenaran wahyu Ilahiyyah, mereka berpandangan bahawa kematian hanyalah sebuah anak tangga menuju ke alam Baqa’ dan kebangkitan semula baginya adalah sebuah kepastian iaitu tempat tinggal yang kekal abadi. Demikian yang dapat difahami daripada ungkapan suci al-Quran:

Bermaksud: “Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.” (Surah Al-Mu’minun, Ayat 15 - 16).

Manakala mengikut pandangan Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, perkara (al-Ba’th) kebangkitan merupakan perkara yang wajib diimani kerana syariat telah menetapkannya sebagai sesuatu yang benar-benar akan terjadi. Maksud daripada kebangkitan itu mengikut Imam Ghazali, adalah mengembalikan kewujudan makhluk setelah mengalami kehancuran kerana akibat kematian. Berdasarkan ayat 78 dan 79 Surah Yaasin jelas dan dapat dijadikan hujah bahawa jikalau Allah SWT sanggup menciptakan makhluk pada pertama kalinya, tentu Dia lebih sanggup lagi mengembalikannya pada kali yang kedua setelah kematiannya. Menguatkan lagi hujah pandangannya, beliau memetik ayat al-Quran:

Bermaksud: "(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja.” (Surah Luqman, Ayat 28).

Antara topik yang sentiasa hangat diperdebatkan dalam khazanah ilmu Kalam adalah apakah yang dibangkitkan di hari akhirat adalah ruh sahaja tanpa jasad ataupun ruh dan jasad sekaligus? Mengikut Imam al-Ghazali, kedua-dua ayat yang telah disebutkan di atas cukup menjadi landasan bahawa yang dikembalikan di hari kebangkitan kelak adalah “Ruh dan Jasad” sekaligus menolak pandangan ahli falsafah yang berpendapat bahawa yang dibangkitkan nanti adalah hanya “roh” sahaja. (Al-Ghazali, Al-Munqidz Min Al-Dholal).

HIJRAH PENDORONG PERKEMBANGAN DIRIOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Setiap detik di mana individu menghadapi perkembangan adalah berdasarkan satu perubahan yang dilakukan dalam sesuatu detik dalam kehidupan mereka. Dari segi definisi, hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu tempat dengan berniat untuk pergi ke tempat yang lain. Walaubagaimanapun, hijrah bukan sahaja boleh difahami berdasarkan definisi itu sahaja, ianya juga boleh meliputi pelbagai aspek dari segi perpindahan ataupun perubahan dalam bentuk fizikal, mental ataupun rohani. Hal ini kerana, setiap perkara yang dipilih oleh seseorang akan mencetus sesuatu perkara lain. Dan setiap pilihan yang wujud mempunyai perkara yang berbeza di antara satu sama lain. Mereka yang tidak mampu melakukan pilihan ini, selalunya tidak dapat berkembang untuk kebaikan mereka hanya kerana mereka takut akan penghijrahan yang mereka tidak tahu apa yang akan tercetus.

Penghijrahan akan hanya berlaku sekiranya seseorang itu ingin mengubah diri mereka ke arah kebaikan. Tetapi sering kita terlihat, mereka yang telah gagal dalam sesuatu masa di dalam hidup mereka berputus asa ataupun tidak ingin melakukan perubahan pada diri mereka kerana takut akan menghadapi kegagalan itu untuk kali seterusnya. Pemikiran sebegini adalah punca mengapa seseorang itu tidak dapat berkembang dan kurangnya kelahiran mukmin yang bertakwa, kerana mereka tidak suka penghijrahan. Untuk melahirkan mukmin yang bertakwa, kita haruslah sentiasa mendongak ke hadapan tidak kira betapa besar pun musibah yang di harungi. Seperti yang telah kita fahami, musibah yang berlaku terhadap diri kita bukan bersebab untuk menjatuhkan kita, tetapi ianya adalah digunakan untuk kita jadikan sebagai pengajaran ataupun iktibar yang boleh kita gunakan. Dalam kata lain, sesuatu perubahan berlaku berdasarkan pengambilan iktibar dalam satu kesilapan. Tanpa kesilapan, perubahan tidak kan berlaku dan berdasarkan itulah hijrah didefinisikan. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Salah satu contoh yang boleh digunakan adalah kisah penghijrahan Rasulullah SAW di mana ketika itu beliau menghadapi pelbagai ancaman daripada kaumnya sendiri. Dan daripada itu, sekiranya kita ingin menjadi seorang mukmin yang bertakwa dan berjaya, kita perlu teguh untuk menghadapi penghijrahan kerana hanya perkara itu boleh mencetus sesuatu perkembangan di dalam diri kita.

1229 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

HUKUM MENOLAK AJAKAN SUAMIOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawalkemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintuyang dia kehendaki.” (HR: Ibn Hibban).

Melalui daripada hadis di atas, perlulah di highlight-kan perkataan ‘TAAT KEPADA SUAMI’ di mana perkataantaat itu amatlah luas pengertiannya. Boleh dikatakan bahawa taat itu dengan menjaga makan minum suamidengan baik, boleh juga dikatakan dengan tidak meninggikan suara dengan suami atau mungkin jugaberkaitan dengan suatu yang batin dan lain-lain lagi. Perkara ini amat dititikberatkan di dalam Islam keranasuami itu merupakan syurga buat isteri dan keredhaan Allah SWT terletak kepada keredhaan suami. Dan para wanita yang tidak taat kepada suaminya, maka mereka ini digelar sebagai isteri yang nusyuz.

Ada dikisahkan oleh Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Bagindamelihat wanita adalah penghuni neraka yang terbanyak. Lalu ditanya, mengapa sedemikian? Lantas, Bagindamenjawab bahawa diantaranya kerana wanita itu banyak yang durhaka (tidak taat atau nusyuz) kepada suaminya.

Terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan perihal balasan atau akibat yang akan diterima isteri sekiranyamenolak ajakan suaminya untuk bersama. Diantaranya ialah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa NabiSAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama) lalu isterinya itumenolak, lantas suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akanmelaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” (HR: Bukhari).

Dikatakan oleh Imam an-Nawawi bahawa hadis ini menjadi dalil pengharaman si isteri daripada menolak ajakansuaminya tanpa keuzuran yang syarak. Akan tetapi, haid bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalangajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di ataskain (selain daripada faraj). Hadis ini juga bermaksud laknat malaikat akan berterusan sehingga terbitnya fajar sekiranya suami tidak redha.(al-Minhaj).

Justeru, isteri perlulah mentaati dan patuh kepada suaminya asalkan ianya tidak bertentangan dengan Syara’.Akan tetapi ini tidak bermaksud suami berkuasa untuk mengugut isterinya untuk bersamanya.

Di dalam al-Quran, surah an-Nisa ayat 19 yang bermaksud: “Dan perlakukanlah isteri dengan cara ma’ruf” dan juga dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: “Bagi wanita berhak mendapatkan perlakuan ma’rufsebagaimana ia wajib memperlakukan suaminya dengan ma’ruf.”

Sebagai kesimpulannya, seorang isteri wajib mentaati suami tapi biarlah berlandaskan perkara-perkara yangma’ruf. Manakala suami juga perlu ingat bahawa berjimak merupakan hak bersama di antara suami dan isteri.Jadi, suami tidak seharusnya mengugut isteri atau menyalahkan mereka, sebaliknya bawalah berbincang dancari punca permasalahan atau tanyakan sebab penolakan dengan cara yang ma’ruf kerana perkahwinan itumemerlukan kesefahaman dan komunikasi yang baik sesama suami isteri.

Wallahu a’lam.

HIJRAH DENGAN NIAT YANG IKHLASOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA dia berkata, “Akumendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnyasetiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkankeredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnyakerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”

(Diriwayatkan hadis ini oleh dua orang Imam Hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirahbin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam duakitab sahih yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang).

SEBAB WURUD (DIRIWAYATKAN) HADIS:Imam At-Tabrani meriwayatkan di dalam kitabnya, Al-Mu’jam Al-Kabir dengan sanad yang perawinya adalah dipercayai,dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata; “Dahulu di antara kami ada seorang lelaki yang meminang wanita bernama UmmuQais. Namun, Ummu Qais enggan menikah lelaki tersebut hingga ia berhijrah. Lelaki itu pun berhijrah dan berhasilmenikahi Ummu Qais. Lelaki itu pun kami gelar dengan panggilan Muhajir Ummu Qais (orang yang berhijrah keranaUmmu Qais).”

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan bahawa untuk melakukan penghijrahan atau perubahan perlu dimulakan dengan niat dan azam.Sekiranya niat dan azam ikhlas kerana Allah SWT, ia akan mendapat pahala dan dinilai sebagai ibadah. Sekiranyapenghijrahan atau perubahan itu dilakukan dengan niat kehidupan dunia, maka kita akan dapat dunia semata-matadan ianya tidak dinilai sebagai ibadah. Oleh itu bagi setiap amalan yang baik dan bermanfaat perlu disertakan dengan keikhlasan dan hanya mengharap redha Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Penghijrahan atau perubahan yang

dilakukan tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat kerana Allah SWT.

2. Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim untuk melakukannya. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

3. Hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

4. Hijrah atau perubahan yang dilakukan perlu kepada pengorbanan.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

829 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Maksudnya: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allahdengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya).”

Ayat ini menerangkan bahawa golongan orang yang memiliki iman yang tuntas mendorong mereka secara rela melakukan hijrah meninggalkan kampung halaman, harta kekayaan dan perniagaan sanggup berpisahdengan anak isteri, orang tua dan sanak saudaranya adalah orang-orang yang melaksanakan amalperbuatan yang berat dan menuntut banyak pengorbanan.

Lebih-lebih lagi berjihad di jalan Allah SWT dengan mengorbankan harta kekayaan dan jiwa raganya.Untuk orang-orang yang berbuat demikian Allah SWT akan memberikan penghargaan yang tinggi sertakeberuntungan dan kebahagiaan. Ada pun orang-orang mukmin yang tidak berhijrah dan tidak berjihaddi jalan Allah SWT, meskipun mereka menyediakan minuman kepada para jemaah haji dan memakmurkan Masjidil Haram, penghargaan Allah SWT kepada mereka dan pahala yang diberikan kepada mereka tidak sebesar apa yang diperolehi oleh orang-orang yang hijrah dan berjihad.

Al-Faiyruz berkata: “Secara umumnya, lafaz darjat mengandung lapan kedudukan: (1) lelaki terhadapperempuan, (2) orang yang berjihad terhadap orang yang tinggal di rumah, (3) sahabat yang terlebihdahulu masuk Islam dan selalu bersama dengan Nabi SAW, (4) Kelebihan sebahagian manusia atassebahagian yang lain disebabkan ketaatannya, (5) darjat khusus seorang hamba, (6) golongan ulama, (7)orang yang taat dan tingkatannya di dalam syurga dan (8) mengangkat kedudukan di kalangan orang yang taat.”

Tahun baharu Hijrah menjenguk lagi. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita dengan kepelbagaiankejayaan dan kekecewaan. Namun jangan lekas berputus asa kerana setiap perkara yang berlaku adahikmah, perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan kekalkan matlamat serta iltizam untuk memperbaiki kelemahan diri.

Sambutan tahun baharu Hijrah ini perlu menjadi titik tolak untuk kita merangka perancangan masahadapan yang sememangnya tidak tahu apa kesudahannya. Pokok pangkalnya, jika kita berusaha untukke arah kebaikan maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan begitulah sebaliknya jika tiadaperancangan rapi dan membiarkan diri terus leka dan alpa pasti kita menemui kegagalan.

Saidina Umar rhu berkata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk darihari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.” Kita tidak seharusnya berbangga dilahirkansebagai seorang Islam, menggunakan nama Islam, tetapi tiada menjiwai watak seorang muslim sejati.

Lantaran itu, tahun baharu Hijrah perlu disambut dengan penuh keazaman serta komitmen untukmenjalani kehidupan sebagai umat Islam yang berkualiti dan mampu menjadi contoh kepada yang lain.

Sebagai manusia biasa tentu diri kita tidak terlepas dari khilaf dan lupa. Kita memerlukan orang lain yang boleh mengingatkan diri kita di kala alpa. Tindakan awal dari dalam diri kita ialah bermuhasabah di awal,di pertengahan dan di akhir perbuatan. Rasulullah SAW telah menyarankan perkara ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Seseorang hamba tidak akan menjadi bertakwa hingga dia menghitung dirinyasebagaimana dia menghitung rakannya.” (HR. Tirmidzi).

AYAT AL-QURAN SURAH AT-TAUBAH : 20“HIJRAH ANTARA MUHASABAH DAN MOTIVASI

KECEMERLANGAN DIRI”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATAllah ta’ala yang baik berfirman:

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.”(ad-Dhuha, 11).

Kemerdekaan merupakan antara sekalian nikmat Allah SWT yang tak terperi, buat umat Islam di Malaysia ini. Berkatkemerdekaan, kita mampu melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab kenegaraan dan keagamaan kita denganbebas dan bermaruah. Kita mampu mencapai impian-impianperibadi kita, berkat keamanan dan kesefahaman yang adaantara sesama rakyat jelata dan juga antara pemerintah dan rakyat. Impian-impian yang pasti terkubur di sebuahnegara yang rakyatnya dijajah, begitu juga di negara yang sedang berperang atau diperangi. Alhamdulillah selamanyaya Allah atas nikmat kemerdekaan dan keamanan ini.

Namun, dalam saat kita bergembira di situ ada tanggungjawab yang kita terlupakan. Yakni, mensyukuri kemerdekaanini, dengan menghormati kemerdekaan orang-orangnya dan hak-hak setiap warganya agar tidak dizalimi dan ditindaslagi.

Wujudnya NGO yang berjuang melawan penindasan sistematik daripada golongan berkepentingan, menjadi buktibahawa kemerdekaan masih belum dimaknakan sebaiknya. Samada yang ditindas itu perempuan, OKU, pencari suaka,golongan miskin bandar (urban poverty), golongan tanpa-negara (stateless), pelayan-pelayan seks yang dijeratsindiket (fakta: tiada yang mahu menjadi pelayan dengan sukarela dan menyedihkan sekali bahawa mereka inikebanyakannya muslim); ini masih perlu dirawat dan dimerdekakan daripada kezaliman yang melanda mereka.

Kita merdeka, bukan untuk menindas dan menzalimi orang lain. Tapi untuk mengembalikan saudara semanusia kitakepada karomah insaniyahnya yang gemilang yang bebas daripada pemilikan sesiapa pun dan dengan bebasnyamengabdikan diri menjadi hamba Allah SWT. Mengabaikan mereka yang dizalimi ini ke tepi, dalam keadaan merekaadalah warga Malaysia yang berkongsi hak dan agama yang sama dengan kita, bukanlah sikap seorang yang merdeka.

Saat bersuara menjadi kewajiban, berdiam diri pula menjadi kezaliman.

Misalnya isu yang berkait tentang perkahwinan kanak-kanak. Definisi ‘kanak-kanak’ menurut UNCRC ialah yangberusia di bawah 18 tahun. Justeru mengapa undang-undang kita membenarkan perkahwinan bagi kanak-kanakperempuan yang berusia 16 tahun? Dalam keadaan kita mengetahui, dengan melihat sekeliling kita, bahawa merekatidak akan mampu menanggung kehidupan mereka di usia sedemikian di Malaysia ini, ditambah lagi zaman sekarang merupakan zaman pengabaian amanah.

Menurut kajian yang dilakukan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Mohd Al Adib Samuri [1], terdapat empatfaktor yang menyumbang kepada perkahwinan awal ini: pendapatan rendah isi rumah, kurangnya intervensi sokonganibu bapa, kekurangan akses kepada pendidikan dan kekurangan akses kepada pendidikan seksual dan kesihatanreproduktif (SRH). Yakni sekiranya ditilik lebih tajam, ia sebenarnya seakan-akan sebuah jerat; kanak-kanak miskindibiarkan kahwin bawah umur agar makin miskin lagi. Ini jelas bukan ciri manusia merdeka, apatah lagi bilaperkahwinan bawah umur tersebut mendapat kebenaran legal. Belum dibicarakan lagi, bagaimana sesetengah keluargadi Malaysia ini tergamak mengkahwinkan anak perempuan mereka yang bunting bawah umur, dengan perogolnya.

Umat Islam memang menang berteori. Kita memiliki sejarah silam yang amat gemilang, yang mengangkat isukemanusiaan dan harga diri, saat seluruh dunia saling hamba-menghambakan. Citra Islam itu memang memerdekakan.Namun kemerdekaan ini harus kita syukuri lebih dengan pertanggungjawaban kerana nikmat merdeka merupakankurnia Allah SWT yang bila-bila saja boleh diambil semula oleh-Nya, dari kerana kita tidak berhak untuk merdeka.

RUJUKAN:● [1] Artikel “4 sebab utama perkahwinan kanak-kanak di Malaysia” pautan: https://www.malaysiakini.com/news/435049 (akses terakhir:

24 Ogos 2019M).

MEMAKNAKAN KEMERDEKAANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1429 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

HUKUM MEM'BIN' DAN MEM'BINTI'KAN ANAK ANGKAT KEPADA BAPA ANGKATNYA

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANMengambil anak angkat dalam Islam dibolehkan, tetapi apakah hukumnya mem’bin’ atau mem’binti’kan anak angkat itu kepada bapa angkatnya? Mohon penjelasan ustaz.

JAWAPANMengambil anak orang lain dijadikan anak angkat untuk menyelamatkan anak itu daripada terbiar dan terlantar kerana ketiadaan penjaganya adalah suatu amal kebaikan, lebih-lebih lagi anak orang Islam. Amalan ini tidak diragui lagi baiknya dalam Islam, hanya yang tidak baiknya ialah mem’bin’kan atau mem’binti’kan anak itu kepada bapa angkatnya. Perkara ini salah besar pada pandangan Islam kerana bercanggah dengan perintah Allah SWT di mana Allah SWT memerintahkan memanggil mereka dengan mem’bin’kannya atau mem’binti’kannya dengan bapa-bapa kandungnya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 5:

Yang bermaksud: “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Maka difahamkan dari ayat ini:1. Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang yang mengambil anak-anak angkat agar memanggil

mereka dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa kandung mereka dan itulah yang benar lagi adil.2. Memanggil anak-anak angkat dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa angkat mereka adalah tidak

adil dan tidak benar, tetapi suatu kezaliman dan suatu pendustaan.3. Oleh itu, sengaja memanggil mereka dengan mem’bin’kannya kepada bapa-bapa angkatnya itu adalah

suatu dosa besar hingga terancam dan tidak berhak masuk syurga.

Dua orang sahabat Nabi SAW iaitu Saad bin Abi Waqash dan Abi Bakrah mendengar Nabi SAW bersabda:

Yang bermaksud: “Siapa yang memanggil orang lain kepada bukan ayahnya walhal ia tahu bahawa itu bukan ayahnya, maka haram atasnya syurga.” (Rujuk Tafsir Al-Qurtubi, Jld. 14 hal. 121).

Difaham dari keterangan di atas, jelaslah bahawa mem’bin’kan seseorang kepada bukan bapa kandungnya adalah suatu kesalahan besar di sisi Allah SWT.

Semoga penjelasan diatas dapat difahami dan dijadikan panduan.

Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

SYAITAN MENAKUTI DENGAN KEMISKINANOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Salah satu cara syaitan menggoda manusia adalah selalu menakut-nakutkan dengan kemiskinan. Syaitan membuat manusia merasa selalu kekurangan padahal karunia Allah itu sangat banyak. Allah SWT berfirman:

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karuniaNya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah: 268).

Ibnu Katsir menjelaskan bahawa manusia ditakutkan dengan kemiskinan sehingga menjadi kedekut terhadap hartanya. Beliau berkata:

“Syaitan menakut-nakuti kalian akan kemiskinan, agar kalian menahan harta di tangan kalian dan tidak kalian infakkan untuk mencari redha Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir).

Manusia semakin takut dengan kemiskinan kerana sifat dasar manusia sangat cinta terhadap harta dan harta adalah godaan (fitnah) terbesar manusia. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam:“Sesungguhnya pada setiap umat ada fitnah (ujiannya) dan fitnah umatku adalah harta.” (HR. Bukhari).

Kunci agar kita lepas dari godaan syaitan ini adalah dengan merasa qana’ah dan giat bekerja. Seseorang akan terus merasa kurang dan miskin apabila tidak merasa qana’ah dan selalu melihat orang lain yang berada di atasnya dalam urusan dunia.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Lihatlah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau lihat orang yang berada di atasmu. Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kemudian godaan syaitan akan kemiskinan akan berdampak munculnya rasa kedekut dan tamak pada manusia, tidak mahu berinfak atau membantu sesama. Rasulullah bersabda bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang:

“Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana shadaqah.” (HR. Tirmidzi).

629 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmadal-Kalantani. Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1868 masihi. Beliau ialah seorang tokoh pembangunpemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysiadan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Bapanya seorang petanibernama Ahmad, manakala ibunya bernama Fatimah binti Salleh, adalahseorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Sewaktu kecil Tok Kenali diasuh dan dididik dengan pendidikan agama olehdatuknya kerana ayahnya telah meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.Datuk beliau merupakan seorang warak dan memiliki ilmu agama serta patuhkepada peraturan-peraturan Ilahi.

Sewaktu Tok Kenali berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, beliau telah menyambung pelajarannyadi Masjid Al-Muhammadi Kota Bharu. Semasa menuntut di Masjid Al-Muhammadi, beliau telah berguru denganTuan Haji Wan Ismail iaitu ayahanda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud, Tuan GuruHj. Ibrahim, Syeikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan Tuan Guru Padang Hj. Ahmad.

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah.Pada tahun 1887 masihi, ketika berumur 18 tahun, beliau telah menjejak kaki di Tanah Suci Mekah untukmeninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan ibadat haji.

Di Mekah, Tok Kenali mempelajari dengan ramai guru antaranya ulama-ulama Arab dari Mekah dan juga ulamadari Tanah Jawi. Antara guru-guru beliau ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zainal Abidin binTok Bendang Daya Al-Fatani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi Al-Fatani, Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi, Syeikh Mukhtar Atarid Al-Buguri, Syeikh Muhammad Abid Al-Maliki, Sayyid Abu Bakar Al-Bakri bin Syatha Ad-Dimyati, Syeikh Muhammad Yusuf Al-Khayyat dan Sayyid Abdullah bin Muhammad Soleh Zawawi (mufti Syafie di Mekah).

Pada tahun 1909 Tok Kenali pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911 masihi beliaumula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agamadi semenanjung. Dikatakan lebih dari seratus buah pondok telah didirikan oleh daya usaha Tok Kenali di sekitar Kampung Paya sahaja.

Jawatan-jawatan yang dipegang oleh Tok Kenali semasa hayatnya ialah sebagai Penolong Mufti, Anggota dewan Ulama, Ketua Pelajaran Agama, Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu, Ketua PengarangKehormat majalah Pengasuh, Penasihat agama kepada Menteri Besar Kelantan dan di samping menghasilbeberapa buah buku. Antara karya beliau ialah Risalatud Durril Mantsur, Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharf dan Mulhiqli Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih.

Tok kenali meninggal dunia pada hari Ahad 19 November 1933 masihi, ketika beliau berusia 65 tahun. Beliaudikebumikan di perkuburan kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, Kelantan.

RUJUKAN:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh suradi, Hijjaz Record Publishing, Cetakan Kedua, 2018.

TOK KENALIPENCETUS ILMU PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA DAN

ASIA TENGGARAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MENSYUKURI NIKMATKEMERDEKAANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic

Studies Institute)

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang sangat bernilai. Iamerupakan satu nikmat kebebasan yang perlu disyukuri olehsetiap insan. Kemerdekaan adalah suatu kebebasan daripadabelenggu penjajahan pihak kuffar.

Kita wajib bersyukur di atas nikmat kemerdekaan ini yang telah diberikan oleh Allah SWT seperti dalamfi rman-Nya:

“Ketika Tuhan memberi izin kepada kalian, seandainya kalian bersyukur maka benar-benar akan sayatambahkan nikmat kalian dan apabila kalian kufur sesungguhnya seksaku sangatlah pedih.” (QS. Ibrahim14:7).

Kesyukuran itu perlu kerana kita telah selamat daripada cengkaman penjajahan pihak kuffar. Kita perlubersyukur kerana penjajahan itu merupakan cengkaman kafi r untuk menindas orang-orang yang beriman. Kesyukuran kerana terselamat daripada penjajahan ini juga dijelaskan di dalam al-Quran surah Ibrahim:

“Ketika Musa berkata kepada kaumnya: “ingatlah kalian atas nikmat-nikmat yang telah Allah berikankepada kalian, iaitu ketika Allah menyelamatkan kalian dari tentara Fir’aun yang menyeksa kalian denganseksaan yang pedih dan menyembelih anak-anak kalian dan mempermalukan isteri-isteri kalian. Haltersebut adalah bala yang besar dari Tuhan kalian.” (Surah Ibrahim: 6).

Jelas di sini bahawa nabi Musa AS menyuruh kaumnya untuk bersyukur selepas berjaya selamatdaripada cengkaman penjajahan Fir'aun.

Menurut Imam Al-Thabari (224 - 310H) menyatakan bahawa ayat ini adalah suruhan untuk kita bersyukurdi atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan. Pengkisahan Nabi Musa AS yang selamat daripadacengkaman Fir'aun adalah sebuah nikmat yang berharga. Maka kita diperintahkan untuk mengingatnikmat-nikmat dan mensyukuri kebebasan dan kemerdekaan yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

Kemerdekaan sebenarnya menurut neraca Islam adalah bebas daripada cengkaman daripada pihakkafi r. Kemerdekaan dan kebebasan merupakan mekanisme untuk mengangkat martabat agama, bangsadan tanah air.

Mencapai kemerdekaan bukanlah objektif terakhir akan tetapi batu loncatan untuk cita-cita yang lebihbesar iaitu untuk mengeluarkan masyarakat dari kemunduran dan kehinaan.

Oleh itu, kemerdekaan yang hadir perlu diambil sebagai iktibar untuk membangunkan jati diri “insan kamil” atau manusia yang lengkap serba serbi sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman.

“Insan kamil” yang dimaksudkan di sini ialah manusia yang teguh agamanya dan dalam masa yang sama tinggi produktivitinya untuk kebaikan umat.

1629 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

Penulis bersama Mejar Hairulnizam bin Hamid dalam PRODAKSI di Semporna

PRODAKSIOleh: Adi Pitang

Sudah agak lama aku tidak bertemu dengan sahabat ini,setelah hampir 11 tahun setelah program Jejak Pulaudi Pulau Jambongan, Beluran. Program yang dibuatbersama Kor Agama Anggatan Tentera (KAGAT) danJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah. ketikamenghadiri mesyuarat penyelarasan Program DakwahKawasan Operasi (PRODAKSI) di Bilik Mesyuarat Amru binAl-Ass, Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak,Kuala Lumpur, aku bertemu Mejar Hairulnizam bin Hamid, sahabat lama itu. Kami bersalaman layaknyasebagai seorang sahabat yang sudah lama terpisah. Berbanding dulu, masing-masing sudah menginjak usia,hahaha. Tapi ustaz masih nampak muda, usik sahabatku itu. Ehem!

PRODAKSI adalah satu program dakwah yang ditujukan sebagai pengisian bina insan kepada anggotadi kem dan pos tentera, contohnya di sempadan negara, namun sebagai mengambil tanggungjawabsosial, kami luaskan dan sebarkan juga kepada masyarakat umum di sekitarnya, jelas Brigadier JeneralDato’ Haji Nawawi Daud, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT. Jelasnya lagiprodaksi merupakan operasi tahunan pihaknya, yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yangbertugas di perbatasan.

Antara tujauan PRODAKSI ini ialah menyemarak kefahaman berhubung konsep Rahmatan Lil ‘Alamin, memupuk semangat kerjasama antara agensi Islam dan masyarakat awam dalam menjayakan programkerohanian ke aras memperkukuhkan jati diri masing-masing dan memperkukuhkan hubungan tentera denganmasyarakat setempat dan agensi agama melalui program bertemakan Rahmatan Li ‘Alamin dalam usahamemupuk kesedaran dan kebersamaan dalam isu dakwah, keselamatan dan kedaulatan Negara.

PRODAKSI yang dilaksanakan di kawasan Op PASIR Sektor Selatan ini berpusat di Markas Taktikal Kem SriWangsa dan Pulau Mabul daerah Semporna ini adalah hasil kolaborasi di antara Pasukan Dakwah Medan(PASDAM) KAGAT, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM), Yayasan Restu, Yayasan Taqwa, MajlisPertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pejabat Daerah Semporna.

Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada gabungan agensi-agensi Islam itu telah berjaya mengadakanPRODAKSI ini yang diisi dengan program Dai’e Medan, Tazkirah Dari Masjid ke Masjid, Forum PerdanaPRODAKSI, Ziarah Dakwah Santai, Majlis Khatam Al-Quran Perdana, Ceramah Agama, Program HalaqahBerkumpulan dan Majlis Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah. Pulau Mabul dipilih sebagai tempatperasmian PRODAKSI ini. Sebagaimana kehadiran kami sebelum ini, sambutan masyarakat pulau ini sangatmenggalakan. Rasa terharu bila mendapat tahu bahawa persembahan salawat anak-anak yang berumurbawah 7 tahun dalam majlis perasmian itu tidak memiliki taraf kewargaan. PRODAKSI telah memberi ruangprogram kepada masyarakat pulau ini.

“Hati-hati di jalanan, moga selamat sampai”, doa sahabatku Hairulnizam pada malam Forum PerdanaPRODAKSI yang tidak sempat ku sertai sama, memandangkan terpaksa mengambil penerbangan malam untukmenghadiri mesyuarat pada besok harinya. Moga PRODAKSI ini memberi manfaat kepada semua pihak.

ORANG INI TERMASUK PENDUDUK NERAKAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Abu Hurairah berkata: Kami ikut bersama Rasulullah SAW pada Perang Khaibar. Ada seseorang yangmengaku telah masuk Islam dan ikut berperang. Ia juga berhasil membunuh orang Yahudi. Aku sangat kagum dengan kekuatan, keberanian, dan kesabarannya. Kemudian aku menuturkan kepada Nabitentang lelaki itu yang membuat takut orang-orang musyrik. Baginda pun bersabda, “Orang ini termasuk penduduk neraka.” Aku terkejut mendengarkan sabda baginda ini. Lalu aku berkata, “Wahai Rasulullah, lihatlah apa yang ia lakukan! Perhatikan bagaimana cara ia berperang!”

Baginda kembali bersabda untuk menegaskan sabdanya tadi, “Barangsiapa ingin melihat lelaki penghuni neraka, silakan lihat orang ini.”

Ada seorang sahabat yang diliputi kehairanan dengan sabda Nabi ini dan tindakan lelaki itu yangberperang dengan gagah berani. Sahabat ini berfi kir untuk mengekori lelaki itu dan ingin mengetahuiakhirnya.

Banyak luka di tubuh lelaki itu sehingga ia tersungkur ke tanah dan tidak bernyawa. Sebelumnya iamengambil pucuk pedangnya dan ia letakkan di dadanya kemudian ia hunjamkan hingga tembusdi antara kedua lengannya. Ia telah bunuh diri.

Orang yang mengekori lelaki tersebut langsung menemui Nabi dan berujar, “Aku bersaksi bahawa engkau utusan Allah.”

“Benar apa yang kamu katakan itu. Tetapi, apa yang mendorongmu untuk mengucapkannya sekarang?” Tanya Nabi.

“Wahai Rasulullah, tadi engkau menyebut tentang orang yang paling pemberani di antara kami dengan bersabda, ‘Siapa yang ingin melihat penghuni neraka, silakan lihat orang ini’. Aku benar-benar hairan,lalu aku mengekorinya supaya hatiku berasa tenang. Wahai Rasul, apa yang engkau katakan tentanglelaki itu sama dengan yang aku lihat,” kata orang tadi.

Rasulullah SAW pun bersabda, “Berdirilah kamu hai Bilal dan umumkan dengan suara keras bahawatidak akan masuk syurga kecuali orang yang beriman. Sesungguhnya Allah mengukuhkan agama inidi antaranya dengan perantaraan seorang yang fajir (berdosa).”

429 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Solat TahajudSolat tahajud mampu membina sistem pertahanan tubuh daripada penyakit daripada terus merebak. Pada masa yang sama, hati pesakit akan lebih tenang dan akan lebih positif terhadap ujian kanser tersebut. Solat tahajud dilakukan pada waktu malam sebaik sahaja selepas pesakit tidur untuk seketika. Aktiviti bangun malam dan membasahkan diri dengan wuduk ini memberi kesan yang amat positif kepada kesihatan seseorang secara umumnya dan kepada pesakit itu sendiri secara khususnya. Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi akan membawa kita jauh melayangkan jiwa ini agar dekat kepada Allah SWT. Hal ini kerana waktu dan persekitaran pada ketika itu adalah tenang. Bacaan pula akan lebih khusyuk dan hati kita hadir dengan setiap bacaan tersebut.

Solat TaubatSolat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah SWT dan memohon kepada Allah SWT dengan seikhlas hati, penuh tawaduk dan rendah diri, insya-Allah taubat kita akan diterima. Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah kepada-Nya agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan. Solat taubat yakni solat memohon ampun kepada Allah SWT ini adalah penting. Ini kerana musibah yang menimpa kita ini adalah sebagai kafarah bagi dosa-dosa kita yang terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada Allah SWT dan bersegeralah melakukannya. Firman Allah:

Maksudnya: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat." (Surah An-Nasr ayat 3).

Bersegeralah bertaubat! Ingatlah, dosa-dosa kita merupakan penghalang kepada doa-doa kita. Justeru, dengan melakukan amalan ini, kita mendapat keampunan Allah SWT. Dengan izin Allah SWT, doa kita akan dimakbulkan serta Allah SWT akan mendengar rintihan penyakit kita agar disembuhkan. Insya-Allah.

Sedarlah bahawa penyakit datang daripada Allah SWT dan penawar juga di sisi Allah SWT. Pintalah keampunan daripada-Nya dan sujudlah!. Berdoa kepada Allah SWT agar kanser tersebut disembuhkan dengan izin daripada-Nya. Pesakit dinasihati agar melakukan solat taubat ini sebanyak yang termampu. Adalah lebih baik jika dapat diamalkan pada setiap malam.

Tambahan lagi, semasa dalam sujud yang terakhir itu, pesakit berdoalah kepada Allah SWT di dalam hati supaya diampunkan segala dosa dan diangkat segala penyakit yang menimpa. Pohonlah keampunan seberapa banyak kali dan mohonlah dengan hati yang ikhlas dan penuh tawaduk. Apabila kita sujud, kita memperhambakan diri kepada Allah SWT. Pada ketika itu, apabila kita berdoa, insya-Allah, Allah SWT akan mendengar dan memperkenankan doa kita.

“Daripada Abu Hurairah RA katanya, Adalah Rasulullah SAW membaca ketika sujud, ‘Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil mahupun besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi.” (Riwayat Muslim).

Solat HajatSolat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui segala dosa kita, maka selepas itu pohon dan pinta kepada Allah SWT untuk menyembuhkan sakit yang menimpa diri. Sebaik-baik cara memohon adalah bersolat hajat dan sebaik-baik masa memohon dalam solat hajat adalah semasa sujud. Pintalah kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan.

Bersambung...

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 10)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

HAK TEMPAT TINGGALOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Wajib ke atas bekas suami untuk memberikan nafkah tempat tinggal kepada bekas isteri semasa tempoh iddah, sama ada bekas isteri berkenaan ditalakkan secara raj’i (talak satu atau dua yang membolehkan suami rujuk semula kepada isterinya) atau ba’in (talak yang tidak membolehkan bekas suami untuk merujuk bekas isterinya tanpa akad nikah yang baharu, sama ada kerana sudah tamat tempoh iddahnya, atau kerana sudah ditalak tiga, sama ada dia hamil atau tidak).

Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah At-Talaq ayat 6 yang bermaksud:

Maksudnya: "Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."

Merujuk Kitab Jami’ Al-Bayan, Imam Ibn Jarir al-Tabari Rahimahullah berkata berkenaan ayat ini: “Berikanlah kediaman kepada isteri-isteri kamu yang telah ditalakkan daripada tempat yang kamu diami lagi kamu sediakan berdasarkan kemampuan kamu; Ini adalah arahan-Nya kepada golongan lelaki untuk memberikan tempat tinggal yang dia sediakan berdasarkan kemampuannya, sehingga selesai iddah isteri-isteri itu.”

Dalam mazhab Syafie, tidak boleh bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang telah diceraikan di dalam rumah iddah berkenaan, sama ada talak raj`ie atau talak ba’in. Haram bagi suami untuk masuk ke rumah iddah kerana membawa kepada khalwat dan mengganggunya. Ini bertepatan dengan ayat sebelum yang menyebut:

Maksudnya: "...dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka..."

Adapun sekiranya terdapat mahram, kepada bekas isteri atau suami, sama ada lelaki dan wanita atau wanita ajnabi, maka harus bekas suami itu tinggal bersama dan masuk ke rumah iddah. Ini kerana sebab pengharaman sudah tiada, melainkan hukumnya menjadi makruh, kerana ada kemungkinan untuk melihat kepada bekas isteri itu yang sudah haram kerana talak. Begitu juga harus jika kediaman itu berbilik-bilik, atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya.

Hak mengenai tempat tinggal ini juga dinyatakan dalam seksyen 72 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu: (1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti: (a) jika tempoh 'iddah telah tamat; (b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat; (c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah),

dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Kesimpulannya bekas suami hendaklah menyediakan tempat tinggal atau kediaman kepada bekas isteri selama mana masih dalam tempoh iddah. lelaki hendaklah keluar daripada kediaman yang disediakan kepada bekas isterinya yang beriddah dan tidak boleh tinggal bersamanya kerana dikhuatiri akan berlaku khalwat kecuali terdapat mahram.

Wallahualam.

1829 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Kemerdekaan membawa makna cukup besar bagi

sesebuah negara. Bebas daripada penjajah merupakan

lambang kedaulatan satu bangsa. Pembebasan dari

penjajahan asing dan mempunyai negara yang bebas

merupakan erti sebuah kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos

merupakan hari bersejarah yang disambut dengan

penuh meriah dengan program-program yang menjurus

kepada sayangi negara dan menyatukan perpaduan

di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Di dalam Islam kemerdekaan dikaitkan dengan

kebebasan daripada penjajahan fizikal dan kegelapan

ideologi dan fahaman-fahaman yang bertentangan

dengan ajaran Islam. Kemerdekaan yang sebenar

berpunca apabila seseorang tahu dan faham apa yang

diperintahkan oleh Allah SWT. Kemerdekaan yang hakiki

akan membebaskan jiwa kita daripada dunia yang

sempit kepada akhirat yang luas. Islam membebaskan

manusia daripada perhambaan kepada manusia yang

berbentuk sistem, kekayaan, pangkat dan seumpamanya

kepada keluasan rahmat dan ganjaran-Nya.

Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini bersamaan dengan

hari kemerdekaan negara kita. Hijrah sebagai salah satu

prinsip hidup, harus senti asa kita maknai dengan benar.

Secara bahasa hijrah bererti meninggalkan. Seseorang

dikatakan hijrah jika telah memenuhi 2 syarat, iaitu,

sesuatu yang diti nggalkan dan kedua ada sesuatu yang

dituju (tujuan). Kedua-duanya harus dipenuhi oleh

seorang yang berhijrah. Meninggalkan segala hal yang

buruk, negati f, maksiat dan menuju keadaan yang lebih

baik dan untuk menegakkan ajaran Islam.

Perintah berhijrah terdapat dalam beberapa ayat

al-Quran, di antaranya dalam surah Al-Baqarah, ayat

218 yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang

beriman, orang-orang yang berhijrah dan berhijrah

di jalan Allah, mereka itu mengharapkn rahmat Allah,

dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ayat

ini membawa maksud bahawa hijrah itu harus dilakukan

atas dasar niat kerana Allah SWT dan tujuan mengarah

rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Semoga Kemerdekaan dan tahun hijrah 1441 hijrah

ini akan memberi makna yang lebih dalam kehidupan

kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI

Duka yang sesekali menerpamendodoi gelombang resahmembadai nadi kotamenayangkan naskah kecewa di tabir jiwamengucur manik jurai air matamenekung suka duka pahit maniscuka yang tumpah ke lukamembakar rasa.

Terima kasih buat cakerawala yang gemerlapti ada terhitung bentangan luas sayap langitkerlipan bebintang bergemerlapanbulan menawan nun ti nggi di awanmentafsir keluasan bumi ciptaan-Nya.

Hidup ini perlu digali dengan akal dan nakliperlu memaknai panorama hayatwujudlah cinta abadiperlu menyuluh lorong hijrahke pentas damai bahagiadan memerdekakan jiwasyukur berpadu ikhlaslimpah barakahmewarnai maghfi rah taubatbahtera pedoman nurbelayar tenang ke muara hikmahbersuluh Nur RahmatAl-Amin.

Oleh:Duliam SuariKota Kinabalu

229 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 29 Zulhijah 1440H/30 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: HIJRAH DAN KEUNGGULAN DIRI - jheains.sabah.gov.my · KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARAN Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Solat Tahajud