NOVEMBER 2014 Bil :168/11/2014 Penasihat Cik Zurima Safian Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman Lela Ahmad Yong Azizah Haili Rubiah Alli Allias Sahari Dolly Liaw Mariam Gani Zulhaisham Sulaiman Wyndia Linseh Adeni 1 Anugerah High Performance Team Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 - Jawatankuasa Koordinasi Projek Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2014 pada 24 November 2014 di Borneo Convention Centre Kuching Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau - Kategori Inisiatif Penyediaan Laluan Pejalan Kaki ~ Tempat Ketiga Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014 pada 11 November 2014 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013 - 4 Bintang
13
Embed
High Performance Team Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Anugerah High Performance Team Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 - Jawatankuasa Koordinasi Projek
Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2014 pada 24 November 2014 di Borneo Convention Centre Kuching
Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau - Kategori Inisiatif Penyediaan Laluan Pejalan Kaki ~ Tempat Ketiga
Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014 pada 11 November 2014 di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013 - 4 Bintang
2
Kumpulan KIK INFOWAVE (Bahagian IRM) Tajuk Projek: Kerosakan Buku Yang Dipulangkan Melalui Book Drop Semakin Tinggi
Anugerah Emas 3 Bintang
Team Excellence Competition 20th Asia Pacific Quality Conference 2014 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia
pada 23 - 26 November 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Kumpulan KIK EMCO (Bahagian MNE dan COP) Tajuk Projek: Kerja Penyelenggaraan Kolam Pancutan Mengambil Masa Yang Lama
Anugerah Emas 3 Bintang
Sempena Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2014 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia
pada 24 - 26 November 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
Q-Transform Book Drop
ECOPAM
5 November 2014 • Mesyuarat persiapan Gotong – Royong Mega (5S)
di Bilik Bunga Raya 5 November 2014 • Lawatan Panel Penilai Anugerah High Performance
Team (AHPT) 2014
5 - 15 November 2014 • Lawatan Kerja di Sydney dan Kursus BSC
Professional Certification di Melbourne. Dihadiri oleh TP(FCS), KB(TRI) dan KB(AUD).
6 November 2014 • Seminar ‘Discovering The New Structure of ISO
9001: 2015 Standard and Its Implications To Certified Organizations’ di Hotel Pullman. Dihadiri oleh TP(CPS), Pn. Norlela Binti Suleiman dan Pn. Lela Ahmad.
11 November 2014 • Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia
dan Hari Habitat Sedunia 2014 – DBKU menerima Penghargaan Pelaksana Inisiatif Kejiranan Hijau (Kategori Laluan Pejalan Kaki)
11 November 2014 • Mesyuarat Ke-2 Hari Integriti dan Inovasi DBKU
2014
12 November 2014 • Seminar ‘Energy Efficiency and Systems
Optimisation’ di Hotel Grand Margherita. Dihadiri oleh KB(MNE), En. Lee Foo Soon, En. Brain Tingkuang dan Pn. Norlela Binti Suleiman
15 November 2014 • Gotong Royong Mega DBKU
17 November 2014 • Lawatan tapak Pihak Pengurusan DBKU ke
GaleriKU bersama Impact Design Associate.
18 November 2014 • Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
DBKU bagi tahun 2014. Penilaian oleh hakim jemputan dari MPC, MAMPU dan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.
19 November 2014 • Mesyuarat Pemilihan Pemenang Anugerah Inovasi
DBKU 2014 di Bilik Bunga Raya. 21 November 2014 • Mesyuarat Semakan Semula Pengurusan
(MR24/1/2014) di Bilik Anggerik. • Mesyuarat Pemilihan Anugerah Cadangan Q di Bilik
Anggerik. • Sesi penggambaran video Yang Berhormat Tan Sri
Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani untuk GaleriKU di Wisma Bapa Malaysia.
• Sesi perbincangan dengan pihak konsultan Harta
Intelek Kerajaan Negeri Sarawak di Bilik Mesyuarat Unit ICT, Tingkat 4, Wisma Bapa Malaysia bersama Kumpulan KIK DBKU iaitu EMCO, IMTENG, HIBISCUS dan INFOWAVE.
24 November 2014 • Mesyuarat Penilaian Kendiri Pensijilan 5S -
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) untuk Bangunan DBKU di Bilik Bunga Raya.
Jumlah Staf dikemaskini setakat : 28 November 2014
4
5
6
Mesyuarat Pembukaan Audit
PANEL HAKIM JEMPUTAN:- 1. Pn. Waila Mohd. Nasir - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 2. En. Stevincent Freddy Baru - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) 3. Pn. Haslinda Abdul Ghani - Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
Pensijilan Amalan 5S - Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ~ DBKU Mendapat Persijilan Dengan Markah Cemerlang 93.60% dari MAMPU
8
PANEL HAKIM JEMPUTAN:- 1. Pn. Cornelia Wong Chui - Timbalan Pengarah TPP2, Ketua Juru Audit MAMPU, Sarawak 2. Pn. Azrianie Binti Assahari - Penolong Pengarah Kanan MAMPU, Sarawak 3. Pn. Anny Lee Chiao Chen - Penolong Pengarah Kanan MAMPU, Sarawak 4. En. Abang Zulkarnain B. - Penolong Pengarah Kanan MAMPU, Sarawak Haji Ibrahim 5. Pn. Asnidar Binti Arabi - Pembantu Tadbir Kewangan MAMPU, Sarawak 6. Cik Normi Binti Bunyuh - Pembantu Tadbir Kewangan MAMPU, Sarawak
BAHASA JEPUN
BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS MAKSUD
CONTOH
Seiri
Sisih
Sort � Menyisih barang-barang yang tidak perlu:
� Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.
Membuang sampah
Seiton Susun Set In Order Kekemasan:-
� Menyusun secara kemas dan sistematik barang yang diperlukan supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan.
Tempoh 30 saat.
Seiso
Sapu
Shine Pembersihan:-
� Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.
Tanggungjawab harian untuk pembersihan ruang dan peralatan kerja individu.
Seiketsu Seragam Standardise Keseragaman:- � Mewujudkan piawaian amalan terbaik
di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.
Tempat penyimpanan peralatan dan dokumen yang jelas.
Shitsuke
Sentiasa
Amal
Sustain Disiplin:-
� Melatih pekerja untuk mengamal 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi dalam merealisasikan EKSA (5S).
Lakukan amalan 5S secara harian.
KONSEP 5S (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)
5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah :-
9
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
1.
7258
Menurap semula Lorong Demak Indah 5, Jalan Bako - Di simpang jalan tersebut telah terturun dan tidak rata kerana terdapat RC Culvert.
Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jalan tersebut masih di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya.
2.
7259
Mengecat semula bonggol jalan di kawasan Taman Sukma yang telah pudar.
Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).
3.
7260
Meletak nama bahagian dalam Pas Jabatan.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6182. Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti Ke-82 bertarikh 9 Julai 2013, cadangan untuk tidak meletak nama bahagian diterima namun nombor kad pengenalan masih perlu. Manakala Pas Jabatan dan lanyard baru telah diagihkan kepada semua pegawai dan staf pada 1 Julai 2014.
4.
7261
Membuat lintasan zebra untuk murid-murid sekolah di Jalan Nanas sebelah Supermarket Unaco.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6755. Cadangan tidak diterima kerana telah diambil tindakan dalam bulan Mei 2014.
5.
7270
Membuat lintasan zebra di hadapan SK Green Road.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7177. Cadangan tidak diterima kerana akan diambil tindakan setelah kerja-kerja JPPS siap dan turapan jalan akan dibuat.
6.
7272
Membuat bonggol di setiap 50 meter daripada simpang masuk untuk setiap jalan utama di bawah bidang kuasa DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6471. Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan permohonan mestilah melalui penduduk setempat atau wakil seperti disyaratkan dalam kelulusan pembinaan bonggol.
7.
7273
Memberi ganjaran ataupun anugerah dalam bentuk kewangan sebanyak RM500.00 kepada staf yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama setahun tanpa mengira tuntutan perubatan.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 2873, 7174, 1908, dan 3317. Cadangan tidak diterima kerana pernah diberi semasa Hari Inovasi, namun tidak diteruskan kerana elemen tidak mengambil cuti sakit telah dimasukkan dalam kriteria Anugerah Pegawai Bestari.
10
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
8.
7282
Pembinaan lampu isyarat di simpang tiga jalan masuk Bandar Baru Semariang ke jalan utama Sultan Tengah.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6340. Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan jalan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya.
9.
7286
Mewujudkan Kaunter Pembayaran Kompaun (letak kereta) di Bangunan DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5108. Cadangan tidak diterima kerana pengurusan kompaun diserah kepada pihak KCPS.
10.
7288
Jalan di hadapan Bahagian ENF dan SCY ditar semula supaya rata.
Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).
11.
7290
Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU menganjurkan pertandingan sukan antara jabatan. Sukan yang dipertandingkan seperti bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan lain-lain. Pertandingan tersebut boleh diadakan di Depo DBKU pada sebelah petang.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7062. Cadangan masih dalam tindakan Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU.
12.
7295
Memberi taklimat kesedaran amalan 5S kepada semua staf DBKU sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memberi pendedahan berkenaan kepentingan amalan 5S dan kriteria-kriteria 5S yang perlu dipenuhi.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 3914. Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan Bahagian TRI dan Jawatankuasa Induk 5S.
13.
7298
Menyediakan kemudahan electronic coffee/tea maker seperti di hotel untuk kegunaan di Bilik Mesyuarat Anggerik.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan buat masa sekarang thermos telah disediakan untuk semua bilik mesyuarat.
14.
7302
Memasang fixed cable beserta TV besar di hadapan Auditorium.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5160. Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan.
15.
7303
Satu hari tanpa pemandu serta membuat satu program khas untuk para pemandu DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan merupakan tugas hakiki. Kursus/Aktiviti yang ingin dihadiri oleh pemandu boleh disalurkan melalui Ketua Bahagian untuk sokongan dan kelulusan pihak Pengurusan.
11
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
16.
7307
Memastikan setiap pembesar suara (speaker) di setiap bahagian berfungsi ketika bacaan doa, pengumuman, nyanyian lagu Negaraku dimainkan.
Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).
17.
7312
Sijil penghargaan atau anugerah kepada staf yang tidak mempunyai rekod sijil sakit pada setiap tahun.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7273, 2873, 7174, 1908, dan 3317. Cadangan tidak diterima kerana pernah diberi semasa Hari Inovasi, namun tidak diteruskan kerana elemen tidak mengambil cuti sakit telah dimasukkan dalam kriteria Anugerah Pegawai Bestari.
18.
7313
Mengecualikan Bahagian TRI daripada Penilaian/Audit 5S.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6647. Cadangan tidak diterima kerana untuk memupuk persaingan sihat sesama staf dan zon. Usaha gigih dan berterusan diperlukan untuk memastikan pelaksanaan 5S sentiasa dijadikan budaya oleh semua staf DBKU, bukan semata-mata mengharapkan hadiah kemenangan sahaja.
19.
7314
Membina penutup parit tempat berjalan kaki di sepanjang Jalan Depo, Jalan Cenderawasih dan sepanjang perumahan, Semariang kerana sangat merbahaya kepada penduduk dan orang awam.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6592. Cadangan tidak diterima kerana hand railing telah dibina di sepanjang jalan tersebut. Lagipun ia memerlukan kos yang sangat tinggi.
20.
7317
Menyediakan peti/tempat khas barang/benda yang tercicir/hilang di kawasan lobi DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6974. Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan tidak sesuai diletak bersebelahan Kaunter Informasi. Tambahan pula, bilangan barang hilang yang dijumpa sedikit/jarang berlaku. Sekiranya ada, ia boleh disimpan dalam laci atau diserah terus Pengawal Keselamatan atau staf Bahagian PRD yang bertugas di kaunter tersebut.
12
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
21.
7320
Semua bahagian menggunakan kad pergerakan dokumen semasa memberi komen di dalam memo, surat dan dokumen.
Cadangan tidak diterima dan pencadang diminta memaklumkan bilangan bahagian yang tiada kad pergerakan dokumen.
22.
7324
Pemasangan lampu di perkuburan Semariang.
Cadangan tidak diterima kerana bukan dalam bidang kuasa DBKU.
23.
7325
Membuat Jejantas di Jalan Tun Abdul Rahman Yakup (berdekatan Jambatan Tun Abdul Rahman Yakup).
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4505 dan 1997. Cadangan tidak diterima kerana di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya dan pencadang diminta mengutarakan cadangan bernas ini dalam Laman Web Kerajaan Negeri.
24.
7327
Membina taman permainan kanak-kanak di padang bersebelahan Halaman DBKU atau di sekitar kawasan lapang.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4812. Cadangan tidak diterima kerana taman sedia ada boleh digunakan untuk aktiviti permainan, senaman dan riadah.
25.
7330
Menyedia TV LD Screen di ruang menunggu Hospital Umum Sarawak berkaitan aktiviti DBKU untuk memudahkan orang ramai menyertai dan mengetahui aktiviti serta program anjuran DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana penyiaran TV di Hospital Umum Sarawak adalah di bawah selenggaraan pihak Hospital Umum Sarawak.
26.
7332
Menyediakan kemudahan Wifi percuma di Esplanade.
Cadangan tidak diterima kerana melibatkan kos.
27.
7337
Menyediakan papan tanda amaran di sepanjang kawasan DBKU terutama di Kaki Bukit Siol untuk orang awam yang menjalankan pelbagai aktiviti riadah di kawasan Bukit Siol DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana sedang diambil tindakan.
28.
7341
Penggunaan Sistem Pengurusan Aset (MyAsset).
Cadangan tidak diterima kerana Bahagian ADM memang telah menggunakan Sistem Pengurusan Aset dan STAFs untuk mengurus aset-aset DBKU.