SATU BANGSA SATU NEGARA Negara kita Malaysia bertuah Buminya subur, cantik dan indah Dari Perlis hingga ke Sabah Hasil buminya melimpah-ruah Pelbagai kaum hidup harmoni Riang gembira disana sini Bersatu padu hormat-menghormati Musim perayaan kunjung-mengunjungi Orang Melayu dengan Aidilfitri Tahun Baru Cina turut dikongsi Kaum India menyambut Deepavali Pesta Menuai juga dirai
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SATU BANGSA SATU NEGARA
Negara kita Malaysia bertuahBuminya subur, cantik dan indahDari Perlis hingga ke SabahHasil buminya melimpah-ruah
Pelbagai kaum hidup harmoniRiang gembira disana siniBersatu padu hormat-menghormatiMusim perayaan kunjung-mengunjungi
Orang Melayu dengan AidilfitriTahun Baru Cina turut dikongsiKaum India menyambut DeepavaliPesta Menuai juga dirai
Budaya kita aneka rupaIndahnya sungguh tidak terkiraSama dipupuk sama dijagaBudaya kita menyatukan bangsa,
Azam kita tetaplah kiniSama menyanjung budaya sendiriKekal harmoni ibu pertiwiMenjulang Malaysia yang kita cintai
Jawab soalan berikut berdasarkan syair
a) Mengapakah negara kita dikatakan bertuah?
b) Apakah bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia hidup harmoni?
c) Mengapakah budaya bangsa kita perlu dipelihara? d) Nyatakan tiga perayaan lain yang kamu tahu. e) Nyatakan semangat yang perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.
AKTIVITI 1
PADANKAN DENGAN GAMBAR YANG SESUAI
Orang Melayu
Orang Cina
AKTIVITI 2
Orang Iban
Orang India
Orang Kadazan
Orang Kristian
Bina ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal
1. Puan Ratna suka memakai sari. Kain sari itu berwarna terang.
3. Pakaian traditional orang Iban itu berkualiti. Pakaian traditional orang Iban itu dihasilkan dengan teliti.
4. Cheongsam itu sangat cantik. Cheongsam itu halus buatannya.
AKTIVITI 3
Aktiviti 4
Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalakan pelbagai BUDAYA. Berdasarkan gambar-gambar di atas tulis kerangka karangan mengenai Persembahan Tarian Tradisional.
Wahai sekalian rakyat budiman,Pesanan ini dijadikan pedoman,Perpaduan rakyat itulah idaman,Rakyat sejahtera negara pun aman,
Negara yang makmur aman sentosa,Hasil perjuangan pemimpin berjasa,Generasi wawasan hargai jasa,Nikmati merdeka dijaga sentiasa,
Generasi wawasan cuba usahakan,Fikir sumbangan yang dapat diberikan,Nilai patriotisme jika diamalkan,Nikmat kemerdekaan dapat dikekalkan
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN.Tulis sebuah karangan berdasarkan gambar. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.