SERPIHAN cerita hantu mem- bentuk naratif yang menghubung- kan seni pemasangan dari satu bil- ik ke satu bilik dalam satu pame- ran rekaan seorang artis perintis seni persembahan dan video dari Amerika Syarikat, Joan Jonas. Mengambil inspirasi daripada kisah-kisah penduduk di kawasan Cape Breton, Nova Scotia, yang kerap beliau kunjungi pada musim panas, Jonas, 79 tahun, se- benarnya merujuk pada kisah-kisah menyeramkan itu ba- gi menerokai tentang kerapuhan alam semula jadi dalam dunia yang pesat berubah menerusi pa- merannya, They Come To Us Without A Word. Pameran tersebut yang menda- pat Sebutan Istimewa berprestij di Venice Biennale ke-56 tahun la- lu menggabungkan seni pemasan- gan multimedia aneka lapisan vi- sual, objek, bunyi dan teks. Ia merupakan pameran perta- ma Jonas di Singapura dan Asia Tenggara, dan diadakan di Pusat Seni Kontemporari NTU Singapu- ra. Kurator bersama yang menjay- akan pameran tersebut ialah Pen- garah Pusat Seni Visual MIT, En- cik Paul C. Ha, dan Pengarah Pen- gasas NTU CCA Singapura, Cik Ute Meta Bauer. Pameran tersebut dibahagikan kepada lima bilik berlai- nan den- gan judul Labah-labah, Ikan, Cer- min, Angin dan Homeroom. Dalam setiap bilik, beliau menayangkan klip video di te- ngah atau tepi bilik. Menerusi beberapa video yang ditayangkan pada skrin be- sar, sekumpulan kanak-kanak berusia lima hingga 16 tahun keli- hatan sedang bermain seperti kononnya menjadi seekor ikan, memakai topeng, menari atau melakonkan sketsa. Setiap bilik juga padat dengan lukisan, cermin dan objek lain. Namun, setelah meluangkan masa dalam setiap bilik, pengun- jung akan mendapati maksud un- sur seni tersebut. Misalnya, gambaran labah-la- bah dan ikan di bilik Labah-labah dan Ikan mencerminkan kepriha- tinan Jonas terhadap persekita- ran, terutama- nya bilangan la- bah-labah di sekitar dunia yang ki- an berkura- ngan. Pelbagai jenis ikan pula meng- hadapi kepupusan akibat pence- maran alam dan penangkapan ikan yang berlebihan. Dalam bilik bernama Angin, banyak layang-layang dan tan- glung daripada Jepun tergantung di siling yang menandakan kepu- pusan berlainan iaitu kehilangan perniagaan tradisional seperti pembuatan layang-layang dan tanglung. Ada juga video yang memapar- kan tilawah cerita hantu dan ber- cakap tentang perkara yang kini hilang daripada pandangan manu- sia – semuanya merujuk pada pe- rubahan ekologi. Menerusi satu kenyataan me- dia, Jonas berkata: “Walaupun idea karya saya melibatkan persoalan tentang bagaimana dunia pesat berubah, saya tidak terus menangani sub- jek itu. “Sebaliknya, idea-idea tersirat secara puitis menerusi bunyi, pencahayaan dan gambaran kanak-kanak, binatang dan land- skap.” Melibatkan kanak-kanak dalam pameran itu juga membole- hkan pengunjung pelbagai usia mudah menikmatinya. Jonas, yang dilahirkan di New York pada 1936, mula menceburi bidang seni sebagai seorang pen- gukir sebelum memberi tumpuan pada persembahan, filem dan kededuanya. Biarpun telah menghasilkan karya seni sejak 1960-an, naman- ya mula mendapat perhatian pa- da 2000-an. Namun, pengalaman dalam bidang seni selama lima abad te- lah membantunya mencipta satu bahasa seni unik. Sempena pameran tersebut, pelbagai program lain termasuk tayangan filem, bengkel dan perbincangan diadakan untuk or- ang awam bagi membolehkan pengunjung memahami pameran itu. ENURMAYA ALIAS E Pameran Joan Jonas: They Come To Us Without A Word di Pusat Seni Kontemporari NTU Singapura akan berlangsung hingga 3 April ini. ENURMAYA ALIAS [email protected] APABILA segolongan peserta pertandingan ratu cantik dikehendaki memperagakan kostum nasional di luar negara, mereka memilih busana kebaya Melayu berserta sanggul tradisional re- kaan pereka kostum, Encik Yusoff Hussin. Antara peserta tersebut, Cik Stella Teo, juara Mrs Classic Universe 2016 di Bulgaria, telah me- makai sepasang kebaya putih dengan sanggul Mi- nang, manakala Cik Jojo Tan, pemenang kedua pertandingan Miss Tourism Queen 2015 di China, telah mengenakan sepasang kebaya moden de- ngan sanggul goyang. “Dalam diam-diam, busana tradisional Melayu telah merantau di negara asing menerusi pelbagai pertandingan ratu cantik,” ujar Encik Yusoff, 43 tahun. Namun, mengapakah pakaian tradisional Me- layu dipilih bagi melambangkan kostum nasional dalam pertandingan itu? “Peserta tertarik pada sanggul yang kelihatan menawan apabila dipadankan dengan kebaya. Sanggul yang saya bekalkan juga mempunyai corak yang tak lapuk dek zaman. “Sebab itu, pakaian tradisional Melayu menja- di pilihan segolongan peserta pertandingan ratu cantik,” jelas Encik Yusoff yang juga membekal- kan sanggul dan baju pengantin. Beliau sebenarnya telah menghasilkan lebih daripada 1,000 kostum dan prop sejak lebih 10 tahun lalu. Encik Yusoff turut dibantu oleh abangnya, En- cik Ibrahim Hussin, 47 tahun. Ruang bilik pamerannya di kawasan Wood- lands bak sebuah almari besar yang sendat de- ngan kostum aneka bentuk dan warna. Ada gaun berkilauan, pelbagai rambut palsu, topeng menyerupai tengkorak, kostum bagi peng- hibur yang memakai sepasang jangkungan (stilt) dan kostum maskot berbentuk haiwan comel. Selain membekalkan kostum bagi acara sekolah, beliau juga pernah terlibat dalam pel- bagai acara besar di Singapura. Misalnya, beliau telah menyediakan kostum bagi Persatuan Melayu dan Serani bagi upacara pembukaan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2015. Encik Yusoff juga menjadi penyedia kostum ba- gi acara Sentosa Spooktacular 2013 hingga 2015, Pesta Bunga Sentosa 2013 dan 2014, serta meng- hasilkan kostum maskot bagi syarikat restoran makanan segera Burger King dan jenama sabun Kirei Kirei. Pada tahun ini, beliau juga telah mendapat tem- pahan pakaian bertemakan hip hop dan jaz dari Persatuan Serani bagi kostum perarakan Chingay 2016 yang bakal berlangsung menjelang hujung minggu ini. “Saya anggap setiap kostum seperti satu karya seni,” ujar Encik Yusoff yang menghasilkan re- kaan kostum dan membuat potongan fabrik sebe- lum ia dihantar kepada tukang jahit di dua kilang miliknya di Kuantan dan Batam. Perniagaan kostum beliau tercetus selepas be- liau kerap menjahit kostum bagi dirinya yang per- nah menjadi seorang penghibur dan pengacara di sebuah kelab serta acara privet. Lantaran itu, beliau membuat keputusan menyewa dan menyediakan khidmat rekaan kos- tum yang telah memberinya peluang bekerja de- ngan ramai pelanggan setempat dan antarabang- sa. Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, Encik Yusoff turut memberi tumpuan pada penjualan sanggul di bawah jenama Sanggul Sanggul. “Oleh sebab saya menyediakan kostum tradi- sional buat pelbagai acara, saya sering memadan- kan kostum dengan sanggul. Lalu, saya buat kepu- tusan pergi ke Indonesia dan mempelajari tentang adat memakai sanggul dan aneka jenis tusuk sang- gul,” kata Encik Yusoff. Bagi mengembangkan perniagaannya, beliau mula membekalkan baju pengantin tradisional ke- pada pakar andaman atau bakal pengantin sendiri pada hujung tahun lalu. Encik Yusoff, bagaimanapun, menekankan ba- hawa beliau tidak menyediakan khidmat anda- man. ENADHIRAH HAMZAH [email protected] PERSAHABATAN merupakan se- suatu yang boleh dijiwai ramai. Bagi Cik Nur Sabrina Dzulkifli, ia merupakan perhubungan yang amat penting dan dekat di hati, seperti yang beliau cerminkan dalam penulisan dramanya, Counting. “Dengan tamatnya sekolah, saya sedar bahawa saya hanya berhubun- gan dengan segelintir rakan. “Ia amat klise tetapi saya percaya bahawa setiap individu yang anda te- mui akan mengubah hidup anda den- gan cara yang tidak disangka oleh an- da,” jelasnya yang berusia 19 tahun. Drama dwibahasa itu ditulis dalam tempoh enam bulan di bawah program bimbingan menulis skrip, Playwright Residency, di Perpusta- kaan Daerah Woodlands yang dibimbing oleh Joel Tan, penulis dra- ma The Way We Go. Counting, bersama Holidays yang ditulis oleh Cik Euginia Tan, dipilih bagi pementasan dua drama (double bill) yang diberi tajuk We Used To Be Close, yang bertemakan persahaba- tan. Counting meneroka persahabatan dua gadis yang sudah lama berkawan – Farah dan Laila – yang merosot keti- ka kededua mereka meningkat dew- asa dan mempunyai keutamaan ber- beza. “Tajuk drama itu dihasilkan dari- pada adegan apabila kededua watak itu mengenang dan ‘menghitung’ pen- galaman yang mereka telah lalui ber- sama,” kata Cik Sabrina. Beliau juga menekankan bahawa tema persahabatan bukan satu-satun- ya tema di dalam drama itu. “Jika anda memberi perhatian yang cukup, anda dapat melihat bagaimana Farah bergelut memenuhi ‘harapan seorang anak perempuan sempurna’ dengan ketiadaan orang tersayang,” jelasnya. Graduan teater dari Sekolah Seni Singapura (Sota) itu berkata drama yang ditulisnya sering mencerminkan pemikiran beliau. “Kebanyakan kali, ia mengenai isu yang mengelirukan saya,” ujarn- ya. Pada 2012, beliau merangkul tem- pat pertama dalam pertandingan menulis skrip tahunan TheatreWorks 24-Hour Playwriting dengan drama bertajuk Of Babies (Not Really) And People, yang meneroka isu perkahwi- nan dan keibubapaan dengan topik ibu tumpang dan pengguguran bayi. We Used To Be Close akan diada- kan di Perpustakaan Daerah Wood- lands esok dan lusa pada 7.30 malam. Ukir nama dalam bidang reka kostum Guna kisah hantu teroka rapuhnya alam Drama persahabatan sarat dengan persoalan PAKAR MEREKA BENTUK KOSTUM: Pereka kostum dan pengasas syarikat Mind N Body Entertainment, Encik Yusoff Hussin (kiri), telah menghasilkan lebih 1,000 kostum sejak beliau menceburi bidang perniagaan menyediakan kostum lebih daripada 10 tahun yang lalu. Beliau turut dibantu oleh abangnya, Encik Ibrahim Hussin.– KHALID BABA JOAN JONAS: Artis perintis seni persembahan dan video dari Amerika Syarikat ini menggunakan beberapa kisah hantu secara kreatif bagi menerokai kerapuhan alam semula jadi dalam dunia yang pesat berubah menerusi pamerannya, They Come To Us Without A Word. – Foto PUSAT SENI KONTEMPORARI UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG (NTU) Join us for a tour around the college and watch our Chef-Instructors and learners LIVE in action! Date: Saturday, 27 Feb 2016 Time: 10am – 1pm Venue: Baking Industry Training College 201 Keppel Road Level 11 Annexe Block Singapore 099419 Nearest MRT: Harbourfront OPEN HOUSE For more information, please visit www.bitc.com.sg RSVP via [email protected] / (65) 62766337 KOSTUM PELBAGAI ACARA: Encik Yusoff menghasilkan kostum buat peserta daripada Persatuan Serani bagi perarakan Chingay 2016 pada esok dan lusa, selain menyediakan busana kebaya dan sanggul goyang bagi peserta pertandingan ratu cantik Singapura, Cik Jojo Tan (kanan), yang memenangi tempat kedua pada pertandingan Miss Tourism Queen 2015 di China. – Foto-foto MIND N BODY ENTERTAINMENT CIK NUR SABRINA: Pandangan beliau mengenai persahabatan dicerminkannya melalui drama Counting. – Foto AARON CHEANG 10 Berita Harian | Khamis, 18 Februari 2016 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan