Top Banner
660605125644001 HBML3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER : SEPTEMBER 2013 NAME : Fauziah bte Ahmad IC NUMBER : 660605-12-5466 MATRIX NUMBER : 66060512564444001 COURSE : SMP Khas TUTOR NAME : Pn. Jauyah Bt. Hj. Amit 1
38

HBML3103

Nov 23, 2015

Download

Documents

zdghsdh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

660605125644001

HBML3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUSEMESTER : SEPTEMBER 2013

NAME:Fauziah bte AhmadIC NUMBER:660605-12-5466MATRIX NUMBER:66060512564444001COURSE:SMP Khas

TUTOR NAME: Pn. Jauyah Bt. Hj. Amit

SUBMIT DATE:10hb. November 2013

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 3, 4

Definisi Pantun 4, 5, 6

Kandungan Pantun 7

Apa itu Pantun ? 8

Ciri-ciri dan jenis-jenis pantun 9, 10, 11, 12

Pantun dan sejarah 13, 14

Ranangan Pengajaran KOMSAS 15

RPH Tahun 6 16, 17, 18, 19, 20, 21

Kekuatan dan kelemahan aktiviti pantun 21, 22, 23, 24

Kesimpulan 25, 26

Bahan rujukan 27

PENGENALANPantun adalah pengucapan lisan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa sendiri. Luasnya ruang cakup yang diliputi oleh pantun menyebabkan kajian-kajian yang dilakukan ke atasnya terlihat belum sampai ke penghujungnya. Sehingga kini terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana, misalnya oleh Hamn Mat Piah (1989) dan juga oleh Francois-Rene Dailie (1988) yang meneliti pantun dari aspek dalaman dan juga luarannya. Lain-lain kajian ialah seperti yang dilakukan oleh Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:27) yang melihat pantun dari aspek akal budi Melayu. Ada juga kajian yang mencuba melihat struktur ayat dalam pantun Melayu (lihat Nik Safiah Karim, 1986: 15). Di dalam buku HBML3103 Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) Bahasa Melayu secara formal.KOMSAS meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel, pantun dan drama.Secara praktisnya, semua bahan sastera boleh diselitkan dalam kemahiran berbahasa. Ini meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Hal ini bermakna integrasi KOMSAS dalam Bahasa Melayu akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Secara umumnya, kedua-dua impak tersebut adalah untuk menjadikan P&P Bahasa Melayu lebih menarik. Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan.Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan air muka dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan.Pantun merupakan satu khazanah yang amat bernilai dalam dunia Melayu.Pantun memang tidak asing kepada masyarakat Melayu.Secara langsung atau tidak langsung kita sentiasa bertembung dengan pantun.Saban hari kita mendengar pantun, bahkan pelbagai bentuk rakaman yang memanfaatkan pantun sebagai seni kata lagu yang menarik dan indah.Selalunya, seni kata lagu yang berbentuk pantun akan menjadi siulan para remaja (Zainal Abidin Bakar: 1984: 3).Pantun telah menjadi sebati dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu satu masa dahulu.Perubahan masa telah menjadikan pantun semakin hari semakin jauh ditinggalkan. Anak-anak muda hari ini semakin melupakan pantun yang menjadi sebahagian daripada amalan hidup masyarakat Melayu lama yang sentiasa mementingkan adab dan kesantunan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sundadikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a- b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis.Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan adatmemelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum bekata . Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi.

1.0 Definisi PantunZa'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan maknasepertiatauumpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitupanuntunyang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:Sebab pulut santan terasa,Sebab mulut badan binasa.

Di samping itu, pantun juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun merupakan jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli yang amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama. Contohnya dalam acara pemainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.Justeru itu, pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa bentuk. Antaranya dalam bentuk teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan bentuk-bentuk isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap bentuk isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubung.

Pantun yang isinya mengemukakan tentangnasihat, adatdanagamapada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantunnasihatmisalnya, lebih jelasbersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk. Walaupun demikian, isitentangadatdanagamatidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umpamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

Pantun jenisperibahasajuga mudah dikenali. Ini kerana melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantunkias dan ibaratpula sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantunteka-tekiyang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dan membina kemahiran berfikir dengan tepat. Rima pantun yang baik berakhir denganab,abbagi pantun empat kerat dana,abagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

1.1 Kandungan Pantun Melayua) Pembayang atau sampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.b) Maksud atau isiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).c) PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.d) Suku kataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.e) Rima atau bunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

1.2 Apa itu pantun ?Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.Menurut Za'ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksud.

1.3 Ciri-ciri dan jenis-jenis pantunLazimnya, sebuah pantun memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya dengan jenis sastera lainnya. Adapun ciri-ciri pantun adalah seperti berikut.1. Pantun terdiri atas 4 larik atau baris.2. Setiap baris pantun hanya memiliki 8-12 suku kata.3. Pantun selalu bersajak atau rima a-b-a-b atau a-a-a-a.4. Baris pertama dan kedua dinamakan sampiran.5. Baris ketiga dan keempat dinamakan isi.Dalam pantun, baris pertama biasanya cenderung berhubungan dengan alam, sedangkan baris kedua lebih bebas dan tidak terikat dengan baris pertama. Baris kedua biasanya dipilih untuk menyampaikan maksud dan menyesuaikan rima. Dua baris terakhir yang merupakan isi pantun adalah tujuan dari pantun itu sendiri.Pantun memiliki banyak jenis. Setiap jenis pantun membawa makna yang berbeza dengan jenis pantun lain. Adapun jenis-jenis pantun ini meliputi: pantun adat, pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun kepahlawanan, pantun kiasan, pantun nasihat, pantun percintaan, pantun peribahasa, pantun perpisahan, dan pantun teka teki. Berikut adalah beberapa jenis pantun berserta ciri-cirinya;

1. Pantun AdatSalah satu jenis pantun yang kita kenal adalah pantun adat. Ciri-ciri pantun adat adalah yang selalu berkenaan dengan adat istiadat. Berikut adalah salah satu contoh pantun adat.Lebat daun bunga tanjungBerbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjungBaru terpelihara adat pusaka2. Pantun AgamaJenis pantun yang kita kenal berikutnya adalah pantun agama. Ciri-ciri pantun agama adalah selalu menekan kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama. Berikut adalah salah satu contoh pantun agama.Banyak bulan perkara bulanTidak semulia bulan puasaBanyak tuhan perkara tuhanTidak semulia Tuhan Yang Esa3. Pantun BudiJenis pantun yang berikutnya adalah pantun budi. Ciri-ciri pantun budi yang kita nampak adalah yang cenderung memperkatakan tentang budi manusia. Berikut adalah contoh pantun budi.Diantara padi dengan selasihYang mana satu tuan luruhkanDiantara budi dengan kasihYang mana satu tuan turutkan4. Pantun JenakaDari namanya saja, kita sudah dapat menek apa itu pantun jenaka. Pantun jenakan adalah pantun yang isinya berupa hal-hal lucu dan membuatkan orang ketawa. Namun disebalik ciri-ciri pantun jenaka yang lucu ini, biasanya terdapat sebuah sindiran yang tersembunyi. Berikut adalah salah satu contoh pantun jenaka.

Limau purut di tepi rawabuah dilanting belum masakSakit perut sebab tertawamelihat kucing duduk berbedak

5. Pantun KepahlawananJenis pantun ini, yang kita kenal adalah pantun kepahlawanan. Ciri-ciri pantun pahlawan adalah pantun yang menekankan tema kepahlawanan. Berikut adalah contoh pantun kepahlawanan.Redup bintang haripun subuhSubuh tiba bintang tak nampakHidup pantang mencari musuhMusuh tiba pantang ditolak

6. Pantun KiasanJenis pantun ini adalah pantun kiasan. Ciri-ciri pantun kiasan ini adalah yang menceritakan tentang kiasan-kiasan suatu hal. Berikut adalah salah satu contoh pantun kiasan.

Disangka nenas di tengah padangRupanya urat jawi-jawiDisangka panas hingga petangKiranya hujan tengah hari

7. Pantun NesehatJenis pantun ini adalah pantun nesehat. Pantun ini membicarakan tentang nasehat-nasehat kebaikan dalam setiap isinya. Berikut adalah salah satu contoh pantun nesehat.Parang ditetak kebatang senaBelah buluh taruhlah temuBarang dikerja takkan sempurnaBila tak penuh menaruh ilmu

8. Pantun PercintaanDalam tugasan ini juga saya akan mengetengahkan jenis pantun yang berkaitan tentang percintaan iaitu pantun percintaan. Pantun percintaan ini selalu menceritakan tema-tema asmara dan percintaan dalam setiap isinya. Berikut adalah salah satu contoh pantun percintaan.Ikan belanak hilir berenangBurung dara membuat sarangMakan tak enak tidur tak tenangHanya teringat dinda seorang

1.4 Pantun dan Sejarah PantunPANTUN adalah satu kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.

Masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Pada satu ketika dahulu, pantun menjadi bahasa basahan yang digunakan sebagai alat komunikasi yang bertujuan menjaga air muka pendengar atau orang yang dilawan bercakap.Melalui pantun, masyarakat Melayu berkias mengenai sesuatu secara halus dan teliti agar setiap perkara yang ingin disampaikan akan diterima dengan baik oleh seseorang.Oleh sebab itu, melodi dan pemilihan perkataan dalam pantun dibuat dengan begitu teliti.Ini memperlihatkan bentuk pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa peka terhadap alam sekeliling dan menjadikan pantun sebagai satu lambang ketekalan minda yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

Pantun juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun merupakan jenis puisi Melayu lama yang asli dan tertua. Ia diminati ramai, ini dapat dilihat apabila pantun digunakan secara meluas dalam kehidupan harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Lantaran itu, pantun dari segi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama.Pantun yang isinya mengemukakan nasihat , adat dan agama pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun nasihat misalnya lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah.

Ini bermakna dengan unsur-unsur kesusasteraan dalam bahasa Melayu seperti KOMSAS sekarang ini sedikit sebanyak ia dapat memperkayakan perbendaharan kata pelajar. Pendedahan ini juga adalah bertujuan untuk menarik minta membaca di kalangan para pelajar dan sekaligus dapat memperkayakan perbendaharan kata, gaya bahasa , struktur ayat dan sebagainya. Ini kerana, dalam KOMSAS ini terdapat banyak bahan yang boleh membantu pelajar-pelajar menambahkan perbendaharan kata mereka seperti sajak, pantun, drama, cerpen , novel dan sebagainya. Melaui pembacaan sajak, pantun dan bahan sastera lain sedikit sebanyak dapat menambahkan perbendaharaan kata pelajar di samping dapat memperkukuhkan lagi struktur bahasa dan gaya bahasa yang terdapat dalam bahan tersebut. Koh Boh Boon (1994:164) pula menjelaskan bahawa, Penggunaan bahan sastera dalamPendidikan Bahasa Melayu dapat memperkayakan bahasa antaran lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu. Memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik.

Sekiranya kita meluangkan waktu untuk menggalurkan secara ringkas sejarah pantun ini kita akan mendapati bahawa bentuk terawalnya adalah bentuk berbaris dua. Orang Melayu selalu melihat alam sebagai cermin untuk dirinya, guru untuk keadaan dan nasibnya. Jadi padanya dunia dilihat sebagai terbagi dua dunia alamraya, yang menjadi pembayang atau cermin untuk hidupnya, dan dunianya sendiri dunia manusia. Kita menemukan pembahagian dunia ini dalam peribahasa, yang mungkin mendahului pantun. Tetapi keduanya berakar kepada sebuah falsafah alam yang sama alam membayangkan manusia. Misalnya dalam peribahasa `Seperti kijang terlepas ke rimba, metafora kebebasan dilihat pada nasib seekor kijang, tetapi maksudnya merujuk keadaan manusia sendiri. Begitu jugalah ribuan peribahasa lainnya yang bercerminkan pengajaran alamraya.

1.5 Rancangan Pengjaran KOMSASSecara umumnya, Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS digubal untuk memanuhi matlamat . Dari apa yang kita ketahui bahawa dalam Rancangan Pengajaran KOMSAS ada di nyatakan bahawa pantun ada di dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam KOMSAS. Daripada sukatan pelajaran berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tahun 2002, KOMSAS tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik. KOMSAS mampu mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam penguasaan bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, KOMSAS juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan itu, KOMSAS diajarkan untuk:a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera dalam kalangan pelajar.b) Meningkatkan kemahiran berbahasa.c) Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera.d) Memupuk semangat yakin akan diri.Dalam pelaksanaan ini,saya telah membina Rancangan Pengajaran Harian yang mana saya mengikut format rancangan pengajaran berpandukan format KOMSAS. Dalam rancangan pengajaran yang saya bina ini, saya telah selitkan aktiviti pantu dalam kelas, peruntukan masa hanya 60 minit.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : Tahun 6 Tarikh : 10 Oktober 2013Masa : 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)Bilangan Murid : 20 orangTema: Kesusasteraan (Pantun)Tajuk : Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran/Kemahiran:

Fokus Utama : 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 3 : (i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 2 : (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:

(i) menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.

(ii) membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem BahasaTatabahasa : Kata adjektif, binaan ayat lengkap.Kosa Kata : Kolek, menoreh

Pengisian KurikulumIlmu : Kesusasteraan, kemasyarakatanNilai Murni : Kesyukuran, patriotisme, rasional

Kemahiran bernilai tambah

Kemahiran berfikir - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.

Teori Kecerdasan Pelbagai : Muzik

Belajar Cara Belajar: Membaca mekanis

Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengaj - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.

Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Video lagu :Buah-buahan tempatan.Soalan-Apakah yang ditunjukkan dalam video?

-Buah apakah yang ditunjukkan?

-Di negara manakah kita boleh perolehi buah-buahan ini?1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan.3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.4. Murid meneka tajuk pelajaran.5. Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini.Teknik :-Soal jawab

Nilai :-Kerjasama

BBM :

-video

Langkah 1(10 minit)SlaidPantun teka-teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun.2. Guru membuat demonstrasi pembacaan pantun di hadapan kelas.Teknik :-Tunjuk cara

Nilai :

Pantun teka-teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.

Langkah 2(15 minit)Teks pantunTeka teki bertajuk Kenali Buah-buahan Tempatan.Soalan:-Apakah perkataan yang kamu tidak faham dalam pantun rangkap (pertama, kedua, ketiga, keempat kelima dan keenam)-Perkataan:Belanga(periuk tanah)Meranduk(mengharungi)Paras(rupa muka)Kolek(sampan kecil)

Jawapan pantun:

1.Rambutan2.Durian3.Nenas4.Manggis5.Kelapa,betik1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.2. Secara berkumpulan murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas lembaran kerja yang disediakan.3. Murid diminta menyebut kembali nama buah-buahan tersebut secara lisan.4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan.Teknik :-Soal jawab-Perbincangan-sumbangsaran

Nilai :-Kerjasama-Tekun

BBM :-Lembaran kerja, teks pantun, slaid

Langkah 3(15 minit)Pengajaran :Kata adjektif.Contoh :- cantik- tajam- manis- merah- hitam

1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif.2. Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif secara kuat.3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan.4. Perbincangan antara guru dan murid mengenai kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.5. Wakil murid setiap kumpulan diminta membuat ayat lain berdasarkan kata adjektif, secara spontan.Teknik :-Tunjuk cara-Soal jawab

Nilai :-Kerjasama-Tekun-Mendengar arahan

BBM :-teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.

Langkah 4(5 minit)Nyanyian lagu.Pantun teka-teki menggunakan rentak lagu ikan kekek1. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu Ikan Kekek.2. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian menggunakan rentak lagu Ikan Kekek dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.3. Murid diminta menyanyi beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.Teknik :-Tunjuk cara

Nilai :-Kerjasama-TekunBBM : Teks pantun teka-teki

Penutup(10 minit)Nilai murni:1. Guru menyimpulkan pelajaran.2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.

Teknik :-Soal jawab

Nilai :-Kerjasama-Tekun

BBM :Lembaran kerja

-Kesyukuran- Patriotisme- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca pantun dengan betul.

2.Konsep Kata adjektif

Untuk tugasan Rancangan Pengajaran Harian ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit. Untuk tugasan ini saya mengambil keputusan untuk melaksanakan makropengajaran di dalam kelas Tahun 6. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini tercapai sepenuhnya. Murid-murid dapat memahami dan menguasai isi pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid aktif sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

1.6 Kekuatan dan Kelemahan aktiviti pantun

Antara ciri-ciri pantun yang menjadi kekuatan atau keistemewaannya adalah di dalam pantun wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkapnya.Walaupun kadang-kadang ada pantun yang pembayang dan maksudnya langsung tiada kaitan tetapi ia menunjukkan keunikan tersendiri pantun tersebut.Ciri ini tidak terdapat dalam pantun yang lain.Pantun merupakan salah satu jenis puisi yang tergolong dalam puisi lama. Struktur pantun dari dulu hingga sekarang masih tetap berpola ab-ab dan satu bait terdiri dari empat baris. Struktur lainnya di dalam pantun ialah adanya sampiran dan adanya isi. Sampiran dan isi tersebut yang selalu digaungkan oleh orang-orang yang berpantun dengan asiknya.Keberadaan pantun yang dikatakan sebagai puisi lama kini masih dipelajari di sekolah-sekolah dalam pembelajaran bahasa dan sastra Melayu. Pelajar diajarkan bagaimana membuat pantun dan bagaimana menentukan rima dan isinya. Jelasnya pelajar tentu ada yang faham dan ada yang tidak. Pertanyaanya, apakah kita sebagai masyarakat Melayu masih melestarikan pantun.Walau bagaimanapun, ia tetap menarik minat pelbagai badan korporat dan agensi serta pihak sekolah untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat serta kebolehan masing-masing di dalam arena pantun.Namun, mungkin ada perkara yang tidak disentuh dan diteliti oleh pihak yang terlibat dalam penganjuran atau peserta yang mengambil bahagian dalam festival tersebut walaupun ia merupakan perkara dasar yang sangat penting.Dengan lain perkataan, di sebalik keghairahan peserta membeli dan menjual pantun kepada pihak lawan, banyak perkara diabaikan khususnya tentang kedudukan pantun itu sendiri.Mereka mengabaikan banyak aspek dan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dari aspek rima dan jumlah perkataan diketepikan secara tidak langsung.Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu, Prof.Dr. Harun Mat Piah, sebahagian besar pantun yang diketengahkan dalam festival tersebut mempunyai rima yang janggal dan ada yang tidak mempunyai rima sama sekali.Katanya, kedudukan itu akan menjejaskan fungsi atau estetika pantun Melayu yang sememangnya mempunyai ciri yang tidak pernah berubah sejak zaman berzaman.Agak malang ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan.Walaupun kita akui, prestasi dan suara peserta tidak ada kecacatan, tetapi kelemahan-kelemahan ini memberi kesan kepada pantun yang disampaikan, katanya ketika mengadili pertandingan akhir pantunbaru-baru ini.Beliau yang juga merupakan ketua panel juri berkata, pantun-pantun yang dipersembahkan juga kurang menggunakan unsur perlambangan (simbolisme).Katanya, ia bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan.Harun berkata, jika unsur perlambangan tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal terserlah.Selain itu, tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga kadang-kadang pantun jenaka menjadi tidak jenaka. Ia agak lari dari tema dan istilah berbalas pantun yang sering diadakan dalam masyarakat Melayu tradisional, tambah beliau.Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia, pantun menjadi lebih bertenaga. tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa yang kiankayaperbendaharaannya, Unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud sendiri,Setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau idea yang lengkap. Bayangkan betapa banyak idea dan tema yang dapat digarap oleh pantun.Dengan demikian pantun menyentuh semua penjuru kehidupan manusia, Memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.Dari keterangan yang saya sampaikan,pantun juga mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam masyarakat Melayu,yang mana fungsinya seperti berikut;1. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,dan adat istiadat.2. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, sepertisanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatuupacara atau majlis rasmi.3. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.d) Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.4. Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan sepertipantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adatatau teromba.5. Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagaigambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya.Dalam pantun pendekatan kreatif merupakan pendekatan estetik dalam pengajaran pantun yang memusatkan kegiatan pelajar dalam bilik darjah kepada usaha membawa, melibatkan dan membimbing pelajar supaya dapat bersama-sama menikmati, merasai, menghayati estetikanya, memahami isi dan maksud serta menilai pantun sebagai sebuah karya seni. Manakala pendekatan tradisional pula ialah pendekatan yang menumpukan kegiatan di dalam bilik darjah dan dalam usaha menerangkan dan menghuraikan pantun yang dipelajari kepada pelajar-pelajar.Walau bagaimanapun, pantun turut mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang ketara, pantun yang terlalu mudah untuk direka cipta oleh sesiapa mudah pula diubah ciri-cirinya yang unik itu. Sebagai contohnya. Ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud, sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. Pantun yang di perembahkan sekarang juga menggunakan unsur perlambangan (simbolisme ). Ini bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Jika unsur perlambangan tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal terserlah.

1.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya mendapati penggunaan puisi klasik/pantun di kalangan pelajar sekolah menengah/rendah ini banyak membantu guru-guru mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan puisi klasik/pantun yang dipelajari oleh pelajar. Penggunaan puisi klasik/pantun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini telah membantu pelajar-pelajar menambahkan perbendaharaan kata mereka di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Ini dapat dibuktikan dengan aktiviti yang perolehi daripada pelajar-pelajar berkenaan yang menytakan puisi klasik/pantun dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu.Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif.Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri.Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta.Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam.Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan dan sekaligus menjadi kesimpulan mengenai pantun-pantun Melayu, yang ia bukan sahajasekadar karya-karya kosong. Namun begitu, di sebalik pantun-pantun ini, terselit peribadi masyarakat Melayu, yang penuh dengan pegangan hidup dan pandangan mereka. Lantaran itu, jelaslah bahawa di sebalik setiap pantun terkandung falsafah yang tersendiri. Lantaran itu adalah satu kewajiban kita sebagai seorang guru menerapkan nilai-nilai ini kepada pelajar-pelajar kita.Antara falsafah lain yang dapat dicungkil di sebalik karya-karya pantun Melayu adalah keperibadian yang ada pada orang Melayu sendiri. Sememangnya orang Melayu tidak didapat dipisahkan dengan keperibadian dan budi pekerti yang baik, bersopan santun, malu dan rendah diri.Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif. Ini kerana setiap pelajar perlu berusaha memberikan jawapan terbaik supaya kumpulan mereka berjaya mengatasi kumpulan lawan mereka. Selain itu, secara tidak langsung dapat melatih pelajar mentafsir pantun dengan cepat.Melalui pantun juga, para pelajar mengetahui ataupun mengenal budaya dan cara hidup masyarakat yang menciptanya. Disini kita dapat lihat kepentingan pantun dengan lebih jelas. Walau bagaimanapun dalam mengajar pantun, guru tidak boleh memberikan tumpuan kepada pentafsiran pantun sahaja. Sebaliknya aspek-aspek seperti struktur dan bentuk pantun juga perlu dititikberatkan bagi memastikan pelajar benar-benar mengenali pantun. Apabila pelajar mendapat tunjuk ajar dan pendedahan yang cukup serta mantap, mereka boleh mencipta pantun yang indah, cantik dan lebih menarik.

Tugasan ini juga merupakan satu tugasan yang berbentuk tinjauan terhadap penggunaan bahan sastera berupa puisi klasik (pantun) dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu serta melihat bagaimanakah pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu di kalangan guru yang menggunakan puisi klasik sebagai bahan pengajaran.Tugasan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah ujian penguasaan bahasa, temu bual dan juga pemerhatian.

BAHAN RUJUKAN

Amina Haji Noor ( 2000 ), Pantun Melayu Warisan Bangsa, Maju Jaya Indah Sdn. Bhd. Ampang.Abd Aziz Abd Talib. ( 2000 ). Pedagogi Bahasa Melayu. Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Ab. Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1 -10.Al. Ramaiah (1992). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBSBlog Pantun Sepantun Sehari, 5 Mac 2008 dlm. http:// persapantun.wordpress. com/category/pantun-lama/Institusi Bahasa. ( 1992 ). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur Dewan Bahasa & Pustaka.Kamarudin Husin. ( 1995 ). Pengjian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Zainal Abidin Bakar, ( 1991 ), Pantun Melayu, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

1