Page 1
1
HBML1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NAMA
NO.K/P
NO.MATRIK
NO.TEL
E-MAIL
:
:
:
:
ROSMALIZA BT ABD. MAJID
730520-03-6176
730520036176001
012-9197893
[email protected]
TUTOR
:
ENCIK IBRAHIM BIN IDRIS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
KELANTAN LEARNING CENTRE
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
Page 2
2
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 4
1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa 5
2.0 BUNYI VOKAL 6-14
2.1 Vokal hadapan
2.1.1 Vokal hadapan sempit
2.1.2 Vokal hadapan separuh sempit
2.1.3 Vokal hadapan separuh luas
2.1.4 Vokal hadapan luas
2.2 Vokal tengah
2.2.1 Vokal tengah pendek
2.3 Vokal belakang
2.3.1 Vokal belakang sempit
2.3.2 Vokal belakang separuh sempit
2.3.3 Vokal belakang separuh luas
3.0 BUNYI KONSONAN 15-24
3.1 Konsonan letupan
3.2 Konsonan geseran
3.3 Konsonan getaran
3.4 Konsonan sisian
3.5 Konsonan sengauan
3.6 Separuh vokal
3.7 Konsonan pinjaman
4.0 TRANSKRIPSI FONETIK 24-25
5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 26-27
5.1 Fonem
5.2 Alofon
6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL 28-31
6.1 Ciri-ciri Fonem Suprasegmental
6.2 Kepentingan Fonem Suprasegmental
7.0 PENUTUP 32
Page 3
3
1.0 PENGENALAN
Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang
dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan
kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada
disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan
tetapi tidak bertutur.
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi
kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi
penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan
perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan
nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,
seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan
sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat
yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah
melalui perantaraan bahasa.
Page 4
4
1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi
1.1.1 Fonologi
Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi
merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan
dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa
iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.
Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition (1996:874)
fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history
and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.
1.1.2 Fonetik
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik
berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang
bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar
daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi
menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi
yang digunakan sebagai alat komunikasi.
Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan
menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia
sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi
bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.
Page 5
5
1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa
Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang
bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau
hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga
dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa
juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara
lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh,
apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa
ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi
adalah sebagaimana rajah di bawah:
Rajah Organ Artikulasi
Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan
dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga
mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut
hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat
gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan
cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Page 6
6
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai
diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal
yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur
kepada bunyi vokal depan sempit [i].
2.0 BUNYI VOKAL
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan.
Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan :
“Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar
berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh
menimbulkan bunyi-bunyi geseran”.
Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi
bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita
suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara
yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.
Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
i) Vokal hadapan
ii) Vokal tengah
iii) Vokal belakang
Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu,
empat vokal depan, iaitu: [ i ], [ e ], [ ], dan [ a ]dan tiga vokal belakang, iaitu: [ u ], [ o ],
dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ə ].
Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis,
tetapi didalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.Jenis-jenis
vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :
Page 7
7
Jenis vokal Lambang Nama Vokal
Vokal
Hadapan
[ i ]
[ e ]
[ ]
[ a ]
Vokal hadapan sempit
Vokal hadapan separuh sempit
Vokal hadapan separuh luas
Vokal hadapan luas
Vokal
Tengah
[ ə ]
[ 3 ]
Vokal tengah pendek
Vokal tengah panjang
Vokal
Belakang
[ ù ]
[ o ]
[ ]
Vokal belakang sempit
Vokal belakang separuh sempit
Vokal belakang separuh luas
Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu
Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada bahagian
depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah:
Bahagian lidah yang
terlibat
Bunyi vokal yang
terhasil
Depan lidah Vokal depan
Tengah lidah Vokal tengah
Belakang lidah Vokal belakang
Page 8
8
Rajah di bawah inimenunjukkan keratan rentas lidah.Garis-garis melintang menunjukkan
ketinggian lidah.Melalui rajah ini menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal
dihasilkan.
Kedudukan vokal Bahasa Melayu
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis
vokal adalah seperti berikut:
Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam
keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.Keadaan bibir neutral semasa
menghasilkan vokal tengah.
Page 9
9
2.1 Vokal hadapan
2.1.1 Vokal hadapan sempit [ i ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dihamparkan
2. Depan lidah dinaikkan tinggi kearah gusi
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
terkeluarmelalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ i ]
6. Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
ikan, itik, ibu bilang, ciku, cicak ceri, beli, guli
2.1.2 Vokal hadapan separuh sempit [ e ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dihamparkan separuh sempit.
2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke hadapan gusi.
Page 10
10
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ e ]
6. Contoh vokal hadapan separuh sempit di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
enak, ekor, etak bela, berang, leper sate
2.1.3 Vokal hadapan separuh luas [ ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dihamparkan separuh luas.
2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak
dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh luas[ ]
6. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokal hadapan
separuh luas di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
etok, elo, edoh gelek, pelek, beso tule, ude, bule
Page 11
11
Vokal hadapan separuh luas [ ]
2.1.4 Vokal hadapan luas [ a ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dalam keadaan hampar.
2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas[ a]
6. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
ayam, api, anak bayang, baru, paku cara, rasa, pita
Page 12
12
2.2 Vokal tengah
2.2.1 Vokal tengah pendek [ə]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dalam keadaan hampar.
2. Tengah lidah dinaikkan sedikitke arah lelangit keras.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek[ə]
6. Contoh vokal tengah pendek di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
emas, empat, enam kemas, kejam, benang sosialisme
2.3 V okal belakang
2.3.1 Vokal belakang sempit [ u ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dibundarkan.
2. Belakang lidah dinaikkan tinggike arah lelangit lembut.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
Page 13
13
5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar[ u ]
6. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
ubat, uda, ubi burung, bubur, gandum paku, satu, kubu,
2.3.2 Vokal belakang separuh sempit [ o ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dibundarkan.
2. Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ]
6. Contoh vokalbelakang separuh sempit di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
orang, oren, oleh tolong, botol. roti, polo, solo
Page 14
14
2.3.3 Vokal belakang separuh luas [ ]
Cara membunyikannya :
1. Bibir dibundarkan.
2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari
paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas [ ]
6. Bunyi ini terdapat dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokalbelakang
separuh luas di dalam perkataan :
Awal Tengah Akhir
ore, otok, oloh sudoh, pecoh,sekoloh guano, kito, bilo
Vokal Belakang Separuh Luas [ ]
Page 15
15
3.0 BUNYI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.Konsonan bersuara
bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil
apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.Ketika mengeluarkan bunyi
konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran
sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi
vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau,iaitu vokal disengaukan oleh
konsonan itu.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna
oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan
mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara
sebutan
bibir Gigi-gusi Lelangit
keras
Lelangit
lembut
Glotis
Letupan p b t d - k g -
Letusan - - c j - -
Sengau m n (ny) (ng) ŋ -
Geseran - s - - h
Getaran - r - - -
Sisian - l - - -
Separuh
vokal
w - y - -
Carta konsonan Bahasa Melayu
Page 16
16
3.1 Konsonan letupan
3.1.1 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara[p]
Cara membunyikannya:
1.Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekakuntuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3.Pita suara direnggangkan.
4.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang
dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].
3.1.2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].Bezanya ialah:
1.Pita suara dirapatkan.
2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara.
3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]
Konsonan Letupan [ p ] dan [ b ]
Page 17
17
3.1.3 Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].
Cara membunyikannya:
1.Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung.
3.Pita suara direnggangkan.
4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta
.6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]
3.1.4 Konsonan letupan gusi bersuara [d].
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].Bezanya ialah:
1.Pita suara dirapatkan.
2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].
Konsonan Letupan [ t ] dan [ d ]
Page 18
18
3.1.5 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
Cara membunyikannya:
1.Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara.
2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3.Pita suara direnggangkan.
4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskanserta-merta.
6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidakbersuara [k].
3.1.6 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].
Cara membunyikannya:
Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].Bezanya ialah:
1.Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.
2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung
3.Pita suara dirapatkan.
4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].
Page 19
19
Konsonan Letupan [ k] dan [ g ]
3.2 Konsonan geseran
3.2.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]
3.2.2 Konsonan geseren glotis bersuara [ h ]
Cara membunyikannya :
1.Pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis.
2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup
rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
3.Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan
4.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glottis bersuara [ h ]
3.3 Konsonan getaran
Page 20
20
3.3.1 Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]
3.4 Konsonan sisian
3.4.1 Konsonan sisian gusi bersuara [ l ]
Cara membunyikannya:
3.5 Konsonan sengauan
Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi n asal yang terdapat di dalam
bahasa Melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat-empat bunyi nasal itu adalah pada
daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit
lembut dinaikkan. Contohnya adalah :-
Page 21
21
3.5.1 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]
Cara membunyikannya:
3.5.2 Konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ]
Cara membunyikannya:
Page 22
22
3.5.3 Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
Cara membunyikannya:
Cara pengeluar udara bagi konsonan sengauan [ŋ]adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di
mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan
udara terus kehidung.
3.5.4 Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ]
Cara membunyikannya:
Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan.Pita suaraakan ke rongga mulut
dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka
terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ ]
Page 23
23
3.6 Separuh vokal
3.6.1 Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
Cara membunyikannya:
3.6.2 Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]
Cara membunyikannya :
Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan
ke belakang anak tekak.Pita suara digetarkan sambil lidahbergerak pantas untuk
membunyikan vokal [ə].
Page 24
24
3.7 Konsonan pinjaman
Konsonan pinjaman bermaksudkonsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa Melayu
tetapi dipinjam dari bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, bahasa Inggeris dan
sebagainya.Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada :
1) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [ f ]. Contohnya : fasa
2) Geseran bibir-gigi bersuara [ v ]. Contohnya : variasi
3) Geseran gigi tidak bersuara [ th ]. Contohnya : thabit
4) Geseran gigi bersuara [ d ]. Contohnya : hadhir
5) Geseran gusi bersuara [ z ]. Contohnya : zalim
6) Geseran lelangitkeras tidak bersuara
7) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ kh ]. Contohnya : khairat
8) Geseran lelangit lembut bersuara [ gh ]. Contohnya : ghaib
4.0 TRANSKRIPSI FONETIK
Transkripsi fonetik bermaksud satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan lambang-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa.Transkripsi fonetik juga digunakan oleh pengkaji dialek.Lambang fonetik
ditulis dalam kurungan [ ].
Berikut ialah jadual transkripsi fonetik bagi menghasilkan bunyi vokal :
Bil Fonem Contoh Transkripsi Fonetik
Awal Tengah Akhir
1. / a / [ awan ] [ beras ] [ nama]
2. / e / [ elok ] [ leher ] [ tempe ]
3. / ə / [ emak ] [ bela ] [ tauge ]
4. / i / [ ibu] [ tiba ] [ padi ]
5. / o / [ otak] [ botol ] [ pidato ]
6. / u / [ ular ] [ busuk ] [ hidu ]
Page 25
25
Di bawah ini disediakan jadual transkripsi fonetik untuk menghasilkan setiap huruf konsonan.
Bil Huruf Fonem Contoh Transkripsi Fonetik
Awal Tengah Akhir
1 b / b / [ baju ] [ abu ] [ adab ]
2 c / č / [čawan ] [ ačar ] [ č ]
3 d / d / [ daun ] [ adun ] [ abad ]
4 f / f / [ faham ] [ wafat ] [ asnaf ]
5 g / g / [ ganas ] [ duga ] [ jag ]
6 gh /ᴕ / [ ᴕaib ] [ maᴕ rib ] [ baliᴕ]
7 h / h / [ hakim ] [ mahal ] [ mekah ]
8 j / j / [ jalan ] [ hujan ] [ buruj ]
9 k / k / [ kalau ] [ suka ] [ masuʔ ]
10 kh / x / [ xairat ] [ axirat ] [ tarix]
11 l / l / [ lama ] [ ulam ] [ kapal ]
12 m / m / [ makan ] [ umi ] [ ulam ]
13 n / n / [ nasi ] [ panas ] [ pun ]
14 ng / ŋ / [ŋilu } [aŋin ] [ yaŋ ]
15 ny / ɲ/ [ ɲiru ] [ buɲi ] _
16 p / p / [ pakai ] [ sapu ] [ suap ]
17 q / q / [ qari ] [ aqiqah ] -
18 r / r / [ ragu ] [ urat ] [ biar ]
19 s / s / [ sagu ] [ usah ] [ puas ]
20 t / t / [ tasiʔ ] [ utas ] [ alat ]
21 v / v / [ van ] [ larva ] -
22 w / w / [ wau ] [ awan ] [ wow ]
23 z / z / [ zip ] [ gizi ] -
Page 26
26
5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON
5.1 Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna.Perbezaan makna ini dapat
dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.Misalnya pasangan minimal
perkataan pedang dengan petang.Perkataan pedang dan petang masing-masing terdiri
daripada enam unit bunyi iaitu p, e, d, a, n, g dan p, e, t, a, n, g. Unit-unit bunyi ini dipanggil
fonem iaitu unit bunyi yang terkecil.Dalam pasangan minimal dua perkataan itu terdapat
bunyi yang berbeza(distingtif), iaitu bunyi d dan bunyi t.Disebabkan perkataan pedang
berbeza makna dengan perkataan petang(walaupun dari segi bunyinya hampir sama, kecuali
bunyi d dan bunyi t), maka dikatakan bunyid dan bunyi t adalah bunyi yang distingtif yang
membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan bunyi t adalah bertaraf fonem yang berbeza, dan
bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem,iaitu / d/ dan / t /.
Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut :
a) tulang
pulang
/ t/ dan/ p / adalah fonem yang berbeza
b) kurap
turap
/ k / dan / t / adalah fonem yang berbeza
c) sayang
wayang
/ s / dan / w / adalah fonem yang berbeza
Selain daripada contoh pasangan minimal di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal
yang lain yang membezakan makna. Contohnya : pakar dengan bakar; kaya dengan paya;
tulang dengan dulang, dan lain-lain.
Page 27
27
5.2 Alofon
Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi
antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem.
Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh
bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi
fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana
terpengaruh dengan bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k, dan ?.Bunyi alofon k terjadi
akibat kehadirannya dalam perkataan kiri ( iaitu k yang diikuti oleh vokal depan). Bunyi k
terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u
).Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti dalam
perkataan kaka?
Dalam hal ini alofon k, k, dan ?adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang samaiaitu
fonem / k /. Ketiga-tiga bunyi tersebut ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.
Maksudnya bunyi-bunyi alofon itu hamper-hampir sama dari segi pengucapannya dan
penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling lengkap melengkapi.Dengan saling
melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut memduduki posisi tertentu( tempat
masing-masing) dalam bahasa Melayu.
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu,
lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna ,
tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak
diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua
alofon.
Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas
dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya faham
dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza.
Page 28
28
6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL
Fonem suprasegmental atau fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih
atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama
fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.
Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu :
a) Tekanan
b) Nada
c) Jeda
d) Intonasi
e) Panjang-pendek
6.1 Tekanan
Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.Tekanan biasanya
berlaku pada suku kata dalam perkataan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / „ /.
Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal.Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut
dengan lantang dan boleh dipanjangkan.Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu
berlaku pada suku kata yang kedua. Contohnya dalam perkataan ki ta , ba pa , sa tu
dan sebagainya.
Dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris,tekanan boleh membezakan makna. Contohnya
perkataan pro gres bermaksud “ memajukan ”( kata kerja ) ,manakala prog res
bermaksud “ kemajuan “ ( kata nama ).
6.2 Nada
Nada merupakan naik atau turunnya suaradalam pengucapan perkataan. Banyak bahasa yang
dituturkan dengan menggunakan nada, dan nada ini membezakan makna seperti bahasa
Mandarin, bahasa Thai bahasa Vietnam dan lain-lain lagi.Terdapat tanda atau lambang yang
digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu perkataan itu. Nada ditandai
oleh nombor-nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan nada seperti berikut :
Page 29
29
Nada Lambang
Nada rendah 1
Nada biasa 2
Nada tinggi 3
Nada sangat tinggi 4
6.3 Jeda
Jeda yang juga disebut persendian ialahciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai
tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah # . Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan
makna. Contohnya ujaran I scream . “ saya menjerit “ dan ice cream “ eskrim “ dengan
tanda jeda seperti yang berikut :
I scream # ai + skri : m # “ saya menjerit “
Ice cream # ais + kri : m # “ eskrim “
Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Jeda juga
digunakan untuk membezakan makna ayat. Contohnya ayat “ Saya makan pisang datuk
“boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti berikut :
# Saya makan pisang datuk # ( maksudnya saya makan pisang kepunyaan datuk )
# Saya makan pisang # datuk. ( Saya memberitahu datuk bahawa saya makan pisang )
6.4 Intonasi
Intonasi ialah turun naik nada suaradalam pengucapan ayat atau frasa.Intonasi juga disebut
lagu bahasa.Terdapat pelbagai intonasi atau laguyang tedapat pada ayat dalam bahasa
Melayu. Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat.
Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.Apabila
kitamengujarkan dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara
bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang
berbeza-beza.Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan,
kepanjangan, jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan
dalam pertuturan.
Page 30
30
6.5 Panjang-pendek
Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada
perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh
membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab
tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.
Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ]yang dinamakan mora. Jika tanda mora ini
satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu
mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora.
Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang -pendek ini digunakan.
Contohnya perkataan sit bermakna “ duduk “, dan si : t bermakna “ tempat duduk “.
7.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL
Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu, fonem suprasegmental memainkan
peranan yang amat penting. Antara kepentingan fonem suprasegmental dalam pengajaran
kemahiran lisan adalah seperti berikut :
7.1 Tatabahasa
Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk
membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah :
a) # Emak makan nasi adik #
b) # Emak makan nasi # adik
Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi
dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang
berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi
kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan
nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata
kerja.
7.2 Kelancaran
Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang
murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu
Page 31
31
berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
7.3 Kefasihan
Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar
tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan
jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku
kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek
tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu
dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan, dan makna.
7.4 Laras Bahasa
Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis
laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan
untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan
sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan
perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan
nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,
seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun
dansebagainya dalam bahasa yang puitis.
Page 32
32
8.0 PENUTUP
Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi
manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang
berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa.
Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi
bahasa.
Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi
konsonan.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara.
Page 33
33
RUJUKAN
Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent
Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1,Oxford Fajar Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.scribd.com/doc/42449112/Nota-Fonetik-n-Fonologi.............................