FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPT/ 2014HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
NO MATRIKULASI : 651210095001001NO. KAD PENGNEALAN:
651210095001NO. TELEFON: 0194640077E-MEL:
[email protected]:NOOR AHMAD BIN NOORDINPUSAT PEMBELAJARAN:
SUNGAI PETANI , KEDAH
KANDUNGAN
PerkaraMuka surat
1.0 Teks ceramah : Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan
Di sekolah1-82.0 Lima Set Borang Maklum Balas Mengikut Skala
Likert9-133.0 Laporan kaji selidik14-154.0 Dapatan maklum
balas15-215.0 Cadangan pencegahan dan penambahbaikan21-236.0
Kesimpulan24-257.0 Rujukan26
1.0 Teks Ceramah : Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan
di Sekolah
Salam sejahtera, Yang saya hormati Tuan Pengacara Majlis, Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu
bapa dan hadirin sekalian.Sepertimana yang kita semua ketahui
sekolah adalah seperti rumah kedua bagi warga sekolah. Jika selama
ini kita mengambil pendekatan atau slogan Rumahku Syurgaku, mengapa
kita tidak boleh mengambil pendekatan yang serupa iaitu Sekolahku
Syurgaku? Elemen inovatif dan futuristik dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah sebenarnya tidak boleh dielakkan sama ada kita
suka ataupun tidak. Bagaimanapun, inovasi yang dimaksudkan bukanlah
merekacipta sesuatu yang baharu sebaliknya ia adalah pembaharuan
dalam aspek pengurusan di sekolah manakala futurustik pula merujuk
kepada kemampuan pengurusan mengejar peralihan masa.Seseorang
pentadbir atau pengurus sekolah akan dapat mengenalpasti sebarang
masalah atau kesulitan yang bakal dihadapi dan telah merancang awal
bagaimana untuk menanganinya. Program Sekolahku Syurgakujika
diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk
menjadikan sesebuah sekolah itu bersih dan selamat untuk warganya.
Sebagaimana diketahui umum sekarang ini terdapat pelbagai kes yang
melibatkan keselamatan terpampang didada akhbar. Antaranya tercucuk
besi penutup longkang, ditimpa tiang gol dan bermacam lagi biasanya
berkisar dari masalah penjagaan keselamatan di sekolah Begitu juga
dengan aspek kebersihan. Sesetengah sekolah terdapat tempat
pembiakan nyamuk aedes,semak samun yang boleh mengundang bahaya dan
sebagainya. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk
menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan
sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu
untuk datang semula keesokan harinya. Satu program yang
dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku
adalah dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar
yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka
menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti 1mulia, serta
menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga
sekolah dan sesama bapa para pelajar.Program ini juga bermatlamat
untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan
mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat
menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan
mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang
aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.
Murid-murid juga perlu mengamal dengan istiqamah amalan kebersihan
dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab murid-murid menjaga
dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi. Untuk
pengetahuan hadirin semua, sekolah adalah pusat pendidikan atau
tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu. Oleh itu alam sekitar
kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar untuk
menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.
Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan
untuk menceriakan kawasan sekolah serta mewujudkan iklim serta
identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan selamat
kepada semua penghuninya.Kebersihan di sekolah boleh didefinisikan
sebagai personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan
persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan
berkesan.Tujuan amalan kebersihan di sekolah adalah untuk:i.
Menjadikan sekolah sebagai pusat pendidikan yang bersih, indah,
ceria dan selamat.ii. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi
mencapai kebersihan maksimum.iii. Meningkatkan keprihatinan dan
komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan
serta menghargai kemudahan yang disediakan.iv. Membina perlakuan
amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani
kehidupan seharian.v. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua
pihak dalam program kebersihan sekolah.vi. Kesediaan bekerja
sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan
sekolah.2Manakala keselamatan di sekolah pula boleh ditakrifkan,
suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana
atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan atau
suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah yang
boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan jati diri murid daripada
sebarang pengaruh dan ancaman luar.Tujuan amalan keselamatan di
sekolah adalah:i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat
kepada semua warganya.ii. Melahirkan murid berkeperibadian unggul
menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan
dalam aspek keselamatan.iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan
semua pihak dalam program keselamatan sekolah.Hadirin
sekalian,Amalan kebersihan merupakan satu aspek yang penting dalam
kehidupan seseorang. Pelbagai slogan yang biasa kita dengar seperti
Negara Bersih Rakyat Sihat, Kebersihan Asas Keimanan,Bersih Itu
Indah dan sebagainya. Ini membuktikan betapa pentingnya amalan
kesihatan kepada kita semua. Tugas ibu bapa memainkan peranan utama
dalam memastikan kebersihan awam dan alam sekitar terjamin. Ibu
bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri
kanak-kanak sejak mereka dibangku sekolah rendah lagi . Semua agama
menekankan aspek kebersihan dan menghalang penganutnya daripada
melakukan kekotoran yang akan menjejaskan diri sendiri dan
persekitaran. Dengan adanya didikan agama yang mantap,kebersihan di
tempat awam serta kebersihan alam sekitar dapat dizahirkan. Selain
itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek
kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku
mereka akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka.Selain ibu
bapa yang bertanggungjawap mendidik anak ke arah kebersihan, guru
juga memainkan peranan penting dalam memumupuk nilai kebersihan
dalam hati sanubari pelajar.Mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan
Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan banyak memberi penekanan
kepada pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni dalam
sukatannya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mementingkan
kebersihan. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan
tanggungjawap mereka sebagai pendidik yang 3berkesan kerana setiap
ajaran guru akan melekat dalam minda pelajar dan akan diaplikasikan
dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek kebersihan terutamanya kebersihan kelas dan
kawasan sekolah dan seterusnya memaklumkan kepada murid betapa
pentingnya penjagaan kebersihan alam sekitar dengan melarang murid
daripada membuang sampah di merata-rata tempat dan sebagainya.
Konsep bersih ini perlu diperluaskan bukan sahaja di dalam kelas
tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak sekolah dan
guru boleh membina kolam ikan, taman mini dan landskap supaya
keadaan sekolah lebih ceria dan menghijau.Mata pelajaran Pendidikan
Moral, Pendidikan Agama Islam serta Sivik dan Kewarganegaraan perlu
diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang
dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh
istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang
betapa pentingnya amalan kebersihan kepada kehidupan.
Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang berada ditahap terbaik
akan mengharumkan nama sekolah dan dapat mempromosi sekolah.
Kawasan sekolah yang bebas daripada aspek kekotoran akan
mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa,
komuniti dan masyarakat luar. Sekolah yang memiliki kawasan
persekitaran berada dalam keadaan bersih dan ceria akan menjadi
contoh kepada sekolah-sekolah berdekatan dan sekaligus akan
mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan. Oleh
yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kelas
dan kawasan sekolah kita pada setiap masa. Dengan menjadikan
persekitaran sekolah yang bersih pelbagai penyakit biasa dan
berjangkit akan dapat dicegah dan dijauhi .Kawasan sekolah yang
bersih akan dapat mengelak dari penyakit demam denggi yang dapat
membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang
bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang
terurus akan menghalang haiwan-haiwan yang berbahaya membiak.
Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit berjangkit
tidak mengancam kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan
membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang
kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah
kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.Tambahan pula,kawasan
sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah
menjalankan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Aktiviti
4kokurikulum juga boleh dijalankan dengan sempurna apabila wujudnya
kawasan sekolah yang bersih .Aktiviti perkhemahan dan penganjuran
pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat
dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek
kebersihan Ini akan menggalakkan pelajar lebih aktif dalam aktiviti
luar bilik darjah selain kokurikulum.
Hadirin yang dikasih sekalian, Perubahan yang berlaku dalam era
pendidikan masa kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal
pasti strategi, kaedah dan model program yang dapat
mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga
sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam
atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melancarkan modul dan manual konsep Sekolah Selamat pada tahun 2002
sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sesebuah sekolah
itu selamat.Berdasarkan panduan ini, semua pihak telah disedarkan
tentang peranan masing-masing dalam menentukan aspek keselamatan.
Amalan keselamatan juga memainkan peranan utama untuk mempromosi
sekolah menjadi sekolah yang selamat. Kepentingan amalan
keselamatan adalah bagi meningkatkan pemahaman, penghayatan dan
amalan bahawa aspek keselamatan hendaklah dijadikan keutamaan dalam
semua aktiviti di sekolah. Warga sekolah hendaklah sentiasa sedar
dan peka terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya
kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka. Selaras dengan
perkembangan isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan murid dan
warga sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak
semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan
keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan
murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa berasa selamat
seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah.
Iklim persekolahan yang selamat dan kondusif akan meningkatkan
keyakinan kendiri murid bagi membantu pencapaian akademik dan
pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi sumbangan secara
positif kepada sekolah, masyarakat dan negara. Keselamatan murid
semasa di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini
adalah disebabkan terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka
boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan diri. Fokus arahan
keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan 5langkah-langkah
yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan
murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa
pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum seperti sukan
dan permainan, perkhemahan, lawatan serta keselamatan semasa di
asrama..Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat
daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh
mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya
semua pihak tidak prihatin, peka dan akur kepada peraturan
keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah menghadapi suatu isu
keselamatan menjadi satu kemestian. Dalam arahan ini, kris dan
bencanatermasuklah kejadian banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa
bumi, jerebu, tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang
boleh menimpa warga sekolah. Prasarana atau infrasturtur sekolah
juga boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus
tadbir dengan baik. Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan
pemeriksaan rapi secara berterusan dan berkala agar kawasan sekolah
menjadi tempat yang selamat dengan suasana persekitaran yang
kondusif untuk menjamin keselamatan warganya. Aspek ini termasuklah
pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah, pendawaian
dan peralatan elektrik, retikulasi air, perparitan dan sistem
pembentungan, tandas,bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama,
lanskap sekolah, padang, gelanggang permainan dan persekitaran
dalam kawasan sekolah. Risiko juga merupakan aspek keselamatan yang
perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah, terutamanya pentadbir.
Risiko bermaksud apa-apa sahaja keadaan dan situasi yang boleh
mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Pengurusan ancaman risiko yang bersistematik dan mantap dapat
membantu pihak sekolah mengambil tindakan bagi mengelakkan kerugian
atau kesan yang kurang menyenangkan. Kawasan, keadaan atau situasi
berisiko adalah terdapat di dalam atau di luar kawasan sekolah yang
melibatkan murid dan warga sekolah termasuklah kawasan sungai,
longkang besar, lombong, tasik, paya, kolam kumbahan, kolam, jalan
raya, pencawang elektrik, jalan denai,belukar, semak samun, titi,
jambatan usang, dan sebagainya. Sesungguhnya menjadi harapan semua
pihak khususnya warga sekolah menyambut baik arahan serta tatacara
keselamatan sekolah yang diarahkan oleh kementerian agar sekolah
ini dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu yang
selamat dan kondusif. 6Dengan pelaksanaan arahan dan tatacara
keselamatan sekolah ini, ibu bapa serta masyarakat setempat akan
berasa lebih yakin dengan sistem persekolahan di negara ini yang
boleh memacu kecemerlangan anak-anak mereka ke tahap
kegemilangan.Di sini saya perturunkan cara-cara bagi mewujudkan
persekitaran sekolah yang lebih selamat:i. Kepimpinan dan
pentadbiran yang berkesan.ii. Mewujudkan hubungan dengan keluarga
murid dan masyarakat setempat.iii. Menekankan perhubungan yang
positif antara semua warga sekolahiv. Membincangkan isu keselamatan
secara terbuka bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang
pentingnya menjaga keselamatandan kebajikan diri masing-masing.v.
Kawalan keluar masuk sekolah. Pihak sekolah juga perlu mewujudkan
suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini
mengenaipergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan
sekolahvi. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat.vii.
Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah.
Pihak pentadbir perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan
sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami
dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja pekerja
dan ibu bapa. Bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada
dalam keadaan yang lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu dan
berterusan perlu dijalankan bukan sahaja oleh pengetua atau guru
besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga oleh seluruh warga
sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa
Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan
kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan
pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang
berkesinambungan tidak kira elemen-elemen yang menggugat
keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.
7 Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa aspek kebersihan dan
keselamatan memainkan peranan yang penting kepada pihak sekolah
bagi menjelmakan sekolah yang melahirkan modal insan yang cemerlang
dan berkeperibadian mulia serta mantap dari segi amalan, sahsiah
dan tingkahlaku dan seterusnya dapat mempromosi sekolah kita
sebagai sekolah yang sihat dan selamat.Sekian, terima kasih.
8
2.0 Merangka Lima Set Borang Maklum Balas Mengikut Skala
Likert
SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN
KAWASAN SEKOLAH
Adakah anda berpuas hati dengan:Skala:Tarikh :.Sangat
memuaskan4
Memuaskan3
Kurang memuaskan2
Tidak memuaskan1
1) Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)
2) Kantin
3) Makmal Sains
4) Bangunan sekolah
5) Bilik darjah
Komen/Cadangan untuk menambah mutu perkhidmatan kantin
sekolah.
9
SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN
KAWASAN SEKOLAH
Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda
mengikut skala yang diberikan. No.PerkaraSangat tidak setujuTidak
setujuTidak pastiSetujuSangat setuju
12345
1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang).12345
2Kantin.12345
3Makmal Sains.12345
4Bangunan sekolah.12345
5Bilik darjah.12345
1. Adakah anda berpuas hati dengan penyampaian keseluruhan laman
web ini? Nyatakan alasan
anda._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2.
Berikan cadangan anda untuk menambahbaik dan menjadikan laman web
ini lebih berkesan
penggunaannya._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
10
SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN
KAWASAN DAN BILIK DARJAH
Borang Maklum Balas
(Tandakan ( ) pada gred yang sesuai)1Tidak Puas Hati
2Kurang Puas Hati
3Puas Hati
4Sangat Puas Hati
BilButir ButirAras Pemarkahan
1234
1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)
2Kantin
3Makmal sains
4Bangunan sekolah.
5Bilik darjah
Komen/cadangan.
Berikan komen atau cadangan di ruangan yang disediakan di
bawah.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh :..11
SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KESELAMATAN
KAWASAN SEKOLAH
BORANG MAKLUM BALAS
ARAHAN : SILA TANDAKAN () PADA KOTAK YANG DISEDIAKAN.
4Sangat Memuaskan3Memuaskan2Kurang Memuaskan1 Tidak
memuaskan
PERKARA1234
1. Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)
2. Kantin
3. Makmal sains
4. Bangunan sekolah
5. Bilik darjah
6. Berikan cadangan penambahbaikan untuk masa
hadapan._______________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
Tarikh:.
12
SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KESELAMATAN
KAWASAN SEKOLAH
Tarikh:
Soalan dibawah berkaitan dengan keselamatan bangunan sekolah.
Bulat jawapan anda berdasarkan kepada skala dibawah :(1)Sangat
tidak setuju(2)Tidak setuju(3)Setuju(4)Sangat setuju
NoSoalanSangat tidaksetujuTidak SetujuSetujuSangatsetuju
1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)1234
2Kantin1234
3Makmal sains1234
4Bangunan sekolah1234
5Bilik darjah1234
Komen untuk penambahbaikan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13
3.0 Laporan Kaji Selidik Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan
sekolah adalah salah satu daripada senarai tugas pentadbiran
sekolah terutamanya oleh Guru Besar/Pengetua dan Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM). Oleh yang demikian, prosedur-prosedur
pemeriksaan sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan
dan keselesaan warga sekolah, khususnya pelajar sekolah.
Aktivitipemeriksaan sekolah dijalankan adalahbertujuan untuk
menilai tahap kebersihan dankeselamatan di sekolah. Pemeriksaan ini
jugabertujuan untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Ordinan
Pendaftaran Sekolah 1952.Antaraundang-undang yang terlibat dan
menjadi rujukan dalam aktiviti pemeriksaan sekolah adalah :i. Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan1985.ii. Undang-undang
Kecil Bangunan Sekolah 1984.iii. Ordinan Sekolah 1952.iv. Garis
panduan Kantin sekolah.
Tujuan utama pemeriksaan sekolah adalah bagi memantau pematuhan
pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah terhadap aspek
keselamatan, kebersihan, kesihatan dan keselesaan penghuni sekolah
tersebut khususnya para pelajar menilai kesesuaian penambahan
struktur(jika ada) dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan
aspek-aspek yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan.
Kesemua komponen item yang dibuat pemantauan dan pemeriksaan serta
skor-skor diukur dan dibuat dengan menggunakan Skala Likert. Skala
Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi
seseorang atau sekelompok orangtentang fenomena sosial. Dalam
penelitian, fenomena sosial ini telah ditetapkansecara spesifik
oleh pemantau, yang selanjutmya disebut sebagai variable
penelitian. Dengan skala Likert, maka variabel yang akan diukur
dijabarkan menjadi indikator variabel. Kemudian indikator tersebut
dijadikan sebagai titik tolak untuk menyusun item-item instrumen
yang dapat berupa pernyataan atau pertanyaan, baik 14bersifat
positif atau bersifat negatif. Skala ini menilai sikap atau tingkah
laku yang diinginkan oleh para pemantau atau peneliti dengan cara
mengajukan beberapa pertanyaan kepada responden. Kemudian responden
diminta memberikan pilihan jawaban atau respons dalam skala ukur
yang telah disediakan.Skala ini mempunyai nilai kualitatif yang
diukur mengikut skala 4 mata.Skor 1 bermakna item berkenaan
memberikan gambaran tidak memuaskan dan skor 4 memberikan gambaran
sangat memuaskan. Pemantau perlu memilih satu set pernyataan sikap
dan responden (guru sekolah)perlu menandakan persetujuan atau pun
ketidak persetujuan mereka terhadap setiap pernyataan sepanjang
skala 4 mata atau lebih bermula dari sangat memuaskan kepada tidak
memuaskan.4.0 Dapatan maklum balas.
Kebersihan Persekitaran sekolah (termasuk padang dan
gelanggang)SkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan315
Memuaskan1050
Kurang memuaskan525
Tidak memuaskan210
Kebersihan KantinSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan420
Memuaskan1260
Kurang memuaskan315
Tidak memuaskan15
15
Kebersihan Makmal SainsSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan840
Memuaskan735
Kurang memuaskan420
Tidak memuaskan15
Kebersihan Bangunan SekolahSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan840
Memuaskan1050
Kurang memuaskan15
Tidak memuaskan15
Kebersihan Bilik DarjahSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan945
Memuaskan840
Kurang memuaskan210
Tidak memuaskan15
16
Keselamatan Persekitaran sekolah (termasuk padang dan
gelanggang)SkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan210
Memuaskan1050
Kurang memuaskan630
Tidak memuaskan210
Keselamatan KantinSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan420
Memuaskan945
Kurang memuaskan525
Tidak memuaskan210
17Keselamatan Makmal SainsSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan735
Memuaskan1050
Kurang memuaskan210
Tidak memuaskan15
Keselamatan Bangunan SekolahSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan840
Memuaskan840
Kurang memuaskan210
Tidak memuaskan210
Keselamatan Bilik DarjahSkalaBilanganPeratus
Sangat memuaskan735
Memuaskan840
Kurang memuaskan210
Tidak memuaskan210
18
Berpandukan jadual dan carta di atas bolehlah dibuat analisa
bahawa skala memuaskan menjadi pilihan kebanyakkan responden dalam
aspek kebersihan sekolah. Berpandukan maklumat di atas bolehlah
dikategorikan bahawa aspek kebersihan sekolah ini memang
dititikberatkan oleh pihak pentadbir sekolah serta
warganya.Walaubagaimanapun masih terdapat ruang yang perlu dibaiki
dan dibuat penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran dan kawasan
sekolah yang lebih bersih dan kondusif. Kebersihan kantin dan
makmal sains masih boleh diperbaiki lagi. Berpandukan data di atas
kebersihan kantin masih lagi terdapat 15% dalam skala kurang
memuaskandan kebersihan bilik sains masih lagi 20% dalam skala yang
sama. Oleh itu pihak pentadbir masih boleh berusaha untuk
meningkatkan tahap pencapaian dari maklum balas yang dibuat.
19Hasil maklum balas tersebut juga mendapati bahawa pihak
sekolah perlu berusaha lagi jika ingin jadikan sekolah ini sekolah
yang bersih. Ini adalah disebabkan sekolah yang bersih adalh
sekolah yang boleh mencapai tahap sangat memuaskan dalam semua item
yang dibuat kajian. Kebersihan persekitaran termasuk padang dan
gelanggang hanya mendapat 15% (sangat memuaskan) sahaja. Dalam item
ini menunjukkan masih banyak yang perlu dibuat penambahbaikan agar
keadaan persekitaran sekolah mencapai tahap sekolah bersih seperti
yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan. Begitu juga
dengan kantin sekolah yang perlu ditingkatkan kebersihannya bagi
mencapai kantin 4 atau 5 bintang. Kebersihan kantin adalah sangat
penting di sesebuah sekolah. Kewujudankantin disekolah, tidak hanya
sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga sekolah
semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik
warga sekolah tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran, saling
menghargai, disiplin dan nilai-nilai lainnya.Di sinilah pentingnya
kebersihan kantin sekolah sebagai salah satu aspek kebersihan
sekolah. Dalam aspek keselamatan pula, item keselamatan
persekitaran (termasuk padang dan gelanggang) dan keselamatan
kantin juga perlu dibuat penambahbaikan bagi menjadikan sekolah ini
sebagai sekolah selamat kepada penghuni-penghuninya. Berpandukan
maklum balas dari responden, skala sangat memuaskan bagi kedua-dua
item agak kurang memberangsangkan. Hanya 10% sahaja yang memilih
sangat memuaskan bagi item persekitaran sekolah manakala 20% bagi
item kantin. Tahap keselamatan persekitaran sekolah termasuk padang
dan gelanggang di kalangan pelajar-pelajar sekolah merupakan aspek
penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah
berdasarkan dapatan kajian yang dibuat. Keselamatan persekitaran
kawasan sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi perhatian
golongan masyarakat. Faktor ini adalah kerana terdapatnya rekod
Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa keselamatan dan
kemalangan merupakan satu masalah besar di sekolah. Pihak sekolah
perlu memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan
terutamanya kemalangan di persekitaran sekolah. Memandangkan
pentingnya aspek keselamatan ini, Kementerian Pendidikan telah
menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid
dan juga memasukkan 20aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui
beberapa mata pelajaran. Sesi pemerhatian dijalankan sendiri oleh
pengkaji untuk mendapatkan sendiri maklumat yang berkaitan dengan
aspek keselamatan yang disediakan oleh pihak sekolah. Hasil maklum
balas dari guru-guru sekolah ini selaku responden pelbagai maklumat
dapat dikumpul terutamanya tentang keberkesanan sistem keselamatan
yang dijalankan di sekolah berkenaan.Berpandukan hasil dapatan yang
diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa aspek kebersihan dan
keselamatan di sekolah ini masih perlu ditingkatkan bagi membentuk
persekitaran sekolah yang bersih dan selamat terutama kepada
penghuninya. Pihak pentadbir dan guru-guru perlu memainkan peranan
utama mendidik pelajar ke arah mewujudkan iklim sekolah yang
selamat, bersih dan kondusif.5.0 Cadangan Pencegahan dan
PenambahbaikanKementerian Pendidikan telah melancarkan program
sekolah selamat pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk menjadikan
budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan ibu bapa dan komuniti setempat. Pelancaran program ini
adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan persediaan buku
Konsep dan Manual Sekolah Selamat kepada semua sekolah. Amalan
sekolah selamat walaupun telah lama wujud ,namun hanya sekarang
satu garis panduan yang tersusun diperkenalkan untuk semua sekolah
di seluruh negara untuk mengikutinya. Namun demikian masyarakat
masih digemparkan dengan pelbagai insiden yang tidak sepatutnya
berlaku dalam kawasan sekolah yang mana dianggap selamat oleh
masyarakat umum.
21Antara objektif yang ada dalam konsep pelaksanaan sekolah
selamat ini ialah i. Untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang
bersih,sihat, selamat dan menyeronokkan. ii. Memastikan hak setiap
individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. iii. Meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. iv. Menyediakan panduan bagi
setiap tindakan yang perlu diambil. v. Mewujudkan persekitaran
untuk mental dan emosi yang sihat. vi. Meningkatkan tahap penumpuan
kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah dan
menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara
positif kepada sekolah.vii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan
terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti sekolah.viii. Meningkatkan kefahaman mengenai
tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan,
kemalangan dan malapetaka. Antara cadangan penambahbaikan aspek
kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah adalah dengan
mengekalkan dasar disiplin yang konsisten serta memupuk para
pelajar untuk mencintai sekolah. Semua warga sekolah terutama para
pelajar dan guru perlu proaktif tentang prosedur-prosedur
keselamatan sekolah dan hendaklah mempunyai kesedaran komuniti
terhadap kawasan sekolah. Setiap penghuni sekolah juga perlu
memberi respon segera terhadap hal kecemasan agar sebarang
kemalangan yang lebih besar dapat dielakkan. Adalah penting juga
bagi memastikan sekolah selamat dengan sentiasa memastikan amalan
kebersihan dijaga dan dipelihara di samping memastikan kawasan
kantin dan persekitaran sekolah termasuk padang dan gelanggang
bersih dan selamat supaya dapat mengelakkan dari terjadinya
sebarang kecelakaan di sekolah. Untuk meningkatkan aspek
keselamatan dan kebersihan sekolah Pengetua/Guru Besar perlu
menjadikan peraturan mengenai keselamatan dan kebersihan sebagai
sebahagian daripada peraturan sekolah yang perlu difahami dan
dipatuhi oleh semua pihak termasuk 22guru-guru, pekerja-pekerja dan
ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan dan kebersihan
di sekolah perlu dilaksanakan secara tegas dan berterusan. Ini
meliputi peraturan keselamatan persekitaran sekolah termasuk semasa
penggunaan padang dan gelanggang dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum, peraturan di kantin sekolah , bengkel dan makmal,
disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
pelajar. Pihak polis boleh membantu pihak sekolah mencapai hasrat
sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan
sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada
warga sekolah. Pihak ibu bapa dan komuniti setempat dapat memainkan
peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.
Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan pelawat memasuki kawasan
sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua/guru
besar perlulah dipatuhi . Bagi meningkatkan lagi keselamatan di
sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan
Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat serta
hospital atau pusat kesihatan berhampiran perlu diadakan
sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha
pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan.. Pihak sekolah mesti
mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran,
alatan penyembur api dan sebagainya. Kebanyakkan sekolah mempunyai
kantin. Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah
bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin
juga merupakan sebuah tempat yang sering menjadi tumpuan
murid-murid terutamanya pada waktu rehat bagi mendapatkan makanan
dan minuman yang diingini untuk mengalas perut selepas sesi
pembelajaran.. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin
diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan
banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, bagi mewujudkan kantin
yang bersih dan selamat pihak sekolah perlu menyediakan tatacara
yang harus dijadikan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua
warga sekolah termasuklah pengusaha dan pekerja kantin. Pihak
pentadbir dan guru perlu memastikan kebersihan makanan dan minuman
yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah ditahap
memuaskan dan tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985.
Makanan dan minuman yang dijual juga mesti menepati piawai
kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.236.0 Kesimpulan Usaha untuk
mewujudkan iklim sekolah yang bersih dan selamat amat penting dalam
membina persekitaran dan kawasan sekolah yang berkesan.Oleh hal
yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam
mewujudkan iklim sekolah yang positif . Sekiranya aspek kebersihan
dan keselamatn sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan
suasana sekolah yang tidak ceria dan membosankan apabila kita
menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaan
sekolah yang tidak teratur, rumput-rumput tumbuh meliar dan
panjang, basikal dan kereta yang tidak tersusun,kantin yang kurang
bersih, bilik darjah, tandas serta makmal yang kotor, cermin-cermin
tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau
busuk serta kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap akan
menjadikan iklim sekolah yang boleh mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah seterusnya menggambarkan bagaimana
sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut. Pada dasarnya,
iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting
terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan
interaksi sosial bagi anggota-anggota yang berada di
dalamnya.Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang
berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap kebersihan dan keselamatan
yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang
menumpukan aspek tersebut. Oleh yang demikian, suasana dan iklim
sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar
dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan
persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, pelajar tidak akan jemu
untuk hadir ke sekolah lagi kerana berasa seronok berada di kawasan
sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar malah akan berkait dengan masalah
disiplin pelajar yang dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak
terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang selamat dan
bersih pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak
terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran
sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.24 Sudah menjadi
impian setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah masing-masing
yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan
terdapat pelbagai halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat
tersebut. Salah satu halangan tehadap melaksanakan sesuatu projek
keceriaan dan kebersihan biasanya timbul daripada masalah kewangan.
Dalam hal ini, semua perlu bekerjasama termasuklah, pengetua,
guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu
Bapa dan Guru. Antara program dan aktiviti yang boleh dijayakan
bersama adalah seperti gotong-royong secara berkala, pertandingan
keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum kelas
bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap
yang baik. Kekadang halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan
kebersihan sekolah adalah berpunca daripada segelintir guru dan
para pelajar yang enggan memberikan kerjasama. Oleh itu, sikap dan
gaya kepimpinan pihak pentadbiran sekolah yang berwibawa seharusnya
mampu menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya iklim dan
persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan selamat, sudah
pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap
yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
25
7.0 RujukanAzizi Ahmad. (2007). Keselamatan dan kesihatan
industri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian
Kesihatan Malaysia.(1999). Manual kempen cara hidup sihat: Promosi
keselamatan dan pencegahan kecederaan. Kuala Lumpur. Kementerian
Pendidikan Malaysia (1998). Amalan kebersihan sekolah panduan
aktiviti. Kuala Lumpur. Percetakan Haji Jantan Sdn.Bhd. Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR:
Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru
Besar. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. Mohd
Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin
(2011). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan persekitaran.
Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Noryati Ismail.(2000). Keracunan
makanan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributions
Sdn.Bhd.
26