Top Banner
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 5 HBHE2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT NAME : CRISTINA JOHNNY MATRICULATION NO. : 781226125338001 IDENTITY CARD NO. : 781226125338 TELEPHONE NO. : 012-8661887 EMAIL : [email protected] cr [email protected] LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) TUTOR : MR AMDI BIN JENIS
34

HBHE2103

Nov 30, 2015

Download

Documents

OUM PK assignment
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HBHE2103

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

MAJOR IN ENGLISH

SEMESTER 5

HBHE2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NAME : CRISTINA JOHNNY

MATRICULATION NO. : 781226125338001

IDENTITY CARD NO. : 781226125338

TELEPHONE NO. : 012-8661887

EMAIL : [email protected]

[email protected]

LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER)

TUTOR : MR AMDI BIN JENIS

Page 2: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Isi Kandungan 1

2.0 Pengenalan 2 - 3

3.0 Laporan Aktiviti Gotong Royong Ria

3.1 Pengenalan 4

3.2 Latar Belakang Aktiviti 5 - 9

4.0 Maklumbalas Peserta 10 - 11

5.0 Penilaian Terhadap Aktiviti PBSS di Sekolah 12 – 14

6.0 Analisis SWOT Aktiviti Gotong Royong Ria 15 - 19

7.0 Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan 20 - 21

8.0 Kesimpulan 22

9.0 Rujukan 23

10.0 Lampiran 24 - 25

1

Page 3: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

2.0 Pengenalan

Menurut Norazhan Che Lan, dalam Modul HBHE2103, Program Bersepadu Sekolah Sihat

(PBSS) bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti yang dapat mempertahankan, menggalakkan

dan menjaga kesihatan optimum murid-murid serta warga sekolah dan seterusnya menggalakkan

warga sekolah membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang positif mengenai kesihatan.

Salah satu daripada kegiatan yang diselaraskan oleh PBSS bagi mencapai objektifnya

untuk melahirkan warga sekolah yang sihat ialah kegiatan-kegiatan yang dapat menyumbang

kepada pewujudan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat, seperti aktiviti gotong

royong.

Gotong Royong Ria yang telah dijalankan di SK Kunak 1 pada 18 Julai merupakan salah

satu kegiatan yang bukan sahaja telah dapat memberi impak kepada warga sekolah, tentang

kepentingan kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah, tetapi juga turut berjaya

mempromosikan kesedaran tentang kebersihan sekolah kepada masyarakat, khasnya ibubapa.

Pihak sekolah telah menjemput ibubapa pelajar-pelajar SK Kunak 1 untuk turut sama dalam

Gotong Royong Ria tersebut.

Aktiviti Gotong Royong Ria ini dipantau dengan berpandukan kepada akta seperti Akta

Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, di mana dalam Bahagian 4, tajuk yang ke-18

menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan semua pemunya dan penduduk untuk menjaga

kerja mencegah pembiakan serangga pembawa penyakit. Ini bermaksud, bahawa warga sekolah

sebagai ‘penduduk’ di sesebuah sekolah wajib untuk memastikan kawasan-kawasan pembiakan

serangga pembawa penyakit seperti nyamuk aedes dan nyamuk anopheles yang membawa

penyakit demam denggi dan malaria, dapat dihapuskan. Penglibatan ibubapa pelajar juga adalah

amat dialu-alukan kerana tenaga warga sekolah sahaja mungkin tidak cukup untuk memastikan

sesebuah aktiviti gotong royong itu dapat dijalankan dengan jaya.

Selain daripada akta tersebut, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998: Menjaga Kesihatan

Pelajar di Sekolah, juga merupakan salah satu daripada sumber yang menjadi rujukan untuk

pemantauan aktiviti PBSS di sekolah. Surat Pekeliling ini menggariskan bahawa pihak

bertanggungjawab perlu memastikan bahawa premis sekolah berada dalam keadaan bersih,

selesa dan selamat supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit. Surat Pekeliling ini juga

2

Page 4: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

menggariskan bahawa penyertaan dan kerjasama ibubapa, komuniti setempat serta agensi

kesihatan perlu digalakkan dalam usaha mewujudkan sekolah yang sihat sesuai dengan konsep

dan matlamat PBSS.

Pemantauan aktiviti Gotong Royong Ria ini bukan sahaja dilakukan dengan menekankan

kepada aspek kebersihan semata-mata malah turut menekankan kepentingan penjagaan keceriaan

bilik darjah dan pembudayaan penghayatan para pelajar terhadap keceriaan, keindahan dan

kebersihan. Sekolah ingin memastikan bahawa matlamat berhubung kebersihan dan keceriaan

adalah ditumpukan kepada usaha mewujudkan suasana dan tradisi yang dapat dibanggakan oleh

pelajar, ibubapa dan guru. Ini jelas selari dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1996: 13 Febuari

1996 – Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan di Kalangan Pelajar.

3

Page 5: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

3.0 Laporan Aktiviti Gotong Royong Ria

3.1 Pengenalan

Aktiviti Gotong Royong ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk melaksanakan

dasar sekolah sihat selaras dengan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), iaitu

memastikan kawasan sekolah sihat, ceria dan selamat untuk semua warga sekolah, terutamanya

pelajar.

Aktiviti ini seterusnya diharapkan dapat mewujudkan budaya yang mementingkan

kebersihan, kesihatan dan keceriaan bukan sahaja di kalangan para pelajar, guru-guru serta warga

sekolah yang lain, malah juga memberi kesedaran kepada ibubapa tentang betapa pentingnya

bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan anak-anak mereka menjadi warga yang

sihat dan produktif kelak.

4

Page 6: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

3.2 Latar Belakang Aktiviti

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)

Tempat : Kawasan Sekolah SK Kunak 1 seperti yang ditunjukkan dalam lakaran

3.2.1 di bawah.

Petunjuk:

Padang Blok Pentadbiran Surau

Prasekolah Kantin

Blok Kelas Dewan Besar

5

Page 7: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Bilangan Peserta : 1) Murid-murid Sidang Pagi seramai 420 orang

2) Guru-guru seramai 45 orang

3) Ibubapa seramai 115 orang

Matlamat : 1) Membaikpulih dan membalut meja murid-murid yang uzur.

2) Melukis mural di bangunan Prasekolah yang baru dan menanam bunga

di kawasan Prasekolah.

3) Membersihkan surau.

4) Memungut sampah sarap di sekitar kawasan sekolah.

5) Menanamkan semangat cintakan keceriaan dan kebersihan di kalangan

para pelajar.

AJK Kerja :

AJK Kerja atau AJK Jawatankuasa Pelaksana adalah seperti dalam jadual 3.2.2 yang di bawah.

TUGAS TANGGUNGJAWAB

Penaung Puan Sainum Salio (Guru Besar SK Kunak 1)

Pengerusi Encik Mohd. Shukari Ismail (PK Ko-Kurikulum)

Penyelaras (Guru 3K) Puan Cristina Johnny

Bendahari Cik Marauleng Hj. Yusof

AJK Peralatan 1) Encik Atan Aman

2) Encik Herri Taleba

3) Encik Abd. Hassan Dading

4) Encik Aswadi Adap

5) Encik Ebrahim Sulaiman

6

Page 8: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

AJK Jamuan 1) Ustazah Zaitun Ibrahim

2) Puan Masindah Batcho

3) Puan Ramlah Tahang

4) Puan Ronie Therasan

5) Ustazah Azura Awang Teh

AJK Pengurus Murid 1) Encik Buhari Abd. Rahman

2) Encik Ismail Muhsin

3) Encik Sohaimi Omar

4) Puan Julieyah Ahmad

5) Puan Rosdiana Madda

6) Puan Dalik Hassan

7) Puan Asia Lastam

8) Puan Ronie Therasan

AJK Kecil Semua guru Sidang Pagi SK Kunak 1

7

Page 9: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

Pelaksanaan Aktiviti :

1) Ibubapa dan guru serta murid-murid Tahun 6 dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap

kumpulan mempunyai tugas masing-masing yang diterangkan dalam jadual 3.2.3 di

bawah.

Kumpulan Kawasan Tugas

Kumpulan 1 Bangunan Prasekolah - Melukis mural

- Membersihkan kawasan dan

menanam bunga di sekitar

Prasekolah

Kumpulan 2 Blok Kelas - Membaiki meja dan kerusi

yang uzur

- Membalut meja-meja yang

telah diperbaiki

Kumpulan 3 Kawasan Padang,

perkarangan Blok Kelas,

Blok Pentadbiran,

kawasan kantin dan sekitar

Dewan Besar

- Memungut sampah

- Menjalankan aktiviti melukis

dan mewarna untuk murid-

murid

Kumpulan 4 Kawasan Surau - Membersihkan interior surau

2) Murid-murid lain pula dibawa untuk memungut sampah di sekitar kawasan sekolah dan

menanam pokok-pokok bunga di kawasan-kawasan yang telah ditentukan. Setelah

selesai, mereka akan dikumpulkan di Dewan Besar SK Kunak 1, untuk aktiviti melukis

dan mewarna yang bertemakan keceriaan dan kebersihan sekolah.

8

Page 10: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

Tentatif Aktiviti :

Tentatif aktiviti adalah seperti dalam jadual 3.2.4 di bawah.

Masa Aktiviti

9.00pagi –

9.10pagi

Kedatangan ibubapa

9.10pagi -

9.20pagi

1) Bacaan doa

2) Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Kunak 1

9.15pagi –

9.30pagi

Jamuan ringan

9.30pagi –

12.30tengahar

i

1) Ibubapa, guru dan murid-murid Tahun 6 dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2) Taklimat diberikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum sebagai Pengerusi

Gotong Royong Ria.

3) Keempat-empat kumpulan bergerak untuk melaksanakan tugas masing-

masing.

12.30tengahar

i

1) Jamuan untuk semua ibubapa, pelajar dan guru.

2) Aktiviti dijangka selesai.

9

Page 11: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

4.0 Maklumbalas Peserta

Pihak sekolah telah menyediakan satu borang maklumbalas yang diberikan kepada ibubapa di

akhir aktiviti Gotong Royong Ria ini dan daripada 115 orang ibubapa yang hadir sebanyak 89

orang telah mengembalikan borang maklumbalas tersebut.

Contoh borang maklumbalas itu adalah seperti jadual 4.0.1 di bawah.

SOALAN RESPON

1) Pada pendapat anda,

adakah aktiviti ini

bermanfaat?

Ya / Tidak

(Bulatkan jawapan anda)

2) Pada pendapat anda,

adakah aktiviti ini

berjaya mencapai

matlamatnya?

Sangat Berjaya

Berjaya

Tidak Berjaya

(Tandakan √ pada jawapan anda)

3) Adakah anda bersetuju

aktiviti ini diadakan

pada masa akan datang?

Sangat Setuju

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Setuju

(Tandakan √ pada jawapan anda)

4) Berikan sebab untuk

jawapan anda pada

soalan nombor 3 di atas.

5) Tuliskan kelemahan-

kelemahan yang anda

perhatikan sepanjang

aktiviti ini (sekiranya

ada).

10

Page 12: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

6) Sekiranya anda bersetuju

kepada soalan nombor 3,

berikan cadangan kepada

pihak Sekolah sebagai

penambahbaikan untuk

aktiviti ini di masa akan

datang (sekiranya ada).

11

Page 13: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

5.0 Penilaian Terhadap Aktiviti PBSS SK Kunak 1

Borang Penilaian Untuk Anugerah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah digunakan

oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah untuk menyelia keseluruhan

Program PBSS di sekolah dan seterusnya memberi samada Anugerah Emas PBSS atau Anugerah

Perak PBSS ataupun Anugerah Gangsa PBSS.

Oleh kerana hanya satu aktiviti, iaitu Gotong Royong Ria sahaja yang ingin dinilai, maka

borang penilaian PBSS telah diringkaskan untuk menilai aktiviti ini sahaja. Penilaian ini juga

hanya dibuat oleh di peringkat sekolah oleh Guru Besar untuk mencari kekuatan, kelemahan dan

seterusnya memberi cadangan untuk penambahbaikan kepada aktiviti ini di masa akan datang.

Borang penilaian 5.0.1 di bawah adalah diringkaskan daripada Borang Penilaian Untuk

Anugerah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) untuk disesuaikan kepada keperluan di

peringkat sekolah.

BIL BUTIRAN MARKAH

PENUH

MARKAH

YANG

DIBERI

JUMLAH

MARKAH

1. Pengurusan Gotong Royong Ria

1.1 Penubuhan Jawatankuasa

1.1.1 Ada jawatankuasa

1.1.2 Keahlian yang mencukupi

1.1.3 Mesyuarat telah diadakan

1.1.4 Ada fail

1.5

1.5

1.5

1.5

1.2 Penetapan Polisi Gotong Royong Ria

1.2.1 Ada polisi

1.2.2 Cara penetapan (menggunakan

pemerhatian maklumbalas

komuniti)

2

2

12

Page 14: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

1.2.3 Ada bukti 2

1.3 Pelaksanaan Polisi Gotong Royong

Ria

1.3.1 Mewar-warkan polisi

1.3.2 Melekatkan polisi di ruang

strategic

1.3.3 Ada pelan tindakan

1.3.4 Ada dokumentasi mengenai

aktiviti

2

2

2

2

1.4 Pemantauan dan Penilaian

Pelaksanaan aktiviti

1.4.1 Maklumbalas ibubapa 3

1.5 Pelaporan

1.5.1 Laporan lengkap aktiviti 3

2. Pelaksanaan Aktiviti

2.1 Program Keselamatan, Kebersihan

dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah

(3K)

2.1.1 Ada jawatankuasa

2.1.2 Ada aktiviti

2.1.3 Menyertai Program 3K

2.1.4 Ada Dokumentasi

1

1

1

1

3. Persekitaran Fizikal Sekolah

3.1 Kantin

3.1.1 Kebersihan kawasan kantin 0.5

3.2 Bilik Khas

3.2.1 Surau 0.5

3.3 Bilik Darjah

3.3.1 Bersih dan susun atur perabot

kemas

3.3.2 Hiasan

0.5

0.5

13

Page 15: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

4. Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah)

4.1 Tanggapan Awal

4.1.1 Kebersihan persekitaran sekolah

4.1.2 Suasana persekitaran sekolah yang

terkawal

1

1

4.2 Landskap dan Kegunaan Kawasan

Alam Sekitar Sekolah

4.2.1 Susun atur mempunyai maksud

4.2.2 Berkonsepkan pendidikan

4.2.3 Tidak berbahaya

4.2.4 Kreativiti dan inovasi

1

1

1

1

4.3 Penggunaan Kawasan

4.3.1 Kreativiti dan inovasi 1

5. Penglibatan Komuniti dalam Gotong Royong

5.1 Penglibatan PIBG

5.1.1 Dalam aktiviti 1

14

Page 16: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

6.0 Analisis SWOT Aktiviti Gotong Royong Ria SKK1

Analisis SWOT bagi aktiviti Gotong Royong Ria SKK1 boleh dirumuskan dalam pengurusan

grafik 5.0.1 dibawah.

15

S : StrengthW : WeaknessO : OpportunityT : Threat

Weakness / Kelemahan

- Kawalan murid

Strength / Kekuatan

- Kerjasama ibubapa dan guru semasa aktiviti

- Sokongan pihak pentadbir

Threat / Ancaman

- Ketidakhadiran ibubapa

Opportunity / Peluang

- Bangunan dan kawasan persekitaran baru

- Kepakaran Ibubapa

Page 17: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

6.1 Strength / Kekuatan

Berdasarkan daripada apa yang saya lihat semasa Gotong Royong Ria dan maklumat yang

diperolehi daripada borang maklum balas ibubapa serta borang penilaian, maka terdapat

beberapa kekuatan yang ditonjolkan dalam pelaksanaan aktiviti ini.

Kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru serta ibubapa amat memberangsangkan

sekali. Semangat bantu-membantu yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru di sekolah ini begitu

erat sekali. Kumpulan yang bertugas untuk mural dan penanaman pokok-pokok bunga di

kawasan prasekolah telah menyiapkan tugasan mereka dengan begitu baik sekali. Mural berupa

watak-watak kartun yang mempromosikan nilai-nilai murni, serta susun atur penanaman bunga

yang kreatif menjadikan kawasan Prasekolah yang dahulunya kosong kini begitu menarik sekali.

Ini amat selari dengan salah satu elemen dalam instrument penilaian, iaitu, pandangan awal

terhadap sekolah; kerana kawasan Prasekolah ini adalah antara kawasan pertama yang akan

dilihat sekiranya ada pelawat datang ke sekolah ini.

Kawasan di dalam surau baru, kini amat bersih setelah semua ahli kumpulan tidak kira

bangsa dan agama berkerjasama untuk membersihkannya. Surau ini kemudiannya telah

dinamakan dengan nama Surau Khalid Al-Walid SK Kunak 1.

Meja-meja murid yang sudah uzur juga telah dibaiki oleh para ibubapa dan guru yang

bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja membaiki dan membalut meja-meja tersebut. Kini,

anak-anak murid SK Kunak 1 boleh belajar dengan selesa, tanpa terganggu dengan meja yang

senget ataupun terancam dengan paku dan serpihan kayu yang terkeluar dari meja, seperti yang

sebelum ini.

Sokongan daripada pihak pentadbir sekolah juga amat membantu dimana, pihak sekolah

berjaya menyediakan kain lapik meja untuk setiap kelas. Pihak sekolah juga telah menyediakan

tikar-tikar untuk setiap kelas. Walaupun ianya melibatkan peruntukan kewangan yang agak

banyak, namun, untuk keceriaan sekolah dan keselesaan murid-murid belajar, pihak pentadbir

telah berjaya memberikan komitmen yang terbaik. Seramai kira-kira 840 orang pelajar Sidang

16

Page 18: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

Pagi dan Sidang Petang yang berkongsi 12 kelas, mendapat manfaat daripada meja-meja yang

diperbaiki dan dibalut dengan cantik.

6.2 Weakness / Kelemahan

Terdapat satu kelemahan yang paling ketara dalam proses pelaksanaan aktiviti Gotong Royong

Ria kali ini.

Pada mulanya, keadaan murid-murid Tahun 1 dan Tahun 5 adalah terkawal semasa

mereka dilibatkan dengan aktiviti gotong-royong memungut sampah di sekitar kawasan padang,

kawasan kantin dan juga kawasan dewan. Walau bagaimanapun, setelah mereka masuk ke dewan

keadaan menjadi agak tidak terkawal.

Keadaan di dalam dewan yang tidak kondusif, panas dan terlalu luas menjadikan murid-

murid berasa tidak selesa. Walaupun mereka membuat aktiviti melukis dan mewarna, mereka

sukar untuk memberikan tumpuan dan asyik berjalan ke sana ke mari serta bercerita dengan

rakan-rakan mereka. Tambahan pula, mereka terpaksa berada di dalam dewan yang panas itu

selama hampir 2 jam.

17

Page 19: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

6.3 Opportunity / Peluang

SK Kunak 1, baru sahaja menerima kunci untuk bangunan-bangunan sekolah yang baru, iaitu

sebuah blok kelas, sebuah blok pentadbiran, sebuah kantin, sebuah dewan dan juga tambahan

sebuah lagi bangunan prasekolah. Manakala surau pula, walaupun masih surau yang lama, tetapi

telah dinaiktarafkan dan dibuat penambahan.

Oleh kerana bangunan sekolah adalah baru maka ada banyak ruang untuk aktiviti-aktiviti

seperti melukis mural boleh dibuat. Mural-mural yang berunsurkan pelajaran boleh dilukis untuk

menjana minda para pelajar. Begitu juga dengan mural-mural berunsurkan nilai-nilai murni

terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan juga boleh dilukis sebagai salah

satu cara mempromosikan gaya hidup sihat kepada warga sekolah. Kawasan persekitaran yang

masih kosong dan luas juga membuka peluang kepada warga sekolah untuk merancang landskap

yang menarik untuk menjadikan sekolah ini lebih ceria.

Selain daripada itu, satu lagi peluang yang ada di sekolah ini, ialah, kepakaran ahli-ahli

PIBG boleh digunakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Ada di antara ahli PIBG iaitu

ibubapa ini yang mempunyai kepakaran melukis mural dan mereka bentuk landskap jadi mereka

boleh membantu pihak sekolah dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh

mempromosikan gaya hidup yang sihat.

18

Page 20: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

6.4 Threat / Ancaman

Satu ancaman yang dikenalpasti di sekolah ini dalam menjayakan Program PBSS seperti aktiviti

gotong royong dan sebagainya, adalah kehadiran ibubapa yang datang menjayakan aktiviti.

Walaupun ibubapa yang datang sememangnya memberikan kerjasama yang terbaik tetapi

dari segi bilangan kehadiran mereka, masih kurang dari yang sepatutnya. Ibubapa yang hadir

juga adalah orang-orang yang sama, yang hadir pada setiap kali pihak sekolah memerlukan

bantuan ibubapa.

Ibubapa yang lain seringkali menyatakan kesibukan dan tidak dapat hadir dalam aktiviti-

aktiviti terutamanya gotong royong. Selain daripada kesibukan, alas an seperti, tidak tahu ada

aktiviti gotong royong juga menjadi alasan mengapa mereka tidak hadir dalam aktiviti tersebut.

Dikhuatiri sikap segelintir ibubapa ini akan mempengaruhi perpaduan di kalangan ahli-ahli PIBG

di sekolah ini.

19

Page 21: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

7.0 Post Mortem dan Cadangan Penambahbaikan

Pihak sekolah telah mengadakan post mortem aktiviti Gotong Royong Ria pada 25 Jun untuk

membincangkan apakah dapatan daripada aktiviti itu dan menilai samada matlamat Gotong

Royong Ria berjaya dicapai ataupun tidak.

Post mortem ini juga mengambilkira maklum balas daripada ibubapa yang terlibat daam

aktiviti Gotong Royong Ria tersebut.

Penyelaras PBSS yang menerima borang maklumbalas ibubapa telah merumuskan

bahawa, majoriti ibubapa gembira dengan usaha pihak sekolah untuk menceriakan sekolah dan

menyediakan kelas yang kondusif untuk anak-anak mereka belajar. Mereka juga bersetuju agar

aktiviti seperti ini dapat dibuat lagi di masa akan datang.

Hasil daripada maklumbalas ibubapa serta penilaian yang telah dibuat terdapat beberapa

cadangan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan sekiranya aktiviti Gotong Royong Ria ini

dibuat lagi di masa akan datang.

Pertama sekali, gotong royong seboleh-bolehnya diadakan pada hari Sabtu. Ini adalah

untuk mengelakkan berlaku lagi keadaan di mana murid tidak dapat dikawal dan sebagainya.

Sekiranya ingin melibatkan murid dalam aktiviti gotong royong maka hanya murid-murid tahap

dua, iaitu, murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sahaja yang perlu dilibatkan dan murid tahap 1

tidak perlulah turun ke sekolah pada hari gotong royong tersebut.

Selain daripada itu, sekiranya gotong royong dibuat pada hari Sabtu, maka kemungkinan

untuk ibubapa hadir adalah lebih tinggi. Ini kerana, kebanyakan ibubapa yang bekerja, boleh

hadir pada hari Sabtu kerana ianya adalah hari cuti. Aktiviti pada hari Sabtu juga tidak akan

mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cadangan yang kedua ialah supaya usul tentang gotong royong ini, dibawa ke dalam

mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) supaya ianya boleh diwar-warkan di kalangan

ahli PIBG. Sekiranya usul tentang aktiviti gotong royong ini dibawa dalam mesyuarat PIBG

20

Page 22: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

makan tidak ada lagi alasan untuk para ibubapa mengatakan bahawa mereka ketirisan maklumat

tentang aktiviti tersebut.

Cadangan yang terakhir, adalah untuk memasukkan ibubapa ke dalam AJK pelaksana

aktiviti gotong royong. Dengan adanya wakil dari kalangan ibubapa di dalam AJK pelaksana,

adalah diharapkan kerjasama yang lebih erat akan terjalin dan ibubapa juga akan lebih komited

untuk menjayakan apapun aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah.

21

Page 23: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

8.0 Kesimpulan

Aktiviti Gotong Royong Ria SK Kunak 1 merupakan satu aktiviti yang dibuat dalam

melaksanakan dasar PBSS untuk membentuk warga sekolah dan juga masyarakat setempat, yang

mempunyai kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan seterusnya mampu mempraktikkan

amalan gaya hidup yang sihat.

Gotong Royong Ria SKK1 ini, bukan sahaja menitik beratkan keceriaan tetapi juga

berusaha untuk mencapai matlamat, supaya aspek kebersihan dan keselamatan di kawasan

sekolah dapat dipastikan berada pada tahap optimum. Ini akan memberi manfaat kepada semua

warga sekolah terutamanya para pelajar SK Kunak 1. Sekolah yang ceria, bersih dan selamat

akan menjamin kesihatan dan meningkatkan produktiviti warga sekolah.

Pemantauan terhadap aktiviti Gotong Royong Ria ini dibuat dengan menggunakan

maklumbalas ibubapa, penilaian secara mata kasar serta borang Penilaian Program Bersepadu

Sekolah Sihat yang telah diubah suai.

Penilaian hendaklah sentiasa dibuat dalam mana-mana aktiviti yang dilaksanakan di

dalam PBSS supaya keberkesanan aktiviti tersebut dapat dikenalpasti. Penilaian juga akan dapat

membantu usaha penambahabaikan kepada aktiviti dalam PBSS ini agar ianya dapat mencapai

matlamat yang ditetapkan.

3025 patah perkataan

22

Page 24: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

9.0 Rujukan

Norazhan Che Lan (Edisi Kedua/ Ogos 2012). HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah

Sihat. Open Universiti Malaysia.

Zarina Law Abdullah, Abdul Latif Ahmad, Azali Rahmat. Et al. (Edisi Kedua/ December

2011). HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia.

Unknown. Format Penyediaan Laporan Aktiviti. Boleh dicapai di

http://fhtm.uitm.edu.my/V1/images/stories/pekeliling/format%20penyediaan.pdf

Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. (2006). Pesuruhjaya Penyemak

Undang-Undang Malaysia.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1998: Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah. (31 Mac

1998). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1996:Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan

di Kalangan Pelajar. (1996). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

23

Page 25: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

10.0 Lampiran

1. Gambar sepanjang aktiviti Gotong Royong Ria SKK1 2013

2. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. (2006). Pesuruhjaya Penyemak

Undang-Undang Malaysia.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1998: Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah. (31 Mac

1998). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1996:Sikap Mengutamakan Keceriaan dan

Kebersihan di Kalangan Pelajar. (1996). Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

5. CD Slaid Pembentangan Aktiviti Gotong Royong Ria.

24

Page 26: HBHE2103

Cristina Johnny 781226125338001

Lampiran 1

Gambar Sepanjang Aktiviti Gotong Royong Ria SK Kunak 1, 2013

25