` FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________ HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT MEI 2016 ______________________________________________________________________ __ TUGASAN: 1. TEKS CERAMAH JEREBU 2. POWER POINT 3. REFLEKSI 5 ARTIKEL BERKENAAN BENCANA JEREBU NAMA : MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ NO. MATRIKULASI : 810210065801001 NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801 NO. TELEFON : 0199906690 E-MEL : [email protected]TUTOR : EN.AZHAR BIN ARIFFIN PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Jerebu di negara kita bukanlah satu fenomena yang baru. Namun terdapat sebahagian populasi
di negara ini yang tidak mengendahkan kesan jerebu kepada mereka dan tidak mengambil
langkah-langkah keselamatan. Tabiat buruk ini menjadi ikutan kepada kanak-kanak walaupun
terdapat pelbagai amaran dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib apabila
berlaku jerebu.
Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan beberapa langkah serta merta bagi mengatasi
masalah jerebu. Malahan pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai program ‘ad hoc’
untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan adalah memberi
ceramah kepada para pelajar dan ibu bapa. Dalam tugasan ini
2.0 TEKS UCAPAN
JEREBU, PUNCA-PUNCA, KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR, LANGKAH-
LANGKAH KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASINYA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang berusaha Tuan guru besar SK. Penjom
Timur, rakan-rakan guru, ibubapa dan murid-murid sekalian. Bersempena dengan sambutan Hari
Alam Sekitar peringkat sekolah , saya ingin berkongsi maklumat bersama semua warga dalam
ceramah saya yang bertajuk “Jerebu.”
Hadirin yang di kasihi sekalian,
Tahukah anda apa itu jerebu? Apakah yang kita tahu tentang Jerebu?
Menurut kamus dewan edisi keempat jerebu boleh ditakrifkan sebagai kabut yang bercampur
debu dan terapung-apung di atmosfera sehingga menyebabkan pemandangan menjadi kabur dan
kotor. Jerebu juga ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-
partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-
partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti
1
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
2
manusia. Apabila ia wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, pancaran matahari
kebumi boleh tersekat. Ini menyebabkan jarak pengelihatan mata kasar menjadi kurang dan
rendah.
Warga sekolah yang dikasihi,
Jerebu mengandungi pelbagai jenis bahan dan ia boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah
partikulat rampai, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrigen dioksida dan plumbum.
Partikulat terampai boleh didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu
letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji
tenaga dan kilang. Sulfur dioksida pula berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga,
industri berat dan enjin diesel. Penggunaan bahan api fosil untuk aktiviti pada loji tenaga,
industri dan sebagai penggerak kenderaan khususnys diesel dan berplumbum juga menghasilkan
karbon monoksida. Nitrogen dioksida pula dihasilkan oleh loji tenaga, industri berat dan
kenderaan bermotor. Tidak terkecuali penghasilan plumbum atau merkuri dalam industri tertentu
juga antara penyebab terjejasnya kesihatan manusia.
Hadirin yang di hormati,
Seperti yang kita ketahui, keadaan jerebu yang di alami oleh negara Malaysia terutama di
bahagian semenanjung adalah sangat membimbangkan. Apakah penyebabnya? Segalanya adalah
disebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Pemantauan oleh
Pusat Meterologi Indonesia mendapati terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.
Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk
monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung
dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau
akan berlaku dalam tahun ini.
Daripada peristiwa tersebut, kita boleh membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan
melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang
menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan
2
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
3
berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan
jerebu yang teruk.
Hadirin yang dihormati
Masalah jerebu berpunca daripada beberapa kegiatan manusia. Kegiatan pertama adalah melalui
pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti
yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini. Walaupun atas nama
pertanian, kegiatan tersebut membawa masalah yang besar di kemudian hari.
Kegiatan yang kedua pula adalah kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang
batu sebagai bahan api . Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu, proses-proses dalam industri juga akan
menyingkirkan bahan bahan yang tercemar ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah
Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang di Selangor.
Selain itu, industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan
buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu
biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke
udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.
Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan
pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Hadirin sekalian,
Faktor semulajadi juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerebu . Contohnya fenomena
El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi
berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada
masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan
memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya,
asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan
yang berjerebu.
3
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
4
Selain El-Nino, jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung
berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963. Letusan gunung berapi
pada tahun tersebut telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.
Para hadirin yang di kasihi,
Jerebu boleh berlaku bukan hanya di sebabkan oleh industri besar mahupun semula jadi.
Kegiatan seharian kita juga boleh menyebabkan berlakunya jerebu Contohnya, pembakaran
secara terbuka, asap rokok dan asap dari kenderaan. Di sini saya ingin menyeru anda semua
supaya menghindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian,
Di Malaysia Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan untuk mengukur tahap kebersihan
udara di sekeliling kita. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke
bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur
dioksidadan nitrogen dioksida . IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara
statusnya adalah seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
Kita hendaklah peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti
akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya
dapat mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya dengan segera.
Hadirin yang dihormati,
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi sehingga boleh
mengancam nyawa. Beberapa golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik
disebabkan oleh jerebu ialah kanak-kanak,orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di
4
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
5
luar pejabat atau rumah dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang
paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung,alahan
Gas-gas yang terdapat dalam jerebu boleh mendatangkan kesan kesihatan keatas tubuh manusia
penghasilan gas Karbon monoksida yang melebihi had sepatutnya akan melemahkan
pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Ia juga
mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.
Kandungan seterusnya ialah gas sulfur dioksida. Gas ini akan meruncingkan lagi masalah
penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis . Ia juga mengganggu saluran pernafasan
pengidap penyakit asma dan batuk.
Selain itu, gas nitrogen dioksida yang terdapat dalam jerebu akan merangsang hidung
dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Gas ini juga akan meningkatkan jangkitan
penyakit melalui udara. Plumbum pula akan merosakkan sistem saraf dan otak seseorang.
Partikulat terampai akan menjadikan penyakit paru-paru dan jantung bertambah parah, ia juga
mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru
terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik. Selain itu jerebu juga menyebabkan
kegatalan pada mata dan kulit. Jika terlalu serius ia akan memberikan kesan yang panjang
terhadap kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling ketara yerhadap manusia
ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong,
pneumonia atau pun radang paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Jerebu juga boleh mengurangkan jarak pengelihatan. Pengurangan jarak penglihatan membawa
masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Pada tahun 1997, negeri Sarawak
merupakan negeri yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak
diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti
ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.
Aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta perjalanan darat juga turut terganggu. Disebabkan
oleh jarak pengelihatan yang terhad, risiko kemalangan diudara, air dan darat semakin besar.
Disebabkan untuk menjamin keselamatan banyak perjalanan pengangkutan telah ditangguh. Ini
turut menjejaskan ekonomi negara.
Hadirin yang dimuliakan,
5
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
6
Selain dari memudaratkan kesihatan manusia terdapat kesan-kesan lain jerebu terhadap haiwan
dan tumbuhan. Haiwan akan sakit dan pertumbuhan tumbuhan akan terbantut. Bagi haiwan,
kesihatan mereka boleh terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang
diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.
Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,
Selimut jerebu ini biasanya akan hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Hadirin yang bijaksana,
Jerebu adalah sangat bahaya sekiranya kita terdedah secara terus tanpa perlindungan. Kesan-
kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah pertamanya
terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Keduanya, terasa sukar untuk
bernafas atau sesak nafas. Kemudian, mata terasa pedih dan berair. Seterusnya, hidung berair dan
kerap bersin. Tanda ke lima pula ialah kulit badan terasa gatal-gatal dan kesan terakhir ialah
terasa sakit dada. Jika ada antara hadirin yang menghadapi tanda-tanda tersebut semasa musin
jerebu ini. Sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan segera.
Hadirin yang budiman,
‘Cegah Sebelum Parah’ inilah kata-kata hikmat yang perlu kita ingati. Tindakan awal pasti boleh
menyelamatkan nyawa. Terdapat banyak tindakan yang boleh diambil Mereka yang mengalami
penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-
paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
6
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
7
buruk. Seterusnya kepada mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa
mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Penunggang motorsikal atau basikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-
tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah
menggunakan penutup muka (nasal mask). Kepada Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu
bapa yang sudah tua dan sanak saudara yang berpenyakit perlu elakkan merokok di dalam
rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan
mengurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila
gunakannya.
Paling penting ialah sentiasa meminum air dalam kuantiti yang banyak. Dan sekiranya keadaan
jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka adalah dinasihatkan mengambil cuti di luar
kawasan yang berjerebu
Hadirin yang di hormati sekalian,
Di Malaysia, kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin
meningkat. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan
alam sekitar dan kualiti hidup kita. Untuk mengatasi masalah jerebu ini semua pihak wajib
bekerjasama agar bumi yang tercinta ini dapat dinikmati generasi akan datang. Antara tindakan
yang perlu di laksanakan adalah pertamanya, Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang
diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah
ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap
syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang
telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.
Ke dua, Pendidikan alam sekitar.Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains,
diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap
oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi
daripada fenomena cuaca seperti jerebu.
Ketiga, Kempen kesedaran alam sekitar.Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan
(NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO
7
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
8
melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai
alam sekitar.
Ke empat, Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun
merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih
selepas berlakunya hujan.
Ke lima, Penggunaan petrol tanpa plumbum.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon
kenderaan yang mencemarkan udara.
Ke enam, Penggunaan catalytic converter.Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan
pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.
Ke tujuh, memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk
dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.
Ke lapan, kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian
boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh
dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan
perabot seperti meja dan kerusi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar kita dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan berulang jika kita alpa untuk
menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin. Marilah kita sama-sama menjaga
alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada supaya tiada seorang pun di kalangan
kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada jerebu.
Sekian, terima kasih.
8
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
9
3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT.
9
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
10
10
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
11
11
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
12
12
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
13
4.0 REFLEKSI DARI 5 ARTIKEL
Artikel 1ARKIB : 01/07/2013
Tiga negara bincang isu jerebu
KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 di Bandar Seri Begawan di Brunei semalam.Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Singapura Dr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan."Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. - BERNAMA
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari
segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.
Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi
undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan
Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika
dapati mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar.
Artikel 2
Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor2013/06/26 - 14:09:07 PMCetak Emel Kawan
SHAH ALAM: Bencana jerebu yang melanda beberapa negeri sekarang bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskan pendapatan sesetengah golongan, khususnya nelayan tradisional.
Persatuan Nelayan Kuala Selangor memberitahu BERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas pendapatan berikutan bencana itu.
Pengerusinya, Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun masih belum menerima maklum balas.
“Persatuan juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang cadangan menaikkan elaun sara hidup nelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulan bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perikanan Selangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatan yang terhad menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayan tradisional yang menggunakan sampan dan bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.
14
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
15
"Sesetengah nelayan hanya beroperasi menangkap ikan di pesisir pantai sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini.
Sauffi Affandi berkata, nelayan juga boleh terlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu menyebabkan mereka tidak dapat melihat pelampung penanda. Sehubungan itu beliau menasihatkan nelayan yang ingin ke laut ketika jerebu ini supaya mengambil langkah keselamatan dengan membawa bersama jaket keselamatan, lampu suluh dan keperluan lain.
Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangor sehingga jam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak sihat.
Pelabuhan Klang setakat ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi pada 140 berbanding kawasan lain di Selangor.
Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118).
Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA
Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:
Kesan Jangka Pendek
Kerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana
faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian
dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan.
Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200
untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh
kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.
Kesan Jangka Panjang
Kesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan
pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem
15
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
16
tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh
itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.
Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan.
Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif
jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu
datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.
Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor
perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang,
kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus
diberhentikan.
Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini
merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos
tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.
Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil
untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek
jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan
hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa
ditanggung masyarakat.
Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri
mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.
Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan
menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh
tangan-tangan manusia. Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi
16
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
17
Negara dan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar
umbi.
Artikel 3mStar Online > BERITA
Saturday June 16, 2012
Jerebu Di Lembah Klang Dijangka LebihBurukOleh TEH ENG HOCK, REGINA LEE
PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda Semenanjung Malaysia dengan empat kawasanmencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Lembah Klang dan bakal menjadi
lebihburuk.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu disebabkan beberapa 'kawasan panas' yang terletak ditengah pulau Sumatra, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaanbertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan
iniakan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.
Kualiti udara di Lembah Klang merosot secara progresif pada Jumaat dengan empat kawasanmencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat sehingga pukul 5 petang.
Lokasi ini ialah Pelabuhan Klang (147), Kuala Selangor (129), Shah Alam (120) dan Cheras (105).
Kebanyakan daripada 51 kawasan yang dipantau oleh JAS juga menunjukkan peningkatan, dengan
beberapa tempat di lembah Klang dan Kinta menghampiri pinggir bacaan IPU tidak sihat, lebih dari100.
JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 dan 50 sebagai Baik, 51-100 (sederhana), 101-200(tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih dari 301 sebagai berbahaya.
17
HBHE3103GAYA HIDUP SIHAT
18
"Dengan cuaca yang agak kering di beberapa bahagian utara dan pantai timur negeri-negeri diSemenanjung, jerebu dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata
JAS dalam satu kenyataan.
Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanahgambut di daerah ini telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan
berlaku.Laporan imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan
peningkatan kawasan panas di Sumatera daripada 67 pada Selasa kepada 122 pada Rabu.
Pusat ini juga melaporkan penurunan dalam bilangan kawasan panas di daerah Riau kerana awanmelindungi satelit tetapi menyatakan bahawa angin barat telah meniup jerebu ke arah Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, JAS telah mengaktifkan pelan tindakan untuk mengawal pembakaran terbuka serta
meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran, Jabatan Meteorologi juga melaporkan bahawa hampir seluruh
negara berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering.
Carta FFMC di laman web jabatan memberi nilai potensi kebakaran di kebanyakan bahagian negaraini sebagai "melampau".
Kod, yang merupakan penarafan berangka bagi kandungan lembapan sampah sarap dan bahan apilain (rumput, semak, daun kering), digunakan sebagai penunjuk potensi bermulanya kebakaran dantersebar di sesuatu kawasan.
Ia dipengaruhi oleh suhu, kelembapan relatif, hujan dan kelajuan angin
Di Selangor, satu kes kebakaran dicatatkan semalam di Pulau Kempas, Kuala Langat, di manabomba berjaya meletakkannya di bawah kawalan.
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata rakyat perlu minumlebih banyak air manakala pesakit yang berisiko tinggi dengan masalah pernafasan perlumendapatkan rawatan awal jika gejala semakin membimbangkan.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk melawat laman web Kementerian Kesihatan diwww.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan untuk menghadapi jerebu.