NO. MATRIK : 720811135634001
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN
KEPUJIAN
NAMA
:HARTINI BINTI MOHAMAD SHARIF
NO. KAD PENGENALAN
:720811-13-5634
NOMBOR MATRIK
:720811135634001
NOMBOR TELEFON
:0194673873
ALAMAT EMAIL
:[email protected]
:PUSAT PEMPELAJARAN SARAWAK
KURSUS
:SMP ( Ambilan Januari 2012)
1.0 Pendahuluan
1.1 Pendidikan Khas
1.2 Definisi Pendidikan Khas
1.3 Konsep Pendidikan Khas
2.0 Pendidikan Insklusif
3.0 Kategori Individu Berkeperluan Khas
3.1 Bermasalah Pendengaran
3.2 Bermasalah Penglihatan
3.3 Bermasalah Kecacatan Fizikal
3.4 Sindrom Down
3.5 Terencat Akal
3.6 Austistik
3.7 Masalah Pertuturan
3.8 Disleksia
3.9 Masalah Pintar Cergas
4.0 Mengenal Pasti Individu Berkeperluan Khas5.0 Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai untuk Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas
5.1 Masalah Penglihatan
5.2 Masalah Pendengaran
5.3 Masalah Pertuturan
5.4 Masalah Pembelajaran 5.5 Masalah Tingkah Laku
5.6 Masalah Lembam
5.7 Masalah Sindrom Down
5.8 Masalah Autisme
5.9 Masalah Pintar Cergas
6.0 Keperluan Infrastruktur Kanak-Kanak Keperluan Khas
6.1 Bilik
6.2 Ruang
6.3 Keceriaan
6.4 Lain-Lain Keperluan
6.5 Cadangan Bilik Kemudahan
7.0 Rumusan
1.0 PENDAHULUAN
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di
kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara
biasa.Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak
berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.Oleh yang demikian di
dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta
berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut
pengajaran.
Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain
dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan
berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau
menjalani kegitan fizikal. Namun, kadang kala kita akan berjumpa
kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut
norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.Perbezaanya ini
juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut
pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain
dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya.
Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza
daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kogintif, fizikal
yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.Kanak-kanak
ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal,
masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah
pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini
dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Satu bentuk
pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk
kanak-kanak lain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini
dinamakan pendidikan khas. 1.1 Pendidikan Khas Pendidikan Khas
boleh dimaksudkan sebagaikaedah-kaedahyang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluankanak-kanakyang mengalami pelbagai kecacatan /
kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek- aspek
pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan
yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk
pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang
telah diubah suai dengan tujuan memenuhikeperluan-keperluankhas
bagimurid-muridyang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang
upaya itu.
1.2 Definisi Pendidikan Khas
Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk
pelajar-pelajar berkeperluan khas daripada segi intelek, fizikal,
sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya
daripada rancangan sekolah biasa.
(Chua, 1992)
Sebarang program yang diperuntuk atau ditujukan kepada
pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan
ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa
dalam kelas
Slavin (1997)
Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu
pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.
Gearhart & Weishman (1980)
1.3 Konsep Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi
keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini
dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta
dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan
keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup
memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan
membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan
intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan olehguru-guruterlatih
khas dan menggunakan kurikulum khas.Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang
sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada
pelajarpelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang.
Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan
keperluan tenag rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem
pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.Misi
Pendidikan Khas
Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan
yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan
bakti kepada masysrakat dan negara.
Visi Pendidikan Khas
Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
2.0 PENDIDIKAN INKLUSIF Definisi
Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris
inclusive yang bermaksud merangkum. Secara umumnya, program
pendidikan
inklusif membawa maksud program yang ditawarkan kepada
pelajar
berkeperluan khas untuk belajar bersama murid normal di dalam
bilik
darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan
belajar
dalam keadaan normal tanpa mengira status (Naim, 1997).
Falsafah Pendidikan Inklusif
Pendidikan ini adalah untuk semua. Pendidikan inklusif
menawarkan
kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama-sama murid normal
di
dalam bilik darjah dan sekolah yang sama.
Objektif
Objektif program pendidikan inklusif secara umumnya ialah
untuk
memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas untuk
menerima
pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang
terdapat di
sekolah bersama dengan pelajar normal
Empat objektif pendidikan inklusif menurut Barirah (1995):
Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas dalam menyedari bahawa mereka juga adalah
sebahagian daripada ahli masyarakat;
Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang
disediakan untuk mereka;
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang
setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep
mereka; dan Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam
pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran.3.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
McDonnell et al. (1995) pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar
berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan
akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran,
kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain.
Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini yang mempunyai
gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gangguan
tingkah laku).Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak
istimewa di peringkat pra-sekolah, mencadangkan dua kategori
kanak-kanak, iaitu:
(a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal
dalam
pelajaran di bangku sekolah; dan
(b) Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di
bawah sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.
Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak
istimewa bolehlah ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang berhadapan
dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh
keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal
atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).
Rajah 1 : Kategori Kanak- Kanak Berkeperluan Khas.
Kanak-Kanak berkeperluan khas boleh dibahagi kepada :
Masalah kecacatan fizikal
Masalah penglihatan
Masalah pendengaran
Masalah pertuturan
Masalah pembelajaran
Masalah tingkahlaku
Lembab ( slow learner)
Terencat akal ringan
Autisme
Pintar cerdas
Sindrom Down
Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD
Disleksia
3.1 Bermasalah Pendengaran
Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima
bahan-bahanilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria
lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria
pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran.
Masalah pendengaran bermaksud ia adalah masalah- masalah yang
menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain.
Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai
golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan
orang ramai kerana rosak pendengaran. Pelajar-pelajar yang
bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu
bermasalah pendengaran:
Penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga);
Pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga);
Pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau
cedera); dan
Psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi
yang
terpendam).American National Standards Institute mentakrifkan
masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk
mengesan suatu bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan.
Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB) adalah nilai tahap
pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai
isyarat suatu frekuensi, seperti 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan
sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai
pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi
adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB tahap masalah pendengaran (dB HL)
(Grundfast et al., 2000).Terdapat dua kategori masalah pendengaran
iaitu separa pekak dan pekak.
Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.
Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer
dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap
kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.
Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap
kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Klasifikasi Masalah Pendengaran
Rajah 2 : Bahagian Dalam Telinga
a. Hilang pendengaran jenis konduktif Bunyi tidak dapat bergerak
dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran
atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi
perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif
selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
b. Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini
disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf
pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas
menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah
pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat
dibantu dengan alat batu pendengaran.
c. Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang
pendengran jenis konduktif dan sensorineural.Pelajar-pelajar yang
mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti melalui
ciri-ciri seperti:
Kurang memberi perhatian;
Susah mengikut peraturan;
Selalu berkhayal;
Memerlukan bantuan daripada kawan;
Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan;
Cara percakapan yang janggal; dan
Mempunyai masalah kesihatan.
3.2 Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanakbermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak
dapat melakuka tugasan seperti membaca atau menulis tanpa
menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila
penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai
tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan boleh disebabkan
oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital
ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk
menentukan keterukan gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim
digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan
sebagai akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik
dari 3/60 manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang
lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997).Definisi masalah penglihatan
dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanakyang
memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah
penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu
diadaptasikan denagn keperluankanak-kanakini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Rajah 3 : Bahagian Mata Definisi yang dikemukakan olehThe World
Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988)
tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:
Tidak dapat melihat langsung. Kebolehan melihat tidak lebih
daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Penglihatan
yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.Pelajar-pelajar yang
mengalami masalah penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan
kategori mengikut peringkatnya, iaitu:
Astigmatisme (rabun);
Strabismus (juling);
Amblipia (mata malas); Diplopia (nampak dua);
Glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata);
Albinisme (sensitif pada cahaya);
Myopia (rabun jauh); dan
Hyperopia (rabun dekat).
Rajah 4 : Masalah Penglihatan ; Juling
Ciri-ciri pelajar mengalami masalah penglihatan adalah seperti
berikut :
Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan
mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan.
Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan
menyebabkan mata merah dan bengkak.
Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.
Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat
atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.
3.3 Bermasalah Kecacatan Fizikal Masalah kecacatan fizikal
merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal,
dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap
(brances) atau kerusi roda.
Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan
otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta
kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal
ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular
dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
Cerebral Palsy
Cerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak
yang mengawal pergerakan semasa awal pertumbuhan, biasanya ia
berlaku semasa dalam kandungan. Jika berlaku semasa kelahiran,
adalah kerana kekurangan oksigen, meningitis dan kecederaan di
otak
Kanak-kanakyang mengamali masalah ini akan merasi kesukaran
dibahagian postur badan, pergerakan tubuh,otot-ototyang lemah serta
keseimbangan dan koordinasi tubuh. Ia juga mengalami kesukaran
untuk makan dan bercakap.
Pelajar-pelajar yang mengalami cerebral palsy ini boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu: Spastik Kerosakan pada bahagian
konteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap
otak dan otot yang boleh dikawal. Ia akan menghalang pergerakan
yang sempurna iaitu koordinasi pergerakannya sukar dikawal. Ia
boleh dikesan melalui ciri-ciri kesukaran pada waktu makan, masalah
pernafasan, masalah pada pertuturan, tanda-tanda terencat akal,
tidak berupaya mengurus diri atau tidak berupaya berdiri dan
memijak. Atitosis
Kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh memperlahankan
pergerakan.Pergerakan pada bahagian bahu, muka, kaki dan tangan
tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi agak susah dan tidak
jelas, di samping masalah mengawal air liur.
Ataksia
Kerosakan pada bahagian serebral otak yang boleh menyebabkan
kesulitan dalam mengawal imbangan badan. Pergerakan pelajarpelajar
ini juga kekok dan teragak-agak serta pertuturannya dan
pendengarannya kurang jelas.
Rajah 5 : Kanak-kanak cerebral palsy susah mengawal anggota
badan.
Muscular DystrophiesKanak-kanakyang mengalami muscular
Dystrophies akan mengalami masalah urat saraf yang lemah sepanjang
masa. Kebanyakannya berlaku pada kanak- kanak lelaki berbanding
dengankanak-kanakperempuan. Kemerosotan kekuatan otot secara
progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda.
Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
Rajah 6 : Kanak-kanak yang mengalami muscular dystropies
Rajah 7 : Pergerakan yang sukar bagi penghidap muscular
dystropiesSpina Bifida
Spina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak
mengalami pertumbuhan semasa dalam kandungan. Jika ia berterusan
akan menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta
kesukaran mengawal usus dan pundi kencing.
Rajah 8 : Bayi yang mengalami spina bifida
3.4 Sindrom DownSindrom Down ialah masalah yang disebabkan
masalah berlebihan kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang.
Sindrom ini biasanya diwarisi daripada keluarga iaitu baka yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Kecacatan sindrom Down ini boleh dikesan sebaik sahaja bayi
dilahirkan. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap darjah kecerdasan
otak (IQ) yang rendah antara 30 hingga 80.
Pelajar-pelajar sindrom Down mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat;
Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir;
Mata sentiasa berair dan merah;
Mata sepet dan bentuk muka yang kecil;
Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan
melintang;
Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok;
dan
Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Rajah 9 : Kanak-Kanak Sindrom Down
3.5 Terencat Akal
Terencat akal didefinisikan oleh American Association on Mental
Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal yang merujuk kepada
kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata. Ia menunjukkan
kekurangan dalam penyesuaian tingkah laku dan dapat dilihat semasa
pembesaran. Pelajar-pelajar terencat akal boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan, iaitu:
(i) Terencat akal ringan; dan
(ii) Terencat akal berat.
Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan seperti
berikut:
(i) Ringan (mild) IQ antara 5070;
(ii) Sederhana (moderate) IQ antara 3549;
(iii) Teruk (severe) IQ antara 2034; dan
(iv) Amat Teruk (profound) IQ kurang daripada 20.
Pelajar-pelajar terencat akal ringan terdiri daripada: (i) Bodoh
(Idiot)
Pelajar-pelajar yang tidak dapat melindungi diri mereka daripada
bahaya fizikal seperti mencederakan diri sendiri, tidak berupaya
makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri. (ii) Imbersil
(Imbecile)
Pelajar-pelajar yang tidak boleh mengurus diri tetapi boleh
dilatih untuk menjaga keperluan tubuh badan.
(iii) Dungu (Moron)
Pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan mental 23% daripada
kadar biasa. Pelajar-pelajar ini tidak boleh bermain atau belajar
dengan pelajar-pelajar biasa. Mereka boleh dikesan semasa umur dua
hingga tiga tahun kerana lambat berfikir. Pelajar-pelajar moron
memerlukan penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
(iv) Lembam
Pelajar-pelajar yang lambat menerima pelajaran dan sukar untuk
menyesuaikan diri dengan sekolah biasa. Bagi golongan pelajar yang
dikategorikan sebagai cacat akal berat, mereka biasanya sukar untuk
makan dan selalu muntah. Pelajar-pelajar ini juga suka menyendiri
dan pendiam. Sikap mereka juga kadang-kadang sukar dikawal.
Misalnya, jika menggigit sesuatu dalam mulut, benda tersebut tidak
mahu dikeluarkannya. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sukar
bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur, selalu
menangis, sukar bercakap dan memahami orang lain, kebingungan pada
cahaya
lampu dan tidur yang berlebihan.
3.6 Autistik
Pelajar-pelajar autistik adalah pelajar-pelajar yang berkelakuan
seperti orang pekak tetapi mereka tidak pekak. Namun begitu, mereka
tidak menyatakan apa yang mereka dengari. Golongan ini biasanya
berada dalam dunianya sendiri. Pelajar-pelajar autistik juga tidak
dapat mengawal keseimbangan fizikal dan bertingkah laku aktif yang
keterlaluan. Golongan ini juga selalu menunjukkan perlakuan yang
bongkak, ketawa dengan tibatiba, takut dan cemburu berlebihan.
Selain itu, pelajar-pelajar ini juga suka berkelakuan seperti
menggigit kuku, menghisap jari dan mencederakan diri. Mereka tidak
mengenali bahaya dan tidak merasa kesakitan. Pelajar-pelajar ini
juga gagap, perkataan disebut secara berulang-ulang, menangis dan
marah tanpa sebab, tidak mahu dipeluk, suka permainan yang luar
biasa, tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar lain,
tiada hubungan mata apabila bercakap dan tidak mahu menerima
pelajaran biasa.
Rajah 10 : Lambang Kanak-Kanak Austisme 3.7 Masalah
Pertuturan
Bermasalah pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan
yang menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada daripada segi bunyi,
penguasaan bahasa atau gangguan semasa bertutur.
Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh dibahagikan
kepada enam jenis, iaitu:(i) Gangguan artikulasi yang puncanya
adalah kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit, penyakit hidung
dan tekak dan peniruan yang salah semasa pembelajaran;(ii) Gangguan
bunyi pula berkaitan rapat dengan nada dan kekuatan serta kualiti
bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang
menyenangkan atau tidak normal akibat daripada alunan bunyi yang
tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah
dan penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh dikesan
melalui pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak dan
nyaring. Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi dan
arahan bunyi suara;(iii) Gagap juga merupakan salah satu daripada
masalah pertuturan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan
khas di Malaysia. Seseorang itu boleh dianggap gagap apabila
penyebutan satu-satu perkataan diulang-ulang, terhenti dan diikuti
oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada;
(iv) Kelewatan bertutur pula ialah perkembangan pertuturan yang
berlaku pada kadar lambat daripada normal dan kebolehan bertutur
yang tidak sesuai dengan umur sebenar. Punca utama masalah ini
ialah lembam,kekurangan motivasi dan kecederaan otak; dan(v)
Sumbing pula disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu
lelangit janin untuk bercantum selepas tiga minggu dalam kandungan.
Pelajar-pelajar sumbing akan bertutur dengan suara yan sengau.
(vi) Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu
menjadi tidak sempurna. Ia boleh berpunca daripada kemalangan,
kecederaan, penyakit atau semula jadi sejak dilahirkan3.8 Disleksia
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan
Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud
perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan.
Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang
Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan
dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia
(Hammond dan Hugges, 1996:3)
Disleksia ialah satu Disorder dalamkanak-kanakyang telah terima
Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan,
menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of
Neurology, 1968)Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain
yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang
bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia)
iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia
(Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-
ordinasimoto-mata-tangan.Disleksia adalah satu masalah pembelajaran
spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang
budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan
program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta
penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam
keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu
kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanakdisleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam
bacaan dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di
Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran
membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan
yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999).
Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawakanak-kanakdisleksia
dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak
seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan,
lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan
lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang
sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam
ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.
Rajah 11 : Kanak-Kanak Dileksia
3.9 Masalah Pintar Cergas Terdapat pelbagai pandangan dan
pendapat tentang konsep pelajar pintar cerdas ini. Konsep pintar
cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat membantu dan
mempengaruhi khidmat (services) akan diberi untuk memenuhi
keperluan khas pelajar ini. Ada pihak yang mendefinisikannya
sebagai golongan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang
tinggi, berbakat dan kreatif. Beberapa istilah telah digunakan
berkaitan dengan giftedness dan kreativiti. Istilah seperti
kecerdasan (intellegence) yang tinggi, IQ yang tinggi (1.5 2
sisihan piawai atas min), pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih
daripada 130) kreatif, berfikiran konvergen, berfikiran divergen
sering digunakan untuk memerihalkan giftedness.
Alfread Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar
cerdas yang dikenali sebagai TheStanford-BinetTest telah memberikan
definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan memahami,
membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik Lewis Terman
(1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang
berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.
Menurut Jamila (2005),Kanak-kanakpintar cerdas
adalahkanak-kanakyang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam
akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana
tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya
memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992)
mendefinisikankanak-kanakpintar cerdas sebagai kanak-kanakyang
menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:
Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak,
kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik. Bakat-bakatkhas
dalambidang-bidangseperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan
manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.
Perkembangankanak-kanakcerdas pintar ini
menunjukkanciri-ciriluar biasa pada umur yang sangat muda
berbandingkanak-kanakbiasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan
dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan
perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat
dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati
semula maklumat.Kanak-kanakini boleh merancang, memantau dan
menilai menggunakan pemikiranadvancepada umur yang muda
berbandingkanak-kanaklain.
Dari segi emosi, mereka sangat matang berbandingkanak-kanaklain,
mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta
terlalu sensitif.
Rajah 12 : Kanak-Kanak Pintar Cerdas4.0 MENGENALPASTI INDIVIDU
BERKEPERLUAN KHAS Langkah 1 Penapisan (Screening) Prosedur
menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti
mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti
dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan
intensif.
Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan
pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool
(con: senarai semak, borang berkadar/rating, alat pengukuran yang
piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar
berisiko tinggi
Langkah 2 Pencalonan (Referral) Individu atau pasukan (di
sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian
Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya
mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses
tersebut.
Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu
untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas
dalam prosedur ujian.
Langkah 3 Penilaian Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi,
penempatan, dan penentuan program khas
Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan
menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi
corak pembelajaran pelajar
(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk
menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.). Langkah 4
Kelayakan
Lepas proses penilaian ( analisis dan penafsiran skor ujian )
disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk
menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas.5.0
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
5.1 Masalah PenglihatanKementerian kesihatan Malaysia
menghasilkan buku Manual On The Management of Children With Visual
Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat
digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap
kanak-kanakbermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di
atas iaitu:Sentuh
Pandu tangankanak-kanakuntuk menyentuhbenda-benda.Beri
kanak-kanakpelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk
dan saiz. Beri peluang kepadakanak-kanakuntuk menjalankan aktiviti
seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di
dapur ataupun di taman.
Pendengaran
Bercakap dengankanak-kanakitu pada setiap kesempatan. Namakan
benda-bendayang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di
sekelilingnya. Terangkan jugabenda-bendayang sedang dilakukan dan
jelaskan kepadakanak-kanakitu tentang perasaan.
Galakkankanak-kanakbercakap, misalnya dengan bertanya soalan
kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk)
dengankanak-kanak.Pastikan orang bercakap terus
kepadakanak-kanak.Misalnya jika ada orang yang bertanya , Adakah
anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya
terus kepadakanak-kanak
Bau
Pastikankanak-kanakdiberikan peluang untuk menghidu benda,
misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan
untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak
danlain-lain.
Rasa
Galakkankanak-kanakmemasukkan benda ke dalam mulut kerana ini
menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu
bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu
dihentikan apabila kanak-kanaktumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yangberbagai-bagaidari segi rasa dan
tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.
Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan
yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan
cadangan.Kanak-kanakdengan masalah penglihatan memerlukan bantuan
dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di
kawasan yang belum biasa baginya.
Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang
besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran.
Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai
perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang
terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.
Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan
bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman
kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti
hands-on.
5.2 Masalah Pendengaran Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu
mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk
kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain.
Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan
membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar.
Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk
memudahkan mereka melihat wajah guru. Elakkan daripada menjerit
atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan
illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.
Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh
bunyi bising atau gangguan bunyi lain.Penggunaan bahasa isyarat
adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari
tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan
digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa
isyarat dan bahasa badan.
Rajah 12 :Mengajar Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran5.3 Masalah
Pertuturan Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk
memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara
bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang
melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu
kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang
perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh
dibantu melalui terapi.
5.4 Bermasalah Pembelajaran Oleh kerana kanak-kanak ini sukar
memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang
senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat
duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan
memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana
kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan
tingkah laku yang dikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik
darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu
memastikan murid faham peraturan tersebut.
Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan
murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan
perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan
yang ringkas. 5.5 Bermasalah Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku
yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:
Peneguran Positif:
Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja
murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang
murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan
tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh
diberi galakan atau pujian atas tindakannya.
Time-out Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu
masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada
murid memikirkan tentang tingkah lakunya
Tidak Peduli: Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang
menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku
yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan
perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih
bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti
misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.
Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu
persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka
dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga
tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing
cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri
5.6 Lembam Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan
dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual
atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan
pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah
yang pendek dan ringkas.
Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina
keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang
kanak-kanak lembam untuk memberi laporan secara lisan manakala
rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts
K, 2007).
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak
terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang
kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan
untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja
rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis
kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada
ibu bapa .5.7 Sindrom Down Guru perlu bersabar dalam menangani
pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down.
Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan
mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang
bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang
mereka juga berupaya untuk berjaya.
Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan
rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.
Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan
perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang
terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja
dan bawa buku itu kepada cikgu.
Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa
pengajaran akademik. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai
keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu
menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.
Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia
boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen
vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini
adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan
berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan
nanti.
5.8 Autisme
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran
kesediaan untuk belajar, misalnya duduk dan memberi perhatian
kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat,
gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan
rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat
membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat
khabar dan mengisi borang permohonan.
Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu
mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara
yang perlu dilakukan pada hari itu.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah
mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang
telah dipelajari.
Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang
sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di
dalam bilik darjah
5.9 Pintar Cergas
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis
program:
Pengasingan,
Pemecutan (acceleration)
Pengayaan
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan
sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu
menggalakkan kebolehan istimewa mereka.Pengasingan ini bertujuan
mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
membantu perkembangannya secara optima.
Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. Satu
cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik
darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke
kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid
atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.
Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan
rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka
belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat
berbanding rakan sebaya.
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan
pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya
aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan
negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain
yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang
sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.
6.0 KEPERLUAN INFRASTRUKTUR KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 6.1
Bilik
Kebiasaannya bilik untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sesuai
diletakkan di tingkat bawah. Lokasi di aras bawah akan sesuai
kerana :
memudahkan kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal dan yang
memerlukan kerusi roda bergerak.
Mudah untuk mengubah dan mengalih peralatan sokongan dan bantuan
yang besar dan berat.
Bersebelahan dengan tempat bermain, riadah, terapi, aktiviti
seperti taman tani, ruang terapi pasir-air.
Sekiranya bilik ditempatkan ditingkat satu, pastikan tangga
tidak terlalu curam dan tidak licin serta mempunyai pemegang di
tepi dinding yang rendah dan sesuai dengan ketinggian murid.Adalah
lebih baik sekiranya kelas ini bersebelahan dengan kelas aliran
biasa terutama di sekolah integrasi. Bagi di sekolah khas,yang
khusuus dengan murid cacat penglihatan, tanda-tanda label braile di
pasang disekeliling sekolah untuk memudahkan murid bergerak ke
tandas, kantin, pusat sumber dan sebagainya. 6.2. Ruang Ruang dan
perabot yang disediakan perlu disesuaikan dengan aktiviti yang
dijalankan. Contohnya ruang seni lukis, perlulah disediakan perabot
yang sesuai untuk aktiviti melukis serta menempatkan kertas lukisan
dan warna, juga disediakan kemudahan apron dan papan pameran untuk
mempamerkan hasil lukisan dan kerja tangan.
Sekiranya dapat, peralatan dan perabot besar dipasang kaster (
roda kecil ) unuk memudahkan mengubahsuai susunan perabot untuk
memjalankan pelbagai aktiviti terutama bagi bilik yang kecil.
Elakkan perabot terutama di ruang bercerita, perbincangan,
perbualan atau tempat rehat.Tempatkan meja guru di lokasi yang
mudah guru mengawas murid menjalankan pelbagai aktiviti di dalam
kelas. Pandangan guru tidak dihalang oleh susunan perabot atau
papan pameran.
Penyimpanan alatan perlulah berhampiran dengan jenis aktiviti
yang dijalankan. Ini memudahkan pemindahan peralatan, terutama
alatan eletronik yang sensitif terhadap gegaran apabila
dipindahkan. Kosongkan ruang terutama lokasi untuk menjalankan
aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan dan laluan perlulah
tanpa halangan yang boleh membahayakan murid.6.3 Keceriaan Susunan
kelas tidak semestinya statik. Susunan kelas boleh diatur dari
semasa ke semasa untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan
aktiviti pembelajaran yang diadakan. Keceriaan bukan sahaja untuk
cantik dan kemas, tetapi disesuaikan dengan aktiviti sekolah.
Elakkan memasang kain di sekeliling meja guru dan murid. Kain
tersebut mungkin boleh mengakibatkan masalah keselamatan.
Poster, kad imbasan, model dan berbagai bahan pembelajaran yang
berkaitan dengan pembelajaran boleh dijadikan bahan pameran. Bahan
yang dupamerkan biarlah berubah setiap minggu mengikut tema.
6.4 Lain-Lain Keperluan Mesin braille
Alat rakaman audio
Duplicator braille
Hand held magnifier
Stand magnifier
Spectacle magnifier
Teleskop
Tongkat putih
Kerusi roda
6.5 Cadangan bilik kemudahan Bilik darjah untuk kumpulan
Bilik resos
Tandas yang sesuai dengan masalah fizikal murid
Bilik masak dan ruang makan
Taman riadah
Ruang senaman
Ruang fisioterapi
Bilik kemahiran pengurusan diri
Ruang terapi air dan pasir
Rajah 13 : Bilik darjah yang sesuai untuk murid-murid
berkeperluan khas.
Rajah 14 : Tandas yang sesuai untuk kanak-kanak khas7.0
RUMUSAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak
untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun
perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi
pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada
tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu
berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah seliaan Kementerian
Pelajaran Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai
kategori seperti Disleksia, Autisme, Perkembangan Lewat, Hiperaktif
dan sebagainya.
Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan
diisytiharkan dalam "Universal Declaration of Human Right 1948" dan
diperkukuhkan oleh "The World Declaration on Education for All
1990":"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama
bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka
mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak
mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa
tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak
masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu
sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis
kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi
fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah
berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak
bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi
kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat
belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi
peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.
Diharapkan bahawa matlamat falsafah pendidikan khas seperti mana
yang digariskan oleh JPK iaitu pendidikan khas di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan untuk me1ahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sehagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif se1aras dengan falsafah pendidikan negara dapat
dicapai melalui tiga program pendidikan khas utama iaitu Program
Pendidikan di Sekolah Khas, Program Pendidikan Percantuman, dan
Program Pendidikan Inklusif.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan
khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam
masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan
khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan
potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat
golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada
kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan
khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak
wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta
penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas menurut segala
kehendak masyarakat.
RUJUKANJamila K.A. Mohamad (2005) Pendidikan Khas Untuk
Kanak-Kanak Istimewa, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Pahang
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan
Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak
untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan
Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di
Peringkat Awal Kanak-Kanak, [ atas talian ] muat turun pada
November 11, 2013 dari
http://www.slidesshare.net/shida01/Kanak-Kanak-_berkeperluan_khas_di_peringkat_awal_kanak-kanakMasalah
Pembelajaran, Portal Rasmi PDKnet, [ atas talian ] muat turun pada
November 11,2013 dari www.pdknet.com.my/web/index.php?Mohd Sharani
Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing
SDN BHD. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah
Jantan (2011) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan , Open Universiti
Malaysia, SelangorHBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
40