Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Tahun 5 Jaya Terhadap Soalan
Sains Bahagian B Kemahiran pembolehubah bergerak balas Dengan
Menggunakan Kaedah Ujianoleh
Paragas A/L Krishnan
Open University Malaysia
[email protected]
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan tahap
kefahaman murid murid terhadap soalan sains bahagian B kemahiran
pemboleh ubah bergerak balas. Seramai 3 orang murid tahun 5 Jaya
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang terlibat dalam kajian ini.
Fokus kajian ini adalah untuk menilai samada penggunaan kaedah
ujian memberi kesan yang positif terhadap kefahaman murid pada
soalan sains bahagian B. Pengkaji akan menggunakan kaedah ujian
bagi mengetahui lebih dalam tentang kegagalan murid untuk mencari
jawapan bagi soalan sains bahagian B. Murid Tahun 5 jaya dalam
kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang
lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui
keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan
yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memangdapat
dikenal pasti mereka menghadapi masalah menjawab soalan Sains
bahagian B pembolehubah bergerak balas. Berdasarkan latihan yang
diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya
mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan
maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada
bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).Terdapat juga
segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B,
mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun
penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu,
melalui soaljawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara
mereka tidak memahami ke hendak soalan, tidak memahami istilah
sains, dan perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak
memahami sebahagian tajuk yang telah diajar.Kegagalan murid
mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan amat merugikan.
Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik
menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan masalah ini
akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah
kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang
mereka hadapi
Isi KandunganBab 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Kerangka Kon sep
1.5 Objektif Kajian
1.6 Persoalan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian/ Limitasi Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.10 Rumusan
Bab 2
2.1 Pengenalan
2.2 Literatur Berkaitan/ Teori Berkaitan
2.3 Kajian-kajian lepas yang berkaitan
2.4 Rumusan
Bab 3
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Populasi & Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Teknik Pengutipan Data
3.6 Kaedah Analisis Data
3.7 RumusanBab 11.11 Pengenalan
Menurut daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas Sains merupakan
sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.
Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang
bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses
mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman,
dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya. Cara
sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan
teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan
mengapa sesuatu perkara terjadi semasa ekperimen dijalankan.
Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan
mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk
memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu
penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang
dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan
lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana
pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari
melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea
yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi
eksperimen beberapa kali merupakan satu-satunya cara untuk
mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan
tepat.Dengan adanya pembolehubah maka proses mendapat maklumat yang
tepat bagi sesuatu eksperimen.
Kemahiran sains meliputi pengetahuan dan pengamalan dalam
kehidupan harian. Ini termasuk penggunaannya dalam membantu
seseorang membuat keputusan. Kepada seseorang pelajar, kemahiran
berfikir dalam sains dipanggil Kemahiran Kognilif Sainlifik.Inilah
yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah
ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan
maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan
lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains
merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini
mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.
Matapelajaran sains merupakan salah satu mata pelajaran teras
antara 7 matapelajaran penting sekolah rendah yang diuji pada ujian
penilaian sekolah rendah (UPSR). Kertas ujian sains sekolah rendah
merangkumi 2 bahagian iaitu soalan bahagian( A) 30 soalan aneka
pilihan mengandungi 4 pilihan jawapan A,B,C,D (30 markah) dan 4
atau 5 soalan pada soalan bahagian B. Setiap soalan bahagian B
mempunyai item 2 atau 3 pemboleh ubah iaitu (pemboleh ubah
dimanipulasikan), (pemboleh ubah bergerak balas), (pemboleh ubah
dimalarkan) serta soalan hipotesis, soalan ramalkan dan sebagainya.
Bahagian A - 30 soalan objektif Aneka pilihan Aneka gabungan 30
markah Soalan berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains Tahun 4,
5 dan 6 dari semua tema.
Pembolehubah ialah perkara-perkara yang perlu ada dalam sesuatu
eksperimen dan dapat mempengaruhi hasil atau keputusan eksperimen.
Pembolehubah Manipulasi Pembolehubah Bergerakbalas Yang Dimalarkan
Bagaimana mengenal pembolehubah Pembolehubah - perkara berbeza /
berlainan / tidak sama sebelum Manipulasi eksperimen dijalankan
Pembolehubah - perkara yang berbeza / berlainan / tidak sama
selepas Bergerakbalas eksperimen dijalankan - merupakan hasil /
keputusan eksperimen Pembolehubah - Perakar yang sama / tidak
berubah / tetap sepanjang Malar eksperimen dijalankan
Dimanipulasi - Perkara yang diubah / berbeza / tidak sama
Bergerakbalas - Hasil eksperimen yang dicatat Dimalarkan - Perkara
yang ditetapkan / tidak berubah / sama. Isi padu akhir air (ml)
Bilangan ketulan ais yang dimasukkan Isi padu awal air (ml)
bergerakbalas.
Menurut daripada Wikipedia, ensiklopedia Pemboleh ubah merupakan
kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu
pemerhatian. Contoh termasuklah ketinggian kanak-kanak, suhu
sesebuah tempat, atau kemasukan fungsi matematik. Konsep
pembolehubah ialah digunakan dalam semua jangkawan matematik, sains
dan kejuruteraan. Dalam uji kaji saintifik, terdapat beberapa jenis
pemboleh ubah:Pemboleh ubah dimanipulasikan Kuantiti fizik yang
nilai-nilainya ditetapkan sebelum melakukan eksperimen atau kajian.
Pembolehubah yang dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar-
pembolehubah yangsengaja diubah secara sistematik untuk
menghasilkan perubahan kepadapemboleh ubah lain.Pemboleh ubah
bergerak balas Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah
dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen.
Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar
pembolehubah yangberubah akibat daripada perubahan pada
pembolehubah lain. Pemboleh ubah inidiperhatikan sepanjang
eksperimen.Pemboleh ubah dimalarkan Kuantiti fizik yang lain dan
perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan
antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak
balas. Pemboleh ubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah
yang dikekalkan tanpasebarang perubahan sepanjang eksperimen.
Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas
tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannyake atas
semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu
ahli sains hanyamengkaji hubungan di antara pembolehubah yang
dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.1.2 Latar belakang
kajian
Soalan bahagian B yang boleh dikatakan, sangat popular murid
gagal menjawab adalah soalan pemboleh ubah bergerak balas.
Murid-murid tidak dapat menulis jawapan dengan tepat bagi soalan
bahagian B pemboleh ubah bergerak balas disebabkan kurang peka
untuk mencari jawapan bagi soalan terhadap pemboleh ubah bergerak
balas. Masalah ini berlaku disebabkan dalam soalan sains bahagian B
terdapat 3 pemboleh iaitu (pemboleh ubah dimanipulasikan),
(pemboleh ubah bergerak balas), (pemboleh ubah dimalarkan) ini yang
membuatkan murid keliru dengan jawapan yang perlu dipadankan dengan
setiap pemboleh ubah. Jawapan bagi soalan pemboleh harus dipilih
dengan hati-hati. Ini disebabkan apabila kekeliruan berlaku semasa
pemilihan jawapan ia akan mengakibatkan semua jawapan pemboleh ubah
termasuk pemboleh ubah bergerak balas turut salah.
Masalah yang dihadapi oleh murid bukan sahaja menjejaskan markah
malah ia akan mengelirukan murid menjawab soalan sains masa
kelak.Teknik menjawab soalan harus dipupuk kalangan murid supaya
dapat menjawab soalan sains dengan tepat dan betul.Tujuan utama
harus kaji dan mencari jalan penjelasan ialah bagi meningkatkan
prestasi markah serta kefahaman murid terhadap kebolehan menjawab
soalan sains bahagian B. Keadaan semasa tahap murid menjawab soalan
bahagian B harus ditingkatkan dengan cara yang betul. Pelbagai
teknik boleh diaplikasikan bagi meningkatkan kefahaman murid
terhadap soalan sains bahagian B.Pemilihan istilah bagi menjawab
soalan pembolehubah juga harus dipilih dengan berhati-hati.
1.3Pernyataan masalah
Berdasarkan temu bual yang dijalankan didapati murid-murid Tahun
5 Jaya tidak menguasai kemahiran untuk menjawab soalan bagi
matapelajaran Sains ,Bahagian B , pemboleh ubah bergerak balas.
Kelemahan ini disebabkan kurang latihan soalan Bahagian B daripada
Guru Sains. Selain itu, kegagalan murid-murid menjawab soalan
Bahagian B didapati kurangnya latihan pada soalan bahagian B
pemboleh ubah bergerak balas. Berikut adalah beberapa masalah yang
telah dikemukakan dalam kajian ini,yang diselesaikan oleh
penyelidik.Masalah yang pertama ialah murid-murid tidak peka
terhadap soalan bahagian B pemboleh ubah.Masalah kedua adalah
murid-murid tidak dapat membezakan setiap pemboleh ubah.Masalah
ketiga adalah murid-murid tidak dapat menulis jawapan yang betul
pada setiap pemboleh ubah.Masalah keempat adalah murid-murid tidak
ada pengetahuan tentang teknik mencari jawapan bagi setiap pemboleh
ubah.Apabila murid-murid gagal menjawab soalan bahagian B pemboleh
ubah ia menjejaskan markah sebanyak sekurang kurangnya 2 markah
bagi setiap soalan,bayangkan terdapat 5 soalan ia akan menjejaskan
lebih kurang 8 markah. Setiap soalan sains bahagian B mengandungi
soalan pemboleh ubah dan membawa markah yang tinggi bagi lulus
Bahagian B. Oleh yang demikian, untuk mengatasi semua masalah
tersebut, penyelidik ingin mencuba dan menggunakan kaedah
ujian.Markah soalan sains bahagian B menyumbang sebahagian besar
kemungkinan untuk lulus kertas tersebut.
Murid-murid 5 Jaya juga kurang peka terhadap teknik untuk
mencari jawapan bagi setiap pemboleh ubah.Mereka juga cepat letih,
serta kurang minat serta cepat lupa apa yang guru
mengajar.Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang
menggunakan pengetahuan sedia ada dan harus belajar perkara baru
bagi meningkatkan kemahiran untuk menjawab soalan sains.
Selain itu, penggubalan system pendidikan khususnya pelaksanaan
PPSMI turut memberi impak yang negatif terhadap pencapaian prestasi
murid. Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:
menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama
kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian)
sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik.
PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan
murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat
sekolah rendah lagi.
Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan
sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada
umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan
Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan
Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.
1.4 Kerangka Konsep
Kerangka konsep menunjukkan bahawa murid mengalami pelbagai
masalah bagi menjawab soalan sains dan latih tubi ujian dijadikan
kaedah untuk penyelesaian dan melihat kesan yang akan dihasilkan
pada pencapaina murid dalam menjawab soalan sains pembolehubah
bergerak balas.1.5Objektif Kajian
i. Objektif umum
Tujuan kajian ini adalah, untuk meningkatkan tahap kefahaman
murid tahun 6 Jaya terhadap soalan sains bahagian B Kemahiran
pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan kaedah ujian.
ii. Objektif khusus
Mengurangkan kesalahan yang dilakukan terhadap soalan bahagian B
pemboleh ubah bergerak balas.
Meningkatkan kefahaman terhadap soalan Sains Bahagian B pemboleh
ubah bergerak balas.
Mengenalpasti keberkesanan kaedah ujian dalam meningkatkan
kefahaman murid terhadap soalan Bahagian B pemboleh ubah bergerak
balas.Kumpulan Sasaran.Kumpulan sasaran yang terlibat ialah
murid-murid tahun 5Jaya yang terdiri 3 orang pelajar daripada 24
orang pelajar. Dapatan selepas ujian diagnostic Mac, Pertengahan
Tahun yang dijalankan, didapati 3 orang murid menjadi pilihan untuk
kajian tindakan ini. Murid-murid ini kurang kesefahaman terhadap
tahun 6 Jaya terhadap soalan Bahagian B pemboleh ubah bergerak
balas.Pemilihan berdasarkan temu bual , ujian serta peperiksaan
yang dijalankan sebelum pemilihan murid untuk kajian. Mereka yang
terpilih ini berdasarkan keputusan ujian peperiksaan dan temu bual
yang dijalankan.
1.6 Persoalan Kajian
Saya telah menganalisis pencapaian murid melalui ujian
diogonastik,ujian bulanan mac dan peperiksaan opertengahan tahun
mendapati banyak kelemahan pada jawapan murid,maka saya
mengfokuskan kepada kaedah latih tubi ujian untuk meningkatkan
kefahaman kerana:
1.Soalan sains bahagian B wajib dijawab oleh semua murid.
2.Soalan sains bahagian B menyumbang kepada 20 markah daripada
markah keseluruhan mata pelajaran sains.
3.Meningkatkan kemahiran murid mengnalpasti pembolehubah
bergerakbalas serta dapat menulis jawapan dengan tepat dengan
baik.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan
prestasi murid tahun 5 Jaya (3 orang) terhadap soalan Sains
Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.
1.8 Batasan kajian
Dapatan kajian ini hanya boleh diguna pakai dan boleh dirujuk
sahaja dan tidak boleh digunakan sekolah lain atau murid lain
disebabkan ia diuji terhadap murid 5 Jaya yang mempunyai latar
keluarga serta sosial ekonomi yang berbeza.Kajian ini juga boleh
dijadikan rujukan bagi murid yang lemah dalam menjawab soalan sains
bahagian B.Tidak dapat dirujuk untuk sekolah atau daerah serta
negeri lain.1.9 Definisi Operasional
Dalam kajian ini, markah hasil daripada ujian yang dilaksanakan
murid dikira seperti:Markah
ujian1-45-78-1213-1617-20
bil%bil%bil%bil%bil%
Ini disebabkan markah bagi soalah sains bahagian B adalah 20
daripada jumlah keseluruhan.Dalam kajian ini guru memberi
penjelasan tentang isi pelajaran serta menjadi pemudahcara. Murid
murid akan menjalankan latih tubi ujian bagi meningkatkan kefahaman
terhadap soalan sains bahagian B Pembolehubah bergerak balas.
1.10 Rumusan
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kefahaman meurid tahun 5
jaya terhadap soalan sains bahagian B pembolehubah bergerak
balas.Ini disebabkan banyak kekangan yang dihadapi oleh murid untuk
menjawab soalan sains tersebut.Bukan sekadar gagal menjawab malah
mereka dalam kekeliruan untuk memilih jawapan yang tepat bagi
setiap pemboleh ubah khasnya pembolehubah bergerak balas.Bab II
2.1 Pengenalan
Kajian Trends in International Science Study (TIMSS 2007)Kajian
antarabangsa yang dinamakan Trends in International Science Study
(TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College,
Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini
walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia
mengenai pencapaian sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang
membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.
Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia
dalam sains merosot dengan ketara.. Skor sains pula merosot kepada
471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999.
Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34
mata bagi 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan
terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian,
didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam
kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding
enam peratus pada 2003.
Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori
ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada
2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada
71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan
Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.
Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar
Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam
kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua
peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding
Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus),
Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan
peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima
peratus).
Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus
pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan
Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus)
England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus),
Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus)
dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain,
peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori
pencapaian sains juga merosot secara mendadak.
Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian
matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar
belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language)
puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar
yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa
keluarga atau bahasa kedua/asing.
Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara
proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain
bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan.
Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna
bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah
seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania
mencapai skor yang tinggi.
Kajian Prof Dr Nor Hashimah JalaludinSatu kajian telah dilakukan
oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar
setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu
mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama
yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar
semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa
Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini
adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera
dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar
bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang
berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun
pada tahun kajian dibuat.
Kajian UPSIPihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan
hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan
tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid
Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz
1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang)
dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah
sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut;Lebih 80% murid menyatakan
yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata
pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak
faham/kurang faham pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains
dalam Bahasa Inggeris, dan mereka sukar/agak sukar mempelajari
kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik
dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca
arahan dalam Bahasa Inggeris dan menyelesaikan masalah. Bagi kohort
Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0;
dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min
Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum
31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid
Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari
kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak
tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi
pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit
meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.
Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana
kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama
yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan
dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan
analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat
dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan
kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk
mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam
bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris
dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab
soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6%
yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil
kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan
kajian ini agar memansuhkan dasar ini. Reaksi dari bidang
pendidikanKesan negatifMenurut satu memorandum yang dikarang
bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007,
dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan
bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah,
termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000
orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit
kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan
"6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains
dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;
Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid
SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan
menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa
Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat
India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf
hidup masyarakat mereka.
2.2 Literatur berkaitan /teori berkaitan
Bagi kajian ini,saya telah memilih kaedah ujian bagi
menyelesaikan masalah murid yang gagal menjawab soalan sains
bahagian B pemboleh ubah bergerak balas. Menurut Wikipedia
Penilaian formatif merupakan prosedur julat penilaian rasmi dan
tidak rasmi yang digunakan oleh para guru semasa proses
pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran
bagi meningkatkan pencapaian murid.Ia biasanya membabitkan maklum
balas kualitatif (bukannya markah) bagi kedua-dua pelajar dan guru
yang menumpukan pada perincian kandungan dan prestasi.Ia biasanya
bertentangan dengan penilaian sumatif, yang bertujuan untuk
memantau hasil pendidikan, selalunya untuk tujuan tanggung jawab
luaranUntuk mengukuhkan lagi hujah beberapa penyelidik memberi
definisi mereka seperti;(Michael Scriven) mencipta istilah formatif
(ujian) dan penilaian sumatif pada tahun 1967, dan menekankan
mengenai perbezaan mereka dari segi matlamat maklumat yang mereka
mencari dan bagaimana maklumat itu digunakan. Bagi Scriven,
penilaian formatif (ujian)mengumpul maklumat untuk menilai
keberkesanan kurikulum dan memberi panduan kepada sistem
persekolahan mengenai pilihan kurikulum yang diterima pakai dan
cara untuk meningkatkan keberkesanannya.
Selari dengan garis yang sama, (Cowie dan Bell) mentakrif
penilaian formatif (ujian) sebagai "proses yang digunakan oleh guru
dan pelajar untuk mengiktiraf dan memberi maklum balas kepada
pembelajaran pelajar dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran
itu, ketika pembelajaran". (Nicol dan Macfarlane-Dick), yang
menekankan terhadap peranan pelajar bagi memainkan peranan dalam
usaha menghasilkan penilaian formatif ujian menyatakan bahawa
"Alat-alat penilaian formatif pembelajaran dengan menjana maklumat
maklum balas yang memberi manfaat kepada pelajar dan kepada
guru-guru. Maklum balas mengenai prestasi, di dalam kelas atau bagi
tugasan, membolehkan pelajar untuk menyusun semula kefahaman /
kemahiran mereka dan membina idea-idea dan keupayaan yang lebih
kukuh.
Menurut Dr. Hj. Ghazali Bin Hj. Darusalam Ketua Unit
Penyelidikan,
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Maktab Perguruan Islam,
Bangi. Kaedah ujian instrumen amat penting bagi mempertahankan
kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin
tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka
semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian
yang baik dan berkualiti melalui ujian.
Kebaikan Penilaian formatif (ujian )untuk Guru (Boston, 2002)
Guru mampu untuk menentukan tahap piwaian apa yang diketahui
pelajar dan pada tahap mana.
Guru boleh memutuskan perubahan kecil atau perubahan besar pada
arahan yang mereka perlu lakukan agar semua pelajar boleh berjaya
dalam pembelajaran yang akan datang dan dalam penilaian
berikutnya.
Guru boleh mewujudkan pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk
kumpulan pelajar atau pelajar individu.
Guru boleh memaklumkan kepada pelajar tentang kemajuan semasa
mereka untuk membantu mereka menetapkan matlamat untuk
penambahbaikan.
Pada tahun 2008, Katy Bainbridge mula berusaha bagi Jajarkan
Penilaian Pencapaian, kaedah pengajaran penilaian formatif kepada
pentadbir dan guru. Kelebihan Penilaian formatif untuk Pelajar
Pelajar lebih berminat untuk belajar.
Pelajar lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka
sendiri.
Pelajar boleh menjadi pengguna penilaian bersama para guru.
Pelajar mempelajari kemahiran sepanjang hayat yang berharga
seperti tetapan penilaian kendiri, penilaian kendiri, dan
pentafsiran kendiri.
Konsep Penilaian formatif di Malaysia menurut (Crooks,, T.
(2001)Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran
yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,
menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan
susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu:
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Penilaian Formatif
(ujian)Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada
penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana
sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat
mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk
aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian SumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian
pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan
nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara
berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat
dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara.
Objektif Penilaian di Sekolah Mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui
keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta
Maklum balas merupakan fungsi utama bagi penilaian formatif. Ia
biasanya membabitkan penumpuan pada kandungan terperinci mengenai
apa yang dipelajari,dan bukannya sekadar markah ujian atau ukuran
lain mengenai berapa jauh pencapaian pelajar berbanding piwaian
yang diharapkan.(Nicol dan Macfarlane-Dick), mensistesis dari
penulisan, menyenaraikan tujuh prinsip amalan maklum balas yang
baik:
1. Ia menjelaskan apa itu prestasi yang baik (matlamat,
kriteria, piwaian diharapkan);
2. Ia membantu perkembangan bagi penilaian diri dalam
pembelajaran;
3. Ia memberikan maklumat berkuali tinggi kepada pelajar
mengenai pembelajaran mereka;
4. Ia menggalakkan dialog antara guru dan rakan sejawat mengenai
pembelajaran;
5. Ia menggalakkan kepercayaan motivasi positif dan harga
diri;
6. Ia menyediakan peluang untuk merapatkan jurang antara
prestasi semasa dan apa yang diingini;
7. Ia menyediakan maklumat kepada guru-guru yang boleh digunakan
bagi membantu bentuk pengajaran.
(Benjamin Bloom) menggunakan istilah itu dalam tahun 1968 dalam
buku Pembelajaran untuk Penguasaan untuk menimbangkan penilaian
formatif sebagai alat untuk memperbaiki proses
pengajaran-pembelajaran bagi pelajar. Dalam buku berikutnya pada
tahun 1971 Buku panduan bagi Penialian Formatif san Surmatif,
ditulis bersama (Thomas Hasting dan George Madaus), menunjukkan
bagaimana penilaian formatif boleh dikaitkan dengan unit arahan
dalam pelbagai bidang kandungan. Pendekatan inilah yang yang
mencerminkan erti istilah yang diterima umum hari ini. Bagi
kedua-dua (Scriven dan Bloom), sebarang penilaian, walau apapun
kegunaan lainnya, hanya berbentuk formatif sekiranya ia digunakan
untuk mengubah corak pendidikan yang berikutnya. Bagaimanapun,
selepas itu, (Black dan Wiliam) mencadangkan takrifan ini terlalu
mengongkong, oleh kerana penilaian ujian boleh digunakan sebagai
bukti bahawa langkah yang diambil merupakan tindakan yang sesuai,
tanpa memerlukan sebarang perubahan tambahan dilakukan.Amalan dalam
kelas adalah formatif pada tahap bukti mengenai pencapaian murid
didapatkan, ditafsir, dan digunakan oleh para guru, pengajar, atau
rakan sejawat, untuk membuat keputusan mengenai langkah berikut
dalam pengajaran yang cenderung lebih baik atau lebih berasas,
berbanding keputusan yang mereka mungkin lakukan tanpa disertai
sebarang bukti yang didapati.
2.3 kajian kajian lepas berkaitanKajian pendidikan moden
dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice
menerbitkan dua artikel tentang pencapaian murid-murid melalui
latih tubi ujian . Dalam artikel tersebut, Rice mendapati
keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan sesuatu
kemahiran.
Penggunaan kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula
apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk
menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat Jika
sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud
dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur. Ini telah menggalakkan
penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh
data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan.Menurut Uma
Sekaran (2000), masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang
antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.
Penyelidikan tentang masalah pengajaran mata pelajaran Sains
Kurikulum Bersepadu Rendah (KBSR) dari persepsi guru telah
dimulakan beberapa tahun yang lalu oleh Fowzia (1991), Nik Aziz dan
Ng See Ngean (1992), Bhawani (1992), Ab. Ghani (1993), Mohd Nor
(1994), Sharifah dan Zaidatol (1994), Hamidah (1995) dan Zainun
(1995). Kajian-kajian tersebut mendapati masalah pengajaran mata
pelajaran KBSR dikategorikan dalam 5 aspek, iaitu :
latihan dan kemahiran
penggunaan bahan bantu mengajar
kaedah pengajaran
penerapan nilai
penilaian pencapaian pelajar
Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan. Menurut
Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti
yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1978)
pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang
membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah
tujuan dan matlamat pendidikan.
Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai
aktiviti yang dilakukan oleh guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut
mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan,
indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang
menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan
pelajar (Sharifah, 1984)
2.4 Rumusan
Beberapa penyelik telahn mengkaji masalah yang dihadapi oleh
murid berkaitan dengan pendidikan terutamanya dalam bidang
sains.Pemilihan kaedah latih tubi ujian dapat berkesan bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian
B.Menurut beberapa ahli pendidikan penilaian formatif telah
membuktikan keberkesanan pengajaran guru selepas diuji melalui
ujian.Saya berharap sangat pemilihan kaedah ujian bagi kajian ini
dapat berkesan dan membuahkan hasil yang positif.Bab III
Metodologi
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankanpenyelidikan dan menentukan tatacara yang
efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian
ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah
meilbatkanpembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah
pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian
rintis dan kaedah penganalisisan data.
Jadual pelaksanaan Kaedah latih tubi ujian
Latih tubi ujianFormat soalanTempoh pelaksanaan Masa PDP
14 soalan bahagian b1 jam setiap hari isnin-jumaat
(minggu 1)
25 soalah pelbagai bentuk bagi murid mengenalpasti cara mencari
jawapan
(teknik menjawab dengan pantas) 45 minit setiap hari masa jadual
waktu (minggu 2)
33 soalan aras sederhana dan 1 soalan sukar30 minit setiap hari
isnin hingga jumaat (minggu 3-4)
41 set soalan sebenar ujian yang merangkumi tahap latihtubi 1
hingga latih tubi 345 minit sekali sahaja (minggu 5)
Kaedah temu bual dan ujian telah digunakan dalam kajian ini.
Cara pengendalian yang digemari cara memungut data yang cepat,
dapatan secara terus daripada responden dalam masa yang singkat dan
keupayaan keputusan kajian dapat digeneralisasikan dengan tepat dan
berkesan . kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini.
Penyelidik mengumpul data secara kualitatif temu bual separa
berstruktur. Pemgumpulan data melalui kaedah ujian dapat meninjau
masalah-masalah terhadap soalan Sains Bahagian B pemboleh ubah
bergerak balas .
3.2 Reka bentuk Kajian
Secara umumnya,sesuatu kajian harus mempunyai rekabentuk kajian
kualitatif atau kuantitatif merupakan satu rancangan bagaimana
kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu
seperti tentang sesuatu membayang dan mengambarkan bagaimana kajian
yang dirancangkan itu akan dijalankan secara rinkas keputusan yang
dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen yang
ditentukan.Saya bercadang memilih rekabentuk kajian eksperimen dan
membuat keputusan mengambil tempoh 4 minggu untuk menjalankan latih
tubi ujian dan minggu akhirnya iaitu minggu yang ke lima
menjalankan ujian sebenar bagi mengetahui keberkesanan kaedah ujian
bagi meningkatkan kefahaman murid tentang soalan sains Bahagian
B.Ini akan menghasilkan keputusan yang saya harapkan daripada
murid-murid.Jenis data yang saya ingin mengumpulkan daripada kajian
adalah persampelan mudah (conveience sampling) disifatkan juga
sebagai sampel accidental atau available (Babbie,1998) sampel jenis
ini dipilih berasaskan daripada murid saya sendiri. Saya
menggunakan Rekabentuk kajian ekperimen ini bagi membandingkan
kumpulan dari segi mencapai markah yang saya harapkan dan tidak
dapat mencapai markah yang ditetapkan.Dalam reka bentuk ini juga
kita dapat mengubah atau memanipulasikan soalan soalan ujian bagi
mendapatkan kesan yang positif daripada murid-murid.Dengan
pemilihan rekabentuk kajian eksperimen dapat menggaihkan kumpulan
murid yang terlalu lemah dan murid yang boleh menjawab soalan sains
bahagian B.Kumpulan murid yang memerlukan rawatan juga dapat
dikenalpasti untuk kumpulan eksperimen.Rawatan(intervention) juga
dapat diberikan kepada kumpulan yang memerlukanya. Hasil kajian
melalui ujian dapat diukur akhir esperimen bagi keberkesanan kaeadh
latih tubi ujian.Tatacara ujian juga dapat digubakl iaitu soalan
dapat digubal bagi aras murid supaya murid ledih berminat dan mesra
pada soalan serta tidak beranggapan soalanya sukar.Perbandingan
secara stastik dapat dibuat selesai sahaja ujian atau penilaian
dijalankan secara sistematik.3.3 Populasi & sampel kajian
Dalam kajian saya telah memilih murid tahun 5 seramai 24 orang
bagi mengetahui masalah yang dihadapi untuk menjawab soalan sains
bahagian B.Daripada 24 orang murid 3 orang murid amat lemah serta
kurang peka menjawab soalan sains bahagian B.Mereka gagal menjawab
soalan tersebut.Hasil daripada markah daripada ujian
dioganastik,ujian bulanan mac serta peperiksaan pertengahan tahun 3
orang murid ini gagal menjawab soalan sains pebolehubah bergerak
balas.Dalam kajian saya saiz respondan agak kecil dan lokasi bagi
kajian ini adalah bilik darjah dan makmal sains.murid 3 daripada 24
dipilih berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan secara
sistematik.Sampel Kajian
Jadual 1: Saiz sampel mengikut kumpulan rawatan dan kawalan
Kumpulan / KelasJantinaJumlah
LelakiPerempuan
Rawatan 1527
Rawatan 26814
Kawalan213
Jumlah131124
3.4 Instrumen kajian
Bagi kajian ini saya telah memilih alat kajian yang dapat
mengetahui kelemahan murid serta masalah yang mereka menghadapi
semasa menjawab soalan sains bahagian B.Saya telah memilih alat
kajian seperti pemerhatian secara lisan dan set ujian ujian bagi
mengukur keberkeanan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid
terhadap soalan sains tersebut.Modual yang direka khas bagi kajian
ini dapat memberi motivasi baru kepada murid.Ini kerana hanya
terdapat soalan pembolehubah sahaja dalam modual tersebut.Soalan
soalan pembolehubah dipilih khas dengan penuh dedikasi serta
berhati-hati bagi menjamin mutu kualitinya.Murid-murid dapat
menjawab dengan mesra dan tidak rasa jemu dengan soalan yang kerap
kali merunsingkan mereka.3.5 Teknik Pengutipan kajian
Dapatan kajian atau data daripada ujian akan dikumpul oleh saya
sendiri.ini kerana ia memudahkan saya terus mendapat bahan yang uji
pada tangan saya tanpa orang tengah dan tidak melalui pihak
ketiga.Kesemua kertas ujian yang dijawab oleh murid akan dikutip
apabila masa yang diperuntukkan sampai serta murid-murid selesai
menjawabnya dalam masa yang diperuntukkan.Saya akan memberi latih
tubi mengikut jadual yang ditetapkan selama 4 minggu.Pada minggu ke
lima saya akan uji murid-murid bagi keberkesannan kaedah latih tubi
untuk mendapatkan keputusan impak daripada kajian yang
dijalankan.Sebelum saya menjalankan kajian terhadap murid-murid
saya akan mendapatkan kebenaran daripada gurubesar,Guru penolong
kanan kurikulam serta kebenaran daripada ibu bapa.Ini bertujuan
tidak ada masalah timbul kelak pada perjanan kajian yang
dijalankan.Jadual bagi menjalankan kajian juga telah disediakan
bagi tujuan tidak menembung masa matapelajaran lain serta tidak
mengganggu guru guru lain semasa menjalankan kajian.Bukan itu
sahaja apabila jadual waktu kajian disediakan ia aka membantu
kelicinan kajian dijalankan secara sistematik.
Jadual kajian bagi memudahkan kelancaran kajian dijalankan
AktivitiMinggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4Minggu 6Minggu 7Minggu
8
Menulis cadangan kajianX
Membina dan menguji alat kajian
Mendapatkan kebenaran menjalankan kajianXXXX
Membuat pemerhatian dan mula mengutip dataXXXXX
Analisis dataX
Menulis laporanX
Prosedur Kajian
Jadual 1.1: Prosedur Kajian keberkesanan kaedah ujian bagi
meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B
pembolehubah bergerak balas.
KumpulanInstumen Kajian
Sebelum percubaanSemasa percubaanSelepas percubaan
Rawatan 1
Ujian Pra
(Tempoh 1 jam)Kaedah PDP biasaUjian Pasca
Tempoh 30 minit
Rawatan 2
Ujian Pra
(Tempoh 45 minit)Kaedah latih-tubi
Tempoh 4 minggu
Ujian Pasca
Tempoh 30 minit
Kawalan
Ujian Pra
(Tempoh 30 minit)
Kaedah ujianUjian Pasca
Tempoh 30 minit
Prosedur Kajian.
Murid murid tahun 5 Jaya yang terpilih itu akan membuat temu
bual dan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid-murid.
Pemerhatian
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,melalui soalan latihan
yang diberi didapati bahawa punca utama murid tidak menjawab soalan
sains bahagian B adalah seperti berikut:
1.Murid mengandaikan soalan bahagian B adalah sukar
2.Murid tidak memahami kehendak soalan
3.Murid tidak dapat membezakan jenis pembolehubah
4.Murid tidak mengusai kemahiran untuk menjawab soalan sains
bahagian B.3.6 Kaedah Analisis Data
Saya telah memilih kaedah pengumpulan data kuantitatif iaitu
mengumpul data numerik.Menurut (Ary,Jacobs & Razavieh,2002
pengukuran objektif dan analisis statistic data numerik untuk
memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan
panduan kepada amalan dan polisi serta (Brown & Dowling) juga
turut menyatakan data numeric lebih meyakinkan penyelidik dan
pengguna.Bagi kajian yang saya jalankan keputusan murid murid
daripada ujian di analisis mengikut kaedah kualitatif,saya akan
menganalis markah daripada minggu pertama daripada ujian latih
tubi,selama 5 hari setiap hari 1 jam(minggu 1), 5 soalah pelbagai
bentuk bagi murid mengenalpasti cara mencari jawapan (teknik
menjawab dengan pantas) 45 minit setiap hari masa jadual waktu
(minggu 2), 3 soalan aras sederhana dan 1 soalan sukar, 30 minit
setiap hari isnin hingga jumaat (minggu 3-4). 1 set soalan sebenar
ujian yang merangkumi tahap latihtubi minggu 1 hingga latih tubi
minggu ke empat, 45 minit sekali sahaja (minggu 5).Keseluruhan data
akan diproses dan akan diambil kira bagi menentukkan keberkesanan
pelaksanaan kaedah ujian ke atas murid bagi meningkatkan kefahaman
terhadap soalan sains bahagian B.Senarai nama murid tahun 5 jaya
yang terlibat dalam kajian.
BilNamaMarkah Dan Kumpulan
1ARVINDRAN A/L KRISHNASAMY1-45-78-1213-1617-20
2BARATHAN A/L SELVARAJA/
3DARSINI A/P MAHENDRAN /
4DEVENDRAN A/L PUANISWARAN/
5AGILAN A/L MAGES/
6DINESWARAN A/L SABAPATHY/
7JAGATHESWARAN A/L GANESAN /
8JEEVANRAO A/L SUBRAMANIAM/
9JIVARAJ A/L ARUMUGAM/
10K.SARVIN A/L KRISHNAN/
11KISHENDREN A/L K.MAGANTARA/
12KRISHNAN A/L ELLUMALAI/
13KUGANESAN A/L CHANDRAN /
14LINGESWARAN A/L RAVI/
15NAVINESH KUMAR A/L KASIRAJA /
16DANESH A/L ULAGANATHAN /
17SATHIAVANI A/P KATHIRESAN /
18SRIVANAN A/L RAVI/
19SUBALETCHUMY A/L PARAMASIVAM/
20THINESWARAN A/L TAMIL SELVAM/
21THULASI A/P ARULDASAN /
22UDAYAKUMARAN A/L MUNIANDY /
23NISHALINI A/L RAMACHANDRAN/
24SARMILA A/P LATCHIMANIAM/
Analisis keptusan
Markah
ujian1-45-78-1213-1617-20
bil%bil%bil%bil%bil%
0312.52187.500
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 21 (87.5%) murid memperolehi
markah 8-12, 3 (12.5%) murid mendapat markah 5-7 dan tiada murid
mendapat markah 1-4.Ini menunjukkan bahawa majoriti murid masih
belum dapat memahami cara menjawab soalan sains bahagian B.
Tindakan yang dijalankan
Hasil dapatan daripada pemerhatian, saya membuat keputusan untuk
menjalankan kaedah latih tubi ujian bagi meningkatkan kefahaman
murid terhadap soalan sains bahagian B.Kaedah yang dipilih
dilaksanakan semasa PDP di dalam kelas untuk cuba mengatasi masalah
murid menjawab soalan sains bahagian B dengan lebih tepat.Melalui
kaedah ini,murid dibimbing untuk memahami bagaimana menjawab soalan
tersebut secara sistematik dan dapat menghubungkan sesuatu fakta
dengan konsep.Selain itu juga ia adalah pendekatan yang mesra
murid.
Langkah 1
Murid diberi soalan sains daripada bahagian B.(soalan pemboleh
ubah) Mereka diberi masa 1 jam untuk menjawab soalan sains bahagian
B ( Pemboleh ubah bergerak balas sahaja) untuk memahami dan
menyelesaikan soalan tersebut.
Langkah 2
Murid diberi soalan pelbagai bentuk soalan sains pemboleh ubah
bergerak balas seperti soalan jadual,graf, gambar dan
sebagainya.Murid diberi masa 45 minit untuk melatih diri untuk
menjawab soalan tersebut dalam kadar masa diperuntukkan.Murid
diberi peluang untuk memahirkan diri dengan pelbagai bentuk soalan
pemboleh ubah.
Langkah 3
Murid di bekalkan dengan 3 soalan yang beraras sederhana dan 1
soalan aras tinggi.Ini bertujuan untuk murid membiasakan diri
dengan pelbagai aras soalan untuk memahami tentang soalan sains
bahagian B.Apabila murid dapat membiasakan diri dengan soalan
sebegini ia akan membantu murid menjawab pelbagai betuk soalan
pemboleh ubah dengan tepat setelah memahami cara menjawab
soalanya.
Langkah 4
Murid juga diberi penjelasan tentang soalan yang diberikan,
murid dibimbing oleh guru untuk mengenal pasti pemboleh ubah dan
seterusnya membina hipotesis.Pembolehubah manipulasi selalunya
berada didepan ayat penyataan tersebut dan pembolehubah bergerak
balas selalunya berada digerakbalas ayat.Bagi membina hipotesis,
pembolehubah manipuladi dan bergerakbalas mesti digunakan.Masukkan
pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas dalam rangka ayat
dibawah;
Jika ___________________ maka ___________________
(manipulasi)
(bergerakbalas)
Langkah 5
Seterusnya, murid murid dikehendaki menjawab soalan sains
bahagian B 1 set soalan sebenar ujian yang merangkumi tahap
latihtubi 1 hingga latih tubi 3.Ujian ini akan membuktikan
keberkesanan kaedah ujian untuk meningkatkan kefahaman murid
terhadap soalan sains bahagian B pemboleh ubah(bergerak
balas).Hasil daripada ujian pada minggu yang keempat akan memberi
impak yang positif kepada kefahaman murid terhadap soalan sains
bahagian B.
Markah
(maksimum 10)Ujian praUjian pasca
Bil%Bil%
1-4--
5-7312.5-
8-122187.5312.5
13-16-1875
17-20-312.5
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dari
segi bilangan dan peratusan murid yang memperolehi markah
8-12,13-16 dan 17-20.Bilangan pelajar yang mendapat markah 1-4 dan
5-7 telah berkurang.Ini menunjukkan kaedah latih tubi ujian dapat
membantu murid menjawab soalan sains bahagian B dan dapat
meningkatkan minat serta kefahaman murid terhadap soalan sains
bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.
Refleksi
Merujuk kepada ujian-ujian yang diberikan kepada murid selama 4
minggu,didapati pencapaian murid menjawab soalan pemboleh ubah
bergerak balas semakin meningkat.Selain itu kafahaman murid
terhadap soalan sains bahagian B juga turut meningkat.Ini harus
diteruskan agar murid dapat menjawab dengan tepat bagi mendapatkan
markah pada kertas sains bahagian B.
3.7 Rumusan
Dalam baghagian ini, metodologi kajian saya mempelajari tentang
cara melaksanakan kajian serta cara mengumpulkan data kajian debgan
sistematik.Hasil dapatan kajian akan dinilai serta menjadi bukti
keberkesanan kepada kaedah yang digunakan keatas respondan.Soalan
seperti murid tidak peka terhadap cara menjawab soalan sains
bahagian B,tidak dapat membezakan jawapan yang sesuai kepada
pembolehubah tertentu.Murid-murid juga beranggappan bahawa soalan
sains bahagian B terlalu sukar dantidak dapat dijawab dan mereka
tidak menguasai teknik mencari jawapan bagi pembolehubah.Modul yang
direka bentuk khas bagi kajian ini juga dapat membantu murid
mengetahui cara yang mudah mencari jawapan serta mengetahui tentang
pelbagai bentuk soalan dapat disoal dan mudah dijawab dengan teknik
yang betul.Hasil daripada kaedah ujian murid akan lebih mahir untuk
mencari jawapan untuk pembolehubah bergerak balas dengan pantas
serta tepat.Rujukan
Fox, D.J. (1986). The research process in education. New York :
Holt Rinehart & Winston Inc.
Gagne, R.M. (1965). The condition of learning. Montreal : Holt
Rinehart & Winston Inc.
Hussein Hj. Ahmad. (1991). Keberkesanan penyediaan guru dan
aktiviti meningkatkan profesionalisme mereka. Jurnal Guru, Jld
3,144-159.
Nik Azis & Ng See Ngean. (1992). Pelaksanaan sains KBSR :
Fenomena tahun pertama. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld
16, 76 89.
Sharifah Md. Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1994).
Guru sains : Tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. Jurnal
Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 37 44.
Smith, B.O. (1960). A Concepts of teaching. Teacher College
Record.
Zainun Ishak. (1995). Pengajaran SAINS dalam KBSR : Sejauh
manakah keberkesanannya? Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld
19, 135 165
Piaget, J. (1963). The origins of intelligence in children. (M.
Cook, Trans). New York: Norton.
Schramm, W. (1954). The Nature of Communication between humans
dalam Scharmm, W. & D. Robert, Eds. The process and effect of
mass communication Op. Cit.
(2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pusaka.
Azizah Lebai Nordin. (1995). Pengajaran pembelajaran masalah
pendidikan, Jilid 19, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Baran, S.J. & Davis, K.D. (2000). Mass communication theory:
foundations, ferment and future. Belmont: Wadsworth.
Brewer, J.A. (1992). Introduction to education: through primary
grades. Boston: Allyn and Bacon.
Dansky, J.B. & Silverman, I.W. (1975). Play: a general
facilitator of associative fluency. Developmental Psychology, 11,
104.
Elliott, J. & Adelman, C. (1976). Innovation at the
classroomlevel: A case study of the Ford teaching project.
Curriculum Design and Development. Open University Press.
Emery, E.; P. Ault & W. Ageel. (1973). Introductionto mass
communication. New York: Dodd, Mead and Co.
Meningkatkan tahap Kefahaman murid terhadap soalan sains
bahagian B
Murid mengandaikan soalan bahagian B adalah sukar
Murid tidak memahami kehendak soalan
Murid tidak dapat membezakan jenis pembolehubah
Murid tidak mengusai kemahiran untuk menjawab soalan sains
bahagian B.
LATIH TUBI UJIAN
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDDIDIKAN
31