HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN RUSIAH BINTI MUKSAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran
kreatif.Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik,daya
kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi,persepsi dan
konsepsi,juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap
bakat serta kemampuan diri pelajar.Pelajar yang mengikuti program
Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,bersikap
sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan
kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.Pendidikan Seni juga
mampu meningkatkan kualiti berfikir .Pengetahuan dan kemahiran
Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,penerokaan
unsur,inkuiri,integrasi maklumat serta idea,pengolahan simbol nyata
atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai
perspektif,menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta
bertindak secara rasional dan fleksibel.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum
dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar
yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan
yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain
terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusi catatan berjela.Peta minda yang
digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu
konsep atau penerangan yang sukar.Prinsip dalam Pendidikan Seni
berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.
Konsep pengajaran Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam
Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi
domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang
terancang.Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan
objektif pencapaian iaitu,ekspresi kreatif,penggubahan,penghasilan
dan persembahan,persepsi estetik,pertimbangan estetik,warisan
budaya kraf,dan seni tampak.Justeru,Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan
melalui subjek Pendidikan Seni.
..11.1Penerangan Tentang Pelan Lokasi Sekolah.
Dalam tugasan saya kali ini ialah cadangan reka bentuk bilik
seni di sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Sekolah
Kebangsaan Jitra 3 atau lebih sinonim dipanggil SKJ 3 terletak di
pekan Jitra dalam daerah Kubang Pasu. Kedudukan SKJ 3 yang
dikelilingi oleh kawasan perumahan taman dan ada juga kampung iaitu
kampung Gelam. Oleh kerana sekolah ini dikelilingi oleh perumahan
taman oleh itu majoriti murid-muridnya terdiri daripada keluarga
kakitangan kerajaan. Kawasan sekolah ini juga dikelilingi oleh
sawah padi. Bangunan sekolah SKJ 3 ada empat bangunan utama yang
dibahagikan kepada blok A, blok B, blok C dan blok D. Setiap blok
bangunan memiliki tiga tingkat iaitu tingkat bawah, tingkat satu
dan tingkat dua. Blok B, C dan D adalah bilik-bilik darjah dan
bilik-bilik khas. Pelan Lokasi Sekolah Kebangsaan Jitra 3
dilampirkan dalam muka surat 3.1.2Penerangan Tentang Pelan Lokasi
Bilik Seni
Persekitaran memainkan perana penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria murid-murid. Apabila murid-murid berada di
persekitaran yang banyak memberi dorongan dan galakan, oleh tiu
murid-murid akan menjadi seorang yang bermotivasi untuk belajar.
Oleh tiu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang mengajar
Pendidikan Seni untuk mengujudkan sebuah bilik seni yang khusus dan
menarik supaya murid-murid selesa belajar dalam bilik tersebut.
Bilik seni memang telah disediakan oleh pemaju untuk sekolah ini.
Bilik seni SKJ 3 terletak di blok D tingkat bawah sekali. Bilik ini
bersebelahan dengan bilik Kemahiran Hidup. Kedudukan bilik ini amat
sesuai kerana berada di tingkat bawah oleh itu bahan-bahan
pendidikan seni mudah diangkut terus ke bilik tersebut. Ini kerana
kedudukan bilik ini yang rapat dengan jalan tar yang memudahkan
kenderaan masuk membawa barang-barang pendidikan seni seperti cat,
alat-alat melukis, alatan untuk mewarna, kertas warna dan
sebagainya. Selain daripada itu kedudukannya juga sesuai untuk
membina singki dan paip air kerana bilik ini berada di tingkat
bawah dan berdekatan dengan punca air. Pelan Lokasi Bilik
Pendidikan Seni dilampirkan dalam muka surat 4...21.3Penerangan
Tentang Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni. (dilampirkan dalam muka
surat 5)A.StorStor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni.
Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang
diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang
diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali.
Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai
stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak.
Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk
kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat
dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat
paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan
bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat.
Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau
bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di
atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi
dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti
yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual
tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan
stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi
akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada
habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana
peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran
hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang
dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi
dengan begitu mudah.
B.Ruang Pejabat SeniRuang pejabat seni juga penting untuk
melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai
tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang
yang diterima daripada pembekal...6
C.Ruang CetakanRuang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak
hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan
teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di
ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional
seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood
engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry
print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik
cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital
print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar
menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan
konvensional. D.Ruang TekstilTidak jauh dari ruang tembikar,
terletak ruang tekstil. Dalam bilik ini ada ketuhar pemanas, tempat
mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain dan
penyidai untuk menyidai atau menjemur kain yang telah
ditekap.E.Ruang TembikarBilik seni juga mempunyai ruang tembikar.
Ruang ini dilengkapi alat-alat untuk membuat tembikar seperti tanah
liat dan mesin pemutar tembikar. Dalam ruang ini juga diwujudkan
ruang untuk mempamerkan hasil kerja murid-murid. Selain daripada
itu pameran tembikar ini boleh dipamerkan kepada pelawat yang
datang ke bilik seni ini.F.Ruang Utama Pengajaran Dan
PembelajaranRuang utama terletak di kawasan tengah bilik. Ruang ini
adalah tempat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Dalam ruang ini ada kerusi dan meja murid, meja guru,
papan tulis, white board, tong sampah dan ruang pameran. Ruang ini
boleh menampung 40 orang murid dalam satu sesi pembelajaran. Dalam
bilik ini juga dipasang kipas angin untuk keselesaan murid-murid
semasa pembelajaran dijalankan.
..7
G.KoridorDinding koridor ini boleh digunakan oleh murid-murid
untuk melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan mengikut
keperluan dan ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas seperti
ini, secara tidak langsung akan memudahkan murid-murid mempamerkan
hasil seni mereka sendiri.
2.0 SUASANA DALAM BILIK SENI.Adalah menjadi tanggungjawab pihak
pentadbir sekolah menyediakan satu bilik pendidikan seni visual
agar membantu ke arah persekitaran yang selesa dan menarik semasa
murid-murid berada di dalam bilik tersebut ketika aktiviti
pengajaran pendidikan seni dijalankan. Sekiranya bilik tersebut
tidak wujud lagi di sekolah, guru-guru pendidikan seni mestilah
meminta sebuah bilik tersebut untuk memudahkan mereka menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang
selesa dan menarik minat murid-murid untuk belajar mata pelajaran
berkenaan.
Mengujudkan sebuah bilik seni yang selesa adalah salah satu
tanggungjawab guru pendidikan seni supaya bilik tersebut selesa,
menjadi tarikan kepada warga sekolah mahupun pelawat yang dating ke
sekolah. Suasana bilik seni yang harmonis membantu peningkatan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik seni yang
baik. Selain iklim bilik yang selesa guru pendidikan seni juga
perlu menitik beratkan aspek keselamatan murid-murid semasa berada
di bilik seni berkenaan. Sebuah bilik seni yang selesa dan sesuai
dengan murid-murid guru-guru pendidikan seni perlu mengambil kira
aspek-aspek berikut:-..82.1 Aspek FizikalMenurut Marland (1975)
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh
dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan
susunan fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan
mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan
dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti,
pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi.
Dari aspek fizikal, penyusuan bilik seni hendaklah relevan dan
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan yang merangkumi
,2.1.1Cahaya
Bilik seni perlu menerima pencahayaan yang cukup dan sesuai ,
sama ada cahaya tersebut dating daripada cahaya matahari mahupun
cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang
bilik seni berikut.Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan
membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam bilik seni
tersebut. Hal ini akan membangkitkan suasana yang segar dan membawa
keselesaan kepada murid semasa berada dalam bilik seni
berkenaan.
2.1.2 Peredaran udara
Peredaran udara juga memainkan peranan penting dalam sebuah
bilik seni.Peredaran udara yang baik dalam bilik seni akan
menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan kepada murid. Oleh
itu tingkap-tingkap mestilah sesuai jumlahnya dengan bilik tersebut
supaya udara beredar dalam ruang yang sesuai dengan bilik seni
tersebut.
2.1.3 Stor
Sebuah bilik seni yang selesa perlu mempunyai stor. Dalam stor
tersebut boleh digunakan untuk penyimpanan alat-alat seni,
bahan-bahanyang akan digunakan dan hasil kerja murid. Alatan dan
bahan-bahan tersebut perlu disusun mengikut kategorinya dan
dilabelkan untuk memudahkan guru atau murid-murid mengambil
bahan-bahan atau alatan yang diperlukan. Sebagai contoh bahan-bahan
daripada jenis cecair diasingkan dengan bahan-bahan kertas dan
sebagainya...92.1.4 Panel dan Rak Pameran
Kelengkapan dan ruang pameran adalah perlu diwujudkan dalam
bilik seni. Hal ini kerana ia bertujuan untuk mempamerkan hasil
kerja murid. Hasil kerja murid yang dipamerkan ini akan menimbulkan
motivasi dalam diri murid untuk menghasilkan karya yang lebih
menarik lagi.
2.1.5 Perabot
Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik seni hendaklah
sesuai dengan aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi
saiz dan jumlah murid. Penyusunan meja dan kerusi perlu mengikut
kumpulan untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan
selain daripada menggalakkan nilai-nilai kerjasama,
hormat-menghormati sesame rakan.2.1.6 Kemudahan asas .
Kemudahan asas juga tidak kurang pentingnya di dalam sebuah
bilik seni. Paip air dan sinki serta punca elektrik perlu
diubahsuai dan dipasang pada tempat yang sesuai yang melibatkan
banyak aktiviti pendidikan seni visual dijalankan.
2.1.7 Saiz bilik seni
Saiz bilik seni yang sesuai perlu agar murid mempunyai ruang
yang cukup untuk bergerak dan memberikan keselesaan kepada
murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.2.1.8
Kebersihan dan keindahan
Keadaan bilik seni yang bersih dan indah dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bakul sampah perlu
disediakan mengikut keperluan supaya murid tidak membuang sampah
merata-rata dalam bilik seni tersebut...102.2 Aspek Sosial
Aspek sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi
antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik seni yang
diwujudkan. Murid-murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Aspek
sosial ini akan dapat
a) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.
b) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat,
kreativiti dan inovatif.
c) mewujudkan suasana interaksi sesame murid.
d) memudahkan komunikasi anatara guru dan murid.
e) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.
Selain itu, murid-murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik
darjah . Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat
menggalakkan interaksi antara murid-murid serta interaksi antara
murid dan guru. Penyediaan ruang yang sesuai dalam bilik seni
visual dapat dijalankan aktiviti kumpulan dengan berkesan yang mana
akan mewujudkan sikap saling membantu antara satu sama lain ketika
aktiviti dijalankan.
2.3 Aspek Emosi
Menurut Rousliludin Ambia, Mohd Jamil Ahmad et. al (2006)
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru
mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku
murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya
ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang
rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih
kasih. ..11Selain itu, hiasan dalaman yang merangkumi susun atur
perabut, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik seni visual
dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta
menggalakkan lagi interaksi murid-murid. Jumlah perabut dan
peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan
kondusif supaya dapat merangsang pembelajaran murid-murid.
Penyediaan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagaan
hasil kerja muridoleh guru dapat membina keyakinan dan kepuasan
murid-murid dalam menghasilkan kerja seni.3.0EMPAT BIDANG DALAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dalam Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disusun dalam empat bidang kegiatan seperti berikut:-
.
Rajah 1: Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni
Visual
Sekolah Rendah
..12Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan
alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.
Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Berikut dihuraikan
secara ringkas keempat-empat komponen tersebut:-
3.1MenggambarBidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta
kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Menggambar
adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi
artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
Terdapat dua belas jenis teknik yang digunakan dalam
menggambar.
..13Kemudahan yang terdapat di dalam bilik seni visual dapat
memberikan impak yang besar kepada murid dalam menghasilkan hasil
karya yang terbaik. Penggunaan alat dan bahan yang sesuai dan
mencukupi adalah perlu bagi murid-murid untuk melukis. Pelaksanaan
menggambar boleh dilakukan di dalam ruang kerja yang disediakan
dalam bilik seni visual. Sebelum menghasilkan sesuatu karya ,
murid-murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan 3.2
Membuat Corak Dan RekaanBidang kegiatan ini memberi peluang kepada
murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suaturekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada
bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak
terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui
kegiatan seperti :
..14 Corak terancang secara:
a. Lukisan
b. Catan
c. Cetakan
d. 4 Capan
e. 5 Lipatan dan guntingan
f. Resis
g. Kolaj
h. Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai
corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan
kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan
corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat
rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan. Dalam pelan lantai cadangan bilik seni saya disediakan
bilik untuk ruangan cetakan. Hal ini demikian membolehkan
murid-murid selesa menjalankan aktiviti tersebut kerana ada
disediakan sinki dan paip air untuk kemudahan murid-murid
membersihkan tangan dan alat-alat yang telah digunakan untuk
aktiviti tersebut.
3.3Membentuk Dan Membuat BinaanBidang kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk,
ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni.
..15Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi
merangkumi aktiviti seperti:
a. Arca timbul
b. Asemblaj
c. Mobail
d. Stabail
e. Model
f. Diorama
g. Boneka
h. Topeng
i. Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada
murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan
makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Dalam
pelan lantai bilik seni tersebut dicadangkan satu ruang untuk ruang
tembikar, ini kerana untuk membuat tembikar perlu ada roda pemutar
tembikar yang sesuai. Oleh sebab itu ruang tersebut akan diletakkan
alat roda pemutar tembikar.
3.4Mengenal Kraf TradisionalKraf tradisional boleh didefinisikan
sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf
tradisional seperti:
a. Alat domestik
b. Alat permainan
c. Alat pertahanan diri..16d. Perhiasan diri (ornamen)
e. Batik
f. Tekat
g. Ukiran
h. Tenunan
i. Anyaman
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf
tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan,
motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang
dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Dalam
pelan lantai cadagan saya juga disediakan ruang tekstil untuk
memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti membuat batik. Oleh itu
ruang tersebut akan dibubuh para gantung tekstil untuk menggantung
kain hasilan murid-murid.
4.0PENUTUP
Sebuah bilik seni yang selesa dan boleh menarik minat
murid-murid untuk belajar perlulah mempunyai ruang lengkap dengan
alat-alat yang diperlukan, susunan perabot, alat-alat pameran, dan
lain-lain lagi hendaklah kemas, bersih dan menarik dipandang.
Sebagai guru pendidikan seni visual kita perlulah berusaha untuk
mewujudkan satu suasana atau iklim bilik seni yang kondusif dan
dapat meningkatkan daya kreativiti murid-murid dalam mata pelajaran
tersebut. Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu
murid-murid menguasai ilmu pendidikan seni visual dengan berkesan
dan menjadi salah satu mata pelajaran yang diminati oleh
murid-murid. Murid-murid pasti tidak sabar untuk menunggu masa
untuk belajar mata pelajaran berkenaan...17Maklumat Sokongan
..18
..19Ruang / sudut pameran hasil kerja murid.
..20RUJUKAN:
Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan
Rahmat, ZuraimiZakaria (2009 ). HBAE1203 Perkembangan Seni
Kanak-Kanak. Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.Rousliluddin
bin Ambia, Mohd Jamel bin Hj, Mohd Taslim bin Abd.Rahim, Manan bin
Sarbani (2007). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni. Open
Universiti Malaysia,
Kuala Lumpur.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail ( 2008 ). HBEF 1403 Seni
Dalam Pendidikan. Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohd Sawari ( 2010 ). Pendidikan Seni Visual. Seni Melambangkan
Jatidiri 1 Malaysia.(atas talian )
http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html ( 29
Feb 2012 )
Imann ( 2009 ). Keberkesanan Pengajaran Dalam Konteks Pendidikan
Seni Visual. (atas talian)
http://imann9969.blogspot.com/2009/06/keberkesanan-pengajaran-dalam-konteks.html
http://babasani.multiply.com/journal/item/95/KEPENTINGAN_SENI_VISUAL_DALAM_PENDIDIKAN_KANAK-KANAKhttp://senivisual2.blogspot.com/2010/01/kepentingan-pendidikan-seni-visual.htmlhttp://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.htmlhttp://smktphpsv.wordpress.com/2009/03/24/pendidikan-seni-visual-di-sekolah/..21ISI
KANDUNGAN
Perkara
Muka Surat1.0 Pengenalan
1
1.1Penerangan Tentang Pelan Lokasi Sekolah
2
1.2Penerangan Tentang Pelan Lokasi Bilik Seni
2
Pelan Ke SK Jitra 3.
3
Pelan Bilik Seni
4
Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni
5
1.3Penerangan Tentang Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni
6 8
2.0Suasana Dalam Bilik Seni
8 12
3.0 Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual
12 133.1Menggambar
13 - 14
3.2Membuat Corak dan Rekaan
14 - 15
3.3Membentuk dan Membuat Binaan
15 - 16
3.4Mengenal Kraf Tradisional
16 - 17
4.0 Penutup
17Maklumat Sokongan
18 20
Rujukan
21
Rujukan
Membentuk dan membuat binaan
Menggambar
Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
Membuat Rekaan dan corak
Kraf Tradisional
Mozek
Resis
Capan
cetakan
Gurisan
Teknik teknik menggambar
Montaj
Percikan
Kolaj
Stensilan
catan
Gosokan
lukisan
Corak tidak terancang secara :
Pualaman
Tiupan
Titisan
Ikatan dan celupan
Renjisan dan percikan
Susun atur perabot yang menarik menceriakan suasana
Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik.
Suasana di dalam bilik seni semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Perbincangan menceriakan bilik seni