1
1.0 Pengenalan
Definisi kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna
atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas
ringkas sahaja.Sebernanya kesenian wujud ,berkembang dan diturunkan
dalam atau melalui tradisi-tadisi sosial atau masyarakat.Selain
itu, kesenian juga adalah milik masyarakat dan dilihat sebagai cara
hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli
masyarakat.Kesenian ini juga menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian
seperti ini identity masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali
ramai.Pernyataan ini juga dipersetujui oleh Frishman, M &
Hasan-uddin Khan (ed). (2002).Manakala definisi untuk kraf
tradisional pula adalah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun.Menurut pendapat yang dikemukakan oleh
Halim Nasir (1987 ) untuk menghasilkan kraftangan tradisional
sebenarnya memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat
tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan lain-lain.Yang mana, kraftangan tradisional ini
merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan budaya nenek moyang
kita pada masa dulu.Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan
budaya-budaya dan ini jelas tercemin melalui bentuk, gaya, sifat,
garis, gerak dan warnanya.Malah, kraftangan tradisional yang
dihasilkan adalah mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu
tetapi bahan yang digunakan tidak terhad.
Seperti yang dinyatakan di atas bahawa kraf tangan ini adalah
diturunkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu lagi, maka ini
bermakna kraftangan tradisional ini memainkan peranan yang cukup
penting untuk sesebuah bangsa dan negara.Bukan itu saja, perkataan
seni yang dihasilkan oleh mereka ternulik dari deria kreativiti
serta bakat semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Tuhan Yang
Maha Berkuasa. Bahkan kraftangan tradisioanl ini juga berkait rapat
dengan ajaran islam yang dianuti oleh golongan masyarakat
melayu.
Sepeti yang dinyatakan di atas bahawa seni kraftangan
tradisional ini mempunyai hubungan yang begitu rapat dengan antara
orang Melayu dan kepercayaannya iaitu agama Islam.Pernyataan ini
juga disebut oleh Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995).Yang mana buktinya
boleh kita perhatikan dalam hasil kraftangan tradisional yang
dihasilkan oleh kaum melayu iaitu ketiadaan penggunaan figura
manusia dan binatang dalam ragam hias.Ini kerana, penggunaan figura
binatang dalam kraftangan adalah tidak dibenarkan di sisi agama
islam.Maka, ini uga menunjukkan bahawa kraf tradisional melayu
adalah melambangkan seni islam yang terdapat di negara kita.Di
samping itu, kita juga dapat perhatikan bahawa dalam penghasilan
kraftangan melayu terutamanya proses penggarapan, pentafsiran, dan
pemberian suatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan
keanekaragaman dalam suatu hasil karya seni tersebut.
Dengan itu, motif ragam hias yang relevan dengan penghasilan
sesuatu kraf tangan tradisional dalam negara ini akan dibincangkan
dengan lebih terperinci dalam kajian ini.Untuk menyokong
perbincangan yang akan dilakukan dalam kertas kajian ini, empat
jenis kraftangan akan digunakan sebagai contoh .Dalam kajian ini,
hubungan di antara motif ragam hias dalam kraf tangan tradisional
dengan alam sekitar dan fungsinya serta fungsi fungsi motif ragam
hias tersebut kepada budaya turut akan dibincangkan.Malah, suatu
kesimpulan secara keseluruhan akan digunakan untuk mengakhiri
perbincangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini.
2.0 Motif Ragam Hias untuk Empat Jenis Kraf Pilihan
Seperti yang telah dijelaskan oleh Zulkifli Hanafi (2000), motif
ragam hias boleh didefinisikan sebagai bentuk dasar hiasan yang
biasanya akan menjadi pola yang diulang-ulang dalam suatu karya
kerajinan atau seni.Karya ini dapat berupa tenunan, tulisan pada
kain (misalnya batik), songket, ukiran, atau pahatan pada
kayu/batu. Ragam hias dapat distilisasi (stilir) sehingga bentuknya
bervariasi.Belaiu juga berpendapat bahawa ragam hias di Tanah
Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti alam semesta, flora
dan fauna, dan manusia sendiri.walau bagaimanapun dalam kajian ini
tumpuan akan diberikan kepada empat jenis kraf tangan tradisional
iaitu tembikar, ukiran kayu, anyaman, dan batik.
(A) Tembikar
Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh Syed Muhammad
Naquib Al-Attas (1972), tembikar bolehlah didefinisikan sebagai
sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah
diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa
bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalam tanur
memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Salah satu tembikar
yang terkenal di Malaysia ialah labu-labu yakni alat untuk
menyimpan dan menyejukan air minuman.Sebenarnya kebanyakan tembikar
seperti dalam bentuk Labu Sayong adalah menggunakan motif alam
sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih, dan
juga geometri yang harmoni.Manakala dari segi teknik menghasilkan
labu sayong ini juga pelbagai iaitu seperti teknik picit, teknik
kepingan, teknik tuangan dan teknik lingkaran.Bahan utama untuk
menghasilkan lau sayong ialah tanah liat. Contoh motif motif ini
adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
BilMotif Ragam HiasContoh
1GeometriGarisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik
tahi alat, garis keluh, pucuk rebung dan susur kelapa
2Gayaan organikSulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah
lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung
Rajah 1.0 Motif Ragam Hias untuk Tembikar(B) Ukiran
Menurut Norhaiza Noordin (2005), seni ukiran kayu adalah
merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Masyarakat etnik Sabah
dan Sarawak serta Orang asli memang terkenal dengan seni kraftangan
ini. Selain itu, seni ukir juga akan memperkenalkan teknik dan
motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran melayu tradisi. Di
samping itu juga, kayu adalah merupakan bahan alam yang sangat
sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.Motif
ukiran kayu sebenarnya dipengaruhi oleh unsur-unsur alam sekitar
dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu
lagi.Bukan itu saja, adat resam, kepercayaan , agama, iklim,
geografi dan persekitaran juga amat kuat pengaruhnya kepada
pengukir.Pada masa yang sama, tentu juga terdapat banyak motif
ragam hias yang digunakan dalam ukiran. Antara yang dimaksudkan
adalah motif flora, motif seni khat dan motif awan larat serta
kosmo. Contoh- contoh setiap motif ragam hias adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:
BilMotif Ragam HiasContoh
1FloraDaun,bunga dan tumbuh tumbuhan
2FaunaItik pulang petang
3Seni khatAyat ayat Al-Quran
4KosmoMatahari, bulan, gunung dan awam
5GeometriHuruf- huruf Arab, Pilih berganda dan Swastika
Jadual 2.0 Contoh Motif Ragam Hias dalam Ukiran
(C) Anyaman
Seperti yang telah diterangkan oleh Mohamed Najib bin Ahmad
Dawa. (1995), anyaman merupakan suatu proses menyilangkan
bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan.Kebiasaannya bahan-bahan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuan, jut dan
sebagainya.Sebab utama menggunakan bahan ini adalah disebabkan
mudah dikeringkan dan juga lembut.Selain itu, beberapa motif ragam
hias yang tertentu juga akan digunakan sebagai anyaman dalam
masyarakat tempatan seperti kelarai dan haiwan. Bagi Mackenzie,
Donald A., (1926) telah menerangkan bahawa motif kelarai merupakan
motif yang dihasilkan berdasarkan alam semula jadi atau
persekitaran berhampiran.Sebernanya nama setiap kelarai yang indah
dan berbunyi klasik, menunjukkan ia berpandu kepada corak alam
antaranya bunga melur, tapak harimau, bunga cengkih, kepala lalat,
sisik ikan dan bunga teratai.Pada masa yang sama, motif haiwan juga
boleh digunakan dalam menghasilkan anyaman.Contohnya adalah seperti
jari kedidi dan mata punai .
(D) Batik
Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Halim Nasir (1987),
batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan
menarik.Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah
batik tulis, batik skrin, batik celup dan batik terap.Manakala
teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun.Kalau dilihat pada
teknik batik yang terdapat dalam negara kita sebernanya boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu batik blok, batik skrin, batik
tulis atau canting dan batik pelangi. Batik ini merupakan suatu
kraf tradisional yang begitu unik dan tidak asing lagi di Asia
mahupun Gugusan Kepulauan Melayu. Antara faktor yang menjadikan
batik di negara kita terkenal adalah seperti keindahan corak yang
digunakan akan mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil
yang tinggi. Bagi contoh jenis motif ragam hias yang akan digunakan
dalam penghasilan batik adalah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual berikut:
BilMotif Ragam HiasContoh
1FloraDaun dan bunga
2FaunaBurung, ayam, rusa dan ikan
3IsenAda ada, cacah gari, dan cantlel.
4Benda buatan manusiaAbor, jaring ikan,dan wau
5GeometriPilin berganda, parang rosak, dan buntut siput.
Jadual 3.0 Contoh Motif Ragam Hias dalam Ukiran
3.0 Analisis Perbincangan Motif Ragam Hias yang Dipengaruhi Alam
Sekitar dan Fungsinya
Fungsi utama motif ragam hias adalah untuk menghasilkan pelbagai
jenis kraf tangan tradisional seperti batik, tenunan, tembikar,
ukiran dan ayaman yang dipengaruhi oleh alam sekitar. Dalam elemen
alam sekitar ini terdapat tiga komponen yang mempunyai pengaruh
yang kuat dalam penghasilan kesenian kraftangan tradisional iaitu
flora, fauna dan kosmo. Tentu kalau kita sebut tentang kesenian
kraftangan tradisional memang mempunyai kaitan yang rapi dengan
kaum melayu yang terdapat di negara kita.
Melalui penerangan yang dikemukakan di atas telah menunjukkan
bahawa kaum melayu tidak dibenarkan menggunakan figura bintang
dalam kesenian kraftangan tradisional. Ini kerana, di sisi agama
islam adalah halangan.Oleh itu, kebiasaannya kraftangan yang
dihasilkan oleh oleh golongan kaum melayu adalah rapat dan
berdekatan dengan alam semulajadi. Pernyataan ini juga dikemukakan
oleh Halim Nasir (1987) dalam hasil kajiannya.Malah, sumber alam
semula jadi yang digunakan oleh golongan masyarakat turut dijadikan
sebagai sumber inspirasi mereka dalam menghasilkan motif ragam hias
ke atas kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka.Malah, dengan
pertambahan kepelbagaian bentuk motif dari alam semulajadi yang
terdiri daripada flora, fauna, kosmos tentu dapat menambahkan
kecantikan pada hasil kraftangan yang dihasilkan.Di samping itu,
kesenian gangsa Dong-son turut digunakan dalam penghasilan kesenian
kraftangan tempatan.Pengaruh Dong-son bukan saja wujud pada
tembikar dan anyaman tetapi juga pada bahan kraf lain seperti kayu,
buluh dan takstil.Melalui Dong-Son ini jugalah telah menambahkan
lagi minat menghias pada barangan kraf.Idea mencipta motif hiasan
ini banyak dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat Melayu pada waktu
itu yang dikelilingi oleh sumber alam semulajadi.Di negara kita
terdapat beberapa contoh yang menggunakan motif fauna ataupun
haiwan dalam menghasilkan seni kraf tangan tempatan.Yang paling
terkenal adalah rumah rumah tradisional Minangkabau di Negeri
Sembilan.Ukiran yang digunakan pada pada rumah rumah tradisional
Minangkabau adalah itik pulang petang.Motif yang digunakan ini akan
diukir dengan rupa seperti sifat semulajadi itik berjalan secara
berderet-deret mengikut ketua yang menuju ke satu arah sahaja.Nilai
moral yang ingin disampaikan oleh pengukir adalah kita patut
mengikut dan taat setia kepada raja dan pemimpin, tidak sombong dan
tidak mengatsi orang yang berada di hadapan bagi menjamin keamanan
dan kesejahteraan dalam masyarakat.Di bawah ini adalah contoh motif
ragam hias untuk itik pulang petang.
Rajah 1.0 Motif Itik Pulang Petang
Seperti yang dinyatakan di atas bahawa di sisi agama islam
figura manusia adalah tidak dibenarkan menggunakan ragam hias ini
dalam kraftangan. Oleh itu, dalam masyarakat tempatan tumbuh
tumbuhan telah memainkan peranan yang cukup penting dalam proses
perkembangan kraf tangan tradisional.Yang mana, motif ragam hiasan
seperti bunga kertas, anggerik, raya, matahari, kaca piring, bakung
dan lain lain akan digunakan sebagai oleh kaum melayu terutamanya
dalam perhiasan yang dapat mencantikkan perkarangan rumah.Malah,
penggunaan tumbuh-tumbuhan seperti mawar, melor dan kenanga turut
dapat membantu mewangikan sekitar halaman. Bukan itu saja, kalau
diperhatikan pada adat-adat ritual yang dijalankan oleh golongan
masyarakat melayu kraftangan dalam bentuk motif ragam hias alam
semulajadi juga akan digunakan.
Perkataan fauna bukan sesuatu yang asing lagi dalam penghasilan
kraftangan tradisional. Fauna ini didefinisikan sebagai haiwan atau
binatang. Unsur fauna ini juga memainkan peranan yang cukup penting
dalam penghasilan kraftangan tempatan.Ini kerana, makhluk-makhluk
halus boleh dihalau dengan menggunakan motif haiwan menururt
kepercayaan masyarakat tempatan.Pernyataan ini turut dikemukakan
oleh Halim Nasir (1987).Kesimpulan yang boleh dihasilkan di sini
adalah dalam mayarakat tempatan penghasilan kraf tangan tradisional
tempatan yang berunsur fauna memainkan peranan yang cukup
penting.
Seni kraftangan sebenarnya telah wujud sejak zaman neolitik
lagi.Bahan dari alam semulajadi merupakan bahan utamayang digunakan
untuk menghasilkan kraf tradisi ini kerana seperti mana yang kita
ketahui, penempatan asal orang Melayu adalah di pinggir-pinggir
hutan dan sungai.Dengan itu, menerusi penyelidikan ini kita akan
dapat melihat bagaimana motif flora dan fauna kan kosmos yang telah
distalisasikan menjadi motif paling utama dalm menghasilkan reka
corak pada kraf tradisional melayu. Motif angkasa atau kosmos
sebenarnya merupakan penerapan gambaran awan larat seperti bintang,
matahari, bulan dan bukit bukau dalam kraftangan. Motif kosmos ini
adalah penting dalam menghasilkan kraf tangan tradisional seperti
batik, songket, anyaman, ukiran dan tembikar.Walau bagaimampun
dalam menghasilkan barangan kraftangan ini terdapat pelbagai bahan
dan teknik penggunaan yang berbeza perlu digunakan.Oleh itu, semasa
proses mengadaptasi dijalankan para pereka perlu menggunakan
pengalaman yanga ada untuk mengadaptasi sumber dari alam semulajadi
kepada barangan kraftangan.Mengikut kepercayaan golongan masyrakat
kaum melayu bahawa motif angkasa atau kosmos yang digunakan pada
kraftangan adalah menunjukkan maha esa dan kuasa tuhan iaitu
membina dan menghasilkan alam semesta yang pelbagai dan menarik.
Contohnya adalah seperti awam, matahari dan lain-lain.Ini bermakna
masyarakat pada masa tersebut menggunakan motif ragam hias ini
sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej dan ajaran dalam
aspek kepercayaan kepada orang ramai.
Motif ragam hiasan yang berasaskan alam semulajadi juga
memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan nilai murni
melalui kraf tangan yang dihasilkan dalam masyarakat tempatan.
Contohnya adalah seperti motif badak mudik yang menunjukkan kaum
lelaki yang merupakan tunggak utama atau ketua dalam sesebuah
keluarga.Badak dijadikan ilham kerana sesuai dengan sifat
fizikalnya yang besar, kulitnya keras dan bersifat sentiasa
memerhati dan melindungi anak-anaknya dari serangan haiwan.
Contohnya, motif badak mudik (seperti yang ditunjukkan dalam rajah
2.0).Yang mana, Yang mana corak ini mempunyai maksud di
sebaliknya.
Rajah 2.0 Motif Badak Mudik4.0 Perbincangan Sumber Fungsi Motif
Motif Ragam Hias kepada Budaya
Penerangan yang diberikan di atas sudah jelas menunjukkan bahawa
hubungan antara kebudayaan dan kepercayaan dengan motif-motif ragam
hias memang rapat terutamanya kaum melayu.Contohnya adalah seperti
di sisi agama islam adalah tidak dibenarkan menggunakan figura
binatang.Yang dibenarkan adalah tumbuh-tumbuhan sebagai ganti
kepada figura binatang.
Kemunculan motif atau ragam hias baru dari kalangan industri
kecil memang sangat diperlukan.Sebagaimana dikatakan Lilik, Ketua
Asosiasi Pengajian Jawa Timur yang menyatakan bahawa sebenarnya
pengajian bisa memasarkan produknya tidak hanya menjelang lebaran
saja.Karena tergantung dari inovasi dan kreativitas
pengajian.Seperti rajin dalam membuat desain terbaru sehingga
pasarnya terus berkembang.Kutipan itu membuktikan bahawa masyarakat
membutuhkan bentuk baru atau desain baru.Malah, menurut msyarakat
Melayu yang tradisional mempercayai motif motif alam semulajadi
selalunya mempunyai kuasa magiknya
Pada zaman sekarang, terdapat banyak ciri ciri seni Islam telah
dimasukkan dalam karya seni melayu.Antaranya adalah seperti
penggunaan corak dan tulisan dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan
oleh Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kesemua ini telah menunjukkan
bahawa pengaruh golongan masyarakat melayu dalam kraftangan melayu
adalah kuat.Antara motif yang boleh digunakan adalah motif arabes
yang bermaksud penggunaan gambar atau hiasan yang bermotif bunga,
daun, binatang, pola-pola geometri dan sebagainya dalam satu
jalinan dan terperinci. Arabes juga adalah seperti mana dibayangkan
dalam namanya, unsur-unsur kesenian islam yang sering ditemui
menghiasi dinding masjid. Sebenarnya Arab yang mempengaruhi motif
arabes yang digunakan dalam seni kraf Melayu.
Hubungan antara orang melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam
memang tidak dapat dipisahkan.Kesemuanya boleh dibuktikan dengan
melalui corak dalam penghasilan hasil karya ukiran kayu dalam
masyarakat Melayu. Yang mana, pada corak itu terdapat banyak
tulisan Jawi digunakan. Pernyataan ini turut dikemukakan oleh
Mohamed Najib bin Ahmad Dawa.Dengan penggunaan corak tulisan jawi
ini telah menunjukkan keunikan dan keistimewaan yang terdapat pada
kebudayaan seluruh masyarakat di negara kita terutamanya golongan
kaum melayu.Malah dengan menggunakan corak dalam penghasilan hasil
karya ukiran kayu turut dapat menunjukkan hubungan yang erat antara
kaum melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Contohnya adalh
seprti tidak ada penggunaan figura biantang dalam seni kraftangan
melayu kerana tidak dibenarkan di sisi agama islam.Semua ini telah
membuktikan hubungan antara islam dengan penghasilan seni kraf
melayu seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Hanafi (2000).
Kesimpulannya adalah motif motif hiasan ragam yang digunakan
dalam menghasilkan kraf tangan tradisional dalam masyarakat
tempatan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebudayaan yang
dipercayai oleh golongan masyakarat.Kesemua contoh telah dinyatakan
dengan jelas di atas.
5.0 Aktiviti Masyarakat Tradisional yang Relevan dengan Ragam
Hias Kraf Tradisional
Jika kita perhatikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
masyarakat tradisional memang tidak boleh dipisahkan dengan ragam
hias kraftangan tradisional.Yang mana pandangan ini juga
dikemukakan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995).Contohnya
bakul yang dihasilkan itu digunakan oleh penduduk dalam masyarakat
tradisional untuk menyimpan barangan mereka seperti sayur-sayuran
untuk diangkat ke pasar dan dijual.Bakul yang dihasilkan itu adalah
berdasarkan konsep anyaman yang dilakukan dengan menggunakan ragam
hias kraf yang tertentu. Kebiasaan jenis sayur-sayuran yang
disimpan dalam bakul adalah seperti buluh, pakus-pakis, dan
barangan peribadi.Maka, ini telah menunjukkan aktiviti harian yang
dijalankan oleh masyarakat tradisional mempunyai hubungan rapat
dengan ragam hias kraf tradisional.
Bukan itu saja, upacara menyembah yang dijalankan oleh golongan
masyarakat tradisional dalam menghalau mahluk halus yang akan
mengacau ketenteraman mereka juga mempunyai hubungkait dengan
penggunaan motif ragam hias. Menurut Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995)
dengan menggunakan tembikar yang bercorak ragam hias untuk mengisi
beras dan juga barang barang yang lain semasa melakukan penyembahan
tersebut dipercayai boleh menakutkan makhluk halus ini.Sebenarnya
aktiviti ini adalah merupakan aktiviti kehidupan yang penting bagi
masyarakat tradisional dalam negara ini.Malah, ia turut merupakan
sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
Menurut Mackenzie, Donald A., (1926) di rumah-rumah masyarakat
tempatan tradisional terdapat banyak hasil kraf tangan yang
dihasilkan dengan menggunakan motif ragam hias.Yang mana, hasil
kraftangan ini akan menjadi hiasan pada rumah mereka.Bagi golongan
melayu dengan meletakkan papan yang diukir dengan menggunakan
ajaran islam merupakan suatu kepujian kepada maha esa Tuhan dan ia
juga merupakan suatu cara yang terbaik untuk mengembangkan ajaran
agama Islam kepada generasi yang akan datang.
Akhirnya ialah golongan masyarakat tradisional juga menghasilkan
kraftangan dengan menggunakan motif ragam khas untuk dijual di
pasar. Ini juga merupakan salah satu sumber yang membolehkan
penduduk masyarakat tempatan memperolehi pendapatan.Yang mana,
pendapatan yang diperolehi ini adalah digunakan untuk menampung
perbelanjaan harian mereka.Penerangan di atas juga sebenarnya juga
dikemukakan oleh Farish Noor & Eddin Khoo (2003).
6.0 Kesimpulan
Kraftangan-kraftangan yang terdapat di negara kita seperti
tenunan, tembikar, batik, ukiran kayu, gasing perhiasan, wau dan
lain lain lagi memang merupakan salah satu hasil kesenian yang
begitu unik dalam masyarakat melayu tempatan. Selain itu, dalam
mengahasilkan kraftangan tradisional corak yang berunsur flora,
alam sekitar, arabes, geometri dan tulisan dalam al-Quran juga akan
digunakan. Dengan ini secara tidak langsung dapat menambahkan
keunikan dan keistimewaan pada kraftangan yang dihasilkan.Malah,
melalui pertunjukkan motif ragam hias ini juga dapat mencerminkan
kebudayaan yang dipercayai dan didukung oleh rakyat rakyat dalam
masyarakat tempatan pada masa lampau. Maka, tugas memelihara dan
memulihara pelbagai kraf tangan tradisional yang dihasilkan oleh
penduduk tempatan tradisional harus dipandang berat oleh semua
pihak.
7.0 Rujukan
Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus :
Singapore
Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque,
Thames & Hudson : London. Halim Nasir (1987), Traditional Malay
Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur
Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their
Relations to Beliefs and Customs., Alfred A. Knopf : New York.
Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China,
Pustaka Antara : Kuala Lumpur.
Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995). The Symbolism of Batik
from Kelantan, Malaysia : Its Origins and Transformation, Tesis PhD
yang tidak diterbitkan, Institute of Advance Studies, Manchester
Metropolitan University, UK. 1995.
Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen
Estetik dan Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni
Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah,
USM, 2007.
Norhaiza Noordin (2005). Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi
Masa Kini, International Seminar : Spirit & Form in Malay
Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 29 Jun 2005.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan
Kebudayaan Melayu, ABIM: Kuala Lumpur
Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan
Tradisional Melayu, DBP : Kuala Lumpur