Top Banner
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 4 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NAME : CRISTINA JOHNNY MATRICULATION NO. : 781226125338001 IDENTITY CARD NO. : 781226125338 TELEPHONE NO. : 012-8661887 EMAIL : [email protected] cr [email protected] LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) TUTOR : MADAM FAZIDAH MOHD. GHANI
29

HBAE1203PSV

Nov 30, 2015

Download

Documents

OUM PSV assignment
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HBAE1203PSV

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

MAJOR IN ENGLISH

SEMESTER 4

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAME : CRISTINA JOHNNY

MATRICULATION NO. : 781226125338001

IDENTITY CARD NO. : 781226125338

TELEPHONE NO. : 012-8661887

EMAIL : [email protected]

[email protected]

LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER)

TUTOR : MADAM FAZIDAH MOHD. GHANI

Page 2: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Isi Kandungan 1

2.0 Pengenalan 2 - 4

3.0 Proses Artistik Menggunakan Tiga kaedah Chapman 5

3.1 Kaedah Penjanaan Idea 6 – 7

3.2 Pengolahan dan Pemurniaan 8 – 9

3.2 Kemahiran Menggunakan Bahan 10 – 11

4.0 Kreativiti dalam Penghasilan Karya Seni Kanak-Kanak 12

4.1 Karya Kanak-Kanak Pertama 13 – 14

4.2 Karya Kanak-Kanak Kedua 15 – 16

4.3 Karya Kanak-Kanak Ketiga 17 – 18

5.0 Kesimpulan 19

6.0 Rujukan 20

7.0 Lampiran 21

1

Page 3: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

2.0 Pengenalan

Menurut Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahmah, et al. Dalam Modul

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni

tampak dan bagi murid sekolah rendah ia menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan yang

melibatkan askpek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Walau bagaimanapun, kejayaan satu-satu mata pelajaran tersebut di dalam kelas

bergantung kepada bagaimana seseorang guru itu menyampaikan pengajarannya. Mata pelajaran

Pendidikan Seni ini sememangnya sudah cukup menarik kerana ia memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka, tetapi sekiranya seseorang guru itu

mengabaikan peranannya maka objektif pelajaran tidak akan dapat dicapai.

Sebagai contoh, seorang guru Pendidikan Seni Visual yang asyik memberi kerja yang

sama berulang-ulang kali kepada murid contohnya, melukis lukisan pemandangan, akan

menjadikan murid bosan dan tidak mampu berkembang dari segi kreativiti dan kemahiran.

Seseorang guru itu mungkin bertindak memberi kerja yang sama berulang kali kepada murid

kerana dua sebab, yang pertama; mungkin kerana dia kurang kemahiran dan pengetahuan untuk

mengajar tajuk yang lain, yang kedua; kerana faktor mahu memeriksa dengan mudah. Walau

apapun alasannya, seseorang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual harus faham bahawa

ada empat bidang yang perlu diajar kepada murid sekolah rendah, iaitu; bidang kegiatan

menggambar, bidang rekaan dan corak, bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan serta

bidang kegiatan mengenal kraf tradisional.

Oleh itu seorang guru itu perlu mengubah mind set atau pemikirannya dan jangan

mengambil mudah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Guru Pendidikan Seni Visual

seharusnya berusaha melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi

menyampaikan pengetahuan dan kemahiran dalam keempat-empat bidang kepada murid.

Seorang guru Pendidikan Seni Visual harus memahami fitrah kanak-kanak. Kanak-kanak

ini mempunyai sifat yang dinamik dan akan berkembang mengikut umur ataupun perkembangan

minda mereka. Kanak-kanak, menurut Lowenfeld (1975), menghasilkan karya seni sebagai

luahan dan ekspresi diri atau fikiran dan perasaan mereka dan tidak mementingkan kecantikan

2

Page 4: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

dan kesempurnaan karya. Oleh itu, seorang guru Pendidikan Seni Visual haruslah menitik

beratkan soal ini semasa menjalankan sesi pengajarannya.

Kekangan terbesar bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dalam Pendidikan Seni

Visual ini ialah, perasaan takut dan malu untuk melakukan kesilapan. Seperti teori

perkembangan artistik kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain, kanak-kanak pada umur 9

hingga 12 tahun (Peringkat Dawning Realisme atau Gang Age), cenderung membanding-

banding karya antara rakan sebaya dan mereka semakin mementingkan kualiti karya yang

dihasilkan. Kanak-kanak bukan sahaja malu sekiranya karya mereka lebih rendah kualitinya

berbanding rakan yang lain malah mereka takut akan mengecewakan guru yang mengajar.

Jelas di sini bahawa seorang guru itu perlu membina kepercayaan murid kepadanya

dengan memberikan murid bimbingan yang diperlukan semasa menghasilkan karya dan

memberikan kata-kata galakan kepada murid dan mengelakkan daripada membanding-banding

hasil karya murid.

Saya merumuskan daripada Modul HBAE1203, tulisan Prof. Dr. Haji Abdul Shukor

Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, et al. , bahawa seorang guru Pendidikan Seni Visual

harus memastikan bahawa dia boleh membantu meningkatkan pengetahuan murid dari aspek

kognitif, yakni; memastikan aktiviti seni visual mampu mengasah kemahiran berfikir murid dan

melatih mereka membuat penilaian dan membuat keputusan yang bijak. Seterusnya dia harus

memastikan murid juga dilatih dari segi psikomotor atau fizikal yakni dengan memberikan

tugasan penghasilan karya seni yang melatih koordinasi dan tangan murid. Seorang guru

Pendidikan Seni Visual juga hendaklah memajukan aspek kreativiti murid, iaitu; memberikan

projek-projek yang bersifat terbuka, yang mengutamakan proses penghasilan karya seni

berbanding hasil akhir, yang mana, ini akan menggalakkan murid membuat eksplorasi dan

eksperimentasi. Guru juga perlu memastikan bahawa murid dapat mempertingkatkan

penggunaan pancaindera dan derianya. Akhir sekali guru harus memastikan bahawa sesi

pengajarannya memperbaiki aspek sosial dan emosi murid, dengan cara memberi peluang kepada

murid berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas dan menggalakkan kerjasama di antara mereka.

Pendidikan Seni Visual akan dapat menerapkan nilai-nilai yang baik bukan sahaja dari

segi insaniah atau rohaniah serta nilai kemasyarakatan kepada murid tetapi juga mampu

3

Page 5: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

membangunkan kemahiran kognitif dan kemahiran psikomotor mereka. Apabila murid-murid

mendapat keseimbangan dari semua segi tersebut di atas maka akan lahirlah generasi Malaysia

yang berketrampilan dan berakhlak mulia serta mampu menerajui negara di masa depan kelak.

4

Page 6: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.0 Proses Artistik Menggunakan 3 Kaedah Chapman

Menurut kajian yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh Pendidikan Seni Visual, tahap perkembangan

kreativiti mempunyai beberapa peringkat. Menurut Laura H. Chapman pula, di dalam buku

beliau bertajuk Approaches in Art Education (1978), beliau menjelaskan bahawa proses kreativiti

mempunyai persamaan dengan proses penghasilan karya atau proses artistik. Menurut beliau

lagi, proses ini tidak statik, yakni ia bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.

Tiga kaedah penghasilan karya seni menurut Laura H. Chapman ialah; yang pertama,

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea), kedua, Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and

Refinement), dan yang ketiga, Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium). Walau

bagaimanapun, keutamaan diletakkan kepada objektif menghasilkan karya seni dan bukan tiga

peringkat kaedah tersebut. Ketiga-tiga Kaedah ini saling bergantung antara satu dengan yang lain

seperti dalam rajah 3.0(i) yang saya tunjukkan di bawah.

3.0(i) Kaedah Chapman dalam Penghasilan Karya Seni Kanak-Kanak

5

Penjanaan Idea

Pengolahan dan Pemurniaan

Kemahiran Menggunakan Bahan

Page 7: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.1 Kaedah Penjanaan Idea

Idea dijana dengan menetapkan objektif, haluan dan tujuan karya dihasilkan. Proses ini agak

lambat dan memakan masa serta seringkali pengkarya tidak dapat menetapkan haluan

penghasilan karya kerana ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea.

Seorang guru perlulah peka terhadap pemahaman kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran seni visual supaya kanak-kanak tahu karya apa yang perlu mereka hasilkan.

Mereka juga hendaklah diberi ransangan supaya mereka boleh menjana idea dalam berkarya.

Bagi murid sekolah rendah, mereka perlulah diberi contoh karya sebagai pemankin

kepada kefahaman mereka dan mencetuskan idea dalam diri mereka. Meskipun kanak-kanak

sekolah rendah cenderung untuk meniru karya contoh tetapi mereka juga akan dapat menjana

idea yang baru untuk dimasukkan ke dalam karya mereka itu.

Selain daripada memberi contoh hasil karya kepada murid, seorang guru Pendidikan Seni

Visual juga haruslah memberikan bimbingan secara lisan kepada murid, contohnya dengan cara

bertanya soalan-soalan tentang kehidupan mereka yang mana ianya berkait dengan penghasilan

karya pada hari itu. Untuk membimbing keupayaan murid menjana idea, seorang guru itu perlu

mengelak dari mengatakan apa yang guru mahu murid itu lakukan tetapi memberikan murid

peluang untuk berfikir sendiri apa yang ingin mereka hasilkan. Guru cuma perlu memastikan

murid berada pada landasan yang betul seiring dengan matlamat hasil pembelajaran. Gambar-

gambar dalam 3.1(i) di bawah menunjukkan bagaimana seorang guru itu boleh membantu proses

penjanaan idea.

6

Page 8: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.1(i) Peranan Guru Dalam Proses Penjanaan Idea

7

Guru menerangkan tentang topik pada hari itu;

Contohnya pada sesi ini, tajuk yang diajar adalah lukisan menggunakan media basah dalam bidang kegiatan menggambar.

Guru memberikan contoh hasil karya kepada murid;

Tajuk pada hari itu ialah ‘Lukisan Pemandangan Laut di Waktu Senja’.

Guru menerangkan tentang ciri-ciri pada karya yang perlu diambil perhatian oleh murid;

- Sudut pandangan (membuat garisan kaki langit)

- Penggunaan tona warna

Page 9: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.2 Pengolahan dan Pemurnian

Proses ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

Pengkarya perlu benar-benar faham dan pasti tentang imej atau visual yang hendak dihasilkan

supaya ianya menepati tema dan objektif penghasilan karya.

Bagi murid-murid sekolah rendah, proses ini amat penting kerana dalam proses inilah

mereka dapat melatih deria mereka dalam menghasilkan sesuatu karya yang bertepatan dengan

topik dan objektif. Dalam proses ini, murid-murid akan mengolah dan memurnikan hasil karya

mereka beberapa kali sehingga mereka berpuas hati dengan hasil karya mereka. Murid tidak

seharusnya ditegur apabila mereka berhenti dan mahu memulakan semula penghasilan karya

mereka, kerana proses ini sememangnya perlu supaya pengolahan idea mereka menjadi semakin

baik. Proses peniruan dan proses mengulang semula penghasilan karya adalah sesuatu yang biasa

dilakukan pada peringkat kanak-kanak kerana mereka baru sahaja belajar menggunakan bahan-

bahan serta kemahiran mereka sedang berkembang.

Murid-murid juga mungkin perlu diberikan latihan untuk topik yang sama contohnya

lukisan pemandangan di waktu senja beberapa kali lagi sebelum mereka benar-benar dapat

mengaplikasikan kemahiran dan teknik yang betul bagi menghasilkan karya yang boleh

membuat mereka berpuas hati. Gambar-gambar dalam 3.2(i) di bawah menunjukkan bagaimana

proses pengolahan dan pemurniaan dilakukan oleh murid. Guru Pendidikan Seni Visual yang

baik adalah guru yang mampu mengenalpasti tahap pencapaian murid seterusnya memberikan

latihan yang diperlukan oleh murid untuk mempertajamkan kemahiran dan teknik mereka dalam

menghasilkan karya seni yang baik.

8

Page 10: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.2(i) Proses Pengolahan dan Pemurniaan

9

Murid perempuan di sebelah kanan berfikir untuk menukar karyanya kerana dia kurang berpuas hati dengan olahannya.

Dia berusaha untuk menyelamatkan hasil karyanya dengan menambah warna-warna tertentu.

Hasil karya yang dihentikan oleh murid perempuan tadi.

Murid melakukan semula penghasilan karya. Ini adalah satu cara di mana murid melakukan pengolahan semula idea dan memurnikan lagi hasil karya mereka.

Page 11: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.3 Kemahiran Menggunakan Bahan

Pemilihan bahan adalah amat penting untuk seorang pengkarya itu. Dengan pemilihan bahan

yang sesuai, kadar penghasilan karya juga mungkin akan menjadi singkat. Walau bagaimanapun,

seseorang pengkarya itu selalunya cenderung untuk menggunakan sesuatu bahan yang sama

untuk melihat sejauh mana bahan tersebut sesuai digunakan dalm penghasilan karya lain selain

dari yang biasa dia lakukan.

Guru-guru Pendidikan Seni Visual perlulah mempunyai pengetahuan tentang bahan-bahan

yang ingin digunakan dalam satu-satu topik. Maknanya, sebelum seseorang guru itu mengajar

satu-satu topik kepada murid-murid, dia perlulah mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan

dan teknik menggunakan bahan-bahan tersebut supaya dia boleh membimbing murid

menggunakan bahan-bahan tersebut dalam penghasilan karya mereka.

Bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar, maka guru

perlulah menyediakan peralatan atau bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya

pada sesi tersebut. Walaupun guru telah memberitahu kepada murid untuk membawa peralatan

mereka sendiri, tetapi persediaan sekiranya murid terlupa membawa bahan juga perlu dilakukan.

Selain daripada itu, guru juga perlulah memberikan demonstrasi bagaimana

menggunakan bahan-bahan yang tertentu supaya murid melihat cara penggunaan bahan tersebut

dalam menghasilkan sesuatu karya. Di samping itu, guru perlu menerangkan mengapa pemilihan

sesuatu bahan itu dibuat yakni dari segi makna dan nilainya. Gambar-gambar 3.3(i) di bawah

menunjukkan bagaimana proses dalam kemahiran menggunakan bahan ini berlaku.

10

Page 12: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

3.3(i) Proses Kemahiran Menggunakan Bahan

11

Bahan-bahan atau peralatan yang disediakan oleh guru dalam sesi pengajaran tajuk ‘Lukisan Pemandangan Laut di Waktu Senja’;

- warna air, berus warna, kerta lukisan

-contoh hasil karya

A) Guru menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan karya pada hari itu, iaitu; media basah, yakni warna air, berus warna pelbagai saiz dan juga kertas lukisan.

B) Guru memberi demonstrasi penggunaan peralatan dan penggunaan warna yang sesuai dengan tajuk.

C) Guru menerangkan bagaimana penggunaan bahan memberi nilai kepada lukisan; penggunaan tona warna dan cara memegang berus serta cara mewarna akan memastikan hasil diingini dapat dicapai; dalam konteks tajuk ini, bagaimana menimbulkan suasana senja dalam lukisan murid-murid.

A B C

Page 13: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

4.0 Kreativiti dalam Penghasilan Karya Seni Kanak-Kanak

Kreativiti berasal dari perkataan latin ‘creare’, bererti ‘membuat’ dan dalam perkataan Greek

pula ia membawa maksud ‘memenuhi’. Menurut Kamus Dewan (2002) kreativiti merupakan

kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif manakala kreatif adalah mempunyai

kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.

Prof Dr Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, et al. Dalam Modul

HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak, pula mengatakan bahawa kreativiti merujuk

kepada kebolehan dan kemampuan seseorang mencipta sesuatu yang kreatif, baru dan asli.

Mereka juga berpendapat bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir ini

boleh dibentuk dan dilatih.

Pada pendapat saya, kreativiti dari sudut Pendidikan Seni Visual untuk kanak-kanak,

adalah pemikiran yang memandu mereka dalam menghasilkan karya. Bermula dari saat mereka

mendapat idea seterusnya mengolah atau menghasilkan satu karya yang memenuhi persepsi

kendiri mereka sendiri serta memenuhi kehendak dan matlamat sesuatu tajuk.

Kreativiti bagi kanak-kanak mungkin bermula dengan satu peniruan yang kemudiannya

diolah oleh kanak-kanak dengan menggunakan idea sendiri, di mana mereka membuat eksplorasi

serta eksperimentasi idea dan bahan sehingga akhirnya mereka mampu menghasilkan karya

yang autentik.

Saya telah memilih tiga orang murid saya berumur antara 11 hingga 12 tahun, untuk

melihat bagaimana tiga Kaedah Chapman iaitu, Kaedah Penjanaan Idea, Pengolahan dan

Pemurniaan dan Kemahiran Menggunakan Bahan membantu saya sebagai guru Pendidikan Seni

Visual dalam membimbing penghasilan karya seni kanak-kanak.

Saya memilih Bidang Kegiatan Menggambar, iaitu teknik lukisan bertajuk ‘Suasana

Pemandangan Laut di Waktu Senja’ untuk diajarkan kepada murid. Teknik lukisan ini

mementingkan penggunaan tona warna, mementingkan warna gelap dan penghasilan bayang-

bayang.

12

Page 14: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

4.1 Hasil Karya Murid Pertama

Kanak-kanak ini memilih untuk meniru salah satu contoh hasil karya yang saya tunjukkan

kepada mereka. Walau bagaimanapun, dia telah memasukkan beberapa idea sendiri ke dalam

penghasilan karya seninya.

Contohnya lukisan burung dilukis di hadapan matahari berbanding di atas gunung

bersebelahan matahari dalam lukisan contoh. Begitu juga dengan warna laut yang diwarnakan

dengan warna biru dan bukan warna oren seperti pada lukisan asal. Pada pendapat saya, kanak-

kanak ini mahu mengaplikasikan kesan yang dramatik dengan melukis burung-burung tersebut di

hadapan matahari. Selain itu ianya nampak lebih menarik kerana ia berada di tengah lukisan,

yakni ia menjadi fokus pandangan bersama dengan lukisan pokok serta perahu. Kesemuanya

memberikan nilai estetika yang baharu. Ini membuktikan bahawa sedikit penambahan dan olahan

idea baru, walaupun dalam karya yang dihasilkan melalui peniruan, juga mampu menghasilkan

karya yang menarik.

Warna laut yang pada lukisan asal adalah oren kemerah-merahan, sama seperti warna

langit pula diubah menjadi warna biru, mungkin kerana persepsi sedia ada pada kanak-kanak ini,

bahawa lautan adalah berwarna biru. Mungkin warna ini lebih memberikan makna kepada

kanak-kanak itu berbanding warna pada lukisan contoh tadi walaupun sebenarnya warna oren

13

1

Page 15: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

kemerah-merahan untuk laut pada lukisan asal adalah menunjukkan bahawa air laut

memantulkan warna langit dan bukanlah bermaksud itu adalah warna sebenar air laut.

Apa yang menarik dalam lukisan kanak-kanak ini adalah percubaannya untuk

memberikan tona warna yang sesuai kepada objek dalam lukisannya. Contohnya, lukisan

bayang-bayang gunung dan bayang-bayang perahu diwarnakan dengan warna yang lebih cerah

untuk membezakan lukisan gunung dan perahu sebenar dengan bayang-bayang. Begitu juga

dengan lukisan matahari yang diwarnakan dengan ketebalan lapisan warna berbeza, yakni, tebal

di bahagian tepi dan semakin menipis ke dalam. Ini memberikan gambaran yang lebih menarik.

Saya dapat menyimpulkan di sini bahawa, kanak-kanak ini telah memikirkan beberapa

idea untuk menjadikan lukisannya lebih menarik. Kreativiti kanak-kanak ini dari segi olahan

semula lukisan burung-burung dan penggunaan tona warna telah menjadikan hasil karyanya

menarik.

14

Page 16: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

4.2 Hasil Karya Murid Kedua

Kanak-kanak kedua ini juga memilih untuk meniru contoh hasil karya yang sama dengan murid

pertama. Ini mungkin terjadi kerana mengikut sesetengah teori perkembangan seni, kanak-kanak

pada peringkat ini sememangnya senang terpengaruh dengan hasil karya rakan. Selain daripada

itu, contoh lukisan ini mungkin agak senang untuk ditiru oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak ini juga telah mengolah semula kedudukan burung dalam lukisannya, di

mana kini burung-burung tersebut berada jauh dari lukisan matahari. Lukisan burung tersebut

juga lebih besar bagi menunjukkan burung tersebut berada dekat pada sudut pandangan. Ini

adalah satu contoh kekreatifan kanak-kanak ini dalam mengolah memasukkan idea dan

kefahamanannya ke dalam lukisan yang bersifat peniruan.

Walaupun penggunaan tona warna agak kurang, di mana lukisan bayang-bayang tidak

diwarnakan berbeza, tetapi ada percubaan untuk menonjolkan perbezaan jarak, di mana bahagian

lautan yang jauh berwarna lebih gelap berbanding warna lautan yang dekat pada sudut

pandangan. Kanak-kanak ini turut mewarnakan lautannya dengan warna biru dan bukan oren

kemerah-merehan seperti pada lukisan contoh. Ini mungkin disebabkan oleh persepsinya bahawa

laut selalunya berwarna biru dan bukan oren kemerah-merahan.

15

2

Page 17: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

Dari apa yang saya perhatikan, kanak-kanak ini menunjukkan kreativiti dari segi

penggunaan bahan. Dia menggunakan warna ‘glitter’ atau warna yang berkilat-kilat mungkin

kerana dia pernah menggunakan bahan ini sebelum ini dan ingin mencuba menggunakannya

dalam hasil karyanya yang ini pula.

Meskipun penggunaan glitter ini mungkin boleh menjadikan hasil karya kanak-kanak itu

lebih memuaskan jika dia tahu menggunakan tona warna tetapi sekurang-kurangnya dia tahu

bahawa penggunaan glitter boleh memberikan hasil yang menarik. Kreativiti kanak-kanak dalam

menggunakan bahan adalah sesuatu yang boleh membantu mereka dalam menghasilkan karya

seni yang lebih menarik.

Mungkin juga, dengan keberanian menggunakan bahan-bahan tertentu dalam penghasilan

karya seni akan menjadi trademark mereka kelak, seperti mana kebanyakan tokoh tokoh seni

mempunyai kecenderungan menggunakan bahan-bahan tertentu dalam hasil karya mereka.

16

Page 18: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

4.3 Hasil Karya Murid Ketiga

Kanak-kanak ini memilih untuk meniru satu lukisan contoh yang lain daripada kedua-dua

rakannya. Kanak-kanak ini memilih lukisan ini, mungkin kerana ianya lebih ringkas daripada

contoh-contoh hasil lukisan yang lain.

Walaupun contoh lukisan yang ditiru oleh kanak-kanak ini agak ringkas, tetapi kreativiti

kanak-kanak ini terpancar dari segi penggunaan tona warna. Kanak-kanak ini berusaha untuk

menghasilkan warna kemerah-merahan pada langit yang menunjukkan suasana senja, sebelum

matahari terbenam.

Begitu juga dengan penghasilan bayang-bayang pokok kelapa yang dihasilkan oleh

pancaran matahari di waktu senja. Kanak-kanak ini juga berusaha memberikan bayang-bayang

matahari dan bayang-bayang perahu di laut. Ilusi yang dibuat ini agak menarik.

Penggunaan ketebalan warna juga cuba digunakan untuk memberi ilusi kawasan yang jauh

dengan kawasan yang lebih dekat dengan sudut pandangan. Keadaan ini ditonjolkan melalui

penggunaan warna pada kawasan di tepi pantai. Begitu juga dengan warna pokok yang jauh, di

mana ia diwarnakan lebih gelap dari pokok yang berada dekat dengan sudut pandangan.

17

3

Page 19: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

Kanak-kanak ini juga mengolah warna dengan kreatif dimana perahu diwarnakan dengan

tona warna yang menarik dan menonjolkan dimensi yang menarik pada lukisan perahu tersebut.

Penggunaan berus warna secara horizontal juga memberikan efek kepada warna lukisan. Ia

menonjolkan kesan-kesan yang diingini pada lukisan.

Kanak-kanak ini menonjolkan daya kreativiti yang agak memberangsangkan dari segi idea

dan pengolahan tona warna di mana ini menunjukkan bahawa dia lebih memahami teknik

lukisan dan mungkin juga menggemari bidang menggambar berbanding dua rakannya yang lain.

Namun demikian dari segi persepsi, kanak-kanak ini juga masih terikat dengan persepsi

bahawa laut itu berwarna biru, meskipun ada usaha untuk mewarnakan laut dengan warna yang

lebih gelap. Konsep warna langit di waktu senja yang boleh mempengaruhi warna laut mungkin

masih belum difahami oleh kanak-kanak ini. Kemungkinan juga konsep ini lebih mudah untuk

difahami jika kanak-kanak ini mengalami sendiri pengalaman melihat keadaan laut di waktu

senja dalam kehidupan sebenar.

18

Page 20: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

5.0 Kesimpulan

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang unik kerana ianya

lebih senang untuk dihayati oleh kanak-kanak berbanding mata pelajaran yang lebih formal, di

mana kanak-kanak sememangnya secara semulajadi berminat dalam hal-hal yang berkaitan

dengan karya seni. Malah mengikut daripada kajian, perkara pertama yang digemari oleh kanak-

kanak ialah menconteng, yang mana contengan itu sendiri sudah merupakan satu hasil karya,

daripada minda kanak-kanak yang sedang mula berkembang.

Walau bagaimanapun penghasilan karya seni kanak-kanak adalah amat bergantung kepada

peranan guru Pendidikan Seni Visual semasa menyampaikan pengajaran. Kanak-kanak

hendaklah dibimbing cara menggunakan teknik dan kemahiran dalam satu-satu bidang kegiatan

seni visual itu. Untuk membimbing kanak-kanak ini, maka seorang guru Pendidikan Seni Visual

hendaklah memahami fitrah kanak-kanak sebagai individu yaang masih mengalami proses

perkembangan. Persepsi dan kreativiti kanak-kanak juga sedang berkembang dan perlu

dibimbing oleh seseorang guru itu supaya mereka boleh menghasilkan karya seni yang baik.

Kaedah Chapman merupakan salah satu kaedah yang boleh dirujuk oleh guru Pendidikan

Seni Visual tentang proses penghasilan karya seni di kalangan kanak-kanak. Apabila guru boleh

memahami bagaimana murid menghasilkan karya mereka, maka guru boleh memainkan peranan

dengan lebih baik sebagai pemudahcara dan pencetus idea kepada murid.

Kanak-kanak perlu dibimbing dalam menjana idea untuk menghasilkan satu-satu karya,

seterusnya kanak-kanak ini juga perlu diberi ruang untuk mengolah dan memperhalusi

kemahiran serta teknik yang telah mereka pelajari. Akhir sekali, kanak-kanak perlulah dibimbing

tentang bagaimana mereka menggunakan bahan-bahan atau peralatan dalam menghasilkan satu-

satu karya itu, dengan betul.

Kreativiti dan proses artistik kanak-kanak adalah saling melengkapi antara satu sama lain

dan guru adalah faktor yang menyumbang kepada penyatuan kesemua elemen ini, supaya kanak-

kanak akhirnya dapat menggunakan teknik dan kemahiran yang betul dan menghasilkan karya

seni yang diingini.

3146 patah perkataan (tidak termasuk pengurusan grafik)

19

Page 21: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

6.0 Rujukan

Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, et al. (Edisi Keduabelas/ Oktober

2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Open Universiti Malaysia.

Rousliluddin Ambia, Mohd Jame Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, et. al. (Cetakan Kesebelas/

Oktober 2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open Universiti Malaysia.

Kamus Dewan. (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia.

20

Page 22: HBAE1203PSV

Cristina Johnny 781226125338001

7.0 Lampiran

1. Hasil karya kanak-kanak yang menjadi rujukan (dalam fail poket yang disediakan)

21