BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 3 HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL NAME : CRISTINA JOHNNY MATRICULATION NUMBER : 781226125338001 IDENTITY CARD NUMBER : 781226125338 TELEPHONE NUMBER : 012-8661887 EMAIL : [email protected]crisfred@oum. edu.my LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) TUTOR : ENCIK ANUAR BIN AHMAD
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS
Pembelajaran dengan Matlamat dan Objektif Kurikulum
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 5
3.1 Domain Kognitif 6
3.2 Domain Psikomotor 7
3.3 Domain Afektif 8
3.4 Domain Kreativiti 9
3.5 Domain Sosial 10
4.0 Empat Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah di Malaysia 11
4.1 Pemerhatian Secara Aktif 12
4.1.1 Gambar Aktiviti Murid 12
4.2 Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan 13
4.2.1 Gambar Aktiviti Murid 13
4.3 Apresiasi Seni Visual Secara Mudah 14
4.3.1 Gambar Aktiviti Murid 14
4.4 Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan 15
4.4.1 Gambar Aktiviti Murid 16
1
Cristina Johnny 781226125338001
5.0 Pendidikan Seni Visual dan Perkaitannya dengan
Perkembangan Kanak-Kanak 17 - 19
6.0 Penutup 19 - 20
7.0 Rujukan 21
2
Cristina Johnny 781226125338001
2.0 Pengenalan
Pendidikan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud perihal mendidik, memelihara
atau melatih secara baik-baik kanak-kanak bermula dari kecil lagi.
Menurut ahli falsafah Yunani, Plato pula, pendidikan adalah usaha mengasuh jasmani
dan rohani seseorang sehingga mencapai satu tahap yang tertinggi. Manakala menurut Aristotle
pendidikan membawa maksud satu usaha untuk menyediakan akal fikiran dengan ilmu
pengetahuan.
Pendidikan Seni Visual pula, menurut Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj.. Mohd.
Taslim Abdul Rahim, et.al, dalam modul HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual,
membawa maksud seni tampak yang melibatkan proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini akan menyentuh perasaan estetik
dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid.
Pendidikan Seni Visual dahulunya dikenali sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni tetapi
ianya telah ditukar kerana terma Pendidikan Seni Visual adalah lebih sesuai. Ini kerana
Pendidikan Seni Visual merujuk kepada seni tampak semata-mata dan tidak melibatkan bidang
seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni sastera ataupun seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah membawa matlamt untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Melalui mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah diharapkan agar murid-murid dapat meningkatkan rasa
syukur kepada Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa Malaysia.
Adalah diharapkan juga, murid-murid ini di masa akan datang dapat memberi sumbangan kepada
pembentukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ini amat selaras dengan matlamat
yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni, melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Individu yang seimbang ini kelak akan menjadi
individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
3
Cristina Johnny 781226125338001
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Apabila murid mempelajari Pendidikan Seni Visual sekaligus mereka akan menjadi
individu yang dapat membuat pemerhatian secara aktif di mana mereka menjadi lebih perseptif
dan lebih celik atau tajam pemikirannya. Murid-murid juga akan mampu memperhalusi
pemikiran kritis dan kreatif mereka melalui penggunaan alat dan bahan dan seterusnya
penghasilan karya seni.
Selain itu, mereka juga akan menjadi individu yang mampu menghargai atau membuat
apresiasi seni. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual juga, murid-murid akan belajar
bagaimana untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan mereka di mana, mereka
akan belajar bekerjasama, berdisiplin saling membantu dan berinteraksi dengan baik bukan
sahaja dengan alam sekeliling tetapi juga dengan orang-orang di sekeliling mereka.
Jelaslah bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah amat selaras
dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual ini akan mampu melahirkan generasi yang mempunyai
ketajaman kognitif, penguasaan psikomotor (terutama motor halus), kedalaman nilai afektif dan
pergaulan sosial yang baik.
4
Cristina Johnny 781226125338001
3.0 Aspek Domain Kognitif, Psikomotor, Afektif, Kreativiti dan Sosial dan Perkaitannya
dengan Matlamat dan Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah
Siti Hayati Bt. Haji Mohd. Yusoff dalam kajian beliau yang bertajuk ‘Faktor Sosial Budaya
Mempengaruhi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual:
Strategi dan Pelaksanaan Mengatasi Masalah’, berpendapat bahawa pembentukan kurikulum
Pendidikan Seni Visual boleh dilihat kepada perkembangan tiga domain utama iaitu domain
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Domain kognitif adalah ilmu tentang kehidupan berdasarkan latar belakang dan
pengalaman. Domain afektif pula adalah kebolehan menghasilkan dan menilai seni serta minat
dalam menambahkan pengetahuan. Manakala domain psikomotor pula adalah situasi di mana
pelajar menggunakan koordinasi mata, tangan dan mental dalam penghasilan karya seni.
Walaubagaimanapun, Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga mempunyai domain
yang lain iaitu domain kreativiti dan domain sosial.
Menurut June King Mcfee, kreativiti adalah keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang
baru atau kemampuannya untuk mengolah idea baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-
kanak mempunyai penanggapan yang lebih mendalam kerana mereka lebih imaginatif dan lebih
terbuka kepada idea-idea baru. Jika daya kreativiti ini dipupuk dari awal, maka kanak-kanak ini
akan menjadi individu yang bijak suatu hari nanti.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan
masyarakat atau semangat kemasyarakatan melalui pergaulan dan sikap mengambil berat antara
ahli-ahli masyarakat.
Perkaitan antara domain-domain ini dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan
Seni Visual saya tunjukkan dalam peta minda 3.0(a) di bawah;
5
Cristina Johnny 781226125338001
3.0(a) Perkaitan Antara Perkembangan Domain-Domain Pembelajaran dengan Matlamat
dan Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
6
Objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
1) Menghargai alam ciptaan Tuhan. (Domain Afektif)
2) Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. (Domain Kognitif/Domain Kreativiti)
3) Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. (Domain Kreativiti)
4) Mengenali asas seni reka dan olahan serta menggunakannya.(Domain Psikomotor)
5) Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. (Domain Psikomotor)
6) Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. (Domain Psikomotor/ Domain Kognitif)
7) Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. (Domain Sosial/ Domain Afektif)
8) Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanahair. (Domain Sosial/Domain Afektif)
9) Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. (Domain kognitif)
10) Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. (Domain Sosial)
Matlamat Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
- Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Cristina Johnny 781226125338001
3.1 Domain Kognitif
Domain Kognitif yang diperkembangkan melalui Pendidikan Seni Visual akan dapat membantu
mempertajamkan persepsi, pemikiran dan penaakulan murid-murid dari hari ke sehari. Murid
akan menggunakan minda mereka semasa menghasilkan sesuatu karya seni yang berkualiti.
Murid akan berfikir secara kritis apabila mempertimbangkan aspek-aspek yang perlu
dibuat dalam menyiapkan hasil seni mereka. Misalnya, semasa mereka sedang melukis benda
maujud, mereka perlu berfikir, bagaimana mahu membuat tona warna yang sesuai supaya lukisan
mereka kelihatan wujud.
Pemikiran murid juga dapat dipertajamkan apabila mereka belajar menggunakan alat-alat
seni dengan betul, cermat dan berdisiplin. Murid-murid perlu menggunakan minda mereka untuk
menghasilkan karya seni mereka dengan teratur dan betul bermula dari penyediaan alatan,
penggunaannya dan pembersihan tempat berkarya setelah hasil seni selesai dibuat.
Penggunaan teknologi terkini bagi membuat karya seni juga akan menajamkan minda
murid kerana mereka tentunya perlu belajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut.
Sebagai contoh, penggunaan teknologi komputer dalam penghasilan poster seperti yang ditulis
oleh Azimah A. Samah, dalam hasil kajian beliau bertajuk Keberkesanan Aplikasi Teknologi
Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Karya Seni. Beliau mengatakan bahawa adalah wajar
menggunakan teknologi dalam penghasilan karya seni dan ianya membantu murid meningkat
tahap penguasaan mereka dari aspek interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti.
Murid yang tajam domain kognitifnya akan mampu menjadi insan yang berfikiran kritis
dan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat sebagaimana yang digariskan dalam
matlamat Pendidikan Seni Visual.
7
Cristina Johnny 781226125338001
3.2 Domain Psikomotor
Psikomotor bermaksud pergerakan anggota fizikal atau keupayaan mengawal dan manggunakan
anggota badan dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Merrieubuor pula, psikomotor adalah
kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan.
Menurut Laura Chapman, Pendidikan Seni haruslah boleh menerapkan latihan yang
boleh melatih kemahiran psikomotor untuk membuat pernyataan mengenai seni dan
meningkatkan keupayaan seseorang sebagai penggiat atau peminat seni.
Domain ini dapat dipertingkatkan melalui Pendidikan Seni Visual apabila murid-murid
mengenali dan mempelajari asas seni reka serta olahannya dan seterusnya mengaplikasikannya
dalam menghasilkan karya.
Ini adalah kemahiran motor halus yang amat penting digunakan oleh murid untuk
menghasilkan karya seni. Koordinasi mata, tangan dan semua anggota badan lain yang
diperlukan akan menjadi semakin cekap apabila mereka menghasilkan semakin banyak karya
seni.
Kemahiran psikomotor yang semakin baik juga akan dapat dilihat daripada penghasilan
hasil karya seni yang cermat, teratur dan berdisiplin. Ini menunjukkan bahawa murid sudah tahu
menggunakan koordinasi mata dan anggota tubuh badan mereka yang lain untuk menghasilkan
karya yang terbaik.
Murid yang menguasai aspek domain psikomotor dengan baik akan dapat menghasilkan
karya secara produktif seperti yang digariskan dalam matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah.
8
Cristina Johnny 781226125338001
3.3 Domain Afektif
Salsabila Tang Abdullah dalam kajian beliau bertajuk ‘Persepsi Guru Seni Terhadap Pelaksanaan
Objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah di Sekolah Menengah di Kawasan
Merlimau Melaka’, memetik pendapat Iberahim Hassas (2001) bahawa aspek afektif dalam
Pendidikan Seni Visual adalah aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keprihatinan,
pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsia yang baik.
Domain afektif ini boleh dipertingkatkan melalui pencapaian objektif Pendidikan Seni
Visual yang pertama iaitu menghargai warisan ciptaan Tuhan. Murid menggunakan hasil-hasil
ciptaan Tuhan bukan sahaja sebagai sumber inspirasi tetapi juga sebagai alatan dalam
menghasilkan karya seni.
Sebagai contohnya, murid akan menggunakan benda-benda maujud seperti buah-buahan
tempatan, pemandangan malah manusia untuk dilukis. Selain daripada itu, murid juga sering
menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok, hirisan bawang dan keratan
batang pisang sebagai alat untuk membuat capan. Sekaligus, murid-murid akan sedar betapa
indahnya warisan ciptaan Tuhan.
Domain afektif murid-murid juga akan dapat dipertingkatkan apabila mereka
mempelajari nilai-nilai yang baik seperti disiplin, kerjasama dan cermat seterusnya
mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka seharian.
Apabila aspek domain afektif murid-murid semakin baik, maka matlamat Pendidikan
Seni Visual yakni, meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai alam sekitar dan
warisan bangsa dapat dicapai.
9
Cristina Johnny 781226125338001
3.4 Domain Kreativiti
Siti Hayati Mohd. Yusoff dalam hasil tulisan beliau di dalam blog yang boleh dicapai di
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/, memetik pendapat Norwegia Gunvor Rand, yang
mengatakan bahawa kreativiti bermaksud proses di mana seseorang individu akan mencari
produk baru atau asli yang bersifat sebagai konkrit atau abstrak sebagai hasil dari kemampuan
dan pengalaman peribadi serta interaksinya dalam lingkungannya.
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah sememangnya dapat mempertingkatkan domain
kreativiti murid, kerana murid pada peringkat kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi.
Mereka juga lebih ‘impressionable’, yakni lebih mudah menerima ransangan dan sememangnya
mereka akan mendapat banyak ransangan dalam Pendidikan Seni Visual.
Murid-murid meransang kreativiti mereka melalui ketajaman daya persepsi dan imaginasi
melalui penggunaan pancaindera mereka seperti mata, sentuhan, pendengaran dan perasaan.
Contohnya, apabila murid-murid diminta untuk membuat lukisan pemandangan di tepi
laut pada waktu senja. Sekiranya murid-murid berada di sekolah, mereka perlu menggunakan
daya imaginasi mereka untuk membayangkan keadaan pemandangan tersebut. Selain daripada
itu, murid-murid juga akan menggunakan mata mereka untuk melihat samaada tona warna yang
mereka gunakan sesuai dengan keadaan pada waktu senja.
Murid-murid yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan bersifat fleksibel, sensitif dan
peka mempunyai idea yang asli dan tulin dan mempunyai pemikiran yang luas.