1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Di Negara Malaysia,Guna Tenaga
dijalankan didalam tiga sektor iaitu sektor utama.sektor kedua dan
sektor ketiga.Guna Tenaga memainkan peranan penting dalam setiap
sektor dan pertumbuhan ekonomi negara.Guna tenaga bukan sahaja
bergantung kepada sektor utama tetapi ia juga bergantung kepada
sektor kedua dan ketiga.Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang
menyumbangkan tenaga fizikal dan mental secara produktif.Guna
tenaga boleh menjadi petunjuk kepada perkembangan ekonomi
negara.Semakin banyak guna tenaga digunakan,semakin tinggi tingkat
perkembangan ekonomi.Dalam tahun 2000 dan 2001,sebahagian besar
penduduk Malaysia banyak bergantung kepada sektor utama untuk sara
hidup.Sektor ini juga merupakan sektor dimana terdapat pengangguran
dan guna tenaga tak penuh.Sektor utama pula ialah aktivti yang
berkait langsung dengan sumber alam,iaitu yang melibatkan
penggunaan atau pengeksploitasian sumber. Contohnya, pertanian,
perikanan,penternakan, perlombonga dan kuari. Sektor ini juga
banyak menyumbangkan kepada pertambahan guna tenaga dan seterusya
boleh menambahkan pendapatan negara.Sektor ini banyak digunakan di
Sabah dan Sarawak.Hal ini kerana negeri ini mempunyai keluasan yang
luas dan mempunyai sumber yang boleh dugunakan.Lantaran itu,ia
memerlukan guna tenaga dengan lebih banyak. Penurunan yang amat
ketara dapat dilihat pada tahun 2000 disebabkan oleh keadaan
ekonomi negara yang merudum kerana faktor tertentu sepeti
inflasi,pengangguran dan sebagainya yang mana mempengaruhi peratus
guna tenaga sektor utama di Malaysia pada ketika
itu.Walaubagaimanpun,pada tahun 2004,peratus guna tenaga sektor
utama telah menunjukkan penurunan tetapi keadaan ini tidaklah
mempengaruhi keadaan ekonomi negara Malaysia.Hal ini
kerana,sektor-sektor selain sektor utama telah menampung penurunan
yang berlaku pada sektor utama dengan menyumbang lebih banyak
kepada ekonomi negara Malaysia.
Berikut adalah gambar rajah peta dimana kedudukanyang
menggunakan guna tenaga bagi sektor utama yang banyak:
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Saya ingin mengkaji tentang polar perubahan kadar guna tenaga
sektor utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 kerana ingin
tahu tentang perubahan pola guna tenaga di sektor utama sama ada
meningkat,menurun, atau konsisten sepanjang siri masa
berkenaan.Saya ingin mengkaji tentang pola perubahan kadar guna
tenaga sektor utama dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari
tahun 2000 hingga 2012 kerana ingin tahu tentang pola perubahan
guna tenaga yang mana banyak menyumbangkan kepada pertumbuhan
ekonomi.Selain itu,ia membantu kerajaan untuk meningkatkan kadar
guna tenaga di aktiviti yang guna tenaganya rendah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1.Mengenalpasti tentang pola perubahan kadar guna tenaga sektor
utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.2.Mengaitkan pola
perubahan kadar sektor utama dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia
dari tahun 2000 hingga 2012.
4.0 KAEDAH KAJIAN 4.1 Mengumpul data Penyelidikan ini dilakukan
untuk mendapatkan maklumat dan data untuk mendapatkan tentang pola
perubahan kadar guna tenaga sektor utama di Malaysia pada tahun
2000 hingga 2012.Maklumat yang diperolehi daripada
buku,jurnal,artikel,kertas kerja dan laman sesawang.Sementara
itu,data diperolehi melalui pelbagai laporan dan penerbitan
JTM,Jabatan Perangkaan Malaysia,Laporan Ekonomi,Laporan Bank Negara
dan lain-lain sumber yang berkaitan.Berdasarkan objektif 1,data
dibawah dipetik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan dikumpul
untuk menunujukkan pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di
Malaysia dari tahum 2000 hingga 2012 sebagai data mentah:Jadual
1:Guna Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga
2012TahunGuna tenaga bagi sektor pertanian,perhutanan dan perikanan
(000)Guna tenaga bagi sektor perlombongan dan kuari (000)Guna
tenaga di Malaysia (000)
20001407.541.29271.2
20011406.541.89532.5
20021405.542.29840.0
20031402.642.810181.1
20041406.942.610463.7
20051401.342.710892.8
20061391.442.611159.1
20071391.242.911409.6
20081390.942.811576.5
20091390.942.311640.9
20101390.242.211958.5
20111388.641.012555.5
2012*1386.941.412505.0
Anggaran * Berdasarkan objektif 2,data dibawah pula dipetik
daripada Laporan Bank Negara untuk menunjukkan KDNK benar di
Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012:Jadual 2:Pertumbuhan Ekonomi
di Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012
TahunKDNK benar (RM juta)
20008.3
20010.4
20024.2
20035.4
20047.1
20055.0
20065.9
20076.2
20084.6
2009-1.7
20107.2
20115.1
2012*5.6
Anggaran*
4.2 Menganalisis dataPengkaji menggunakan kaedah ini dengan
menganalisis data melalui dua cara iaitu secara statistik dan
grafik.Kaedah menganalisis data secara sistematik dan statistik
ialah pengiraan dari sesuatu data mentah dan menjadikan data
proses.Kaedah grafik pula menggunakan data selepas pengiraan dan
bertukar menjadi bar atau graf .Data dibawah digunakan unuk mengira
kadar guna tenaga sektor utama dan perubahan kadar guna tenaga
sektor utama di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012 yang dipetik
dari Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia:Jadual
3:Pola Perubahan Guna Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun
2000 hingga 2012TahunSektor utamaGuna tenaga di Malaysia (000)Kadar
guna tenaga (%)Perubahan guna tenaga (%)KDNK benar (000)
Pertanian,perhutanan dan perikanan (000)Perlombongan dan kuari
(000)
20001407.541.29271.215.62-0.688.3
20011406.541.89532.515.24-0.380.4
20021405.642.29840.014.71-0.534.2
20031402.642.810181.114.19-0.525.4
20041406.942.610463.713.86-0.337.1
20051401.342.710892.813.30-0.565.0
20061391.442.611159.112.88-0.425.9
20071391.242.911409.612.19-0.696.2
20081390.942.811576.512.380.194.6
20091390.942.311640.912.32-0.06-1.7
20101390.242.211958.511.98-0.347.2
20111388.641.012555.511.66-0.325.1
2012*1386.941.412505.011.43-0.235.6
Anggaran *
Cara pengiraan untuk mendapatkan kadar guna tenaga dan perubahan
kadar guna tenaga yang ada di data atas:
(a) Kadar guna tenaga= Jumlah guna tenaga sektor utama x 100
Jumlah guna tenaga di Malaysia
@ ( Sektor perhutanan,pertanian dan perikanan + Sektor
perlombongan dan kuari ) x 100 Jumlah guna tenaga di Malaysia
Contoh pengiraan kadar guna tenaga tahun 2000 =1407.5+41.2 x 100
9271.2 = 15.62% (b) Perubahan kadar guna tenaga = kadar guna tenaga
tahun semasa kadar guna tenaga tahun sebelum
Contoh pengiraan perubahan kadar guna tenaga tahun 2011=
11.66-11.98 = -0.32%
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Pola perubahan kadar guna
tenaga sektor utama Hasil kajian tertumpu kepada dua aspek iaitu
mengenalpasti pola perubahan kadar guna tenaga sektor utama di
Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.Manakala,aspek kedua pula
adalah perkaitan antara kadar guna tenaga sektor utama dan
pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Jadual 1:Pola Perubahan Kadar Guna
Tenaga Sektor Utama di Malaysia dari tahun 2000 hingga
2012:TahunKadar Guna Tenaga (%)Perubahan Kadar Guna Tenaga (%)
200015.62-0.68
200115.24-0.38
200214.71-0.53
200314.19-0.52
200413.86-0.33
200513.30-0.56
200612.88-0.42
200712.19-0.69
200812.380.19
200912.32-0.06
201011.98-0.34
201111.66-0.32
2012*11.43-0.23
Anggaran*
Kadar (%)Berdasarkan rajah di atas
Kadar (%)TAHUN
Berdasarkan graf diatas menunjukkan graf Kadar Guna Tenaga
sektor utama dan Perubahan Kadar Guna Tenaga dar tahun 2000 hingga
2012.Berdasarkan graf menunujukkan kadar guna tenaga di Malaysia
initidak konsisten kerana mengalami turun dan naik sepanjang
tahun.Dimana pada tahun 2000 kadar guna tenaga adalah sebanyak
15.62% menurun kepada 15.24% pada tahun 2001.Penurunan sebanyak
-0.38% begitu juga perubahan kadar guna tenaga pada tahun 2000
iaitu -0.68%.Kadar guna tenaga pada tahun 2002 juga menunjukkan
penurunan sebanyak -0.53% iaitu kepada 14.71%.Pada tahun 2003 kadar
guna tenaga adalah sebanyak 14.19% iaitu penurunan sebanyak -0.52%
daripada tahun sebelumnya.Mengikut laporan ekonomi Malaysia
penurunan kadar guna tenaga adalah disebabkan oleh firma-firma
mengurangkan pekerja untuk mencapai tahap pengeluara yang tinggi
dan disini juga boleh dilihat berlaku sedikit peningkatan didalam
perubahan kadar guna tenaga.Kadar guna tenaga menunjukkan penurunan
pada tahun seterusnya iaitu pada tahun 2004 sebanyak 13.86% atau
-0.33% tetapi ia menunjukkan peningkatan didalam guna tenaga
berbanding tahun sebelumnya.Pada tahun 2005 juga berlaku sedikit
penurunan didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak 13.30% tetapi
dari segi perubahan guna tenaga berlaku penuruna n dari tahun
sebelumnya.Pada tahun 2006 kadar guna tenaga menunjukkan penurunan
iaitu sebanyak 12.88% dan ia juga menunjukkan peningkatan didalam
guna tenaga iaitu -0.42% berbanding -0.56% pad tahun 2005.Kadar
guna tenaga menunjukkan penurunan yang paling tinggi berbanding
dengan tahun yang lain iaitu pada tahun 2007 sebanyak
0.69%.Mengikut laporan ekonomi Malaysia penurunan ini disebabkan
oleh firma memberhentikan pekerja kerana mengalami kemerosotan
permintaan barang.Kemudian perubahan kadar guna tenaga pada tahun
2008 menunjukkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 0.19%
berbanding dengan tahun yang lain,begitu juga dengan kadar guna
tenaga iaitu 12.38% berbanding tahun sebelumnya.Mengikut laporan
ekonomi pada tahun 2008 peningkatan secara mendadak ini adlah
disebabkan oleh kerajaan yang membenarkan pengambilan pekerja asing
untuk mengatasi kekurangan pekerja dan kemahiran serta melahirkan
senergi untuk meningkatkan produktiviti dan melancarkan skim
latihan graduan bertujuan membantu mereka mendapatkan
pekerjaan.Manakala,pada tahun 2009 pula menunjukkan penurunan
didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak 12.32% tetapi perubahan
kadar guana tenaga juga menunjukkan penurunan dari tahun 2008
tetapi ia juga boleh dikatakan tinggi juga berbanding dengan
tahun-tahun yang lain.Selain itu, pada tahun 2010 masih lagi
menunjukkan penurunan didalam kadar guna tenaga iaitu sebanyak
11.98% atau -0.34%.Begitu juga pada tahun 2011 menunjukkan
penurunan sebanyak 11.66% tetapi menunjukkan peningkatan didalam
pernubahan kadar guna tenaga iaitu -0.32% serta anggaran pada tahun
2012 iaitu -0.23% atau 11.43%.Daripada analisis diatas pengkaji
dapat membuat rumusan bahawa sepanjang tempoh 12 tahun hanya satu
tahun sahaja yang menunjukkan peningkatan mendadak iaitu pada tahun
2008.Manakala penurunan mendadak pula pada tahun 2007.Pola yang
menunjukkan peningkatan Selain daripada itu,rumusan lain yang
diperolehi menunjukkan pola penurunan dan peningkatan.Jadual
dibawah menunjukkan,12 tahun data menunjukkan penurunan iaitu
sebanyak 92.30% manakala yang menunjukkan peningkatan adalah satu
tahun sahaja pada tahun 2008 iaitu sebanyak 7.7%.TahunPerubahan
Kadar Guna Tenaga (%)Pola
2000-0.68Menurun
2001-0.38Menurun
2002-0.53Menurun
2003-0.52Menurun
2004-0.33Menurun
2005-0.56Menurun
2006-0.42Menurun
2007-0.69Menurun
20080.19Menaik
2009-0.06Menurun
2010-0.34Menurun
2011-0.32Menurun
2012-0.23Menurun
Cara pengiraan pola peningkatan bagi 1 tahun (2008):
X 100 = 7.7%113
Cara pengiraan pola penurunan bagi 12 tahun:
X 100 = 92.3%1213
Jadual 2: Pola Perubahan Kadar Guna Tenaga Sektor Utama dengan
Pertumbuhan Ekonomi
TahunKadar Guna Tenaga Sektor Utama(%)Pertumbuhan KDNK benar(RM
juta)
200015.628.3
200115.240.4
200214.714.2
200314.195.4
200413.867.1
200513.305.0
200612.885.9
200712.196.2
200812.384.6
200912.32-1.7
201011.987.2
201111.665.1
2012*11.445.6
Anggaran*
RM JutaKadar (%)Guna Tenaga Sektor Utama & KDNK Benar di
Malaysia dari Tahun 2000-2012Berdasarkan graf menunujukkan
perkaitan antara Pola Perubahan Kadar Guna Tenaga Sektor Utama dan
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dari tahun 2000 hingga
2012.Berdasarkan data menunujukkan pertumbuhan ekonomi adalah tidak
stabil dimana mengalami penurunan dan peningkatan sepanjang
tahun.Dimana pada tahun 2000 kadar guna tenaga adalah 15.62% atau
0.68%,pada masa yang sama keluaran Negara Kasar (KDNK) menunjukkan
yang tertinggi iaitu RM8.3 juta.Walaupun kadar guna tenaga di
sektor utama menunjukkan penurunan tetapi ia tetap berlaku
peningkatan didalam pertumbuhan ekonomi.Hal ini kerana,kemungkinan
sektor-sektor lain yang banyak menyumbangkan kepada pertumbuhan
ekonomi pada tahun 2000.Pada tahun 2001 kadar guna tenaga
menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 15.24% tetapi perubahan guna
tenaga pula menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak -0.38%
berbanding tahun 2000.Walaubagaimanapun KDNK benar pada tahun
tersebut menunjukkan penurunan iaitu sebanyak RM 0.4 juta.Penurunan
mendadak ini disebabkan sektor lain mebuat penyerdahanan subsektor
perkhidmatan yang bergantung pada aktiviti berkaitan perdagangan
dan pasaran modal.Pada tahun 2002, kadar guna tenaga menurun kepada
14.71% atau -0.53% namun berlaku pertumbuhan ekonomi dengan KDNK
benar meningkat kepada RM 4.2 juta.Pada tahun 2003,perubahan kadar
guna tenaga telah meningkat sedikit iaitu sebanyak -0.52%
berbanding -0.53% dan kadar guna tenaga menunjukkan penurunan
kepada 14.19%.KDNK benar juga meningkat pada tahun tersebut iaitu
sebanyak RM5.4 juta.Walaupun kadar guna tenaga mengalami penurunan
tetapi ia tidak mempengaruhi KDNK kerana tekah meningkat dengan
jumlah yang tinggi.Pada tahun 2004 kadar guna tenaga mengalami
penurunan sebanyak 13.86% tetapi perubahan kadar guna tenaga
menunjukkan peningkatan iaitu -0.33%,begitu juga dengan KDNK benar
yang meningkat kepada RM7.1 juta.Peningkatan KDNK adalah disebabkan
permintaan bahan mentah yang tinggi berbanding dengan sektor-sektor
lain yang terjejas oleh ekonomi global yang lembap.Pada tahun
2005,kadar guna tenaga telah menurun sebanyak 13.30% dan perubahan
kadar guna tenaga juga teah menurun kepada -0.56% berbanding tahun
sebelumnya.Pada tahun 2006 dan 2007 kadar guna tenaga mengalami
penurunan iaitu sebanyak 12.88% kepada 12.19% tetapi perubahan
kadar guna tenaga mengalami peningkatan dan penurunan iaitu
penurunan sebanyak -0.42% pada tahun 2006 dan penurunan sebanyak
-0.69% pada tahun 2007.Pada tahun 2008,kadar guna tenaga telah
mengalami peningkatan sebanyak 12.38% begitu juga dengan
perubahanya iaitu sebanyak 0.19% tetapi KDNK pada tahun tersebut
menunjukkan penurunan sebanyak RM4.6 juta.Pada tahun 2009 pula
kadar guna tenaga adalah 12.32%,penurunannya adalah sebanyak -0.06%
sementara KDNK berlaku penurunan mendadak iaitu sebanyak RM -1.7
juta.Pada tahun 2010,kadar guna tenaga adalah 11.98% menurun dari
tahun sebelumnya,manakala perubahan kadar guna tenaga juga menurun
sebanyak -0.34% tetapi KDNK meningkat secara mendadak kepada RM 7.2
juta.Pada tahun 2011 kadar guna tenaga masih lagi menurun tetapi
perubahan kadar guna tenaga meningkat kepada -0.32% dan KDNK jatuh
kepada RM 5.1 juta.Anggaran kadar guna tenaga padatahun 2012 adalah
sebanyak 11.43% dan menunjukkan penurunan tetapi berlaku
peningkatan didalam perubahan kadar guna tenaga.Sementara
itu,anggaran KDNK juga telah meningkat pada tahun tersebut iaitu
sebanyak RM5.6 juta.Mengikut laporan ekonomi Malaysia peningkatan
ini adlah disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan
diperteguhkan oleh prestasi eksport yang lebih
baik.TahunPertumbuhan Ekonomi(%)Pertumbuhan Kadar Guna
Tenaga(%)
2000_
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012*
Anggaran*
Kesimpulannya, walaupun pola perubahan guna tenaga dan
pertumbuhan ekonomi tidak stabil sepanjang tahun,namun pertumbuhan
ekonomi juga meningkat.Oleh itu,secara ringkasnya semakin tinggi
kadar guna tenaga semakin semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi
negara.Kesimpulan ini dapat dibuktikan melalui jadual diatas
terdapat enam tahun negara Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi
iaitu pada tahun 2002,tahun 2003,tahun2004,tahun 2006,tahun 2010
dan tahun 2012.Namun begitu, pertumbuhan ekonomi bukan sahaja
disebabkan oleh sektor-sektor utama tetapi juga dibantu oleh
sektor-sektor lain.Hal ini juga disebabkan oleh faktor
inflasi,faktor pengangguran dan sebagainya.
6.0 CADANGAN Bagi meningkatkan perubahan komposisi guna tenaga
yang positif di masa hadapan, pihak kerajaan haruslah mengatur
pelbagai strategi bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan sektor
utama ke tahap optimum.Ini kerana perancangan dan strategi yang
baik dalam sektor utama terutamanya perkara yang meliputi aspek
pertambahan kadar guna tenaga,secara tidak langsung ianya akan
mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi.Justeru itu,pelbagai dasar
yang telah ditetapkan oleh kerajaan perlulah dipantau pada tahap
maksimum agar keberhasilannya dapat dicapai.Bagi mencapai matlamat
yang telah diutarakan, kerajaan perlulah memainkan peranan penting
dalam merangka dasar-dasar agar ianya member manfaat kepada semua
pihak.Contohnya,pelaksanaan pelaburan modal manusia bagi membentuk
perubahan komposisi guna tenaga yang positif perlulah diselarikan
dengan penggunaan teknologi tinggi agar ia dapat menjana dan
mengeluarkan produk yang berkualiti dan berdaya saing.Kesinambungan
antara buruh dan modal perlulah dilaksanakan pada tahap yang ideal
bagi menggelakkan pengangguran berlaku.Selain itu,penggunaan buruh
yang berkemahiran jug adapt digunakan secara optimum.Ini
kerana,jika pelaksanaan dasar dilakukan hanya pada satu sisi sahaja
nescaya ianya akan membantutkan hasrat kerajaan untuk mencapai
pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada masa hadapan.Lambakan
pekerja asing yang mempunyai kemahiran yang rendah perlulah
dikurangkan agar ianya dapat membuka peluang kepada rakyat tempatan
Bilangan pekerja asing bekemahiran rendah secara tidak langsung
akan menyebabkan aliran keluar modal yang tinggi.Manakala pekerja
asing yang berkemahiran tinggi pula perlu dihadkan pengambilannya
berdsarkan kepada keperluan sahaja.Kemasukkan pekerja asing
berkemahiran tinggi adalah untuk membentuk kerjasama dengan pekerja
tempatan,secara tidak langsung memudahkan pemindahan teknologi
tinggi dilakukan dan kepakaran mereka juga dapat diwarisi.Keadaan
ini adalah penting bagi meningkatkan produktiviti dan ekonomi
negara secara keseluruhan.Keadaan eksport negara yang berkurangan
saban tahun perlulah diberi perhatian yang serius terutamanya pada
sektor utama yang berpotensi tinggi dengan memberi suntikan modal
agar sektor tersebut dapat mengembangkan prestasi sehingga mencapai
yahap yang optimum.Hal ini kerana dengan perubahan positif dalam
aspek eksport negara,ianya secara tidak langsung dapt meningkatkan
kemahiran pekerja serta membentuk perubahan komposisi guna tenaga
yang maksimum seperti negara-negara maju yang lain.Oleh
itu,pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi
meningkatkan guna tenaga disektor utama yang positif,maka ianya
haruslah dijalankan dengan saksama tanpa mengabaikan aspek-aspek
lain.Pelaksanaan yang dilakukan dengan melihat kepentingan
keseluruhan aspek akan lebih memudahkan sasaran negara dicapai.
7.0 PENUTUP
Secara ringkasnya,kadar guna tenaga di Malaysia sektor utama
adalah memberangsangkan.Namun begitu semua pihak tidak harus berasa
selesa akan keadaan ini terutamanya pihak kerajaan mahupun
swasta.Segala pendekatan dan langkah-langkah yang berkaitan dengan
guna tenaga seperti pendidikan,latihan,seminar dan sebagainya
perlulah dimajukan dari tahun ke tahun agar perubahan komposisi
guna tenaga yang optimum dapt dicapai begitu juga dengan
pertumbuhan ekonomi negara.Dengan adanya guna tenaga yang
berkemahiran dan mencukupi dalam negara terutamanya dalam sektor
utama tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga luar.Selain
itu,pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mapan juga lebih mudah
dilakukan jika aliran keluar modal dapat diminimumkan.Apa yang
dapat saya rumuskan setelah melihat kajian ini yang menunjukkan dua
jenis pola iaitu pola meningkat dan menurun ialah pola menurun
lebih mendominasi dengan jumlah 12 tahun menunjukkan pola menurun
sebanyak 92.30% manakala pola meningkat hanya berlaku selama 1
tahun dengan nilai sebanyak 7.7% iaitu pada tahun 2008 .Oleh
itu,pendekatan yang serius perlulah dilakukan agar matlamat negara
untuk menjadi salah satu negara maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 dapat dicapai.
9.0 SENARAI RUJUKAN
1. www.bnm.gov.my2. www.sttistic.gov.my3. Jabatan Perangkaan
Malaysia.2009.Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa, Kuala
Lumpur.Jabatan Perletakan Negara.4. Jabatan Perangkaan Malaysia
2007.Perangkaan Ekonomi Malaysia-Siri Masa.Putrajaya Jabatan
Perangkaan Malaysia.5. Sabariah Ali.2013.Makroekonomi Penggal
2.Selangor Darul Ehsan
20