UTAMA (/) MENGENAI KAMI (/MENGENAI_KAMI-1) BAKAL PELAJAR (/UPM/BAKAL_PELAJAR-10) PELAJAR SEMASA (/UPM/PELAJAR_SEMASA-11) STAF (/UPM/STAF-13) ALUMNI (/UPM/ALUMNI-14) PETA LAMAN (/SITEMAP) MAKLUMBALAS (/MAKLUMBALAS) Selamat Datang Ke Laman Portal Universiti Putra Malaysia AKADEMIK (/akademik-15) PENYELIDIKAN (/penyelidikan-3) JARINGAN (/jaringan-16) ANTARABANGSA (/antarabangsa-2) PERKHIDMATAN (/perkhidmatan-19) KEHIDUPAN KAMPUS (/kehidupan_kampus-18) (/) » BERITA (/BERITA) » Hasrat teroka bidang ilmu berbeza jadi kenyataan Senarai Berita (/berita) Hasrat teroka bidang ilmu berbeza jadi kenyataan Oleh Azman Zakaria Foto oleh Marina Ismail, Noor Azreen Awang & Mohd Hasrul Hamdan SERDANG, 6 Nov - Hasrat untuk meneroka pelbagai bidang ilmu menjadi kenyataan buat Clarence Billy Anak Bijug dari Sarawak apabila berjaya memperoleh Ijazah Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan) selepas memiliki diploma dalam bidang perikanan. Begitupun, pada peringkat awal pengajian program bacelor kejuruteraan itu, katanya, beliau berdepan dengan sedikit kesukaran kerana ia bidang baharu baginya. “Memang saya ‘struggle’ sedikit pada mulanya tetapi saya menanam keazaman untuk terus mengikuti dan menamatkan pengajian bacelor kejuruteraan. Syukur saya dapat melaluinya dengan jaya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41 di sini. Ibunya, Mita Jina, 54, turut datang meraikan kejayaannya. Clarence Billy yang berasal dari dari Bau, Sarawak berkata beliau mengikuti program Diploma Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tetapi untuk peringkat bacelor di UPM beliau memilih bidang kejuruteraan kerana mahu menerolka pelbagai bidang ilmu (multi disiplin). Katanya, UPM menjadi pilihan pertamanya untuk melanjutkan pengajian peringkat bacelor kerana UPM adalah antara Universiti Penyelidikan terbaik negara. Beliau juga tidak berdepan dengan masalah untuk berjauhan dengan keluarga sepanjang pengajian kerana telah pun mula tinggal berjauhan dari keluarga selama tiga tahun ketika di UMT. “Untuk masa ini, saya berhasrat untuk mencari pengalaman dalam bidang pekerjaan sebelum menyambung pengajian di peringkat sarjana,” katanya. - UPM Kemaskini:: 07/11/2017 [syifarida] LIHAT JUGA UPM antara 7 Organisasi Terbaik Negara Te Kualiti SIRIM 2017 (/berita/upm_antara_7_organisasi_terbaik_n nugerah_kualiti_sirim_2017-36607) Penyelidik UPM hasilkan nanoselulosa dari (/berita/penyelidik_upm_hasilkan_nanoselul s_sawit-36605) Lima pensyarah UPM terima pengiktirafan A Malaysia (/berita/lima_pensyarah_upm_terima_pengi i_sains_malaysia-36603) Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 1800 22 5587 +603 8948 7273 [email protected] (mailto:[email protected]) B1510571261 Carian. Tetapan Newsletter Dokumen Entiti Kami BM Page 1 of 2 Hasrat Teroka Bidang Ilmu Berbeza Jadi Kenyataan | Universiti Putra Malaysia 13/11/2017 http://www.upm.edu.my/berita/hasrat_teroka_bidang_ilmu_berbeza_jadi_kenyataan-3...