HASIL TUGASAN AL-FIRQAH AS-SABI’AH KE ARAH PENDIDIKAN ISLAM PENGETAHUAN UGAMA ISLAM FIQH
Jan 02, 2016
Bahagian NAJIS
Najis dibahagikan kepada 3 bahagian:1. Najis Mughallazah (berat)
2. Najis Mutawassitah
3. Najis Mukhaffafah (ringan)
BAHAGIAN NAJIS
1. Najis Mughallazah• Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu anjing
dan khinzir serta keturunannya.
Anjing Khinzir
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mughallazah
• Hendaklah dibuang najis terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena najis itu di sertu, iaitu dicuci dengan air mutlak sebanyak tujuh kali sekali daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya [bau, rasa dan warnanya ].
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
• Najis Mutawassitah ialah najis pertengahan, iaitu semua najis selain najis Mukhaffafah dan Mughallazah seperti darah, nanah, muntah, dan bangkai binatang.
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
Air susu binatang yang diharamkan untuk
dimakan. Kekotoran yang keluar dari Qubul
dan Dubur
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mutawassitah
• Hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat yang terkena najis dengan air Mutlak sehingga hilang sifatnya [ bau, rasa dan warnanya ].
BAHAGIAN NAJIS
3. Najis Mukhaffafah• Najis Mukhaffafah ialah najis ringan, iaitu air
kencing kanak-kanak lelaki yang belum berusia dua tahun dan tidak makan apa-apa selain susu ibunya.
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mukhaffafah
• Hendaklah dihilangkan najis itu terlebih dahulu, kemudian memadai direnjis atau dipercikkan ke tempat yang terkena najis dsengan air mutlak.
Anda Perlu Tahu
• Semua kulit binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan babi serta
keturunannya
Kulit Binatang
Cara Menyamak Kulit Binatang
1. Sebelum menyamak, lender, lemak dan darah yang melekat pada kulit perlu dibuang terlebih dahulu.
2. Kemudian barulah disamak, iaitu menggosokkan dengan bahan yang dapat menanggalkan benda yang melekat pada kulit itu seperti bahan peluntur, tawas dan sebagainya.
3. Selepas disamak, kulit-kulit binatang hendaklah dijemur sehingga kering.