HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan. Barangan ... · ... seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) ... Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
DUA tahun lalu, pemenang Anugerah Seniman Mu-da, Encik Ezzam Rahman, pernah menabur bedak dan menyusun semula perabot lama di sebuah flat tiga bilik di Holland Avenue.
Tahun ini pula, beliau perlu mendengar dan berkongsi cerita dengan pasangan suami isteri yang menjalin hubungan cinta jarak jauh, Cik Hernie Mamat dan Encik Andre Rannaud.
Perkongsian itu kelak menjadi bahan bagi Encik Ez-zam, 38 tahun, menghasilkan seni pemasangan video dan cahaya di sekitar rumah Cik Hernie di daerah Ka-tong.
Proses menjana kerja seni dalam sekitaran rumah seseorang itu dilakukan seniman ini sebagai sebahagian daripada projek jelajah seni tahunan OH! Open House.
Sebagai menyuntik kelainan bagi program tahun ini, siri penerokaan seni berbentuk ‘pop-up’ yang diberi na-ma Passport tidak ditumpukan pada satu kejiranan sa-haja.
Sebaliknya, enam kejiranan dipilih dengan enam seniman dilibatkan bagi menjana karya tentang identi-ti, kasih sayang, kediaman dan rasa kepunyaan ter-hadap sesuatu seperti tanah air.
Bagi tiga hujung minggu terakhir bulan ini, orang ra-mai akan dibawa ke rumah beberapa individu terma-suk Cik Hernie bagi mengamati kerja seni yang dihasil-kan.
Pasport pula ibarat simbol yang mampu membawa anda ke dalam dunia yang memberi manfaat atau han-ya penuh dengan birokrasi.
Ketika ditemui di UE Square baru-baru ini, Encik Ez-zam berkata: “Kerja seni saya biasa dipamerkan di bal-ai seni di dalam dan luar negara.
“Karya kreatif saya juga, antara lain, sudah dibawa ke Australia, Kemboja, Denmark, Cyprus, Slovenia dan Switzerland.
“Namun, apabila terlibat dalam OH! Open House,
minda saya lebih terbuka dengan perkongsian bersama tuan rumah yang tidak dikenali sebelum ini.
“Ia satu pengalaman yang baru dan lebih interaktif. Lagipun, generasi pencinta seni zaman sekarang dam-bakan satu kelainan dalam menikmati kerja seni.”
Video yang ditayangkan mengisahkan tentang cara Cik Hernie, seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) berkomunikasi dengan suamin-ya, seorang karyawan Perancis yang bertugas di Bangkok, Thailand.
“Apabila dipelawa bagi menyertai projek seni ini, kami dengan sukarela membuka ruang rumah kami ker-
ana ia satu cara memberi peluang buat bakat seni tanah air mengembangkan kreativiti mereka,” jelas Cik Hern-ie, 40-an tahun.
Beliau secara berseloroh menyatakan rasa terujanya di saat bertemu Encik Ezzam ibarat seorang wanita yang bagai pertama kali bertemu jodoh dengan pasan-gan yang tidak dikenali.
“Saya ingin tahu bagaimana cara Ezzam bekerja dan menebarkan kreativitinya. Ternyata, beliau serba boleh dan sering menghiburkan saya dan suami dengan telatah selambanya.
“Memandangkan rumah kami akan dibuka bagi or-
ang ramai dan pengamat seni meninjau kerja seni Ez-zam, maka berdebar-debar juga rasanya.
“Saya harap tiada tetamu yang buat tidak sepatut-nya di rumah kami dan tuan rumah lain.
“Perlu ada rasa hormat terhadap tuan rumah. Kami bersetuju membuka rumah kami di atas nama seni den-gan jaminan keselamatan rumah kami dan kami sendiri terjaga,” tambahnya.
Tiket $20 bagi melibatkan diri dalam jelajah seni se-lama sejam pada 16, 17, 23, 24, 30 dan 31 Mac ini boleh ditempah menerusi laman beralamat www.ohopenhouse.org.
SENIMAN muda Encik Fyerool Darma sering tertanya-tanya ke ma-na perginya barangan yang hilang atau keciciran dan kemudian dite-mui tetapi tidak dapat dikembalikan kepada si pemiliknya.
Dengan pelbagai soalan yang ber-main di minda, beliau menghabiskan masa mengkaji mengenai perkara itu bahkan mendapat tahu barangan yang ditemui dan tidak dituntut si pe-milik akan dilelong kepada orang awam.
Kakinya melangkah ke ber-macam acara lelongan dan juga ke kedai jimat cermat di mana beliau merakam gambar dan video.
Penemuan inilah yang menjadi teras seni pemasangan video terki-ninya yang bertajuk You Will Never Walk Alone.
Kerja seni itu adalah sebahagian daripada bahan pameran Lost And Found: Imagining My New Worlds yang kini berlangsung di Galeri 1, Institut Seni Kontemporari Singapu-ra, Maktab Seni Lasalle.
Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael Fonseca, dilibatkan sama dalam pameran dari 2 Februari hingga 10 April ini, banyak perihal kehilangan dan penemuan dalam konteks sejarah diselongkar.
Encik Fyerool, 32 tahun, bahkan menggunakan salah sebuah lagu ma-lar segar dendangan Allahyarham Saleem daripada kumpulan Iklim se-
bagai satu simbolisme kehilangan seseorang yang menyumbang kepa-da industri muzik Melayu.
Ketika ditemui di Lasalle kelmarin, Encik Fyerool menjelas-kan beliau berbesar hati dapat berte-mu Encik Fonseca yang walaupun dari dunia dan budaya berbeza, berkongsi beberapa persamaan warisannya dengan warisan Melayu.
“Saya sebenarnya terharu apabi-la kerja seni saya di acara seni be-sar-besaran melibatkan penyertaan seniman antarabangsa, Singapore Bi-ennale 2016, menarik perhatian Raphael.
“Beliau menghubungi saya seki-tar lapan hingga sembilan bulan lalu.
Kami bersembang tentang perjalan-an seni kami dan juga dari sudut za-man penjajahan.
“Kalau ada kekata ‘lazy natives’ bagi orang peribumi di Nusantara, sepertimana wujud dalam karya Pro-fesor Syed Hussein Alatas, Myth of the Lazy Natives, di Brazil pun ada kisah golongan yang dipanggil malas kerana bersantai dengan buaian.
“Banyak yang kami sempat bin-cangkan dengan bertanyakan soalan tentang ‘Ke mana kita kini? Apa dah jadi pada kita dan mengapa kita di si-ni hari ini?’” kongsi Encik Fyerool.
Daripada setakat berbincang ten-tang artifak yang hilang dan diperte-mukan semula, mereka mula ber-
sembang tentang barangan seharian yang hilang dan entah ke mana perginya.
Antara cabaran yang dihadapi En-cik Fyerool adalah dalam mendapat-kan barangan yang dilaporkan dite-mui dan berada di dalam simpanan jabatan khusus di bawah jagaan pi-hak polis.
“Tidak mudah mendapatkan ‘lampu hijau’ meskipun ini projek rasmi dengan bajet tertentu diperun-tukkan bagi saya melaksanakan ker-ja seni saya.
“Namun, hasil kajian saya, saya dapat tahu barangan yang tidak di-tuntut dari pejabat khusus itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan.
“Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya be-lajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki.
“Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi,” ujarnya.
Encik Fonseca dalam prakatanya bagi risalah pengenalan pameran menjelaskan bahawa kerja seni boleh dihasilkan daripada barangan yang terkumpul daripada satu kehi-langan dan penemuan semula.
Ini termasuk barangan daripada lelongan, dokumentasi foto, tajuk berita dan cetakan semula foto.
Barangan hilang cetus inspirasi
seni
Buka ruang rumah buat seniman
Man City belasah
Schalke 7-0
– Muka 15
KONGSI IDEA SENI: Seniman berbilang disiplin, Encik Ezzam Rahman (tengah) menghasilkan seni pemasangan dan cahaya tentang komunikasi jarak jauh pasangan suami isteri, Cik Hernie Mamat (kiri) dan Encik Andre Rannaud. – Foto OH! OPEN HOUSE
KISAH BARANG HILANG DAN DITEMUKAN SEMULA: Kerja seni pemasangan video yang dihasilkan Encik Fyerool Darma (gambar sisipan) ini menyelongkar perihal barangan yang dilaporkan hilang, ditemui dan tidak dituntut si pemiliknya. Ia akhirnya diderma atau disalurkan ke acara lelongan. – Foto INSTITUT SENI KONTEMPORARI SINGAPURA, MAKTAB SENI LASALLE
LANGGANI BERITA HARIAN
SELAMI isi hati wanita-wanita Melayu/Islam yang telah merintis jalan dalam pelbagai bidang, termasuk mesej Presiden Halimah Yacob sempe-na Hari Wanita Sedunia.
Hayati kisah pengorbanan ikon dunia hiburan Melayu, Siti Nurhaliza, untuk kekal di persada landskap hiburan serantau.
Inilah antara sajian eksklusif akhbar Berita Harian/Minggu yang masih boleh anda nikmati dengan melanggan akhbar ini secara digital.
Ikuti kisah eksklusif sebegitu dan banyak lagi dengan melanggani akh-bar BH/BM, sama ada dalam bentuk cetak, digital atau kedua-duanya sekali.
Bagi tempoh terhad, akhbar ini menawarkan promosi $0.99 bagi lang-ganan digital tiga bulan.
Langganan itu membolehkan pembaca menikmati kandungan BH dan BM menerusi laman www.beritaharian.sg atau aplikasi BH.sg yang boleh dimuatturunkan daripada App Store dan Google Play.
Layari laman bhsub.sg/399 sekarang untuk melanggan.
CARA LANGGANLanggan pakej ‘BH-All-Digital’ (BH-Semua-Digital) pada harga $0.99 sebulan bagi tiga bulan pertama dan hanya $9.90 bagi sembilan bulan seterusnya. Langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
KRITERIA KELAYAKAN! Pelanggan baru. Mereka yang tidak melanggani BH sekarang.! Pelanggan menerusi vendor, iaitu pelanggan BH yang membayar
yuran langganan kepada vendor surat khabar.! Pelanggan ‘BH One-Digital’ yang tidak mempunyai kontrak.
TIDAK LAYAK! Pelanggan yang baru melanggan atau membatalkan pakej BH
dalam tempoh 90 hari.! Pelanggan yang mempunyai kontrak pakej BH.
Dalam menjana idea kreatif yang segar saban waktu, banyak proses yang perlu dilalui penggiat seni lukis dan seni pemasangan. Selain mengkaji pelbagai unsur sejarah mahupun yang melibatkan sesuatu kawasan berseni, persahabatan juga terjalin antara seniman muda ini dan rakan
pengamat seni dari luar negara. Wartawan HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.
“... saya dapat tahu barangan yang tidak dituntut dari pejabat khusus (di bawah jagaan pihak polis) itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan. Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya belajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki. Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi.”
– Seniman muda, Encik Fyerool Darma.
16 Berita Harian | Khamis, 14 Mac 2019
gayahidup
Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.