Top Banner
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022 HARI SELASA : 19 JULAI 2022
233

HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

May 08, 2023

Download

Documents

Khang Minh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2022

HARI SELASA : 19 JULAI 2022

Page 2: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB

LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN

( SOALAN NO. 3, 7 HINGGA NO. 109 )

[SOALAN NO. 3 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN

SOALAN NO. 25, 30 DAN 31]

[SOALAN NO. 7 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN

SOALAN NO. 77 DAN 107]

[SOALAN NO. 3 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN SOALAN NO 28]

NOTA : [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)]

Page 3: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN : 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KE LIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS

_________________________________________________________

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : YB DATUK ZAKARIA B. MOHD. EDRIS @ TUBAU

(LIBARAN) TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA) SOALAN

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan

dalam membanteras jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam

talian.

Page 4: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN : 3

JAWAPAN

Izinkan saya menjawab soalan ini secara bersekali dengan 4 soalan lain

yang turut membincangkan isu sama iaitu berkenaan dengan Penipuan

dalam talian oleh:-

1. YB Tuan Noor Amin Ahmad [Kangar] bertarikh 19 Julai 2022;

2. YB Puan Su Keong Siong [Kampar] bertarikh 19 Julai 2022;

3. YB Dato' Saifuddin Nasution Ismail [Kulim Bandar Baharu] bertarikh 19

Julai 2022; dan

4. YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ]

bertarkh 02 Ogos 2022

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui PDRM sangat memandang serius

isu-isu berkaitan penipuan atas talian ini. Jabatan Siasatan Jenayah

Komersil (JSJK), PDRM sentiasa memberikan perhatian terhadap kes-kes

jenayah yang berlaku kerana kes seumpama ini melibatkan jumlah kerugian

yang besar dan sedikit sebanyak mempengaruhi ekonomi negara. Penipuan

jenayah atas talian ini dikategorikan seperti Macau Scam, Love Scam,

African Scam, Belian Online, Tipu Pinjaman Tidak Wujud dan juga Tipu

SMS. Jumlah kes yang dilaporkan diseluruh negara bagi tahun 2017 hingga

2022 (Januari hingga Jun) sebanyak 89,798 kes melibatkan kerugian

bernilai RM 2,971,534,364.74, Berdasarkan statistik, kes Belian Online

Page 5: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN : 3

mencatatkan kes tertinggi berbanding kes-kes yang lain iaitu sebanyak

32,791 kes.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM dalam mengekang sindiket

penipuan seperti ini termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan

undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan

pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan. Sepanjang tahun

2017 hingga tahun 2022 (Januari hingga Jun), seramai 42,884 tangkapan

telah dibuat dan sebanyak 25,891 pertuduhan telah pun dilaksanakan.

Selain daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang, pihak PDRM

mengambil inisiatif dengan memberikan pengetahuan dan kesedaran

kepada masyarakat berkaitan penipuan jenayah atas talian melalui kempen-

kempen kesedaran. PDRM juga sering menjalinkan kerjasama dengan lain-

lain agensi dan NGO agar trend jenayah ini dapat dihebahkan dan

masyarakat sentiasa dapat maklumat dan ‘alert’ terhadap modus operandi

penjenayah terkini.

PDRM juga menjalankan pameran-pameran di kompleks beli belah serta

tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai agar trend jenayah ini dapat

dihebahkan dan masyarakat sentiasa mendapat maklumat mengenai modus

operandi penjenayah terkini. Usaha-usaha seperti mengadakan sesi dialog,

ceramah dan taklimat kepada kakitangan kerajaan, swasta, persatuan-

persatuan, sekolah universiti dan juga NGO-NGO juga dijalankan secara

berterusan oleh pihak PDRM.

Page 6: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN : 3

PDRM turut mewujudkan satu platform akaun Facebook “Cyber Crime Alert

Royal Malaysia Police” bagi berkongsi maklumat dan memberi amaran

kepada orang ramai mengenai ancaman penipuan jenayah atas talian ini.

Orang awam boleh mengakses maklumat secara hujung jari untuk mengelak

daripada menjadi mangsa penipuan. PDRM juga telah membangunkan satu

portal untuk memudahkan masyarakat untuk membuat semakan nombor

telefon sindiket ataupun akaun-akaun bank yang digunakan oleh sindiket

dalam urusan pindahan wang mangsa ke akaun sindiket. Portal tersebut

boleh dicapai melalui pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan kini

ianya juga boleh dimuatnaik dengan menggunakan telefon mudah alih.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil juga telah mewujudkan CCID Scam

Respond Center di talian 0326101559 atau 0326101599 di mana orang

ramai boleh membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan

menyemak kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan.

Kepesatan teknologi komunikasi dan multimedia ini sudah pasti hadir

dengan pelbagai cabaran kepada agensi-agensi penguatkuasa yang

berkaitan seperti PDRM. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran

berkenaan perlu diperhalusi dan diatasi dari sudut keberkesanannya oleh

PDRM serta Kementerian. Antara cabaran yang utama adalah dari segi

peruntukan kewangan kerana teknologi bagi mengesan penjenayah siber

serta jejak jenayah siber memerlukan peruntukan yang besar. Ini bertujuan

untuk mendapatkan pembuktian yang kukuh semasa siasatan seterusnya

membantu pihak pendakwaan.

Selain itu, faktor pembinaan keupayaan modal insan dan kepakaran juga

amat penting. Cabaran untuk mendapatkan latihan dan kursus berterusan

bagi pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)

Page 7: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN : 3

merupakan perkara yang perlu diatasi. Pegawai-pegawai penyiasat JSJK

perlu didedahkan dengan latihan dan kursus kemahiran teknikal terutama

dari sudut modus operandi penjenayah terkini sama ada di dalam negara

atau di luar negara bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam membantu

penyiasatan kes jenayah komersil dan siber.

Kerjasama antarabangsa dengan pertukaran maklumat juga perlu

dipertingkatkan disebabkan kes-kes jenayah komersil dan siber ini

merupakan jenayah merentas sempadan.

Page 8: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 7 BERSEKALI SOALAN NO : 101 & 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON

[ TEBRAU ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk

meringankan kos sara hidup golongan M40 oleh sebab mereka adalah

golongan yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang.

DARIPADA : TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

NO SOALAN : 101

TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah

langkah menyeluruh jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan dalam

menangani masalah kos sara hidup yang melonjak tinggi ketika ini

dengan harga hampir kesemua jenis barangan keperluan menunjukkan

kenaikan harga pada tahap yang membebankan rakyat.

Page 9: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 7 BERSEKALI SOALAN NO : 101 & 107

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU

[ TUARAN ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

NO SOALAN : 107

DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU [ TUARAN ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan langkah-langkah untuk menangani kos sara

hidup yang kian meningkat serta kemelesetan ekonomi yang melanda

negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan

YB Rasah dan YB Tuaran pada tarikh yang sama kerana ianya

menyentuh pada isu yang sama iaitu langkah-langkah yang diambil untuk

meringankan kos sara hidup.

Untuk makluman, jurang di antara Indeks Harga Pengeluar (IHPG)

dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia adalah yang terbesar.

IHPG terkini pada bulan Mei 2022 adalah pada kadar 11.2% manakala

IHP pada kadar 2.8%. Dalam bahasa mudahnya, sepatutnya dengan

kenaikan IHPG sebanyak dua (2) angka, kenaikan IHP juga seharusnya

hampir kepada dua (2) angka. Itu mengikut pandangan sesetengah ahli

ekonomi. Namun ianya tidak berlaku kerana langkah-langkah intervensi

segera yang diambil oleh Kerajaan.

Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa sesi

persidangan Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022, Kerajaan mengambil

serius dalam menangani kos sara hidup rakyat. YAB Perdana Menteri

juga telah memaklumkan akan strategi-strategi semasa Kerajaan dalam

menangani kos sara hidup. Beliau turut memaklumkan bahawa inflasi

negara yang kekal rendah ini dapat dilihat dengan nyata disebabkan oleh

Page 10: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 7 BERSEKALI SOALAN NO : 101 & 107

faktor pemberian bantuan dan subsidi oleh kerajaan sama ada secara

langsung atau tidak langsung yang manfaatnya dinikmati oleh pengguna

dan rakyat secara amnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Walaupun golongan M40 tidak menerima Bantuan Keluarga Malaysia

(BKM), namun mereka tidak terkecuali menerima manfaat yang

disediakan oleh Kerajaan terutama dalam membantu menangani kos sara

hidup. Sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan kepada subsidi ayam dan

telur yang telah menstabilkan harga barangan ini. Subsidi ini bukan

sahaja membolehkan pengguna mendapat bekalan ayam dan telur pada

harga berpatutan, tetapi juga penternak dan peniaga ayam kerana

mereka boleh berniaga seperti biasa. Melalui cerapan data harga

mingguan Kerajaan mendapati kesan positif kerana harga sebenarnya

berada di bawah harga kawalan RM9.40 bagi Semenanjung Malaysia.

Harga purata nasional mingguan sehingga 9 Julai 2022 adalah RM9.22.

Pahang merekodkan harga terendah iaitu sebanyak RM8.95. Mana

mungkin, dalam kawalan harga yang dilaksanakan oleh Kerajaan kita

masih boleh melihat trend penawaran dan permintaan berlaku. Pada

masa yang sama, tindakan Kerajaan untuk memberi subsidi ayam ini

menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk membantu rakyat kerana ini

pertama kali subsidi ayam diberikan bagi memastikan bekalan ayam

pulih. Hasilnya kita boleh nampak sekarang yang akhirnya rakyat yang

mendapat manfaat.

Kerajaan juga memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia

(PJKM) dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Program ini mendapat

sambutan yang amat baik bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga di

kalangan Ahli Parlimen. Kesemua 222 kawasan Parlimen terlibat tanpa

mengira status kawasan Parlimen tersebut. Ia turut memberi manfaat

kepada semua kawasan Parlimen di bawah pembangkang. Pelaksanaan

PJKM juga akan diperhebat dan diperluaskan kepada lebih 600 kawasan

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kawasan Parlimen tanpa DUN di

Wilayah Persekutuan Jualan PJKM melibatkan penurunan sehingga 15%,

namun ada kalanya penurunan tersebut lebih daripada itu. Malahan Ahli

Page 11: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 7 BERSEKALI SOALAN NO : 101 & 107

Parlimen Pembangkang turut menyumbang memberi subsidi bagi

memastikan beberapa barangan dijual dengan harga yang amat rendah.

Benar, kita tidak dapat menghalang kenaikan kerana ia adalah

disebabkan faktor inflasi global. Namun, impaknya dikurangkan dengan

strategi-strategi yang telah dirangka oleh Kerajaan.

Pengekalan harga RON95 menyebabkan Kerajaan menanggung

perbelanjaan yang besar bagi membantu rakyat. Dengan tidak menaikkan

harga RON95 ia telah memberi ruang supaya harga barangan dan

perkhidmatan kekal stabil. Ini diterjemahkan dalam kadar inflasi yang naik

tidak secara mendadak dan mengejut seperti yang saya telah

dimaklumkan awal tadi. Jurang besar di antara IHPG dan IHP adalah tidak

lain tidak bukan disebabkan oleh bantuan langsung dan tidak langsung

Kerajaan. Golongan M40 turut mendapat manfaat ini. Kerajaan sedang

mengkaji kaedah sesuai agar bantuan subsidi petrol adalah lebih

bersasar.

DOSM juga sedang melaksanakan kajian Household Income and

Expenditure yang akan tamat pada Disember 2022. Dengan adanya

kajian ini, isu pengkategorian bersasar B40, M40 dan T20 akan dapat

diperincikan dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Page 12: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN

MD YUSOF (ALOR GAJAH)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD YUSOF (ALOR GAJAH)

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

secara terperinci jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk

pembangunan MARA serta impak terhadap perbelanjaan tersebut.

Page 13: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2021, MARA telah diluluskan Peruntukan Pembangunan

sebanyak RM1.982 bilion dan setakat 30 Jun 2022, jumlah

perbelanjaan dan komited adalah sebanyak RM1.94 bilion (98%).

Peruntukan yang masih berbaki adalah amaun komitmen yang telah

dibelanjakan pada tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, Sektor Keusahawanan MARA telah

merekodkan jumlah perbelanjaan dan komited sebanyak RM100 juta

menggunakan peruntukan pembangunan kerajaan. Selain itu, MARA

turut membiayai program-program keusahawanan menggunakan

sumber dalaman MARA sebanyak RM300 juta bagi melaksanakan

program latihan pembangunan usahawan, pembangunan bisnes,

kemudahan pembiayaan serta khidmat sokongan perniagaan seperti

penyewaan premis dan jaringan industri. Sepanjang tahun 2021,

seramai 24,008 usahawan bumiputera telah mendapat manfaat,

dengan 96.1% usahawan berjaya kekal dalam industri dan 68.2%

usahawan berjaya mencapai peningkatan jualan sekurang-kurangnya

10% setahun selepas menerima kemudahan dan bantuan MARA.

Di samping itu, MARA turut mencatatkan jumlah perbelanjaan dan

komited sebanyak RM1.833 bilion di bawah Sektor Pendidikan MARA

yang bertujuan untuk menawarkan akses pendidikan yang berkualiti

dalam pelbagai peringkat pengajian bermula dari peringkat menengah

hingga pengajian tinggi. Pada tahun 2021, seramai 41,547 tenaga kerja

telah dihasilkan daripada Institusi Pendidikan MARA dengan kadar

kebolehpasaran graduan mencapai sehingga 94%. Selain itu, seramai

60,159 pelajar bumiputera telah menerima pinjaman pelajaran MARA

untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara termasuk 101

pelajar yang berada di World Top University.

Sekian, terima kasih.

Page 14: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN TEO NIE CHING [ KULAI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sama ada kelewatan dalam pembinaan infra untuk RTS

Johor-Singapura disebabkan oleh isu kewangan dan keupayaan yang

dialami oleh kontraktor-kontraktor dan adakah benar bahawa projek ini

akan diambil alih oleh syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Lim Kang Hoo.

Page 15: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 10

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Selepas perjanjian dua hala ditandatangani pada Julai 2020,

Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), anak syarikat Mass

Rapid Transit Corporation Sdn Bhd telah dilantik sebagai syarikat

infrastruktur Malaysia (InfraCo) Projek RTS Link.

Sepanjang tempoh 2020 sehingga 2021 telah digunakan untuk

menyiapkan kerja-kerja rekabentuk (detailed design) infrastruktur rel RTS

Link.

Pada bulan Julai sehingga September 2021, MRTS telah

mengeluarkan design drawings kepada Adil Permata Sdn Bhd (APSB),

kontraktor utama yang telah dilantik.

Susulan daripada itu, APSB telahpun memaklumkan akan

keperluan untuk meneliti semula harga kontrak infrastruktur rel

disebabkan kenaikan harga bahan binaan, peningkatan kos logistik, serta

kekangan tenaga buruh akibat pandemik COVID-19.

Setakat 30 Jun 2022, projek RTS Link telah mencapai kemajuan

yang memuaskan iaitu 17% bagi infrastruktur rel. Kementerian

Pengangkutan berpuas hati dengan status terkini projek berkenaan

walaupun mengharungi sedikit cabaran, namun percaya akan dapat

diatasi dengan baik. Projek ini dijangka dapat disiapkan mengikut jadual

yang telah ditetapkan iaitu menjelang tahun 2026.

Pada masa yang sama, seperti yang diumumkan oleh Ekovest

Berhad kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, syarikat tersebut telahpun

dilantik sebagai rakan kongsi kolaboratif kepada APSB. Pelantikan

syarikat Adil Permata Sdn Bhd (APSB) selaku kontraktor utama masih

kekal.

Sekian, terima kasih.

Page 16: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH

(LEDANG)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH ( LEDANG ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan situasi permasalahan proses permohonan

dan penerimaan pasport baru-baru ini serta langkah yang telah diambil bagi

menangani isu berkenaan.

Page 17: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia
Page 18: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 11

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permasalahan bagi pembaharuan

pasport adalah disebabkan oleh pembukaan pintu sempadan dan dalam

masa yang sama panggilan menunaikan Haji kepada yang layak.

Kementerian bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah

mengambil inisiatif bagi permohonan pasport baru dan pembaharuan

pasport boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal MyIMMS.

Justeru, bagi pemohon yang ingin membuat permohonan pasport baru atau

pembaharuan pasport boleh memohon secara dalam talian dan membuat

kutipan pasport di Jabatan Imigresen Malaysia yang terdekat. Walau

bagaimanapun bagi permohonan pembaharuan Pasport Malaysia

Antarabangsa (PMA), Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses

permohonan yang dibuat di atas talian dan hanya pemohon yang telah

menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, JIM juga telah mengambil langkah-langkah

untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia bagi

mendapatkan PMA seperti berikut:

i. memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) bagi semua pejabat

pengeluar pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei 2022;

ii. memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di WP

Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka

mulai 16 Mei 2022. Pemohon yang telah menerima tarikh temu janji

melalui STO mulai 16 Mei 2022 tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang

diberikan;

iii. semua pejabat pengeluar pasport di WP Kuala Lumpur, Selangor, WP

Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi

Page 19: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

pada hari Sabtu mulai jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang bermula pada

14 Mei 2022; dan

iv. waktu pengoperasian kaunter UTC di WP Kuala Lumpur, Selangor dan

Johor Bahru akan dipanjangkan sehingga jam 10:00 malam bermula

pada 16 Mei 2022.

JIM telah menyediakan perkhidmatan permohonan PMA tanpa melalui

STO seperti di Putrajaya di mana semua permohonan di bawah kategori

baharu, warga emas, OKU, pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan

menunaikan haji boleh terus hadir ke kaunter.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pengeluaran pasport yang

telah dikeluarkan sejak 1 Januari 2022 sehingga 15 Julai 2022 adalah

sebanyak 1,116,730 manakala jumlah permohonan bermula daripada

pembukaan sempadan sejak 1 April 2022 sehingga 15 Julai adalah

sebanyak 803,011.

Page 20: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN M. KULASEGARAN [IPOH BARAT]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN M. KULASEGARAN [ IPOH BARAT ] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan sebab Kerajaan hanya memilih 25 syarikat untuk

pengambilan pekerja Bangladesh dan tidak berbuat demikian dengan

negara sumber yang lain.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Migrasi adalah merupakan isu global dan kompleks yang perlu

ditangani secara berhemah. Terdapat banyak faktor yang berkaitan

dengan migrasi termasuk jenayah pemerdagangan orang. Negara pada

masa ini diletakkan di dalam kedudukan yang rendah (Tahap 3) bagi

penilaian Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang yang dikeluarkan oleh

Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Laporan ini secara konsisten telah menyatakan mengenai kos

pengambilan yang tinggi bagi kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia.

Sebagai contohnya, sebuah syarikat berkaitan Kerajaan telah diminta

untuk membayar semula kepada pekerja-pekerja warga Bangladesh kos

pengambilan yang dikenakan terhadap mereka.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menangani isu yang dibangkitkan ini

dan menghadkan bilangan agensi pengambilan dari Bangladesh adalah

Page 21: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 12

merupakan salah satu daripada langkah bagi menangani eksploitasi buruh

dan buruh paksa yang berkait dengan pengambilan pekerja daripada

negara sumber khususnya Bangladesh.

Malaysia menyokong sepenuhnya inisiatif Pertubuhan Buruh

Antarabangsa (ILO) mengenai pengambilan pekerja warga asing secara

adil dan beretika daripada negara sumber terutamanya dalam menangani

elemen buruh paksa termasuk memastikan kos yang minima kepada

pekerja terbabit.

Keputusan Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan jumlah agensi

pekerjaan Bangladesh daripada 10 kepada 25 merupakan satu

pendekatan yang wajar. Ini mengambil kira tumpuan yang diberikan oleh

Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi pengambilan pekerja daripada

negara tersebut. Justeru itu, langkah sebegini perlu diambil oleh Malaysia

bagi menangani kebimbangan mengenai perkara ini. Keputusan untuk

menghadkan jumlah agensi pekerjaan Bangladesh dalam proses

pengambilan merupakan salah satu tindakan pencegahan dalam

membendung permasalahan buruh paksa.

Proses pengambilan bagi pekerja warga Bangladesh adalah

berdasarkan obligasi yang dinyatakan di bawah Memorandum

Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua negara.

Malahan, ianya telah dibincangkan secara terperinci sebelum MoU

tersebut dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih.

Page 22: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK ROBERT LAWSON CHUAT

[BETONG]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan peranan dan program Kementerian dalam membantu produk

PKS tempatan dapat dipasarkan di pasaraya besar (hypermart) dan

adakah Kementerian akan memanjangkan bantuan dan sokongan ini

kepada PKS dan usahawan di negeri Sarawak.

Page 23: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) melaksanakan beberapa program bagi memudahcara

penembusan dan peluasan pasaran produk PKS tempatan, khususnya di

peringkat pasar raya besar asing dan tempatan. Antara program promosi

produk PKS tempatan yang sedang dan pernah dilaksanakan adalah

Program Citarasa Malaysia, Program Pembangunan Produk, Program

Sampling dan Merchandising serta Program Padanan Perniagaan.

Program-program promosi produk PKS tersebut dianjurkan oleh pihak

Kementerian dengan kerjasama pasar raya besar tempatan dan asing

seperti Mydin, AEON, AEON Big, Lotuss dan Giant. Kerjasama strategik

antara KPDNHEP dan pihak pasar raya besar merupakan kunci kepada

usaha berterusan Kementerian dalam membantu usahawan-usahawan

PKS tempatan untuk menembusi pasaran pasar raya besar di Malaysia

dan seterusnya mampu meningkatkan peratusan Stock Keeping Unit

(SKU) jenama PKS tempatan di pasar raya besar di Malaysia.

Selain itu, pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan

kerjasama sektor peruncitan turut memberikan manfaat kepada jenama

PKS tempatan terutamanya dalam penembusan ke pasar raya besar

asing dan tempatan.

Pelaksanaan program-program anjuran KPDNHEP adalah bersifat

menyeluruh iaitu tidak ketinggalan penglibatan usahawan PKS daripada

Sarawak. Pada tahun ini, penganjuran program adalah di seluruh negara

dan penetapan lokasi Program Padanan Perniagaan adalah mengikut

zon termasuk Sabah dan Sarawak. Pelawaan penyertaan program

adalah terbuka kepada semua usahawan dan tidak terhad kepada lokaliti.

Sekian, terima kasih.

Page 24: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI MOHD. SALIM SHARIF

[ JEMPOL ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Datuk Seri Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan status semasa cadangan untuk memperkenalkan lesen khas

perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada

menjadi mangsa penipuan jual beli di platform tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan atas talian

masih di peringkat awal kajian dalam semua aspek berkaitan peniaga,

perlindungan pengguna dan pemantauan dapat dilaksanakan secara

berkesan. Pada masa yang sama, Kementerian mewajibkan peniaga

yang menjalankan perniagaan atas talian berdaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Seksyen 2, Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 (Akta 197), dimana peniaga perlu memaparkan 8

perkara utama sepertimana berikut:

1. Nama – Individu/perniagaan/syarikat;

2. Nombor pendaftaran perniagaan/syarikat;

3. Emel, no telefon atau alamat perniagaan;

4. Perihal ciri-ciri utama barangan atau perkhidmatan;

Page 25: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 15

5. Harga penuh termasuk kos penghantaran, pengangkutan, cukai

atau kos-kos lain;

6. Kaedah pembayaran;

7. Terma dan syarat; dan

8. Anggaran masa penghantaran.

Ini adalah bagi memastikan langkah melindungi pengguna terpelihara dan

kegagalan peniaga untuk mematuhi 8 perkara tersebut akan diambil

tindakan penguatkuasaan selaras dengan Peraturan-Peraturan

Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Kementerian juga sentiasa menjalankan program advokasi, memberikan

panduan, tips dan kaedah yang seharusnya diikuti oleh pengguna dalam

membuat sebarang pembelian atas talian. Pemantauan dan

penguatkuasaan secara berterusan ke atas aktiviti perniagaan atas talian

terus dilaksanakan oleh Kementerian bagi memastikan pengguna

dilindungi daripada menjadi mangsa penipuan.

Sekian, terima kasih.

Page 26: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 16

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR

BIN WAN CHIK [BALIK PULAU]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik [Balik Pulau] minta

MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah intervensi antara

Kementerian bagi mengelakkan lambakan remaja yang hanya tertumpu

pada ekonomi gig memandangkan had umur penunggang motosikal p-

hailing daripada 21 ke 18 tahun.

JAWAPAN

Tan Sri Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan

Sukan (KBS) sentiasa komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan

belia. Dalam menangani isu lambakan remaja yang berumur 18 hingga 21

tahun dalam industri p-hailing, Kementerian ini dengan kerjasama rentas

Kementerian, agensi awam mahupun swasta menawarkan kursus atau

latihan kemahiran jangka pendek yang boleh menjana sumber

pendapatan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional

(TVET) di 22 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

di seluruh negara sama ada secara sepenuh masa atau latihan

kemahiran jangka pendek.

Page 27: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 16

2

Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

i. Program Latihan Kemahiran Secara Intensif Dengan

Kerjasama Industri Iaitu Bootcamp KBS

ii. STAR@U

iii. Program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN), Inisiatif-Inisiatif

Di Bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp),

Serta Kursus Modular Yang Dirangka Khas

iv. Program Pembangunan TVETpreneur: Program Makerspace

Mybizhub@ILKBS dan Inkubator@ILKBS

v. Projek MyAgro Future@ILKBS

vi. Program Skill For Youth (S4Y) 2022

Semua inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi dan

meningkatkan kemahiran belia dalam bidang-bidang yang boleh menjana

sumber pendapatan melalui latihan kemahiran jangka masa pendek dan

jangka masa panjang.

Selain itu juga, dalam usaha membantu menangani masalah

lambakan remaja yang tertumpu pada ekonomi gig. Kementerian ini

melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mendaftarkan seramai

2,676 orang belia untuk menyertai program MyGig Servis dan 1,009

daripadanya telah mendapat peluang pekerjaan. Selain dari itu seramai

1,872 orang belia telah mendaftar untuk program MyGig Digital Freelence

dan 1037 telah mendapat peluang pekerjaan. Kementerian telah

melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut: -

i. Program Youth Career (Y-Career)

ii. Program Ekonomi Digital

Page 28: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 16

3

iii. Program MyPreneur

iv. Program Webinar Jom Cipta Kerjaya

KBS juga sentiasa peka dan amat prihatin untuk membantu para

belia untuk meningkatkan kemahiran atau menjana pendapatan melalui

teknologi digital. Berlandaskan kepada kesedaran tersebut, KBS turut

menganjurkan beberapa siri kursus dengan kerjasama pihak universiti dan

Institut Latihan Kemahiran Awam bagi meningkatkan kemahiran insaniah

graduan termasuk kemahiran digital. Kursus Career Starter for Youth

(CS4Y) mendedahkan peserta dengan penciptaan pekerjaan seperti

startup dan digital pemasaran.

Diharapkan semua inisiatif ini dapat melengkapkan anak-anak

muda dalam usaha pemerkasaan belia dalam sektor ekonomi dalam

meningkatkan pembabitan golongan muda dalam arus perdana

pembangunan TVET negara.

Sekian, terima kasih.

Page 29: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 17

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN ANYI NGAU [ BARAM ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN ANYI NGAU [ BARAM ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan status permohonan pembinaan kemudahan Hospital Long

Lama dan status pelaksanaan kerja baik pulih Klinik Kesihatan Long

Lama yang terjejas akibat tanah runtuh.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengkaji

keperluan perkhidmatan kesihatan bagi penduduk di Negeri Sarawak,

termasuk di kawasan Long Lama yang terletak di Daerah Telang Usan,

Bahagian Miri. Pada masa ini, penduduk Long Lama yang mempunyai

populasi seramai 7,658 orang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di

Klinik Kesihatan Long Lama dan Hospital Miri.

2. Kementerian mengambil maklum akan kedudukan Long Lama yang

jauh daripada Hospital Miri. Sehubungan itu, antara pendekatan yang

diambil adalah dengan menambah baik penyampaian perkhidmatan

kesihatan di kawasan tersebut melalui peningkatan prasarana Klinik

Kesihatan Long Lama yang lebih komprehensif seperti:

(i) sick bay untuk pemerhatian pesakit;

Page 30: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 17

2

(ii) bilik bersalin; dan

(iii) perkhidmatan diagnostik makmal perubatan.

3. Inisiatif ini dapat menambah baik akses penduduk luar bandar

kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih lengkap tanpa keperluan

pembinaan sebuah hospital yang akan mengambil masa dan kos yang

tinggi. Selain itu, purata kehadiran pesakit ke Klinik Kesihatan Long Lama

adalah seramai 111 orang sehari.

4. Selain itu, projek pembinaan Klinik Kesihatan Long San berserta

kuarters yang terletak di Daerah Telang Usan telah pun diluluskan dalam

Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-11 (tahun 2020) dan dijangka

akan ditender pada April 2023.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Klinik Kesihatan Long Lama buat masa ini beroperasi secara

sementara di Dewan Masyarakat Long Lama kerana masalah mendapan

tanah di tapak Klinik Kesihatan Long Lama. Kerja pembaikan cerun dan

mendapan tanah di Klinik Kesihatan Long Lama telah siap sepenuhnya

pada 4 Januari 2021. Kerja pembaikan ini merupakan langkah jangka

pendek bagi mengelakkan daripada kejadian tanah runtuh berulang.

6. Tender bagi kerja-kerja pembaikan jangka panjang pula telah

dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada 12 Mei 2022

dan pelantikan kontraktor dijangka pada bulan September 2022. Tempoh

pembinaan dijangka mengambil masa 12 bulan.

7. Kerja-kerja pembaikan Klinik Kesihatan Long Lama yang

membabitkan bangunan klinik akan bermula setelah kerja-kerja

pembaikan cerun dan mendapan tanah siap sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Page 31: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR

[PERMATANG PAUH]

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan alasan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi

kelulusan kepada syarikat untuk menjual skim - skim pelaburan walaupun

tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank

Negara di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah agensi pengawal selia

skim-skim pelaburan yang diperuntukkan di bawah Akta Skim

Kepentingan 2016 (dahulunya di bawah Akta Syarikat 1965 yang kini

telah dimansuhkan).

Page 32: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 18

Skim kepentingan merupakan satu kaedah pelaburan untuk pemilikan

sejenis kelas aset alternatif iaitu kepentingan dalam mana-mana

kemudahan rekreasi, perkhidmatan, hasil atau keuntungan daripada

mana-mana aktiviti perusahaan (enterprise) yang bukan merupakan

saham, debentur atau lain-lain aset yang hakmiliknya boleh didaftarkan,

contohnya geran hakmilik tanah, daftar paten, hakcipta dagang dan

sebagainya.

Skim pelaburan yang didaftarkan atau diluluskan di bawah Akta Skim

Kepentingan tidak perlu mendapat kelulusan atau tertakluk kepada

undang-undang yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan

Suruhanjaya Sekuriti.

Kepentingan yang didaftarkan di bawah kerangka perundangan skim

kepentingan (sebelum ini seksyen 84, Akta Syarikat 1965, manakala

sekarang di bawah seksyen 2, Akta Skim Kepentingan 2016) dikecualikan

daripada kawal selia di bawah Jadual ke 2, Akta Perkhidmatan Kewangan

2013, dan seksyen 4, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Sehingga 93% nilai skim kepentingan yang didaftarkan oleh SSM

melibatkan skim pelaburan atau pemilikan aset alternatif tanpa pulangan

kewangan, contohnya skim kongsi masa, skim taman peringatan dan

skim keahlian rekreasi. Ini bermakna hanya sejumlah kecil skim

kepentingan yang menawarkan pulangan kewangan didaftarkan oleh

SSM.

Kerangka perundangan dan proses pendaftaran skim kepentingan

berperanan untuk meningkatkan tahap perlindungan kepada pelabur

melalui proses berikut:

(i) Semakan, pemeriksaan dan penilaian sebelum pendaftaran

untuk memastikan penganjur yang sesuai dan berkualiti;

(ii) Menetapkan mekanisma perlindungan pelabur seperti terma-

terma di dalam surat ikatan amanah dan prospektus, pelantikan

pemegang amanah dan lain-lain syarat semasa kelulusan

skim; dan

Page 33: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 18

(iii) Memastikan pematuhan berterusan terhadap obligasi

pelaporan, mengemaskini maklumat, penyediaan laporan

kewangan, pengauditan akaun dan sebagainya sepanjang

tempoh skim.

Skim kepentingan yang berdaftar di SSM perlu melalui proses penelitian

yang dikehendaki oleh Akta Skim Kepentingan termasuk semakan ke atas

model perniagaan yang ingin dijalankan, kandungan surat ikatan amanah

dan prospektus skim tersebut sebelum diluluskan. Pemeriksaan fizikal

juga dijalankan terlebih dahulu ke atas aset yang ingin digunakan bagi

tujuan skim yang didaftarkan.

Orang ramai juga boleh membuat semakan terhadap skim kepentingan

yang didaftarkan melalui laman web rasmi SSM.`

Sekian, terima kasih.

Page 34: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL

RAHIM (BALING)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SRI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM (BALING) minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan pencapaian

terkini Program Peningkatan Pendapatan (PPP) untuk masyarakat luar

bandar, dan apakah cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh

Kementerian untuk mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada

belenggu kemiskinan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Peningkatan

Pendapatan (PPP) telah mula dilaksanakan sejak RMKe-8 di bawah

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) oleh Kementerian

Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Objektif PPP adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan

miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) di kawasan luar

bandar melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi

berskala kecil supaya dapat menambah pendapatan bulanan dan

meningkatkan kualiti hidup mereka.

Skop bantuan di bawah PPP ini adalah bagi membantu para

peserta untuk menjalankan projek-projek ekonomi di dalam bidang

perusahaan kecil seperti perusahaan produk makanan, perniagaan

Page 35: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 19

kecil-kecilan, aktiviti perkhidmatan, aktiviti pertanian serta penternakan.

Bantuan yang diberikan adalah melalui pemberian peralatan, mesin,

penyediaan premis niaga, bengkel, bahan-bahan mentah serta

termasuk program latihan bimbingan kepada setiap peserta dengan

nilai maksimum bantuan berjumlah RM10,000 untuk setiap peserta.

Selain Program PPP, KPLB melalui pelbagai jabatan dan agensi

di bawah Kementerian turut melaksanakan pelbagai lagi program

pembangunan usahawan yang menyediakan bantuan daripada aspek

pembiayaan dan latihan kepada para usahawan di kawasan luar

bandar.

Bagi tempoh tiga (3) tahun yang lepas iaitu dari tahun 2020

sehingga tahun 2022, secara keseluruhannya Kementerian dan agensi-

agensi dibawahya telah berjaya membantu seramai 6,664 orang

peserta dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang dilaksanakan di

kawasan luar bandar di seluruh negara. Jumlah peruntukan yang telah

terlibat bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM36 juta.

KPLB turut memastikan sekurang-kurangnya 70% daripada

keseluruhan penerima bantuan PPP pada setiap tahun berjaya

meningkatkan pendapatan sebanyak 30% daripada pendapatan asal

mereka. Kementerian sentiasa memantau prestasi penerima sekurang-

kurangnya untuk tempoh 6 bulan sehingga 1 tahun bagi memastikan

penerima yang dibantu benar-benar dapat meningkatkan pendapatan

masing-masing.

Antara cabaran-cabaran utama dalam memastikan penerima

bantuan berjaya mencapai sasaran adalah faktor geografi iaitu

kedudukan para usahawan yang kebanyakannya berada di kawasan

pedalaman. Kedua, capaian kepada kemudahan-kemudahan fasiliti

bagi tujuan pemasaran produk dan perniagaan seperti saluran kepada

bekalan bahan mentah dan infrastruktur telekomunikasi yang masih

terbatas. Ketiga, saiz pasaran dan permintaan terhadap produk dan

perkhidmatan usahawan yang kecil di kawasan luar bandar. Kesemua

faktor tersebut merupakan kekangan utama kepada Kementerian untuk

mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada belenggu kemiskinan

melalui program-program keusahawanan seperti PPP.

Page 36: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 19

Bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut, Kementerian

mengambil pendekatan antaranya untuk melaksanakan program ini

secara konsep mentoring iaitu dengan kerjasama pengusaha yang

telah berjaya memberi bimbingan serta meluaskan pasaran perniagaan

kepada penerima bantuan secara berterusan.

Di samping itu, dalam usaha untuk memperluaskan aktiviti

pemasaran produk-produk usahawan luar bandar, Kementerian juga

memperkasakan fungsi Pusat Komuniti Desa (PKD) sebagai pusat

pengumpulan produk usahawan luar bandar dan menggalakkan

pemasaran produk usahawan luar bandar secara atas talian melalui

portal e-dagang DESAMALL di bawah KPLB.

Selain itu, Kementerian turut bersimpati dengan kejadian

bencana kepala air dan banjir yang berlaku di Baling pada 4 Julai 2022

lalu. Sehubungan itu, KPLB telah mengambil inisiatif untuk membina

baharu sebanyak 21 buah rumah kepada mangsa-mangsa bencana

yang terjejas di Baling di bawah peruntukan Program Perumahan

Rakyat Termiskin (PPRT) dengan jumlah peruntukan berjumlah

RM1,176,000. Program bina baharu rumah ini akan diselaraskan oleh

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

KPLB juga telah memperuntukan sebanyak RM300,000 bagi

bantuan pendawaian semula sistem bekalan elektrik di rumah-rumah

mangsa yang terjejas dan bantuan membaiki motorsikal mangsa-

mangsa banjir yang akan dilaksanakan oleh GIATMARA.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan dapat

meringankan beban dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh

penduduk di Baling.

Sekian, terima kasih.

Page 37: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN BARU BIAN (SELANGAU)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN BARU BIAN (SELANGAU) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan berapakah jumlah banduan di setiap penjara di seluruh

Malaysia yang tidak mempunyai dokumentasi kewarganegaraan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod statistik Jabatan

Penjara Malaysia sehingga 12 Julai 2022, seramai 81 orang banduan di

seluruh institusi penjara tidak mempunyai dokumentasi kewarganegaraan

yang mana rekod tersebut merujuk kepada banduan pemegang kad

UNHCR.

Daripada jumlah tersebut, seramai 35 orang banduan daripada Penjara

Sungai Buloh, 12 orang banduan daripada Penjara Seberang Perai dan

lapan (8) orang daripada Penjara Kajang.

Sekian, terima kasih.

Page 38: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI HASAN BIN ARIFIN

[ ROMPIN ]

TARIKH JAWAB : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB DATO' SRI HASAN BIN ARIFIN [ ROMPIN ] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) berapa jumlah rumah, tapak, atau ruang pejabat yang masih tidak

dijual atau tidak dapat dijual. Nyatakan anggaran rumah yang tidak

dapat dijual dari harga RM250 ribu hingga RM500 ribu, RM500 ribu

hingga RM1 juta dan RM1 juta ke atas; dan

(b) jumlah ruang pejabat yang tidak dijual di seluruh negara dan berapa

nilainya.

Page 39: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data daripada

Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bagi suku pertama tahun

2022 (Q1, 2022) terdapat sebanyak 35,592 unit rumah siap dibina tidak

terjual yang bernilai RM22.45 bilion dengan pecahan seperti berikut:

Julat Harga Unit Tidak Terjual Peratus (%)

Di bawah RM300,000 10,158 28.6

RM300,000 hingga

RM500,000

10,501 29.5

Melebihi RM500,000

hingga RM1 juta

10,227 28.7

Melebihi RM1 juta 4,706 13.2

JUMLAH 35,592 100

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi ruang pejabat (purpose

built office, PBO), NAPIC hanya mempunyai maklumat penghunian

(occupancy) sahaja. Pada suku pertama 2022, pejabat binaan khas (milik

swasta) mencatatkan 1,570 bangunan yang menawarkan jumlah ruang

sebanyak 18.15 juta meter persegi (m.p.). Daripada jumlah tersebut,

sebanyak 12.93 juta m.p. (71.2%) ruang telah dihuni manakala baki

sebanyak 5.22 juta m.p. (28.8%) yang meliputi 836 bangunan masih

belum dihuni.

Sekian, terima kasih.

Page 40: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN RAMKARPAL SINGH A/L

KARPAL SINGH [BUKIT GELUGOR]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN RAMKARPAL SINGH A/L KARPAL SINGH [BUKIT GELUGOR]

minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian telah

bersetuju untuk membenarkan penanaman dan penggunaan hemp bagi

tujuan perubatan dan sekiranya ya, apakah langkah-langkah yang telah

diambil oleh Kementerian untuk merealisasikan perkara tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan kepada tafsiran “cannabis” yang diperuntukkan di

bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, hemp adalah kanabis. Oleh itu,

kawalan ke atas hemp adalah sama seperti kawalan ke atas kanabis.

Buat masa ini, penanaman kanabis tidak dibenarkan di Malaysia

sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut.

2. Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil

perhatian terhadap keperluan untuk menyemak semula dasar kawalan

kanabis terutamanya penanaman bagi tujuan perubatan. Sehubungan itu,

KKM telah menubuhkan Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri

Kanabis Dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan selaras dengan keputusan

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 13 April 2022.

3. Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan

Page 41: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 22

dengan keanggotaannya terdiri daripada semua kementerian dan agensi

berkaitan termasuklah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam

Negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia bertanggungjawab untuk mengkaji serta

merangka hala tuju pembangunan industri kanabis dan ketum bagi tujuan

perubatan.

4. Justeru, keperluan KKM untuk meminda Akta Dadah Berbahaya

1952 bagi membenarkan penanaman kanabis bagi tujuan perubatan

adalah bergantung kepada hasil dapatan Jawatankuasa Induk ini dengan

mengambil kira aspek perundangan, sosiobudaya, kesihatan, ekonomi,

hukum syarak dan seterusnya keputusan Jemaah Menteri terhadap hasil

dapatan tersebut.

5. Selain itu, Kementerian ini juga sedang menyediakan satu kerangka

kerja bagi pendaftaran produk yang mengandungi cannabidiol (CBD).

Rangka kerja tersebut akan menggariskan perkara berkenaan

pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu sebagai langkah pertama

kerajaan untuk mendaftarkan bahan ini bagi tujuan perubatan

berpandukan akta sedia ada. Penyediaan rangka kerja tersebut akan

mengambil kira amalan antarabangsa termasuk kajian penyelidik

tempatan dan bersandarkan data saintifik bagi memastikan produk yang

didaftarkan adalah berkualiti, selamat dan berkesan.

6. Dalam pada itu, sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti

saintifik yang mencukupi untuk menggunakan keluaran (ubat) yang

mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan, pihak berkenaan

boleh mengemukakan permohonan pendaftaran keluaran tersebut

kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan seterusnya untuk

dipasarkan di Malaysia.

7. KKM ingin menekankan bahawa Akta Dadah Berbahaya 1952 dan

dua (2) Akta lain yang mengawal selia penggunaan ekstrak kanabis bagi

tujuan perubatan iaitu Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952

tidak menghalang pengimportan, penjualan, pembekalan atau

pengilangan keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan

perubatan selagi mana aktiviti tersebut dilakukan dengan mematuhi

undang-undang. Sekian, terima kasih.

Page 42: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO' SERI TIONG KING SING

[BINTULU]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah Kementerian dalam mengatasi

masalah kekurangan pekerja asing dalam semua sektor

terutamanya sektor perladangan, perkilangan, pembinaan dan

pembantu rumah; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk merendahkan kos dan

memudahkan proses pengambilan pekerja asing.

Page 43: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Disember 2021 telah

bersetuju untuk penggajian pekerja asing dalam sektor yang

dibenarkan. Sehubungan itu, proses permohonan bagi pengambilan

pekerja warga asing ini telah dibuka secara berperingkat.

Permohonan telah dibuka mulai 28 Januari 2022 untuk

pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan

secara pengecualian khas. Manakala, permohonan pekerja warga

asing untuk sektor-sektor lain telah mula dibuka pada 15 Februari

2022 yang lalu.

Setakat 24 Jun 2022, sebanyak 277,372 kuota pekerja asing

telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Dengan ini,

majikan dibenarkan membawa masuk pekerja asing dari semua

negara sumber.

Berhubung pembantu rumah asing, umum mengetahui bahawa

Kerajaan telah menandatangani Memorandum Kesefahaman dengan

Kerajaan Indonesia pada 1 April 2022. Namun, susulan penangguhan

sementara kemasukan pekerja-pekerja oleh Kerajaan Indonesia,

Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan

mengadakan perbincangan lanjut dengan segera.

Bagi cadangan merendahkan kos dan memudahkan proses

pengambilan pekerja asing, ianya memerlukan perbincangan dengan

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini

kerana pengenaan kos seperti levi, Visa Dengan Rujukan, Fomema

dan Pas Lawatan Kerja Sementara adalah di bawah bidang kuasa

Jabatan Imegresen Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 44: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA HAJAH AZIZAH

BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI

MOHD DUN [BEAUFORT]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI PANGLIMA HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI

PANGLIMA HAJI MOHD DUN [ BEAUFORT ] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan setakat ini berapa peratus

penglibatan warga asing yang bekerja di Malaysia mengikut negeri

dan sektor pekerjaan.

Page 45: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik Pas Lawatan Kerja Sementara, Jabatan

Imigresen Malaysia, sehingga 30 Jun 2022, seramai 1,149,608 pekerja

asing bekerja di semua sektor formal dan informal. Terdapat enam

sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, pembinaan,

perladangan, perkhidmatan, pertanian, perlombongan dan satu sektor

informal iaitu pembantu rumah asing.

Seramai 408,037 pekerja asing dalam sektor perkilangan iaitu

36.01% dan negeri yang terlibat mengambil pekerja asing dalam

sektor perkilangan ialah Negeri Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur,

Pulau Pinang, Sabah, Perak, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan,

Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, WP Putrajaya, Perlis dan WP

Labuan.

Untuk sektor Pembinaan, seramai 257,672 pekerja asing

bersamaan 22.74% bagi Negeri Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur,

Pulau Pinang, Sabah, Perak, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan,

Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, WP Putrajaya, Perlis dan WP

Labuan.

Untuk sektor perladangan terdapat 131,135 pekerja asing

bersamaan 11.57 % yang bekerja di Negeri Selangor, Johor, WP Kuala

Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Sarawak, Melaka, Negeri

Sembilan, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, WP Putrajaya,

Perlis dan WP Labuan.

Untuk sektor perkhidmatan, seramai 160,920 orang pekerja

asing bersamaan 14.20% yang bekerja di Negeri Selangor, Johor, WP

Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Sarawak, Melaka, Negeri

Sembilan, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, WP Putrajaya,

Perlis dan WP Labuan.

Page 46: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 24

Untuk sektor pertanian pula, terdapat 95,531 pekerja asing

bersamaan 8.43% yang bekerja di Negeri Selangor, Perak, Pahang,

Kedah dan Kelantan.

Manakala terdapat 92 pekerja asing iaitu 0.01% yang bekerja di

sektor perlombongan dan pengkuarian. Untuk pembantu rumah

asing seramai 79,796 orang pekerja asing iaitu 7.04% yang bekerja

di Negeri Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah,

Perak, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Kelantan,

Terengganu, WP Putrajaya, Perlis dan WP Labuan.

Sekian, terima kasih.

Page 47: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA

[ TASEK GELUGOR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah Kementerian bersedia melaksanakan insurans

kesihatan sosial bagi mengelakkan kebergantungan kepada sistem

kesihatan percuma. Apakah langkah bagi memberikan perkhidmatan

kesihatan terbaik kepada rakyat namun dengan kos yang minima.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Menurut data daripada Malaysia National Health Accounts yang

dikeluarkan pada 2021 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan

telah membelanjakan sebanyak RM36.6 bilion pada tahun 2020

berbanding hanya RM12.6 bilion pada tahun 2006 bagi tujuan

pembiayaan penjagaan kesihatan kepada rakyat. Ini adalah satu

peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 190% dalam tempoh 14 tahun.

Sementara itu, kutipan hasil Kerajaan yang dikenakan ke atas pesakit

hanyalah sekitar 1% daripada jumlah yang dibelanjakan.

2. Kutipan hasil yang rendah ini adalah kerana pada masa ini Kerajaan

hanya mengenakan caj rawatan pesakit luar sebanyak RM1 atau RM5

kepada warga negara mengikut Perintah Fi (Perubatan) 1982.

Page 48: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 26

2

3. Kerajaan sedar bahawa model pembiayaan kesihatan awam sedia

ada tidak mampan dan akan memberikan tekanan kepada beban

kewangan Kerajaan. Sehubungan itu, Kerajaan sedang mengkaji

pelbagai opsyen pembiayaan kesihatan yang kalis masa hadapan bagi

mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar

perkhidmatan kesihatan lebih saksama (equitable), berkualiti tinggi,

mudah diakses dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa

panjang. Perkara-perkara ini akan dimasukkan dalam Kertas Putih

Kesihatan yang akan dibentangkan pada hujung tahun ini.

4. Kerajaan memberikan jaminan, dalam pelaksanaan apa juga sistem

pembiayaan kesihatan kepada rakyat, Kerajaan akan menggunakan

pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ bagi

memastikan kepentingan kesihatan rakyat terpelihara.

Sekian, terima kasih.

Page 49: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD AZIS BIN JAMMAN

(SEPANGGAR)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK MOHD. AZIS BIN JAMMAN ( SEPANGGAR ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju dan menyokong

cadangan Kad Pengenalan Sabah yang ingin dilaksanakan secara

pentadbiran oleh Kerajaan Negeri Sabah ketika ini.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan peruntukan undang-

undang, pengeluaran dokumen pengenalan diri adalah di bawah bidang

kuasa Kerajaan Persekutuan dan terdapat lima (5) jenis kad pengenalan di

bawah peruntukan undang-undang sedia ada iaitu MyKad, MyPR, MyKas,

MyTentera, dan MyPoca. Berhubung dengan perkara ini, Kerajaan melalui

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk mengeluarkan Kad

Pengenalan Sabah mahupun menyokong cadangan Kad Pengenalan

Sabah yang ingin dilaksanakan secara pentadbiran oleh Kerajaan Negeri

Sabah. Walau bagaimanapun, KDN melalui Jawatankuasa Pengurusan

Warga Asing di Sabah (JKPWAS) yang dipengerusikan bersama oleh YB

Menteri Dalam Negeri dan YAB Ketua Menteri Sabah bercadang

mengeluarkan “Kad Warga Asing” bagi menyelesaikan isu pendatang asing

di Negeri Sabah.

Page 50: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN BARU BIAN (SELANGAU)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN BARU BIAN ( SELANGAU ) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) berapa permohonan untuk kewarganegaraan di bawah Perkara 15A

Perlembagaan Persekutuan yang masih dalam proses pertimbangan dari

setiap negeri dan berapa lama masa yang diperlukan untuk Kementerian

mempertimbangkan permohonan tersebut; dan

(b) apakah status permohonan kewarganegaraan 9 orang bekas pengawal

sempadan (Border Scout) dari Ba'Kelalan.

Page 51: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 28

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

a) Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun

2018 hingga Jun 2022, sebanyak 12,154 permohonan

kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan

yang masih di dalam proses.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap permohonan

kewarganegaraan yang diterima oleh Kementerian Dalam Negeri

(KDN) melalui JPN akan diproses dan diteliti dengan sewajarnya

sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan. Dalam mempertimbangkan

permohonan kewarganegaraan Malaysia, beban untuk membuktikan

kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di

bawah tanggungjawab setiap pemohon dan proses pertimbangan

adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III,

Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964

[L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam

isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan

peraturan imigresen.

Permohonan kewarganegaraan dikemukakan secara berasingan

dengan kandungan maklumat dan dokumen sokongan yang berbeza-

beza, maka hasil penilaian dan pertimbangan juga adalah berbeza

mengikut keperluan, bukti dan fakta kes berdasarkan maklumat yang

diberikan. Fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap

pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum

keputusan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, tiada tempoh tertentu

yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza

mengikut keperluan kes.

KDN sedang melaksanakan tindakan segera secara berperingkat

terhadap semua permohonan kewarganegaraan yang diterima dan

sentiasa berusaha untuk memudahcara permohonan berkenaan

selagi ia selaras dengan perundangan yang berkuatkuasa.

Page 52: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 28

b) Kerajaan Malaysia sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan bekas

pengawal sempadan (Border Scout) yang telah menjaga keamanan

dan keselamatan negara. Walau bagaimanapun, permohonan

kewarganegaraan Malaysia masih tertakluk kepada Perlembagaan

Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan

kewarganegaraan Malaysia hendaklah dibuat secara rasmi kepada

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan setiap permohonan akan

diteliti berdasarkan fakta dan dokumen yang dikemukakan tertakluk

kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan

Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964]

serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu

pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan

peraturan imigresen.

Berdasarkan rekod Kementerian ini, hanya tiga (3) orang bekas

pengawal sempadan (Border Scout) yang telah membuat permohonan

kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan

Persekutuan, dan kesemua permohonan tersebut telah diluluskan.

Salah seorang daripada bekas pengawal sempadan (Border Scout)

tersebut telah pun melengkapkan proses pemerolehan Sijil

Kewarganegaraannya pada 5 April 2021. Manakala dua (2) orang lagi

bekas pengawal sempadan (Border Scout) telah pun dimaklumkan

untuk mengambil surat keputusannya.

Sebagai makluman tambahan Ahli Yang Berhormat, seorang bekas

pengawal sempadan (Border Scout) sedang dalam proses

permohonan kewarganegaraan, seorang lagi telah meninggal dunia

dan tiga (3) orang bekas pengawal sempadan (Border Scout) masih

belum mengemukakan permohonan kewarganegaraan Malaysia

secara rasmi kerana pemohon belum memenuhi syarat mendapat

taraf Pemastautin Tetap sekurang-kurangnya 12 tahun sebelum

permohonan dikemukakan. Pemohon hanya layak mengemukakan

permohonan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 19(1)

Perlembagaan Persekutuan selepas Jun 2025.

Page 53: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB

[PULAI]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB [PULAI] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pandangan Kementerian,

serta adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk

mengimplementasi had hari bekerja kepada empat hari seminggu.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Mengenai perancangan untuk mengimplementasi had hari

bekerja kepada empat hari seminggu. Kementerian berpandangan

perkara ini hendaklah dilihat secara holistik terutamanya dari segi

kesesuaian serta keberkesanan terhadap landskap pekerjaan di

negara ini.

Sebarang impak pelaksanaan terhadap dasar baharu

khususnya ketika Kerajaan dalam proses merancakkan semula

ekonomi negara hendaklah diteliti sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Page 54: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI

[ TUMPAT ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB DATO’ HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI [ TUMPAT ] minta

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan

keberkesanan Program Kitar Semula sehingga kini dan sejauh manakah

penglibatan rakyat secara umumnya dalam program ini di seluruh negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sentiasa berusaha bagi

memastikan Kadar Kitar Semula Kebangsaan berada pada tahap

optimum. Kadar Kitar Semula Kebangsaan telah menunjukkan trend

positif bermula pada tahun 2015 yang mencatatkan 15.7% dan telah

meningkat kepada 31.52% pada tahun 2021. Ini menunjukkan program

kitar semula yang dilaksanakan oleh Kerajaan telah memberi impak positif

kepada rakyat Malaysia di mana rakyat semakin sedar untuk

mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian. Namun, usaha-

usaha menggalakkan amalan kitar semula terus giat dilaksanakan bagi

memastikan Malaysia mencapai Kadar Kitar Semula Kebangsaan

sebanyak 40% menjelang tahun 2025.

Page 55: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 32

Kejayaan program kitar semula amat bergantung kepada tahap

penyertaan rakyat secara menyeluruh. Bagi memastikan tahap

penyertaan rakyat yang tinggi, KPKT melalui SWCorp telah dan akan

melaksanakan pelbagai program kesedaran awam seperti berikut:

a) Program Trash to Cash

Bagi tahun 2022 (sehingga bulan Mei 2022), bilangan Program

Trash to Cash yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

i) 85 program di prasekolah dan tadika dengan jumlah kutipan

sebanyak 5,763.95 kg dengan nilaian RM1,864.63;

ii) 798 program di sekolah rendah dan menengah dengan jumlah

kutipan sebanyak 288,872.81kg dengan nilaian RM108,595.30;

iii) 110 program di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan jumlah

kutipan sebanyak 24,564.87 kg dengan nilaian RM7,742.03;

iv) 557 program di pejabat kerajaan dengan jumlah kutipan

sebanyak 333,701.63 kg dengan nilaian RM106,901.48;

v) 3,266 program melibatkan komuniti dengan jumlah kutipan

sebanyak 652,672.56 kg dengan nilaian RM184,577.23; dan

vi) 3,312 program di industri dengan jumlah kutipan sebanyak

4,545,476.63 kg dengan nilaian RM1,672,421.87.

b) Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (KOSIS)

Inisiatif ini dilaksanakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang

terpilih untuk mengumpul sisa makanan dan barangan kitar semula

bagi penebusan mata ganjaran. Jumlah penyertaan penduduk di 17

PPR yang terlibat dari tahun 2019 sehingga 2022 adalah sebanyak

54,344 penduduk. Jumlah barangan yang boleh dikitar semula

Page 56: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 32

terkumpul keseluruhannya adalah sebanyak 282,739.75 kg dengan

nilaian RM190,131.93.

c) Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK)

Sambutan HKSK diadakan pada bulan November setiap tahun.

Menerusi program ini, orang awam akan memperoleh maklumat dan

inspirasi untuk membudayakan amalan kitar semula dalam

kehidupan seharian. Pada tahun ini, sambutan dijangka akan

diadakan pada 12 November 2022.

Selain itu, KPKT melalui SWCorp turut mengadakan program dan

inisiatif seperti berikut:

a) Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat

Kebangsaan (PerKISS);

b) Pendidikan Untuk Pelbagai Peringkat Umur;

c) Aplikasi Trash for Cash;

d) Kempen Pengasingan Sisa di Punca (Separation at Source – SAS);

e) Kempen Kesedaran Melalui Platform Media Sosial, Digital dan

Elektronik; dan

f) Program World Cleanup Day.

Usaha-usaha ini akan diteruskan bagi menggalakkan penyertaan

dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup yang

sejahtera melalui pembudayaan amalan kitar semula dan sekali gus

meminimumkan janaan sisa pepejal. Kerjasama di antara SWCorp dan

agensi-agensi yang berkaitan akan dipergiatkan dalam memastikan

kebersihan dan kelestarian alam sekitar yang terjamin untuk generasi

yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Page 57: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI

(SIBUTI)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI ( SIBUTI ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan akan membangunkan

kompleks pejabat polis baharu di tapak Balai Polis Batu Niah dan apakah

status gantian kuarters dan Balai Polis Bekenu yang sangat daif.

Page 58: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 33

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Parlimen Sibuti mempunyai dua (2) buah balai polis iaitu Balai Polis Bekenu

dan Balai Polis Batu Niah yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Miri. Balai Polis Bekenu yang berada dalam pentadbiran

Daerah Subis mempunyai seramai 21 orang anggota dan diketuai oleh

seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan. Balai Polis Batu Niah terletak

dalam Daerah Kecil Niah Suai mempunyai 22 orang anggota dan diketuai

oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan.

Kementerian mengakui bahawa terdapat keperluan bagi menaiktaraf Balai

Polis Batu Niah dan Balai Polis Bekenu yang uzur.

Dalam hal ini, penyenaraian Balai Polis Batu Niah dan Bekenu dalam

perancangan projek Rancangan Malaysia Ke-12 akan dibuat setelah isu

tanah diselesaikan seperti yang digariskan dalam Garis Panduan dan

Peraturan bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015, Jawatankuasa

Standard dan Kos, Unit Perancang Ekonomi.

Page 59: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIM LIP ENG (KEPONG)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN LIM LIP ENG ( KEPONG ) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan alasan mengapa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja

mengenai penemuan kem penempatan sementara dan ‘kubur

besar’ di Wang Kelian, Perlis tidak didedahkan kepada awam.

Nyatakan jumlah mayat ditemukan dan berapa orang suspek didakwa di

mahkamah dalam jenayah tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Penemuan Kem Penempatan

Sementara dan Kubur di Wang Kelian, Perlis telah ditubuhkan dan telah

bersidang bermula pada 5 Mac 2019 sehingga 4 September 2019.

Suruhanjaya tersebut terdiri daripada tujuh (7) orang berpengalaman luas

dalam bidang masing-masing yang diketuai oleh YABhg. Tun Arifin Bin

Zakaria.

Selepas mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di

Pertuan Agong, laporan suruhanjaya ini telah dibentangkan dalam

Mesyuarat Jemaah Menteri buat pertama kalinya pada 29 Januari 2020

dan kali kedua pada 24 Jun 2020. Seterusnya, laporan tersebut telah

Page 60: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 34

dihebahkan untuk rujukan umum melalui laman sesawang rasmi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu www.moha.gov.my.

Berdasarkan kepada laporan suruhanjaya tersebut, jumlah mayat

dan kubur yang ditemui ialah 138 mayat dan 148 kubur yang digali.

Manakala, seorang pemandu teksi dan 6 orang PATI ditangkap di

bawah seksyen 26A, Akta Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670]. Pemandu teksi

tersebut telah disabitkan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM

20,000.00 di bawah seksyen 26J Akta 670 kerana terlibat dalam

penyeludupan migran ke Malaysia.

Pihak penguat kuasa juga telah mengambil tindakan terhadap

penjaga kem di Bukit Wang Burma dan Genting Perah serta individu yang

terlibat sebagai “transporter” yang menghantar PATI yang diseludup masuk

ke Malaysia dari kem-kem ini. Empat orang warganegara asing telah

dituduh di bawah seksyen 26A, Akta 670 yang terlibat dalam aktiviti

penyeludupan migran di Bukit Wang Burma dan Genting Perah. Kesemua

mereka telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis dan

disabitkan dengan kesalahan tersebut pada tahun 2016.

Selain itu, pihak penguat kuasa Malaysia telah membuat

permohonan kepada negara Thailand bagi mengekstradisi 10 orang

penjenayah yang didapati terlibat dengan kesalahan jenayah yang

dilakukan terhadap PATI di kem di Bukit Wang Burma dan Genting Perah

dan perkara ini masih dalam proses pertimbangan ekstradisi di pihak

Thailand.

Page 61: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SABRI BIN AZIT [ JERAI ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan statistik anggota

KPDNHEP di seluruh negara dan sejauh manakah mereka berperanan

menangani isu-isu yang melibatkan kepenggunaan

Page 62: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 35

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) mempunyai seramai 2,226 anggota penguat kuasa daripada

keseluruhan 2,575 jawatan yang diperuntukkan di seluruh Negara dan

ianya turut meliputi 74 cawangan Negeri.

Dengan jumlah keanggotaan ini, Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP

perlu menangani isu-isu kepenggunaan pada masa kini yang semakin

mencabar antaranya menguatkuasakan undang-undang untuk

meningkatkan etika peniaga, menguatkuasakan undang-undang untuk

melindungi pengguna, menguatkuasakan undang-undang untuk

membanteras ketirisan dan tadbir urus organisasi penguatkuasaan

cemerlang. Tugas hakiki penguatkuasaan merangkumi perisikan,

pemeriksaan, penyiasatan, pengurusan ekshibit dan pendakwaan.

Bagi memastikan bekalan barangan keperluan pengguna mencukupi

pada harga yang munasabah, Kementerian bekerjasama dengan

beberapa Kementerian dan agensi seperti MAFI, MPIC, MPOB, MAQIS,

FAMA, JPV dan lain-lain. Kementerian juga turut mengadakan sesi libat

urus secara berterusan dengan industri, pengeluar, pengimport,

pemborong, peruncit, persatuan pengguna dan lain-lain pihak berkaitan

dari semasa ke semasa.

Penipuan atas talian merupakan aduan tertinggi yang diterima oleh

Bahagian Penguatkuasa. Oleh yang demikian, pemeriksaan dan

pemantauan di premis pengendali pasar dalam talian dan laman web

Page 63: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 35

yang berorientasikan perniagaan dilaksanakan agar mematuhi peraturan-

peraturan yang ditetapkan. Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

dan Syarikat Telekomunikasi (Telcos) serta pengendali pasar dalam talian

dibuat bagi mendapatkan butiran maklumat pemilik laman sesawang atau

pemilik talian komunikasi yang terlibat dengan penipuan pasar dalam

talian agar dapat menghalang akses laman web (Site Blocking) dan

penurunan kandungan (contents removal) bagi mana-mana sesawang

perniagaan yang tidak beretika.

Manakala, isu ketirisan barangan kawalan juga merupakan isu

kepenggunaan yang sentiasa diberi perhatian serius oleh Kementerian.

Bagi menangani isu ini, anggota penguat kuasa KPDNHEP sentiasa

menjalankan pemeriksaan selain melaksanakan auditan atau naziran ke

atas premis peruncit, pengedar, pemborong dan pengilang bagi

memastikan pematuhan kepada perundangan yang dikuatkuasakan.

Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera

Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam DiRaja

Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan

lain-lain melalui perkongsian maklumat risikan selain operasi secara

bersepadu dapat membantu Kementerian melaksanakan tindakan

penguatkuasaan terutama di sempadan negara dengan lebih efektif.

Walaubagaimanapun, Kementerian ini menyedari bahawa bilangan

Pegawai Penguat Kuasa sedia ada iaitu seramai 2,226 anggota tidak

mencukupi bagi menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan yang

melibatkan 12 akta induk yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Page 64: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. ONG KIAN MING [ BANGI ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB DR. ONG KIAN MING [ BANGI ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah Kuarters Buruh Berpusat

(CLQ) yang telah diluluskan dan sedang dibina di setiap negeri pada tahun

2021 dan sehingga Jun 2022.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan Garis Panduan

Perancangan Penginapan (Centralised Labour Quarters –CLQ) menerusi

Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT Bilangan 6 Tahun 2021 pada 16 Ogos

2021. Bermula tahun 2021 sehingga bulan Jun 2022, sebanyak 150

permohonan Kuarters Buruh Berpusat (CLQ) telah diluluskan dengan 76

buah yang sedang dalam pembinaan di peringkat Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT).

Sekian, terima kasih.

Page 65: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB

[ MACHANG ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [ MACHANG ] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan susulan daripada tindakan

Kerajaan membenarkan para pekerja memohon aturan kerja fleksibel

(AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja

1955 berkuat kuasa 1 September ini, adakah Kerajaan telah

melaksanakan soal selidik ke atas majikan berkaitan penerimaan dan

respon mereka ke atas dasar ini.

Page 66: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Pindaan kepada Akta Kerja 1955, satu peruntukan

baharu berkaitan Aturan Kerja Fleksibel diwujudkan. Ini bagi

membolehkan pekerja memohon kepada majikan bagi suatu aturan

kerja fleksibel, dengan izin, flexible working arrangement. Walau

bagaimanapun, ianya tertakluk kepada jenis pekerjaan yang sesuai

bagi membenarkan pekerja melaksanakan pekerjaannya mengikut

kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.

Peruntukan ini adalah bertepatan dan sesuai dengan budaya

kerja hibrid yang diamalkan pada masa ini terutamanya dalam situasi

pekerja digalakkan untuk bekerja dari rumah bagi mengawal penularan

wabak termasuk COVID-19. Walau bagaimanapun, pekerja dan

majikan masih lagi tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Kerja

seperti jumlah jam bekerja, waktu rehat mencukupi dan sebagainya.

Pindaan kepada Akta Kerja 1955 termasuk peruntukan baharu

berkenaan aturan kerja fleksibel telah pun dibincangkan dalam sesi

libat urus bersama pihak berkepentingan iaitu majikan, pekerja,

kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, pertubuhan pekerja dan agensi

Kerajaan sejak tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

Page 67: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ

SYED ABDUL FASAL [ BUKIT GANTANG

]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL

[BUKIT GANTANG] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan langkah yang diambil Kerajaan pada tahun 2022

bagi membantu Majlis Perbandaran Taiping menyediakan kemudahan

awam seperti dewan orang ramai, padang futsal, baik pulih pasar awam

dan pengumpulan sampah tertutup dalam kawasan Parlimen Bukit

Gantang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

memperuntukkan sebanyak RM1.97 juta pada tahun 2022 kepada

Majlis Perbandaran Taiping bagi pembangunan projek berskala kecil di

bawah peruntukan Butiran Projek 1 (BP.1). Peruntukan ini melibatkan

tujuh (7) projek termasuk menaik taraf infrastruktur, jalan, dewan

serbaguna dan pasar awam. Kesemua projek tersebut adalah dalam

proses pelaksanaan seperti berikut:

Page 68: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 38

Bil. Projek Kategori

1 Menaik Taraf Infrastruktur di RKT* Air

Kuning Tambahan Infrastruktur - Saliran

2 Menaik Taraf Infrastruktur di Kg. Expo Infrastruktur - Saliran

3 Menaik Taraf Infrastruktur di RPT** Kg.

Dew Infrastruktur - Saliran

4 Menaik Taraf Persimpangan Jalan

Kamunting Baru Infrastruktur - Jalan

5 Menaik Taraf Pasar Awam Pekan Matang,

Mukim Matang

Sosioekonomi -

Pasar

6 Menaik Taraf Dewan Serbaguna Sg.

Kerang

Kemudahan Awam -

Dewan

7 Menaik Taraf Longkang Kg. Baru Air

Terjun, Trong Infrastruktur - Saliran

*Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

**Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT)

Selain itu, KPKT juga sedang melaksanakan Projek Menaik Taraf

Pasar Taiping dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.6 juta dan projek

ini dijangka siap pada bulan Oktober 2023.

Sekian, terima kasih.

Page 69: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN R. SIVARASA (SUNGAI BULOH)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN R. SIVARASA ( SUNGAI BULOH ) minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan

untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Apakah langkah-langkah yang

diambil untuk memperbaiki keadaan dalam pusat tahanan imigresen yang

berulang kali dilaporkan sesak dan kotor memandangkan ada laporan oleh

pihak NGO dari Indonesia pada bulan Jun 2022 yang mendakwa bahawa

149 individu telah mati dalam pusat tahanan imigresen di negeri Sabah

dalam tempoh 18 bulan dari tahun 2021 sehingga 2022.

Page 70: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 39

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Mohon izin supaya soalan daripada YB Sungai Buloh ini dijawab bersekali

dengan soalan bernombor L418, L445 dan L490 daripada YB Kepong dan

YB Bukit Gelugor memandangkan keempat-empat soalan yang diutarakan

menyentuh isu yang sama iaitu mengenai jumlah kematian tahanan,

dakwaan Koalisi Buruh Migran Berdaulat mengenai layanan Kerajaan

terhadap tahanan depot imigresen di Negeri Sabah serta langkah-langkah

bagi menambah baik pengurusan depot imigresen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan oleh Koalisi Buruh Migran

Berdaulat adalah tidak tepat susulan daripada kesilapan statistik kematian

tahanan yang dirujuk. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta walau

bagaimanapun telah membuat kenyataan media pada 28 Jun 2022 bagi

menerangkan statistik sebenar setelah JIM Negeri Sabah melakukan

semakan silang dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di

Kota Kinabalu serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau.

Sehingga 12 Julai 2022, terdapat 17,703 orang PATI ditahan di semua depot

imigresen seluruh negara yang terdiri daripada 12,722 orang lelaki, 3,217

orang wanita, 996 orang kanak-kanak lelaki dan 768 orang kanak-kanak

perempuan. Warganegara Filipina merupakan tahanan paling ramai iaitu

7,022 orang (39.67%), diikuti warganegara Indonesia seramai 4,625 orang

(26.13%) dan warganegara Myanmar seramai 1,390 orang (7.85%).

Jumlah terkini pendatang tanpa izin yang ditahan di empat buah depot

imigresen Negeri Sabah pula ada seramai 7,369 orang iaitu meliputi 5,478

orang tahanan lelaki, 1,129 orang tahanan wanita, 447 orang tahanan

kanak-kanak lelaki dan 315 orang tahanan kanak-kanak perempuan.

Page 71: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 39

Bagi tempoh 2021 sehingga 12 Julai 2022, terdapat 247 kematian

melibatkan 217 orang tahanan lelaki, 26 orang tahanan wanita dan empat

orang tahanan kanak-kanak lelaki. Daripada jumlah tersebut, 154 orang

merupakan tahanan warganegara Indonesia dan Filipina yang meninggal

dunia di depot-depot imigresen Negeri Sabah bagi tempoh 2021 sehingga

12 Julai 2022.

Bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap dan isu

kesesakan atau kepadatan di depot imigresen khususnya di Negeri Sabah

tidak berterusan, Kementerian Dalam Negeri melalui JIM Negeri Sabah

mengambil tindakan konsisten seperti berikut:

(i) melaksanakan pemindahan tahanan dari depot berkapasiti tinggi

ke depot yang kurang berkapasiti tinggi;

(ii) menggiatkan usaha pengusiran PATI ke negara asal;

(iii) mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak Kedutaan

Filipina dan Indonesia bagi mempercepatkan proses

penghantaran pulang tahanan ke negara asal;

Page 72: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO. 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO' SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

[ SERIAN ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM [ SERIAN ] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan berapa jumlah peruntukan, bilangan

majikan dan pekerja yang menerima bantuan di bawah Skim Insurans

Pekerja (SIP) sepanjang tempoh pendamik COVID-19, nyatakan pecahan

mengikut negeri.

Page 73: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO. 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sepanjang tempoh pandemik sehingga 30 Jun 2022, sejumlah

RM 759 juta telah dibelanjakan dibawah Sistem Insurans Pekerja. Ia telah

memberi manfaat kepada 138,827 penerima faedah. Pecahan penerima

faedah mengikut negeri adalah:

Negeri Jumlah (Orang)

Selangor 46,969

Kuala Lumpur 36,898

Johor 11,579

Pulau Pinang 10,754

Kedah 6,631

Sabah 5,971

Perak 5,507

Sarawak 3,561

Pahang 2,722

Negeri Sembilan 1,822

Melaka 2,603

Terengganu 1,702

Kelantan 1,046

Perlis 464

Wilayah Persekutuan Labuan 389

Wilayah Persekutuan

Putrajaya

209

Terima Kasih.

Page 74: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 41

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. KELVIN YII LEE WUEN

[ BANDAR KUCHING ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DR. KELVIN YII LEE WUEN [ BANDAR KUCHING ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan jumlah peratusan vaksinasi termasuk dos ke-4

di seluruh negara. Selain itu, berapa jumlah vaksin yang masih ada dan

bila stok tersebut akan mencapai tarikh luput dan perancangan

Kementerian untuk menghabiskan stok tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejak 24 Februari 2021 sehingga 18 Julai 2022, seramai

27,384,528 atau 83.9% penduduk berumur 5 tahun dan ke atas telah

lengkap vaksinasi. Daripada jumlah tersebut, seramai:

(i) 23,043,714 juta atau 97.9% penduduk berumur 18 tahun dan ke

atas telah lengkap vaksinasi;

(ii) 2,890,891 atau 92.9% remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah

lengkap vaksinasi; dan

(iii) 1,449,923 atau 40.8% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

telah lengkap vaksinasi.

Page 75: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 41

2

2. KKM juga telah melaksanakan pemberian dos penggalak pertama

pada 13 Oktober 2021 dan dos penggalak kedua pada 22 April 2022.

Sehingga 18 Julai 2022, seramai 16,119,815 penduduk atau 68.5%

daripada populasi penduduk berumur 18 tahun dan ke atas telah

menerima dos penggalak pertama manakala 225,848 penduduk telah

menerima dos penggalak kedua. Kini, pemberian dos penggalak kedua

diperluaskan kepada individu sihat berumur 50-59 tahun jika mereka

memilih berbuat demikian untuk perlindungan daripada risiko penyakit

yang teruk.

3. Secara keseluruhan kedudukan baki stok vaksin COVID-19 pada 1

Julai 2022 adalah sebanyak 11,896,829 dos (termasuk vaksin yang

didermakan dari negara luar) yang akan luput antara Julai 2022 sehingga

September 2023. Antara usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk

menghabiskan stok adalah dengan menggalakkan pengambilan dos

penggalak seperti langkah-langkah berikut:

(i) Pelaksanaan sistem tempahan janji temu melalui aplikasi

MySejahtera. Individu yang layak akan menerima pautan janji

temu (booking link) bagi menempah sesi penerimaan dos

penggalak mengikut ketetapan individu tersebut di Pusat

Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan;

(ii) Menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara

walk-in kepada semua penduduk dewasa berumur 18 tahun ke

atas di semua PPV seluruh negara bermula 29 Januari 2022;

(iii) Melaksanakan pemberian dos penggalak secara opportunistik

bagi individu yang sedang dalam rawatan di Hospital Kerajaan

atau di Hospital swasta yang telah beroperasi sebagai PPV;

(iv) Memberikan janji temu semula kepada individu yang tidak dapat

hadir bagi mendapatkan dos penggalak atas sebab-sebab

tertentu;

(v) Bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak di kalangan

penerima dos lengkap vaksin Sinovac, KKM juga turut

Page 76: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 41

3

menawarkan pemberian dos penggalak secara homologous

kepada golongan ini;

(vi) Melaksanakan program jangkau luar (outreach) di kawasan

yang sukar dicapai seperti kawasan pedalaman, Orang Asli dan

pulau-pulau;

(vii) Meningkatkan hebahan melalui media sosial dan media arus

perdana serta di kawasan setempat; dan

(viii) Mewujudkan Jawatankuasa Strategi Komunikasi PICK-Booster

khusus untuk memperkukuhkan penyampaian mesej berkaitan

dos penggalak kepada orang awam. Susulan itu, pelbagai

program seperti slot media / radio, ceramah dan webinar telah

dilaksanakan. Pelaporan AEFI berkala juga turut dikeluarkan

oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi

memberi maklumat sebenar berkenaan AEFI. Selain itu, mesej

berkenaan dos penggalak juga telah dihasilkan seperti

infografik, FAQ dan video berkaitan pengambilan dos penggalak

dalam pelbagai bahasa yang telah dimuat naik di laman web

KKM dan media sosial KKM.

4. Selain itu, Malaysia juga turut memberi sumbangan kepada negara

lain yang memerlukan seperti kepada Bangladesh sebanyak 559,200 dos

vaksin Astra Zeneca, Myanmar sebanyak 500,000 dos vaksin Astra

Zeneca dan Laos sebanyak 500,000 dos vaksin Covilo telah

disumbangkan.

Sekian, terima kasih.

Page 77: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL

KARIM [ BATANG LUPAR ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan bagaimana memastikan tidak berlaku aktiviti

penyelewengan dan ketirisan rentas sempadan bagi minyak masak

bersubsidi polibag 1kg.

Page 78: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 42

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menzahirkan komitmen tinggi dalam usaha membendung

sebarang penyelewangan atau kepincangan berhubung barangan

keperluan bersubsidi negara terutama minyak masak. Justeru,

Kementerian telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i. Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan

Pre-Delivery Plan;

ii. Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

iii. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong

dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng

minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran

seperti Thailand;

iv. Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3

paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat

menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

v. Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM); dan

Page 79: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 42

vi. Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana

dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta

mewujudkan kegerunan di kalangan peniaga.

Tuan Yang di-Pertua,

Bermula 23 Jun 2022 Penguat Kuasa KPDNHEP telah melaksanakan

Pemeriksaan Ops ATM melibatkan barang kawalan seperti ayam, telur

dan minyak masak secara harian di setiap peringkat rantaian pembekalan

dan pengedaran. Tujuannya adalah untuk memastikan keberadaan

bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang

kawalan dan keperluan harian di pasaran selaras dengan Kempen Anti

Sorok yang dilancarkan pada awal tahun ini. Ops ATM ini juga bertujuan

memastikan harga yang dijual bermula 1 Julai 2022 tidak terlalu tinggi

sehingga menyebabkan kegusaran kepada masyarakat dan bagi

mengekang peniaga yang tidak beretika daripada mengambil keuntungan

secara tidak munasabah.

Sekian, terima kasih.

Page 80: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 43

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI HAJAH ROHANI

BINTI HAJI ABDUL KARIM [ BATANG LUPAR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM [ BATANG

LUPAR ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha yang diambil

oleh Kementerian untuk menangani masalah kesihatan mental yang

melibatkan kes jenayah seperti tindakan ganas yang menyebabkan

kecederaan atau kematian.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan telah menyediakan perkhidmatan yang

komprehensif termasuklah pencegahan, saringan, rawatan dan

rehabilitasi pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental.

2. Perkhidmatan pencegahan, saringan dan rawatan ringan dilakukan

di peringkat fasiliti kesihatan primer di 1,161 klinik kesihatan dan lokaliti

masing-masing. Kerjasama bersama-sama pelbagai badan bukan

kerajaan (NGO) bagi meningkatkan kesedaran, aktiviti advokasi dan

promosi bagi meningkatkan literasi kesihatan mental masyarakat telah

banyak dilakukan. Selaras dengan usaha untuk memantapkan

perkhidmatan kesihatan mental di negara ini, KKM juga akan menubuhkan

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of

Excellence for Mental Health-NCEMH) di mana penubuhan pusat ini

berperanan sebagai peneraju dan penyelaras bagi program kesihatan

Page 81: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 43

2

mental yang dijalankan oleh agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan

Kerajaan (NGO).

3. Perkhidmatan rawatan sekunder dan rehabilitasi bagi pesakit-

pesakit yang telah dikenal pasti menghidap penyakit mental telah

disediakan di 56 hospital berpakar dan empat institusi mental di seluruh

Malaysia dengan sokongan sebanyak 35 buah Pusat Kesihatan Mental

Masyarakat (MENTARI) di peringkat komuniti. Rawatan susulan (follow

up) dan defaulter tracing telah dilakukan oleh pasukan kesihatan mental

di komuniti dalam mengenal pasti pesakit-pesakit yang tidak hadir

mendapatkan rawatan termasuklah bagi memberikan rawatan suntikan di

rumah bagi kes-kes defaulter bagi kepentingan masyarakat amnya.

4. Selain daripada rawatan follow up dan defaulter tracing, program

rehabilitasi pesakit mental di hospital psikiatri dan MENTARI di komuniti

adalah merangkumi pendidikan pesakit bersama keluarga melalui

pelbagai engagement dan family link program, pesakit boleh

mendapatkan rawatan awal tanpa perlu surat rujukan, sokongan

psikososial dan sokongan pekerjaan turut disediakan.

5. Masyarakat diseru agak bersifat prihatin terhadap penduduk di

persekitaran dan boleh menasihatkan sesiapa yang mungkin mengalami

simptom kemurungan, bercakap seorang diri, kerisauan melampau dan

sebagainya agar tampil segera mendapatkan rawatan di mana-mana

fasiliti kesihatan yang terdekat. Ahli keluarga masing-masing dinasihatkan

untuk membawa ahli keluarga yang disyaki menghidap masalah mental

mendapatkan rawatan segera ke mana-mana fasiliti terdekat.

6. Bagi kes-kes kesihatan mental yang belum didiagnosis / belum

dikenal pasti tetapi telah terlibat dengan keganasan atau kes jenayah,

kerajaan telah menyediakan peraturan-peraturan dan undang-undang

yang berkuatkuasa di bawah Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) dan

Akta Kesihatan Mental 2001 untuk dipatuhi. Perkara ini adalah di bawah

bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendakwa Raya

dan Mahkamah.

Sekian, terima kasih.

Page 82: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK ROBERT LAWSON CHUAT

[ BETONG ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan status pelaksanaan Inisiatif Pendigitalan Sektor Runcit dan

hala tuju Kementerian pada masa hadapan. Adakah Kementerian

bercadang untuk memanjangkan inisiatif ini kepada pemborong dan

apakah perancangan Kementerian supaya inisiatif ini turut dikembangkan

di negeri Sarawak.

Page 83: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 44

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau (Retail Digitalisation

Initiative – ReDI) adalah merupakan salah satu langkah proaktif

Kementerian untuk memberikan pendedahan kepada peniaga luar

bandar khususnya berhubung keperluan pengoperasian perniagaan

yang berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan

kemudahan e-wallet dalam pelbagai transaksi perniagaan.

Dalam hubungan ini, Kementerian telah menetapkan hala tuju dengan

menyasarkan sebanyak 15,000 peniaga berdaftar e-wallet sehingga

tahun 2025 menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh

negara. Sasaran ini adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua

Belas (2021-2025) di bawah Tema 1: Menjana Semula Ekonomi, Bab 2

(A2.1) Menambah Baik Proses Pengeluaran dan Operasi yang bertujuan

untuk memastikan peniaga tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana

dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu

perniagaan secara digital.

Sejak pelaksanaan ReDI yang bermula pada April 2021 hingga kini,

Kementerian telah pun berjaya menarik sekurang-kurangnya 20%

daripada sasaran peniaga untuk berdaftar kemudahan e-wallet dengan

kerjasama pelbagai Agensi Kerajaan terlibat iaitu Kerajaan Negeri,

Bank Negara Malaysia (BNM) dan penyedia e-wallet utama.

Page 84: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 44

Tumpuan utama Kementerian dalam insiatif ini adalah bagi memastikan

peniaga di peringkat mikro dan kecil dapat menerima serta mengguna

pakai e-wallet lebih-lebih dalam fasa endemik masa kini. Walau

bagaimanapun, bagi mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai

yang lebih menyeluruh, inisiatif ini juga sedang diperluaskan kepada

pelbagai lapisan perniagaan termasuklah pemborong.

Selari dengan objektif ReDI yang memfokuskan peniaga-peniaga di luar

bandar, Negeri Sarawak juga tidak terkecuali dengan pelbagai program

dan advokasi dirancang melibatkan 26 Pihak Berkuasa Tempatan.

Beberapa program ReDI juga telah diadakan di Negeri Sarawak, sebagai

contoh di Kapit pada tahun 2021, lebih 18% peniaga daripada

keseluruhan premis berlesen berjaya didaftarkan untuk penggunaan

transaksi e-wallet ini. Sungguhpun ianya bukan satu usaha yang mudah,

namun Kementerian tetap komited dalam memastikan setiap peniaga

mendapat manfaat dan tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi

semasa.

Sekian, terima kasih.

Page 85: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN R. SIVARASA [ SUNGAI BULOH ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN R. SIVARASA [ SUNGAI BULOH ] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan mengapa ada percanggahan besar di antara

jawapan yang diberikan oleh Menteri pada 8 Mac 2022 di Dewan yang

menyatakan "siasatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysa

mendapati tiada pelanggaran undang-undang berkaitan forced labour oleh

Sime Darby Plantations Berhad padahal Amerika Syarikat telah melalui

Customs dan Border Protection keluarkan "Withhold Release Order" pada

Disember 2020 dan pada 28 Januari 2022 telah menambah dengan

penerbitan perintah "Finding" yang berbunyi ada "reasonable evidence

demonstrating that Sime Darby Bhd produced palm oil using forced

labour... through its investigation, CBP has determined that there is

sufficient information to support a Finding that Sime Darby Bhd and its

subsidiaries are using forced labour".

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan

pertanyaan no. 80 dari YB Sungai Buloh pada 28 Julai 2022.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia, pihak Amerika Syarikat

melalui Customs And Border Protection telah mengeluarkan ‘Withhold

Release Order’ serta ‘Notice of Finding’ kerana dikatakan mempunyai

bukti yang mencukupi bahawa pihak Sime Darby atau anak syarikat serta

usahasamanya terlibat dengan amalan buruh paksa dalam urusan

operasi syarikat.

Page 86: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 45

Namun demikian, berdasarkan pemeriksaan berkanun pada

tahun 2020 oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ke

atas 12 ladang-ladang yang berkaitan dengan Sime Darby, gagal

menemui sebarang kesalahan yang boleh dikaitkan dengan amalan

buruh paksa. Pihak Amerika Syarikat juga sehingga kini tidak

berkongsi sebarang maklumat kepada pihak Kerajaan berhubung

bagaimana dan bilakah elemen buruh paksa beserta lokasi kesalahan itu

dilakukan memandangkan pengeluaran Withhold Release Order

berlaku di antara pihak Amerika Syarikat dan Sime Darby sahaja.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia juga, walaupun isu ini adalah

di antara Customs And Border Protection dan Sime Darby, Kerajaan

Malaysia sentiasa komited dalam memastikan syarikat-syarikat di

negara ini untuk terus mematuhi undang-undang perburuhan domestik

dan antarabangsa. Dalam hal ini, bagi mengukuhkan hubungan

kerjasama bilateral dengan pihak Amerika Syarikat termasuk dalam

menangani isu buruh paksa, Kerajaan telah mencadangkan

penubuhan sebuah Jawatankuasa Kumpulan Kerja bersama

Customs And Border Protection serta Jabatan berkaitan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Kerja yang pertama

dijadualkan akan berlangsung pada sekitar Ogos atau September

2022. Melalui jawatankuasa ini, pelbagai program kerjasama akan

dijalankan seperti program pembangunan kapasiti, perkongsian

maklumat dan teknologi serta sesi dialog bersama pihak

berkepentingan termasuklah kesatuan sekerja dan industri.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan tidak berlakunya

sebarang penindasan ke atas tenaga kerja tempatan dan asing demi

memastikan ekonomi negara berjalan dengan lancar selaras dengan

hasrat Kerajaan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama.

Page 87: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [KEMAMAN]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan usaha penyelesaian yang telah dilaksanakan bagi

mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam pelbagai sektor di fasa

endemik.

Page 88: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 46

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian melalui PERKESO telah

melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

a) Program JaminKerja Insentif Penggajian di bawah Sistem Insurans

Pekerjaan dengan sasaran 300 ribu orang dan peruntukan

sebanyak RM2 bilion;

b) Insentif Program Perantisan, dimana insentif RM900 sebulan untuk

tempoh enam bulan kepada majikan yang menggajikan golongan

perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun

dalam jawatan Eksekutif;

c) Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau Program EMP+ diberikan

kepada golongan yang tidak mencarum dengan PERKESO

termasuklah graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor

tidak formal serta aktif mencari pekerjaan di dalam MYFutureJobs;

d) Mempergiatkan program sedia ada seperti Program Karnival

Kerjaya, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program

latihan kemahiran semula serta peningkatan kemahiran melalui

Penyedia Latihan yang dilantik;dan

e) Mempromosi portal MYFutureJobs sebagai portal carian pekerjaan;

Tuan Yang Di Pertua,

Selain itu, Kementerian ini melalui Pembangunan Sumber Manusia

Berhad telah menubuhkan HRDCorp Placement Centre yang berperanan

sebagai platform untuk memadankan pekerja dengan peluang pekerjaan

yang tersedia oleh majikan. Sehingga Jun 2022, sebanyak 42,310 peluang

pekerjaan tersedia melalui HRDCorp Placement Centre dan lebih 6,000

pekerja berjaya ditempatkan melalui inisiatif ini.

Page 89: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

(KULIM BANDAR BAHARU)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL ( KULIM BANDAR

BAHARU ) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan cabaran Polis

Diraja Malaysia berdepan jenayah komersial dan siber, persediaan Polis

Diraja Malaysia membina keupayaan menanganinya dan kadar kejayaan

membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Page 90: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 47

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kepesatan teknologi komunikasi dan multimedia ini sudah pasti hadir

dengan pelbagai cabaran kepada agensi-agensi penguatkuasa yang

berkaitan seperti PDRM. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran

berkenaan perlu diperhalusi dan diatasi dari sudut keberkesanannya oleh

PDRM serta Kementerian. Antara cabaran yang utama adalah dari segi

peruntukan kewangan kerana teknologi bagi mengesan penjenayah siber

serta jejak jenayah siber memerlukan peruntukan yang besar. Ini bertujuan

untuk mendapatkan pembuktian yang kukuh semasa siasatan seterusnya

membantu pihak pendakwaan.

Selain itu, faktor pembinaan keupayaan modal insan dan kepakaran juga

amat penting. Cabaran untuk mendapatkan latihan dan kursus berterusan

bagi pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)

merupakan perkara yang perlu diatasi. Pegawai-pegawai penyiasat JSJK

perlu didedahkan dengan latihan dan kursus kemahiran teknikal terutama

dari sudut modus operandi penjenayah terkini sama ada di dalam negara

atau di luar negara bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam membantu

penyiasatan kes jenayah komersil dan siber.

Kerjasama antarabangsa dengan pertukaran maklumat juga perlu

dipertingkatkan disebabkan kes-kes jenayah komersil dan siber ini

merupakan jenayah merentas sempadan.

Sepanjang tahun 2021 sebanyak 31,490 kertas siasatan telah dibuka dan

10,315 pertuduhan berjaya dilaksanakan. Manakala bagi tahun 2022

sehingga bulan Jun, sebanyak 15,581 kertas siasatan telah dibuka dan

7,132 pertuduhan telah dilaksanakan.

Page 91: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR

(CAMERON HIGHLANDS)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR (CAMERON HIGHLANDS)

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

apakah langkah yang dilakukan oleh Kementerian berikutan isu

tekanan air rendah di kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung

Sungai Padi dan Kampung Lubuk Kulit, daerah Lipis.

Page 92: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian ini sentiasa

komited bagi penyediaan bekalan air bersih dan terawat ke kawasan

luar bandar termasuk kampung Orang Asli melalui penyambungan paip

retikulasi dari paip-paip utama Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) dan

penyediaan bekalan air alternatif bagi kawasan yang jauh dari liputan.

Objektif utama program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) KPLB

adalah peluasan liputan bekalan air kepada kawasan luar bandar

melalui penyediaan paip air ke akaun baharu yang belum menerima

bekalan. Bagi isu tekanan air rendah, penduduk kampung berkenaan

telah mempunyai paip dan menerima bekalan air justeru perlu

mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN)

yang bertanggungjawab ke atas operasi penyediaan bekalan air bagi

siasatan lebih lanjut.

Semakan pihak JAKOA mendapati, isu tekanan air rendah yang

dihadapi di KOA Sungai Padi adalah disebabkan kedudukan kampung

yang terletak di penghujung sistem agihan retikulasi serta saluran paip

ke kampung berkenaan sering pecah seterusnya menyebabkan

penduduk mengalami masalah bekalan air bersih.

Sekiranya terdapat keperluan, pihak PBAN perlu menaiktaraf

sistem bekalan air bagi meningkatkan tekanan / sumber air ke kawasan

kampung berkenaan sebelum penyambungan dilaksanakan.

Perancangan bekalan air dan pertimbangan permohonan peruntukan

oleh Kerajaan Negeri melalui PBAN perlu dibuat sebelum permohonan

dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian

berkaitan ataupun dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Negeri.

Pertimbangan permohonan peruntukan oleh KPLB akan

dilaksanakan berdasarkan skop dan garis panduan sedia ada tertakluk

kepada kelulusan serta kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 93: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHD. AZIS BIN JAMMAN

(SEPANGGAR)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK MOHD. AZIS BIN JAMMAN ( SEPANGGAR ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Pemegang Kad Warga Asing/Kad Pemastautin Bukan

Warganegara yang akan dikeluarkan di Sabah kelak, tidak layak/dilarang

untuk memohon kewarganegaraan Malaysia; dan

(b) sekiranya benar, adakah Kerajaan bercadang untuk meminda

Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum Kad Warga Asing/Kad

Pemastautin Bukan Warganegara ini dikeluarkan.

Page 94: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 49

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Jawatankuasa Pengurusan

Warga Asing di Sabah (JKPWAS) telah ditubuhkan oleh Kerajaan susulan

daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry -

RCI) Mengenai Pendatang Asing di Sabah bertujuan untuk mengkaji dan

membincangkan isu berkaitan pendatang dan warga asing di Sabah.

Cadangan pemberian Kad Warga Asing kepada warga asing yang

bermastautin di Sabah telah dilhamkan oleh Kerajaan Negeri Sabah semasa

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing (JKPWAS-Induk)

Bilangan 1 Tahun 2022 pada 10 Februari 2022. Antara lain, cadangan Kad

Warga Asing ini bertujuan untuk pendataan warga asing di Sabah bagi

memastikan pihak berkuasa dapat mengetahui dan mengenal pasti

keberadaan golongan warga asing ini.

Susulan itu, Mesyuarat Khas JKPWAS-Induk yang telah diadakan pada 17

Jun 2022 telah memutuskan supaya pendataan warga asing di Sabah

dilaksanakan secara digital terlebih dahulu sebelum cadangan

penyeragaman dokumen dilaksanakan.

Page 95: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN TEH KOK LIM [ TAIPING ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB TUAN TEH KOK LIM (TAIPING) minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rancangan yang akan

dilaksanakan untuk pembangunan Taman Awam Tasik Kamunting,

Taiping. Berapa jumlah yang akan disalurkan dan bila pembangunan

tersebut akan siap sepenuhnya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara telah

memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembinaan Taman Awam

Kamunting, Taiping, Perak di bawah Program Pembangunan Taman

Awam. Projek ini sedang dalam pelaksanaan di mana kerja-kerja

pembinaan telah bermula pada bulan Januari 2021 dan dijangka siap

pada suku kedua tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Page 96: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID

(PENGERANG)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID (PENGERANG) minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jangka

masa bagi penyelesaian isu perumahan nelayan di Kg. Punggai, Mukim

Pantai Timur oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Status terkini Projek Perumahan Nelayan Kg. Punggai adalah sedang

dalam proses perlantikan perunding. Kerja-kerja rekabentuk dijangka

siap dan akan diklankan pada Jun 2023. Proses penilaian dan urusan

perolehan dijangka pada Ogos 2023 dan seterusnya perlantikan

kontraktor bagi projek ini dijangka pada September 2023. Kerja-kerja di

tapak dijadualkan akan bermula pada Oktober 2023 dan dijangka siap

sepenuhnya pada September 2025.

Sekian, terima kasih.

Page 97: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO’ ABDULLAH SANI BIN ABDUL

HAMID [ KAPAR ]

TARIKH : 19 JULAI 2020 (SELASA)

SOALAN

DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KAPAR ] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan komitmen dalam

mewujudkan pelan atau program dalam pelaksaan gaji minimum ini

mampu berhadapan dengan isu kenaikan kos sara hidup.

Page 98: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 52

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman dewan yang mulia, Dasar Gaji Minimum

Kebangsaan digubal untuk menetapkan gaji lantai atau gaji pokok bagi

pekerja kategori terendah dalam pasaran buruh.

Intervensi terhadap pasaran buruh dengan pelaksanaan dasar

gaji minimum adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan

kuasa beli rakyat supaya dapat memenuhi keperluan asas diri dan

keluarga mereka.

Kos sara hidup pula merupakan antara indikator sosioekonomi

yang diambil kira dalam penetapan kadar gaji minimum. Indikator-

indikator lain yang turut diambil kira ialah pendapatan garis kemiskinan,

penengah gaji (keupayaan majikan untuk membayar gaji), kadar

pengangguran dan produktiviti buruh.

Kerajaan sentiasa menggunakan pendekatan yang seimbang

dengan mengambil kira kemampuan majikan untuk melaksanakan gaji

minimum agar tidak menjejaskan operasi syarikat dan mendedahkan

pekerja kepada risiko kehilangan pekerjaan. Kerajaan juga perlu

memastikan agar kadar gaji minimum baharu tidak menjejaskan daya

saing negara supaya pasaran buruh negara mampu berdepan dengan

cabaran untuk mencipta pekerjaan baharu yang berkualiti dan

berkemahiran tinggi.

Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji

Negara komited melaksanakan kajian semula perintah gaji minimum

secara konsisten iaitu sekali setiap dua tahun selaras dengan

peruntukan seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

[Akta 732].

Dasar gaji minimum merupakan salah satu daripada instrumen

yang membantu meningkatkan jaminan pendapatan pekerja bawahan

bagi menangani kos sara hidup. Dasar ini perlu disokong oleh dasar-

dasar lain merentasi sektor awam dan swasta agar strategi dan pelan

tindakan Kerajaan berkaitan isu kos sara hidup dapat dilaksanakan

secara holistik dan bersepadu.

Page 99: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK WIRA DR. MOHD HATTA BIN MD.

RAMLI [ LUMUT ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK WIRA DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI [ LUMUT ] minta

MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha Kementerian

menangani bantahan penumpang feri ke Pulau Pangkor yang mengalami

kenaikan harga tiket feri bermula 1 Julai 2022.

Page 100: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kadar tambang feri di laluan perairan domestik negara dikawal selia

melalui syarat perlesenan di bawah Lembaga Perlesenan Perkapalan

Dalam Negeri (LPPDN) di bawah Seksyen 65D (d), Ordinan Perkapalan

Saudagar 1952 yang memperuntukkan kuasa kepada YB Menteri

Pengangkutan untuk meluluskan peraturan yang digubal berkaitan

penetapan kadar dan caj pengangkutan yang membawa penumpang atau

kargo.

Hasil perbincangan Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan

Laut Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta semakan perundangan berkaitan

mendapati bahawa Kementerian tidak boleh melarang operator dari

mengenakan bayaran tambahan atau surcaj minyak. Dalam hal ini,

operator boleh memohon subsidi diesel dari KPDNHEP dan kelulusan

dipertimbangkan secara case-by-case dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Subsidi Diesel yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP.

Adalah dijangkakan bahawa tindakan operator feri di Lumut-Pangkor ini

akan menyebabkan operator feri lain yang beroperasi di luar Lumut-

Pangkor menaikkan harga tiket feri juga dengan memberikan justifikasi

yang sama.

Sehubungan itu, Kementerian mencadangkan bahawa pengenaan

surcaj minyak diesel ke atas harga tambang feri ini dikenakan hanya

kepada pelancong sahaja. Golongan daily commuters dan penduduk

Pangkor tidak akan terkesan dengan pengenaan surcaj ini dan masih

menikmati tambang feri sedia ada. Perincian surcaj ini perlu ditunjukkan

dalam breakdown harga tiket sepertimana yang diamalkan dalam sektor

penerbangan.

Sekian, terima kasih.

Page 101: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI MOHD. SALIM SHARIF

[ JEMPOL ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI HAJI MOHD. SALIM SHARIF [ JEMPOL ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan persiapan dan strategi untuk memastikan bekalan minyak

masak paket bersubsidi sentiasa mencukupi di pasaran bagi melindungi

para pengguna khususnya golongan B40 dan M40.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menzahirkan komitmen tinggi dalam usaha membendung

sebarang penyelewangan atau kepincangan berhubung barangan

keperluan bersubsidi negara terutama minyak masak. Justeru,

Kementerian telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i. Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan

Pre-Delivery Plan;

ii. Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

Page 102: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 54

iii. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong

dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng

minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran

seperti Thailand;

iv. Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3

paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat

menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

v. Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM); dan

vi. Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana

dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta

mewujudkan kegerunan di kalangan peniaga.

Tuan Yang di-Pertua,

Bermula 23 Jun 2022 Penguat Kuasa KPDNHEP telah melaksanakan

Pemeriksaan Ops ATM melibatkan barang kawalan seperti ayam, telur

dan minyak masak secara harian di setiap peringkat rantaian pembekalan

dan pengedaran. Tujuannya adalah untuk memastikan keberadaan

bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang

kawalan dan keperluan harian di pasaran selaras dengan Kempen Anti

Sorok yang dilancarkan pada awal tahun ini. Ops ATM ini juga bertujuan

memastikan harga yang dijual bermula 1 Julai 2022 tidak terlalu tinggi

sehingga menyebabkan kegusaran kepada masyarakat dan bagi

mengekang peniaga yang tidak beretika daripada mengambil keuntungan

secara tidak munasabah.

Sekian, terima kasih.

Page 103: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SU KEONG SIONG [ KAMPAR ]

TARIKH JAWAB : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB TUAN SU KEONG SIONG [ KAMPAR ] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini

dan keputusan Kementerian mengenai cadangan pembinaan stesen

Balai Bomba (JBPM) di Malim Nawar, Kampar.

Page 104: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa komited dalam memperluaskan

capaian perkhidmatan kebombaan bagi memastikan aspek keselamatan

dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Pada masa kini, Kementerian

melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memiliki

sebidang tapak tanah bagi tujuan pembinaan balai bomba kategori D

dengan keluasan 2 ekar di pekan Malim Nawar bersebelahan dengan

Tokong Sum San Koo Meow.

Tapak tanah ini telah diluluskan pada 18 Ogos 2021 oleh Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan telah diisytiharkan sebagai “Rizab

Bomba” di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak.

Cadangan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Malim Nawar

telah dirancang untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kedua

Belas (RMKe-12) mengikut keutamaan dan pelaksanaannya bergantung

kepada kelulusan agensi pusat serta keupayaan peruntukan kewangan

semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada masa ini

kawasan Malim Nawar mendapat khidmat kebombaan daripada BBP

Kampar yang terletak dalam lingkungan 12 kilometer serta mengambil

masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke kawasan tersebut. Pada

masa yang sama, kawasan Malim Nawar juga mendapat bantuan

khidmat kebombaan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang

berdekatan iaitu PBS Tanjung Tualang dengan jarak 10 kilometer yang

mengambil masa 11 minit untuk sampai. PBS Tanjung Tualang ini

mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 19 orang ahli yang telah

dibekalkan dengan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE), pam

Page 105: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 55

angkut dan peralatan asas pemadaman kebakaran oleh JBPM Negeri

Perak.

Bagi memastikan penduduk di kawasan Malim Nawar mendapat

perkhidmatan kebombaan yang sewajarnya, Kementerian melalui JBPM

juga telah merancang untuk menubuhkan pasukan Bomba Komuniti di

kawasan tersebut yang akan bertindak sebagai pasukan tindak balas

awal kecemasan (first responder) sementara menunggu ketibaan

anggota bomba dari balai yang berhampiran. Pasukan Bomba Komuniti

ini juga akan diberikan latihan dan dibekalkan dengan peralatan asas

pemadaman oleh JBPM Negeri Perak.

Selain itu, pemerkasaan pembudayaan amalan keselamatan

kebakaran bagi meningkatkan aspek readiness dalam kalangan komuniti

setempat kawasan Malim Nawar juga akan terus dipertingkatkan melalui

pelaksanaan program-program seperti berikut:

i. memperluaskan kempen kesedaran keselamatan kebakaran

termasuk Program 1 Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI);

ii. mempertingkatkan penglibatan golongan suri rumah atau isteri

di dalam Program Sedia Urus Isi Rumah (SURI); dan

iii. memperbanyakkan penyediaan alat pengesan asap serta gas

(MyAlert).

Sekian, terima kasih.

Page 106: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SRI HASSAN BIN ARIFFIN

[ROMPIN]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SRI HASAN BIN ARIFIN [ ROMPIN ] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah kenderaan persendirian

di Malaysia yang berusia 25 tahun ke atas, 15 hingga 25 tahun dan 10

hingga 15 tahun.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah kenderaan persendirian di Malaysia yang berusia lebih 10

tahun sehingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak dua puluh satu juta tiga

ratus dua ribu lapan ratus tiga puluh sembilan (21,302,839) unit.

Daripada jumlah ini, bilangan kenderaan persendirian di Malaysia

yang berusia 25 tahun ke atas adalah sebanyak lapan juta dua ratus dua

puluh satu ribu enam ratus dua puluh tujuh (8,221,627) unit.

Manakala, kenderaan berusia 15 tahun hingga 25 tahun adalah

sebanyak tujuh juta empat ratus empat puluh satu ribu tiga ratus empat

puluh (7,441,340) unit dan kenderaan berusia 10 hingga 15 tahun pula

adalah sebanyak lima juta enam ratus tiga puluh sembilan ribu lapan ratus

tujuh puluh dua (5,639,872) unit.

Sekian, terima kasih.

Page 107: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG

(HULU RAJANG)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK WILSON UGAK ANAK KUMBONG (HULU RAJANG) minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:

(a) status jalan dari Rumah Timothy Balai / Rh Ason ke SK Nanga

Tiau, Hulu Mujong terus ke Sungai Tunoh, Daerah Bukit Mabong,

Bahagian Kapit; dan

(b) sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk menaik taraf jalan-

jalan balak menuju ke Lusong Laku dan ke Punan Bah, Belaga.

Page 108: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian telah

mengemukakan permohonan Projek Membina Jalan Dari Rumah

Timothy, Nanga Mujong Ke SK Nanga Tiau, Sg Mujong, Kapit, Sarawak

di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP2,

RMKe-12) Tahun 2022. Skop projek yang dimohon adalah Membina

Jalan Sepanjang 22km Dengan Standard JKR R1 dan 4 Buah

Jambatan. Bagaimanapun, projek ini tidak mendapat kelulusan Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan

Kementerian telah mengangkat semula permohonan projek ini untuk

dipertimbangkan semula dalam RP-3, RMKe-12, Tahun 2023. Status

permohonan projek tersebut adalah masih diperingkat penilaian oleh

UPE, JPM.

Manakala bagi Projek Menaik Taraf Jalan-Jalan Bekas Balak

Menuju Ke Lusong Laku dan Ke Punan Bah, Belaga, pihak Yang

Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang

Ekonomi (UPEN) Sarawak untuk disenaraikan dalam senarai

keutamaan negeri Sarawak bagi permohonan pelaksanaan di bawah,

Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan 4 (RMKe-12, RP4).

Sekian, terima kasih.

Page 109: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 58

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

__________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED

ABDUL FASAL [BUKIT GANTANG]

TARIKH : 19 JULAI 2022 [SELASA]

SOALAN

Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan status projek

pembangunan Mini Stadium atau Kemudahan Sukan di Padang Matang,

Kuala Sepetang, Parlimen Bukit Gantang yang telah diluluskan peruntukan

oleh YB Menteri pada 21 Januari 2022 yang lalu dan bilakah projek

pembangunan kemudahan sukan ini boleh dimulakan.

JAWAPAN

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan

(KBS) sedang dalam proses untuk memuktamadkan skop dan dijangka

akan selesai pada pertengahan Julai 2022. Projek pembangunan Mini

Stadium akan mula dilaksanakan pada bulan Ogos 2022 bagi projek naik

taraf padang bola sepak di Padang Matang, Kuala Sepetang.

Sekian, terima kasih.

Page 110: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 59

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. KELVIN YII LEE WUEN

[ BANDAR KUCHING ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DR. KELVIN YII LEE WUEN [ BANDAR KUCHING ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk

meningkatkan peruntukan ke program MyQuit dan juga adakah mereka

bercadang untuk mengiktiraf kaedah “harm reduction” seperti yang

dilakukan di negara lain seperti UK, Jepun dan New Zealand.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mempertingkatkan

usaha untuk memperkukuhkan perkhidmatan berhenti merokok mQuit

sebagaimana yang telah digariskan di bawah Pelan Strategik

Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau dan Produk Merokok 2021

hingga 2030 dan Pelan 5 tahun GEGAR-18 (Generational Endgame

Anti Rokok). Pengukuhan perkhidmatan berhenti merokok ini akan

melibatkan penambahan kos yang akan merangkumi kos rawatan dan

kos bagi mempromosikan perkhidmatan berhenti merokok.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan sejumlah

RM2.8 juta pada tahun 2019, RM2.25 juta pada tahun 2020 dan

RM2.28 juta pada tahun 2021 bagi menampung kos rawatan ubat

berhenti merokok. Khusus bagi permohonan pada tahun 2023,

Page 111: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 59

2

sejumlah RM20 juta telah dimohon di bawah Pelan GEGAR-18 dan ini

adalah termasuk kos bagi mempromosikan perkhidmatan berhenti

merokok mQuit dan rawatan berhenti merokok.

3. Berkaitan dengan cadangan untuk mengiktiraf kaedah “harm

reduction” seperti yang dilakukan di negara lain seperti United

Kingdom, Jepun dan New Zealand, Kementerian Kesihatan Malaysia

masih mengkaji polisi ini memandangkan produk rokok elektronik atau

vape yang dikatakan sebagai “harm reduction” telah secara saintifiknya

menunjukkan kesan-kesan sampingan kepada kesihatan.

4. Berdasarkan laporan Systematic Review oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2021, pelbagai kesan

sampingan kepada kesihatan pengguna produk rokok elektronik telah

dilaporkan. Laporan “Pulmonary Illness Related to E-Cigarette Use in

Illinois and Wisconsin” pada tahun 2020 juga telah mengesan satu

penyakit baru dinamakan E-Cigarette and Vaping Product Use

Associated Lung Injury atau EVALI.

5. Bagi memperkukuhkan sistem pemantauan EVALI, KKM telah

mengadakan Garis Panduan Notifikasi Penyakit Berkaitan Penggunaan

Rokok Elektronik bagi membolehkan langkah-langkah kawalan dan

pencegahan dapat dilaksanakan. Notifikasi ini juga bertujuan untuk

mengetahui beban kejadian penyakit akibat penggunaan rokok

elektronik.

6. Oleh yang demikian, ketetapan polisi untuk mengiktiraf rokok

elektronik sebagai “harm reduction” perlu dibuat secara berhati-hati

berlandaskan bukti-bukti saintifik yang kukuh demi memastikan

keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 112: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD

FAKEH [ SABAK BERNAM ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH [ SABAK

BERNAM ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN

HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan perancangan Kementerian bagi

memastikan kecukupan bekalan di pasaran dan tiada kenaikan harga

mendadak bagi barangan keperluan yang telah dimansuhkan subsidi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak, dengan jumlah

sebanyak RM4 bilion untuk tahun 2022 berbanding RM500 juta pada

tahun 2020 dan RM2.2 bilion pada 2021. Minyak masak yang disubsidi

oleh Kerajaan ialah sebanyak 60 ribu tan metrik sebulan, melebihi

daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55 ribu tan metrik

sebulan. Subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan ini adalah untuk kategori

minyak masak kampit RM2.50 bagi satu kilogram (kg) sahaja, berbanding

harga pasaran sebenar, RM9.00/kg. Subsidi ini telah bermula sejak Jun

2007.

Sehubungan itu, Kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai 2022 untuk

tidak lagi menyambung subsidi untuk minyak masak berbotol kerana

objektif awal program ini adalah untuk membantu golongan terkesan

pandemik. Untuk itu, subsidi minyak masak kampit sahaja yang akan

Page 113: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 60

diteruskan dan Kerajaan yakin subsidi sebanyak 60 ribu tan metrik

sebulan adalah mencukupi untuk kegunaan Keluarga Malaysia.

Kerajaan menzahirkan komitmen tinggi dalam usaha membendung

sebarang penyelewangan atau kepincangan berhubung barangan

keperluan bersubsidi negara terutama minyak masak. Justeru,

Kementerian telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i. Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan

Pre-Delivery Plan;

ii. Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

iii. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong

dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng

minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran

seperti Thailand;

iv. Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3

paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat

menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

v. Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM);

vi. Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana

dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta

mewujudkan kegerunan di kalangan peniaga; dan

vii. Melaksanakan Pemeriksaan Ops ATM melibatkan barang

kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak secara harian di

setiap peringkat rantaian pembekalan dan pengedaran

bertujuan untuk memastikan keberadaan bekalan adalah stabil

dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan.

Sekian, terima kasih.

Page 114: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF

RAWA [ PARIT BUNTAR ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ]

minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengawal

kenaikan harga makanan dan keperluan harian yang semakin

melambung walaupun bukan musim perayaan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Antara usaha-usaha Kementerian untuk mengawal kenaikan harga

makanan dan keperluan harian seperti berikut:

Kementerian melalui Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Pemantau

Harga telah melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan berterusan

secara harian untuk memastikan keberadaan bekalan dan kestabilan

harga makanan di pasaran.

Melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu:

i. Penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan untung

secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah Peraturan-

Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme

Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah)

2018 yang mula berkuatkuasa sejak 6 Jun 2018;

Page 115: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 61

ii. Pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi

seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di

seluruh negara di bawah Ops Catut, Ops Rantai dan Ops Pasar.

Operasi ini telah menggerakkan semua anggota penguatkuasa

Kementerian seluruh negara bagi membendung isu kenaikan

harga barangan di pasaran;

iii. Pengeluaran Notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011

ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga

secara mendadak dan ketara untuk mendapatkan maklum balas

dan penjelasan secara bertulis mengenai kenaikan harga bagi

menentukan berlakunya elemen pencatutan; dan

iv. Mengadakan program libat urus untuk memberi penjelasan,

khidmat nasihat dan kerjasama bersama peniaga dalam

memahami dan mematuhi undang-undang yang

dikuatkuasakan.

Melaksanakan kawalan harga ke atas barang-barang tertentu walaupun

bukan pada musim perayaan seperti Gula, Tepung Gandum Kegunaan

Am, Minyak Masak Sawit Tulen, Minyak Diesel/ Petrol Ron 95, Ayam dan

Telur Ayam.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian juga ada melaksanakan langkah kolaborasi bersama agensi

Kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani (MAFI) untuk memastikan bekalan mencukupi dan ditawarkan pada

harga yang munasabah di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Meningkatkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai

penguatkuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi

mewujudkan persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

Menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan

rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu pencatutan untuk diambil

tindakan oleh Kementerian.

Sekian, terima kasih.

Page 116: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN CHANG LIH KANG (TANJONG MALIM)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHANG LIH KANG ( TANJONG MALIM ) minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan sebab status Pemastautin Tetap (PR) tidak diberi

kepada anak warganegara Malaysia yang dinafikan kewarganegaraan,

serta visa tidak diberi kepada anak-anak yang mencapai umur 18 tahun

sehingga mereka terpaksa berhijrah ke luar negara dan memecah

belahkan keluarga mereka.

Page 117: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 62

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan dan pengeluaran kad

pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dilaksanakan selaras dengan Akta

Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] dan juga Peraturan 5(3)(b), Peraturan-

Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN1990]. Antara pra-syarat bagi

permohonan MyPR adalah pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan

permit masuk yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia

(JIM).

Pemohon bersama penganjur perlu hadir ke mana-mana Ibu Pejabat

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri atau Ibu Pejabat JPN Putrajaya

dengan membawa permit masuk asal dan juga passport yang masih

sahlaku untuk permohonan MyPR. Setiap permohonan yang diterima

oleh JPN akan disaring bagi mengesahkan maklumat-maklumat yang

dikemukakan sebelum kad pengenalan MyPR diluluskan dan dicetak.

Tempoh piagam adalah 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Dalam pada itu, pemberian Pas Imigresen kepada kategori anak-anak

kepada warganegara Malaysia adalah bersandarkan kepada Perintah

Imigresen (Larangan Masuk) (Pindaan) 2017. Berdasarkan kepada

Perintah tersebut, kategori anak kepada warganegara ditetapkan di

bawah umur 18 tahun. Penetapan had umur di bawah 18 tahun tersebut

adalah selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 yang menyatakan bahawa

had umur maksimum anak adalah "di bawah umur 18 tahun”.

Page 118: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang telah dan akan diambil

oleh pihak Kementerian untuk mencari penyelesaian harga tiket

penerbangan yang terlalu tinggi semasa musim perayaan dan apakah

hasil siasatan KPDNHEP tentang isu kenaikan harga tiket penerbangan

yang melampau pada musim perayaan serta perkembangan

perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menangani masalah

ini.

Page 119: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai sebuah Kerajaan yang berteraskan Keluarga Malaysia,

Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan

rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi

serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.

Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016

(Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, MACPC) telah

dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)

mulai 1 Julai 2016. Kod ini bertujuan untuk melindungi hak dan

kepentingan pengguna dengan memastikan semua aduan terhadap

syarikat-syarikat penerbangan diambil tindakan dan diselesaikan.

Dengan berkuatkuasanya MACPC, isu berkaitan perlindungan pengguna

penerbangan telah diletakkan di bawah tanggung jawab MAVCOM dan

bukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP).

Bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi,

Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan

MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan

harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif. Hasil

perbincangan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju

untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa

bergantung kepada permintaan.

Hasil penelitian MAVCOM, harga tiket penerbangan kelas ekonomi

sehala ke kebanyakan destinasi dari Semenanjung ke Wilayah Sabah

dan Sarawak telah menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh

penerbangan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 iaitu dari

27 April hingga 8 Mei 2022.

Berdasarkan pemerhatian oleh MAVCOM pada 22 Jun 2022, harga

tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh penerbangan

untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023 iaitu dari 18 hingga 26

Page 120: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 63

Januari 2023 (“tempoh pemerhatian”), adalah antara RM105 hingga

RM1,235, manakala bagi 20 hingga 21 Januari 2023 (“tempoh puncak”),

harga tambang sehala adalah antara RM165 hingga RM1,080. Daripada

julat harga tambang tersebut, majoriti harga tiket penerbangan tersedia

untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke Wilayah Sabah

dan Sarawak pada tempoh yang dipantau adalah di bawah RM400.

Kos perjalanan udara boleh menjadi lebih berpatutan sekiranya

kesedaran pengguna dapat ditingkatkan supaya merancang perjalanan

lebih awal, memahami jenis perkhidmatan penerbangan yang disediakan

oleh syarikat-syarikat penerbangan domestik serta memahami bahawa

harga tambang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan

pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan

penerbangan domestik termasuk laluan-laluan di antara Semenanjung

Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Page 121: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 64

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI

[ HULU SELANGOR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [ HULU SELANGOR ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan berapa jumlah rakyat yang berjaya disaring

sehingga kini di bawah program Peka B40 dan berapa jumlah peruntukan

yang telah disalurkan bagi faedah lain di bawah program tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bermula 15 April 2019 sehingga 30 Jun 2022, seramai 640,553

orang penerima yang layak telah disaring di bawah Skim Peduli Kesihatan

untuk Kumpulan B40 atau dikenali sebagai PeKa B40.

2. Berikut adalah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk

manfaat di bawah program tersebut:

Page 122: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 64

2

Manfaat

Bilangan

saringan/

penerima

Perbelanjaan

Manfaat 1: Saringan Kesihatan 640,553 RM54,901,994

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan 36,850 RM66,136,420

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan

Rawatan Kanser

6,886 RM2,709,200

Manfaat 4: Insentif Tambang

Pengangkutan

22,403 RM2,306,044

Jumlah 706,692 RM126,053,658

3. Jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima daripada kerajaan

pada tahun 2019 hingga 2022 bagi melaksanakan kesemua empat

manfaat Skim PeKa B40 adalah sebanyak RM280 juta.

Sekian, terima kasih.

Page 123: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan jumlah pekerja asing baru yang dipohon oleh sektor pertanian,

perikanan, perladangan dan penternakan dalam tahun 2021 dan 2022 dan

berapa jumlah pekerja asing yang berjaya disalurkan. Nyatakan langkah -

langkah konkrit Kerajaan membantu menyelesaikan masalah kekurangan

pekerja asing dalam sektor - sektor tersebut.

Page 124: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 24 Jun 2022, jumlah permohonan dalam sektor perladangan

yang diproses adalah sebanyak 107 permohonan, melibatkan sebanyak

14,875 kuota yang dimohon. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,222 kuota

telah diluluskan. Untuk sektor pertanian, perikanan dan penternakan jumlah

kuota yang di pohon adalah 91 permohonan yang melibatkan 7,331 kuota.

Daripada jumlah ini, kuota yang telah diluluskan sebanyak 5,736.

Permohonan pekerja asing telah dibuka bermula pada 28 Januari 2022

untuk pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan

secara pengecualian khas. Manakala, permohonan pekerja asing untuk sektor-

sektor lain yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing termasuk sektor

perladangan tanpa pengecualian khas juga telah dibuka pada 15 Februari

2022.

Kemasukan pekerja asing ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard

Kemasukan Pekerja Asing ke Malaysia bagi semua sektor yang telah

diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik

Bilangan 60 Tahun 2021 pada 22 Oktober 2021. Sehubungan dengan itu juga,

majikan yang ingin menggajikan pekerja asing ini diwajibkan untuk membuat

iklan kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs di bawah KSM.

Langkah tersebut bertujuan untuk memastikan peluang pekerjaan yang

ada dalam pasaran ditawarkan kepada pekerja tempatan sebelum kekosongan

itu diisi oleh pekerja asing. Dengan pembukaan sempadan Malaysia pada 1

April 2022 dapat menyelesaikan masalah pekerja asing bagi sektor pertanian,

perikanan, perladangan dan penternakan.

Sekian, terima kasih.

Page 125: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIM LIP ENG (KEPONG)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN LIM LIP ENG ( KEPONG ) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah kematian orang asing dalam tahanan sejak tahun 2020

mengikut warganegara mereka dan adakah pendedahan Koalisi Buruh

Migran Berdaulat dalam laporannya ‘Seperti di Neraka: Kondisi Pusat

Tahanan Imigrasi di Sabah’ benar atau palsu

Page 126: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 66

JAWAPAN

Mohon izin supaya soalan daripada YB Sungai Buloh ini dijawab bersekali

dengan soalan bernombor L412, L445 dan L490 daripada YB Kepong dan

YB Bukit Gelugor memandangkan keempat-empat soalan yang diutarakan

menyentuh isu yang sama iaitu mengenai jumlah kematian tahanan,

dakwaan Koalisi Buruh Migran Berdaulat mengenai layanan Kerajaan

terhadap tahanan depot imigresen di Negeri Sabah serta langkah-langkah

bagi menambah baik pengurusan depot imigresen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan oleh Koalisi Buruh Migran

Berdaulat adalah tidak tepat susulan daripada kesilapan statistik kematian

tahanan yang dirujuk. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta walau

bagaimanapun telah membuat kenyataan media pada 28 Jun 2022 bagi

menerangkan statistik sebenar setelah JIM Negeri Sabah melakukan

semakan silang dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di

Kota Kinabalu serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau.

Sehingga 12 Julai 2022, terdapat 17,703 orang PATI ditahan di semua depot

imigresen seluruh negara yang terdiri daripada 12,722 orang lelaki, 3,217

orang wanita, 996 orang kanak-kanak lelaki dan 768 orang kanak-kanak

perempuan. Warganegara Filipina merupakan tahanan paling ramai iaitu

7,022 orang (39.67%), diikuti warganegara Indonesia seramai 4,625 orang

(26.13%) dan warganegara Myanmar seramai 1,390 orang (7.85%).

Jumlah terkini pendatang tanpa izin yang ditahan di empat buah depot

imigresen Negeri Sabah pula ada seramai 7,369 orang iaitu meliputi 5,478

orang tahanan lelaki, 1,129 orang tahanan wanita, 447 orang tahanan

kanak-kanak lelaki dan 315 orang tahanan kanak-kanak perempuan.

Bagi tempoh 2020 sehingga 12 Julai 2022, terdapat 298 kematian

melibatkan 258 orang tahanan lelaki, 34 orang tahanan wanita dan enam

orang tahanan kanak-kanak lelaki. Daripada jumlah tersebut, 154 orang

Page 127: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 66

merupakan tahanan warganegara Indonesia dan Filipina yang meninggal

dunia di depot-depot imigresen Negeri Sabah bagi tempoh 2020 sehingga

12 Julai 2022.

Bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap dan isu

kesesakan atau kepadatan di depot imigresen khususnya di Negeri Sabah

tidak berterusan, Kementerian Dalam Negeri melalui JIM Negeri Sabah

mengambil tindakan konsisten seperti berikut:

(i) melaksanakan pemindahan tahanan dari depot berkapasiti tinggi

ke depot yang kurang berkapasiti tinggi;

(ii) menggiatkan usaha pengusiran PATI ke negara asal;

(iii) mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak Kedutaan

Filipina dan Indonesia bagi mempercepatkan proses

penghantaran pulang tahanan ke negara asal.

Page 128: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU

NAIDU [BATU GAJAH]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kematian dan jumlah

kemalangan yang melibatkan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

pada tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021 dan sehingga Jun 2022. Apakah

langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan

keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja penghantaran makanan

yang sentiasa terdedah dengan bahaya kemalangan akibat tekanan

kerja.

Page 129: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah kemalangan yang melibatkan penghantar makanan mulai

tahun 2018 sehingga Mei 2022 adalah sebanyak 1,242. Daripada jumlah

ini, sebanyak 112 kematian, 82 kecederaan parah dan 1048 kecederaan

ringan telah dicatatkan.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan ke arah

memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja di dalam

sektor ini adalah seperti berikut:-

(i) Mengawal selia perkhidmatan penghantaran barangan

terutamanya yang disediakan di bawah satu perniagaan

pengantaraan (p-hailing) agar perkhidmatan yang disediakan

adalah sah dari segi undang-undang. Perkara ini akan

memastikan kebajikan penunggang dapat dilindungi,

termasuk memastikan terdapatnya kawalan ke atas tahap

penyediaan perkhidmatan dan tanggungjawab oleh syarikat

penyedia perkhidmatan, tingkah laku pemandu untuk

mematuhi semua peraturan jalan raya serta kebajikan

pemandu dari aspek perlindungan pekerjaan dan insurans;

(ii) Mewajibkan agar semua individu yang menjalankan aktiviti

pekerjaan sendiri dalam sektor perusahaan penghantaran

barangan (termasuk sebagai penghantar barang makanan)

mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan

Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO. Kewajipan ini adalah

bertujuan untuk melindungi kebajikan semua penunggang

terbabit sekiranya terlibat dalam sebarang nahas jalan raya

semasa menjalankan pekerjaan, yang termasuk berupaya

menyediakan bantuan perubatan dan kewangan; dan

(iii) Menjalankan aktiviti advokasi dan kempen keselamatan yang

memberi fokus kepada penunggang terlibat. Pada 9 April

2021, MOT dengan kerjasama MIROS dan JPJ telah

Page 130: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 67

melancarkan kempen keselamatan jalan raya di kalangan

penunggang p-hailing. Kempen yang telah dilancarkan oleh

YB Menteri Pengangkutan ini bertujuan untuk meningkatkan

kesedaran tentang penunggangan selamat ketika membuat

penghantaran barangan dan makanan. Antara aktiviti yang

dijalankan bersempena kempen ini adalah seperti yang

berikut:

a. ‘Road show’ keselamatan jalan raya sebagai

sebahagian aktiviti advokasi bersama PERKESO;

b. Hebahan peringatan mesej keselamatan jalan raya

dalam bentuk infografik melalui media sosial;

c. Kajian pemerhatian tingkah laku penunggang p-hailing

melalui CCTV di Pusat Pengurusan Pengangkutan

(ITIS) di 11 jalan raya di Kuala Lumpur yang

melibatkan 16,308 penunggang. Hasil kajian

mendapati bahawa 62% penunggang berhenti di petak

kuning/lintasan pejalan kaki, 14% memegang telefon

dan melanggar lampu isyarat, 7% membuat u-turn di

tempat yang tidak dibenarkan dan 3% melawan arus /

melalui trafik bertentangan; dan

d. Latihan penunggangan selamat juga diberikan kepada

penunggang p-hailing yang menekankan aspek

keselamatan ketika menunggang, penyelenggaraan

kenderaan serta penunggangan defensif.

(iv) Selain itu, sebanyak 30 kempen khas keselamatan jalan raya

khusus untuk pemandu dan penunggang e-hailing dan p-

hailing telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2022.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat-

syarikat e-hailing dan p-hailing di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

Page 131: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN

BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [KUALA NERUS]

minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan rasional Kementerian menghapuskan subsidi

minyak masak botol 1 hingga 5 kilogram sedangkan Kerajaan sudah

memperoleh windfall tax berikutan harga minyak sawit mentah (MSM)

sawit yang tinggi ketika ini.

Page 132: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti mana yang telah dimaklumkan melalui pengumuman YAB

Perdana Menteri ke-8 semasa Pakej Perlindungan Rakyat Dan

Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021, pemberian subsidi

minyak masak dalam botol adalah satu langkah sementara untuk

mengurangkan beban rakyat ketika negara berada di dalam fasa

pandemik covid-19. Pakej ini pada peringkat asalnya ditetapkan hanya

untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Namun begitu, mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan dan

harga komoditi minyak masak yang masih lagi tinggi, subsidi sementara

ini telah dilanjutkan sebanyak 5 kali penyambungan iaitu pada :

a. 1 November hingga 31 Disember 2021

b. 1 Januari hingga 31 Mac 2022

c. 1 April hingga 30 April 2022

d. 1 Mei hingga 31 Mei 2022

e. 1 Jun hingga 30 Jun 2022

Oleh yang demikian, pemberian subsidi minyak masak dalam botol ini

dihentikan kerana ianya sudah memenuhi matlamatnya iaitu sebagai

bantuan tambahan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak

Masak (COSS) semasa negara berada di fasa pendamik Covid-19.

Kementerian Kewangan juga telah memaklumkan bahawa kutipan cukai

windfall tax sahaja tidak mencukupi untuk menampung pembiayaan

subsidi bagi kedua-dua mekanisme subsidi minyak masak iaitu subsidi

minyak masak dalam polibeg 1kg dan subsidi minyak masak dalam botol

1kg, 2kg, 3kg dan 5kg.

Oleh yang demikian, Kerajaan telah bersetuju mengekalkan hanya satu

sahaja mekanisme subsidi minyak masak kepada rakyat iaitu melalui

pelaksanaan subsidi minyak masak dalam polibeg 1kg.

Sekian, terima kasih.

Page 133: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 69

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO

[ KLANG ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [ KLANG ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan kesan jangka panjang terhadap kesihatan

akibat pendedahan kepada pencemaran mikroplastik serta langkah-

langkah yang diambil untuk mengurangkan risiko terhadap kesihatan

awam. Adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan inter-

ministerial task force termasuk program kesedaran dan perubahan

undang-undang untuk mengatasi masalah ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan maklumat yang sedia ada, kesan jangka panjang

terhadap kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran mikroplastik

masih belum dapat ditentukan dengan pasti. Namun terdapat mikroplastik

yang bersaiz ≤ 20 µm boleh menembusi organ dan yang ≤ 10 µm boleh

menembusi selaput otak. Dipercayai mikroplastik mempunyai toksiti

kepada pelbagai organ seperti sistem kardiovaskular, saraf, hepar/hati

dan juga boleh menyebabkan kanser dan tumbesaran kanak-kanak.

2. Bagi menangani isu pencemaran plastik (termasuk mikroplastik),

pihak Kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang

melaksanakan tindakan-tindakan berikut:

Page 134: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 69

2

(i) Membangunkan dokumen Malaysia Plastics Sustainability

Roadmap 2021-2030 sebagai dokumen panduan kepada

pemegang taruh awam dan swasta untuk bersama-sama

memastikan kelestarian plastik.

(ii) Menggalakkan perubahan sikap penjawat awam kementerian

dan jabatan persekutuan dan negeri melalui edaran Surat

Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2019 Pelaksanaan Kempen

Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna Di Kementerian,

Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Surat Pekeliling Am

yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara ini

mengarahkan agar penggunaan produk plastik sekali guna

dihentikan dalam setiap mesyuarat dan majlis rasmi yang

dianjurkan.

(iii) Mendapatkan mandat daripada Majlis Negara bagi Kerajaan

Tempatan bagi setiap kerajaan negeri untuk melaksanakan

kutipan caj pencemaran bagi setiap helai beg plastik yang

diperoleh di kaunter pembayaran.

(iv) Mencadangkan kepada SIRIM untuk menyemak semula

standard ECO 001:2018 Eco Labelling Criteria Biodegradable

and Compostable Plastic and Bioplastic dengan mengambil kira

perkembangan inovasi, teknologi serta piawaian antarabangsa

yang telah diiktiraf yang mampu menguraikan produk plastik

dengan selamat dalam persekitaran terbuka tanpa

menghasilkan mikroplastik atau toksin.

Sekian, terima kasih.

Page 135: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 70

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WONG KAH WOH

[ IPOH TIMUR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN WONG KAH WOH [ IPOH TIMUR ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan jumlah penerima vaksin COVID-19 yang telah melengkapi

vaksin dos 1, dos 2, dos penggalak pertama dan dos penggalak kedua

berbanding dengan jumlah populasi negara. Apakah usaha lanjut yang

dijalankan oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi pemberian vaksin

khasnya dos penggalak pertama.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejak 24 Februari 2021 sehingga 18 Julai 2022, seramai

27,384,528 atau 83.9% penduduk berumur 5 tahun dan ke atas telah

lengkap vaksinasi. Daripada jumlah tersebut, seramai:

(i) 23,043,714 juta atau 97.9% penduduk berumur 18 tahun dan ke

atas telah lengkap vaksinasi;

(ii) 2,890,891 atau 92.9% remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah

lengkap vaksinasi; dan

(iii) 1,449,923 atau 40.8% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun

telah lengkap vaksinasi.

Page 136: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 70

2

2. KKM juga telah melaksanakan pemberian dos penggalak pertama

pada 13 Oktober 2021 dan dos penggalak kedua pada 22 April 2022.

Sehingga 18 Julai 2022, seramai 16,119,815 penduduk atau 68.5%

daripada populasi penduduk berumur 18 tahun dan ke atas telah

menerima dos penggalak pertama manakala 225,848 penduduk telah

menerima dos penggalak kedua. Kini, pemberian dos penggalak kedua

diperluaskan kepada individu sihat berumur 50-59 tahun jika mereka

memilih berbuat demikian untuk perlindungan daripada risiko penyakit

yang teruk.

3. Bagi menggalakkan lebih ramai populasi Malaysia mengambil dos

penggalak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil

langkah-langkah seperti berikut:

(i) Pelaksanaan sistem tempahan janji temu melalui aplikasi

MySejahtera. Individu yang layak akan menerima pautan janji

temu (booking link) bagi menempah sesi penerimaan dos

penggalak mengikut ketetapan individu tersebut di Pusat

Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan;

(ii) Menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara

walk-in kepada semua penduduk dewasa berumur 18 tahun ke

atas di semua PPV seluruh negara bermula 29 Januari 2022;

(iii) Melaksanakan pemberian dos penggalak secara opportunistik

bagi individu yang sedang dalam rawatan di Hospital Kerajaan

atau di Hospital swasta yang telah beroperasi sebagai PPV;

(iv) Memberikan janji temu semula kepada individu yang tidak dapat

hadir bagi mendapatkan dos penggalak atas sebab-sebab

tertentu;

(v) Bagi meningkatkan pengambilan dos penggalak di kalangan

penerima dos lengkap vaksin Sinovac, KKM juga turut

menawarkan pemberian dos penggalak secara homologous

kepada golongan ini;

Page 137: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 70

3

(vi) Melaksanakan program jangkau luar (outreach) di kawasan

yang sukar dicapai seperti kawasan pedalaman, Orang Asli dan

pulau-pulau;

(vii) Meningkatkan hebahan melalui media sosial dan media arus

perdana serta di kawasan setempat; dan

(viii) Mewujudkan Jawatankuasa Strategi Komunikasi PICK-Booster

khusus untuk memperkukuhkan penyampaian mesej berkaitan

dos penggalak kepada orang awam. Susulan itu, pelbagai

program seperti slot media / radio, ceramah dan webinar telah

dilaksanakan. Pelaporan AEFI berkala juga turut dikeluarkan

oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi

memberi maklumat sebenar berkenaan AEFI. Selain itu, mesej

berkenaan dos penggalak juga telah dihasilkan seperti

infografik, FAQ dan video berkaitan pengambilan dos penggalak

dalam pelbagai bahasa yang telah dimuat naik di laman web

KKM dan media sosial KKM.

4. Selain itu, bagi menggalakkan golongan OKU dan warga emas di

institusi atau pusat jagaan mendapatkan vaksin dos penggalak, KKM turut

mewujudkan inisiatif vaksinasi dari rumah ke rumah serta di institusi atau

pusat jagaan warga emas dan mewujudkan fasiliti mesra OKU di PPV.

Sekian, terima kasih.

Page 138: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 71

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE

[ SANDAKAN ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan apakah kadar pengambilan semasa untuk

suntikan penggalak kedua untuk vaksin COVID-19 di setiap negeri dan

sama ada Kementerian bercadang untuk menjadikan suntikan penggalak

kedua ini wajib diambil memandangkan peningkatan kes COVID-19

dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sehingga 18 Julai 2022, seramai 225,848 populasi sasaran

berumur 12 tahun ke atas telah menerima dos penggalak kedua dengan

negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor

menunjukkan bilangan penerima tertinggi iaitu seramai 66,174 orang bagi

negeri Selangor, 50,349 orang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan 23,749 orang bagi negeri Johor. Senarai penuh bilangan penerima

dos penggalak kedua adalah seperti dilampirkan.

2. Walau bagaimanapun, peratus bagi penerima dos penggalak kedua

bagi yang berumur 60 tahun ke atas hanyalah seramai 112,177 orang

atau 3.20% daripada populasi bagi kumpulan umur tersebut (3,502,000

Page 139: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 71

2

orang) iaitu bersamaan dengan 32 orang bagi setiap 1,000 orang.

Peratusan dan kadar penerima ini masih lagi jauh berkurangan

berbanding jumlah populasi bagi kategori pesakit berumur 60 tahun dan

ke atas.

3. Pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil

pendekatan mewajibkan pemberian suntikan dos penggalak kedua

kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan kerana polisi pengambilan

suntikan vaksin ini bersifat secara sukarela. Walau bagaimanapun,

kerajaan menggalakkan populasi sasaran yang ditetapkan mengambil

suntikan dos penggalak kedua bagi mengurangkan jangkitan serius dan

kematian memandangkan terdapat peningkatan kes COVID-19 pada

masa ini yang disebabkan oleh varian-varian baru.

4. Kini, pemberian dos penggalak kedua diperluaskan kepada individu

sihat berumur 50-59 tahun jika mereka memilih berbuat demikian untuk

perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk.

Sekian, terima kasih.

Page 140: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 71

3

LAMPIRAN

Senarai Penuh Bilangan Penerima Dos Penggalak Kedua Mengikut

Negeri

BIL. NEGERI JUMLAH

1. Johor 23,749

2. Kedah 4,585

3. Kelantan 1,954

4. Melaka 7,576

5. Negeri Sembilan 8,318

6. Pahang 6,579

7. Perak 16,144

8. Perlis 317

9. Pulau Pinang 9,017

10. Sabah 7,867

11. Sarawak 20,680

12. Selangor 66,174

13. Terengganu 1,692

14. Kuala Lumpur 50,349

15. Labuan 333

16. Putrajaya 514

JUMLAH 225,848

Page 141: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan keberkesanan dan status terkini

pelaksanaan Program Jamin Kerja, termasuklah jumlah peluang

pekerjaan yang telah dihasilkan, dipenuhi serta jumlah peruntukan yang

telah disalurkan untuk setiap kategori.

Page 142: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 72

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Program JaminKerja yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan

bermula 1 Januari 2022 di bawah inisiatif Bajet 2022 telah menunjukkan

impak yang positif.

Berdasarkan statistik, sehingga 1 Julai 2022 jumlah permohonan

Jamin Kerja- Insentif Penggajian yang diterima daripada 7,650 majikan

adalah sebanyak 50,594 permohonan. Daripada jumlah tersebut,

peruntukan yang disalurkan kepada setiap kategori adalah:

i. Peruntukan berjumlah RM10.44 juta telah disalurkan kepada

24,966 orang daripada kategori Pencari Kerja Am;

ii. Peruntukan berjumlah RM6.03 juta telah memanfaatkan seramai

8,366 orang dalam kategori Perantisan;

iii. Peruntukan berjumlah RM3.27 juta, disalurkan kepada 6,271

orang dalam kategori Golongan Mudah Terjejas (individu

menganggur melebihi 180 hari, Orang Kurang Upaya, Penerima

Faedah Sistem Insurans Pekerjaan dan Orang Asli);

iv. Selain itu, peruntukan berjumlah RM2.20 juta diagihkan kepada

6,604 orang yang terdiri daripada kategori Penggantian Pekerja

Asing dan Pegawai Dagang;

v. Seterusnya peruntukan berjumlah RM2.14 juta adalah untuk 3,488

orang daripada kategori wanita yang menganggur melebihi 6 bulan

serta ibu tunggal/suri rumah tidak aktif bekerja; dan

vi. Peruntukan berjumlah RM0.51 juta disalurkan kepada 899 orang

dalam kategori sektor berkaitan Pelancongan.

Sekian, terima kasih.

Page 143: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 73

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM

(SUNGAI SIPUT)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM (SUNGAI SIPUT) minta

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan Laporan

Hak Tanah Adat Orang Asli yang disediakan oleh Suruhanjaya Hak

Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada tahun 2013, terutamanya

berkaitan dengan isu pengiktirafan hak Orang Asli terhadap tanah.

Nyatakan jumlah hektar tanah rezab Orang Asli telah diwartakan di

Parlimen Sungai Siput.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan Kampung Orang Asli

(KOA) di dalam Parlimen Sungai Siput adalah sebanyak 55 KOA.

Sejumlah 26 KOA dengan keluasan tanah 3,554.04 hektar yang telah

diwartakan di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dan di bawah

Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Pada ketika ini, 7 KOA telah dilaksanakan kerja ukur perimeter

dan diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

(MMKN) dengan keluasan 668.19 hektar.

Manakala 22 KOA sedang dalam perancangan dan proses kerja

ukur bagi diangkat untuk kelulusan MMKN bagi tujuan perwartaan.

Sekian, terima kasih.

Page 144: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 74

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY

BIN AHMAD [ KUALA SELANGOR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [ KUALA

SELANGOR ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan maklumat

terkini terkait kegiatan salah-guna dalam pemberian pelbagai kontrak

semasa pandemik seperti yang dilaporkan oleh pihak SPRM sedikit waktu

dahulu. Laporan telah diberikan bahawa banyak kontrak yang

dilaksanakan ketika pandemik banyak isu berbangkit.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melalui kenyataan

media oleh Pengarah Kanan Siasatan (Datuk Seri Hishamuddin Hashim)

pada 27 Mei 2022 telah mengesahkan bahawa berdasarkan siasatan

yang dibuat oleh SPRM, didapati tiada asas berlakunya perlakuan rasuah

atau salah guna kuasa dalam perolehan perkhidmatan kesihatan.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua proses perolehan

yang dilaksanakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah

selaras dengan pekeliling dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Dalam tempoh penularan wabak COVID-19, Kementerian telah

melaksanakan perolehan darurat yang berbeza prosesnya daripada

Page 145: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 74

2

perolehan biasa seperti tender dan sebut harga. Perolehan darurat ini

dilaksanakan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan PB3.3 –

Garis Panduan Perbelanjaan Darurat AP55 dan Perolehan Darurat

AP173.2. Ini bagi membolehkan aktiviti-aktiviti pencegahan dan rawatan

COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia amat prihatin dan memandang

serius terhadap dakwaan rasuah serta salah guna kuasa ini dan tidak

akan berkompromi sekiranya ada pegawai kementerian yang terlibat.

Kementerian amat menitik beratkan aspek integriti dan sahsiah pegawai

yang terlibat dalam perolehan di kementerian.

Sekian, terima kasih.

Page 146: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU

NAIDU [ BATU GAJAH ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU [ BATU GAJAH ] minta

MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan

bagi memastikan agar tambang percuma kenderaan awam yang

diberikan oleh Kerajaan seperti LRT, MRT, bas dan komuter hanya

dimanfaatkan khususnya oleh rakyat tempatan sahaja. Berapa ramai

warga asing yang turut menikmati kemudahan percuma ini berbanding

dengan warga tempatan.

Page 147: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Inisiatif tambang percuma yang telah diumumkan tempoh hari

hanyalah merupakan salah satu usaha bagi mengurangkan beban rakyat

ekoran peningkatan kos sara hidup kesan daripada isu kewangan,

ekonomi dan keselamatan dunia. Inisiatif ini bukanlah merupakan satu

ketetapan kekal, dan hanya berkuatkuasa untuk tempoh satu bulan

sahaja iaitu mulai pada 16 Jun sehingga 15 Julai 2022. Inisiatif ini juga

bertujuan untuk menggalak dan mempromosi penggunaan sistem

pengangkutan awam kepada orang ramai terutamanya yang melibatkan

laluan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya.

Tambang percuma ini adalah terbuka kepada semua termasuk

kepada warganegara asing. Tiada elemen kawalan ditetapkan kerana

inisiatif ini adalah percuma. Oleh yang demikian, tiada sebarang

maklumat yang boleh menunjukkan perbandingan antara pengguna

warganegara asing dan warga tempatan.

Sekian, terima kasih.

Page 148: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 76

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN

ISMAIL [ PANDAN ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan Kementerian

laksanakan secara menyeluruh, memandangkan kes-kes

melibatkan kesihatan mental semakin meningkat; dan

(b) adakah peranan setiap agensi seperti LPPKN, talian NUR serta

pihak NGO dapat dikoordinasikan dengan pihak Kementerian dalam

mengendalikan kes agar lebih terkawal.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia sedar tentang kewujudan

permasalahan kesihatan mental ekoran pandemik COVID-19. Secara

dasarnya, pelaksanaan perkhidmatan kesihatan mental negara adalah

berpandukan kepada Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan

(2020-2025) yang menggariskan inisiatif seperti promosi kesihatan mental

kepada semua lapisan masyarakat, menyediakan perkhidmatan dan

capaian kesihatan mental yang komprehensif dan berkualiti,

Page 149: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 76

2

memperkukuhkan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan mental semasa

krisis dan bencana serta meningkatkan usaha kolaborasi bersama agensi-

agensi berkepentingan. Tindakan-tindakan proaktif yang telah diambil

oleh Kementerian Kesihatan bagi memperkukuhkan perkhidmatan

kesihatan mental untuk masyarakat termasuk:

a) Memperluaskan perkhidmatan kaunseling di peringkat

kesihatan primer melalui penempatan 200 kaunselor secara

kontrak (CFS)

Kaunselor kontrak ini telah ditempatkan di 138 Pejabat Kesihatan

Daerah bagi memberikan perkhidmatan secara berjadual di 831

klinik kesihatan di seluruh negara. Kerajaan juga telah memberi

kelulusan bagi pelanjutan perkhidmatan 200 kaunselor kontrak

ini sehingga 3 Ogos 2023.

b) Perkhidmatan Talian Bantuan Sokongan Psikososial

Perkhidmatan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini

dijalankan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi

memberi bantuan sokongan emosi dan psikososial kepada

mereka yang terkesan. Sehingga 30 Jun 2022, jumlah panggilan

yang diterima adalah sebanyak 306,524 di mana 72.4%

panggilan yang diterima memerlukan sokongan emosi dan

kaunseling.

c) Memperkukuhkan program sokongan kesihatan mental dan

psikososial (MHPSS) di peringkat komuniti.

Program Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan

Psikososial atau Mental Health Psychososial Support bertujuan

membantu memberi sokongan emosi kepada masyarakat

umum. Pasukan MHPSS yang terdiri daripada pakar-pakar

perubatan (kesihatan awam, psikiatri, perubatan keluarga),

pegawai perubatan, pegawai psikologi kaunseling (kaunselor),

pegawai psikologi klinikal, paramedik, memberikan

perkhidmatan saringan, bantuan awal psikologi (PFA atau

Psychological First Aid), psikopendidikan, tele-psikososial dan

tele-kaunseling kepada orang awam dan petugas barisan

hadapan yang memerlukan.

Page 150: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 76

3

d) Implementasi kempen Let’s TALK Minda Sihat merentas

agensi

Kempen ini merupakan kolaborasi pintar (smart partnership)

bersama agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan NGO

dalam usaha mempertingkatkan kesedaran kesihatan mental

secara meluas bagi mengatasi stigma terhadap kesihatan mental

dalam kalangan masyarakat.

e) Pemerkasaan komuniti setempat dalam usaha

mengendalikan isu permasalahan kesihatan mental dan

tingkah laku bunuh diri secara bersepadu

Bagi tujuan ini, ketua-ketua masyarakat setempat dan

sukarelawan turut diberi latihan untuk mengenalpasti masalah

kesihatan mental serta memberi bantuan sokongan kepada ahli

masyarakat yang memerlukan bantuan.

2. Kementerian Kesihatan juga mengadakan usaha bersama pihak-

pihak berkepentingan bagi memastikan kesejahteraan kesihatan mental

masyarakat. Justeru, Kementerian Kesihatan telah mengadakan sesi libat

urus bersama agensi-agensi berkepentingan seperti KPM, KPWKM,

PDRM, KPT, JAKIM, KBS, KKMM dan lain-lain agensi yang berkenaan

bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mental rakyat dilaksanakan

secara menyeluruh.

3. Kerjasama ini telah pun dilaksanakan sebagai contoh melalui

perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang dijalankan sejak

bermulanya pandemik pada tahun 2020 di mana KKM bekerjasama

dengan MERCY Malaysia bagi tujuan ini. KKM juga turut bekerjasama

dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) bagi Talian KSK-Care dan Talian Kasih oleh Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

4. Kementerian Kesihatan akan terus meningkatkan usaha bagi

memastikan kesihatan mental rakyat. Bagi meningkatkan kebolehcapaian

perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat, Kementerian

Kesihatan juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan

Page 151: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 76

4

mental melalui platform digital. Perkhidmatan ini seiring dengan arus

semasa yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan

kesihatan mental.

5. Inisiatif Kementerian Kesihatan seterusnya bagi memastikan

kesejahteraan mental masyarakat adalah melalui penubuhan Pusat

Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of

Excellence for Mental Health – NCEMH) yang dijangka dapat

dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Diharapkan penubuhan pusat ini

dapat mengurangkan jurang perkhidmatan kesihatan mental serta

meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan mental negara melalui

pelaksanaan aktiviti, promosi, pencegahan dan intervensi yang bertujuan

untuk meningkatkan literasi, mengurangkan stigma serta meningkatkan

kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan mental.

Sekian, terima kasih.

Page 152: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN :77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah

pendekatan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi memastikan

bekalan minyak masak di pasaran runcit tempatan sentiasa mencukupi

terutamanya minyak masak paket bersubsidi. Di antara punca kepada

kekurangan bekalan minyak masak paket adalah kelewatan Kementerian

menyalurkan subsidi dan apakah masalah ini telah diatasi ketika ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi memastikan keberadaan bekalan minyak masak bersubsidi di

pasaran tempatan, Kementerian telah mengambil pendekatan seperti

berikut:

i. Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan

Pre-Delivery Plan;

ii. Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

iii. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong

dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng

minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran

seperti Thailand;

Page 153: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN :77

iv. Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3

paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat

menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

v. Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM);

vi. Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana

dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta

mewujudkan kegerunan di kalangan peniaga; dan

vii. Melaksanakan Pemeriksaan Ops ATM melibatkan barang

kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak secara harian di

setiap peringkat rantaian pembekalan dan pengedaran

bertujuan untuk memastikan keberadaan bekalan adalah stabil

dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan.

Bagi tahun 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diluluskan peruntukan sebanyak

RM400 juta di bawah Program COSS. Walau bagaimanapun,

memandangkan harga pasaran minyak kelapa sawit melonjak tinggi

menyebabkan peruntukan yang disediakan tidak menampung

perbelanjaan sebenar Program COSS.

Sehubungan itu, mengambil kira keperluan peruntukan tambahan

daripada KPDNHEP dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan, MOF

telah bersetuju meluluskan tambahan langsung melalui Surat Kuasa

Berbelanja Melebihi Peruntukan sebanyak RM700 juta melalui surat

bertarikh 7 Jun 2022 bagi membiayai pelaksanaan Program COSS untuk

tahun 2022. Penyaluran peruntukan tambahan seterusnya akan dibuat

secara berperingkat tertakluk kepada bil tuntutan sebenar perbelanjaan

yang telah disahkan oleh KPDNHEP dan kedudukan kewangan Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 154: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO. 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI

[ HULU SELANGOR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [ HULU SELANGOR ] minta MENTERI

SUMBER MANUSIA menyatakan berapa jumlah golongan wanita

terutamanya ibu tunggal yang telah kehilangan pekerjaan sepanjang

tempoh pandemik COVID-19 dan apakah inisiatif Kerajaan untuk

membantu mereka.

Page 155: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO. 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan, jumlah golongan

wanita termasuk ibu tunggal yang kehilangan pekerjaan sepanjang

tempoh pandemik COVID-19 adalah seramai 61,381 orang.

Sehubungan itu, bagi membantu mereka yang terkesan termasuk

golongan wanita dan ibu tunggal, Kerajaan dalam Belanjawan 2022 telah

memberikan peruntukan sebanyak RM2 bilion kepada Kementerian

Sumber Manusia. Kementerian menerusi PERKESO melaksanakan

Program JaminKerja – Insentif Penggajian di bawah Sistem Insurans

Pekerjaan yang dijangka akan memanfaatkan 300,000 pencari kerja

termasuk golongan wanita dari seluruh negara.

Program Jamin Kerja- Insentif Penggajian telah memberi tumpuan

kepada usaha merangsang para majikan untuk membuat pengambilan

pekerja terutamanya dalam kalangan individu yang tidak aktif bekerja

(golongan penganggur, golongan rentan Orang Kurang Upaya, bekas

banduan, warga emas dan golongan wanita menganggur bagi tempoh

berpanjangan). Program JKIP memberi insentif kepada:

i. Majikan yang membuat pengambilan pekerja berusia 18 hingga

20 tahun di bawah kategori perantisan dengan kadar insentif

sebanyak RM900 selama enam bulan;

ii. Majikan yang membuat pengambilan pekerja berusia 16 hingga

49 tahun di bawah kategori Pencari Kerja Am yang akan

menerima insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji pekerja

bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus untuk tempoh

enam bulan berikutnya;

Page 156: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO. 78

iii. Majikan yang mengambil pekerja daripada kategori golongan

mudah terjejas, wanita dan pekerjaan di bawah sektor

pelancongan akan menerima bayaran insentif sebanyak 30

peratus daripada gaji pekerja bagi tempoh enam bulan pertama

dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya; dan

iv. Majikan yang menggantikan pekerja asing atau pegawai

dagang dengan pekerja tempatan di bawah Program

Malaysianization. Di bawah program ini, majikan yang layak

bakal menerima insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji

bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi

enam bulan berikutnya.

Selain itu, di bawah Belanjawan 2022, PERKESO turut

memperkenalkan Program SIPGig. Program ini menyediakan insentif

kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh

maksimum enam bulan bagi pekerja gig yang baharu.

Insentif ini turut memberi fokus kepada individu yang diberikan notis

cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari,

pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak

bekerja lebih daripada enam bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang

tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital yang

daftar di bawah PERKESO.

Sekian, terima kasih.

Page 157: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NATRAH BT. ISMAIL

(SEKIJANG)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN HAJAH NATRAH BINTI ISMAIL ( SEKIJANG ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan taraf kewarganegaraan

di bawah Perkara 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima

dan diluluskan oleh pihak Kementerian sejak tahun 2021 bagi anak-anak

yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 591

permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 14(1)(b)

Perlembagaan Persekutuan bagi individu yang dilahirkan di luar negara oleh

ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan bapa bukan

warganegara telah diterima untuk tempoh dari tahun 2021 hingga 12 Julai

2022. Dari jumlah berkenaan, sebanyak 33 permohonan telah diluluskan

dan 558 masih dalam proses.

Page 158: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN JUGAH ANAK MUYANG @ TAMBAT

[ LUBOK ANTU ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN JUGAH ANAK MUYANG @ TAMBAT [ LUBOK ANTU ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan bagaimana pihak Kementerian dapat

memastikan harga telur pelbagai gred tidak dieksploitasi oleh golongan

pembekal atau para peniaga khususnya di luar bandar seperti Lubok

Antu.

Page 159: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pemantauan KPDNHEP mendapati harga telur tidak dieksploitasi oleh

golongan pembekal atau para peniaga. Kenaikan harga dan tekanan

harga telur adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran susulan

kenaikan harga makanan seperti harga jagung dan soya, kenaikan harga

buruh, kenaikan harga operasi pengeluaran, kenaikan harga vitamin dan

mineral, kenaikan kos pengangkutan dalam dan luar negara serta

pelbagai tekanan harga global akibat Covid19 di seluruh dunia.

Kementerian sentiasa memantau bekalan dan harga telur semasa skim

harga maksimum dan di luar skim harga maksimum bagi memastikan

kestabilan bekalan dan harga yang munasabah dapat diperoleh oleh

rakyat tertutama penduduk di luar bandar. Kerajaan juga melaksanakan

program Penyeragaman Harga Community Drumming di kawasan luar

bandar seperti Lubuk Antu dengan memberi subsidi pengangkutan

kepada barang keperluan harian termasuk telur ayam.

Tindakan akan diambil ke atas peniaga sekiranya didapati melakukan

kesalahan gagal meletakkan tanda harga ke atas telur ayam di bawah

Perenggan 5, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan

Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

Peniaga yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda seperti

berikut:

(a) individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000

atau dikompaun sehingga RM5,000; dan

(b) syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun

sehingga RM10,000.

Sekian, terima kasih.

Page 160: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN

WAN CHIK [ BALIK PULAU ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK [ BALIK PULAU ]

minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

menyatakan senarai negeri yang menguatkuasakan Sistem Pengumpulan

Air Hujan (SPAH) dan apakah usaha Kementerian untuk memastikan

sistem ditambah baik dan diguna pakai secara meluas.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan Garis Panduan

Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) sebagai

rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk pelaksanaan SPAH

di seluruh negeri. Sehingga kini, sebanyak sebelas (11) negeri telah

menguatkuasakan SPAH seperti berikut:

i. Perlis;

ii. Kedah;

iii. Pulau Pinang;

iv. Perak;

v. Selangor;

Page 161: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 81

vi. Negeri Sembilan;

vii. Melaka;

viii. Johor;

ix. Pahang;

x. Kelantan; dan

xi. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, meskipun negeri Terengganu

belum menguatkuasakan SPAH, namun pelbagai langkah telah diambil

oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Terengganu dalam

memastikan pelaksanaan inisiatif SPAH. Antara inisiatif yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. menggalakkan pemasangan SPAH di bangunan yang perlu

sahaja seperti bangunan berskala besar dan bangunan

kerajaan;

ii. memastikan sistem SPAH ditambah baik dari semasa ke

semasa mengikut kesesuaian aktiviti bangunan; dan

iii. mengesyorkan penguatkuasaan SPAH di peringkat

Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan.

Di samping itu, sebagai usaha dalam memastikan pelaksanaan

SPAH secara meluas, Kementerian ini juga melaksanakan program

latihan pada setiap tahun bagi memberikan pendedahan kepada PBN di

seluruh negara mengenai kepentingan SPAH. Selain itu, pelbagai

maklumat mengenai produk-produk SPAH dan kepelbagaian inovasinya

turut dikongsi oleh pihak pembekal di peringkat PBN dan PBT.

Sekian, terima kasih.

Page 162: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE (SANDAKAN)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE ( SANDAKAN ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci kategori mana warga asing

di Sabah yang layak untuk dikeluarkan Pengenalan Digital Warga Asing

serta apakah terma dan syarat untuk pengenalan itu.

Page 163: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 82

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Pengurusan Warga

Asing di Sabah (JKPWAS) yang dipengerusikan bersama oleh YB Menteri

Dalam Negeri dan YAB Ketua Menteri Sabah bersetuju supaya kajian

lanjut berkaitan pendataan warga asing dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah

sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. Susulan daripada itu, Pejabat

Ketua Menteri Sabah telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak

termasuklah badan bukan Kerajaan (NGO), agensi Kerajaan yang

berkaitan serta parti-parti politik di Negeri Sabah bagi mendapatkan

pandangan serta cadangan-cadangan yang boleh diaplikasikan dalam

melaksanakan pendataan warga asing di Negeri Sabah.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui JKPWAS akan

meneliti laporan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah

sebelum membuat keputusan yang terbaik untuk kesejahteraan penduduk

Negeri Sabah dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Cadangan untuk melaksanakan pendataan di Sabah ini masih dalam kajian

dan tiada entiti yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat daripada

mana-mana individu. Justeru, Kementerian ingin mengingatkan supaya

mana-mana pihak tidak terpedaya dengan kehadiran mana-mana ejen

yang cuba mengambil kesempatan dan mengambil duit untuk pendaftaran.

Kerajaan akan membuat pengumuman setelah keputusan dibuat.

Page 164: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ]

TARIKH JAWAB : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

YB TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan hala tuju dan

perancangan Kementerian dalam menambah pembekalan Rumah

Mampu Milik di Pulau Pinang yang mana sehingga kini, pembekalan unit

berkaitan daripada agensi-agensi Persekutuan hanya berjumlah 26,051

unit. Kongsikan juga jumlah unit Rumah Mampu Milik di bawah

Perbadanan PR1MA, PPAM, UDA, JKP dan PERDA bagi setiap negeri

sehingga kini.

Page 165: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 83

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab menyediakan

perumahan yang berkualiti, kondusif, berdaya huni dan mampu milik untuk

rakyat. Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan Rumah Mampu

Milik (RMM) khususnya untuk golongan B40 dan M40. Antara projek-

projek RMM di bawah KPKT ialah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk golongan B40, manakala Kediaman

SPNB, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Perumahan

PR1MA disediakan khusus untuk golongan M40.

Selaras dengan strategi RMKe-12 iaitu meningkatkan bekalan RMM

kepada kumpulan sasar serta hasrat Kerajaan untuk merealisasikan “Satu

Keluarga Satu Rumah“, KPKT akan terus memberi perhatian terhadap

pelaksanaan projek-projek RMM di seluruh negara. Pelaksanaan strategi

untuk menjayakan pembinaan 500,000 unit RMM di seluruh negara ini

dipantau oleh Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. MPMMN ini turut dianggotai

oleh pelbagai agensi penyedia perumahan di peringkat Persekutuan,

kerajaan negeri serta agensi lain yang terlibat dalam pembangunan RMM

dan KPKT adalah penyelaras utama bagi perkara ini.

Kerajaan komited untuk meneruskan penyediaan perumahan

khususnya bagi golongan B40 dengan pelaksanaan PPR secara

berterusan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan meneruskan Program

RMR di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang juga

terbukti memberi manfaat perumahan khusus kepada golongan B40 yang

mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi

kebenaran.

Page 166: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 83

Selain itu, Kerajaan akan meneruskan program perumahan sedia

ada bagi golongan M40 melalui program RMM dengan harga jualan

RM300,000 dan ke bawah seperti Perumahan Penjawat Awam Malaysia

(PPAM), program perumahan PR1MA dan Kediaman SPNB. Sehingga

bulan Jun 2022, jumlah RMM yang telah siap dibina mengikut negeri

adalah seperti berikut:

NEGERI PPR

SPNB

PPAM PR1MA RUMAH

MESRA

RAKYAT

KEDIAMAN

SPNB

Perlis 1,428 1,373 - 251 231

Kedah 4,910 5,628 1,956 3,437 3,340

Pulau

Pinang 999 520 404 341 1,017

Perak 1,274 5,685 225 734 6,571

Selangor 5,184 2,367 2,883 603 3,292

Negeri

Sembilan 670 3,651 1,662 619 -

Melaka 1,436 2,371 2,285 932 1,852

Johor 11,195 6,614 1,896 717 1,960

Pahang 4,168 4,423 1,245 1,729 817

Terengganu 1,002 6,993 - 455 -

Kelantan 3,268 7,972 2,699 496 965

Sabah 23,009 1,342 10,163 1,594 1,861

Sarawak 4,791 1,572 2,746 1,255 3,238

W.P. Kuala

Lumpur 34,862 21 - 4,841 2,617

W.P.

Putrajaya - 3 - 8,572 560

W.P.

Labuan - 49 141 - -

Jumlah 98,196 50,584 28,305 26,576 28,321

Page 167: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 83

Berdasarkan sasaran RMM yang ditetapkan di bawah RMKe-12,

Pulau Pinang mensasarkan sebanyak 20,913 unit bagi tempoh 2021-

2025. Ini termasuk sasaran UDA Holdings Berhad (UDA) dan Lembaga

Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) untuk membina 1,096 unit dan

6,495 unit RMM masing-masing sepanjang RMKe-12.

Agenda pemilikan rumah di Malaysia sentiasa memberi tumpuan

kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki

sejajar dengan konsep Malaysia Berdaya Huni (Liveable Malaysia). KPKT

juga komited untuk memastikan bekalan RMM yang mencukupi untuk

memenuhi keperluan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Page 168: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L

RAJAJI [ JELUTONG ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan adakah pemansuhan subsidi minyak masak

akan menimbulkan peningkatan inflasi makanan pada masa akan datang

dan adakah wajar subsidi ini dimansuhkan hanya kerana berlaku

penyelewengan oleh pihak ketiga dan aktiviti penyeludupan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti mana yang telah dimaklumkan melalui pengumuman YAB

Perdana Menteri ke-8 semasa Pakej Perlindungan Rakyat Dan

Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021, pemberian subsidi

minyak masak dalam botol adalah satu langkah sementara untuk

mengurangkan beban rakyat ketika negara berada di dalam fasa

pandemik COVID-19. Pakej ini pada peringkat asalnya ditetapkan hanya

untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Namun begitu, mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan dan

harga komoditi minyak masak yang masih lagi tinggi, subsidi sementara

ini telah dilanjutkan sebanyak 5 kali penyambungan iaitu pada :

Page 169: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 84

a. 1 November hingga 31 Disember 2021

b. 1 Januari hingga 31 Mac 2022

c. 1 April hingga 30 April 2022

d. 1 Mei hingga 31 Mei 2022

e. 1 Jun hingga 30 Jun 2022

Kerajaan telah bersetuju mengekalkan hanya satu sahaja mekanisme

subsidi minyak masak kepada rakyat iaitu melalui pelaksanaan subsidi

minyak masak dalam polibeg 1kg.

Oleh yang demikian, pemberian subsidi minyak masak dalam botol ini

dihentikan kerana ianya sudah memenuhi matlamatnya iaitu sebagai

bantuan tambahan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak

Masak (COSS) semasa negara berada di fasa pendamik Covid-19.

Namun begitu, apabila negara telah beralih kepada fasa endemik,

meneruskan pemberian subsidi minyak masak dalam botol tidak lagi

bersesuaian kerana ianya akan digunakan oleh kumpulan yang tidak

disasarkan seperti peniaga-peniaga dan pengusaha restoran yang mana

merupakan satu bentuk ketirisan.

Sekian, terima kasih.

Page 170: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 85

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH

[ KUANTAN ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [ KUANTAN ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan :-

(a) status terkini perkembangan pembinaan Hospital Wanita dan Kanak

Kanak di Kuantan yang dicadangkan di plot 515 di Tanjung Lumpur,

mukim Kuala Kuantan dengan kawasan seluas 30.957 ekar; dan

(b) adakah kos binaan masih RM500 juta dan bilakah dijangka siap

serta boleh memulakan operasi perkhidmatan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Tengku

Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang merupakan projek yang telah

diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

(UPE, JPM) dengan kos keseluruhan sebanyak RM500 juta.

2. Namun demikian, berdasarkan kepada cadangan reka bentuk yang

telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pertambahan skop

baru infectious disease susulan daripada pandemik COVID-19, projek ini

Page 171: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 85

2

menghadapi kekangan kos di mana kos yang diluluskan sebanyak

RM500 juta tidak mencukupi.

3. Kementerian Kesihatan Malaysia bersama JKR sedang dalam

perbincangan akhir bersama Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi

memuktamadkan skop akhir dan pertambahan kos sebenar yang

dijangka akan selesai pada penghujung bulan Julai 2022.

Sekian, terima kasih.

Page 172: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY

BIN AHMAD [ KUALA SELANGOR ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD [ KUALA

SELANGOR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah

polisi Kerajaan dalam mengelakkan situasi anti persaingan berlaku lagi

sepertimana yang telah berlaku kepada syarikat e-hailing dalam negara

yakni “Grab 2.0” di mana syarikat-syarikat baharu sukar untuk bersaing

dengan si monopoli, rakyat terpaksa membayar caj lebih tinggi dan para

pekerja industri kurier tidak lagi mempunyai pilihan yang banyak.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan adalah komited dalam memastikan aspek kemampanan

dan persaingan yang sihat diamalkan di dalam setiap perniagaan dan

sebarang penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai. Sebagai salah

satu bukti akan kesungguhan Kerajaan, Suruhanjaya Persaingan

Malaysia (Suruhanjaya Persaingan atau MyCC), satu badan bebas telah

ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 di bawah bidang

kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP). Peranan utama MyCC adalah untuk untuk

melindungi proses persaingan bagi kepentingan perniagaan, pengguna

dan ekonomi.

Page 173: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 86

Mengenai soalan yang dibangkitkan berkaitan perkhidmatan e-

hailing, seperti yang dilaporkan di dalam media-media massa, pihak

MyCC juga telah menjalankan siasatan ke atas pihak operator penyedia

perkhidmatan e-hailing dan mengambil tindakan-tindakan yang

diperuntukkan di bawah Akta Persaingan 2010. Namun, perkara

melibatkan operator berkaitan sedang di dalam proses di Mahkamah,

maka tidak bolehlah saya untuk mengulas dengan lebih lanjut, kerana kita

harus menghormati sistem perundangan negara dan Mahkamah secara

khususnya.

Di peringkat MOT dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),

aspek persaingan yang sihat adalah dikawalselia menerusi penetapan

peraturan-peraturan pelesenan dan pengoperasian yang dikenakan sama

kepada semua atau mana-mana operator yang menyediakan

perkhidmatan e-hailing. Tiada terdapat sebarang halangan kepada mana-

mana pihak tidak menghalang mana-mana syarikat untuk menyediakan

perkhidmatan e-hailing di bawah lesen perniagaan pengantara selagi

mana mereka memenuhi semua peraturan kriteria yang telah ditetapkan.

Namun begitu, pengoperasian semua perkhidmatan e-hailing

adalah dikawal selia sama ada oleh APAD mahupun Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Sarawak. Sekiranya

terdapat sebarang isu berbangkit atau aduan mengenai pengoperasian

perkhidmatan e-hailing termasuk mengenai kadar tambang yang

dilaporkan tinggi, agensi-agensi terlibat akan melaksanakan siasatan ke

atas setiap perkara tersebut bagi melindungi hak pengguna selain

memastikan kemampanan dan daya saing perkhidmatan ini untuk tempoh

masa panjang. Tindakan boleh diambil ke atas penyedia-penyedia

perkhidmatan termasuk dikenakan tindakan notis saman, menggatung

atau membatalkan lesen perniagaan pengantaraan pihak terbabit

sekiranya didapati melanggar sebarang peraturan pelesenan dan

pengoperasian yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 174: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 87

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG

[ LANANG ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan sebab berlakunya kekurangan bekalan ubat-

ubatan di pasaran termasuk farmasi, klinik swasta, hospital swasta dan

juga hospital Kerajaan dan apakah langkah jangka masa pendek dan

panjang untuk mengatasi isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di seluruh

negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu-isu

kekurangan bekalan ubat-ubatan di pasaran termasuk farmasi, klinik

swasta, hospital swasta dan juga hospital Kerajaan.

2. Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kekurangan

bekalan ubat-ubatan di pasaran yang berlaku baru-baru ini iaitu:

a) Permintaan mendadak sejak awal tahun 2022 terhadap ubat

demam dan batuk serta selsema akibat kes COVID-19 dan

penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD);

Page 175: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 87

2

b) kecenderungan pengguna untuk membeli ubat jenama tertentu

walaupun terdapat jenama lain yang tersedia di pasaran,

sebagai contoh jenama Panadol berbanding jenama lain yang

mengandungi bahan aktif yang sama iaitu paracetamol;

c) kelewatan dalam pembekalan bahan farmaseutikal aktif (API),

eksipien, standard analisis rujukan dan bahan pembungkusan

disebabkan cabaran logistik akibat peperangan di Ukraine dan

perintah berkurung di China;

d) kekurangan sumber manusia di peringkat kilang pengeluar; dan

e) Kegagalan pihak pengeluar utama solvents (contoh: chloroform

spirit, denatured alcohol, absolute alcohol, alcohol) untuk

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar

bagi pelupusan sisa buangan yang menyebabkan pencemaran

sungai. Solvents ini diperlukan untuk proses pembuatan produk

farmaseutikal.

3. KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah mengambil

beberapa tindakan penyelesaian untuk memastikan kesinambungan

perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dapat diteruskan.

a) KKM akan melepaskan stok penimbal untuk pembelian oleh

fasiliti kesihatan swasta, dengan mengambil kira ketersediaan

stok tanpa menjejaskan keperluan perawatan pesakit sedia ada

di KKM, bagi menampung kekurangan bekalan ubat-ubatan di

hospital/klinik swasta.

b) Fasiliti kesihatan swasta boleh memohon pinjaman bekalan

ubat-ubatan daripada fasiliti kesihatan swasta yang lain atau

fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat. Fasiliti kesihatan

kerajaan boleh menimbang untuk meminjamkan bekalan ubat-

ubatan untuk kegunaan ketika kecemasan, krisis dan bencana

dengan memastikan terlebih dahulu ketersediaan dan baki stok

ubat-ubatan adalah mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian

fasiliti kesihatan kerajaan tersebut.

Page 176: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 87

3

c) Sekiranya perlu, pesakit dari fasiliti kesihatan swasta boleh

dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan

rawatan. Namun demikian, pesakit mungkin memerlukan

perubahan regimen ubat-ubatan berdasarkan ketersediaan di

fasiliti kerajaan yang dirujuk.

d) Pesakit dari fasiliti kesihatan swasta juga boleh membeli ubat-

ubatan tersebut daripada farmasi komuniti dengan preskripsi

yang diterima daripada klinik atau hospital swasta berkenaan.

4. Pada masa yang sama, Program Perkhidmatan Farmasi telah

memulakan perkongsian maklumat senarai ubat-ubatan yang mengalami

gangguan dan cadangan produk alternatif bagi ubat-ubatan tersebut

dengan pihak pengamal perubatan swasta, hospital swasta dan kerajaan

serta farmasi komuniti.

5. Manakala penyelesaian jangka panjang sedang diusahakan KKM

bagi menangani isu ini dan pemantauan berterusan dibuat untuk

memastikan ketersediaan ubat-ubatan di seluruh Malaysia.

6. Program Perkhidmatan Farmasi akan sentiasa bekerjasama

dengan pihak industri produk farmaseutikal bagi memastikan bekalan

ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat

Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 177: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ MASIR KUJAT (SRI AMAN)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO’ MASIR KUJAT (SRI AMAN) minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah kadar capaian

bekalan air bersih sama ada sumber air graviti atau sumber air bawah

tanah di Parlimen Sri Aman.

Page 178: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 88

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang RMKe-11 dari

tahun 2016 sehingga tahun 2020, sebanyak 53 projek telah

dilaksanakan di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem

Alternatif melibatkan penyediaan sumber air graviti dan air bawah tanah

di seluruh Negeri Sarawak dengan kos keseluruhan adalah sebanyak

RM9.1 juta. Pelaksanaan projek ini telah memberikan manfaat kepada

1,771 buah rumah di Negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 4

projek telah dilaksanakan di Parlimen Sri Aman melibatkan peruntukan

sebanyak RM500,000 dan memberi manfaat kepada 128 buah rumah.

Dalam tempoh RMKe-12 pula, bagi tahun 2021, Kementerian

memperuntukkan sebanyak RM5 juta di bawah Projek BALB Sistem

Alternatif bagi pelaksanaan 18 projek di seluruh Negeri Sarawak yang

melibatkan 574 buah rumah sebagai penerima manfaat. Daripada

jumlah ini, RM1.86 juta telah diagihkan kepada Parlimen Sri Aman bagi

pelaksanaan 4 projek yang memberi manfaat kepada 224 buah rumah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, selain daripada Projek

BALB Sistem Alternatif, Kementerian ini juga turut melaksanakan

Projek BALB Sistem Retikulasi yang mana skop pelaksanaan adalah

melibatkan penyambungan paip retikulasi dari paip-paip utama Pihak

Berkuasa Air Negeri (PBAN), pembinaan tangki, sistem pam penggalak

dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Bagi tempoh RMKe-12, terdapat 2 Projek BALB Sistem Retikulasi

di Parlimen Sri Aman iaitu Projek BALB Kawasan Batu Lintang,

Bahagian Sri Aman dengan kos projek sebanyak RM45 juta dan Projek

BALB Kawasan Pantu Fasa III, Bahagian Sri Aman dengan kos projek

RM117 juta. Projek BALB Kawasan Batu Lintang telah siap

dilaksanakan pada tahun ini dan dijangka dapat memberi manfaat

kepada 681 buah rumah. Manakala Projek BALB Kawasan Pantu Fasa

III, Bahagian Sri Aman masih di peringkat rekabentuk oleh perunding

dan dijangka memberi manfaat kepada 2,128 buah rumah.

Sekian, terima kasih.

Page 179: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN

[SELAYANG]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) sebab-sebab untuk mengehadkan hingga 25 daripada 1,000

agensi pengambilan pekerja-pekerja Bangladesh; dan

(b) langkah-langkah yang diambil untuk menangani kekurangan

tenaga kerja yang serius yang dihadapi oleh perniagaan-

perniagaan dan industri-industri.

Page 180: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 89

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Migrasi adalah merupakan isu global dan kompleks

yang perlu ditangani secara berhemah. Terdapat banyak faktor

yang berkaitan dengan migrasi termasuk jenayah pemerdagangan

orang. Negara pada masa ini diletakkan di dalam kedudukan yang

rendah (Tahap 3) bagi penilaian Laporan Tahunan Pemerdagangan

Orang yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Laporan ini secara konsisten telah menyatakan mengenai kos

pengambilan yang tinggi bagi kemasukan warga Bangladesh ke

Malaysia. Sebagai contohnya, sebuah syarikat berkaitan Kerajaan

telah diminta untuk membayar semula kepada pekerja-pekerja

warga Bangladesh kos pengambilan yang dikenakan terhadap

mereka.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menangani isu yang

dibangkitkan ini dan menghadkan bilangan agensi pengambilan dari

Bangladesh adalah merupakan salah satu daripada langkah bagi

menangani eksploitasi buruh dan buruh paksa yang berkait dengan

pengambilan pekerja daripada negara sumber khususnya

Bangladesh.

Malaysia menyokong sepenuhnya inisiatif Pertubuhan Buruh

Antarabangsa (ILO) mengenai pengambilan pekerja warga asing

secara adil dan beretika daripada negara sumber terutamanya

dalam menangani elemen buruh paksa termasuk memastikan kos

yang minima kepada pekerja terbabit.

Keputusan Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan jumlah

agensi pekerjaan Bangladesh daripada 10 kepada 25 merupakan

satu pendekatan yang wajar. Ini mengambil kira tumpuan yang

diberikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi pengambilan

pekerja daripada negara tersebut. Justeru itu, langkah sebegini

Page 181: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 89

perlu diambil oleh Malaysia bagi menangani kebimbangan

mengenai perkara ini. Keputusan untuk menghadkan jumlah agensi

pekerjaan Bangladesh dalam proses pengambilan merupakan

salah satu tindakan pencegahan dalam membendung

permasalahan buruh paksa.

Proses pengambilan bagi pekerja warga Bangladesh adalah

berdasarkan obligasi yang dinyatakan di bawah Memorandum

Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua negara.

Malahan, ianya telah dibincangkan secara terperinci sebelum MoU

tersebut dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih.

Page 182: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK DR. HASAN BIN BAHROM

(TAMPIN)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK DR. HASAN BIN BAHROM (TAMPIN) minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan usaha Kementerian

bagi mewujudkan usahawan desa, apakah program yang telah

dilaksanakan, bagaimana ia dilakukan, dan sejauh mana keberhasilan

program tersebut dalam membina usahawan desa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2022, KPLB melalui Bahagian dan Agensi telah

merancang beberapa program pembangunan usahawan yang

menyeluruh bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan

mereka.

Melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Desa, antara

program-program tersebut termasuklah Program Sokongan

Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-start dan juga

Program Outreach Usahawan @ KPLB.

Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar

(SPKLB) Re-start bagi tahun 2022 telah dilaksanakan bagi memberi

bantuan kepada usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid-19

dengan pemberian geran SPKLB berdasarkan had maksima RM3 ribu -

RM5 ribu. Sehingga 30 Jun 2022, seramai 544 usahawan telah

menerima manfaat dengan nilai geran sebanyak RM2,686,121.00.

Page 183: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 90

Program Outreach Usahawan @ KPLB bagi tahun 2022 telah

dilaksanakan sebanyak 2 siri daripada 4 siri yang disasarkan dalam

bentuk pelaksanaan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD). Program

Outreach Usahawan @ KPLB adalah merupakan satu program

pemasaran di bawah KPLB yang bertujuan untuk memartabatkan

produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan luar bandar melalui

perluasan akses pasaran serta peningkatan aktiviti pemasaran.

Menerusi pelaksanaan 2 siri Mini KUD yang telah diadakan di

Pontian, Johor pada 3 hingga 5 Mac 2022 dan di Lipis, Pahang pada

30 Jun hingga 3 Julai 2022, program ini telah memanfaatkan 235

usahawan luar bandar yang diselia oleh agensi di bawah KPLB.

Manakala melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), antara inisiatif

yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan desa adalah

dengan menawarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa Nano (SPED

Nano) yang merupakan skim pembiayaan khas yang memfokuskan

kepada usahawan desa. Antara objektif skim ini adalah untuk

menyediakan kemudahan pembiayaan mudah tanpa penjamin,

menggalakkan penglibatan dan pembangunan masyarakat luar bandar.

Sejak tahun 2018 hingga 2021, seramai 1,974 usahawan desa telah

diberikan pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17.67

juta. Manakala bagi tahun 2022, setakat bulan Jun, seramai 180

usahawan desa telah dibantu dengan jumlah pembiayaan sebanyak

RM1.56 juta.

Selain itu, pihak KEMAS turut melaksanakan beberapa program

mewujudkan usahawan desa iaitu melalui Program Latihan

Pembangunan Usahawan KEMAS, Program Asnaf Berdikari dan

Program 1 Kampung 1 Usahawan. Untuk tahun 2022, 50 usahawan

telah mengikuti program Program Asnaf Berdikari manakala 1519

usahawan telah mengikuti program Program 1 Kampung 1 Usahawan.

Seterusnya, pihak KPLB melalui RISDA berusaha mewujudkan

usahawan desa dengan mengadakan program Program Aktiviti

Ekonomi Tambahan dan Pembangunan Usahawan.

Program ini dijalankan dengan pemberian bantuan meliputi

peralatan, mesin, bahan mentah, dan lain-lain input perniagaan,

Page 184: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 90

pembungkusan dan pelabelan produk, pensijilan halal, piawaian kualiti

produk;, pemasaran dan pengembangan perniagaan serta kursus-

kursus keusahawan.

Bagi tahun 2022, program ini menyediakan peruntukan berjumlah

RM56.29 juta untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi

pekebun kecil.

Dengan peruntukan tersebut, RISDA mensasarkan seramai 3,377

orang pekebun kecil getah yang akan menerima manfaat dilahirkan

sebagai usahawan. Setakat ini, secara keseluruhannya RISDA telah

berjaya membantu seramai 9,604 orang usahawan pekebun kecil meningkatkan taraf hidup dan ekonomi dengan keseluruhan jualan berjumlah RM246.14 juta. Secara purata pendapatan usahawan pekebun kecil daripada aktiviti perniagaan dan keusahawanan adalah sebanyak RM1,537.73.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, sehingga kini terdapat

seramai 1,183 orang usahawan yang aktif secara individu di bawah

FELCRA. Fokus program pemantapan pendapatan komuniti usahawan

FELCRA dilaksanakan merangkumi penyertaan dalam enam (6) kluster

perniagaan iaitu:

i. Pembuatan : 33

ii. Akuakultur : 34

iii. Tanaman : 98

iv. Ternakan : 131

v. Makanan : 271

vi. Perkhidmatan: 616

Jumlah = 1,183 orang usahawan

FELCRA telah menyediakan dan menyalurkan dua (2) sumber

peruntukan daripada sumber dalaman FELCRA dan geran daripada

Kerajaan Persekutuan bagi membantu, membimbing dan

memantapkan sumber pendapatan usahawan.

Menerusi Rolling Plan 2, Tahun 2022, RMKe-12, peruntukan

berjumlah RM10,006,000.00 telah diterima daripada pihak Kerajaan

Persekutuan untuk disalurkan kepada komuniti usahawanan FELCRA

bagi melaksanakan lima (5) aktiviti utama iaitu:

Page 185: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 90

i. Community Engagement- Bengkel

Automotif

: RM960,000

ii. Kelestarian dan Kemampanan Industri

Desa

: RM1,726,000

iii. Perlengkapan Kampung-Premis

Perniagaan

: RM2,000,000

iv. Agro Pertanian : RM2,000,000

v. Pembangunan Hasil Baru (Herba) : RM3,320,000

Jumlah : RM10,006,000

Pihak KPLB juga melalui semua Lembaga Kemajuan Wilayah di

bawahnya turut melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan

usahawan desa sebagai contoh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(KESEDAR) melaksanakan Program Integpreneur Belia, Program

Industri Kotej Bersepadu dan Program Peningkatan Kualiti Produk.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pula

melaksananakan Program Transformasi Pembangunan Keusahawanan

(Entrepreneurship Economic Development Transformation Program)

[EDEP] untuk membantu usahawan dan masyarakat luar bandar dalam

pembangunan dan pemasaran produk yang dihasilkan di seluruh

Negeri Kedah. Program yang bermula pada tahun 2019 dengan siling

peruntukan sebanyak RM3,000,000 telah berhasil membantu seramai

1,313 orang usahawan desa dari kluster makanan dan minuman,

kesejahteraan, gaya hidup, teknologi maklumat dan komunikasi,

perkhidmatan, automotif, pertanian serta pembinaan.

Daripada jumlah ini, seramai 881 usahawan dibantu dapat

meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan

kewangan secara sistematik dan berekod melalui 25 siri penganjuran

kursus dan latihan. Manakala 432 orang usahawan lagi berjaya

meningkatkan pendapatan sehingga 30% dengan purata pendapatan

RM3,000.00 hasil bantuan mesin peralatan, pembungkusan pelabelan

serta promosi pemasaran.

Bagi melaksanakan program pembangunan usahawan luar

bandar di Wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Page 186: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 90

pula, beberapa bentuk program pembangunan telah diperkenalkan dan

dilaksanakan.

KEJORA telah menyediakan program Skim Bantuan Modal Niaga

(SBMN) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) dengan

peruntukan maksimum RM10 ribu seorang, dan Skim Tunas Agro

KEJORA dengan peruntukan maksimum RM5 ribu seorang.

KEJORA turut membantu usahawan luar bandar ini dengan

melaksanakan program Transformasi Kualiti Produk (PTKP) dengan

setiap produk dan usahawan akan didaftarkan di bawah Sistem MyIpo

selain menerima faedah bantuan pembungkusan dan promosi produk

dengan nilai RM10 ribu seorang bagi menyokong dan menggalakkan

pengeluaran produk usahawan KEJORA yang didaftarkan di bawah

jenama KEJORA Best.

Dua lagi Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah KPLB iaitu

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Lembaga

Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut mempunyai

pelbagai program pembangunan usahawan desa meliputi

pemudahcara melalui bekalan peralatan, latihan, promosi dan

penyediaan premis-premis komersial/lot Industri Kecil & Sedeharana

(IKS).

Sekian, terima kasih.

Page 187: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF B. RAWA

(PARIT BUNTAR)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI DR. MUJAHID BIN YUSOF RAWA ( PARIT BUNTAR ) minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa kadar kes bunuh diri yang

berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari tahun 2020

hingga 2021 dan apakah punca kes berkenaan berlaku.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kadar kes bunuh diri yang berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) dari 18 Mac 2020 hingga 31 Dis 2021 yang direkodkan oleh Polis

Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah 1,660 orang. Berdasarkan siasatan,

antara punca mangsa membunuh diri adalah disebabkan oleh masalah

kewangan, masalah kesihatan, tekanan perasaan dan masalah keluarga.

Page 188: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN M. KULASEGARAN [ IPOH BARAT ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan sama ada Kerajaan sedar apabila mereka menggunakan dasar

yang lemah dalam pengambilan pekerja asing akan merugikan syarikat-

syarikat Malaysia yang cuba membersihkan rantaian bekalan (supply chain)

mereka dan menamatkan ikatan hutang (debt bondage).

Page 189: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan mempunyai dasar yang kuat berhubung pengambilan pekerja

asing. Dasar pengambilan pekerja asing negara adalah berlandaskan kepada

prosedur pengambilan pekerja asing secara telus dan bertanggungjawab.

Prosedur pengambilan pekerja asing yang telus dan bertanggungjawab ini

adalah berteraskan prinsip umum berikut:

(i) prosedur pengambilan pekerja asing yang jelas;

(ii) jenis, jumlah dan tanggungan kos pengambilan yang jelas di

Malaysia dan negara sumber;

(iii) terma dan syarat kontrak perkhidmatan yang jelas dan

diterjemahkan;

(iv) tiada penahanan pasport dan dokumen peribadi pekerja asing;

(v) menyediakan saluran kepada pekerja asing berkaitan pelaporan

aduan/masalah;

(vi) akses kepada faedah kesihatan, makanan, minuman

dan perumahan; dan

(vii) perlindungan sosial.

Dasar pengambilan pekerja asing yang berteraskan elemen-elemen

pengambilan yang telus dan bertanggungjawab ini telah diterapkan dalam

semua Memorandum Persefahaman dengan negara sumber.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menyatakan komitmen Kerajaan di peringkat antarabangsa dan

obligasi di peringkat nasional dalam memerangi amalan buruh paksa (dengan

ikatan hutang/debt bondage sebagai salah satu indikator buruh paksa),

Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional

berhubung Buruh Paksa pada 26 November 2021.

Page 190: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 92

Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa menggariskan inisiatif

Malaysia melalui rangka kerja yang berstruktur ke arah menghapuskan gejala

buruh paksa di setiap peringkat rantaian bekalan dan menamatkan ikatan

hutang dengan izin debt bondage.

Untuk memperkasakan lagi dasar pengambilan pekerja asing dan

menghapuskan buruh paksa, Kerajaan telah meratifikasi protokol Pertubuhan

Buruh Antarabangsa berhubung buruh paksa iaitu Protokol 29 pada 21 Mac

2022.

Protokol 29 ini adalah pelengkap kepada Konvensyen 29 mengenai

buruh paksa yang telah diratifikasi Malaysia pada tahun 1957. Protokol 29

antara lain menggariskan tanggungjawab negara untuk mengambil langkah-

langkah yang efektif dari segi perundangan, polisi dan program untuk

menangani isu buruh paksa. Protokol 29 juga akan menjadi panduan kepada

usaha Kerajaan untuk mencegah, melindungi dan mengawal gelaja buruh

paksa selari dengan piawaian perburuhan antarabangsa.

Sebagai kesimpulan, tuduhan bahawa Kerajaan menggunakan dasar

yang lemah dalam pengambilan pekerja asing dan merugikan syarikat-syarikat

Malaysia yang cuba membersihkan rantaian bekalan dengan izin supply chain

mereka dan menamatkan ikatan hutang dengan izin debt bondage adalah

tidak benar.

Kerajaan sentiasa mengamalkan komitmen yang tinggi dan proaktif

dalam memastikan pengambilan pekerja asing adalah berdasarkan undang-

undang, peraturan dan dasar sedia ada negara serta standard perburuhan

antarabangsa.

Dasar pengambilan pekerja asing negara telah menerapkan elemen

progresif dan amalan baik berteraskan prinsip-prinsip ketelusan, rekrutmen

yang adil dan faedah bersama dengan izin mutual benefits/co-development

kepada negara sumber, negara penerima, pekerja asing dan majikan bagi

mengelak berlakunya eksploitasi buruh, ikat hutang dan pemerdagangan

orang.

Sekian, terima kasih.

Page 191: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB DATO’ MASIR ANAK KUJAT (SRI AMAN)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' MASIR KUJAT ( SRI AMAN ) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah status cadangan pembinaan balai polis baharu dan pos

kawalan imigresen di Pekan Lachau Sri Aman.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Pondok Polis Keranggas Gayau telah dinaik taraf sebagai Balai Polis Lachau

melalui surat Ketua Polis Negara bertarikh 24 Mac 2020. Buat masa ini,

Pondok Polis Keranggas Gayau masih beroperasi dan menjalankan fungsi

balai polis di Pekan Lachau.

Pengoperasian sementara Balai Polis Lachau di bangunan sewaan adalah

dalam proses untuk mendapatkan nilaian kadar sewaan daripada Jabatan

Penilaian dan Perkhidmatan Harta Sarawak sementara menuggu

pembinaan balai polis baharu di Lot 1252, Block 12, Selanjan Land District,

Sri Aman yang berkeluasan 3.20400 hektar yang merupakan tanah

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Perjawatan bagi balai polis ini telah diluluskan seramai 15 orang anggota

dan diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar yang

akan melapor diri pada Ogos 2022.

Page 192: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 93

Tuan Yang Di-Pertua,

Sebarang perancangan untuk pembangunan pos kawalan imigresen baharu

adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua buah negara yang perlu

dirunding secara strategik di peringkat kerajaan pusat kedua-dua negara.

Selain daripada itu, kesediaan Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti dan

menawarkan tapak yang bersesuaian termasuklah menyelesaikan isu

pengambilalihan tanah dan penyediaan akses jalan yang menghubungkan

negara Malaysia dengan Indonesia juga kritikal bagi menjayakan

pembangunan tersebut.

Justeru, sebarang permohonan perlu dikemukakan kepada Kementerian

Dalam Negeri oleh Kerajaan Negeri untuk diteliti dan dibincangkan dengan

lebih lanjut berhubung pelan perancangan, kos pembinaan Kompleks ICQS

dan penyelarasan antara agensi penguatkuasaan terutamanya dari segi

perjawatan serta keperluan infrastruktur sebelum ianya dibentangkan untuk

pertimbangan oleh Jemaah Menteri.

Buat masa ini, penduduk Pekan Lachau boleh memanfaatkan pintu masuk

di ICQS Lubok Antu dan ICQS Tebedu untuk ke Kalimantan, Indonesia.

Page 193: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' JOHARI BIN ABDUL

[ SUNGAI PETANI ]

TARIKH JAWAB : 19 JULAI 2022 (SELASA)

YB DATO' JOHARI BIN ABDUL (SUNGAI PETANI) minta MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa

jumlah projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara sedangkan

pembeli terpaksa membayar ansuran pinjaman dengan bank. Apakah

rancangan Kementerian untuk selesaikan masalah ini.

Page 194: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 94

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2022,

terdapat sebanyak 118 buah projek terbengkalai di seluruh

Semenanjung Malaysia yang melibatkan 23,838 unit rumah. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak 14,081 unit adalah kediaman yang telah

dijual manakala sebanyak 9,757 unit pula adalah kediaman yang tidak

terjual. Daripada 118 buah projek terbengkalai tersebut, sebanyak 103

buah projek sedang dalam perancangan untuk dipulihkan manakala 15

buah projek lagi sedang dalam proses pemulihan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa

bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia mahu pun pelikuidasi

swasta bagi membantu memulihkan projek perumahan terbengkalai dan

bertindak sebagai pemudah cara atau mediator bagi membantu

pelikuidasi dan kontraktor penyelamat untuk berhubung dengan Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT), agensi teknikal serta pihak pembiaya (institusi

kewangan). Pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman

(white knight) turut dikenal pasti bagi memulihkan projek perumahan

swasta terbengkalai.

KPKT juga turut mengambil tindakan menyenarai hitam pemaju-

pemaju yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai, yang terlibat

dengan projek sakit, yang gagal membayar kompaun, yang “ingkar award”

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan pemaju-pemaju perumahan tanpa

lesen. Apabila disenarai hitam, pemaju dan ahli lembaga pengarah

syarikat terbabit tidak boleh memohon Lesen Pemaju Perumahan dan

Permit Iklan dan Jualan. Senarai pemaju-pemaju yang disenarai hitam

turut dipaparkan dalam laman sesawang KPKT untuk pembeli dan

stakeholders yang lain rujuk apabila berhasrat untuk membeli rumah.

Page 195: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 94

Bagi membantu meringankan beban para pembeli yang terlibat

dalam projek perumahan swasta terbengkalai, Kementerian turut

mengambil inisiatif seperti berikut:

1. mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan swasta

terbengkalai kepada pembiaya akhir (end-financier) bagi unit

rumah berkaitan. Melalui surat pengesahan ini, para pembeli

boleh mendapatkan pertimbangan daripada institusi

perbankan bagi sebarang permohonan pengurangan kadar

faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan;

2. memohon pertimbangan daripada Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP) bagi permohonan pengeluaran kali kedua;

3. bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan Kerajaan

pula, permohonan boleh dibuat bagi:

i. membatalkan pinjaman sedia ada dan diberi peluang

untuk memohon pinjaman baharu iaitu pinjaman penuh

seperti pinjaman pada kali pertama; atau

ii. pengecualian pengenaan faedah pinjaman pada kadar

4% sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama 5

tahun (mana-mana yang terdahulu).

Walau bagaimanapun, semua perkara di atas adalah tertakluk

kepada penilaian institusi pembiaya ke atas peminjam-

peminjam berdasarkan merit setiap kes.

4. Kerajaan juga telah melanjutkan pengecualian duti setem ke

atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik kepada

pembeli asal projek perumahan swasta terbengkalai sehingga

31 Disember 2025. Inisiatif ini telah diperkenalkan sejak tahun

2013 bagi membantu meringankan bebanan para pembeli

yang terlibat dengan projek perumahan swasta terbengkalai.

Page 196: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 94

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam menangani

masalah projek terbengkalai, KPKT juga telah membuat pindaan kepada

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)

yang telah dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pengurusan Strata

2013 (Akta 757) dan Akta Hak Milik Strata (Pindaan) 2013 (Akta 318)

bermula 1 Jun 2015 untuk mengelakkan projek perumahan swasta

daripada terbengkalai. Pindaan kepada Akta 118 dan peraturan-

peraturannya adalah seperti berikut:

i. Seksyen 6

Deposit lesen pemajuan perumahan dipinda dari RM200,000

kepada 3.0% daripada anggaran kos pembinaan termasuk kos

yuran profesional tetapi tidak termasuk kos tanah.

ii. Seksyen 8

Pembeli boleh secara individu memohon untuk menamatkan

perjanjian jual beli pada bila-bila masa sekiranya tiada kemajuan

pembinaan secara berterusan di tapak pembinaan selama 6 bulan

atau lebih selepas perjanjian ditandatangani dengan syarat perlu

mendapat perakuan daripada Pengawal Perumahan dan mendapat

persetujuan bertulis daripada pihak pembiaya.

iii. Subseksyen 24(2)(g) [kuasa untuk membuat peraturan-

peraturan]

Menaikkan kadar penalti maksimum bagi kesalahan di bawah

peraturan daripada RM20,000 kepada RM50,000.

iv. Seksyen 18A (Fasal Baharu)

Tindakan pendakwaan terhadap pemaju perumahan berlesen yang

menyebabkan projek perumahan terbengkalai mulai Jun 2015.

Sekian, terima kasih.

Page 197: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 95

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHAN FOONG HIN

[ KOTA KINABALU ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHAN FOONG HIN [ KOTA KINABALU ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan secara terperinci perubahan harga-harga setiap jenis

makanan utama dari Januari hingga Jun 2022 dan langkah-langkah

menangani masalah inflasi.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna melalui Pegawai Pemantau Harga

(PPH) melaksanakan kutipan dan pemantauan harga runcit bagi 480

barangan keperluan pengguna di 1,500 premis terpilih seluruh negara

secara harian, mingguan dan bulanan. Daripada 480 barangan ini,

Kementerian memantau rapat bagi sepuluh (10) barangan yang signifikan

kepada pengguna iaitu Ayam Bersih Standard, Daging Lembu

Tempatan, Daging Kerbau Import, Telur Ayam, Ikan Kembung, Cili

Merah Kulai, Tomato, Bawang Besar India, Bawang Kecil India dan

Sawi. Perbandingan harga purata Januari 2022 dan Jun 2022 bagi 10

item tersebut menunjukkan:

a) Sayuran seperti Tomato, Sawi dan Cili Merah Kulai mengalami

peningkatan harga ketara iaitu melebihi 10%. Harga purata bagi

Tomato meningkat sebanyak 38.57%, Sawi sebanyak 14.50% dan

Page 198: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 95

2

Cili Merah Kulai sebanyak 10.27%. Kenaikan ini banyak dipengaruhi

oleh cuaca pada masa-masa tertentu;

b) Harga bagi Ayam Bersih Standard dan Telur Ayam pula masih

stabil disebabkan harga masih di bawah Penentuan Harga

Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang berkuat kuasa mulai 1 Julai

hingga 31 Ogos 2022. Harga Ayam Bersih Standard naik sebanyak

0.9% manakala Telur Ayam Gred B (30 biji) turun sebanyak 0.08%;

c) Harga bagi Daging Lembu Tempatan dan Daging Kerbau Import

pula meningkat sedikit iaitu antara 4% hingga 6%;

d) Harga Bawang mengalami penurunan yang ketara yang mana harga

Bawang Besar Merah India turun sebanyak 12.53% dan Bawang

Kecil Merah India turun sebanyak 28.16%; dan

e) Harga ikan kembung juga didapati stabil dengan peningkatan harga

0.18%.

Kementerian juga bertanggungjawab memelihara kepentingan

pengguna serta pada masa yang sama berperanan mewujudkan suasana

yang kondusif untuk para peniaga untuk pembangunan ekonomi

domestik. Kementerian telah melaksanakan beberapa tindakan bagi

menangani isu kenaikan harga barang, antara lain adalah:

a) Pemantauan harga berterusan secara harian di premis terpilih

seluruh negara bagi mengenalpasti mana-mana premis yang

menaikkan harga dan menghantar laporan tersebut untuk

tindakan siasatan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan

Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011;

b) Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

(SHMMP) bagi memastikan kestabilan harga pada musim-

musim perayaan yang mana permintaan akan meningkat;

c) Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM)

dengan kerjasama dari pasaraya dan peniaga setempat yang

merupakan satu inisiatif kepada rakyat bagi mendapatkan

barang keperluan dengan harga yang murah;

Page 199: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 95

3

d) Jalinan kerjasama dengan kementerian lain terutama sekali

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi

memastikan kestabilan bekalan dan harga di pasaran;

e) Pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan

Community Drumming (Program Penyeragaman Harga) bagi

membolehkan penduduk di luar bandar dan pedalaman membeli

barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum,

minyak masak, LPG dan Community Drumming (petrol dan

diesel) pada harga yang ditetapkan atau dikawal oleh Kerajaan

seperti mana di bandar;

f) Mengalakkan penggunaan Aplikasi PriceCatcher bagi membuat

pembelian barangan harian dengan membandingkan harga di

premis-premis yang berdekatan dengan lokasi pengguna; dan

g) Mengalakkan penggunaan aplikasi MySales Tracker bagi

mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti jualan murah di

sekitar lokasi pengguna.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain inistiatif yang disebut tadi, Kementerian juga berharap rakyat akan

menggunakan hak dan kuasa mereka sebagai pengguna bagi

menyalurkan sebarang maklumat dan aduan berkaitan harga barangan

atau sebagainya kepada Kementerian melalui pelbagai saluran aduan

yang disediakan oleh Kementerian seperti :

a) WhatsApp: 019-279 4317 / 019-848 8000

b) Portal e-Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my

c) Call Centre/Hotline: 1-800-886-800

d) Emel: [email protected]

e) Aplikasi: Ez ADU KPDNHEP

Sekian, terima kasih.

Page 200: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK HAJAH RUBIAH BINTI HAJI WANG

[ KOTA SAMARAHAN ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan senario harga minyak dan jangkaan yang

dikenalpasti dalam tempoh setahun akan datang serta langkah Kerajaan

menangani persepsi rakyat mengenainya.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Secara amnya, senario harga minyak masak berkait rapat dengan harga

dagangan minyak sawit mentah (CPO) di pasaran. Harga CPO ini

ditentukan oleh pasaran terbuka melalui penawaran dan permintaan dan

tidak dikawal oleh Kerajaan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit

Malaysia (MPOB) trend harga minyak sawit mentah (CPO) menunjukkan

penurunan ke paras di bawah RM4,000 per tan metrik dan dijangka akan

stabil di sekitar RM4,000 hingga RM5,000 per tan metrik sehingga

penghujung tahun 2022. Penurunan ini disumbang oleh peningkatan

pengeluaran dan eksport dari Indonesia yang mana sebelum ini menyekat

eksport CPO.

Oleh yang demikian, penurunan harga CPO ini turut akan menurunkan

harga jualan runcit minyak masak di pasaran pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Page 201: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN

[ PONTIAN ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [ PONTIAN ] minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan tugas dan sasaran Pasukan Khas Jihad

Tangani Inflasi dan apakah outcome atau hasil yang boleh dicapai dalam

tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangkan kos

sara hidup rakyat.

Page 202: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) yang diketuai oleh Menteri

Komunikasi dan Multimedia adalah bertujuan untuk meneliti, memantau

serta mencadangkan kepada Kerajaan langkah-langkah segera bersifat

jangka pendek dan sederhana untuk dilaksanakan.

Sekiranya pelaksanaan strategi tersebut melibatkan implikasi dasar maka

ia terlebih dahulu diangkat kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

(NACCOL) dan Jemaah Menteri.

Dengan adanya penubuhan Pasukan Khas JIHAD ini, Jawatankuasa

Peringkat Eksekutif NACCOL yang dipengerusikan oleh saya sendiri serta

Teknikal NACCOL yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

KPDNHEP hanya akan bersidang sekiranya perlu. Manakala isu dan

cabaran berkaitan kos sara hidup di peringkat kluster NACCOL akan turut

dibawa terus ke Pasukan Khas ini. Ini akan menyegerakan sesuatu isu ini

untuk dibincangkan dan diselesaikan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini bersidang 2 kali seminggu dan

keahlian di peringkat Menteri adalah seperti berikut:

(i) Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)-Pengerusi;

(ii) Menteri Kewangan (MOF);

(iii) Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);

(iv) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP);

(v) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); dan

(vi) Ketua Setiausaha Negara.

Manakala keahlian di peringkat pegawai kerajaan adalah seperti berikut:

(i) Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

Page 203: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

(ii) Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia

(K-KOMM);

(iii) Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP);

(iv) Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan (MAFI);

(v) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU);

(vi) Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara;

(vii) Gabenor Bank Negara Malaysia; dan

(viii) Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) tidak menerima

sebarang elaun khas. Kementerian berkaitan akan dipanggil sekiranya

terdapat isu timbul terutamanya melibatkan kemaslahatan rakyat.

Pasukan Khas JIHAD ini adalah bersifat action-oriented, justeru ia hanya

mengutamakan penyelesaian segera sesuatu masalah yang boleh

menyebabkan kenaikan barangan dan perkhidmatan. Apa-apa jua

cadangan yang melibatkan dasar termasuklah yang melibatkan

penguatkuasaan akan dibawa ke NACCOL dan Jemaah Menteri.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) memberi penekanan dan

tumpuan terhadap strategi yang memberi impak segara bagi mengubah

persepsi dan ekspetasi rakyat seperti berikut:

1. Ops Bersepadu

1.1 Strategi seterusnya adalah memperhebatkan OPS

BERSEPADU yang diselaraskan oleh Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) bagi membanteras ketirisan barang subsidi

terutama minyak masak dari diseludup ke negara asing;

1.2 Operasi bersepadu yang membabitkan agensi penguat

kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) telah memantau sempadan negara

Page 204: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

melibatkan empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah dan

Kelantan;

1.3 Sehingga kini rampasan bernilai RM1.5 juta telah dibuat

dengan 61 kes membabitkan individu dan peniaga di empat

negeri tersebut;

1.4 Ketirisan minyak masak bersubsidi berlaku kerana julat

perbezaan harga antara minyak masak bersubsidi dengan

yang tidak bersubsidi amat besar di samping harga komoditi

itu di negara jiran jauh lebih tinggi dari di negara kita;

1.5 Di samping penyeludupan, ketirisan berlaku dengan cara

menjual minyak masak kepada industri sebagai minyak

masak terpakai untuk dijadikan bahan bio-diesel pada harga

yang lebih tinggi daripada harga minyak masak subsidi;

1.6 Satu lagi ketirisan ialah memindahkan minyak masak polybag

ke botol 5kg dan dijual pada harga pasaran sekarang iaitu

sekitar RM40.00 sebotol;

1.7 Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau dan

melakukan perisikan sama ada melalui OPS Bersepadu di

sempadan, mahupun OPS ATM dan OPS SAMAR di dalam

negeri. Pasukan JIHAD mengalu-alukan kerjasama rakyat

untuk bersama-sama melaporkan kepada pihak berkuasa

sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan supaya kita dapat

membanteras aktiviti ketirisan yang berleluasa kini;

1.8 Untuk tahun 2022 sahaja, 486,686 pemeriksaan telah

dijalankan di seluruh Malaysia yang melibatkan 77,633

pemeriksaan di luar bandar dan 409,054 di bandar-bandar.

1.9 Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau dan

melakukan perisikan sama ada melalui OPS Bersepadu di

sempadan, mahupun OPS ATM (Ayam, Telur dan Minyak

Masak) dan OPS SAMAR (tanpa pakaian seragam) di

seluruh negara. Dari 1 Jun sehingga 13 Julai 2022, sebanyak

111,221 pemeriksaaan telah dijalankan di seluruh negara

Page 205: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

melibatkan ketiga-ketiga OPS tersebut. Kes Terkini ialah

tangkapan yang dibuat di Sungai Kolapis, Beluran Sabah di

mana KPDNHEP Sabah yang dibantu oleh anggota Batalion

20 PGA telah merampas sejumlah 9,690 kg minyak masak

dan 5,000 liter diesel berjumlah RM1.904 juta dari sebuah

kapal yang cuba diseludup ke negara asing.

2. Stokpail ayam

Pelbagai langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu

bekalan dan harga makanan sekali gus memastikan bekalan ayam

kekal terjamin, termasuk pelaksanaan stokpail ayam untuk

menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan melibatkan

Pertubuhan Peladang secara gabungan.

3. Kecekapan tuntutan subsidi ayam

Kerajaan juga mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi

harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan

khususnya penternak kecil dan sederhana.

4. Prosedur Import

4.1 Memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat

(4) komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan

ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui

penangguhan fi permit serta mewujudkan priority lane bagi

proses kemasukan pantas sehingga bekalan ayam kembali

stabil;

4.2 Mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di

bawah DVS melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai

2022 dengan proses kelulusan dalam masa tujuh (7) hari

bekerja berbanding dengan 30 hingga 90 hari yang akan

memberi manfaat kepada 380 syarikat pengimport bahan

makanan ternakan; dan

Page 206: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 97

4.3 Penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi

meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan

ayam dan daging.

5. Harga siling ayam

Kerajaan telah membuat keputusan menetapkan harga siling runcit

ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung

Malaysia bermula 1 Julai 2022. Manakala, harga ayam di ladang

ditetapkan pada RM6.00/kg dan harga ayam di pihak pemborong

pada RM8.10/kg. Penetapan harga pada kadar RM9.40 sekilogram

adalah harga yang telah disubsidi iaitu rakyat akan membeli pada

harga yang lebih mahal jika tindakan ini tidak diambil oleh Kerajaan.

6. Menu Keluarga Malaysia

Bagi menangani isu harga makanan di institusi pengajian tinggi,

Pasukan Khas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi

telah memastikan semua universiti awam di negara ini mengadakan

menu Keluarga Malaysia pada kadar yang berpatutan bagi

membantu mengurangkan perbelanjaan penuntut IPT.

Inisiatif ini telah bermula pada 8 Julai dengan Bakul Makanan Siswa

Keluarga Malaysia di mana siswazah dapat membeli makanan siap

masak pada harga serendah RM3.50 sepinggan. Contohnya di

Universiti Putra Malaysia, (UPM) yang mempunyai 24,000

mahasiswa dan 60 peratus daripadanya adalah B40, UPM telah

menyediakan pelbagai juadah siap masak pada harga RM3.50 satu

set. UPM juga telah mengambil inisitaif lain seperti Bantuan Tabung

UPM Prihatin, Tabung Amanah Zakat UPM, Menu Kasih Pelajar

Keluarga Malaysia dan sehotline BHEP 24 jam.

Inisiatif serupa juga sedang diperluaskan di Universiti Malaya,

UiTM, UPSI dan UiTM. Pasukan Khas menjangkakan semua IPTA

akan mengambil iktibar pada masa terdekat dari universiti yang

sudah pun memperkenalkan set makanan RM3.50 ini untuk turut

bersama memperkenalkan menu bernutrisi pada kadar yang

serupa. Sekian, terima kasih.

Page 207: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KE DUA, PENGGAL KE LIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI HASUDDIN BIN MOHD YUNUS

(HULU LANGAT)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK HAJI HASUDDIN BIN MOHD YUNUS ( HULU LANGAT ) minta

MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan akan

memperkenalkan Akta Tahanan Rumah bagi banduan-banduan kes

khas dan berprofil tinggi kini yang mendapat perhatian dunia.

Page 208: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 98

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Hulu Langat yang

telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara program pemulihan

dalam komuniti yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara

Malaysia adalah Perintah Parol, Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dan

Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL). Pihak Kementerian juga

telah menambaik Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-

Pesalah (Pindaan) 2021 bagi membolehkan lebih ramai pesalah-

pesalah dipulihkan di dalam komuniti dan Rang Undang-Undang

tersebut sedang dibentangkan di Parlimen.

Hukuman Tahanan Rumah (Home Detention) merupakan salah satu

daripada cadangan di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti.

Walau bagaimanapun, ianya masih memerlukan kajian lanjut yang akan

dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Penjara Malaysia sebelum

ianya diangkat untuk persetujuan Kerajaan. Pelaksanaan mana-mana

hukuman adalah tertakluk kepada keputusan pihak Mahkamah

berdasarkan kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Page 209: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN KASTHURAANI A/P PATTO ( BATU

KAWAN )

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO ( BATU KAWAN ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) bilangan kes kematian dalam tahanan (lock up), penjara dan tahanan

Imigresen dari tahun 2015 hingga kini mengikut negeri, umur dan kaum; dan

(b) berapakah kes yang telah disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian

dalam Tahanan (USJKT) sejak penubuhannya.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Dari tahun 2015 sehingga 2021, bilangan kematian dalam lokap polis adalah

sebanyak 82. Daripada jumlah tersebut, 79 adalah lelaki manakala 3 adalah

perempuan. Kaum Melayu merupakan tahanan yang paling ramai mati

dalam tahanan iaitu 43 orang, diikuti kaum Cina 15 orang, kaum India 13

orang, lain-lain seramai 1 orang dan tahanan warga asing seramai 10 orang.

Untuk rekod, seramai 71 orang mati disebabkan sakit manakala 11 orang

mati disebabkan bunuh diri.

Mulai Januari 2022, semua kes kematian dalam tahanan disiasat oleh Unit

Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan

Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, dan tidak lagi disiasat oleh oleh

Pegawai Penyiasat di mana kejadian berlaku bagi memastikan ketelusan

siasatan dan tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-

Page 210: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 99

undang dan salahlaku tatatertib. Kes-kes berkaitan bukan sahaja disiasat di

bawah aspek jenayah tetapi juga disiasat dari aspek tatatertib.

Dari 1 Januari hingga 30 Jun 2022, jumlah kematian dalam lokap dan

tahanan yang disiasat oleh USJKT adalah sebanyak 19 kes. Sebanyak tiga

(3) kes berpunca dari Covid-19, tiga (3) kes penyakit jantung, dua (2) kes

bunuh diri, dua (2) kes tibi, empat (4) kes lain-lain penyakit dan lima (5) kes

masih menunggu analisa makmal.

Jabatan Penjara pada tahun 2021 (sehingga 5 Julai 2022) menunjukkan

seramai 693 orang penghuni penjara telah meninggal dunia di hospital

semasa penghuni berkaitan menerima rawatan lanjut.

Sebanyak 663 (95.67%) kematian dilaporkan adalah disebabkan

berpenyakit seperti berkaitan jantung, darah, paru-paru, tibi, asma, kanser

dan lain-lain. Manakala seramai 24 (3.46%) kematian pula adalah

disebabkan jangkitan HIV. 6 (0.87%) daripadanya pula telah dilaporkan mati

disebabkan gantung diri dan kejadian luar biasa.

Tuan Yang diPertua,

Rekod Jabatan Imigresen bagi tempoh 2015 sehingga 5 Julai 2022, terdapat

530 kematian melibatkan 460 orang tahanan lelaki, 63 orang tahanan

wanita, 7 orang tahanan kanak-kanak lelaki. Antara sebab-sebab kematian

yang dikenal pasti oleh pihak hospital adalah berpunca daripada jangkitan

COVID-19, Tuberculosis, sakit jantung, sakit buah pinggang, kanser dan

jangkitan paru-paru (Pneumonia).

Page 211: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN AHMAD BIN HASSAN [PAPAR]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN AHMAD BIN HASSAN [ PAPAR ] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan daya saing

pasaran buruh tempatan, gaji yang lebih kompetitif, persekitaran kerja yang

kondusif dan peluang pembangunan kerjaya yang lebih baik bagi

menyelesaikan isu ‘brain drain’ yang semakin membimbangkan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian

dan agensi dalam menangani isu ‘brain drain’ atau kehilangan sumber

manusia berkualiti dalam negara. Berdasarkan kepada Laporan Bank Dunia

yang bertajuk "Malaysia Economic Monitor" pada 2011, dianggarkan

diaspora Malaysia pada 2010 adalah seramai satu juta orang di mana satu

per tiga daripadanya adalah bakat berkemahiran tinggi. Bakat-bakat

berkemahiran tinggi ini merangkumi professional dan usahawan dalam

sektor-sektor utama seperti sektor perbankan, pembinaan, kejuruteraan,

perubatan, perundangan, perkhidmatan teknologi komunikasi dan

maklumat, pendidikan serta penyelidikan.

Page 212: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 100

Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp telah

melaksanakan Program Kepulangan Pakar sejak 2011. Sehingga kini,

Program Kepulangan Pakar telah menerima lebih daripada 10,000

permohonan daripada golongan profesional Malaysia atau diaspora yang

menetap di luar negara untuk kembali ke tanah air dengan purata

permohonan adalah konsisten di antara 400 ke 500 setahun. Daripada

jumlah ini lebih 6,000 orang pakar telah diluluskan di bawah inisiatif ini.

TalentCorp turut berusaha keras untuk memudahcara kepulangan

mereka ke tanah air. Satu struktur yang strategik yang sedang dibangunkan

adalah MyHeart untuk merealisasikan aspirasi ini. Pembangunan inisiatif ini

adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kaji selidik yang telah

dilaksanakan dalam kalangan diaspora Malaysia pada awal 2021 di mana

92 peratus daripada diaspora bersedia untuk menyumbang kepada negara

dalam pelbagai kapasiti, manakala 85 peratus lagi bersedia untuk kembali

ke Malaysia.

Melangkau program Program Kepulangan Pakar, pelaksanaan

MyHeart ini akan turut merangkumi pelbagai usaha untuk memudahcara

diaspora Malaysia yang merangkumi peluang pekerjaan, pendidikan untuk

anak-anak, peluang untuk berkolaborasi dengan institusi tempatan, usaha

mudahcara permit masuk pasangan dan anak-anak bukan warga negara,

maklumat pasaran kerja dan sebagainya. Sebagai permulaan kepada

pelaksanaan MyHeart, TalentCorp telah melaksanakan MyHeart-REP

Career and Facilitation Fair (MyHeart CaFe) selama sebulan bermula

daripada 1 hingga 27 Jun 2022.

Sekian, terima kasih.

Page 213: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN TEH KOK LIM [ TAIPING ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN TEH KOK LIM [ TAIPING ] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan

pencapaian Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Bantu Hadapi

Peningkatan Kos Sara Hidup setakat ini. Apakah tindakan drastik yang

telah dilaksanakan demi kesejahteraan kehidupan harian rakyat jelata.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) yang diketuai oleh Menteri

Komunikasi dan Multimedia adalah bertujuan untuk meneliti, memantau

serta mencadangkan kepada Kerajaan langkah-langkah segera bersifat

jangka pendek dan sederhana untuk dilaksanakan.

Sekiranya pelaksanaan strategi tersebut melibatkan implikasi dasar maka

ia terlebih dahulu diangkat kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

(NACCOL) dan Jemaah Menteri.

Dengan adanya penubuhan Pasukan Khas JIHAD ini, Jawatankuasa

Peringkat Eksekutif NACCOL yang dipengerusikan oleh saya sendiri serta

Teknikal NACCOL yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

KPDNHEP hanya akan bersidang sekiranya perlu. Manakala isu dan

cabaran berkaitan kos sara hidup di peringkat kluster NACCOL akan turut

dibawa terus ke Pasukan Khas ini. Ini akan menyegerakan sesuatu isu ini

Page 214: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

untuk dibincangkan dan diselesaikan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini bersidang 2 kali seminggu dan

keahlian di peringkat Menteri adalah seperti berikut:

(i) Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM)-Pengerusi;

(ii) Menteri Kewangan (MOF);

(iii) Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);

(iv) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP);

(v) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); dan

(vi) Ketua Setiausaha Negara.

Manakala keahlian di peringkat pegawai kerajaan adalah seperti berikut:

(i) Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

(ii) Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia

(K-KOMM);

(iii) Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP);

(iv) Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan (MAFI);

(v) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU);

(vi) Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara;

(vii) Gabenor Bank Negara Malaysia; dan

(viii) Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) tidak menerima

sebarang elaun khas. Kementerian berkaitan akan dipanggil sekiranya

terdapat isu timbul terutamanya melibatkan kemaslahatan rakyat.

Pasukan Khas JIHAD ini adalah bersifat action-oriented, justeru ia hanya

Page 215: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

mengutamakan penyelesaian segera sesuatu masalah yang boleh

menyebabkan kenaikan barangan dan perkhidmatan. Apa-apa jua

cadangan yang melibatkan dasar termasuklah yang melibatkan

penguatkuasaan akan dibawa ke NACCOL dan Jemaah Menteri.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (JIHAD) memberi penekanan dan

tumpuan terhadap strategi yang memberi impak segara bagi mengubah

persepsi dan ekspetasi rakyat seperti berikut:

1. Ops Bersepadu

1.1 Strategi seterusnya adalah memperhebatkan OPS

BERSEPADU yang diselaraskan oleh Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) bagi membanteras ketirisan barang subsidi

terutama minyak masak dari diseludup ke negara asing;

1.2 Operasi bersepadu yang membabitkan agensi penguat

kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) telah memantau sempadan negara

melibatkan empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah dan

Kelantan;

1.3 Sehingga kini rampasan bernilai RM1.5 juta telah dibuat

dengan 61 kes membabitkan individu dan peniaga di empat

negeri tersebut;

1.4 Ketirisan minyak masak bersubsidi berlaku kerana julat

perbezaan harga antara minyak masak bersubsidi dengan

yang tidak bersubsidi amat besar di samping harga komoditi

itu di negara jiran jauh lebih tinggi dari di negara kita;

1.5 Di samping penyeludupan, ketirisan berlaku dengan cara

menjual minyak masak kepada industri sebagai minyak

masak terpakai untuk dijadikan bahan bio-diesel pada harga

yang lebih tinggi daripada harga minyak masak subsidi;

Page 216: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

1.6 Satu lagi ketirisan ialah memindahkan minyak masak polybag

ke botol 5kg dan dijual pada harga pasaran sekarang iaitu

sekitar RM40.00 sebotol;

1.7 Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau dan

melakukan perisikan sama ada melalui OPS Bersepadu di

sempadan, mahupun OPS ATM dan OPS SAMAR di dalam

negeri. Pasukan JIHAD mengalu-alukan kerjasama rakyat

untuk bersama-sama melaporkan kepada pihak berkuasa

sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan supaya kita dapat

membanteras aktiviti ketirisan yang berleluasa kini;

1.8 Untuk tahun 2022 sahaja, 486,686 pemeriksaan telah

dijalankan di seluruh Malaysia yang melibatkan 77,633

pemeriksaan di luar bandar dan 409,054 di bandar-bandar.

1.9 Pihak Penguat Kuasa KPDNHEP sentiasa memantau dan

melakukan perisikan sama ada melalui OPS Bersepadu di

sempadan, mahupun OPS ATM (Ayam, Telur dan Minyak

Masak) dan OPS SAMAR (tanpa pakaian seragam) di

seluruh negara. Dari 1 Jun sehingga 13 Julai 2022, sebanyak

111,221 pemeriksaaan telah dijalankan di seluruh negara

melibatkan ketiga-ketiga OPS tersebut. Kes Terkini ialah

tangkapan yang dibuat di Sungai Kolapis, Beluran Sabah di

mana KPDNHEP Sabah yang dibantu oleh anggota Batalion

20 PGA telah merampas sejumlah 9,690 kg minyak masak

dan 5,000 liter diesel berjumlah RM1.904 juta dari sebuah

kapal yang cuba diseludup ke negara asing.

2. Stokpail ayam

Pelbagai langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu

bekalan dan harga makanan sekali gus memastikan bekalan ayam

kekal terjamin, termasuk pelaksanaan stokpail ayam untuk

menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan melibatkan

Page 217: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

Pertubuhan Peladang secara gabungan.

3. Kecekapan tuntutan subsidi ayam

Kerajaan juga mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi

harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan

khususnya penternak kecil dan sederhana.

4. Prosedur Import

4.1 Memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat

(4) komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan

ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui

penangguhan fi permit serta mewujudkan priority lane bagi

proses kemasukan pantas sehingga bekalan ayam kembali

stabil;

4.2 Mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di

bawah DVS melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai

2022 dengan proses kelulusan dalam masa tujuh (7) hari

bekerja berbanding dengan 30 hingga 90 hari yang akan

memberi manfaat kepada 380 syarikat pengimport bahan

makanan ternakan; dan

4.3 Penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi

meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan

ayam dan daging.

5. Harga siling ayam

Kerajaan telah membuat keputusan menetapkan harga siling runcit

ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, bagi Semenanjung

Malaysia bermula 1 Julai 2022. Manakala, harga ayam di ladang

ditetapkan pada RM6.00/kg dan harga ayam di pihak pemborong

pada RM8.10/kg. Penetapan harga pada kadar RM9.40 sekilogram

adalah harga yang telah disubsidi iaitu rakyat akan membeli pada

harga yang lebih mahal jika tindakan ini tidak diambil oleh Kerajaan.

Page 218: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 102

6. Menu Keluarga Malaysia

Bagi menangani isu harga makanan di institusi pengajian tinggi,

Pasukan Khas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi

telah memastikan semua universiti awam di negara ini mengadakan

menu Keluarga Malaysia pada kadar yang berpatutan bagi

membantu mengurangkan perbelanjaan penuntut IPT.

Inisiatif ini telah bermula pada 8 Julai dengan Bakul Makanan Siswa

Keluarga Malaysia di mana siswazah dapat membeli makanan siap

masak pada harga serendah RM3.50 sepinggan. Contohnya di

Universiti Putra Malaysia, (UPM) yang mempunyai 24,000

mahasiswa dan 60 peratus daripadanya adalah B40, UPM telah

menyediakan pelbagai juadah siap masak pada harga RM3.50 satu

set. UPM juga telah mengambil inisitaif lain seperti Bantuan Tabung

UPM Prihatin, Tabung Amanah Zakat UPM, Menu Kasih Pelajar

Keluarga Malaysia dan sehotline BHEP 24 jam.

Inisiatif serupa juga sedang diperluaskan di Universiti Malaya,

UiTM, UPSI dan UiTM.

Pasukan Khas menjangkakan semua IPTA akan mengambil iktibar

pada masa terdekat dari universiti yang sudah pun

memperkenalkan set makanan RM3.50 ini untuk turut bersama

memperkenalkan menu bernutrisi pada kadar yang serupa.

Sekian, terima kasih.

Page 219: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO (BATU

KAWAN)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO ( BATU KAWAN ) minta MENTERI

DALAM NEGERI menyatakan apakah siasatan Kerajaan terhadap insiden

di pusat tahanan imigresen sementara Sungai Bakap pada 20 April 2022

yang telah menyebabkan kematian enam individu serta laporan pihak NGO

dari Indonesia pada bulan Jun 2022 telah mendakwa bahawa 149 individu

telah mati dalam pusat tahanan di negeri Sabah dalam tempoh 18 bulan dari

tahun 2021 sehingga 2022. Apakah langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Page 220: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 103

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Mohon izin supaya soalan daripada YB Batu Kawan ini dijawab bersekali

dengan soalan bernombor B0209, L436 dan L479 daripada YB Bukit

Mertajam, YB Sungai Buloh dan YB Cameron Highlands memandangkan

keempat-empat soalan yang diutarakan menyentuh isu yang sama iaitu

mengenai insiden tahanan Depot Imigresen Sementara (DIS) Sg. Bakap

yang meloloskan diri dan langkah-langkah bagi memastikan kejadian yang

sama tidak berulang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Teknikal Pengurusan

Darurat Bil. 2/2021 dan Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara pada 19

Januari 2021 antara lain telah bersetuju supaya JIM membuat perolehan

perkhidmatan tiga buah Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

termasuk Kem Sri Impian di Sg. Bakap sebagai Depot Imigresen Sementara.

Langkah jangka sederhana tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan

kesesakan di depot imigresen sedia ada dan mengawal risiko penularan

jangkitan COVID-19 dalam kalangan tahanan termasuklah tahanan baharu

serta pegawai.

Semasa kejadian, DIS Sg. Bakap menempatkan 664 orang tahanan iaitu

95% daripada kapasiti sebenar. Hasil siasatan mendapati insiden

pembolosan 528 orang tahanan tersebut berpunca daripada rusuhan

tahanan di Depot Imigresen Sementara Sg. Bakap. Sehingga 10 Julai 2022,

seramai 458 orang tahanan berjaya ditangkap semula dan 62 orang masih

bebas. Manakala, lapan orang tahanan telah meninggal dunia akibat

kemalangan dalam cubaan melintas lebuh raya.

Manakala, merujuk kepada laporan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat

adalah tidak tepat susulan daripada kesilapan statistik kematian tahanan

Page 221: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 103

yang dirujuk. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta walau

bagaimanapun telah membuat kenyataan media pada 28 Jun 2022 bagi

menerangkan statistik sebenar setelah JIM Negeri Sabah melakukan

semakan silang dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di

Kota Kinabalu serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau.

Bagi tempoh 2021 sehingga 12 Julai 2022, terdapat 247 kematian

melibatkan 217 orang tahanan lelaki, 26 orang tahanan wanita dan empat

orang tahanan kanak-kanak lelaki. Daripada jumlah tersebut, 154 orang

merupakan tahanan warganegara Indonesia dan Filipina yang meninggal

dunia di depot-depot imigresen Negeri Sabah bagi tempoh 2021 sehingga

12 Julai 2022.

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia komited

dalam memastikan kebajikan dan keselamatan semua tahanan depot

imigresen terpelihara. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah:

(i) menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma melalui

penempatan penolong pegawai perubatan Gred U29/32 di

depot-depot Imigresen sementara;

(ii) penyediaan makanan berkhasiat sebanyak empat kali sehari

mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Bahagian Pemakanan,

Kementerian Kesihatan Malaysia; dan

(iii) menaiktaraf infrastruktur blok tahanan dari masa ke semasa

agar tahap keselamatan sentiasa terjamin dan menyediakan

fasiliti untuk blok wanita dan kanak-kanak serta menjalankan

aktiviti pembelajaran asas serta aktiviti riadah ringan.

Manakala bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang, JIM telah

mengambil langkah-langkah seperti berikut:

Page 222: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 103

(i) meningkatkan ciri-ciri keselamatan di depot imigresen dengan

pemasangan pagar anti-climb dan pagar kawat besi;

(ii) meningkatkan kawalan keselamatan dengan bantuan anggota

RELA; dan

(iii) mempergiat aktiviti pengusiran tahanan ke negara asal.

Page 223: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI TIONG KING SING (BINTULU)

TARIKH : 19.7.2022 (SELASA)

SOALAN

DATO' SERI TIONG KING SING (BINTULU) minta MENTERI

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah usaha

Kementerian untuk bekerjasama dengan Kementerian Utiliti Sarawak

bagi memastikan bekalan elektrik dapat disambungkan ke penempatan

kawasan luar bandar seperti rumah panjang yang terletak jauh dari

kawasan bandar dalam masa terdekat.

Page 224: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 104

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian sentiasa

bekerjasama dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

(KUTS) dalam memastikan kawasan pedalaman Sarawak menerima

bekalan elektrik yang stabil dan berterusan 24 jam. Kerjasama ini

bermula daripada peringkat perancangan, permohonan projek,

pelaksanaan dan sehingga kepada penyerahan projek kepada pihak

Sarawak Energy Berhad (SEB) selaku Pihak Berkuasa Elektrik Negeri

(PBEN) untuk tujuan operasi dan senggara.

Pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) adalah

bergantung kepada senarai keutamaan yang dipohon oleh KUTS

melalui pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak (SPU). Dalam

memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan bekalan

elektrik dan seterusnya mengurangkan jurang bekalan elektrik di

bandar dan luar bandar, Kementerian sentiasa mengadakan sesi libat

urus dengan pihak KUTS bagi menyelaras dan membuat semak silang

ke atas senarai projek-projek sebelum ia dimajukan kepada Unit

Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) untuk

kelulusan peruntukan.

Memandangkan terdapat juga pelaksanaan projek-projek bekalan

elektrik di negeri Sarawak yang dilaksanakan sendiri oleh pihak

Kerajaan Negeri maka sesi perbincangan dan libat urus sering

dilakukan bersama pihak KUTS dan SEB.

Pihak KUTS juga sentiasa dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat

bersama pihak perunding semasa peringkat pra pelaksanaan dan

mesyuarat tapak semasa peringkat pelaksanaan projek.

Sekian, terima kasih.

Page 225: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON

[ TEBRAU ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah-langkah yang berkesan bagi mengelakkan

penyeludupan barang kawalan seperti minyak diesel dan juga penjualan

minyak kereta RON 95 dan minyak masak kepada orang yang tidak harus

menerima manafaat ini seperti golongan T20 dan kereta asing.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menzahirkan komitmen tinggi dalam usaha membendung

sebarang penyelewangan atau kepincangan berhubung barangan

keperluan bersubsidi negara terutama minyak masak. Justeru,

Kementerian telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

i. Mengarahkan pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat

rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan

Pre-Delivery Plan;

ii. Menjalankan pemeriksaan pematuhan permit ke atas peniaga-

peniaga kecil dan pengusaha restoran;

Page 226: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 105

iii. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong

dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyeleweng

minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran

seperti Thailand;

iv. Menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3

paket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat

menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan;

v. Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

penguatkuasaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(JKDM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM);

vi. Mengadakan publisiti yang meluas melalui media arus perdana

dan media sosial bagi mempertingkatkan kesedaran serta

mewujudkan kegerunan di kalangan peniaga;

vii. Melaksanakan Pemeriksaan Ops ATM melibatkan barang

kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak secara harian di

setiap peringkat rantaian pembekalan dan pengedaran

bertujuan untuk memastikan keberadaan bekalan adalah stabil

dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan;

viii. Melaksanakan program pemeriksaan berkala ke stesen-stesen

minyak yang berhampiran dengan sempadan negara bagi

mewujudkan suasana omnipresence anggota penguat kuasa;

dan

ix. Mengeluarkan arahan kepada pengusaha stesen minyak di

sempadan bagi melarang penjualan petrol RON95 dan

menghadkan penjualan diesel sebanyak 20 liter kepada

kenderaan pendaftaran asing.

x. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan sedang membuat

kajian bagi melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 dan

diesel.

Sekian, terima kasih.

Page 227: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN CHONG CHIENG JEN [ STAMPIN ]

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN CHONG CHIENG JEN [ STAMPIN ] minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan bilangan pekerja asing yang diperlukan untuk pelbagai

sektor ekonomi negara kita, jumlah permohonan pekerja asing dan kelulusan

permohonan itu setakat ini dan sebab kelewatan pemprosesan permohonan

pekerja asing yang amat diperlukan oleh pelbagai sektor ekonomi.

Page 228: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO: 106

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 24 Jun 2022, sebanyak 320,199 permohonan kuota pekerja

asing telah diterima daripada syarikat/majikan dan sebanyak 277,372

permohonan kuota telah diluluskan.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia, peranan Kementerian Sumber

Manusia dalam proses penggajian pekerja asing ini adalah dari aspek

menerima permohonan, memproses permohonan dan kelulusan kuota.

Manakala aspek kemasukan pekerja asing adalah di bawah bidang

kuasa Kementerian Dalam Negeri. Pengeluaran Visa Dengan Rujukan perlu

disegerakan bagi memastikan tiada kelewatan dalam kemasukan pekerja

asing ke Malaysia.

Di samping itu, majikan yang telah menerima surat kelulusan bersyarat

(telah membuat pembayaran levi) mempunyai tempoh 18 bulan untuk

membawa masuk pekerja asing untuk bekerja dengan syarikat mereka.

Sekian, terima kasih.

Page 229: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA HAJAH AZIZAH

BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD

DUN [ BEAUFORT ]

TARIKH : 19.07.2022 (SELASA)

SOALAN

DATUK SERI PANGLIMA HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI

PANGLIMA HAJI MOHD DUN [ BEAUFORT ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan gred petrol yang

lebih rendah bagi menangani kos petrol subsidi RON 95.

Page 230: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

NO SOALAN : 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula

gred petrol yang lebih rendah iaitu RON92 kerana penggantian petrol

RON95 kepada gred lebih rendah (RON92) memberi impak negatif ke

atas pembangunan industri automotif negara terutamanya dalam

pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2014 untuk menjadikan Malaysia

sebagai hab kenderaan cekap tenaga (EEV).

Selain itu, penggunaan RON92 akan menyebabkan implikasi kos kepada

syarikat pengeluar kenderaan dan pengguna dalam aspek

penyelenggaraan kenderaan yang mana majoriti kenderaan mempunyai

spesifikasi gred petrol RON95 dan ke atas.

Penggunaan RON 92 juga meningkatkan pelepasan karbon dioksida

yang mana ia akan bercanggah dengan komitmen Kerajaan terhadap

perjanjian United Nations Framework Convention on Climate Change

(UNFCCC) untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45%

menjelang tahun 2030.

Sekian, terima kasih.

Page 231: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS 2022

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN WONG CHEN (SUBANG)

TARIKH : 19 JULAI 2022 (SELASA)

SOALAN

TUAN WONG CHEN ( SUBANG ) minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) pendirian Kementerian untuk memberi kerakyatan kepada anak yang

dilahirkan di luar negara kepada ibu berwarganegara Malaysia dan

warganegara asing; dan

(b) apakah bantuan sementara seperti tempat tinggal, kesihatan dan

pendidikan yang boleh diberikan kepada anak-anak ibu ini.

Page 232: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 109

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini

melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya berdasarkan kepada

Perlembagaan dan perundangan sedia ada dalam negara berhubung

dengan kewarganegaraan yang diperuntukkan dalam Bahagian III

Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan

1964 [L.N.82/1964].

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pemerolehan

kewarganegaraan Malaysia bagi individu berumur di bawah 21 tahun

yang dilahirkan di luar negara oleh ibu bertaraf warganegara

Malaysia yang berkahwin dengan bapa bertaraf Bukan Warganegara

adalah secara pendaftaran di bawah Perkara 15(2) tertakluk kepada

pematuhan syarat dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan,

Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta

perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran

perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan

imigresen. Dalam hal ini, setiap pertimbangan permohonan

kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan

Persekutuan turut mengambil kira dasar Kerajaan yang amat tegas

tidak mengiktiraf pemilikan dwi-kewarganegaraan.

KDN sentiasa berusaha untuk memudahcara permohonan berkenaan

selagi ia selaras dengan perundangan yang berkuatkuasa. Bermula

pada tahun 2010, bagi memudahkan urusan permohonan

kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan

Persekutuan, permohonan boleh di buat di mana-mana pejabat

perwakilan Malaysia di luar negara bagi kanak-kanak yang berumur

tidak melebihi satu tahun ketika permohonan dibuat.

Dalam pada itu, KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi

pada 9 September 2021 berhubung isu ibu warganegara Malaysia

Page 233: HARI SELASA : 19 JULAI 2022 - Parlimen Malaysia

SOALAN NO : 109

yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara yang melahirkan

anak di luar negara. Susulan itu, tindakan melaksanakan perintah

tersebut telah dibuat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

dan permohonan yang diterima sedang diteliti dan diproses

sewajarnya.

b) Berhubung dengan bantuan sementara seperti tempat tinggal,

kesihatan dan pendidikan di dalam negara adalah tertakluk kepada

perundangan dan dasar agensi kawal selia yang ditetapkan Kerajaan

melalui Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.