MAKANAN
MAKANAN
Ketupat, lemang, biskut2
sambal sate, ketupat, rending,
lontong
Kari ayam, lodeh,
hari raya haji disambut sederhana tetapi tetap meriah dengan
aktiviti korban...dan juadah2 biasa hari raya. Seperti tahun-tahun
sebelumnya, menu biasa hari raya di rumah ialah lontong, bersama
kuah kacang, sayur lodeh dan rendang ayam.PAKAIAN
Pakaian melambangkan identiti sesebuah bangsa.Setiap bangsa
mempunyai adat dan pakaian tradisi yang tersendiri.Antara pakaian
yang sering dipakai pada hari raya aidilfitri atau Aidiladha ialah
Baju Melayu bagi kaum lelaki Pakaian ini dilengkapi dengan songkok
dan lilitan songket di bahagian pinggang.
Baju melayu terbahagi kepada dua iaitu baju melayu potongan
Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Pakaian yang sering
dipakai oleh kaum wanita pula ialah baju kurung dan baju
kebaya.
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan
moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut
disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di sambung terus atau
di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.
Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju
Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala
baju Melayu Cekak Musang baju di dalam samping.
LELAKIPEREMPUAN
CELANABAJU KEBAYA
BAJU MELAYU TELUK BELANGABAJU KURUNG CEKAK MUSANG
SAMPINGBAJU KURUNG KEDAH
BAJU MELAYU TELUK BELANGABAJU KURUNG TELUK BELANGA
SELENDANG
KAIN SARUNG
ASAL USUL PAKAIANBaju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua
teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya'
itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian
labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian
seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah
kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita
Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit
perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun
lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut
potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung.
Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang
berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini
dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan
di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai
bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding
dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju
kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher
berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi
bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain;
malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang
berbutang itu.
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk
Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak
musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan
kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan
panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan
dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas
berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang
paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan
kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang
sekebun.
Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau
kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar
panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan
selendang juga boleh dipakai bersama.
Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan
bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.
BAJU KURUNG TELUK BELANGABaju kurung Teluk Belanga juga lebih
dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh
dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman
pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang
bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an.
Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga
merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu
pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah
Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia
dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk
Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya
berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan
lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan
lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan
memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga
yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama
kecuali;
a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas
punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di
dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju,
manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya
hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa
kocek.
b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada
seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya
bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera.
Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun,
iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau
kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila
dipakai dengan baju kurung ini.
AMALAN-AMALAN SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA
(+ sunat bermaksud bila buat dapat pahala...tidak buat tidak
berdosa...bukan
wajib)http://www.mananqayyim.com/2012/10/amalan-sunat-hari-raya-aidil-adha.html#
Hari ini telah masuk 10 Zulhijjah bermakna Hari Raya Aidil Adha
telah tiba. Bila berkata tentang Aidil Adha mesti dikaitkan dengan
pengorbanan. Pengorbanan ini bermacam bentuk dan keadaan. Kalau
dulu kita dapat mengambil iktibar daripada kita pengorbanan Nabi
Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Sekarang, pengorbanan itu
dilahirkan dengan amalan berkorban.
Bagi mereka yang tidak dapat berkorban pada tahun ini. Jangan
bimbang pelbagai amalan sunnat yang lain boleh dilakukan bagi
meraih permata pahala yang bernilai ini.
Antara amalan sunnat Pada 10 Zulhijjah atau Hari Raya Aidil
Adha. (terdapat sedikit perbezaan dengan Amalan sunnat pada Hari
Raya Aidil Fitri)
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan
pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan
pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan
memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada
Allah.
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua
hari raya.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli
keluarga.
5. Makan tamar atau seumpamanya selepas solat hari raya (Hari
Raya Aidil Fitri makan sebelum solat)a. Daripada Anas adalah
Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri
sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada
bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W
tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan
tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang
korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami )
6. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah
memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan
eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang
haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka
yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka
menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari
dan Muslim)
Setengan ulama mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt
solat hari raya.
7. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari
raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah
sehinggalah sampai di tempat solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan
al-hakim dalam sohih al-Jami )
8. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari
tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu
jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari
dalam sohih al-Jami )
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat
handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah
syarak.
12. Mengerjakan ibadat korban
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya
korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni
menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat
nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan
diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang
korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang
tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati
kamu ketika berkorban itu. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan
al-Hakim)